Anda di halaman 1dari 7

Kelahiran era baru dalam dunia informasi telah merubah pola komunikasi masyarakat,

hal ini disebabkan oleh penemuan baru di bidang teknologi komunikasi (Zamris, 2009).
Perkembangan media juga memudahkan penyebaran maklumat yang bermanfaat dan
tidak bermanfaat kepada masyarakat. Maklumat yang bermanfaat seperti perkembangan
dunia, saham, dan info kesihatan. Maklumat yang tidak bermanfaat seperti penyebaran
fitnah, laman lucah, dan permainan online yang melalaikan. Facebook merupakan salah
satu hasil ciptaan dalam perkembangan dunia teknologi hari ini (Zamris, 2009). facebook
adalah salah satu media perhubungan sosial yang sangat terkenal (Zamris, 2009). Melalui
facebook masyarakat dapat berinteraksi dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia. Pengguna
facebook boleh mempamirkan apa sahaja yang mereka ingin orang lain tahu berkenaan
diri mereka di laman facebook seperti tarikh kelahiran, hobi, matlamat masa hadapan dan
banyak lagi. Pengguna facebook juga boleh mencari rakan yang mempunyai minat yang
sama, bertukar-tukar pandangan dan gambar, mencari artis yang di minati dan
berhubung dengan mereka secara maya dengan pengguna lain.

Facebook merupakan satu jaringan sosial yang di perkenalkan pada 4 februari 2004 yang
telah dicipta oleh Mark Zuckerberg, seorang lulusan Harvard dan bekas pelajar Ardsley
High School. Penggunaan facebook pada mulanya hanya terhad kepada pelajar di
Harvard College. Akan tetapi, dua bulan kemudian, penggunaannya diperluas ke
universiti lain di wilayah Boston (Boston College, Boston University, MIT, Tufts),
Rochester, Stanford, NYU, Northwestern, dan semua univeristi yang termasuk dalam Ivy
League. Sehinggalah akhirnya facebook boleh di gunakan di seluruh dunia. semua
penggunan boleh berhubung secara bebas dengan menggunakan facebook (Riri Satria,
2008).

Statistik yang diperolehi melalui perkembangan dunia jaringan sosial mendapati 50%
penggunanya aktif mendaftar masuk ke facebook setiap hari. Ertinya paling tidak ada 175
juta pengguna setiap 24 jam sekali. Facebook juga memiliki jumlah anggota hingga 350
juta di dunia. Lebih dari 35 juta pengguna facebook mengemaskini statusnya setiap hari.
Gambar yang dimasukkan di facebook telah meningkat 100%, saat ini sekitar 2,5 juta
gambar telah dimasukkan ke laman facebook setiap bulan. Lebih dari 700,000 perniagaan
mengaktifkan halaman penggemar di facebook . Statistik menunjukkan peratusan
pengguna wanita dari negara ini melebihi jumlah pengguna lelaki iaitu sebanyak 1,723,360
berbanding 1,678,140 pendaftar lelaki. Pengguna facebook seluruh dunia sehingga
Februari 2010 ialah seramai 316,402,840 (statistik jaringan sosial, 2010).

2.0 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN FACEBOOK

Setiap perkara yang berlaku di dunia ini, ada baik dan buruknya, ada hitam dan putihnya.
Kebaikan dan keburukan itu sememangnya suatu yang bersifat lumrah ke atas tiap
sesuatu yang berlaku. Begitulah juga halnya dengan facebook, sebuah laman web sosial
yang sedang hebat melanda masyarakat dunia pada hari ini terutama golongan remaja.
facebook adalah sebuah laman web sosial yang mampu mengunjurkan kebaikan jika
diselia dengan cara dan kaedah yang betul. Dengan adanya facebook jaringan sosial rakyat
di seluruh negara semakin luas.. Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said mempunyai
facebook, rancangan di TV3 mempunyai facebook, Awal Shaari mempunyai facebook,
Perdana Menteri Dato’ Seri Najib pun mempunyai facebook yang sudah mempunyai
hampir tiga puluh ribu orang rakan dan ramai rakyat Malaysia yang sudah mempunyai
facebook.

Penggunaan facebook boleh membantu mencari kenalan-kenalan lama yang telah lama
hilang, malah penggunaannya juga boleh menambah kenalan baru. Hubungan
persahabatan antara teman-teman sama ada di sekolah, univeristi, kolej ataupun di tempat
kerja akan lebih erat. Orang menggunakannya untuk mencari pengaruh, menambah
kenalan dari serata ceruk dunia, mengiklankan perniagaan, buka kelab peminat, sekadar
berkomunikasi, berkongsi maklumat, mencari semula kawan-kawan lama dan macam-
macam lagi. Ungkapan “satu musuh terlalu banyak dan seribu kawan terlampau sedikit”
menemukan iklimnya di jaringan sosial seperti facebook.

Facebook juga menjadi tempat untuk memajukan sesuatu empayer perniagaan maya di
seluruh dunia. Sebagai contohnya, melalui facebook penggunaanya boleh
memperkenalkan produk terbaru keluaran syarikat mereka atau perniagaan kepada
rakan-rakan dalam talian facebook, kemudian rakan-rakan pula akan memberitahu
rakan-rakan mereka yang lain melalui tag iklan. Dengan facebook apa-apa promosi dapat
dilakukan dengan cepat. Penggunaan Bahasa Inggeris juga memudahkan hubungan
komunikasi antara rakan di seluruh dunia. ia juga dapat meningkatkan kemahiran dalam
berbahasa Inggeris.

Setiap kali kita masuk ke laman facebook, bahagian halaman utama akan memberikan
kita apa yang terbaru tentang sesiapa sahaja yang telah menjadi rakan kita. Jadi kita akan
dapat mengetahui setiap apa yang rakan kita lakukan. Jadi, hubungan antara
persahabatan ini akan terus wujud dan tidak terputus. Setiap yang terbaru tentang diri
kita juga akan dipaparkan di laman utama facebook ini. Dengan kemampuan ini,
penyebaran berita ke facebook menjadi lebih mudah dan berkesan kerana semua rakan
kita akan membacanya. Jika mereka menemukan sesuatu yang menarik mereka akan
memberikan aksi atau respon, maka aksi atau respon mereka tersebut akan terlihat juga
kepada setiap laman facebook mereka.

Facebook sebagai alat perantara untuk perniagaan. Ia mudah untuk mendapatkan target
pasaran. Oleh itu, apabila kita ingin menyebarkan tentang barangan terbaru atau
membangunkan perniagaan, iainya amat mudah. Ini kerana facebook menjadikan
kumunikasi tanpa henti kerana setiap saat pasti ada ahli baru dalam ruangan rakan kita.
Dalam sehari jutaan pengguna facebook akan melihat apat yang terbaru dalam halaman
utama facebook mereka. Jadi kesempatan tersebut boleh digunakan untuk
mempromosikan barangan terbaru kita. Jumlah rangkaian akan mudah bertambah dari
setiap minit selepas kita mengemaskini laman peribadi dan memaparkannya di halaman
utama facebook.

Kita juga boleh mengetahui tentang tempat-tempat yang kita tidak pernah pergi dengan
bertanya kepada rakan dalam facebook. Atau ingin mencari hotel atau kediaman yang
sesuai di tempat yang menarik, pasti ramai yang akan memberi cadangan yang menarik.
Melalui facebook juga kita boleh mendapatkan khidmat rundingan dan kaunseling jika
mempunyai sebarang masalah. Pasti ahli-ahli panel yang pakar motivasi akan
memberikan kaunseling yang boleh digunakan dan dijadikan panduan dalam kehidupan.

Banyak permainan yang terdapat di dalam facebook yang boleh menghilangkan rasa
bosan atau tidak tahu untuk melakukan sesuatu, pengguna boleh bermain game secara
online. Sememangnya ia sesuatu yang menyeronokkan dan boleh menghilangkan rasa
bosan dan sunyi.

Selain itu, facebook dapat memperbaiki hubungan persahabatan yang telah renggang,
contonhya, Datuk Dr. Awang Adek yang mahu menggunakan laman sosial ini untuk
menarik kembali rakyat Kelantan kepada UMNO sekali gus menawan semula Kelantan.
Sudah tentu laman sosial yang dimaksudkan itu adalah facebook (Salman, 2010).

Di sebalik kebaikan yang diperolehi melalui penggunaan facebook, pengguna juga akan
mendapat keburukan melaluinya jika tidak digunakan dengan betul. Antara keburukan
yang paling ketara ialah pembaziran masa. Ia akan berlaku sekirannya seseorang
pengguna facebook leka dan lalai melayan facebook seperti asyik bermain game atau
berbual bersama rakan. Selain dari membuang masa, pengguna facebook juga akan
membazir elektrik kerana pengguna akan memasang laptop atau komputer selama
berjam-jam lamanya. Ini akan menyebabkan berlakunya pembaziran elektrik. Bukan itu
sahaja, akibat daripada kelalaian pengguna menggunakan facebook, kebarangkalian
pengguna akan mendapat prestasi yang rendah juga akan berlaku. Ini kerana, apabila
pengguna mula lalai dengan pelajaran dan asyik dengan facebook, maka pengguna akan
malas untuk mengulangkaji pelajaran atau membuat tugasan kuliah. Ada yang lebih teruk
lagi, kadang-kala pengguna facebook yang terlalu taksub dengan facebook boleh lalai dan
lupa untuk makan sehingga boleh menghidapi penyakit yang tidak dapat dijangkakan.
Seperti penyakit susah tidur dan sakit perut.

Facebook yang digunakan sebagai penghantar maklumat yang salah dan disebarkan
kepada semua pengguna facebook boleh menjatuhkan maruah seseorang. Mereka inilah
sebenarnya seorang yang tidak bertanggungjawab dan tidak berani menghadapi situasi
sebenar. Sekirannya pihak yang difitnah tidak boleh menerima penyebaran fitnah yang
dikenakan ke atas mereka, pasti akan berlaku pergaduhan antara keduanya.

3.0 FACEBOOK SEBAGAI TEMPAT PENYEBARAN FITNAH

Penggunaan facebook yang menjatuhkan maruah seseorang berdasarkan penyebaran


fitnah di ruangan facebook dan penyampaian berita yang tidak benar tentang seseorang
akan menimbulkan pergaduhan jika tidak dicegah. Pakar pendidikan dari Universiti
Negeri Padang (UNP), Prof. DR. Nurtain mengatakan kini banyak pelajar dan mahasiswa
yang tidak memanfaatkan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi internet untuk
hal-hal positif namun lebih cenderung hanya untuk menghabiskan waktu dan hal yang
tidak bermanfaat (E.Pendidikan.com). Mahasiswa dan mahasiswi membuang terlalu
banyak untuk bermain Games Online. Waktu ini sebaiknya digunakan untuk
mengulangkaji pelajaran di sekolah. Sebagai siswa-siswi yang bertanggungjawab kita
perlu pandai menguruskan masa untuk menggunakan jaringan sosial ini agar digunakan
dengan betul dan sesuai pada waktunya.

Individu yang menjatuhkan seseorang dengan menggunakan media massa seperti facebook
bukan perjuangan semata-mata tetapi bertindak sebagai pengecut. Mungkin kerana
mereka takut dengan pihak polis. Barangkali dengan penggunaan facebook, dapat
menutup maklumat peribadi mereka daripada dikenali ramai. Facebook adalah satu
medium yang digunakan untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan sebagainya. Namun
cara ini bukanlah satu cara yang terbaik. Untuk menuntut keadilan atau hak seseorang
perlulah diperjuangkan dengan cara yang betul iaitu melalui prosedur undang-undang
negara yang telah ditetapkan. Penyalahgunaan laman web sosial boleh menyebabkan
seseorang dijatuhkan hukuman dan bukannya menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Jika ditanya kepada pakcik–pakcik di kedai kopi, makcik–makcik dipasar dan juga
budak–budak sekolah, kebanyakkan mereka memang tahu apa itu facebook. Facebook
bukan sahaja tempat untuk menghubungkan talian yang telah lama terputus, namun
medium ini boleh mencetuskan kontroversi yang bukan sahaja dapat menjatuhkan
maruah seseorang individu dan juga berpotensi memecahbelahkan perpaduan kaum di
negara ini. Tidak ketahui apa yang bermain difikiran mereka ini, adakah mereka ingin
bergurau atau mereka sebenar gagal mengawal kemarahan mereka lantas meluahkannya
di laman facebook. Tidakkah mereka sedar bahawa apa yang ditulis oleh mereka ini dapat
dilihat oleh jutaan pembaca diseluruh Malaysia? dan tidakkah juga mereka berfikir
bahawa bukan semua daripada mereka dapat menerima apa yang ditulis oleh mereka?

Contoh paling dekat sekali seperti Hani Tarmizi, Joanna Ann, Lynette Lincoln dan juga
Adukateruna, mereka ini antara manusia – manusia yang gagal menggunakan akal
mereka dalam meluahkan perasaan atau pendapat didalam shout box facebook. Kalau
dilihat perwatakkan mereka, mereka bukanlah seorang yang bodoh tetapi mengapa
mereka sanggup mengeluarkan kenyataan–kenyataan yang bodoh di dalam facebook?
Mereka tidak terfikirkah bahawa perbuatan mereka itu bukan sahaja akan
memecahbelahkan kaum atau menguris hati seseorang individu bahkan akan mengundang
padah kepada diri mereka sendiri. Lihat Hani Tarmizi, sekarang dia mungkin tidak
senang duduk di Sarawak kerana menghina kaum Sarawak, Joanna Ann dan Lynette
Lincoln yang menghina Agama Islam dan Nabi Muhammad S.A.W dan sekarang mereka
terhegeh–hegeh merayu kepada orang ramai agar tidak memaparkan komen–komen
kurang ajar mereka di internet dan juga Adukateruna, yang sedang menunggu untuk
dibicarakan di mahkamah kerana menghina almarhum Sultan Johor. Mereka ini bukan
hanya mementingkan perasaan mereka sahaja, tapi mereka tidak langsung mengendahkan
kesannya dengan apa yang mereka lakukan. Dan setelah kontorversi yang dilakukan oleh
mereka mendapat bantahan orang ramai barulah mereka terhegeh – hegeh hendak
meminta maaf.

Mereka sepatutnya mengambil iktibar terhadap apa yang terjadi kepada pengguna
facebook sebelum ini yang telah ditahan pihak berkuasa kerana kesilapan yang dibuat oleh
mereka, bukannya terhegeh–hegeh meminta maaf setelah melakukan kontroversi.
Walaupun mereka semua ini sudah memohon maaf diatas tindakan tidak berakal mereka
ini, belum tentu semua orang akan memaafkan mereka. Memang benarlah pepatah orang–
orang tua, “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”. Sampai bila–
bila perbuatan mereka akan dikenang oleh orang ramai. Malah ada yang menunggu masa
untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Usaha menjatuhkan seseorang melalui facebook sebenarnya menunjukkan kelemahan dan


ketidakberaniaan seseorang. Ia sebenarnya menjatuhkan maruah diri sendiri bukannya
maruah orang yang difitnah itu. Kebenaran tetap akan berpihak kepada yang benar dan
kebenaran itu akan diketahui orang juga suatu hari nanti. Diharap selepas ini tiada isu–isu
seperti ini timbul kembali. Jadikan perbuatan mereka ini sebagai iktibar, kebebasan
menulis yang diberi bukan lesen kepada kita untuk menghina agama, kaum dan individu.
Sensitiviti perlu dijaga, dan yang penting sekali pastikan akal menguasai nafsu sebelum
menulis, bukannya nafsu menguasai akal. Ingat segala yang ditulis di facebook sekarang
dipantau oleh pihak berkuasa jadi berfikirlah dua kali sebelum anda semua melempiaskan
amarah atau pendapat anda di facebook. Perhatikan satu persatu ayat anda agar ia tidak
menjadi isu kelak.

4.0 FACEBOOK SEBAGAI MEDIUM MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN.

Dengan rangkaiannya yang begitu meluas dan pantas, facebook memang sangat baik
digunakan untuk dakwah mengembangkan Islam, promosi perniagaan atau mencari
pengaruh serta lain-lain hal yang wajar. Jadi, kepada pendakwah, penulis, sasterawan,
wartawan, peniaga dan yang seumpama dengannya memanfaatkan jaringan maya di
internet dengan sebaik mungkin. Pengguna facebook boleh saling bertukar-tukar
pandangan dan idea di samping menambah ilmu pengetahuan Suasana pembelajaran
secara sihat boleh diwujudkan melalui facebook ini melalui perbincangan, forum atau isu
yang menarik yang boleh dibincangkan bersama rakan-rakan.

Seperti dalam pengertian agama, dakwah sendiri sering diartikan bagaimana mengajak
kepada kebaikan dan meninggalkan keburukan. Ajakan secara konvensional, seperti yang
kita fahami sering melalui ceramah-ceramah agama, mahupun khutbah-khutbah yang
dilakukan ahli agama di masjid-masjid. Seiring perkembangan teknologi komunikasi yang
tidak terbendung lagi, maka aktiviti syiar juga berkembang sesuai dengan era ini. Saat ini,
melalui apa yang disebut jejaring media, facebook adalah salah satunya (Yanuardi
Syukur, 2009).

Selain daripada itu, penghantaran nota kuliah dan perkongsian ilmu pengetahuan yang
baru boleh diwujudkan melalui facebook. Video-video yang menarik dan bermanfaat
boleh dikongsi bersama rakan-rakan untuk meningkatkan pengetahuan sedia ada dan
mengetahui mengenai perkembangan isu semasa di seluruh dunia. penggunaan facebook
secara berhemah mampu membantu mahasiswa maju setapak lagi. Suasana pembelajaran
dapat diterapkan dengan mengeluarkan pelbagai pendapat dan bertukar-tukar pendapat
yang membina bagi isu- isu yang dibincangkan oleh mahasiswa itu sendiri. dengan itu,
secara tidak langsung perbincangan antara mahasiswa telah pun berlaku.

Melalui facebook juga, kita boleh mencari rakan yang mempunyai minat yang sama dan
bertukar-tukar pandangan. Contohya kita berminat untuk berbincang mengenai
kegemaran makanan. Seperti kegemaran makan nasi ayam penyet. Jadi kita boleh
membuka satu kumpulan Kumpulan Nasi Ayam Penyet. Dari kumpulan itu, kita akan
memperolehi pelbagai maklumat yang menarik tentang nasi ayam penyet dan pengalaman
makan nasi ayam penyet. Ia semestinya sesuatu yang menarik untuk dikongsi.

Penggunaan facebook ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran dan menambah ilmu
pengetahuan kepada mahasiswa apabila ia dijadikan saluran untuk sesuatu perbincangan
atau forum yang berkait dengan akademik atau menjadi saluran untuk menukar ilmu
pengetahuan dengan kawan luar negara. Dapat mengetahui sesuatu informasi tanpa perlu
kita mencarinya. Sebaliknya ia dikongsi oleh rakan-rakan di facebook. Mungkin berkaitan
kejadian semasa, berita, tip, panduan dan lain-lain lagi. Contohya untuk mengetahui
tentang sesuatu budaya atau cara hidup mereka. Sememangnya kita boleh mencari
maklumat tersebut di laman sesawang, seperti Google namun apabila kita dapat berbual
secara online dan bertanya kepada rakan di luar negara kita secara terus, sememangnya ia
lebih berkesan dan menarik. Kita dapat mengetahui pengalaman mereka sendiri dan lebih
banyak perkara yang kita akan ketahui.

5.0 FACEBOOK MAMPU MEWUJUDKAN HUBUNGAN SATU MALAYSIA

Apa yang kita sedia maklum, telah wujud facebook untuk kumpulan satu Malaysia. Selain
politik, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kegemaran yang
membara iaitu facebook. Seperti jutaan manusia di seluruh dunia, Datuk Seri Najib telah
menyertai rangkaian laman web sosial untuk berhubung dengan orang ramai, terutama
sekali pengundi Malaysia, dengan harapan untuk merapatkan jurang politik antara
generasi lama dan muda. Datuk Seri Najib bercakap dengan penuh mesra mengenai
facebook walaupun beliau jarang berkesempatan untuk melayarinya tetapi ia telah
dikendalikan satu pasukan yang kerapkali mengemaskini laman itu, yang menurutnya kini
mempunyai 80,000 peminat. Datuk Seri Najib pernah memberitahu dengan New Delhi
Television (NDTV), semasa lawatannya ke Chennai, bahawa mahu menjemput kesemua
mereka minum teh dengannya tetapi bilangan itu terlalu besar. Mungkin dengan beberapa
ratus orang pada satu-satu masa tertentu. Menurut Datuk Seri Najib “Malaysia ialah satu
generasi baru, bukan penyandang beg lama. Kita perlu sesuaikan dengan keadaan, mereka
tidak mahu melihat kita sebagai ahli politik yang keletihan. “Kita perlu berubah dengan
masa kerana mereka adalah generasi celik IT (teknologi maklumat)”. Itulah jawapan yang
ceria Datuk Seri Najib berkongsi pendapatnya mengenai kempen facebooknya, satu
perubahan dalam jawapan rutinnya yang diselitkan dengan politik. Facebook, dengan 350
juta pengguna terus meningkat sebagai alat rangkaian sosial yang hebat di seluruh dunia,
dan sebagai ahli politik berpengalaman, perdana menteri kini bertumpu kepada digital
berkelajuan tinggi untuk menghubungkan rakyat Malaysia pada amnya.

Pada umumnya rakyat Malaysia adalah ramah dan ikhlas, kita mesti mempunyai
hubungan peribadi yang baik untuk bergerak ke depan,” beliau memberitahu penembual
NDTV dalam satu temubual ekslusif. Najib mengakhiri temubual itu dengan berkata para
pemimpin perlu menyedia hala tuju politik kepada orang ramai terutama kepada generasi
muda dalam usaha untuk bergerak ke arah abad 21 yang penuh cabaran (The
Malaysiainsider, 2010).

Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia telah mewujudkan


Kumpulan facebook 1 Malaysia sebagai tanda sokongan rakyat terhadap kumpulan 1
Malaysia. Untuk makluman penggunaan facebook di kalangan pegawai dan kakitangan
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah berleluasa sejak
tahun 2008 lagi. Facebook menjadi satu platform utama untuk bersosial dalam kalangan
pegawai dan staf KPKK selepas digalakkan penggunaanya oleh Ketua Pengarah Jabatan
Penerangan. Tujuan utama adalah untuk memberikan peluang kepada semua staf KPKK
untuk berinteraksi dengan Ketua Pengarah dan pegawai atasan tanpa sebarang kekangan
terutama berkenaan masalah yang dihadapi di peringkat bawahan. Ketua Pengarah
Jabatan Penerangan juga mahukan setiap Pengarah negeri diwajibkan mempunyai akaun
facebook bagi memudahkan interaksi dengan semua pihak terutamanya dengan HQ
KPKK (Oficial Portal, 2009). Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, marilah kita menyahut
seruan Malaysia dengan menjadi rakan dalam facebook 1 Malaysia.

6.0 KESIMPULAN

Berdasarkan huraian yang telah dijelaskan di atas, terdapat banyak kebaikan dan
keburukan facebook yang kita boleh perolehi. Sebenarnya semua bergantung kepada cara
kita menggunakan facebook tersebut. Penggunaan facebook yang betul menjadikan kesan
yang baik dan penggunaan facebook yang salah menjadikan kesan penggunaan yang tidak
baik. Hubungan antara rakyat di Malaysia juga akan lebih harmoni dan sejahtera apabila
semua rakyat Malaysia mempunyai semangat perapaduan 1 Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai