Anda di halaman 1dari 9

1) Pengenalan

"Quran" menurut pendapat yang dikemukakan Dr. Subhi Al Salih bererti


"bacaan",atau qara’a. Kata Al Qur’an itu berbentuk masdar dengan erti isim
maf’ul iaitu maqru’ (dibaca). Di dalam Al Qur’an sendiri ada pemakaian kata
"Qur’an" dalam erti demikian seperti dalam ayat 17, 18 surah (75) Al Qiyaamah:

Ertinya:
‘Sesungguhnya mengumpulkan Al Qur’an (didalam dadamu) dan
(menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggunggan kami.
kerana itu jika kami telah membacakannya, hendaklah kamu ikut
bacaannya".

Ada pun definisi Al Qur’an ialah: "Kalam Allah s.w.t. yang merupakan mukjizat yang
diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad dan yang ditulis di mushaf dan
diriwayatkan dengan mutawatir serta membacanya adalah ibadah" Dengan definisi
ini, kalam Allah yang diturunkan kepada nabi-nabi selain Nabi Muhammad s.a.w.
tidak dinamakan Al Qur’an seperti Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s.
atau Injil yang diturun kepada Nabi Isa a.s.

Allah memberi nama Kitab-Nya dengan Al Qur’an yang bererti "bacaan".Erti ini
dapat kita lihat dalam surat (75) Al Qiyaamah; ayat 17 dan 18. Nama ini dikuatkan
oleh ayat-ayat yang terdapat dalam surat (17) Al lsraa’ ayat 88; surat (2) Al Baqarah
ayat 85; surat (15) Al Hijr ayat 87; surat (20) Thaaha ayat 2; surat (27) An Naml ayat
6; surat (46) Ahqaaf ayat 29; surat (56) Al Waaqi’ah ayat 77; surat (59) Al Hasyr ayat
21 dan surat (76) Addahr ayat 23. Menurut pengertian ayat-ayat di atas, Al Qur’an
digunakan sebagai nama bagi Kalam Allah yang diwahyukan kepada Nabi
Muhammad s.a.w. Selain Al Qur’an, Allah juga memberi beberapa nama lain bagi
Kitab-Nya, sepcrti:

1. "Al Kitab atau Kitaabullah" yang sinonim dengan perkataan


Al Qur’an, sebagaimana yang tersebut dalam surah Al Baqarah ayat 2,
ertinya; "Kitab (Al Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya..."
2. "Al Furqaan" ertinya: "Pembeza", "yang membezakan yang
benar dan yang batil", sebagai tersebut dalam surah (25) Al Furqaan ayat 1
yang bermaksud: "Maha Agung (Allah) yang telah menurunkan Al Furqaan,
kepada hamba-Nya, agar ia menjadi peringatan kepada seluruh alam"

3. "Adz-Dzikir" yang bermaksud "Peringatan". sebagaimana


yang tersebut dalam surah (15) Al Hijr ayat 9 iaitu "Sesungguhnya Kamilah
yang menurunkan "Adz-Dzikir dan sesungguhnya Kamilah penjaga-nya"
(Lihat pula surat (16) An Nahl ayat 44. Dari tiga nama yang tersebut di atas,
nama yang paling masyhur dan merupakan nama khas ialah "Al Qur’an".

2) Kaedah Penurunan Al-Quran


Para ulama telah berselisih pendapat mengenai penurunan al-Quran. Namun
demikian kita akan menerima dan membincangkan bahawa al-Quran
diturunkan melalui tiga peringkat iaitu:

Peringkat pertama: Penurunan al-Quran dari Allah swt ke Luh Mahfuz iaitu
satu-satunya tempat yang termulia yang terkumpul di dalamnya segala
ketentuan Allah untuk semua makhluk-Nya. Ini terbukti dengan firman
Allah swt:

Maksudnya : “Bahkan ia al-Quran yang mulia. Di papan yang terpelihara (Luh


Mahfuz)” (Surah al-Buruj:21)

Hikmah Penurunan al-Quran peringkat pertama : merupakan kemuliaan bagi al-


Quran itu sendiri kerana tempat tersebut nerupakan semulia-mulia tempat di sisi
Allah. Peringkat ini juga perlu kerana peringkat itu menyempurnakan kewujudan
Luh Mahfuz iaitu tempat bagi egala perangcangan yang wujud di ala mini dan al-
Quran adalah termasuk di dalam perancangan Allah ke dunia ini. Penurunan
peringkat ini adalah secara sekaligus.
Peringkat kedua : Penurunan peringkat ini ialah penurunan al-Quran dari Luh
Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia. Bukti adanya peringkat penurunan ini
ialah firman Allah swt:

Maksudnya :
“Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam Lailatul Qadar.” (Surah
al-Qadar:1)

Begitu juga dengan firman Allah dalam ayat berikut :

Maksudnya :
“Sesungguhnya Kami menurunkan ia pada malam yang berkat, sesungguhnya
Kami pemberi peringatan kepada manusia.”
(Surah ad-Dukhan:3)

Dalam firman Allah yang lain di dalam ayat yang berikut :

Maksudnya : “Bulan (puasa) yang diturunkan di dalamnya al-Quran yang


menjadi petunjuk kepada manusia dan beberapa keterangan dari petunjuk itu
dan membezakan antara yang hak dan yang batil.” (Surah al-Baqarah:185)

Penurunan peringkat ini adalah masih dalam keadaan sekaligus. Ini dapat dilihat
dari hadith yang telah diriwayatkan :

Maksudnya : “ Diturunkan al-Quran ke langit dunia dalam jumlah sekaligus


pada malam Lailatul Qadar kemudian diturunkan sesudah itu selama dua
puluh tahun”
Walaupun begitu terdapat juga beberapa pendapat ulama’ yang tidak berapa kuat
mengatakan ahawa penurunan tersebut adalah berperingkat-peringkat.
Antaranya :
a. Diturunkan al-Quran pada peringkat ini selama 23, 24 atau 25 malam
Lailatul Qadar.
b. Diturunkan al-Quran buat kali pertama pada malam lailatul Qadar dan
seterusnya secara berperingkat-peringkat.
c. Diturunkan oleh Malaikat Hafazah kepada Malaikat Jibril a.s dalam
jangka masa 24 malam.

Peringkat ketiga: Iaitu peringkat penurunan dari Baitul Izzah ke dada Rasulullah
s.a.w secara beransur-ansur selama 22,23,24 atau 25 tahun mengikut perselisihan
pendapat para ulama’. Dalil bagi peringkat ini adalah firman Allah dalam ayat
yang berikut :

Maksudnya : “Al-Quran ini Kami turunkan secara beransur-ansur supaya


engkau bacakan kepada manusia dengan cara perlahan-lahan dan Kami
turunkannya sedikit-sedikit.”(Surah al-Isra’:106)

Firman Allah lagi dalam al-Quran :

Maksudnya :
“Diturunkan oleh Roh Suci (Jibril a.s). Ke dalam hati engkau (Ya Muhammad)
supaya engkau memberi peringatan.”
(Surah as-Syu’ara:194)

Begitu juga firman Allah dalam ayat yang berikut :

Maksudnya : “Kami turunkan kepada engkau (Ya Muhammad) Kitab (al-Quran)


untuk menerangkan bagi tiap-tiap sesuatu dan menjadi petunjuk dan rahmat
serta khabar gembira bagi orang islam.”
(Surah an-Nahl:89)

3) Perbezaan Penurunan Al-Quran dengan Kitab Samawi


Syi'ah meyakini bahwa Allah Swt telah menurunkan sejumlah kitab samawi
untuk menuntun umat manusia ke jalan yang lurus, antara lain: Sahifab Ibrahim d
an Nuh, Taurat, Injil, dan al-Quran, yang merupakan kitab paiing sempurna. Jika
kitab-kitab ini tidak turun, maka manusia akan tersesat dalam perjalanannya
menuju ma'rifatullah dan dalam beribadah kepada-Nya. Manusia juga akan
kehilangan dasar-dasar taqwa, akhlak, pendidikan, dan aturan-aturan sosial yang
diperlukan.
Tapi sayang, banyak di antara kitab-kitab samawi itu, telah diselewengkan oleh
tangan-tangan jahil dan orang-orang bodoh serta disusupi pikiran-pikiran yang
menyesatkan, kecuali al-Quran, yang oleh sebab-sebab yang akan kami jelaskan
nanti pada tempatnya tidak dapat diyangkau oleh tangan-tangan kotor untuk
diselewengkan. Al-Quran laksana matahari yang memancarkan cahaya sepanjang
zaman menerangi hati manusia.
Telah datang dari sisi Allah kepada kamu cahaya dan kitab yang jelas.
Melaluinya, Allah memberi petunjuk jalan-jalan keselamatan kepada orang-
orang yang mengikuti keredhaan-Nya. (QS.5:15-16)
Agama samawi atau Agama Ibrahimik atau Agama Ibrahimiah merupakan
agama-agama monoteisme yang memasukkan Nabi Ibrahim a.s. sebagai
sebahagian daripada sejarahnya. Selain itu, ia juga boleh didefinisikan sebagai
agama yang turun dari langit. Contoh ketara ialah Kristian§, Islam§ dan Yahudi§.
Agama lain yang lebih kecil yang berhubung kait dengan tradisi ini seperti
Bahá'í§ dan Durzi§ - kadangkala juga dimasukkan. Agama kefahaman Ibrahim
dianuti oleh lebih daripada separuh daripada jumlah penduduk dunia. Pernyataan ini
sekaligus menyifatkan bahawak kitab samawi merupakan kitab-kitab yang
diturunkan dari Tuhan kepada umatnya.

Sebelum membuat perbezaan antara Al_Quran dengan Kitab Samawi yang lain,
Al-Quran serta perkataan penting dalam kitab ini perlu difahami. Berikut
merupakan perkataan yang wujud dalam Al-Quran dan ianya juga merupakan
perbezaan yang amat ketara dari Kitab Samawi yang lain.
Definisi Al-Quran Huraian Definisi
Kalamullah Mebezakan al-Quran dengan semua jenis kalam makhluk
Yang Bermukjizat Membezakan Al-Quran dengan hadis qudsi dan hadis nabawi
Membezakan Al-Quran dengan kalamullah yang tidak
Yang Diturunkan
diturunkan sebaliknya hanya diketahui oleh Allah swt sahaja
Kepada Nabi
Membezakan Al-Quran dengan kitab samawi yang lain
Muhammad
Melalui Malaikat Membezakan Al-Quran dengan semua jenis wahyu yang
Jibril diturunkan melalui mimpi dan percakapan di sebalik hijab
Dalam Bahasa Membezakan Al-Quran dengan kitab samawi yang lain yang
Arab diturunkan bukan dalam bahasa arab
Membezakan Al-Quran dengan Hadis Qudsi dan Hadis Nabawi
Secara Mutawatir
yang kebanyakkan di riwayat dengan Hadis Ahad
Membaca Setiap
Huruf Adalah Membezakan Al-Quran dengan Hadis Qudsi dan Hadis Nabawi
Ibadah

Perbezaan antara Al-Quran dengan Kitab Samawi yang lain


AL-QURAN KITAB SAMAWI YANG LAIN
 Isi kandungannya
 Tidak meliputi seluruh
meliputi seluruh aspek Aqidah,
aspek kehidupan
Syariah dan Akhlak
 Tidak diriwayatkan
 Diriwayatkan secara
secara mutawatir dan terdedah
mutawatir dan selamat dari
kepada penyelewengan dan
kemungkinan tersilap
kesilapan
 Ajarannya sesuai pada  Sesuai pada masa dan
bila-bila masa dan tempat kawasan tertentu sahaja
sehingga hari kiamat
 Untuk umat tertentu
 Untuk kegunaan seluruh
sahaja
umat manusia

 Dijamin kekal dan  Tidak ada jaminan kekal


terpelihara daripada diubah dan selamat
sehingga hari kiamat

4) Pengajaran Berhemah dari Penurunan Al-Quran secara Beransur-ansur


Al-Quran diturunkan sedikit demi sedikit supaya mudah dihafal, difahami dan
dilaksanakan. Ia sebagai satu rahmat dan kurniaan yang sangat berkesan kepada
hamba-hambaNya.Sekiranya al-Quran diturunkan sekaligus, sudah tentu ia akan
menyusahi dan memberatkan, baik daripada segi hafalan, pemahaman dan
pelaksanaannya dalam kehidupan. Al-Khudhari mengatakan tempoh al-Quran
diturunkan ialah 22 tahun 22 bulan dan 22 hari, bermula daripada 17hb.
Ramadhan tahun 41 kelahiran Rasulullah s.a.w. hinggalah 9hb. Zulhijjah, tahun
ke 10 Hijrah. Dalam tempoh tersebut al-Quran dihafal oleh Rasulullah dan para
sahabat serta dicatat oleh panitia penulis al-Quran kemudian dikumpulkan pada
zaman Sayidina Abu Bakr r.a. dan disempurnakan pada masa Sayidina ‘Uthman
r.a.
Penurunan al-Quran dengan cara ini mempunyai hikmah-hikmah tertentu seperti:
a) Meneguhkan hati Nabi s.a.w.

Penyataan ini disokong berdasarkan firman Allah Ta‘ala (al-Furqan


25:32-33)

Maksudnya: Dan berkatalah orang-orang kafir “Mengapa al-Quran


itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun sahaja?”Demikianlah
supaya Kami perkuat hatimu dengannya dan Kami membacakannya
secara tartil (teratur dan benar). Tidaklah orang-orang kafir itu datang
kepadamu (membawa) sesuatu yang ganjil, melainkan Kami datangkan
kepadamu suatu yang benar dan yang paling baik penjelasannya.

b) Memudahkan hafalan, kefahaman dan amalan terhadap al-Quran kepada


manusia dengan membacanya sedikit demi sedikit.

Manusia secara amnya merupakan makhluk yang mempunyai kekuatan


serta kelebihan yang terhad. Daya pemahaman serta amalan manusia
tidak dapat dipraktikkan seandainya setiap ajaran diberikan secara s
ekaligus.

Firman Allah Ta‘ala (al-Isra 17:106) - Maksudnya: Dan al-Quran itu


telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu
membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami
menurunkannya bahagian demi bahagian.

c) Memotivasikan kesungguhan mereka untuk menerima dan beramal


dengan ayat-ayat yang turun.

Cara beransur menjadikan manusia menanti-nanti dengan penuh


semangat dan kerinduan terhadap penurunan ayat khususnya apabila
keadaan amat memerlukan seperti peristiwa al-Ifk (fitnah/pendustaan)
dan al-Li‘an (laknat melaknati).

5) Kesimpulan

Al-Quran merupakan Kitab Samawi yang terakhir diturunkan melalui Nabi


Muhammad s.a.w bagi membimbing umat Islam. Ianya diturunkan secara
beransur-ansur bagi meneguhkan hati Nabi Muhammad s.a.w serta memudahkan
penghayatan secara menyeluruh dan sebagai motivasi kepada semua umat yang
bernaung dibawah kebenaran Al-Quran. Al-Quran sesungguhnya merupakan satu
kitab yang berbeza dengan kitab-kitab samawi yang lain kerana ianya merupakan
petunjuk muktamad dan sahih dan perlu diamalkan.
Rujukan
www.mindamadani.my/content/view/152/2/
www.ipij.info/modules/newbb/

Anda mungkin juga menyukai