Anda di halaman 1dari 14

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Pembinaan jalan raya adalah bertujuan bagi kemudahan perhubungan


perjalanan menuju ke destinasi dengan mudah, selamat dan cepat. Kewujudan jalan
raya di sesebuah negeri juga menyumbang kepada pembangunan negeri tersebut, oleh
itu, terdapat beberapa konsep pembinaan dan rekabentuk jalan raya yang dinyatakan
(Freddy L. Robert, 1994). sebagaimana berikut ;
i. Jalan raya direkabentuk adalah bagi keselesaan pengguna dan orang
awam, oleh, jalan yang baik adalah jalan yang selamat dan lancar.
ii. Dalam memberi penilaian terhadap keberkesanan sesebuah jalan raya,
hanya pengguna itu sendiri yang dapat memberi pendapat yang tepat.
iii. Purata pendapat sekumpulan pengguna jalan raya dapat memberi
panduan tentang kebolehkhidmatan sesebuah jalan raya tersebut.

Oleh yang demikian, keadaan jalan raya yang sentiasa mengalami kerosakan
adalah bertentangan dengan konsep asal pembinaan dan rebentuk jalan raya di mana
kesanya terhadap pengguna adalah seperti yang dinyatakan (M. Idrus Hj. M. Masirin,
2000) di bawah ;

i. Mengurangkan keselesaan kepada pemandu.


ii. Membahayakan keselamatan pengguna jalan raya terutamanya
pembonceng motosikal.
7

iii. Keadaan jalan yang rosak biasanya menghasilkan permukaan turapan


yang kasar, di mana keadaan ini akan mengakibatkan kos
penyelenggaraan kenderaan pengguna jalan raya.
iv. Sekiranya kerja penyelenggaraan yang tidak dilakukan dengan
sempurna seperti kadar campuran kandungan bitumen yang berlebihan
akan memberi kesan seperti rintangan gelinciran akan berkurangan.

Oleh itu, penting bagi diberi perhatian dalam memastikan keadaan jalan raya
sentiasa diselenggarakan dengan sempurna bagi ;
i. Menjadikan bahagian yang telah siap dibina sentiasa berada dalam
keadaan elok.
ii. Mengawal kadar kerosakan.
iii. Memastikan jalan yang dibina akan sentiasa tahan lama.
iv. Memperbaiki perjalanan sistem trafik.
v. Memberikan keselamatan dan keselesaan yang tinggi kepada pengguna
jalan raya.
vi. Melancarkan perjalanan kenderaan.

2.1.1 Jenis Turapan

i. Turapan Tegar
a. Terdiri daripada bahan konkrit.
b. Kekuatan konkrit adalah berdasarkan kepada kekuatan tegangan
dan kekuatan mampatan.
ii. Turapan Lentur
Turapan jalan adalah terdiri daripada lapisan yang dinamakan subgred,
sub tapak, ketapak, alas dan penghausan (rujuk Lampiran B)
8

2.1.2 Lapisan Turapan Lentur

i. Subgred
Merupakan permukaan di mana lapisan- lapisan struktur jalan dibina di
atasnya, ia bertindak sebagai asas yang menyokong jalan raya samada
pada tanah yang ditambak atau semulajadi.

i. Subtapak
Merupakan lapisan di antara subgred dan tapak jalan juga sebagai
lapisan pemisah di antara tanah assal dan struktur jalan. Ia berfungsi
memberi perlindungan kepada subgred di samping sebagai membantu
mengagihkan beban.

ii. Tapak Jalan


Merupakan lapisan yang utama di dalam struktur jalan raya, ia lapisan
yang terletak di bawah permukaan berbitumen. Ia bertindak dalam
mengagihkan beban secara terus kepada struktur jalan.

2.1.3 Kriteria Lapisan Permukaan

Lapisan ini adalah merupakan bahagian yang berada di atas sekali di dalam
struktur jalan berbitumen di mana ia terbahagi kepada dua lapisan ketebalan yang
berlainan serta diturapkan secara berasingan, oleh itu ia perlulah dibina berdasarkan
kepada kehendak- kehendak berikut, iaitu ;
i. Mestilah dibina dari bahan- bahan yang berkualiti tinggi supaya ianya
berupaya merintangi ubahbentuk akibat dari tegasan dari kenderaan.
ii. Bagi menghasilkan suatu keadaan permukaan yang rata, mempunyai
kadar rintangan gelinciran yang tinggi terhadap sebarang keadaan
cuaca dan dapat memberi kualiti pemanduan yang baik.
iii. Dapat menghalang kemasukan air ke dalam lapisan- lapisan di
bawahnya yang akan menyebabkan struktur jalan lemah.
9

iv. Mampu menanggung beban yang berulangkali dari kenderaan tanpa


mengakibatkan kegagalan struktur jalan.

2.1.4 Aspek Kegagalan

Kegagalan turapan jalan dapat dikategorikan kepada dua aspek kegagalan


seperti di bawah, iaitu ;
i. Kegagalan struktur.
Kegagalan jenis ini adalah melibatkan kerosakan pada fizikal
komponen permukaan jalan semasa ianya membawa kenderaan. Ini
berlaku apabila sesuatu jalan itu tidak dapat menanggung beban
lalulintas yang direkabentuk seperti ubah bentuk subgred atau bahan-
bahan turapan, pergerakan komponen bawah turapan dan
pengembangan atau pengecutan subgred yang berlaku.

v. Kegagalan fungsi;
Kegagalan jenis ini adalah tidak melibatkan kegagalan pada struktur di
mana ia mengakibatkan penurunan ciri- ciri permukaan turapan yang
mana ini memberi kesan ketidakselesaan kepada pengguna jalanraya
(Yoder E.J, 1959). Ia boleh terjadi apabila permukaan jalan adalah
terlalu kasar atau terlalu licin.

2.1.5 Jenis Kegagalan Turapan Lentur

i. Kehilangan rintangan kegelinciran.


a. Gagal pada lapisan pemukaan turapan.
b. Permukaan jalan menjadi licin kerana kesan gelekan tayar
kenderaan.
10

ii. Ketidakstabilan
a. Gagal dalam bentuk pengaliran, penolokan, penyodokan,
beralur dan berubah bentuk.
b. Kegagalan jenis ini mudah berlaku di kawasan membelok.
vi. Penyepaian
a. Akibat dari tindakan luluhawa, daya lelasan lalulintas dan
tindakan air.
b. Bentuk kegagalan seperti pengkawahan, pengikisan dan
ketanggalan.
vii. Kegagalan patah
a. Berlaku akibat daripada pemecahan turapan.
b. Bentuk kerosakan adalah dari jenis kerosakan kulit buaya, garis
berpetak, membujur dan melintang.

2.2 Jenis Kerosakan

2.2.1 Retakan

i. Retak Buaya
Ia membentuk satu rangkaian retakan sambungan yang merupai kulit
buaya. Jenis kerosakan ini dapat dilihat apabila terdapat retakan saling
bersambungan dan membentuk jaringan berbilang sisi yang bersaiz di
antara 100 hingga 300mm (Mohd Rosli dan Che Ros, 1999).
Keretakan jenis ini boleh menjadi punca kepada pembentukan lelubang
jika asfal terkeluar dari lapisan bersama aggregat. Kerosakan ini dapat
dilihat dari tiga tahap iaitu pada peringkat (M. Idrus Hj. M. Masirin,
2000);
11

Jadual 2.1 : Penilaian tahap kerosakan retak buaya.


(Sumber : Inovasi Bahan Jalan Raya dan Keperluannya, 2000)

Rendah Sederhana Tinggi


Corak keretakan Keretakan mudah dilihat Lebar keretakan
kelihatan tetapi dengan ukuran kebih ⅛"dan kelihatan
keretakan tersebut tidak kurang ⅛" turapan serta terdapat
dapat diukur batu yang tertanggal.
kedalamannya serta
tiada kelihatan
pemisahan permukaan
jalan.

ii. Retak memanjang


Retak jenis ini biasanya berlaku secara memanjang dan selari dengan
dengan garis tengah jalan, ia bermula dari atas lapisan permukaan.
Kerosakan jenis ini biasa terjadi pada sambungan di antara dua lapisan
asfal yang bersebelahan atau di pinggir laluan tayar, keretakan ini akan
membenarkan air memasuki ke lapisan bawah jalan dan seterusnya
akan mengakibatkan lapisan subgred menjadi lemah. Keretakan ini
boleh berlaku dalam tiga peringkat iaitu ;

Jadual 2.2 : Penilaian tahap kerosakan retak memanjang.


12

(Sumber : Inovasi Bahan Jalan Raya dan Keperluannya, 2000)

Rendah Sederhana Tinggi


Terdapat retakan dan Keretakan berlaku Keretakan yang
sedikit serpihan. sedalam ¼ ". berlaku adalah teruk
dan diisi oleh
bendasing seperti
pasir dan batu.

iii. Retak Blok


Retakan jenis ini biasanya saling bersambungan dan membentuk
jaringan berbilang sisi di antara 300 mm hingga 3000 mm (Mohd Rosli
dan Che Ros, 1999). Ia berlaku pada kedua- dua arah melintang dan
memanjang. Tahap kritikal keretakan jenis ini jika ia menunjukan
aggregat akan tercabut dari lapisan permukaan.

Jadual 2.3 : Penilaian tahap kerosakan retak blok.


(Sumber : Pavement Management for Airport, Road and Parking Lots, 1994)

Rendah Sederhana Tinggi


Kesan retakan dengan Kesan retakan dengan Kesan retakan dengan
kelebaran yang kurang kelebaran di antara kelebaran yang
dari 10 mm. 10 mm hingga 75 mm. kurang dari 10 mm.

iv. Retak Bulan Sabit


Retakan ini adalah berbentuk parabola yang selari dan rapat antara satu
sama lain, kejadian ini biasanya berkait dengan peyodokan dan ini
berlaku terutamanya pada lapisan berbitumen sahaja. (Mohd Rosli dan
Che Ros, 1999).
2.2.2 Ubahbentuk Permukaan
13

i. Alunan
Kerosakan ini adalah berbentuk seperti alunan melintang rapat dan
berturutan dengan jarak di antara satu sama lain adalah kurang dari 2
meter. Keadaan ini umumnya akan memberi kesan yang tidak selesa
kepada pengguna jalan raya. (Mohd Rosli dan Che Ros, 1999).

Jadual 2.4 : Penilaian tahap kerosakan alunan.


(Sumber : Pavement Management for Airport, Road and Parking Lots, 1994)

Rendah Sederhana Tinggi


Alunan yang wujud Alunan yang wujud Alunan yang wujud
mengakibatkan kesan mengakibatkan kesan mengakibatkan kesan
tahap rendah terhadap tahap sederhana terhadap tahap tinggi terhadap
kualiti pemanduan. kualiti pemanduan. kualiti pemanduan.

2.2.3 Kecacatan Permukaan.

i. Pengikisan.
Keadaan ini berlaku apabila lapisan asfal tertanggal dari permukaan
jalan, ini adalah akibat daripada keadaan ikatan di antara aggregat dan
bitumen tidak kuat. Ia mempengaruhi mutu perkhidmatan dan
keselamatan terutamanya rintangan gelincir, pergerakan dan kualiti
panduan.

Jadual 2.5 : Penilaian tahap kerosakan pengikisan.


(Sumber : Pavement Management for Airport, Road and Parking Lots, 1994)
14

Rendah Sederhana Tinggi


Agregat atau pengikat Agregat atau pengikat Agregat atau pengikat
telah mula haus. Pada telah mula haus. haus dengan teruk.
sesetengah kawasan Permukaan turapan Permukaan turapan
kelihatan permukaan menjadi kasar dan menjadi terlalu kasar
turapan menunjukkan berlubang hasil dari serta keadaan
lubang hasil dari penanggalan aggregat. permukaan yang
penanggalan aggregat. berlubang hasil dari
penanggalan
aggregat.

2.2.4 Tampalan

Merupakan bahagian turapan yang diperbaiki di mana bahagian


permukaan dibuang (biasanya menggunakan kaedah ‘milling’, iaitu
membuang lapisan permukaan lebih kurang 40 mm hingga 100 mm) dan
diganti serta kecacatan boleh berlaku jika didapati tampalan yang dilakukan
tersebut tidak sekata dengan aras jalan . Kekerapan menggunakan kaedah ini
boleh menyebabkan bahagian yang telah ditampal itu hilang upaya
kebolehkhidmatan struktur jika dibandingkan dengan dengan struktur yang
asal, manakala kekerapan kerja tampalan ini hanya sekadar menunjukan
kesempurnaan dari segi permukaan jalan tersebut.

2.2.5 Lelubang

Lubang yang berbentuk mangkuk pada turapan berpunca daripada


kehilangan lapisan haus dan pengikat dimana kehilangan ikatan antara lapisan
15

akan menyebabkan jalan menjadi semakin lemah. Ia terbentuk akibat daripada


lalulintas yang melalui jalan tersebut memecahkan permukaan jalan dan
seterusnya membenarkan air memasuki turapan dan akan mempercepatkan
lagi proses penyepaian.

Jadual 2.6 : Penilaian tahap kerosakan lelubang.


(Sumber : Inovasi Bahan Jalan Raya dan Keperluannya, 2000)

Rendah Sederhana Tinggi


Keluasan kawasan a. Keluasan kawasan berlubang di Keluasan
lubang kurang 10 antara 10 hingga 30 peratus. lubang besar
peratus atau b. Kurang dari lima hingga dari 30 peratus
Kurang dari lima sepuluh lubang per seratus kaki dari
lubang per seratus bagi panjang jalan. keseluruhan
ka bagi panjang jalan per
jalan. seratus kaki
jalan.

2.2.6 Kecacatan Pinggir

i. Pecahan Pinggir
Pecahan pinggir biasanya terjadi apabila pinggir jalan berturap pecah
atau terkopek. (Mohd Rosli dan Che Ros, 1999).

Jadual 2.7 : Penilaian tahap kerosakan pecahan pinggir.


(Sumber : Pavement Management for Airport, Road and Parking Lots, 1994)

Rendah Sederhana Tinggi


Kesan retakan rendah Retakan sederhana dan Pecahan turapan yang
16

atau sederhana tetapi ada sedikit pecahan amat jelas di


tiada pecahan turapan. turapan. sepanjang pinggir
turapan.

2.3 Punca Kerosakan

2.3.1 Retakan

Rekahan ini yang akibat daripada kegagalan patah permukaan turapan di mana
retakan boleh berlaku dalam berbagai bentuk daripada satu retakan terpencil hingga
saling bersambungan meliputi keseluruhan turapan.
i. Retak Buaya
Kegagalannya mungkin berpunca dari ;
a. Beban trafik yang berlebihan.
b. Olahgerak henti pecut.
c. Kerapuhan oleh usia.
d. Sistem pengaliran yang kurang baik yang membenarkan aliran air
memasuki struktur jalan.

ii. Retak Memanjang


Kegagalan turapan bagi kecacatan jenis ini adalah disebabkan oleh ;
a. Tekanan thermal yang dihasilkan setiap hari atau pada waktu
perubahan suhu.
b. Perbezaan ketinggian di antara dua turapan jalan yang
bersebelahan.
c. Tekanan yang disebabkan oleh beban tayar kenderaan yang
lebih banyak tertumpu pada pinggir jalan.

iii. Retak Blok


Di antara punca- punca kerosakan bagi kegagalan turapan jenis adalah
terdiri daripada ;
17

a. Perubahan suhu permukaan yang menurun sehingga


menghasilkan suatu keadaan pengecutan pada lapisan
permukaan asfal.
b. Retakan permukaan turapan yang telah sedia ada.

iv. Retak Bulan Sabit


Kegagalan turapan bagi kerosakan jenis ini adalah disebabkan oleh ;
a. Pengaliran yang tidak sempurna yang akan menyebabkan
berlakunya pemendapan.
b. Kurangnya sokongan pada tepi jalan.
c. Beban trafik pada pinggir jalan.

2.3.2 Ubahbentuk Permukaan

Kegagalan jenis ini boleh berlaku selepas pembinaan disebabkan oleh


lalulintas dan cuaca serta kurang kawalan semasa pembinaan.
i. Alunan
a. Ketidakstabilan permukaan berbitumen.
b. Pemadatan yang keterlaluan pada tapak
c. Beban trafik yang tinggi.
d. Kenderaan membrek secara tiba- tiba.

2.3.3 Kecacatan Permukaan

i. Pengikisan
a. Ikatan di antara permukaan dan tapak tidak kuat.
b. Lapisan permukaan aggregat yang tidak bersih dan berdebu
semasa dicampurkan dengan bitumen.
18

2.3.4 Tampalan
a. Kerja tampalan pada jalan yang berlubang yang tidak sempurna
seperti keadaan tampalan yang lebih tinggi atau rendah dari
aras jalan.
b. Kaedah pemadatan lapisan permukaan yang tidak sempurna.

2.3.5 Lelubang

Di antara punca- punca yang mungkin mengakibatkan kecacatann ini


berlaku adalah ;
a. Kelemahan turapan jalan seperti kehilangan lapisan permukaan.
b. Penyaliran yang tidak sempurna seperti air masuk ke lapisan
pengikat melalui rekahan permukaan.
c. Bebanan lalulintas yang ditanggung oleh permukaan jalan
menyebabkan proses penyepaian berlaku.
d. Pemadatan yang kurang semasa proses pembinaan
(penyelenggaraan berulang yang dilakukan).

2.3.6 Kecacatan Pinggir

i. Pecahan Pinggir
a. Bahan bahu jalan yang kurang rintangan terhadap hakisan.
b. Kurang sokongan terhadap pinggir jalan.
19

c. Penjajaran yang menggalakan laluan pada pinggir jalan di mana


pengaliran yang tidak sempurna akan menyebabkan berlaku
pemendapan.
d. Lebar turapan yang tidak mencukupi.

Anda mungkin juga menyukai