Anda di halaman 1dari 1

FAEDAH PERTANIAN KEPADA MANUSIA

Sektor pertanian telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi


Malaysia terutamanya semasa era selepas merdeka, yang pada masa tersebut majoriti
penduduk tertumpu kepada kegiatan ekonomi berasaskan pertanian. Namun dengan
kepesatan pembangunan dan kemajuan negara, sektor pertanian beransur-ansur
dipandang sayu terutamanya oleh mereka yang tinggal di bandar. Sebenarnya, sektor
pertanian ini mendatangkan banyak kebaikan kepada manusia.

Faedah yang paling dominan ialah sektor pertanian dapat memperluas peluang
pekerjaan. Sesetengah masyarakat desa masih miskin dan ketinggalan malah
kehidupan mereka umpama ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.
Masalah ini dapat diatasi sekiranya mereka melibatkan diri dalam sektor pertanian
kerana terdapat bantuan kerajaan dari segi pemodalan, kewangan, khidmat nasihat,
teknologi, dan juga penyelidikan. Jadi, sektor pertanian ini secara langsung dapat
menambahkan lagi peluang pekerjaan masyarakat.

Selain peluang pekerjaan, bekalan bahan mentah penting kepada sektor


ekonomi sekunder dalam pemprosesan makanan. Hasil pertanian banyak digunakan
dalam proses pengeluaran bahan makanan yang boleh dijadikan sebagai produk
eksport. Eksport makanan yang juga merupakan hasil pertanian adalah seperti kelapa
sawit, koko, lada hitam, beras dan sebagainya. Lantaran itu, kos pengeluaran dapat
diminimumkan kerana harga bahan mentah yang dibekalkan oleh sektor pertanian
adalah murah berbanding dengan pasaran antarabangsa.

Pada masa yang sama, sektor pertanian membekalkan bahan makanan untuk
kegunaan domestik rakyat. Sebagai contoh, beras merupakan makanan asas penduduk
Asia. Kita tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk memperoleh beras
kerana padi banyak diusahakan di negara ini. Oleh itu, kita dapat menikmati harga
makanan yang rendah, hasil sumbangan sektor pertanian.

Malahan, hubungan yang harmonis dengan negara jiran terutamanya negara


yang dilanda kemelesetan ekonomi dapat diwujudkan. Hal ini disebabkan terdapat
peluang pekerjaan yang begitu luas setelah berupaya menampung keperluan
masyarakat desa dan masih mengalami kekurangan sumber tenaga manusia, buruh
asing dari negara yang susah boleh mencari nafkah di negara kita yang kaya ini. Maka,
sektor pertanian dapat meningkatkan lagi pendapatan negara malah mampu
meningkatkan status negara kita.

Konklusinya, kita mendapat banyak kebaikan daripada sektor pertanian. Tetapi


ramai golongan muda yang lebih gemar mencari pekerjaan di bandar besar kerana
peningkatan kegiatan perindustrian yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Namun, kerajaan telah bersungguh-sungguh untuk menjadikan tanah lapang yang
subur sebagai tapak pertanian dan sedang menanti mereka untuk mengusahakannya.
Justeru, kita hendaklah mengubah pandangan kita terhadap sektor pertanian kerana
sektor ini sebenarnya mendatangkan banyak faedah.

(374 patah perkataan)