Anda di halaman 1dari 2

Nabi Yahya as

Nabi Zakaria, ayahnya Nabi Yahya sedar dan mengetahui bahawa anggota-anggota
keluarganya, saudara-saudaranya, sepupu-sepupunya dan anak-anak saudaranya adalah
orang-orang jahat Bani Israil yang tidak segan-segan melanggar hukum-hukum agama
dan berbuat maksiat, disebabkan iman dan rasa keagamaan mereka belum meresap betul
didalam hati mereka, sehingga dengan mudah mereka tergoda dan terjerumus ke dalam
lembah kemungkaran dan kemaksiatan. Ia khuatir bila ajalnya tiba dan meninggalkan
mereka tanpa seorang waris yang dapat melanjutkan pimpinannya atas kaumnya, bahawa
mereka akan makin rusak dan makin berani melakukan kejahatan dan kemaksiatan
bahkan ada kemungkinan mereka mengadakan perubahan-perubahan di dalam kitab suci
Taurat dan menyalah-gunakan hukum-hukum agama.
Kekhuatiran itu selalu mengganggu fikiran Zakaria disamping rasa sedih hatinya
bahawa ia sejak kahwin hingga mencapai usia sembilan puluh tahun, Tuhan belum
mengurniakannya dengan seorang anak yang ia idam-idamkan untuk menjadi
penggantinya memimpin dan mengimami Bani Isra'il. Ia agak terhibur dari rasa sedih dan
kekhuatirannya semasa ia bertugas memelihara dan mengawasi Maryam yang dapat
dianggap sebagai anak kandungnya sendiri. Akan tetapi rasa sedihnya dan keinginanya
yang kuat untuk memperolhi keturunan tergugah kembali ketika ia menyaksikan mukjizat
hidangan makanan dimihrabnya Maryam. Ia berfikir didalam hatinya bahawa tiada
sesuatu yang mustahil di dalam kekuasaan Allah. Allah yang telah memberi rezeki
kepada Maryam dalam keadaan seorang diri tidak berdaya dan berusaha, Dia pula
berkuasa memberinya keturunan bila Dia kehendaki walaupun usianya sudah lanjut dan
rambutnya sudah penuh uban.
Pada suatu malam yang sudah larut duduklah Zakaria di mihramnya menghiningkan
cipta memusatkan fikiran kepada kebesaran Allah seraya bermunajat dan berdoa dengan
khusyuk dan keyakinan yang bulat. Dengan suara yang lemah lembut berucaplah ia
dalam doanya: "Ya Tuhanku berikanlah aku seorang putera yang akan mewarisiku dan
mewarisi sebahagian dari keluarga Ya'qub, yang akan meneruskan pimpinan dan
tuntunanku kepada Bani Isra'il. Aku khuatir bahawa sepeninggalanku nanti anggota-
anggota keluargaku akan rusak kembali aqidah dan imannya bila aku tinggalkan mati
tanpa seorang pemimpin yang akan menggantikan aku. Ya Tuhanku, tulangku telah
menjadi lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban sedang isteriku adalah seorang
perempuan yang mandul namun kekuasaan-Mu adalah diatas segala kekuasaan dan aku
tidak jemu-jemunya berdoa kepadamu memohon rahmat-Mu mengurniai kau seorang
putera yang soleh yang engkau redhai."
Allah berfirman memperkenankan permohonan Zakaria: "Hai Zakaria Kami memberi
khabar gembira kepadamu, kamu akan memperoleh seorang putera bernama Yahya yang
soleh yang membenarkan kitab-kitab Allah menjadi pemimpin yang diikuti bertahan diri
dari hawa nafsu dan godaan syaitan serta akan menjadi seorang nabi."
Berkata Zakaria: "Ya Tuhanku bagaimana aku akan memperolehi anak sedangkan isteri
adalah seorang perempuan yang mandul dan aku sendiri sudah lanjut usianya."
Allah menjawab dengan firman-Nya: "Demikian itu adalah suatu hal yang mudah
bagi-Ku. Tidakkah aku telah ciptakan engkau padahal engkau di waktu itu belum ada
sama sekali?"Berkata Zakaria: "Ya Tuhanku, berilah aku akan suatu tanda bahawa isteri
aku telah mengandung." Allah berfirman: "Tandanya bagimu bahawa engkau tidak dapat
berkata-kata dengan manusia selama tiga hari berturut-turut kecuali dengan isyarat. Dan
sebutlah nama-Ku sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah diwaktu petang dan pagi hari."
Nabi Yahya bin Zakaria a.s. tidak banyak dikisahkan oleh Al-Quran kecuali bahawa
ia diberi ilmu dan hikmah selagi ia masih kanak-kanak dan bahawa ia seorang putera
yang berbakti kepada kedua ora ng tuanya dan bukanlah orang yang sombong durhaka. Ia
terkenal cerdik pandai, berfikiran tajam sejak ia berusia muda, sangat tekun beribadah
yang dilakukan siang dan malam sehingga berpengaruh kepada kesihatan badannya dan
menjadikannya kurus kering, wajahnya pucat dan matanya cekung.
Ia dikenal oleh kaumnya sebagai orang alim menguasai soal-soal keagamaan, hafal
kitab Taurat, sehingga ia menjadi tempat bertanya tentang hukum-hukum agama. Ia
memiliki keberanian dalam mengambil sesuatu keputusan, tidak takut dicerca orang dan
tidak pula menghiraukan ancaman pihak penguasa dalam usahanya menegakkan
kebenaran dan melawan kebathilan.
Ia selalu menganjurkan orang-orang yang telah berdosa agar bertaubat dari dosanya.
Dan sebagai tanda taubatnya mereka dipermandikan { dibaptiskan } di sungai Jordan,
kebiasaan mana hingga kini berlaku di kalangan orang-orang Kristian dan kerana Nabi
Yahya adalah orang pertama yang mengadakan upacara itu, maka ia dijuluki "Yahya
Pembaptis".
Dikisahkan bahawa Hirodus Penguasa Palestin pada waktu itu mencintai anak
saudaranya sendiri bernama Hirodia, seorang gadis yang cantik, ayu, bertubuh lampai dan
ramping dan berhasrat ingin mengahwininya. Sang gadis berserta ibunya dan seluruh
anggota keluarga menyentujui rencan perkahwinan itu, namun Nabi Yahya
menentangnya dan mengeluarkan fakwa bahawa perkahwinan itu tidak boleh
dilaksanakan kerana bertentangan dengan syariat Musa yang mengharamkan seorang
mengahwini anak saudaranya sendiri.
Berita rencana perkahwinan Hirodus dan Hirodia serta fatwa Nabi Yahya yang
melarangnya tersiar di seluruh pelosok kota dan menjadi pembicaraan orang di segala
tempat di mana orang berkumpul. Herodia si gadis cantik calon isteri itu merasa sedih
bercampur marah terhadap Nabi Yahya yang telah mengeluarkan fatwa mengharamkan
perkahwinannya dengan bapa saudaranya sendiri, fatwa mana telah membawa reaksi dan
pendapat dikalangan masyarakat yang luas. Ia khuatir bahawa bapa saudaranya Herodus
calon suami dapat terpengaruh oleh fatwa Nabi Yahya itu dan terpaksa membatalkan
perkahwinan yang sudah dinanti-nanti dan diidam-idamkan, bahkan bahkan sudah
menyiapkan segala sesuatu berupa pakaian mahupun peralatan yang perlu untuk pesta
perkahwinan yang telah disepakati itu.
Menghadapi fatwa Nabi Yahya dan reaksi masyarakat itu, Herodia tidak tinggal diam.
Ia berusaha dengan bersenjatakan kecantikkan dan parasnya yang ayu itu mempengaruhi
bapa saudaranya calon suaminya agar rencana perkahwinan dilaksanakan menurut
rencana. Dengan merias diri dan berpakaian yang merangsang, ia pergi mengunjungi
bapa saudaranya Herodus yang sedang dilanda mabuk asmara. Bertanya Herodus kepada
anak saudaranya calon isterinya yang nampak lebih cantik daripada biasa : "Hai manisku,
apakah yang dapat aku berbuat untukmu. Katakanlah aku akan patuhi segala
permintaanmu, kedatanganmu kemari pada saat ini tentu didorong oleh sesuatu hajat
yang mendesak yang ingin engkau sampaikan kepadaku. Sampaikanlah kepadaku tanpa
ragu-ragu, hai sayangku, aku sedia melayani segala keperluan dan keinginanmu."
Herodia menjawab: "Bila Tuan Raja berkenan, maka aku hanya mempunyai satu
permintaan yang mendorongku datang mengunjungi Tuanku pada saat ini. Permintaanku
yang tunggal itu ialah kepala Yahya bin Zakaria orang yang telah mengacau rencana kita
dan mencemarkan nama baik Tuan Raja dan namaku sekeluarga di segala tempat dan
penjuru. Supaya dia dipenggal kepalanya. Alangkah puasnya hatiku dan besarnya terima
kasihku, bila Tuanku berkenan meluluskan permintaanku ini".
Herodus yang sudah tergila-gila dan tertawan hatinya oleh kecantikan dan keelokan
Herodia tidak berkulik menghadapi permintaan calon isterinya itu dan tidak dapat berbuat
selain tunduk kepada kehendaknya dengan mengabaikan suara hati nuraninya dan
panggilan akal sihatnya. Demikianlah maka tiada berapa lama dibawalah kepala Yahya
bin Zakaria berlumuran darah dan diletakkannya di depan kesayangannya Herodia yang
tersenyum tanda gembira dan puas hati bahawa hasratnya membalas dendam terhadap
Yahya telah terpenuhi dan rintangan utama yang akan menghalangi rencana
perkahwinannta telah tersingkirkan, walaupun perbuatannya itu menurunkan laknat
Tuhan atas dirinya, diri rajanya dan Bani Isra'il seluruhnya.
Cerita tentang Zakaria dan Yahya terurai di atas dikisahkan oleh Al-Quran, surah
Maryam ayat 2 sehingga ayat 15, surah Ali Imran ayat 38 senhingga ayat 41 dan surah
Al-Anbiya' ayat 89 sehingga ayat 90

Anda mungkin juga menyukai