Anda di halaman 1dari 11

Konsep Penilaian

 Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan pencapaian
murid.
 Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina
instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan
susulan.
 Melalui aktiviti penilaian, guru dapat memastikan perkembangan potensi secara
menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terdapat 2 jenis penilaian di sekolah iaitu:
1. Penilaian Formatif
2. Penilaian Sumatif

Penilaian Formatif

 Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


 Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas
tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai.
 Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang
murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
 Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek
yang tidak dapat dinilai secara berpusat.

Penilaian Sumatif

 Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester.
 Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan
murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.
 Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia.
 Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid
di seluruh negara.

Objektif Penilaian di Sekolah (Formatif dan Sumatif)

 Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh


 Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari
semasa ke semasa
 Mengetahui keberkesanan pengajaran
 Merancang dan mengubah suai pengajaran
 Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta

Kepentingan Penilaian dalam Pendidikan Moral

 Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid
mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi
supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya.
 Kekuatan murid yang telah menguasai sesuatu nilai dan tindakan secara bermoral dapat
diperkukuh dan diperkayakan.
 Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan
kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang
dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek
kognitif/pemikiran afektif/perasaan dan tingkah laku moral.

Ciri-ciri dan Prosedur Penilaian Dalam Bilik Darjah

Pengenalan:

 Aktiviti penilaian yang dijalankan dalam bilik darjah  merupakan sebahagian proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
 Penilaian dalam bilik darjah dilaksanakan secara berterusan dengan tujuan mengesan
penguasaan dan kemajuan murid dalam bilik darjah.
 Maklumat yang diperolehi daripada penilaian akan digunakan untuk merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kemajuan murid.

Ciri-ciri penilaian dalam bilik darjah:

 Menentukan sejauh mana objektif pelajaran telah dicapai


 Membantu guru mengubahsuaikan kaedah p&p  untuk membantu membaiki kelemahan
pembelajaran murid.
 Dijalankan secara berterusan untuk menentukan kemajuan murid-murid dalam aspek
intelek, rohani, jasmani dan emosi.
 Memastikan prinsip asas penilaian diikuti:
o tujuan penilaian

o bidang yang dinilai

o calon yang hendak dinilai

o teknik yang akan digunakan dalam penilaian

Skop penilaian:

Memberi gambaran pencapaian pelajar dalam aspek-aspek:

 Bidang Kognitif/Pemikiran moral - Pencapaian pengetahuan dan perkembangan intelek.


Dalam Pendidikan Moral, dari segi pengetahuan mengenai nilai dan kandungan akademik
yang ditentukan bagi setiap tingkatan.
 Bidang Afektif/Perasaan moral - Perkembangan perlakuan dalam minat, sikap, nilai serta
rohani dan emosi. Dalam Pendidikan Moral, dari segi menggunakan aspek nilai dan
kandungan akademik dalam mempunyai iltizam untuk mengamalkan perlakuan yang
bermoral serta sikap yang diterima dalam masyarakat kita.
 Bidang Psikomotor /Tingkah laku moral - Kebolehan melakukan sesuatu perlakuan yang
bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia.

Bentuk Penilaian dalam Bilik Darjah

Bentuk penilaian dalam Bilik Darjah

 Berbagai-bagai cara informal dan formal

Informal Formal
- pemerhatian - ujian kertas pensil
- lisan - laporan
- kuiz - tugasan
- soal jawab - folio 
- perbincangan
- penilaian kendiri 

Pembinaan Instrumen Penilaian dalam Aspek Kognitif


Pengenalan

 Kandungan KBSR dan KBSM merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai dari
bidang kognitif, afektif dan psikomotor.
 Kedua-dua kurikulum ini bertujuan memperkembangkan potensi murid secara
menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang harmonis dan seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
 Oleh itu, penilaian hendaklah merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.

P & P dalam aspek kognitif merujuk kepada Dewey (1916) dan pemerhatiannya bahawa setiap
insan mempunyai kapasiti untuk berfikir.

Polson & Jeffries (1985) mengatakan pemikiran berkaitan secara langsung dengan kemahiran
penyelesaian masalah.

Ennis (1985, 1991) berpendapat pemikiran merupakan beberapa siri proses pemikiran secara
logik.

Galotti (1989) menyatakan terdapat dua jenis membuat keputusan kesan dari pemikiran, iaitu
“formal reasoning” dan “everyday reasoning”

Instrumen Penilaian Dalam Aspek Kognitif

 Kebiasaannya penggunaan ujian kertas dan pensel dapat memberi ukuran pencapaian
pelajar dalam aspek kognitif/pemikiran moral.
 Pembinaan item ujian objektif dan subjektif boleh dilakukan mengikut aras kesukaran
yang dinyatakan dalam Taksonomi Bloom. (Rujuk
http://www.officeport.com/edu/blooms.htm)

Aras Kemahiran Ujian Bertulis

Item objektif atau subjektif boleh dibina untuk semua aras kemahiran dalam bidang
kognitif/pemikiran moral di bawah kategori Taksonomi Bloom.

Perhatikan jadual di bawah:

Aras kemahiran dalam bidang kognitif  Contoh soalan 


1.Pengetahuan Nyatakan nilai yang berkaitan dengan Tuhan
dan pengolahan alam semulajadi oleh manusia. 
Menguji kebolehan pelajar mengingat kembali
fakta, erti, istilah, prinsip, hukum dan definisi
yang telah dipelajari. 
2. Kefahaman Huraikan maksud nilai bertanggungjawab.
Menguji kebolehan murid memahami, menukar
dan menjelaskan fakta, konsep, prinsip, hukum
dan teori yang telah dipelajari.
3. Aplikasi Arasu seorang pelajar yang jarang menguruskan
diri dan jadual pembelajarannya. Dia selalu
Menguji kebolehan pelajar menggunakan fakta, bergantung kepada orang lain untuk
konsep, hukum, teori, prinsip, pengetahuan dan menyiapkan kerja rumahnya. Jelaskan nilai
kemahiran untuk menyelesaikan  masalah yang yang sepatutnya diamalkan oleh Arasu.
berkaitan. 
4. Analisis Yang manakah pernyataan berikut TIDAK
menerangkan ciri nilai bertanggungjawab
Menguji kebolehan pelajar membanding dan dengan betul? 
menghuraikan faktor-faktor kesamaan,
perbezaan dan perhubungan di antara satu sama
lain.
5. Sintesis Cekal, gigih, tekun, dedikasi dan daya usaha.
Semua ciri yang dinyatakan adalah berkaitan
Menguji kebolehan pelajar mencantumkan, dengan nilai ………………
menggabungkan dan mengintergrasikan fakta-
fakta atau idea-idea yang berkaitan.
6. Penilaian Di antara nilai-nilai yang berikut, yang manakah
PALING efektif digunakan untuk mendidik
Menguji kebolehan calon membuktika, kanak-kanak sifat kebersihan diri?
menilaikan, mengesahkan, mengkritikkan,
merumuskan atau memberi pendapat sesuatu
pernyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan
sebagainya. 

PANDUAN MENULIS SOALAN UJIAN BERTULIS

 Pokok soalan mesti ditulis dalam bahasa yang mudah difahami


 Pilihan jawapan atau gerak balas hendaklah ditulis sejajar dengan pokok soalan
 Struktur item haruslah dibentuk mengikut format yang biasa diamalkan

UJIAN SUBJEKTIF

 Ujian esei
 Pelajar menjawab soalan dalam tulisan/perkataan sendiri
 Jawapan- satu ayat, beberapa ayat, satu perenggan, beberapa perenggan, satu karangan
 Pelajar bebas memilih, menerangkan, membentangkan idea-idea dengan perkataan
sendiri
 Pemeriksa memeriksa secara subjektif, holistik, analitik(mengikut kriteria pemarkahan)

JENIS-JENIS SOALAN SUBJEKTIF


 Jenis respons terhad
o mengandungi soalan yang memerlukan pelajar menulis jawapan secara ringkas

o contoh: beri dua faedah mengolah alam semulajadi dengan baik

 Jenis respons lanjutan


o mengandungi soalan yang memerlukan pelajar memberi jawapan dalam satu atau
beberapa perenggan
o contoh: Huraikan cara-cara mengurangkan vandalisme di kalangan pelajar
sekolah dengan merujuk kepada nilai-nilai dalam Pendidikan Moral.

Di bawah soalan jenis respons terhad ada:

  Soalan berstruktur
o satu siri soalan yang berkaitan dengan sesuatu isu yang dikemukakan satu demi
persatu
o jawapan yang diberikan merupakan satu penyelesaian kepada isu yang
dikemukakan(nilai, sikap, tingkahlaku)
 Soalan berpandu
o mengandungi penggerak-penggerak atau stimuli seperti gambar, peta, carta dan
lain-lain
o pelajar menjawab berdasarkan penggerak-penggerak yang disediakan

Soalan jenis gerak balas lanjutan

 soalan jenis perbicaraan


 memberi peluang kepada pelajar menjawab secara bebas- menghuraikan idea/pendapat
secara bertulis
 sangat sesuai digunakan untuk mengukur proses pemikiran, daya kreatif, keaslian idea,
induksi, imaginasi
 menilai aras yang lebih tinggi (analisis, sintesis, penilaian)
 Contoh: Huraikan kesan Rumah Hijau kepada penduduk dunia.
Rancangkan satu projek amal bakti di sekolah anda. Bezakan di antara tanggungjawab
terhadap keluarga dan  tanggungjawab terhadap negara.

Pentafsiran soalan subjektif

 Skop jawapan soalan terlalu luas


 Soalan yang menimbulkan perbalahan
 Kesukaran soalan di luar kemampuan pelajar
 Soalan terlalu mudah
 Soalan yang kurang jelas

Panduan menggubal soalan subjektif  bagi mata pelajaran Pendidikan Moral

 Digubal berdasarkan aspek penting – bahan P&P


 Istilah dan bahasa dalam soalan jelas dan tepat
 Soalan mesti spesifik dan berlandaskan nilai
 Ada ciri keesahan-topik, aras kemahiran
 Ciri keobjektifan – jawapan, skema pemarkahan
 Ciri kebolehpercayaan – wajib dijawab

Pembinaan Instrumen Penilaian Dalam Aspek Psikomotor

Pembinaan Instrumen Penilaian Dalam Aspek Psikomotor (Tingkahlaku Moral)

Pengenalan

 Dalam penilaian tingkahlaku moral, pelajar dikehendaki melakukan sesuatu aktiviti atau
perbuatan berkaitan dengan nilai yang telah dipelajari.
 Penilai atau guru Pendidikan Moral akan memerhatikan tingkahlaku dan gerak-geri
pelajar dan bandingan dengan tingkahlaku piawai yang telah disediakan.
 Dalam penilaian tingkahlaku moral, pelajar diberi satu ‘demanding task’ dan dikehendaki
respon dalam bentuk lisan, bertulis atau mengkonstruk sesuatu produk.
 Misalnya dalam aspek penyelesaian masalah secara berkumpulan.

Senarai Sub-sub Topik:

1. Ciri-ciri penilaian tingkahlaku moral


2. Ciri-ciri penilaian tingkahlaku yang lain
3. Kepentingan penilaian tingkahlaku moral
4. Pembinaan item penilaian tingkahlaku moral
5. Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam tingkahlaku moral

CIRI-CIRI PENILAIAN TINGKAHLAKU MORAL

Menurut Popham,W.J. (2000) pendidik/penilai yang berlainan akan menggunakan phrasa


penilaian tingkahlaku untuk merujuk kepada pelbagai cara dalam penilaian untuk bidang ini. Ada
pendidik yang menggunakan soalan struktur dan soalan esei untuk penilaian tingkahlaku. Tetapai
mana-mana penilaian tingkahlaku harus mempunyai sekurang-kurannya 3 ciri-ciri iaitu:

 Kriteria penilaian yang pelbagai (Multiple evaluative criteria)


o Tingkahlaku pelajar perlu dinilai berdasarkan lebih dari satu kriteria

o Misalnya untuk menilai kerajinan pelajar perlu ada rujukan pada buku latihan
P.Moral, tingkahlaku di kelas, di luar kelas dan waktu p & p.
 Standard berkualiti bagi kriteria yang ditetapkan (Prespecified quality standards)
o Kriteria yang hendak dinilai perlu dijelaskan pada pelajar sebelum menilai kualiti
tingkahlaku pelajar.
o Kriteria yang ditetapkan berdasarkan p & p yang telah dijalankan dalam bilik
darjah.
 Judgmental appraisal
o Dalam penilaian tingkahlaku moral, human judgement menjadi faktor utama
untuk menilai seseorang pelajar.

CIRI-CIRI PENILAIAN TINGKAHLAKU YANG LAIN

 Kebanyakan advocate penilaian tingkahlaku mengatakan penilaian tingkahlaku perlu


autentik dan melibatkan dunia sebenar.
o the tasks should represent real-world rather than school-world kinds of problems.

 Penilai tingkahlaku menggunakan frasa ‘authentic assessment’  kerana penilaian sebegini


memberi alternatif kepada penilaian secara tradisional.
what’s “performance” to one educator may not qualify as “performance” to another

Kepentingan penilaian tingkahlaku moral

KEPENTINGAN PENILAIAN TINGKAHLAKU MORAL

 Mehren (1992) menggalakkan penggunaan penilaian tingkahlaku moral kerana:


o penilaian tingkahlaku moral sesuai digunakan untuk menilai pelajar dari pelbagai
peringkat perkembangan moral
o kesan dari kognitif psikologi iaitu dipercayai bahawa pelajar perlu kemahiran dari
aspek pengetahuan dan proses memperolehi pengetahuan. Proses ini lebih jelas
dinilai melalui tingkahlaku.
o Pengaruh negatif penilaian konvensional. Penilaian tingkahlaku dapat mencapai
matlamat penilaian yang lebih realistik khasnya dari segi moral dan etika.

PEMBINAAN ITEM PENILAIAN TINGKAHLAKU MORAL

 Dua komponen perlu disediakan:


o tugasan (task) yang perlu dilakukan oleh pelajar

o rubrik pemarkahan (scoring guide) untuk menilai tingkahlaku pelajar yang


menjalani penilaian tingkah laku moral

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN DALAM PENILAIAN


TINGKAHLAKU MORAL

 Penilaian tingkahlaku mengambil tempoh masa yang lama


o masa untuk menyediakan tugasan yang sesuai

o masa untuk menyediakan rubrik pemarkahan

o masa untuk menilai respon pelajar

Pembinaan Item Aspek Afektif

PEMBINAAN ITEM ASPEK AFEKTIF (EMOSI)

PENGENALAN

 Penilaian afektif berfokus terhadap sikap, nilai, minat dan perasaan seseorang pelajar.
 Misalnya penilaian pelajar terhadap konsep kendiri mereka sebagai pelajar adalah satu
contoh penilaian afektif.
 Kontras dengan bidang kognitif yang melibatkan aktiviti intelektual pelajar.
 Kontras dengan bidang psikomotor yang melibatkan ‘small muscles and large muscles
skills’
David R. Krathwohl dan rakan-rakan (1964) menghasilkan objektif taksonomi afektif.

Tahap  Ciri-ciri 
Penerimaan  Berkaitan dengan sensitiviti pelajar terhadap kehadiran
fenomena atau stimuli yang tertentu
‘Receiving/Attending’ 
 Sama ada pelajar ingin menerima stimuli/fenomena yang
wujud
 Terbahagi kepada 3 tahap:
o sedar tentang fenomena yang wujud

o bersedia untuk menerima fenomena

o memberi perhatian kepada fenomena


Bergerakbalas  Pada tahap ini, gerakbalas (responses) lebih daripada
menyedari tentang fenomena yang wujud
‘Responding’ 
 Pelajar melibatkan diri secara aktif 
Penilaian  Kategori ini mereflek pegangan nilai tertentu seseorang
pelajar
‘Valuing’  
 Tingkahlaku pelajar konsisten dalam situasi yang
bersesuaian – untuk menilai nilai yang hendak dinilai
Pengurusan   Semasa pelajar ‘internalize values’, mereka berhadapan
dengan situasi di mana lebih daripada satu nilai boleh
diguna.

 Memerlukan pelajar mengurus dan menyususn nilai-nilai


dalam satu sistem agar nilai-nilai tertentu lebih diutamakan.
(certain values exercise greater control).
Perwatakan berdasarkan  Pada tahap yang paling tinggi ini, ‘internalization’ telah
nilai mengambil tempat dalam hiraki nilai seseorang individu
hingga tahap dia boleh diperwatakkan sebagai mempunyai
(Characterization by a value set nilai yang tertentu.
or value complex) 

PEMBINAAN ITEM UNTUK PENILAIAN AFEKTIF MORAL

1. Self-report assessment devices


Anderson (1981) menyokong penggunaan penilaian afektif apabila menilai status afektif
pelajar.
2. Inventori Likert
o Likert (1932) mencipta satu penilaian menggunakan skala yang membolehkan
guru-guru Pendidikan Moral menilai pelbagai aspek afektif moral.
o Dalam Inventori Likert, beberapa pernyataan diberi dan respon diberi dalam
bentuk 5, 3 atau 2 pilihan.
o Contoh pilihan: Ya, Tidak

o Setuju, Kurang Setuju, Tidak Setuju

o Sangat Setuju, Setuju, Tidak pasti, Tidak Setuju, Sangat Tidak Setuju

Kesimpulan

KESIMPULAN

Secara umumnya, penilaian Pendidikan Moral di bilik darjah perlu menitikberatkan aspek-aspek
berikut:

 Tujuan penilaian
 Skop penilaian
 Pendekatan yang akan digunakan
 Pelaksanaan
 Rekod
 Pelaporan

Anda mungkin juga menyukai