Anda di halaman 1dari 1

DOA ZIARAH HARI RAYA

‫محمد سيدنا على والسالم والصالة العلمين رب هللا الحمد‬

‫اجمعين وصحبح اله وعلى المرسلين اشرف‬

Ya Allah wahai Tuhan Yang Mentadbir seluruh keadaan, Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Agung,
dengan limpah kemurahan-Mu tukarkanlah apakiranya keadaan kami ini kepada sebaik-baik keadaan.
Berkatilah kami dan sekelian kaum muslimin dengan sempena Syawal ini.

Ya Allah Tuhan yang Dialah sebaik-baik tempat dihadapkan permohonan, perkenankanlah doa kami ini dan
kurniakanlah lagi peluang menemui Syawal di tahun-tahun yang akan datang, dan berkatilah tuan rumah ini
………………….. ( nama tuan rumah ) serta lanjutkan umurnya dalam iman, kurniakanlah kepadanya rezeki
yang halal dan jauhkanlah daripadanya rezeki yang haram.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,


Jadikanlah usaha ziarah hari raya ini sebagai usaha yang diberkati dan dirahmati, segala amal perbuatan baik
kami diterima dan jadikanlah kami semua hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur atas ni’mat kurniaan-Mu.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,


Jadikanlah pertemuan kami ini pertemuan yang dirahmati, dan perpisahan kami selepasnya nanti, perpisahan
yang sentiasa terpelihara. Permudahkanlah urusan kami dan sempurnakanlah semua pekerjaan kami dengan
segala kebaikan diiringi dengan rahmat-Mu,

‫هلل والحمد وسلم وصحبه اله وعلى محمد سيدنا على هللا وصلى‬

.‫العلمين رب‬

Anda mungkin juga menyukai