Anda di halaman 1dari 6

SOLAT BERJEMAAH

1.0 PENGERTIAN

Solat berjemaah adalah solat yang dilakukan oleh dua orang, dan salah seorang
daripada mereka menjadi imam dan yang lainnya menjadi makmum. Imam dipilih di
atas dasar kefasihan bacaan Al Quran dan pengetahuan yang lebih tentang hukum
Islam. Secara praktikalnya, imam akan berdiri di hadapan dan makmum akan berdiri di
belakang, mengikuti perbuatan imam.

Nabi Muhammad s.a.w mendirikan solat secara berjemaah selepas berhijrah ke


Madinah. Selama 13 tahun di Makkah, Baginda dan para sahabat hanya bersolat di
rumah kerana berada di dalam keadaan ditekan. Oleh yang demikian, solat hanya
dilakukan di rumah-rumah mereka sahaja. Setelah berhijrah, Nabi Muhammad s.a.w
mendirikan solat secara berjemaah dan Baginda melakukannya secara berterusan.

2.0 HUKUM SOLAT BERJEMAAH

Hukum solat berjemaah terbahagi kepada tiga iaitu:


 Fardu Ain
 Fardu Kifayah
 Sunat

Fardu Ain
Solat Jumaat berjemaah hukumnya adalah fardu ain ke atas muslim. Allah berfirman di
dalam surah al Jumu’ah, ayat 9:

“Apabila ada panggilan untuk mengerjakan solat di hari Jumaat, segeralah kamu
mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli”.
Fardu Kifayah
Fardu Kifayah kepada solat fardu lima waktu berjemaah bagi sesebuah tempat. Dengan
kata lain, kefarduan tersebut jatuh ke atas Ahlul Baldah, penduduk sesebuah pekan
selagi tidak didirikan dengan jelas yakni tidak bersembunyi-sembunyi atau tidak
didirikan sama sekali. Telah dijelaskan di dalam Al Quran (An-Nisa’:102):

“Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (dari kalangan sahabatmu) lalu
kamu hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari
mereka berdiri (solat) bersamamu..”

Terjemahan sebahagian daripada ayat ini adalah berkenaan solat ketika takut (khauf).
Sekiranya terdapat perintah supaya bersolat secara berjemaah sekalipun dalam
keadaan takut, maka melakukannya dalam keadaan aman adalah lebih utama (aula).

Walaupun diletakkan sebagai fardu kifayah, keutamaan sangat diberikan kepada solat
berjemaah. Ada sesetengah ulama’ meletakkan solat fardhu berjemaah sebagai sunat
muakkad, iaitu sunat yang sangat dituntut untuk semua lelaki muslim yang tidak uzur.

Dari Ibni Umar r.a berkata ia: rasulullah s.a.w.: “Solat berjemaah itu lebih utama
pahalanya dari solat sendiri sebanyak dua puluh tujuh darjat.” (Diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim)

Juga diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim betapa keutamaan diberikan kepada solat
berjemaah:

Dari abu Hurairah r.a berkata ia: Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Demi Tuhan yang
berkuasa ke atas diriku, sesungguhnya sudah menjadi cita-citaku, supaya aku
perintahkan mengerjakan solat, lalu dikerjakan orang solat itu, kemudian bersama-sama
dengan manusia, kemudian aku berjalan, bersama-sama dengan aku ada beberapa
orang lelaki yang membawa seikat kayu api, akan dibawa kepada kaum yang tidak mahu
menghadiri solat berjemaah, lantas dengan api itu aku bakar rumah mereka.

Terdapat juga pendapat bahawa sekiranya meninggalkan solat berjemaah, boleh


dianggap sebagai ahli bid’ah kerana tidak mengikut perbuatan Nabi Muhammad s.a.w
yang tidak pernah meninggalkan solat berjemaah setelah berhijrah ke Madinah.

Berkata Imam Abu Ahmad al-Hasan bin ‘Ali al-Barbahaa-ri (meninggal 329 hijrah) di
dalam kitabnya Syarah as-Sunnah:

:‫ومن ترك صالة الجمعة والجماعة في المسجد من غير عذر فهو مبتدع والعذر‬
‫ وما سوى ذلك‬,‫كمرض ال طاقة له بالخروج إلى المسجد أو خوف من سلطان ظالم‬
‫ ومن صلى خلف إمام فلم يقتد به فال صالة له‬,‫فال عذر لك‬
Maksudnya: Dan sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat dan solat berjemaah
dimasjid tanpa sebarang uzur maka ia adalah seorang ahli bid’ah. Uzur itu seperti sakit
yang tidak mampu keluar kemasjid atau takut kepada pemerintah yang zalim, dan
selain dari itu maka tidak termasuk dalam uzur bagi kamu. Barangsiapa yang solat
dibelakang imam kemudia ia tidak mengikut imam tersebut maka tiada solat baginya.

Jika diperhatikan kepada kenyataan Imam al-Barbahaa-ri ini kita dapati bahawa begitu
besar kedudukan solat berjemaah disisi Ahlus Sunnah.

Sunat

Sunat pada solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari
raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat terawih dan solat witir pada bulan
Ramadhan.
Sunat juga solat berjemaah ke atas wanita. Namun yang demikian adalah diutamakan
solat berjemaah pada mereka dikerjakan di rumah mereka berbanding di masjid.
Seperti yang di jelaskan melalui riwayat oleh Abu Daud:

Dari Ibni Mas’ud r.a bahawasanya Nabi s.a.w bersabda: “Solat perempuan di rumahnya
lebih utama dari solatnya di ruangnya dan solat di biliknya, lebih utama daripada solat
di rumahnya.

Dan jika mereka (perempuan) hendak ke masjid untuk sembahyang, maka tidak boleh
pula dilarang:

Dari Ibni Umar r.a berkata ia: Bersabda Rasulullah s.a.w.:


Janganlah kamu larang perempuan kamu dating ke masjid, sedang rumah mereka
sendiri lebih baik bagi mereka”.
(Diriwayatkan oleh abu Daud)

3.0 HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT BERJEMAAH

Antara hikmah utama disyariatkan solat berjemaah adalah di dalam aspek kehidupan
dan kemasyarakatan. Di atas dasar perkenalan sesama muslim, persaudaraan dan
tolong menolong sesama mereka untuk menyampaikan kebenaran dan menghapuskan
kebatilan. Ketika perkumpulan untuk bersolat berjemaah inilah akan terpupuk
kejelekitan silaturrahim seterusnya mengeratkan lagi ukhwah.

Keadaan masyarakat muslim yang datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi
mampu menyedarkan golongan-golongan yang lebih berada untuk melihat sendiri
saudara-saudara mereka yang kurang berkemampuan dating untuk bersolat bersama.
Dari situ dapatlah kesedaran dipupuk dan menimbulkan rasa murah hati untuk
membantu rakan seagama mereka.
Penyampaian maklumat dan ilmu juga dapat dilakukan di masjid atau surau sesebuah
tempat mengikut kawasan masing-masing. Penyampaian dapat dilakukan secara tidak
formal, pada sebelum atau selepas solat, mahupun secara rasmi melalui khutbah di hari
Jumaat.

Selain itu, pengurusan sebelum dan selepas solat berjemaah juga dapat memupuk
semangat kerjasama sesame penduduk sekeliling. Aktiviti-aktiviti seperti meluruskan
saf, perbuatan merapatkan bahu dan siku dan sama-sama menghadap kiblat
menandakan satu matlamat yang sama ditujui oleh semua ketika bersolat. Perbuatan
mengikut imam juga penting sebagai lambang seseorang yang mengikuti perintah
ketuanya. Namun yang demikian, imam juga boleh dibetulkan oleh makmum ketika
bersolat jika terdapat apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh imam. Penerimaan
teguran oleh pengikut menunjukkan toleransi dan keterbukaan agama Islam di dalam
semua urusan atau pemerintahan.

Perbuatan rukuk dan sujud bersama imam menandakan keadilan Tuhan terhadap
hamba-hambaNya. Ketika itu tiada bezanya pangkat, harta mahupun darjat kerana
semuanya mesti sujud. Ketika itu, tiada satu kemuliaan yang dapat melebihi satu dari
yang lain dan mereka bersama-sama sujud menghadap Allah yang Maha Besar.
BIBLIOGRAFI

Al Ustaz H. Idris Ahmad S.H (1982). Fiqh Syafi’I Jilid 1, KL Malaysia: Penerbitan Pustaka
Antara

Drs. H. Mohamad Rifai (1981). Ilmu Fiqih Islam Lengkap, Singapura: Pustaka Nasional Pte.
Ltd

Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji (1998). Kitab Fikah Mazhab
Syafie,KL Malaysia: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Ismail bin Kamus (1987). Panduan Fardu Ain, KL Malaysia: Pustaka Al-Mizan

Meninggalkan solat berjemaah, (2010, 15 Oktober). Diambil dari - http://assabiel.com/?p=2053

Anda mungkin juga menyukai