60 Petua Mencari
60 Petua Mencari
60 Petua Mencari
JODOH
1. Semua orang Ada jodoh atau pasangan yang
menanti Dan biasanya ianya
Berada tidak jauh dari anda. Jarang orang
bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
Perkahwinan bukan sekadar berpandukan kepada cinta semata-mata. Jika cinta yang
dijadikan asas, besar kemungkinan perkahwinan yang didirikan berhadapan dengan
pelbagai masalah.
Pandangan keluarga, perancangan masa depan, persamaan dan perbezaan antara anda dan
teman perlu dibincangkan bersama sebelum anda mencapai kata sepakat untuk
mendirikan rumah tangga.
Bak kata orang, perkahwinan bukan sekadar anda dan pasangan, sebaliknya ia
membabitkan banyak pihak dan isu. Ketika bercinta semuanya indah, tetapi apabila sudah
melangkah ke alam perkahwinan barulah tampak kepincangan masing-masing.
Tanpa perbincangan, anda akan mengalami pelbagai masalah kelak, justeru tetapkan hala
tuju anda dan pasangan sebelum mengambil langkah lebih serius. Persoalan berikut
mungkin boleh dijadikan pertimbangan.
Apakah ibu bapa anda mesra, mengambil berat dan penyayang atau adakah mereka sering
berselisih faham?
Pendidikan.
Apakah anda dan pasangan memiliki taraf pendidikan yang sama? Apakah anda berasa
tergugat jika pasangan anda memiliki taraf pendidikan yang lebih tinggi? Apakah anda
bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran?
Bandingkan latar belakang masing-masing – lebih besar perbezaan antaranya maka lebih
besarlah kemungkinan wujudnya masalah berkaitan adat resam, kehidupan berkeluarga,
harapan tradisi dan sebagainya.
Kepintaran.
Apakah anda lebih pintar daripada pasangan anda atau sebaliknya? Apakah ini mungkin
mencetuskan rasa iri hati?
Apakah pandangan saudara mara anda mengenai calon pilihan anda dan bagaimana
hubungan anda dengan mentua?
Bilangan anak.
Apakah anda dan pasangan bercanggah pendapat mengenai bilangan anak dan
perancangan keluarga? Apakah anda berbincang mengenai tanggungjawab sebagai ibu
bapa dan cara membesarkan anak?
Masalah seksual.
Apakah perasaan anda dan pasangan terhadap kemampuan seksual masing-masing? Anda
berdua patut menjalani pemeriksaan fizikal dan khidmat kaunseling bagi memastikan
tiada masalah seksual.
Di manakah anda berdua akan tinggal selepas berkahwin – di rumah sendiri atau mentua.
Jika memilih untuk tinggal di rumah mentua dapatkah anda menyesuaikan diri dengan
mereka?