Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pengendali makanan di kantin adalah individu yang bertanggungjawab dalam penyediaan makanan.
Pengendali makanan juga dapat menentukan makanan yang disediakan dan dijual adalah selamat untuk
dimakan oleh pengguna di sekolah.
1. Status Kesihatan
Pengendali makanan hendaklah diakui sihat oleh pegawai perubatan dan mempunyai sijil atau
kad pengesahan kesihatan. Perakuan tensebut hendaklah disimpan dan dipamerkan di kantin
berkenaan.
Keadaan kesihatan semua pengendali makanan hendaklah sentiasa diawasi. Pengendali yang
demam, menghidap cirit-birit, batuk atau penyakit berjangkit yang lain dan berkudis tidak
dibenarkan melibatkan diri dalam urusan pengendalian makanan. Dia hanya boleh meneruskan
pekerjaan selepas dirawat dan disahkan sihat oleh pegawai perubatan.
Pengendali makanan yang mengalami luka di bahagian tangan hendaklah membalut luka
tersebut dengan plaster yang kalis air sebelum membuat sebarang kerja pengendalian makanan
2. Pakaian
3. Amalan
Menampilkan diri dalam keadaan kemas, bersih dan ceria sepanjang masa.
Mencuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan atau menghidang makanan.
Menutup makanan yang disediakan dengan penutup yang sesuai dan bersih.
Menggunakan sudu, garpu, sarung tangan plastik atau penyepit semasa memegang makanan
yang sudah dimasak.
Menutup hidung atau mulut dengan sapu tangan apabila batuk atau bersin sambil menghalakan
muka ke arah lain daripada makanan.
Menggunakan kain pengelap yang bersih dan berasingan untuk mengelap pinggan, mangkuk,
meja, dan tangan.
Menyimpan bahan bukan makanan seperti racun serangga, minyak tanah dan bahan pencuci di
tempat khas yang berasingan di luar tempat makanan sedang dimasak, dijual, atau dihidang.
Memegang sudu, garpu, pisau, atau cawan yang bersih pada tangkainya.
Membersihkan lantai dengan menggunakan pengelap lantai jika perlu, di tempat makanan
sedang dimasak, dijual atau dihidang.
Meletak makanan yang sudah dimasak pada paras Iebih 45 cm daripada Iantai.
Memastikan tong sampah berlapik dengan karung plastik, bertutup, dan bersih.
Membuang sampah ke dalam tong sampah besar atau tempat pelupusan sampah.
Meludah merata-rata.
Merokok.
Menggaru badan, mengorek sama ada telinga, gigi atau hidung, menjilat jari, mengunyah sireh
atau ‘chewing gum’ semasa menyediakan makanan.
Membungkus, mengalas, atau menutup makanan dengan bahan yang tidak bersih, plastik
berwarna dan bahan bercetak.
Menyusun, membawa, atau menyimpan pinggan yang berisi makanan secara bertindih.
Membensihkan meja dengan membuang sisa makanan dari atas meja ke lantai.
Warganegara Malaysia yang ingin mengusahakan kantin sekolah (pengusaha) wajib memiliki sijil
Kursus Asas Pengendalian Makanan yang diiktiraf oleh Kementenian Kesihatan Malaysia dan sah
tempoh laku semasa memohon sebut harga.
Semua pengendali makanan (pekerja) juga wajib menghadiri Kursus Asas Pengendalian Makanan
yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
PAKAIAN LENGKAP
PENGENDALI KANTIN SEKOLAH