Anda di halaman 1dari 46

8

2.2 Dasar Sosial - Dasar Pendidikan Kebangsaan.

2.2.1. Latar Belakang

Seperti diketahui umum, pengubalan Dasar Pendidikan Negara adalah untuk mencapai

objektif yang telah ditetapkan dalam membentuk satu negara bangsa yang mana para

pemimpin dan rakyat Malaysia pada masa itu menyedari peripentingnya diadakan satu Sistem

Pendidikan Kebangsaan untuk menggantikan Sistem Pendidikan Penjajah. Dasar ini digubah

melalui Penyata Razak 1956 dan termaktub dalam Ordinan Pelajaran, 1957 dan disemak

semula pada tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Seterusnya Laporan

Rahman Talib ini dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.( Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan (PIPP) 2006-2010 RMK-09). Tetapi jika dinilai berdasarkan dasar tersebut,

andakah kita sudah berjaya mencapai objektif pelaksanaannya?

2.2.2 Objektif

Antara objektif Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah seperti yang dinyatakan dalam

pendahuluan Akta Pelajaran 1961:

“Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957

ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara

dan, menggalakkan perkembangan kebudayaan,sosial, ekonomi dan politiknya..”

Jawapanya adalah benar kita sudah mencapai objektifnya itu kerana sehingga hari ini kita

sudah berjaya melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang di peringkat

negara mahupun antarabangsa. (http://pmr.penerangan.gov.my/index.dasar-pendidikan-

kebangsaan&dasar-dasar-negara, 01:46, 20-02-2010)


9

Dengan strategi pelaksanaan yang pelbagai, dasar ini telah terbukti berkesan dalam

menjayakan matlamat penting negara seperti yang dikehendaki iaitu membina dan

membentuk perpaduan dalam kalangan kepelbagaian kaum di Malaysia. Asas utama dalam

membentuk perpaduan yang terdapat dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah seperti

sistem persekolahan yang sama bagi semua, Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama

di semua peringkat persekolahan serta kurikulum dan peperiksaan yang sama kandungan dan

bercorak kebangsaan. (http://pmr.penerangan.gov.my/index.php, 01:46, 20-02-2010)

Namun begitu, dalam kerancakan pembangunan negara yang semakin moden hari ini,

kerajaan telah mempelbagaikan lagi strategi dalam Sistem Pendidikan Negara. Ini kerana

dalam masa kurang sedekad untuk negara mencapai status negara maju menjelang tahun

2020, langkah kerajaan wajar dipuji dalam usaha melahirkan lebih ramai lagi rakyat yang

berintelektual dan berilmu pengetahuan yang tinggi serta mampu bersaing di peringkat global.

Penambahan pelaksanaan ini tidak menganggu gugat Sistem Pendidikan Kebangsaan

sekarang malah pembaharuan yang dibuat ini selari dengan misi dan visi serta matlamat Dasar

Pendidikan Kebangsaan.( Utusan Malaysia,Rencana, Selasa, 26 Januari 2010)

Kita mengambil contoh pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

yang telah dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri ke lima, Tun Abdullah Bin Hj. Ahmad

Badawi, yang mahu memberikan penekanan tinggi ke atas pembangunan modal insan ‘ Minda

Kelas Pertama ’ sebagai pendekatan utama bagi melonjak negara ke arah status negara maju

tahun 2020. ( Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP) 2006-2010 (RMK-9))

Peletakan asas Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ini berlandaskan kepada

beberapa teras utama iaitu akses kepada pendidikan, ekuiti dalam pendidikan, kualiti dalam
10

pendidikan dan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan. Semua teras ini masih

lagi berlaku dalam kerajaan sekarang di bawah pemerintahan Perdana Menteri yang baru

iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.( Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP) 2006-2010

RMK-9)

2.2.3 Matlamat PIPP

Matlamat PIPP yang mahu menghasilkan pendidikan yang berkualiti untuk semua,

telah mengenal pasti dua pendekatan utama; Pertama, menyelesaikan tugas yang masih belum

selesai dan kesamarataan peluang pendidikan. Di sini penekanan terhadap rakyat untuk

mendapat pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira faktor yang boleh

mempengaruhinya diutamakan di samping memastikan tidak ada lagi rakyat yang tercicir

dalam menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira terutama golongan miskin di

kawasan luar bandar dan pedalaman. Tambahan pula, dengan teknologi dan kepesatan dalam

permodenan era ini, kerajaan juga mahu pelajar di semua sekolah di negara ini mendapat

akses ICT khususnya capaian kepada internet. ( Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

2006-2010 RMK-9).

Manakala pendekatan kedua pula melalui kecemerlangan institusi pendidikan.

Bermula dari sekolah, kerajaan dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) khususnya

memberi perhatian yang lebih ke atas sekolah yang mencapai tahap cemerlang. Seperti yang

diketahui, kerajaan telah memberi pengiktirafan terhadap sekolah-sekolah di Malaysia dengan

menaiktaraf ke Sekolah Kluster, Sekolah Premier dan Sekolah Bestari hasil daripada

kecemerlangan sesebuah sekolah tersebut. ( Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

2006-2010 RMK-9). Dan yang terbaru, kerajaan juga telah memperkenalkan Sekolah
11

Berprestasi Tinggi (SBT) kepada 20 buah sekolah yang dianggap terbaik di Malaysia untuk

mengangkat kualiti sekolah terbaik ke taraf dunia.( Utusan Malaysia, Selasa, 26 Januari 2010)

Penarafan yang dibuat oleh kerajaan sekarang adalah berdasarkan 6 teras strategi Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu membina negara bangsa, membangunkan modal

insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan

profession keguruan, dan melonjakan kecemerlangan institusi pendidikan. ( Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan(PIPP) 2006-2010). Teras strategik PIPP dilihat secara keseluruhan

dapat memperkukuhkan sistem pendidikan negara bermula daripada akar umbi oleh itu

sokongan dan kerjasama semua pihak amat diperlukan dalam menjayakan matlamat negara

tersebut.

Dalam masa yang sama, agak mendukacitakan sedikit apabila dasar Pengajaran dan

Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah dimansuhkan

secara sepenuhnya pada tahun 2012. PPSMI adalah satu dasar pendidikan Malaysia yang

menetapkan Bahasa inggeris digunapakai sebagai bahasa pengantar mata pelajaran sains dan

matematik. Dasar ini telah diperkenalkan dan dilaksanakan pada era pemerintahan Tun Dr

Mahathir Bin Mohamad pada tahun 2003. Akhirnaya tanggal 8 Julai 2009 Timbalan Perdana

Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia , Tan Sri muhyiddin Yassin setelah kajian

mendalam dilakukan. Walaupun dasar ini baik pada amnya tetapi disebabkan beberapa

masalah dan faktor-faktor penghalang kerajaan telah memutuskan untuk tidak meneruskannya

lagi. ( http://www.malaysiakini.com/news/108063, 02:01, 27-02-2010).


12

2.2.4 Usaha-usaha untuk Melaksanakan Matlamat PIPP

Salah satu usaha kerajaan dalam memberi pendidikan kepada semua juga dapat dilihat

dengan lebih banyak sekolah telah dibina terutama di luar bandar mahupun bandar. Seperti

yang terdapat juga dalam teras strategi PIPP iaitu dalam merapatkan jurang pendidikan.

Fokusnya adalah dalam merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan

tahap keupayaan pelajar. Ini dalam memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai

peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Antara yang dikenal pasti jurang

pendidikan yang perlu dirapatkan ialah jurang antara tahap pencapaian pelajar, jurang digital,

jurang bandar dan luar bandar, jurang sosiaoekonomi dan paling akhir jurang antara pelajar

normal dan berkeperluan khas. ( Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP) 2006-2010)

Justeru itu, dengan dasar sedia ada dan penambahbaikkan terhadap dasar tersebut,

sudah pasti kejayaan akan tercipta dalam membawa negara ke arah negara maju tahun 2020.

Kejayaan akan datang ini sudah pasti berlaku daripada proses yang agak panjang iaitu

daripada satu proses pembinaan bangsa dan negara Malaysia semenjak merdeka lagi wajar

dihargai semua pihak. Dan umum mengetahui bahawa falsafah pendidikan negara yang

dirumuskan pada tahun 1988 dan disebut dalam Akta Pendidikan 1996 berbunyi:

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia

yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan


13

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian

dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.”

dapat diterbitkan bermula daripada sekarang agar memastikan dasar tersebut benar-benar

berkesan , seterusnya dapatlah kita berbangga dengan hasil yang diperoleh itu kerana kita

dapat membentuk negara bangsa mengikut acuan sendiri.

(http://pmr.penerangan.gov.my/index.dasar-pendidikan-kebangsaan&dasar-dasar-negara,

01:46, , 20-02-2010)

2.3 Dasar Sosial - Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Kebudayaan adalah segala-gala yang terdapat dalam masyarakat termasuk gagasan (idea),

alatan (material), bentuk pengucapan (ekpression) dan keseluruhan cara hidup manusia yang

meliputi akal fikiran (budi) serta daya ciptaan bagi memenuhi kehendak biologi,

kemasyarakatan serta alam sekitar yang bersesuaian dengan jasmani dan rohani. Oleh itu

dapatlah disimpulkan bahawa kebudayaan boleh dilihat dari segala hasil pemikiran atau

perkara-perkara yang berbentuk bukan kebendaann(non-meterial, spiritual) dan segala hasil

ciptaan manusia (material dan fizikal). (Wan Adbul Kardir Yusoff dan Zainal Abidin Borhan,

1985).

Dalam erti kata yang luasnya adalah pakaian batin yang dilahirkan melalui proses

penghayatan yang mendalam, melalui pemikiran, sikap nilai-nilai yang diyakini dan

diamalkan yang akhirnya dipernyatakan sebagai satu cara hidup. Melalui proses penghayatan

yang mendalam ini, sudah pastinya sesuatu kebudayaan itu dapat dikekalkan dan menjadi jati

diri terhadap sesuatu bangsa,yang seterusnya dapat membentuk bangsa yan teguh, dan setia
14

pada negara. Kesetian rakyat terhadap negara dan sanggup bekorban demi negara adalah

merupakan satu titik tolak untuk merangsang kemajuan dalam negara.(Anwar Ibrahim,1984)

2.3.1 Objektif

Dengan berasaskan suasana masa lalu, masa kini dan masa depan negara, maka Malaysia

perlu mempunyai Kebudayaan Kebangsaan sendiri bagi mencapai objektif penting iaitu;

mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara, memupuk dan memelihara keperibadian

kebangsaan yang tumbuh dari kebudayaan kebangsaan dan memperkaya serta meningkatkan

kualiti kehidupan kemanusiaan dan keharmonian yang seimbang dengan pembangunan sosio-

ekonomi.(Shamsul Amri Baharuddin, 2007).

Menurut Ahmad Fawzi Basri, dari tahun 1957 hingga 1969 isu perkauman tidak lekang

dari bibir pemimpin politik diamana kesenjangan sosio-politik itu telah mencetuskan

peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa 13 Mei ini merupakan rusuhan kaum yang berlaku dan

merupakan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini mengakibatkan banyak

kehilangan nyawa serta harta benda. Peristiwa ini menjadi titik hitam dalam sejarah negara

yang mana berkaitan dengan “Pilihan Raya Umun 1969”.( http://wikipedia.peristiwa-

13mei/wiki/, 24 Januari 2010, 2.57 petang),

Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara

yang membangun dan mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti di Malaysia. Dasar

ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk dan mewujudkan satu bangsa yang

bersatupadu, kearah mewujudkan dan mengekalkan identiti negara di kalangan negara-negara

lain di dunia. Oleh itu, semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa perlu menjadikan Dasar

Kebudayaan Kebangsaan ini sebagai garis panduan dan titik pertemuan antara budaya yang
15

berbeza. Titik pertemuan inilah diharap mampu untuk mendidik bangsa Malaysia supaya

saling menghormati walaupun berbeza agama.(A.Aziz Deraman, 1971)

2.3.2 Prinsip-prinsip

Dengan kebijaksanaan pemimpin negara mewujudkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini

mampu untuk membendung masalah berkaitan perpaduan. Justeru prinsip-prinsip yang telah

disematkan di dalam dasar ini seperti :

i. berteraskan kepada kebudayaan asal rantau ini,

ii. penerimaan unsur-unsur budaya lain yang sesuai dan wajar boleh diterima pakai

iii. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.

(Asnarulkhadi Abu Samah, 1997).

Berpegang kepada ketiga-tiga prinsip ini akan menjadikan kita berada di satu ruang

yang paling rasional ke arah menentukan hala tuju kita dalam membentuk ketinggian akhlak

dalam kalangan masyarakat. Keadaan ini seterusnya dapat meningkatkan masyarakat yang

mengamalkan nilai-nilai universal yang luhur, berdisiplin, cinta akan keadilan, mengamalkan

sikap yang sederhana dan toleransi walaupun berbeza agama dan setia kepada negara.

Sekiranya ini dapat diwujudkan, masyarakat yang tekun berusaha seperti di negara Jepun dan

Korea Selatan seterusnya dapat memupuk kesedaran baru sebagai bangsa yang bermaruah.

(http://www.jpa.gov.my/perhkidmatan-teras/ 01 Mac 2010, 9.31 pagi)

Berbalik kepada definisi kebudayaan yang diketengahkan oleh Wan Abdul Kadir

Yusof,1988 dan Anwar Ibrahim,1984 seperti yang telah di nyatakan di awal perbincangan
16

dapat diringkaskan bahawa kebudayaan yang dilihat dari aspek fizikal dan material yang

menjadi pakaian batin melalui proses penghayatan yang mendalam. Melalui penghayatan

yang mendalam ini dapat melahirkah satu bangsa yang teguh, setia dan sanggup bekorban

demi negara. Melaui definisi ini, membuktikan bertapa kuatnya Dasar kebudaayan

Kebangsaan, dalam menyiapkan negara menjadi negara maju seperti yang dinyatakan dalam

Wawasan 2020. Jati diri yang tersemat dalam diri masyarakat dapat membentuk negara yang

bukan sahaja maju malah memiliki identiti yang tersendiri.

(http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com, 24 Januari 2010, 3.03 petang)

Untuk mewujudkan sebuah negara maju, kerajaan perlulah memastikan setiap

rakyatnya bebas iaitu membebaskan fikiran mereka dari unsur-unsur negatif seperti

terpengaruh dengan budaya atau idea korup seperti budaya barat yang lebih banyak

mendatangkan keburukan serta melanggar akidah Islam contonya kumpulan Black Metal.

(http://www.islam.gov.my, 7 Mac 2010, 8.35 malam). Justeru itu objektif yang diterapkan di

dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan amat bersangkutan dan mampu membantu negara

dalam melahirkan generasi yang mampu untuk memelihara keperibadian melalui kebudayaan,

memperkaya serta meningkatkan kualiti kehidupan dan memelihara keharmonian. Seperti

yang diucapkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, seseorang itu perlu berpekerti mulia,

mempunyai tahap amanah yang tinggi, boleh dipercayai, rajin bekerja, ikhlas dan sihat. Nilai-

nilai ini boleh diterapkan di kalangan masyarakat melalui objektif dasar ini. Hal ini seterusnya

dapat membantu negara melahirkan masyarakat yang tidak mudah terpengaruh dan

berpendirian teguh ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

(htpp://www.bernama.com/bernama, 7 Mac 1989, 8.33 malam)


17

2.3.3 Rasional

Rasional Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi memenuhi hasrat dan aspirasi

negara membangun yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia.

Pengalamaan Malaysia telah membuktikan kepada dunia luar bahawa penduduk berbilang

kaum dan agama boleh berpegang pada satu fahaman kebudayaan yang sama.(Buku

Kenegaraan Malaysia,1997). Secara rasional penubuhan dasar ini ia sekali lagi dapat

dikaitkan dengan isu-isu yang timbul hasil dari cabaran Wawasan 2020. Isu seperti bagaimana

untuk membentuk Negara Bangsa, bagaimana untuk melahirkan masyarakat yang berpegang

teguh kepada falsafah moral dan etika yang tinggi berteraskan kepercayaan agama dapat

dibentuk.ini bermaksud sekiranya rasional dapat dicapai maka isu-isu yang terdapat dalam

wawasan 2020 ini dapat diselesaikan. Hal ini penting agar keunikan yang terdapat di Malaysia

terus dapat dikelkakan disamping mengelakkan berlakunya permusuhan kaum seperti

peristiwa 13 Mei 1969. (http:pmr.penerangan.gov.my, 24 Januari 2010, 3.03 petang).

2.3.4. Matlamat

Apabila diperhatikan, kita akan sedar bahawa terdapat hubungkait yang begitu rapat antara

dasar kebudayaan kebangsaan dengan dasar wawasan 2020 ini. Sebagai contoh seperti yang

dibincangkan di awal perbincangan, Dasar Kebudayaan digubal untuk menjadi garis panduan

dalam membentuk dan mewujudkan satu bangsa yang bersatupadu, kearah mewujudkan dan

mengekalkan identiti masyarakat Malaysia.(A. Aziz Deraman). Manakala bagi Wawasan

2020 pula matlamatnya adalah untuk menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang benar-

benar maju, bersatu, mampu berdikari, bertoleransi dan makmur.

(http:pmr.penerangan.gov.my, 24 Januari 2010, 3.03 petang). Di sini kita dapat lihat saling
18

bergantungan antara kedua-dua dasar ini iaitu untuk melahirkan rakyat yang harmoni dan

seterusnya memajukan negara.

Seperti yang dipetik dari www.bernama.com/bernama , para anggota panel yang terdiri

daripada pakar di bidang kewangan, ekonomi, dan sains politik, antara lain berkata negara

berada pada landasan yang betul dalam menuju ke arah status negara maju menjelang 2020.

Namun dari sudut lain, sekiranya diperhalusi tentang cabaran Wawasan 2020 yang mana

menginginkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika dan mewujudkan

masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, menampakkan ada kesukaranan untuk

mencapai sepenuhnya wawasan 2020. Hal ini dapat dibuktikan dengan kisah-kisah didada-

dada akhbar mengenai kes pecah amanah, rogol, liwat, dan penderaan kanak-kanak dibawah

umur yang diprlakukan dengan kejam seperti menggunakan putung rokok, ditampar,dipijak,

disepak seperti yang berlaku kepada adik Syafia Humairah sehingga menemui ajal.(Berita

Harian, 1 Mac 2010) Kejadian ini memperlihatkan bertapa lemahnya institusi kekeluargaan

dan ilmu agama yang dimiliki pelakunya. Justeru itu wajarlah kita kembali kepada dasar-dasar

yang telah diwujudkan oleh kerajaan. Prinsip-prinsip yang telah ditekankan di dalam Dasar

Kebudayaan Kebangsaan mampu untuk menerapkan nilai-nilai kebudayaan yang baik dan

berpegang teguh kepada agama. Hal ini seterusnya dapat menghalang perkara seperti ini dari

terus berlaku dan seterusnya masyarakat yang bermoral dan saling menyayangi dapat

diwujudkan sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Melalui perbincangan ini kita dapat mengetahui bahawa dasar kebudayaan kebangsaan

ini mampu untuk membantu negara mencapai matlamat akhir wawasan 2020 iaitu

pembentukan negara Malaysia menjadi negara yang benar-benar maju bukan dalam bidang

ekonomi semata-mata, malah merangkumi segala aspek kehidupan iaitu ekonomi,,politik,


19

sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan Untuk mencapai matlamat ini perkara-perkara

yang menjadi penghalangnya perlu ditangani segera. Untuk menangani cabaran dalam

wawasan 2020 ini, kita boleh menguatkuasakan dasar kebudayaan kebangsaan ini kepada

setiap lapisan masyarakat agar lebih memahami coak kehidupan rakyat. Hal ini seterusnya

dapat membantu mewujudkan keamanan dan memajukan negara tanpa meniru bulat-bulat dari

negara maju lain.(http:pmr.penerangan.gov.my, 24 Januari 2010, 3.03 petang)

Sekiranya dasar Kebudayaan Kebangsaan ini dikuatkuasa bersama dasar sosial yang

telah dibincangkan sebelum dasar ini iaitu Dasar pendidikan negara (DPK) maka sudah

pastilah dapat membantu merialisasikan cita-cita dan impian yang terdapat di dalam Dasar

Wawasan 2020.

2.4 Penerapan Nilai-nilai Islam

Negara Malaysia merupakan sebuah negara Islam. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan

memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain

bebas diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Tun Dr

Mahathir merupakan pencetus pelaksanaan Dasar Penerapan Islam di Malaysia.

2.4.1 Latar Belakang

Sebaik sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri pada 1 Julai

1981, beliau mengeluarkan dasar yang meletakkan Islam sebagai roh utama dalam

pentadbirannya pada tahun 1982. Usaha ini diteruskan dan dimantapkan dengan dasar

pembangunan negara melalui Islam Hadhari oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi.
20

“Atas kesedaran yang tinggi kepada perlunya satu badan bagi menggubal dasar dan

menyelaras pembangunan dan kemajuan hal ehwal Islam di Malaysia maka Mesyuarat Majlis

Raja-Raja telah bersetuju menubuhkan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam

(MKI) pada 17 Oktober, 1968. Seterusnya Kerajaan menubuhkan Urusetia kepada MKI ini

iaitu Bahagian Ugama di Jabatan Perdana Menteri kemudian ditukar nama kepada Bahagian

Hal Ehwal Islam (BAHEIS) dan kini setelah dinaikkan taraf dikenali sebagai Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkuatkuasa pada 1 Januari, 1997”

(http://www.islam.gov.my/e-rujukan/islammas.html, 3/2/2010, 8.20 malam)

Namun Malaysia merupakan negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan

menganuti pelbagai agama. Maka tidak semua elemen Islam dapat diserapkan dalam

perlaksanaan perlembagaan negara masa sekarang. Tanggal 13 Mei 1969 rusuhan kaum

pernah berlaku, terdapat faktor agama juga mempengaruhi tercetus rusuhan ini disebabkan

ketidakpuasan hati. Bagaimana kita mahu melaksanakan nilai-nilai Islam dalam semua aspek

tanpa menimbulkan sebarang keraguan kepada agama lain. Pada zaman Rasullullah dahulu

mereka juga hidup dalam masyarakat pelbagai agama, kaum dan budaya juga serta

melaksanakan nilai-nilai Islam dalam segala aspek tapi sentiasa aman harmoni tanpa

pergaduhan, ini kerana Baginda menggunakan nilai-nilai Islam dengan baik sekali

berpandukan Al-Quran kerana ia merupakan bimbingan yang datang daripada Allah S.W.T.

dan ditujukan kepada semua manusia, bukan sahaja kepada yang beragama Islam. Di antara

bimbingan yang penting ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan moral. Ini bererti

bahawa apa yang dimaksudkan dengan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran

ialah bimbingan pembentukan akhlak yang berfaedah dan berfungsi dalam kehidupan setiap

rakyat menuju ke arah memartabatkan maruah di samping menanam nilai-nilai yang murni
21

dan membina ke dalam sistem pentadbiran negara. (http://ummatanwasatan.net/?p=1, 3 Feb

2010, 8.02 malam)

2.4.2 Nilai-nilai yang Dijadikan Asas

Terdapat beberapa nilai-nilai Islam dipilih dijadikan asas dasar ini, antaranya;

i. Amanah

ii. Tanggungjawab

iii. Ikhlas

iv. Dedikasi

v. Sederhana dan

vi. Tekun dalam melaksanakan perlembagaan Negara.

(http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=243:dasar-

eneprapan-nilai-nilai-islam-dalam-pentadbiran&catid=88:dasar-dasar-negara, 3 Feb 2010,

7.59 malam)

Amanah perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Mereka perlu mempunyai

pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi menjalankan tugas dipertanggungjawabkan.

Amanah dapat menghindari kepentingan diri mengatasi kepentingan tugas yang digalas. Ini

dapat menentukan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi masa, kuasa, sumber

wang dan peralatan serta tenaga kerja dan mengutamakan kepentingan awam sebagai teras

perkhidmatan.

Ikhlas pula berhati mulia dalam melaksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan dari

manusia. Masyarakat harus mempunyai niat bertugas menjalankan tanggungjawab kerana


22

Tuhan bagi mencari rezeki yang halalserta mencari keredhaanNya. Keikhlasan dapat mengikis

sebarang unsur kepentingan diri dalam melaksanakan tugas sebagai asas pengisian amanah.

Sifat dedikasi perlu ada dalam masyarakat kita iaitu kesetiaan yang tinggi kepada kepada

tujuan organisasi di bawah peraturan-peraturan yang sedia ada. Kita perlulah komited kepada

sebarang perubahan yang positif dan kepada kebaikan. Masyarakat juga perlu sedia

mengubah sikap demi kebaikan bersama dan tugas serta memulakan pembaikan, berinisiatif

dan proaktif dalam menjalankan tugas harian.

Selain itu, sifat bersederhana dapat menjamin perseimbangan equilibrium dalam diri dan

tugas serta dalam membuat keputusan dengan mengambil kira fakta-fakta yang terdapat

dalam alam sekitar. Kita perlu rajin mempelajari dan kemahiran yang berkaitan untuk

membaiki cara bekerja serta berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan

pihak-pihak yang berharap kepadanya dan memperbaiki hasil kerja sehingga mencapai tahap

cemerlang.

Tekun bermaksud berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan dalam

tugas seterusnya meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi serta negara. Masyarakat

perlu rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk membaiki cara

bekerja bagi menghasilkan kerja yang memuaskan .

Dengan ada nilai-nilai Islam dalam sifat masyarakat kita, pelbagai jenayah atau

kecurangan dalam perlembagaan dapat dielakkan jika nilai-nilai tersebut dilaksanakan dengan

baik dan betul. Seterusnya dapat meningkatkan taraf negara bagsa kita sendiri. Aktiviti seperti

rasuah dan pecah amanah dapat dielakkan. Ini kerana negara maju perlulah seimbang dari
23

segi moral dan kerohanian bagi membentuk negara yang sejahtera, selamat, aman dan damai.

Tanpa nilai moral atau kerohanian yang mantap negara sukar untuk mencapai kemajuan

kerana akan terdapat banyak permasalahan yang tidak dapat diselesaikan dengan nilai moral

dan kerohanian yang goyah.

Nilai-nilai Islam tersebut boleh diamalkan oleh pelbagai bangsa, kaum dan agama.

Maka rakyat Malaysia harus menerapkan nilai-nilai Islam dalam membina negara bangsa

yang dihormati, bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain. Seterusnya

menubuhkan sebuah negara bahagia serta menghapuskan sikap yang negatif dalam

menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan bagi menghasilkan perkhidmatan yang

bermutu dan berkuatliti.

2.5 Dasar Sosial - Rukun Negara

Pada 13 Mei 1969, satu peristiwa rusuhan antara kaum yang menghancurkan perpaduan dan

ketenteraman negara telah berlaku dengan tragisnya, menyebabkan MAGERAN iaitu Majlis

Gerakan Negara mengambil alih pentadbiran negara dan menubuhkan Majlis Perundingan

Negara (MPN) untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan Negara

(http://www.kongsiblog.org/malaysia/hayati-rukun-negara-malaysia/,27 Feb 2010, 10:13am).

Rukun Negara telah dibentuk pada 31 Ogos 1970, selepas setahun berlakunya peristiwa 13

Mei 1969 dan menetapkan Rukun Negara sebagai sebuah ideologi kebangsaan Malaysia

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara,2 Feb 2010, 5:09pm).


24

2.5.1 Matlamat

Matlamat Rukun Negara adalah untuk mengukuhkan perpaduan, memelihara corak hidup

demokratik, mencipta sebuah masyarakat yang adil, menjamin sikap liberal terhadap tradisi

kebudayaan yang pelbagai, dan membina masyarakat progresif yang akan menggunakan

teknologi (http://www.kongsiblog.org/malaysia/hayati-rukun-negara-malaysia/ ,27 Feb 2010,

10:13am). Semua matlamat Rukun Negara bertepatan dengan Wawasan 2020 dimana

bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara yang perindustrian dan

negara maju sepenuhnya menjelang 2020. “Sepenuhnya” disini bermaksud bukan sahaja

dalam bidang ekonomi tapi bidang sosial, politik, kerohanian dan sebagainya.

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Wawasan_2020, 16 Feb 2010, 8:30pm).

Setiap prinsip Rukun Negara mempunyai maksud yang tersirat, pengertian dan cita-

cita ke arah pembentukan sebuah masyarakat berbilang kaum yang aman, harmoni dan

progresif. Jika kita memikirkannya secara mendalam, nescaya kita mampu memahami apa

yang sebenarnya ingin disampaikan. Ideologi komprehensif ini menyemai nilai-nilai jati diri

dan kenegaraan yang ideal kepada masyarakat dan setiap warganegara Malaysia perlu

memahami dan menghayati kesemua prinsip Rukun Negara bagi mencapai perpaduan

nasional yang telah dibentangkan oleh Tun Dr. Mahathir Muhammad dalam cabaran

Wawasan 2020 (http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/11302, 2 Feb 2010,

3:45pm).
25

2.5.2 Prinsip-prinsip

Rukun Negara ini menggariskan norma-norma hidup masyarakat serta menjadi asas kepada

usaha memajukan Negara dalam mencapai matlamat Wawasan 2020.

(http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/11302, 2 Feb 2010,3:45pm).Bagi

pendapat saya, Rukun Negara adalah amalan yang perlu dilakukan dan ia merupakan satu

jalan dalam merealisasikan kontrak sosial yang telah dipersetujui dahulu.

Lima prinsip ini dibuat berdasarkan kepada acuan masyarakat dan negara Malaysia, dan

inilah kunci kepada integriti yang ada dalam Wawasan 2020. Namum, kemajuan Negara yang

dikehendaki dalam Wawasan 2020 tidak menjadikan masyarakat terkeluar daripada batas-

batas agama dan nilai-nilai ketuhanan.

i. Kepercayaan kepada tuhan.

Ini merupakan perkara teras dalam kehidupan masyarakat. Ketiadaan agama boleh

meruntuhkan keperibadian seseorang, bangsa dan negara. Perlembagaan Persekutuan

memperuntukkan Islam adalah agama rasmi Persekutuan, tapi agama dan kepercayaan

lain boleh diamalkan dengan syarat secara aman dan tenteram.

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Wawasan_2020, 16 Feb 2010, 8:30pm).

ii. Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Ini bermakna setiap masyarakat hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur, ikhlas

kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Wawasan_2020, 16 Feb 2010, 8:30pm). Di Negeri masing-

masing, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri
26

tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan

Agong yang merupakan Ketua Negara. Raja Melayu merupakan ketua negeri

(http://www.kongsiblog.org/malaysia/hayati-rukun-negara-malaysia/ ,27 Feb 2010,

10:13am) Raja merupakan simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi.

iii. Keluhuran perlembagaan.

Perlembagaan Negara perlu dihormati, dihargai oleh masayarakat dan hendaklah

menerima, menyanjung dan mempertahankannya.. Perlembagaan ini melindungi setiap

hak dan keistimewaan setiap rakyatnya. Perlembagaan ini ataupun kontrak sosial digubal

berdasarkan kepada kesepakatan semua kaum dan pihak. Perlembagaan ini dianggap

luhur, suci dan unggul. Malah perlembagaan merupakan undang-undang utama di

Malaysia (http://ms.wikipedia.org/wiki/Wawasan_2020, 16 Feb 2010, 8:30pm).

iv. Kedaulatan undang-undang.

Taraf setiap rakyat semuanya sama di sisi undang-undang, dimana dijamin oleh institusi

kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara biasanya memerlukan undang-

undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil, dan

makmur. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar

undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan

Negara yang tidak termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau

sebagainya.Oleh itu, rakyat perlulah mempunyai rasa tanggungjawab memastikan undang-

undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak yang

mempunyai niat jahat (http://ms.wikipedia.org/wiki/Wawasan_2020, 16 Feb 2010,

8:30pm).
27

v. Menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku

Ini bertujuan untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bertatasusila

selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni. Ini dapat membentuk individu yang

berdisiplin serta bermoral tinggi (http://ms.wikipedia.org/wiki/Wawasan_2020, 16 Feb

2010, 8:30pm).

Kesemua prinsip tersebut mempunyai nilai-nilai murni yang mampu diterapkan dalam

kehidupan masyarakat Malaysia. Malaysia hendaklah muncul sebagai sebuah negara yang

maju, bukan maju dari aspek ekonomi. Malysia perlu maju dari aspek perpaduan dan integrasi

yang ada didalam salah satu daripada sembilan cabaran di dalam Wawasan 2020. Warga

Malaysia perlu berusaha bersama-sama memperkukuhkan perpaduan nasional. Kita harus

mempertahankan dan meningkatkan hubungan harmoni yang terjalin dalam kalangan warga

yang berlatarbelakangkan pelbagai agama, kaum, budaya dan bahasa. Kita harus terus

istiqamah dalam membina satu kesamaan identiti yang kukuh berakar dalam persekitaran

Negara Malaysia, berlandaskan segala keistimewaan yang terkandung dari pelbagai budaya.

Kita hendaklah terus menghargai semangat tolenrasi dan saling menghormati yang menjadi

penentu kepada kedamaian dan perpaduan yang kita capai.

Selain daripada itu, Konsep 1Malaysia boleh membawa aspirasi untuk

memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan

perpaduan yang lebih erat seperti yang digariskan dalam lima prinsip Rukun Negara. Malah,

semua kaum perlulah menganggap mereka adalah bangsa Malaysia dan segala kemajuan yang

dicapai perlu dinikmati secara bersama. Melalui Konsep 1Malaysia tidak akan wujud

perasaan tidak puas hati terhadap mana-mana kaum kerana semua rakyat mempunyai satu

hala tuju dan citarasa untuk bersama-sama memajukan negara seperti yang termaktub dalam
28

Wawasan 2020 (http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=478308, 27

Feb 2010, 12:42pm).

Kesimpulannya, kita seharusnya bersyukur dengan kemerdekaan yang kita peroleh.

Cuba kita bandingkan dengan negara lain, betapa sengsaranya mereka untuk memperoleh

kemerdekaan yang sudah kita peroleh. Kelaparan, ketakutan, kesengsaraan dan kehinaan

adalah satu lumrah kehidupan bagi mereka. Semua ini berlaku kerana perpaduan, kesetiaan,

hormat-menghormati dan sayang-menyayangi sudah tiada dalam diri mereka. Tunku Abdul

Rahman mengambil pendekatan yang sangat baik dengan melakukan perbincangan malalui

pendekatan lembut tetapi tegas dalam keputusan beliau. Oleh itu, kita sebagai generasi muda

perlu menghargai apa yang telah kita perolehi sekarang.

2.6 Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah diperkenalkan pada tahun 1970 adalah bertujuan

untuk menangani masalah ketidak seimbangan ekonomi di antara pelbagai kaum di Malaysia

yang menjejaskan perpaduan antara kaum dan keamanan negara.

(http://www.isis.org.my/attachments/390_MAZ_Kompass_220907.pdf).

2.6.1 Matlamat

DEB juga diwujudkan untuk menghapus kemiskinan tanpa mengira kaum dan mengstruktur

semula masyarakat supaya negara dapat membangun dengan stabil, aman di samping hasil

pembangunan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat. Kejayaan Malaysia mencapai

pertumbuhan ekonomi berserta dengan agihan seimbang telah diakui oleh berbagai pihak
29

termasuk Bank Dunia dan DEB merupakan satu elemen penting dalam kejayaan ini.

(http://www.isis.org.my/attachments/390_MAZ_Kompass_220907.pdf).

2.6.2 Kejayaan dicapai

Kejayaan DEB yang paling nyata dan membanggakan ialah penurunan kadar kemiskinan dan

peningkatan taraf pendidikan kaum Bumiputera. Yang paling menonjol ialah penurunan kadar

kemiskinan dari 49.3% pada tahun 1970 kepada 5.7% pada tahun 2005. Di kawasan luar

bandar, pendapatan penduduk telah meningkat dan pengangguran tidak ketara (under

employment) hampir hilang. Kemudahan moden seperti jalan raya, sekolah, klinik kesihatan,

kuasa eletrik dan bekalan air telah menjadi kemestian.

(http://www.isis.org.my/attachments/390_MAZ_Kompass_220907.pdf)

Kejayaan ini sekaligus bertepatan dengan cabaran kelapan yang terkandung di dalam

dasar Wawasan 2020 yang telah dikemukakan oleh mantan perdana menteri kita iaitu Tun.

Dr. Mahadir. Cabaran kelapan tersebut adalah memastikan masyarakat yang adil dalam

bidang ekonomi iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan Negara secara

adil dan sak sama, yang mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam

perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan

kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.

(http://apps.emoe.gov.my/bppk/nota/WAWASAN%202020/WAWASAN

%202020%20VERSI%201.0.pdf)
30

2.6.3 Usaha-usaha untuk Mengekalkan Kejayaan yang Dicapai DEB

Malaysia perlu membentuk ekonominya yang berdaya saing supaya mampu mengekalkan

keupayaan jangka panjang serta bersifat dinamik, teguh, berdaya tahan dan berdaya maju.

Dasar Pembangunan Negara juga mengariskan penerusan usaha kearah pencapaian DEB iaitu

mempercepatkan proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan sosial dan ekonomi.

Penumpuan yang digariskan oleh DPN adalah mengalihkan tumpuan kepada strategi

pembasmian kemiskinan di kalangan golongan termiskin disamping mengurangkan

kemiskinan relatif. Visi seterusnya adalah untuk menumpukan kepada guna tenaga dan

pembangunan pesat sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera yang

aktif.( http://apps.emoe.gov.my/bppk/nota/WAWASAN%202020/WAWASAN

%202020%20VERSI%201.0.pdf)

Selain itu, usaha pencapaian meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam proses

penyusunan semula masyarakat melalui pewujudan peluang-peluang yang lebih luas untuk

sector tersebut berkembang. Rakyat Malaysia perlu menumpukan kepada pembangunan

sumber nmanusia sebagai asas penting bagi mencapai matlamat pertumbuhan dan pengagihan

saksama. .(http://apps.emoe.gov.my/bppk/nota/WAWASAN%202020/WAWASAN

%202020%20VERSI%201.0.pdf)

Walaupun DEB telah membawa buah kejayaan, namun ianya juga mempunyai

beberapa kelemahan dan telah menghasilkan kesudahan yang tidak dijangkakan. Intervensi

kerajaan diperlukan untuk mencapai sasaran DEB. Akibatnya, wujud di kalangan kaum

Bumiputera sindrom pergantungan kepada kerajaan. Ada pengusaha atau peniaga Bumiputera

yang berniaga secara “Ali-Baba” atau berniaga di atas angin. Mereka mendapat kontrak untuk
31

menjalankan sesuatu projek dan kemudiannya menjualkan atau memberi sub-kontrak kepada

peniaga Bukan Bumiputera. Mereka sebenarnya tidak menjalankan projek itu sendiri tetapi

mendapat bayaran sebagai imbuhan sebagai pengantara. Amalan seperti ini telah membawa

kepada ketirisan perbelanjaan kerajaan dan pengunaan dana yang tidak efisyen. DEB telah

berjaya membawa pembangunan ekonomi yang lebih seimbang yang memastikan kestabilan

negara jangka panjang.

(http://www.isis.org.my/attachments/390_MAZ_Kompass_220907.pdf)

2.7 Dasar Ekonomi - Dasar Pembangunan Nasional(DPN)

DPN ialah program kesinambungan DEB yang dianggap satu perancangan “pembelaan”

terhadap rakyat termiskin dan menyusun masyarakat. Ia juga merupakan garis panduan umum

untuk memebentuk pembangunan nasional.

2.7.1 Latar belakang

Pelakasanaan ini berkait rapat dengan perancangan kerajaan kearah wawasan 2020. Apa itu

wawasan? Satu wawasan atau vision strategik jangka panjang sebagai panduan arah dasar

yang luas meliputi pelbagai aspek berkaitan pembangunan negara dalam hubungan dengan

perkembangan ekonomi dunia keseluruhannya. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah

dilancarkan oleh Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, perdana menteri Malaysia pada

17 Jun 1991 – 2000. Banyak kejayaan telah dicapai DEB namun bukanlah kejayaan yang

menyeluruh. Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP2) 1991-2000 telah digubal

berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) menandakan bermulanya satu lagi era baru

di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara maju menjelang tahun 2020.
32

2.7.2 Objektif

Matlamat pembangunan negara dan wawasan strategik jangka panjang untuk menjadikan

Malaysia sebagai sebuah negara industri dan negara yang maju menurut acuan kita sendiri.

DPN adalah salah satu tindakan kerajaan menuju ke arah wawasan 2020 dimana berlandaskan

cabaran yang kelapan. Justeru itu, matlamat utama bagi DPN ini ialah, membina sebuah

negara yang yang bersatu padu, mengekalkan ekonomi yang berterusan, menjadikan Malaysia

sebuah negara maju mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih adil, beretike, makmur dan

kecekapan pentadbiran kerajaan. Selain itu, dengan dasar ini, ia dapat mencapai taraf sebuah

Negara yang maju dari segi social, nilai etika dan moral, kualiti hidup,kecekapan

pentadbirdan kecemerlangan ekonomi pada tahun 2020 kelak..

2.7.3 Langkah-langkah pelaksanaan

Pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat adalah strategi asas DEB yang

dikekalkan DPN untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum. Ini

dapat menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara. Beberapa aspek kritikal ke

arah pencapaian wawasan 2020 yang seiring dengan pembangunan nasional iaitu:

(i) Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan

ekonomi dengan pengagihan yang saksama supaya tidak berlaku perselisihan

faham antara kaum


33

(ii) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor  utama ekonomi

untuk memperbaiki daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan

pertumbuhan.

(iii) Mengurang dan menghapuskan   ketidaksamaan sosial    dan   ekonomi   negara  

untuk mewujudkan perkongsian secara lebih adil serta saksama  untuk semua

rakyat malaysia.

(iv) Menggalak dan  memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan

jurang  ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan  ekonomi antara negeri

dan  antara  kawasan bandar dan luar bandar supaya tidak berlaku perbezaan yang

ketara antara setiap kaum;

(v) Mewujudkan sebuah masyarakat yang  progresif di  mana semua rakyat

menikmati kesejahteraan hidup yang tingg di samping mempunyai nilai-nilai

sosial dan  kerohanian yang  positif serta  menghayati  perasaan  bangga  dan

cintakan negara;

(vi) Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang

berdisplin  dan produktif serta meningkatkan kemahiran  yang  perlu    bagi    

menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya

kecemerlangan tanpa     menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat

yang akan dilaksanakan kelak.

(vii) Menjadikan  sains  dan  teknologi  sebagai  satu  teras utama dalam perancangan

dan pembangunan sosio-ekonomi yang    memerlukan  usaha  membangunkan

kemampuan  dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta

memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu

ekonomi perindustrian yang moden; dan


34

(viii) Memastikan bahawa dalam  usaha  mencapai  pembangunan ekonomi  perhatian

yang  sewajarnya  diberikan  kepada perlindungan  alam  sekitar  dan ekologi

supaya  dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara

dapatdikekalkan secara berterusan.(http://www.scribd.com/com/5988711/Dasar-

Pembangunan-Nasional)

2.7.4 Pelaksanaan

Sehubungan itu, untuk menjadikan strategi yang dirancang berjalan dengan sebaiknya,

beberapa program telah dilaksanakan berteraskan matlamat DPN sendirinya. Antaranya ialah:

i. Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan

Beberapa pendekatan akan dipilih dan dibuat mengambil kira keperluan untuk

mencapai hasil yang berkualiti dan berterusan. Dalam proses menghapuskan

kemiskinan dikalangan golongan termiskin juga mengurangkan ketidakseimbangan,

aspek-aspek pendidikan dan latihan akan diberi penekanan sebelum bantuan diberikan.

kerajaan perlu membahagikan kekayaan terhadap golongan yang memerlukan secara

sama rata agak semua keperluan rakyat dapat dipenuhi.

ii. Persaingan dalam pasaran antarabangsa

Di dalam menghadapi persaingan antarabangsa, Malaysia perlu meningkatkan daya

tarikan kepada pelabur dan pengusaha supaya dapat memperluaskan urusan mereka di

negara ini. Halangan-halangan pelindungan perdagangan antarabangsa akan

meningkat dalam sektor eksport. Untuk mengatasi masalah ini, Malaysia akan akan
35

terus mengamalkan dasar liberal dimana boleh menggalakkan sektor swasta lebih

bersedia menghadapi risiko berkaitan.

iii. Pembasmian kemiskinan

Kadar kemiskinan negara dijangka akan dapat dikurangkan ke paras 7.2% dalam tahun

2000 berbanding dengan 19.1% dalam tahun 1990. Kadar pengangguran pula dijangka

berkurangan ke tahap 4%dalam tahun 2000. Program pembasmian kemiskinan akan

dirangka berasaskan pendekatan bersepadu bagi membolehkan sasaran secara mikro

dibuat untuk meningkatkan liputan kumpulan sasar dan memastikan program akan

dibentuk untuk memenuhi keperluan khusus isi rumah termasuk menyediakan bantuan

pendapatan dan kemudahan asas dengan penekanan kepada pendidikan, latihan

kemahairan dan aktiviti menjana pendapatan. Antara punca-punca utama yang

menyebabkab situasi begini adalah pergantungan masyarakat setempat kapada

pertanian kepada pertanian tradisional yang memberi pulangan ekonomi yang rendah

serta tahap pencapaian pendidikan yang rendah.

iv. Penyusunan semula masyarakat

Penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan penyusunan

semula hakmilik akan terus menjadi program penting di bawah strategi ini. Matlamat

DPN adalah meningkatkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat Bumiputera ke tahap

yang lebih berdaya maju dan teguh. Sebagai langkah jangka panjang, program untuk

memupuk usahawan muda juga akan diberi tumpuan.DPN akan menggalakkan

penyertaan Bumiputera secara meluas dalam sektor-sektor moden seperti pembuatan

dan perkhidmatan. Perhatian khusus diberi kepada penyertaan Bumiputera di dalam

industri kecil dan sederhana menerusi program sub-kontrak dan francais.


36

DPN akan meneruskan usaha mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi

bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga diantara golongan kaya dan miskin

dan antara wilayah. Ketidakseimbangan ini dapat dikurangkan berasaskan prinsip

pembangunan yang seimbang dan pengagihan yang sama untuk mencapai keadilan

sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara seterusnya dapat mencapai cabaran

negara untuk menjadi negara wawasan pada abad 2020 kelak.

2.8 Dasar Ekonomi - Dasar Penswastaan

Penswastaan dapat didefinisikan sebagai proses kepada sektor swasta, aktivti dan fungsi yang

pada tradisinya merupakan tanggungjawab sektor awam.

2.8.1 Latar Belakang

Dasar penswastaan ini pertama kali diumumkan sebagai dasar negara oleh Kerajaan pada

tahun 1983 selepas Dasar Pensyarikatan Malaysia dilancarkan. Dengan melaksanakan dasar

penswastaan, kerajaan telah memindahkan kuasa, kepentingan dan pelaburan-pelaburan

tertentu kepada sector swasta. Dasar penswastaan ini adalah dasar yang bertentangan dengan

dasar pemiliknegaraan dimana kerajaan beranggapan bahawa dasar ini dapat meningkatkan

keberkesanaan dan kecekapan negara dalam mencapai Wawasan 2020.

(http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?

option=com_content&view=article&id=1377:dasar-penswastaan-negara&catid=300:dasar-

dasar-ekonomi/18.2.2010/4.49PM)
37

2.8.2 Objektif

Objektif utama dasar ini diperkenalkan ialah mengurangkan kos dan bebanan kewangan

kerajaan dari tahun ke tahun. Pada masa yang lepas, pihak Kerajaan telah membelanjakan

ribuan juta ringgit dalam sektor kesihatan, pertahanan, air, api, jalan keretapi, pelabuhan,

lapangan terbang dan sebagainya, dan perbelanjaan tersebut terus meningkat dari masa ke

semasa dan kadar pulangan balik kepada Kerajaan adalah lambat dan sangat rendah. Justeru

itu, dasar penswastaan ini dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh Malaysia bagi

mencapai matlamat seluruh rakyat Malaysia iaitu Wawasan 2020

(http://pmr.penerangan.gov.my).

Melalui penswastaan syarikat-syarikat swasta di Malaysia sentiasa berdaya saing bagi

mendapat tempat di pasaran dunia. Persaingan yang sihat antara badan-badan swasta dapat

lagi meningkatkan kecekapan dan mutu kerja seseorang pekerja dalam bidang yang mereka

tuntuti. Seperti mana yang di maklumkan pada awal subtopik ini tadi, kita jelas bahawa

Negara kita amat bergantung kepada pihak swasta bagi mencapai matlamat satu Malaysia,

Wawasan 2020. Seperti kite sedia maklum, penyertaan dalam pasaran dunia meletakkan

syarikat kita berdepan semua saingan dan meletakkan syarikat kita di bawah kuasa persaingan

antarabangsa. Ini cabaran yang kita mesti kita hadapi, namun dalam jangka panjang kelak ia

akan menguntungkan pergantungan kita pada eksport. Oleh itu, kerajaan amat menggalakkan

sektor swasta melaksanakan latihan dan kursus jangka pendek bagi meningkatkan taraf

kepakaran pengurusan, pengetahuan teknologi dan kemahiran pekerja. Setelah perlaksanaan

tertentu dilaksanakan dalam meningkatkan mutu pekerja-pekerja sektor swasta maka,


38

perkhidmatan sektor ini tentu akan lebih baik lagi pada tahun 2020.

(http://www.ipdm.uum.edu.my/web/Tun/wawasan_2020.htm).

Tambahan lagi, dasar penswastaan juga, menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan

Negara. Harta-harta atau kekayaan yang dimiliki oleh negara masih belum diusahakan

sepenuhnya oleh semua pihak. Halangan-halangan yang terdapat dalam sektor awam tidak

menggalakkan penggunaan sumber-sumber kekayaan negara ini dengan cekap dan

sepenuhnya. Sebenarnya, lebih banyak syarikat swasta yang dapat di wujudkan dalam Negara

secara tidak langsung dapat meninggikan pertumbuhan ekonomi Negara melalui pembukaan

pelunag pekerjaan baru yang meluas dari semasa ke semasa. Di samping itu, pihak Kerajaan

pula dapat mengecap nikmat bersama dengan mengutip cukai pendapatan dari syarikat-

syarikat yang berkenaan seterusnya pendapatan Negara dan pendapatan perkapita Negara kita

meningkat menjelang tahun 2020.

Secara keseluruhannya, sejak dasar pelaksanaan dasar ini, beberapa projek

penswastaan telah menunjukkan prestasi yang baik dan memberangsangkan. Beberapa projek

telah menunjukkan peningkatan dalam kecekapan, mendorong perkembangan sektor korporat

dan membuka peluang yang lebih bagi meningkatkan penyertaan di sektor swasta dan tidak

kurang pentingnya dasar ini berjaya mengurangkan beban pentadbiran kerajaan, khasnya dari

segi kakitangan dan juga tanggungan kewangan, pencapaian ini menambahkan lagi keyakinan

kerajaan untuk memperluaskan dasar penswastaan di Negara ini bagi merealisasikan impian

seluruh rakyat Malaysia iaitu Wawasan 2020.


39

Kerajaan telah mengambil tindakan awal bagi mengatasi masalah yang

berkemungkinan tinggi berlaku di dalam Negara kita seperti masalah kemeseletan yang

selalunya berlaku tanpa diduga oleh para ekonomi. Justeru itu, wajar dasar penswastaan ini

diperkenalkan di Malaysia;

i. Penswastaan Pengurusan, dimana kerajaan tetapa akan mengekalkan hakmilik

kerajaan, tetapi pengurusannya sahaja yang akan diserahkan kepada sector swasta.

ii. Penyertaan sektor swasta dalam kegiatan dan penyediaan perkhidmatan secara

kontrak.Di dalam kes ini, sektor swasta yang perlu mengambil alih tugas-tugas yang

dipikul oleh sektor awam sebelum ini dari segi penyediaan Sesutu perkhidmatan

seperti mencuci atau menyelenggara sesuu kawasan rehat di lebuh raya.

iii. Penswastaan melalui pajakan. Penswastaan cara ini melibatkan penyewaan penyewaan

kemudahan-kemudahan yang tertentu bagi mendapatkan pulangan untuk tempoh

tertentu. Ini tidak melibatkan pemindahan hakmilik walaupun kemungkinan yang

sedemikian boleh dipertimbangkan.

2.8.3. Komponen Utama

Sejak awal 1980-an, Malaysia amat bergantung pada sektor swasta sebagai penggerak utama

pertubuhan ekonomi bagi mencapai matlamat seluruh Negara iaitu Wawasan 2020. Dalam

melaksanakan pemindahan tersebut, tiga komponen utama berhubung dengan organisasi

terlibat iaitu;

i. Tanggungjawab pengurusan

ii. Asset atau hak untuk mengguna asset, dan

iii. Kakitangan
40

2.8.4. Mekanisme / Bentuk-bentuk Penswastaan

Penswastaan boleh dilaksanakan dalam beberapa bentuk atau gabungan bentuk-bentuk seperti
berikut;

i. Bina dan kendali (BO) – TV3

ii. Bina, kendali dan pindah (BOT) -PLUS

iii. Ekuiti-Syarikat Airod Sdn.Bhd

iv. Penjualan eset

v. Pengambilalihan pengurusan- TNB,KTM

vi. Pajakan dan jualan harta – tempat letak kereta

vii. Perbadanan-MISC

2.9 Dasar Ekonomi - Dasar Wawasan Negara

Dasar Wawasan Negara (DWN) yang terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang

Ketiga (RRJPK-3) merupakan penentu kepada pembangunan negara.

2.9.1 Tujuan

Tujuan Dasar Wawasan Negara diwujudkan adalah untuk membina bangsa Malaysia yang

progresif dan makmur serta hidup dalam keadaan harmoni. Dasar Wawasan Negara ini

menggabungkan teras kritikal dasar-dasar yang lepas iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan

juga Dasar Pembangunan Nasional (DPB) dengan objektif utama mencapai perpaduan

nasional.(http://apps.emoe.gov.my/bppk/nota/DASAR/DASAR%20WAWASAN

%20NEGARA%201.pdf, 23:05, 15-01-2010).


41

2.9.2 Usaha-usaha

Dalam usaha untuk mencapai Wawasan 2020, Dasar Wawasan Negara berusaha

membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat berilmu selain

menjana pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan tempatan melalui

pengukuhan pelaburan dalam negeri dan pembangunan keupayaan tempatan disamping

penarikan pelabur-pelabur asing yang berterusan ke dalam bidang-bidang strategik.

Melalui penerapan yang lebih tinggi, Dasar Wawasan Negara menjadikan sektor pertanian,

pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik.

Selain itu, pembasmian kemiskinan dalam kumpulan kecil yang miskin yang tinggal di

kawasan terpencil dan orang asli serta tidak ketinggalan kumpulan minoriti di Sabah dan

Sarawak turut dilaksanakan dalam menigkatkan pendapatan dan taraf hidup kumpulan

tersebut. Dasar ini juga menyuntik usaha untuk meningkatkan penyertaan bumiputera dalam

sektor utama ekonomi negara. (http://www.icu.gov.my/icu/pdf/artikel/DWN.pdf, 16:46, 12-

01-2010).

Langkah-langkah yang telah dijalankan oleh Dasar Wawasan Negara ini jelas

menunjukkan bahawa dasar ini adalah satu inisiatif kerajaan ke arah Wawasan 2020 yang

merupakan kesinambungan antara dua dasar kerajaan yang terdahulu iaitu Dasar Ekonomi

Baru dan Dasar Pembangunan Nasional agar Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan

perpaduan yang utuh antara masyarakat dalam negara akan dapat dicapai.
42

2.10 Dasar Luar Negara - Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Dasar luar dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dijalankan

oleh sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang lain dalam

pengertian yang terhad, dasar luar negara hanya mementingkan aspek tindakan yang diambil

oleh sesebuah negara bagi mempengaruhi keadaan-keadaan yang berada di luar bidang

kuasanya. Sesebuah negara haruslah saling bantu membantu sesama sendiri. Jika sebuah

negara itu hendak menjalinkan hubungan diplomatik atau memberi bantuan dengan negara

lain, negara tersebut hendaklah mengkaji tentang negara tersebut dari semua sudut

termasuklah sejarah negara tersebut.(http://www.scribd.com/doc/19008044/Dasar-Luar-

Negara-Malaysia/27FEBRUARY2010/10.00PM)

Objektif dan asas utama Dasar Luar Malaysia adalah bertujuan untuk melindungi

kepentingan nasional di arena antarabangsa sekaligus di pentas dunia. Dasar ini turut menjaga

dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia seterusnya

mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah wilayah

melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dan masalah dalaman negara lain. Selain

itu objektifnya adalah untuk menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi,

keselamatan dan sosial di pentas dunia.(http://www.scribd.com/doc/19008044/Dasar-Luar-

Negara-Malaysia/27FEBRUARY 2010/10.00PM)

Salah satu prinsip Malaysia ialah ′menyelesaikan masalah menerusi rundingan'.

Malaysia merupakan antara negara yang mementingkan keamanan dan kemakmuran. Sesutu

permasalahan itu tidak akan mendapat kata putus jika penyelesaiannya didahulukan dengan

keganasan. Oleh sebab demikian lah negara merasakan rundingan adalah cara yang paling
43

terbaik dalam menyelesaikan sesuatu masalah.(http://www.scribd.com/doc/19008044/Dasar-

Luar-Negara-Malaysia/27FEBRUARY 2010/10.00PM).

2.10.1 Latar Belakang

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang

dibentukkan di San Francisco, California pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II.

Keahliannya terbuka kepada semua negara di seluruh dunia. PBB telah ditubuhkan semata-

mata untuk menggantikan Liga Bangsa-bangsa yang telah dibubarkan setelah gagal

menghalang Perang Dunia II. Ibu pejabat asal PBB terletak di San Francisco, akan tetapi PBB

kini beroperasi di New York yang merupakan ibu pejabat sejak 1946.

http://pmr.penerangan.gov.my_27 February 2010_11.00pm

Perjuangan untuk hak-hak asasi manusia merupakan alasan yang utama untuk

mencipta PBB. PBB amat mementingkan keselamatan rakyat. PBB amat menyokong

pengubahan gerakan-gerakan bersenjata. Hal ini dapat mengelakkan daripada terus

berlakunya peperangan antara negara denhan negara lain. PBB juga menmbantu negar yang

ingin berubah kepada sistem demokrasi.(http://pmr.penerangan.gov.my_27 February

2010_11.00pm)

2.10.2 Fungsi-fungsi

Fungsi-fungsi utamanya adalah untuk menyelesaikan pertikaian undang-undang yang

diserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan undang-

undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang diberi kuasa. PBB
44

merupakan sebagai satu saluran untuk negara lain menjalinkan permuafakatan antara negara

dan membantu negara-negara yang memerlukan bantuan.(http://pmr.penerangan.gov.my/27

February 2010/11.00pm)

2.11 Dasar-dasar Luar Negara - Antartika

Malaysia mengganggap benua Antartika sebagai penting dari segi pengaruhnya terhadap

'ecology' dan alam keliling dan cuaca dunia. Di Antartika misalnya terdapat 90 peratus

daripada air tawar dunia yang terdapat dalam bentuk air batu dan salji. Ia juga mengandungi

potensi bekalan bahan-bahan makanan dan bahan-bahan mentah galian seperti besi, arang,

uranium, pelambam, nikel, kobalt, zeng, tembaga, timah, emas, perak, platinum, kromium,

minyak dan gas. Di Antartika juga terdapat haiwan dan tumbuhan yang jarang terdapat di

tempat-tempat lain. Benua Antartika juga dianggap strategis dari segi perhubungan

memandangkan kedudukannya yang dikelilingi oleh empat buah lautan. Berdasarkan kepada

fakta-fakta tersebut, Malaysia menyeru supaya Benua Antartika dijadikan warisan bersama

untuk faedah bersama (common heritage for the common benefit) bagi seluruh dunia.

(http://pmr.penerangan.gov.my/27 FEBRUARY 2010/10.30PM)

Keputusan pengagihan sumber-sumber asli hanya boleh dibuat oleh 16 buah negara, ahli

asal perjanjian tersebut, sungguh pun 12 buah negara lagi adalah menjadi ahli bersama.

Sebaliknya 12 buah negara-negara ini hanya dibenarkan membuat kajian tanpa mempunyai

kuasa untuk mengundi atau membuat keputusan. Ini adalah bertentangan dengan matlamat

asal perjanjian asal di mana Antartika sepatutnya diurus oleh satu rejim antarabangsa untuk

faedah manusia seluruhnya.(http://pmr.penerangan.gov.my/27 FEBRUARY 2010/10.30PM)


45

Pada pendapat Malaysia, rejim galian (Mineral regime) ini adalah satu lagi percubaan

oleh ahli-ahli perjanjian untuk memperluaskan lagi kuasa mereka. Matlamat-matlamat konsep

warisan bersama yang disuarakan oleh Malaysia ialah

Bahan-bahan Antartika digunakan untuk faedah manusia. 'Ecology' dan alam sekitar

dipertahankan. Adalah diharapkan bahawa pendirian serta cadangan Malaysia untuk membuat

Antartika sebagai Warisan Bersama untuk faedah bersama seluruh benua akan mendatangkan

faedah pada pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.(http://pmr.penerangan.gov.my/27

FEBRUARY 2010/10.30PM)

2.12 Dasar-dasar Luar Negara - Rancangan Kejasama Teknikal Malaysia

Rancangan Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP ialah merupakan suatu manifestasi

Malaysia dalam konteks kerjasama di antara negara Selatan-Selatan (South-South) dan lain-

lain negara yang sedang membangun. Rancangan kerjasama ini diwujudkan di atas andaian

bahawa negara-negara yang sedang membangun boleh mempelajari pengalaman dan

kepakaran dalam pembangunan negara daripada negara-negara yang sedang membangun

sendiri. (http://pmr.penerangan.gov.my/27february2010/10.45pm)

2.12.1 Rasional

Rasionalnya adalah dalam meningkatkan moral dan maruah Malaysia di kalangan

antarabangsa, Malaysia haruslah memperlihatkan satu sikap yang positif untuk membantu dan

bekerjasama dengan negara membangun yang lain untuk menyediakan dan menawarkan satu

asas pengalaman dan kepakaran dalam negeri kepada negara membangun yang lain.

(http://pmr.penerangan.gov.my/27february2010/10.45pm)
46

2.12.2 Objektif

Antara objektif dalam rancangan ini adalah untuk mengeratkan lagi perhubungan Malaysia

dengan negara-negara yang sedang membangun, mempertingkatkan lagi perhubungan

perdagangan di antara Malaysia dengan negara-negara yang sedang membangun, seperti

perdagangan langsung dan pasaran untuk barangan Malaysia sendiri, memberi peluang

kepada pihak swasta Malaysia untuk menceburkan diri dalam pelaburan di negara-negara

tersebut dan  untuk membantu negara-negara yang mundur dan yang sedang membangun,

diatas dasar perikemanusiaan tanpa mendapat apa-apa balasan.

(http://pmr.penerangan.gov.my/27february2010/10.45pm)

Rancangan Kerjasama Teknikal Malaysia ialah satu rancangan yang praktikal di mana

pengalaman-pengalaman dan idea dalam pembangunan negara dapat dikongsi bersama oleh

negara-negara yang sedang membangun. Ini juga dapat membantu negara yang memerlukan

bantuan tidak kira dari apapun aspek.

(http://pmr.penerangan.gov.my/27february2010/10.45pm)

2.13 Dasar-dasar Luar Negara - Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (ASEAN Free

Trade Area / AFTA)

AFTA atau Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (ASEAN Free Trade Area) merupakan

dasar luar Malaysia. Ini adalah perjanjian yang dibuat oleh Persatuan Negara-negara Asia

Tenggara (ASEAN) untuk pengeluaran tempatan bagi semua negara-negara yang terlibat.

(http://ms.wikipedia.org/wiki/AFTA/28 FEBRUARI 2010/10.00 P.M)


47

Ketika perjanjian AFTA ditandatangani secara rasmi, ASEAN memiliki enam buah

negara anggota iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura danThailand. Pada tahun 1995

Vietnam bergabung, manakala Laos dan Myanmar pada 1997 dan Kemboja (Kampuchea)

pada 1999. Sekarang ini AFTA terdiri dari sepuluh buah negara ASEAN. Keempat-empat

buah negara-negara anggota baru tersebut diwajibkan menandatangani perjanjian AFTA

untuk menyertai ASEAN. Kelonggaran waktu telah diberi untuk memenuhi kewajiban

pengurangan tarif AFTA. (http://ms.wikipedia.org/wiki/AFTA/28 FEBRUARI 2010/ 10.00

P.M)

2.13.1 Tujuan

Terdapat beberapa tujuan AFTA dibuat antaranya adalah untuk meningkatkan daya saing

ASEAN sebagai pangkalan pengeluaran dalam pasaran dunia melalui penghapusan halangan

tarif dan bukan tarif dalam ASEAN. Tujuan seterusnya ialah menarik pelaburan asing

langsung ke ASEAN. Pada masa yang sama, pengguna dapat memperolehi barang dagangan

dari pengeluar yang lebih cekap di ASEAN serta mewujudkan perdagangan intra-ASEAN.

Seiring dengan peningkatan persaingan harga dalam industri-industri pembuatan dan saiz

pasaran yang lebih besar, pelabur-pelabur dapat menikmati pengeluaran secara besar-besaran.

(http://ms.wikipedia.org/wiki/AFTA)

Setiap anggota ASEAN mempunyai 3 pilihan untuk membuat pengecualian produk dalam

CEPT iaitu,

i. pengecualian sementara

ii. produk pertanian sensetif, dan

iii. pengecualian umum (Sekretariat ASEAN, 2004)


48

((http://id.wikipedia.org/wiki/KawasanPerdaganganBebasASEAN/28FEBRUARI2010/10.00

P.M)

2.14 Dasar-dasar Luar Negara - Kawasan Awam, Bebas, dan Berkecuali (Zone of Peace,

Freedom and Neutrality / ZOPFAN)

Malaysia telah menyarankan supaya diwujudkan ‘kawasan awam, bebas dan berkecuali (Zone

of Peace, Freedom and Neutrality atau ZOPFAN) telah diterima sebagai pendirian ASEAN.

Konsep dan dasar ini telah diumumkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November

1971.(http://pmr.penerangan.gov.my/28 FEBRUARI 2010/ 10.00 P.M)

2.14.1 Tujuan

Tujuan utama ZOPFAN adalah untuk menjadikan Asia Tenggara satu kawasan yang aman,

bebas dan berkecuali daripada pertelingkahan politik kuasa-kuasa besar khususnya Amerika

Syarikat, Rusia dan Republik Rakyat China. Terdapat beberapa faktor dan peristiwa penting

yang berlaku di Asia Tenggara menyebabkan ZOPFAN ditubuh. Antara faktor-faktor dan

peristiwa tersebut ialah kedudukan Asia Tenggara yang agak strategik kepada kuasa-kuasa

besar dalam konteks ketegangan politik Timur-Barat. Faktor-faktor dan peristiwa kedua ialah,

peperangan di Korea dan Vietnam telah menyakinkan ASEAN bahawa campurtangan dan

sokongan kuasa-kuasa besar dalam pertelingkahan negara-negara kecil Asia Tenggara sering

menjejaskan kestabilan serantau. Faktor dan peristiwa ketiga ialah semangat ‘regionalisme’

masa itu telah menghasilkan pertubuhan kerjasama ekonomi serantau ASEAN yang dapat

digunakan sebagai jentera untuk mencapai tujuan ZOPFAN.

(http://pmr.penerangan.gov.my/28 FEBRUARI 2010/10.00 P.M)


49

2.14.2 Strategi-strategi

Perlaksanaan ZOPFAN perlu mempunyai strategi untuk mencapai objektif yang telah

ditetapkan. Terdapat strategi-strategi utama yang telah digubal dan dilaksanakan untuk

mencapai objektif tersebut adalah dengan mendapatkan persetujuan, pengiktirafan dan

jaminan kuasa-kuasa besar tentang objektif atau usaha menjadikan. Strategi kedua ialah

mengundurkan tentera asing dari kawasan Asia Tenggara dalam jangka panjang. Strategi

ketiga ialah menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan yang bebas daripada senjata

nuclear.(http://pmr.penerangan.gov.my/28 FEBRUARI 2010,/10.00 P.M)

2.15 Dasar-dasar Luar Negara - Komanwel

Malaysia turut menganggotai Komanwel dianggotai oleh 49 buah negara termasuk Malaysia.

Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1931 hasil idea Lord Rosebury. Pertubuhan ini

merupakan pertubuhan negara-negara yang pernah dijajah Britain. Sebuah negara merdeka,

persamaan taraf dan taat setia kepada Raja Britain merupakan syarat-syarat keahlian

Komanwel.(http://pmr.penerangan.gov.my/28 FEBRUARI 2010/10.00 P.M)

2.15.1 Tujuan

Penubuhan Komanwel adalah untuk;

i. mengeratkan perhubungan dan perpaduan di kalangan negara anggota. Membentuk

persepaduan di bawah satu pertubuhan dan bekerjasama dalam pelbagai bidang di

kalangan negara anggota.

ii. Menjaga kebajikan negara-negara ahli untuk memajukan negara anggota.


50

iii. Memberikan kemudahan dan layanan yang baik daripada kerajaan Britain terutama

untuk pasaran barangan negara anggota Komanwel di Britain.

iv. Memberi kemudahan pendidikan kepada negara anggota melalui Rancangan Pelajaran

Komanwel.(http://pmr.penerangan.gov.my/28 FEBRUARI 2010/10.00 P.M)

Peranan Malaysia dalam Komanwel seperti menyuarakan rasa tidak puas hati dan

menentang dasar apartheid di Afrika Selatan dan menyokong sepenuhnya sekatan ekonomi

terhadap Afrika Selatan, ketika dasar apartheid dijalankan oleh orang kulit putih. Selain itu,

Malaysia menyeru negara maju supaya memberi perhatian kepada Komanwel. Pada tahun

1989, Malaysia telah menganjurkan CHOGM di Kuala Lumpur. Malaysia telah

membangkitkan isu alam sekitar dan hak asasi manusia dengan mengeluarakan Deklarasi

Langkawi mengenai alam sekitar. Selain itu juga, Malaysia telah memberikan maklumat

tentang benih pokok getah dan cara menanam getah kepada Sri Lanka. Malaysia turut

memberikan biasiswa kepad pelajar negara anggota dan lain-lain negara untuk belajar di

negara kita.(http://pmr.penerangan.gov.my/28 FEBRUARI 2010/10.00 P.M)

2.15.2 Faedah Penyertaan Komanwel

Terdapat pelbagai faedah yang diperoleh Malaysia apabila menyertai Komanwel iaitu;

i. Malaysia dapat memeterai perjanjian pertahanan dengan Britain yang juga melibatkan

Australia dan New Zealand dan ketiga-tiga negara ini membantu Malaysia semasa

konfrantasi Indonesia. Malaysia menyertai Perjanjian Pertahanan Lima Negara.

ii. Melalui perjanjian ini Britain secara automatik akan membantu Malaysia jika diserang

musuh.
51

iii. Negara Britain juga, banyak menanam modal di Malaysia dalam sektor ekonomi

perlombongan dan perladangan. Melalui Rancangan Colombo, pelajar Malaysia

mendapat tajaan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Britain, Australia dan New

Zealand.(http://pmr.penerangan.gov.my/28 FEBRUARI 2010/10.00 P.M)

2.16 Dasar-dasar Luar Negara - Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969 (12 Rejab 1389H).

Bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, ibu negara Maghribi ketika

memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa oleh puak zionis. Tindakan puak

zionis itu mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa

bagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam segenap bidang di seluruh dunia.

(http://pmr.penerangan.gov.my/28 FEBRUARI 2010/10.00 P.M)

2.16.1 Tujuan

Tujuan penubuhan OIC adalah untuk

i. memupuk perpaduan dikalangan anggota dan menyelaras kerjasama di kalangan

negara anggota dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, saintifik dan pelbagai bidang

lain.

ii. Berusaha menghapuskan perbezaan kaum, penindasan dan penjajahan dalam sebarang

bentuk.

iii. Mengambil langkah perlu bagi menyokong usaha ke arah melahirkan keamanan dan

keselamatan berasaskan keadilan.


52

iv. Meningkatkan perjuangan umat Islam bagi memelihara maruah, kemerdekaan dan hak

mereka dan mewujudkan suasana yang mendorong lahirnya kerjasama dan

kesefahaman di kalangan negara anggota dan negara bukan anggota.

(http://pmr.penerangan.gov.my/28 FEBRUARI 2010/10.00 P.M)

2.17 Dasar-dasar Luar Negara - Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)

Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) ditubuhkan sebaik sahaja 25 buah negara-

negara berkecuali beserta 3 buah negara pemerhati menghadiri persidangan pertama iaitu

Persidangan Ketua-ketua Negara di Belgrade, Yugoslavia bermula pada 1 hingga 6 September

1961. Diasaskan oleh Presiden Nasser (Egypt) dan Perdana Menteri Nehru (India) dan

disokong sepenuhnya oleh Presiden Indonesia dan Presiden Ghana. Pergerakan ini terbentuk

hasil daripada Perang Dingin yang berlaku pada lewat tahun 1940-an sehingga awal tahun

1990-an. Penubuhan NAM bertujuan untuk memastikan kemerdekaan, kedaulatan, intergriti

dan keselamatan negara-negara berkecuali dalam memerangi imperialisme, kolonisme, neo-

kolonisme, pemisahan bangsa, perkauman dan pencerobohan dari bangsa asing, pekerjaan dan

dominasi terhadap kuasa serta kumpulan politik. Terdapat 5 tonggak asas dalam menjalin

hubungan antarabangsa yang turut dikenali sebagai ‘Panchseel’ dan diperkenalkan oleh

Perdana Menteri India iaitu, hormat intergriti kawasan, saling tidak menceroboh antara

negara, saling tidak mencampuri urusan hubungan tempatan, mewujudkan saling kesamaan

dan menguntungkan, dan mewujudkan keamanan.

(http://pmr.penerangan.gov.my/28 FEBRUARI 2010/10.00 P.M)


53

2.17.1 Tujuan

Tujuan penubuhan NAM adalah untuk;

i. memupuk kerjasama yang erat dikalangan negara anggota

ii. menjadi forum untuk negara anggota menyuarakan pendirian berhubung isu-isu

semasa,

iii. mengelakkan negara-negara kecil terlibat dalam peperangan ideology,

iv. memperjuangkan hak dan kepentingan negara-negara sedang membangun,

v. mengubah haluan perjuangan NAM daripada hal-hal politik kepada isu-isu ekonomi

dan meningkatkan muafakat dan kesepakatan di kalangan anggota NAM melalui

rundingan serta meninggikan keupayaan ekonomi dan daya saing NAM supaya

pertubuhan ini dihormati.(http://pmr.penerangan.gov.my/28 FEBRUARI 2010/10.00

P.M)

Anda mungkin juga menyukai