Anda di halaman 1dari 9

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah, dengan izin Allah siap juga akhirnya Folio Pendidikan Jasmani

Dan Kesihatan . Folio ini telah diberi tajuk “IDOLA SAYA”. Dengan ini, saya amat

bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah diizinkan oleh –NYA sempat untuk

menyiapkan tugasan ini.

Pertama saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru PJK kelas 2E Pn. Nor

Hasnizan kerana sedikit sebanyak telah membantu iaitu memberi maklumat mengenai

folio ini. Maklumat yang telah diberi telah saya gunakan sepenuhnya untuk

menghasilkan folio ini.

Seterusnya, saya juga ingin mengalungkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kedua

ibu bapa saya yang telah mengajar saya bagaimana untuk menghasilkan folio ini. Tanpa

bantuan mereka, tidak mungkin saya menyiapkan folio ini dengan baik.

Akhir sekali, terima kasih juga kepada rakan-rakan sekelas yang banyak berkongsi

maklumat mengenai folio ini.Maklumat yang telah mereka kongsikan bersama saya

insyaallah telah saya aplikasikan sebaik mungkin dalam kerja meghasilkan folio ini.
PENGENALAN
Semua pelajar tingkatan 2 MRSM Tun Abdul Razak telah diberi tugasan oleh guru

subjek PJK. Tugasan yang telah diberi ialah kami dikehendaki untuk menyipkan folio

yang telah diberi tajuk “IDOLA SAYA”.Tugasan ini diberi kepada kami bagi memenuhi

kriteria 10% bagi subjek PJK untuk semester 2 tahun 2010.

Dalam folio ini , idola kami haruslah seorang atlet. Berkenaan dengan atlet yang kami

pilih ,kami perlu memberitahu tentang biodata atlet tersebut.Selain itu, pencapaian atlet

tersebut juga harus disertakan dalam folio ini.Akhir sekali ,kami perlu menyertakan

sedikit lampiran bagi menambahkan maklumat yang sedia ada.Demikian

sahaja,pengenalan bagi folio ini.


BIODATA ATLET
Atlet yang saya pilih untuk dijadikan sebagai idola saya ialah Bryan Gary Habana.Untuk

pengetahuan kita,nama ini telah diberi oleh bapa atlet sendiri berdasarkan pengasas kelab

Manchester United iaitu Gary Bailey dan Bryan Robson.Habana telah dilahirkan pada 12

Jun 1983.Beliau telah dilahirkan di Benoni,Gauteng ,South Africa. Gauteng kini dikenali

sebagai Johannesburg di South Africa.

Berat badan atlet ini ialah 94 kg.Bagi seorang pemain ragbi, berat badan ini adalah

normal. Tinggi beliau pula ialah 1.79m atau 5 kaki 10 inci setengah.Habana juga

mempunyai nama panggilannya yang tersendiri.Nama panggilannya ialah Jet Shoes,

Dash.

Atlet ini telah mendapat pendidikan awal di King Edward VIII school. Selepas itu, beliau

telah melanjutkan pelajarannya ke Rand Afrikaans University.


KAREER RAGBI

Habana telah memulakan kareernya dengan bermain untuk kelab dalam negerinya
sahaja.

Pada tahun 2004 hingga tahun 2005 beliau telah bermain untuk kelab Golden Lions.Pada

tahun 2005 hingga tahun 2009 Habana bermain untuk kelab Blue Bulls sebagai Winger

ataupun sisi.

Bagi kategori Super Rugby pula, Habana telah bermain untuk kelab Bulls pada tahun

2005 hingga tahun 2009.Pada tahun ini beliau telah bermain untuk kelab Stormers.

Yang terakhir, iaitu bagi peringkat kebangsaan, Habana telah bermain untuk tanah airnya

iaitu South Africa juga sebagai Winger atu sisi.Prestasi Habana bermain untuk negaranya

amat memberangsangkan membuatkan beliau sebagai pemain utama negara tersebut.


PENCAPAIAN ATLET
Setiap atlet pasti mempunyai pencapain mereka yang tersendiri. Begitu juga dengan

Bryan Gary Habana.Sepanjang kareernya bermain ragbi, beliau telah mencapai

beberapa pencapaian yang memberangsangkan.

Pencapaian Habana yang pertma ialah Habana telah melakukan sebanyak 8 percubaan

atau tries dalam kejohanan ragbi antarabangsa pada tahun 2007.Ini telah menyebabkan

Habana telah mencipta rekod pada tahun 2007. Rekod ini pernah dilakukan oleh lagenda

ragbi pada tahun 1999.Lagenda tersebut ialah Jonah Lomu.

Seterusnya , pada tahun 2007 juga, Habana telah dinobatkan sebagai International

Rugby (IRB) Superstar.Tidak cukup lagi dengan gelaran yang diberikan, Habana telah

dinobatkan debgan gelaran IRB Player of the Year . Gelaran ini boleh diibaratkan sebagai

pemain nombor satu dunia.


LAMPIRAN

RAGBI SOUTH AFRICA

PLAYER OF THE YEAR(2007)


DASH, JET SHOES(NICKNAME)

WINGER SOUTH AFRICA


PERKARA MUKA SURAT

RUJUKAN

1.GOOGLE-WIKIPEDIA

2.GOOGLE- IMAGE
ISI KANDUNGAN
1.penghargaan……………………………………………………1

2.pengenalan……………………………………………………...2

3.biodata atlet……………………………………………………..3

4.pencapaian atlet………………………………………………….5

5.rujukan……………………………………………………………6

6.lampiran………………………………………………………….8

Anda mungkin juga menyukai