Anda di halaman 1dari 12

1

Tahap Kemahiran Komunikasi Para Pelajar Pendidikan Kemahiran Hidup Semester 7

Mohd Fadzli bin Mohd Rosli


jiraiya_simpang@yahoo.com

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional


Universiti Pendidikan Sultan Idris
2010
ABSTRAK
Penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap kemahiran komunikasi para
pelajar tahun akhir Pendidikan Kemahiran Hidup Universiti Pendidkan Sultan Idris. Kajian
ini meninjau perbezaan tahap komunikasi antara pelajar lelaki dan perempuan, tahap
komunikasi pelajar semasa di dalam kelas dan pengajaran mikro serta meninjau sama ada
tahap komunikasi mempengaruhi pencapaian akademik. Kajian ini dilakukan terhadap 34
orang sampel serta instrument kajian yang digunakan ialah set soal selidik. Dapatan kajian
mendapati bahawa terdapat perbezaan tahap komunikasi antara pelajar lelaki dan perempuan
Pendidikan Kemahiran Hidup semester 7. Data-data yang diperolehi menunjukkann bahawa
pelajar lelaki mempunyai sifat malu yang tinggi berbanding pelajar perempuan. Begitu juga
semasa di dalam kelas dan pengajaran mikro, pelajar lelaki dilihat terkebelakang daripada
segi aspek sifat malu dan keyakinan diri untuk berkomunikasi. Dari segi tahap komunikasi
mempengaruhi pencapaian akademik, responden bersetuju ianya saling berkaitan. Malah
kekerapan berbincang dengan rakan dan pensyarah dapat meningkatkan pencapaian
akademik dan juga tahap komunikasi para pelajar itu sendiri.

ABSTRACT
This research was conducted to examine the communication skill aspect among final year
students of Living Skills Education of Sultan Idris University of Education. The study also
investigated differences in the level of communication between boys and girls, students level
of communication in the classroom and also while they are doing thier micro teaching and
also try to explore whether the level of communication influenced academic achievement
among students of Living Skills Education of Sultan Idris University of Education. This study
was conducted on 34 samples and the instrument used was a questionnaire. The findings
revealed that significant differences in communication between male and female students of
7th semester Living Skills Education. The data collected from the research showed that male
students have a high sense of shyness than girls. Similarly, while in the classroom and micro
teaching, male students will be left behind by female students in terms of aspects of shyness
and self-confidence to communicate. In terms of communication level affect the level of
academic achievement, most of the respondants agreed that this two aspects are related to
each other. In fact, the frequency of discussions with peers and lecturers is believe to improve
academic achievement and students' level of communication.
2

1.0 PENDAHULUAN
Pada zaman yang kini kian mencabar, semua negara bersaing dalam era teknologi,
sosial, dan politik. Oleh yang demikian, perintis pemimpin sesebuah negara perlulah
mempunyai tahap akademik yang tinggi dan kemahiran tambahan yang bermanfaat.
Kemahiran tambahan yang dimaksudkan ialah kemahiran generik. Kemahiran generik amat
penting dan amat perlu ada dalam diri seseorang individu untuk menjadi seseorang yang
berjaya terutamanya para graduan universiti. Kemahiran generik merupakan satu elemen
penting yang wajib dikuasai dan diamalkan oleh para graduan universiti.

Kemahiran komunikasi bermaksud kebolehan untuk berinteraksi dengan orang lain sama
ada menggunakan media perantara atau sebaliknya. kemahiran ini juga merangkumi
kemahiran menulis, membaca, berhujah, mendengar, etika dalam komunikasi dan juga
mempunyai kaitan dengan penggunaan teknologi. Dunia yang menuju arus perkembangan,
aspek ini menjadi satu kemahiran asas yang penting dan sememangnya sangat penting untuk
dikuasai oleh setiap individu khususnya para graduan dewasa ini. Kehidupan seharian
manusia tidak terlepas daripada proses komunikasi, dan komunikasi berlaku di mana-mana
dan tidak dapat dielakkan. Kemahiran komunikasi merupakan satu kemahiran yang penting
untuk dikuasai oleh bakal guru. Komunikasi merupakan elemen yang digunakan sentiasa
dalam proses penyampaian pengajaran. Oleh itu, adalah penting bakal guru mempunyai
kemahiran komunikasi yang baik supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat
disampaikan dengan penuh berkhemah (Sumaziana 2008).

Kemahiran komunikasi interpersonal pula perlu dikuasai oleh seseorang bagi


membolehkannya berhubung dengan orang lain dengan lebih berkesan. Bagi seseorang
pelajar, kemahiran komunikasi interpersonal diperlukan bagi membolehkannya berhubungan
dengan pensyarah dan rakan sebaya untuk tujuan perbincangan atau bertukar-tukar pendapat.
Dalam sistem pendidikan sekarang, kemahiran komunikasi interpersoanal perlu dikuasai oleh
seseorang pelajar bukan hanya untuk tujuan berkomunikasi tetapi untuk proses pembelajaran
kerana corak pengajaran-pembelajaran kini lebih menekankan pelajar agar mengemukakan
pendapat mereka. Apabila seseorang pelajar tidak mempunyai kemahiran komunikasi
interpersonal, pelajar itu mungkin megalami kesukaran untuk berinteraksi dengan rakan
sebaya di dalam bilik kuliah khususnya semasa proses pembelajaran yang berbentuk
perbincangan yang sering diamalkan dalam sistem pengajaran-pembelajaran. Perkara ini akan
memberi kesan secara tidak langsung kepada pelajar iaitu tidak mempunyai kepercayaan diri
atau konsep kendiri yang rendah yang akhirnya akan mempengaruhi pencapaian akademik
pelajar (Azizi 2000).

Proses P&P bukan sahaja bermatlamatkan menjadikan pelajar berilmu pengetahuan tetapi
juga pembentukan sahsiah diri mereka dengan menerapkan kemahiran-kemahiran yang
berguna. Proses P&P di sekolah melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi sama
ada dengan pihak pentadbiran, rakan sejawat, masyarakat luar dan yang paling utamanya
adalah interaksi antara guru dan pelajar. Proses komunikasi ini tidak terikat dalam bentuk
sehala sahaja dan lebih menarik jika proses P&P dijalankan secara komunikasi dua hala di
dalam bilik darjah. Malah ada masanya, guru juga bertindak sebagai penerima dan pelajar
pula bertindak sebagai penyampai. Ini bergantung kepada proses interaksi yang dicorakkan
oleh mereka .
3

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Matlamat dan ciri-ciri Falsafah Pendidikan Negara yang diamalkan di negara kita
memperlihatkan hubungan dan jalinan yang amat erat dan ciri-ciri komunikasi yang berkesan
antara guru dengan pelajar, antara guru dengan pengetua dan antara guru dengan guru. Oleh
yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab semua yang terlibat dengan organisasi
sekolah perlu memahami dan mengamalkan komunikasi yang baik dan berkesan. Komunikasi
yang berkesan adalah merupakan asas pendidikan yang bermutu. Oleh itu , adalah sangat
wajar bakal pendidik mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan.

Para pentadbir dan pengurus sekolah atau institusi pendidikan seharusnya peka
dengan kepentingan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi
antara guru dengan pelajar memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan
keberkesanan proses P&P. Komunikasi guru yang lemah akan menjejaskan keberkesanan
proses P&P dan masalah ini juga menyebabkan utusan yang dinyatakan dan maksud yang
terpendam dalam mesej yang disampaikan oleh guru disalah tafsir atau kurang difahami oleh
pelajar tersebut, dipegang dan diikuti sepenuhnya tanpa memikirkannya secara mendalam
akibat daripada kesalahfahaman tadi.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kemahiran komunikasi pelajar


Pendidikan Kemahiran Hidup semester 7 di Universiti Pendidikan Sultan Idris
i. Menenalpasti sama ada terdapat perbezaan tahap komunikasi antara pelajar lelaki
dan pelajar perempuan pelajar semester 7, Pendidikan Kemahiran Hidup di
Universiti Pendidikan Sultan Idris
ii. Mengenalpasti tahap pencapaian komunikasi semasa di dalam kelas dan semasa
membuat pengajaran mikro pelajar semester 7, Pendidikan kemahiran Hidup di
Universiti Pendidikan Sultan Idris
iii. Mengenalpasti sama ada terdapat kaitan antara pencapaian akademik dengan
tahap komunikasi pelajar semester 7, Pendidikan Kemahiran Hidup di Universiti
Pendidikan Sultan Idris

4.0 HIPOTESIS KAJIAN

H˳1 : Tidak terdapat perbezaan antara tahap pencapaian komunikasi antara pelajar lelaki dan
pelajar perempuan dalam kalangan pelajar semester 7 Pendidikan Kemahiran Hidup
H˳2 : Terdapat kelemahan dalam komunikasi semasa di dalam kelas dan semasa pengajaran
mikro pelajar semester 7 Pendidikan Kemahiran Hidup
H˳3 : Ada signifikan antara tahap komunikasi dengan pencapaian akademik pelajar semester
7 Pendidikan kemahiran Hidup

5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan ditujukan kepada pelajar
Pendidikan Kemahiran Hidup semester 7. Pemilihan kumpulan pelajar ini disebabkan
kumpulan pelajar ini akan menjalani latihan mengajar pada awal tahun depan. Oleh itu,
4

perlunya kajian dijalankan bagi mengkaji sejauh mana tahap komunikasi pelajar Pendidikan
Kemahiran Hidup semester 7. Seramai 34 daripada 240 orang pelajar semester 7 dipilih
sebagai responden dalam kajian ini. pelajar lelaki terdiri daripada 17 orang, manakala pelajar
perempuan terdiri daripada 17 orang.

6.0 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian yang dijalankan adalah kajian kuantitatif. Data-data akan dianalisis secara kuantitatif.
Penyelidik memlih membuat penyelidikan secara kuantitatif mengedarkan soalan soal selidik
kepada pelajar Pendidikan kemahiran Hidup semester 7.
7.0 ANALISIS DATA
Ujian data deksriptif digunakan untuk mengetahui tahap komunikasi pelajar Pendidikan
Kemahiran Hidup semester 7. Penganalisaan data yang digunakan ialah bilangan pelajar.
Pembentangan dapatan akan ditunjukkan melalui jadual
7.1 PERBEZAAN TAHAP KOMUNIKASI ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN
1. Saya Setuju Bahawa Pelajar Lelaki Lebih Beryakinan Dalam Berkomunikasi

Skala SS S TP TS STS
Jantina
Lelaki 5 7 2 2 2
Perempuan 1 5 2 7 3

2. Saya setuju bahawa sifat malu dalam diri seseorang pelajar perempuan
menghalangnya berkomunikasi dengan baik

Skala SS S TP TS STS
Jantina
Lelaki 1 10 4 1 1
Perempuan 3 7 2 5 0

3. saya setuju bahawa tanggapan pelajar terhadap lelaki sebagai ketua meyebabkan
mereka lebih berkeyakinan dalam komunikasi

Skala SS S TP TS STS
Jantina
Lelaki 7 5 6 3 1
Perempuan 1 6 1 4 0
5

4. saya beretuju bahawa faktor keagamaan mempengaruhi corak komunikasi antara


pelajar lelaki dan perempuan

Skala SS S TP TS STS
Jantina
Lelaki 4 5 3 4 1
Perempuan 0 0 8 5 2

5. saya bersetuju bahawa rakan pelajar perempuan saya berkeyakinan dalam komunikasi
mereka

Skala SS S TP TS STS
Jantina
Lelaki 2 11 1 2 1
Perempuan 2 5 4 5 1

6. saya setuju bahawa tahap kematangan pelajar perempuan yang lebih cepat daripada
pelajar lelaki menyebabkan mereka lebih berkeyakinan dalam komunikasi

Skala SS S TP TS STS
Jantina
Lelaki 1 6 3 6 1
Perempuan 5 6 2 4 0

7. saya bersetuju bahawa bilangan pelajar perempuan yang ramai di dalam kelas
menyebabkan pelajar lelaki malu untuk berkomunikasi

Skala SS S TP TS STS
Jantina
Lelaki 3 7 2 2 3
Perempuan 3 4 5 5 0

8. saya lebih selesa berkomunikasi sesama rakan negeri saya

Skala SS S TP TS STS
Jantina
Lelaki 2 5 0 5 5
Perempuan 0 2 0 11 4

9. saya malu untuk membuat pembentangan di dalam kelas

Skala SS S TP TS STS
Jantina
Lelaki 0 6 2 10 3
Perempuan 1 1 2 6 3
6

10. saya malu untuk membuat pengajaran mikro di dalam kelas


Skala SS S TP TS STS
Jantina
Lelaki 0 6 4 4 3
Perempuan 0 2 3 7 5

7.2 KOMUNIKASI DI DALAM KELAS DAN PENGAJARAN MIKRO


11. saya setuju bahawa perasaan malu yang menebal dalam diri menyebabkan saya malu
untuk membuat pembentangan
Skala SS S TP TS STS
Jantina
Lelaki 0 10 1 5 1
Perempuan 1 3 4 7 2

12. saya setuju bahawa penugasaan yang lemah terhadap sesuatu topik menyebabkan saya
malu atau enggan membuat pembentangan
Skala SS S TP TS STS
Jantina
Lelaki 2 12 1 2 1
Perempuan 3 4 1 8 0

13. saya bersetuju bahawa bilangan rakan pelajar yang ramai di dalam kelas
menyebabkan saya malu untuk membuat pembentangan
Skala SS S TP TS STS
Jantina
Lelaki 3 7 4 2 1
Perempuan 3 2 3 4 5

14. saya bersetuju bahawa bilangan pelajar yang lebih ramai di dalam kelas menyebabkan
pelajar lelaki malu untuk menonjolkan diri semasa membuat pembentangan
Skala SS S TP TS STS
Jantina
Lelaki 2 9 3 2 1
Perempuan 3 3 8 1 2

15. saya setuju bahawa disebabkan dialek kenegerian yang pekat di dalam diri
menyebabkan saya malu untuk membuat pembentangan
Skala SS S TP TS STS
7

Jantina
Lelaki 0 6 3 4 4
Perempuan 0 1 5 5 6

16. saya berasa malu untuk melontarkan soalan kepada pembentang


Skala SS S TP TS STS
Jantina
Lelaki 1 7 3 6 0
Perempuan 0 2 3 7 5

17. saya setuju bahawa kadang kala saya tidak mempu untuk menjawab pertanyaan dari
pensyarah atau rakan semasa pembentangan
Skala SS S TP TS STS
Jantina
Lelaki 2 10 3 2 0
Perempuan 0 7 5 1 4

18. saya setuju bahawa kadang kala jawapan yang saya berikan semasa disoal ketika
pembentangan tidak menjawab soalan yang diberikan
Skala SS S TP TS STS
Jantina
Lelaki 1 13 2 1 0
Perempuan 0 5 3 5 4

19. saya setuju bahawa disebabkan tidak biasa bercakap di hadapan penonton
menyebabkan saya berasa malu
Skala SS S TP TS STS
Jantina
Lelaki 1 12 1 2 1
Perempuan 0 7 1 7 2

20. saya setuju bahawa disebabkan tidak menguasai topik pengajaran, menyebabkan saya
berasa malu untuk membuat pengajaran mikro
Skala SS S TP TS STS
Jantina
Lelaki 2 11 2 2 0
Perempuan 0 5 5 4 3

21. saya setuju bahawa disebabkan adanya pensyarah untuk menilai pengajaran,
menyebabkan saya berasa tertekan dan terganggu untuk membuat pengajran mikro
Skala SS S TP TS STS
Jantina
8

Lelaki 1 7 4 5 0
Perempuan 1 5 3 4 4

22. saya setuju bahawa bilangan pelajar yang ramai di dalam kelas menyebabkan saya
malu untuk membuat pengajaran mikro
Skala SS S TP TS STS
Jantina
Lelaki 1 5 5 5 1
Perempuan 0 3 3 7 4

23. saya mampu untuk mengolah isi pengajaran dengan baik semasa membuat pengajaran
mikro
Skala SS S TP TS STS
Jantina
Lelaki 0 8 9 0 0
Perempuan 0 9 3 5 0

24. saya setuju bahawa disebabkan sikap segelintir rakan di dalam kelas mengganggu
saya semasa membuat pengajaran
Skala SS S TP TS STS
Jantina
Lelaki 0 10 1 4 1
Perempuan 1 3 4 7 2

7.3 TAHAP KOMUNIKASI MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK

25. Saya setuju bahawa pelajar cemerlang mempunyai tahap komuniaksi yang baik
Skala SS S TP TS STS
Jantina
Lelaki 3 8 1 2 3
Perempuan 5 3 2 5 2

26. Saya setuju bahawa pelajar pendiam tidak mempunyai pencapaian akademik yang
baik
Skala SS S TP TS STS
Jantina
Lelaki 1 2 1 7 6
Perempuan 0 2 2 4 9

27. Saya setuju bahawa kecermelangan akademik bukan ukuran kepada tahap penguasaan
komunikasi pelajar
Skala SS S TP TS STS
Jantina
9

Lelaki 9 7 1 0 0
Perempuan 7 5 0 2 3

28. Saya setuju bahawa tahap komunikasi yang baik mempengaruhi penguasaan sesuatu
pembelajaran
Skala SS S TP TS STS
Jantina
Lelaki 9 6 2 0 0
Perempuan 3 8 2 3 1

29. Saya setuju bahawa aktiviti perbincangan pembelajaran secara berkumpulan


mempengaruhi tahap komunikasi dan pencapaian akademik
Skala SS S TP TS STS
Jantina
Lelaki 9 6 1 1 0
Perempuan 4 8 1 2 1

30. Saya setuju bahawa lebih kerap berbincang dengan pensyarah dapat meningkatkan
kefahaman saya dalam sesuatu kursus
Skala SS S TP TS STS
Jantina
Lelaki 7 9 1 0 0
Perempuan 5 8 3 0 1

8.0 KESIMPULAN

Jelasnya, berdasarkan jadual di atas menunjukkan perbezaan ketara tahap kemahiran


komunikasi antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Kematangan para pelajar perempuan
yang lebih cepat daripada pelajar lelaki menjadikan pelajar perempuan lebih ketrampilan
dalam komunikasi mereka. Manakala pelajar lelaki pula dilihat, masih mempunyai sifat malu
yang boleh dikatakan tidak bertempat. Mereka lebih malu daripada pelajar perempuan
daripada segi komunikasi dua hala, pembentangan dan juga pengajaran mikro. Berdasarkan
dapatan juga jelas menunjukkan tahap komunikasiu mempengaruhi pencapaian akademik
seseorang. Semakin baik tahap komunikasi seseorang lebih tinggi pencapaian akademik
kereka.

BIBLIOGRAFI

Ab.Halim. (2009). Tahap komunikasi dalam bahasa arab dalam kalangan pelajar sarjana
muda bahasa arab di IPTA Malaysia. Diperolehi pada September 21, 2010 daripada
http://pkukmweb.ukm.my/jiae/pdf/1.pdf
10

Ahmad Esa, Jailani Yunus & Noraini Kaprawi. (2004). Persepsi pensyarah terhadap
penerapan kemahiran komunikasi menerusi kokurikulum di politeknik. Diperolehi
pada September 10, 2010. Daripada http://www.slideshare.net /NEMOKUND/contoh-
jurnalpsikologi penyelidikan pendidikan

Azizi Hj. Yahaya ,Sharifuddin Ismail, Amir Hamzah Abdul & Halimah Ma’alip. (2000).
Hubungan di Antara Konsep Kendiri Dengan Kemahiran Komunikasi Terhadap
Pencapaian Akademik Pelajar Di sekolah Menengah Di Johor Bahru. Diperolehi pada
September 12, 2010. Daripada http://eprints.utm.my/2403/1/
Aziziyahaya___Hubungan_Konsep_Kendiri_Dengan_Kemahiran_Komunikasi.pdf

Berita Harian (2004). “Lemah Komunikasi Punca Lepasan Universiti Gagal Temu Duga.”
Berita Harian, 20 April 2004.

Berita Harian (2004). “ Kemahiran Analitikal Beri Kelebihan.” Berita Harian, 17 September
2004.

Communication model. Diperolehi pada Oktober 20, 2010. Daripada http://www.


shkaminski.com/Classes/Handouts/Communication%20Models.htm

Communication model. Diperolehi pada Oktober 20, 2010. Daripada http://pirate.


shu.edu/~yatesdan/Tutorial.htm

Daniel Johnson, Peter Sutton and Josiah Poon .(2000). Face-to-Face vs CMC: Student
Communication in a Technologically Rich Learning Environment. Diperolehi pada
September 20, 2010. Daripada http://www.ascilite.org.au/conferences/ coffs00/
papers/daniel_johnson.pdf

Fathi M. Ihmeideh, Aieman Ahmad , & Kholoud A. (2010). Attitudes toward


Communication Skills among Students’-Teachers’ in Jordanian Public Universities.
Diperolehi pada September 20, 2010. Daripada
http://ajte.education.ecu.edu.au/issues/PDF/354/ Ihmeideh.pdf

Hussin Sarif. Penulisan Tesis, Kertas Cadangan, Kertas Kerja,Dan Laporan. Diperolehi pada
September 1, 2010. Daripada http://www.iptho.edu.my/jbm/text/il-01.pdf

Liu Ping Case Study of Factors Affecting Chinese Students’ English Communication
Performance. Diperolehi pada September 20, 2010. Daripada http://cscanada.net
/index. php/css/article/viewFile/316/pdf_157
11

Mohd Yusop Ab Hadia, Ahmad Esab, Yogeshwari A/P Vinayagamc dan Zurina Yasakd.
(2008). Sumbangan Kurikulum dan Kokurikulum Bagi Penguasaan Kemahiran
Generik Terhadap Pelajar Tahun Akhir UTHM Diperolehi pada September 20, 2010.
Daripada http://eprints.uthm.edu.my/213/1/ mohd_yusof,ahmad_ esa,yogeshwari.pdf.

Siti Sumaziani. (2008). Persepsi Bakal Guru Tentang Tahap Kemahiran Komunikasi
Berkesan Dalam Kalangan Pelajar Tahun Akhir Aliran Sains Fakulti Pendidikan Utm.
Diperolehi pada September 13, 2010. Daripada http://www.fp.utm.my/
epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP/SSUMAZIANAAP040312D2008TTP.pdf

Stuart S. Gold.(2004). The Effect of Software Facilitated Communication on Student


Outcomes in Online Classes . Diperolehi pada September 20, 2010 daripada
http://www. thejeo. com/Gold%20Final.pdf

Suriani Muda. (2008). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tahap Penguasaan Kemahiran


Komunikasi Di Kalangan Pelajar Tahun 4 Perdana Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan(Kej. Awam, Kej. Elektrik, Kej. Jentera Dan Kemahiran Hidup) Di
Universiti Teknologi Malaysia. Diperolehi pada September 15, 2010. Daripada
http://wwwfp.utm.my/epusatsumber/pdffail
/ptkghdfwP/SURIANIAP040323D2008TTP.pdf
12

Anda mungkin juga menyukai