Anda di halaman 1dari 1

Penganjuran pelbagai acara sukan terkemuka dunia juga, Malaysia mampu menjalinkan

hubungan dengan negara-negara lain dengan lebih mapan. Hal ini sebenarnya memperikan
impak yang besar terhadap kedudukan Malaysia dalam bidang politik. Mungkin ramai rakyat
Malaysia sudah tahu bawaha sesebuah negara akan terus berada dalam keadaan selamat dan
aman damai sekiranya keadaan politk negara tersebut stabil. Jadi, hal ini amat signifikan bagi
Malaysia unutk terus mengukuhkan dan menjalin hubungan yang erat dengan negara-negara
serantau dalam usaha membangunkan Malaysia di arena antarabangsa. Jika negara kita
mempunyai hubungan yang rapuh dengan negara-negara lain, maka kedudukan Malaysia amat
terancam. Sebagai contoh, hal ini tidak berlaku pada negara Thailand suatu ketka dahulu. Para
pemimpinnya begitu bestari menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara berkuasa
besar seperti pihak Inggeris. Hakikatnya, tujuan mereka hanya satu iaitu tidak ingin melihat
negara mereka dijajah seperti yang telah berlaku di Tanah Melayu yang hanya bersempadan
dengan negaranya. Apabila hubungan terjalin antara negara Thailand dengan kuasa besar
Inggeris, maka sekiranya terdapat mana-mana kuasa lain yang cuba memberontak negara
Thailand, semestinya Inggeris akan menghulurkan bantuan. Bak kata pepatah, bagai aur dengan
tebing dan keakraban kedua-dua pihak tersebut seperti isi denga kuku. Jaid berdasarkan contoh
tersebut, jelaslah bahawa hubungan baik antara negara Malaysia dengan negara-negara lain
amat penting dalam usaha memartabatkan negara Malaysia di mata dunia.

Anda mungkin juga menyukai