Anda di halaman 1dari 6

CONTOH-CONTOH SOALAN

1.

Encik Roslan yang baru dilantik sebagai Penolong Pengarah di Jabatan Imigresen telah ditugaskan untuk menguruskan aduan-aduan daripada orang ramai tentang jabatannya. Beliau difahamkan bahawa ada prosedur tertentu yang perlu diikuti oleh beliau dalam mengendalikan aduan-aduan awam tersebut. Jelaskan lima (5) prosedur yang perlu diikuti oleh Encik Roslan dalam mengendalikan aduan awam tersebut berdasarkan PKPA 4/92.

2. Huraikan langkah-langkah yang terlibat dalam pelaksanaan Piagam Pelanggan. 3. Nyatakan faedah-faedah yang boleh diperolehi oleh agensi kerajaan dengan melaksanakan pemulihan perkhidmatan sebagaimana yang dijelaskan melalui panduan pelaksanaan sistem pemulihan perkhidmatan.

4. Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) merupakan mekanisme bagi membolehkan pekerja secara berkumpulan menyertai proses penyelesaian masalah bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti jabatan. Jelaskan lima (5) faktor-faktor yang menyokong kejayaan pelaksanaannya.

5. Antara strategi ke arah peningkatan kualiti yang diadakan ialah program cadangan daripada kakitangan yang terlibat secara langsung dalam proses kerja masing-masing. Cadangan yang bersifat realistik dan praktikal ini adalah penting dalam meningkatkan tahap perkhidmatan jabatan kepada orang ramai. a. Nyatakan program cadangan yang dimaksudkan dan fungsi-fungsi pewujudannya. b. Huraikan bentuk program cadangan yang boleh dilaksanakan.

6. ³Ketekunan Membawa Kejayaan´ merupakan salah satu tonggak daripada dua belas tonggak yang patut dihayati dan diamalkan oleh semua anggota perkhidmatan awam. Huraikan pengertiannya serta nyatakan lima (5) amalan positif yang memperlihatkan amalan-amalan ini. 7. Jelaskan ciri-ciri atau perlakuan seseorang pegawai awam yang mencerminkan seseorang pegawai awam itu menghayati nilai-nilai ikhlas dan dedikasi.

8. Nyatakan aspek-aspek penting yang perlu diberi perhatian di dalam pengurusan tenaga manusia untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kaunter.

Anda mungkin juga menyukai