Anda di halaman 1dari 5

KAWAD H 1

PENGENALAN

Kawad latihan ini dijalankan oleh 4 orang anggota. Semua permulaan kawad ini mesti dilakukan pada
permulaan semua kawad kebombaan. Perlu diingatkan semua perbuatan seperti , senang diri , sedia ,
ke-kanan lurus , pandang hadapan , berpusing , berjalan dan berlari adalah sama seperti kawad kaki.

Panduan ini tertakluk kepada panduan : KAWAD HOSE PERMULAAN yang dilampirkan.

HUKUMAN

KAWAD H1 Satu aliran 300 kaki PASUKAN ………………………GERAK.!.

PERGERAKAN

Apabila dapat hukuman : Kesemua sekali ( 4 orang ) buat kerja serentak.

Orang No 1 : Ambil satu gulung hos satu nozzle lari ke-hadapan 200 kaki tunggu dan sambung
coupling no. 3 , bentangkan hos , sambung nozzle , standby di bahagian hadapan bersama
no. 3 & 4.

Orang No 2 : Ambil Standpipe / Hydrant Key and Bar sambungkan ke pili bomba dan sambut coupling
no. 4 , sambung ke stand pipe.

Orang No 3 : Ambil satu gulung hos , lari ke 100 kaki dan sambung coupling no.4 dan bentang hose
kehadapan serta sambut coupling no.1 dan sambung. Setelah selesai hendaklah lari
kehadapan Bantu orang no. 1 memegang nozzle.

Orang No 4 : Ambil satu gulung hos , sambung di standpipe pada no. 2 dan bentang hos tersebut.
Setelah coupling no. 3 , cantumkan dan terus lari kehadapan membantu no. 3 & 1
memegang nozzle.

APABILA PERGERAKAN SIAP :

- No. 1 perintahkan no. 4 ‘ BUKA AIR ’

- No. 4 jawab perintah no. 1 , dan terus lari kepada orang no. 2 pada jarak 100
kaki ‘ BUKA AIR ’

- No. 2 jawab perintah no. 4 dan terus buka air dengan menggunakan Hydrant
Key.

- No. 4 lepas memberi arahan lari balik kehadapan Bantu no. 1 & 3 memegang
nozzle.

PERGERAKAN TUTUP AIR DAN KEMAS :

Jurulatih akan mengarahkan ‘ TUTUP AIR DAN KEMAS ’

- No. 1 akan sambut arahan tersebut dan seterusnya perintah kepada no. 4
‘ TUTUP AIR DAN KEMAS ’
- No. 4 akan sambut arahan tersebut dan seterusnya berlari ke no. 2 pada jarak
100 kaki dan arahkan ‘ TUTUP AIR DAN KEMAS ’

- No. 2 sambut arahan tersebut dan seterusnya menutup air daripada pili bomba.

Setelah perjalanan air diberhentikan , semua anggota yang terlibat didalam kawad mengemas peralatan
masing – masing dan susun ditempat asal peralatan mengikut susunan yang teratur.

Semua anggota yang terlibat hendaklah beratur dalam keadaan ‘ SEDIA ’ dihadapan peralatan / seterusnya
no. 1 bertindak sebagai ketua pasukan melaporkan pada jurulatih bahawa pasukan telah siap menjalankan
kawad.

KAWAD : H 1

No. 2

No. 4 No. 3 No. 1

100 Kaki 200 Kaki 300 Kaki Nozzle

Pili Bomba
KAWAD H 2

HUKUMAN

Semua anggota hendaklah menjalankan kawad ‘ H1 ’ terlebih dahulu / setelah siap.

HUKUMAN

KAWAD H2 Satu aliran 400 kaki PASUKAN……………………..GERAK !.

PERGERAKAN

( MENAMBAH ALIRAN DI BAHAGIAN ‘ A ’ ATAU ‘ B ’ 100 KAKI ATAU 300 KAKI )

Orang No. 4 : Lari ketempat peralatan / ambil satugulung hos , membentang dibahagian ‘ A ’ atau ‘ B ’.
Jika dibahagian ‘ A ’ bentangkan dengan cara ‘ U ’ shape.

Jika dibahagian ‘ B ’ bentangkan dengan cara ( Figure of 8 ) No. 8 . Setelah siap / lari ke
no. 2 meminta tutup air . Selepas itu lari kehadapan membantu no. 1 & 3.

Orang No. 1: Sebaik sahaja air berhenti mengalir no. 1 mengarahkan no. 3 & 4 membantu
penyambungkan hos. Setelah siap no.1 arahkan no. 4 meminta buka air daripada no. 2
pada jarak 100 kaki.

Orang No. 4 : Jawab arahan no. 1 , lari ke no. 2 pada jarak 100 kaki dan minta buka air.

Orang No. 2 : Jawab arahan no. 4 terus buka air pili bomba dan no. 4 seterusnya berlari kehadapan
bantu no. 1 & 3 memegang hos.

PERGERAKAN TUTUP AIR DAN KEMAS

Pergerakan ini hendaklah dilakukan mengikut pergerakan kawad ‘ H1 ’

KAWAD : H 2

No. 2

No. 4 No. 3 No. 1 ( Hos yg ditambah )

100 Kaki 200 Kaki 300 Kaki 400 Kaki Nozzle

Pili Bomba

300 Kaki 400 Kaki

KAWAD H 3
HUKUMAN

Semua anggota hendaklah menjalankan kawad ‘ H1 ’ terlebih dahulu / setelah siap.

HUKUMAN

KAWAD H3 Memendekkan aliran PASUKAN…………………..GERAK !.

PERGERAKAN

( MEMENDEKKAN ALIRAN )

Orang No. 1 : Mengarahkan no. 4 minta tutup air.

Orang No. 4 : Jawab arahan no. 1 lari kepada no. 2 pada jarak 100 kaki minta tutup air.

Orang No. 2 : Jawab arahan no. 4 terus tutup air pili bomba.

Orang No. 1 : Sebaik sahaja pengaliran air terhenti / tanggalkan nozzle dan seterusnya mengarahkan no.
3 & 4 menanggalkan coupling dibahagian 200 kaki / seterusnya menyambungkan
kembali nozzle ditempat tersebut . Setelah siap , arahkan no. 4 buka air.

Orang No. 4 : Jawab arahan no. 1 lari ke no. 2 pada jarak 100 kaki minta buka air.

Orang No. 2 : Jawab arahan no. 4 terus buka air pili bomba.

Orang No. 4 : Lari ke hadapan dan gulung hos yang ditangalkan.

PERGERAKAN TUTUP AIR DAN KEMAS

Pergerakan ini hendaklah dilakukan mengikut pergerakan kawad ‘ H1 ’

KAWAD : H 3

No. 2

No. 4 No. 3 No. 1


( Hos yg ditangalkan )

100 Kaki 200 Kaki 300 Kaki Nozzle

Pili Bomba

KAWAD
100H 4
Kaki 200 Kaki Nozzle
HUKUMAN

Semua anggota hendaklah menjalankan kawad ‘ H1 ’ terlebih dahulu / setelah siap.

HUKUMAN

KAWAD H4 Menggantikan hos pecah PASUKAN …………………..GERAK !.

PERGERAKAN

( MENGGANTIKAN HOS PECAH )

Orang No. 1 : Memberi arahan kepada no. 4 dengan perkataan ‘ HOS PECAH ’ !

Orang No. 4 : Terus lari ketempat peralatan / mengambil satu gulung hos dan bentangkan berhampiran
hos yang pecah. Pastikan sebelum membentang hos , couplingnya hendaklah dibelitkan
pada hos yang pecah itu.

Setelah siap bentang / lari ke no. 2 pada jarak 100kaki minta tutup air. Apabila pengaliran
air berhenti , buka coupling / sambung hos baru. ( hos pecah hendaklah disimpulkan
dikedua bahagian coupling dengan ikatan Overhand Knot ) kerja – kerja ini hendaklah
dibantu oleh no. 3

Sebaik kedua – dua coupling hos baru siap dipasang , no. 4 lari ke no. 2 pada jarak 100
kaki minta buka air semula.
Lepas itu lari balik ke hadapan Bantu no. 1 & 3.

PERGERAKKAN TUTUP AIR DAN KEMAS

Pergerakan ini hendaklah dilakukan mengikut pergerakkan kawad ‘ H1 .

KAWAD : H 4

No. 2

No. 4 No. 3 No. 1


( Hos Pecah )

100 Kaki 200 Kaki 300 Kaki


Nozzle

( Hos Baru )

Pili Bomba

100 Kaki 200 Kaki 300 Kaki


Nozzle