Anda di halaman 1dari 3

Pertumbuhan dan perkembangan

Pertumbuhan dan perkembangan manusia atau penyuburan adalah fokus kajian bidang
psikologi perkembangan. Ahli psikologi perkembangan mengkaji aspek-aspek
pertumbuhan dan perkembangan manusia dan cuba melihat kaitannya dengan faktor
yang mempengaruhinya iaitu baka dan persekitaran. Kedua-dua ini berkait rapat
antara satu dengan lain.

Konsep Pertumbuhan

Pertumbuhan bermaksud perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara


kuantatif dari satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain (Atan
Long, 1978). Perubahan biasanya adalah perubahan fizikal yang melibatkan
pertambahan kuantiti iaitu misalnya perubahan dari segi berat badan, tinggi
dan pertambahan saiz badan. Contohnya pertambahan berat badan kanak-
kanak dati 10 kilogram semasa berumur 2 tahun dan menjadi 12 kilogram
semasa berumur 3 tahun (Lefrancois, 1990).

Pertumbuhan juga proses perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku


dalam diri seseorang contohnya tulang-tulang rangka badan (skeleton)
bertambah jumlahnya semakin individu membesar dan juga terjadi
pertambahan panjang tulang-tulang dari satu peringkat perkembangan yang
lain dan pertambahan panjang ini akan terhenti bila pertumbuhan seseorang
menjadi matang iaitu ketika dia remaja ( Ramlan Jantan & Mahani Razali,
2002).

Konsep Perkembangan

Perkembangan ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini


tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat
yang lebih awal (Atan Long, 1980). Contohnya perubahan pada rambut
manusia daripada berwaran hitam semasa remaja menjadi putih pada
peringkat akhir dewasa.

Paul Eggan & Don Kauchak (1997) mengatakan ” the concept of


development, the orderly, durable change in a learner resulting from a
combination of learning, experience, nd maturation.” Jelas, Paul Eggan dan
Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berturutan
dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada kematangan, pembelajaran
dan pengalaman (Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2000).

Slavin (1997) juga berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan


mengapa dan bagaimana individu tumbuh dan membesar, menyesuai diri
kepada persekitaran dan bagaimana berubah melalui peredaran masa.
Ringkasnya menurut Slavin, perkembangan ialah “ Orderly and lasting
growth, adaptation, and change over the course of a lifetime.” (Ramlan Jantan
& Mahani Razali, 2000).

Perkembangan juga merupakan satu proses yang kompleks yang


merangkumi perubahan secara kuantitatif dan kualitatif dari segi fizikal,
perceptual, intelektual, bahasa, emosi, social dan moral seseorang individu
(Berk, 2000).

Semua perkembangan sama ada berbentuk fizikal, tingkah laku ataupun


sahsiah adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang
sejagat.

Secara ringkasnya perkembangan merupakan pengaliran yang saling berkait


antara perubahan kuantatif dengan kualitatif yang menuju kearah tertentu dan
yang dijangkakan.

Prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan

1. Pertumbuhan berlaku dalam dua arah : dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi
2. Pertumbuhan struktur badan mendahului kemahiran fungsinya.
3. Perkembangan motor kasar berlaku terlebih dahulu daripada motor halus.
4. Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnya adalah berbeza
pada setiap individu.
5. Pertumbuhan berlaku hingga satu tahap, tetapi perkembangan berlaku secara berterusan
hingga akhir hayat.
6. Pertumbuhan dan perkembangan saling berinteraksi. Pertumbuhan jasmani yang kurang
sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani, emosi dan sosial.
7. Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan mengikut peringkat-peringkat
tertentu.
8. Perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak
9. Perkembangan daripada egosentrik kepada menerima pandangan orang lain.

Konsep semula jadi dan pemupukan (Nature Vs Nurture)

Faktor semula jadi atau faktor pemupukan, manakah faktor yang paling
mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan manusia? Persoalan ini
telah menjadi perdebatan yang tiada kesudahannya. Pada masa sekarang
tidak ada jawapan yang tepat mengenai persoalan ini. Alasannya ialah
bergantung kepada beberapa. Pada satu pihak banyak ciri-ciri manusia
dipengaruhi oleh keturunan. Contohnya warna mata anda dipengaruhi oleh
keturunan(lebih kurang 90 peratus). Dengan itu, kita boleh katakan bahawa
sebahagian besarnya dipengaruhi ileh keturunan berbandingan dengan faktor
persekitaran. Namun begitu ketinggian juga boleh dipengaruhi oleh
pemakanan, hormon-hormon pertumbuhan dan intervensi persekitaran yang
lain. Ciri-ciri yang lain seperti pembawaan dan perasaan malu adalah sangat
dipengaruhi oleh perwarisan.

Pemupukan (persekitaran) dimana seseorang individu itu membesar dan berkembang


adalah memainkan peranan yang penting dalam membentuk diri dan tingkah laku
seseorang individu itu. Contohnya dari mula lahir sehingga berumur 8 tahun,
persekitaran sangat penting. Banyak faktor-faktor persekitaran memainkan peranan
penting dalam perkembangan awal kanak-kanak termasuk pemakanan, kualiti
persekitaran, rangsangan otak hubungan kasih sayang dengan keluarga atau ibu bapa
dan peluang-peluang pembelajaran. Keluarga, sekolah, masyarakat dan rakan sebaya
juga memberi kesan kepada perkembangan (Morrison , 2001) menyatakan faktor
semula jadi dan pemupukan adalah sama penting untuk pertumbuhan dan
perkembangan yang normal. Interaksi di antara kedua-dua faktor ini telah menjadikan
manusia seperti diri kita pada hari ini (Morrison,m.s:193- 195)

Anda mungkin juga menyukai