Anda di halaman 1dari 3

Pilih pendekatan pengajaran yang sesuai yang boleh digunakan untuk meningkatkan

motivasi dan menggalakkan pembelajaran di bilik darjah. Terangkan mengapa anda


memilih pendekatan dan keadaan tersebut.

PENGENALAN

Tugas guru adalah yang penting adalah meningkatkan keyakinan diri murid-muridnya.
Keyakinan diri murid itu bergantung kepada sebanyak mana dia mempunyai maklumat-
maklumat positif berkenaan dirinya. Semakin dia tahu dirinya mempunyai banyak cirri positif,
semakin tinggi keyakinan dirinya. Pendekatan yang sesuai adalah penting bagi meningkatkan
tahap motivasi seseorang murid.

Definisi pendekatan menurut Kamus Dewan (1998) ialah merupakan satu cara atau
langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti
mengatasi masalah. Manakala, menurut Mok Soon Sang dalam buku Ilmu Pendidikan untuk
KPLI (Sekolah Rendah) menyatakan bahawa pendekatan merupakan cara mendekati sesuatu,
misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu mata pelajaran. Dengan
perkataan lain, pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan
untuk mencapai objektifnya.

Istilah motivasi pula adalah berasal daripada perkataan Latin movere yang bermakna
‘bergerak’, oleh yang demikian istilah motivasi bermakna mendorong, mengarah dan
mengekalkan tingkah laku. Manakala menurut Woolfolk (1990), motivasi merujuk kepada satu
kuasa dalaman yang membangkit, mengarah dan mengawal minat serta tingkah laku manusia.

Daripada definisi diatas jelas menerangkan hubungkait diantara pendekatan dan


motivasi di mana dalam membangunkan motivasi seseorang individu itu, pendekatan atau cara
yang berkesan akan memberi kesan yang baik kepada seseorang individu itu. Bagaimana untuk
meningkatkan motivasi seseorang pelajar supaya apa yang dipelajari akan lebih bermakna?.
Jawapannya adalah melalui pendekatan yang sesuai serta kaedah yang boleh digunakan bagi
menjadikan pengajaran dan pembelajaran itu lebih baik dan bermakna.

Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan dalam meningkatkan tahap


motivasi seseorang individu pelajar itu. Namun begitu, pendekatan manakah yang dikatakan
atau difikirkan adalah terbaik dalam meningkatkan tahap motivasi seseorang pelajar itu
sekaligus menggalakkan mereka terlibat secara aktif di dalam bilik darjah. Di dalam tugasan ini,
saya telah memilih pendekatan kesepaduan di dalam meningkatkan motivasi pelajar saya di
dalam meningkatkan tahap motivasi mereka di dalam bilik darjah. Saya juga turut memilih
beberapa kaedah yang difikirkan terbaik dan sesuai di dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran bilik darjah prasekolah.

PENDEKATAN KESEPADUAN

Pendekatan kesepaduan merupakan satu pendekatan yang menggabungkan konsep


penggabungjalinan dan penyerapan. Pendekatan kesepaduan bermaksud bersatu, bercantum
atau bersama, bukan terpisah, berasingan atau bercerai. Pengertian kesepaduan ini membawa
maksud sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran haruslah dijalankan secara bersama dan
bersepadu agar proses pengajaran dan pembelajaran tersebut berlaku dengan lebih bermakna.
Menurut Buku Panduan Am KBSR, penggabungjalinan bermaksud satu proses penyampaian
beberapa kemahiran di dalam sesuatu pelajaran. Kemahiran yang dimaksudkan di sini ialah
merujuk kepada kecekapan dalam melaksanakan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran seperti
membaca, menulis, menghurai, mengira, mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang,
bercerita dan berlakon.

Oleh yang demikian di dalam pendekatan kesepaduan, di dalam menyampaikan


kemahiran di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada murid, seseorang guru akan
menggabungjalinkan beberapa kemahiran seperti mendengar, lisan, membaca dan menulis
secara bersepadu dan menyeluruh dalam sesuatu sesi pembelajaran. Pendekatan ini amat
bersesuaian untuk digunakan dalam sesi pembelajaran murid-murid prasekolah kerana cara
pengajaran dan pembelajaran murid-murid prasekolah yang meliputi tunjang bahasa, kognitif,
kreativiti, pendidikan islam dan teknologi maklumat dalam sesi pembelajaran mereka.
Contohnya, jika seseorang guru ingin mengajar tunjang bahasa dalam sesi pembelajaran,
seseorang guru itu harus menggabungkanjalinkan sekali kemahiran bertutur, menulis dan
mendengar di dalam sesi pembelajaran tersebut. Dengan menggunakan pendekatan
kesepaduan ini, murid-murid akan lebih mudah mencapai objektif pembelajaran sekaligus
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna. Namun begitu,
pendekatan kesepaduan ini juga boleh digunakan dalam pengajaran matematik di dalam
tunjang kognitif bagi murid-murid prasekolah. Sebagai contoh, kemahiran matematik boleh
digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa. Apabila seseorang guru meminta murid mengira
dengan menggunakan operasi mudah tambah, dengan secara tidak langsung murid itu akn
membaca, ,menulis serta menyebut operasi matematik tersebut.

Selain strategi penggabungjalinan, strategi penerapan juga turut digunakan dalam


pendekatan kesepaduan ini.

Rujukan

Mok Soon Sang. 2003. Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah) Psikologi Pendidikan &
Pedagogi. KBSB, Subang Jaya.

Woolfolk, A. 2001. Educational Psychology. Allyn & Bacon, Boston.

Anda mungkin juga menyukai