Anda di halaman 1dari 13

KISSM BIL 4/2009

FARAH MONA BINTI MEOR AHMAD

________________________________________________________________
BAHAGIAN A
TUGASAN INDIVIDU
KOMPONEN I
(Perintah Am)
______________________________________________________________

Soalan 1A
Encik Azlim adalah seorang penjawat awam yang telah menduduki rumah biasa
kerajaan pada tahun 2005. Pada tahun 2008, beliau telah memiliki rumah sendiri
melalui Pembiayaan Perumahan Kerajaan dalam kawasan lingkungan 20km dari
pejabatnya.

Bincangkan tanggungjawab Encik Azlim semasa mendiami rumah biasa


kerajaan dan apakah tindakan beliau selepas memiliki rumah sendiri melalui
Pembiayaan Perumahan Kerajaan.

1
KISSM BIL 4/2009
FARAH MONA BINTI MEOR AHMAD

Jawapan Soalan 1A

1.0 Pengenalan
Setiap penjawat awam yang berkelayakan boleh memohon untuk menggunakan
kemudahan perumahan kerajaan yang telah dibina untuk kemudahan kakitangan
kerajaan. Di seluruh negara, pihak kerajaan telah membina banyak kemudahan
bagi kakitangannya bagi memudahkan mereka untuk mendapat rumah sebelum
mereka mendapat tempat tinggal sendiri. Namun begitu, bagi memastikan harta
kerajaan ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan terjaga, terdapat
beberapa peraturan yang telah ditetapkan bagi setiap penjawat awam yang
mendiami rumah kerajaan supaya mereka menjaga rumah yang telah diberikan
dengan sewajarnya. Sebagai contoh Encik Azlim ini, terdapat beberapa perkara
yang perlu beliau titik beratkan ketika menghuni rumah kerajaan. Antaranya
adalah seperti dibincangkan di bawah.

2.0 Tanggungjawab semasa menduduki rumah biasa Kerajaan


2.1 Pegawai mesti patuh peraturan-peraturan dalam Bab E
Seseorang pegawai yang mendiami sesebuah rumah Kerajaan atau
sesebuah rumah yang disewakan khas untuknya oleh kerajaan, akan
dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan dalam bab ini.

2.2 Meminda rumah adalah dilarang


Pegawai-pegawai adalah dilarang membuat tambahan atau pindaan
kepada mana-mana bahagian dalam atau luar rumah tanpa kebenaran
terlebih dahulu daripada JKR setempat. Mereka juga akan
bertanggungjawab atas apa-apa kerosakan atau kekurangan kepada
bangunan atau perabot-perabot di dalamnya yang bukan disebabkan oleh
penggunaan yang sepatutnya.

2
KISSM BIL 4/2009
FARAH MONA BINTI MEOR AHMAD

2.3 Menyewa dilarang


Pegawai-pegawai adalah dilarang daripada menyewakan mana-mana
bahagian rumah yang telah diperuntukkan kepadanya. Selain daripada
keluarga dan orang-orang gajinya, serta tetamu-tetamu sementara, tidak
ada orang yang boleh dibenarkan tinggal dalam rumah tersebut.
Sesebuah rumah itu juga tidak boleh digunakan selain daripada tempat
kediaman pegawai sendiri.

2.4 Larangan menternak binatang


Pegawai-pegawai adalah dilarang memelihara atau menternak binatang
ternakan, termasuk ayam itik, di mana-mana bahagian rumah, di
bawahnya atau dalam kawasannya.

2.5 Tanggungjawab membersihkan kawasan


Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap pegawai yang mendiami rumah
Kerajaan menjaga dengan sebaik-baiknya kebersihan dalam rumah dan
juga dalam kawasan rumahnya, termasuk kerja-kerja memotong rumput
dan membuang sampah sarap seperti tin-tin kosong, botol-botol dan lain-
lain lagi.

2.6.1Tanggungjawab melaporkan kerosakan


Tiap-tiap pegawai adalah dikehendaki melaporkan kepada Jabatan Kerja
Raya apa-apa kerosakan atau kekurangan tentang rumah yang
didudukinya apabila sahaja kerosakan atau kekurangan itu berlaku atau
diketahui. Laporan ini hendaklah dibuat di atas borang permintaan JKR
yang berkenaan. Kegagalan pegawai melaporkan hal ini boleh
mewajibkannya membayar sebahagian atau semua perbelanjaan
membaiki atau mengganti yang diperlukan.

3
KISSM BIL 4/2009
FARAH MONA BINTI MEOR AHMAD

2.6.2 Pegawai kena bayar kerosakan yang disebabkannya


Mana -mana kerosakan atau kekurangan kepada alat-alat perkakas
rumah kerajaan, pegawai boleh dikehendaki membayar semua atau
sebahagian daripada belanja membaiki atau mengganti.

2.7 Laporan memasuki rumah


Pegawai yang ingin memasuki rumah keraiaan hendaklah melaporkan
tarikh memasuki rumah tersebut. Seorang pegawai yang berpindah dari
rumah kerajaan hendaklah melaporkan kepada pihak JKR sebelum 14
hari.

3.0 Laporan tarikh masuk kepada Pegawai Perumahan


Pegawai dikehendaki melaporkan tarikh sebenar ia masuk ke rumah tersebut
kepada Pegawai Perumahan yang akan memberitahu Ketua Pejabatnya
supaya memotong sewa dari gajinya pada tiap-tiap bulan. Salinan-salinan
pemberitahuan Pegawai Perumahan itu hendaklah juga dihantar kepada
Akauntan Negara dan Juruaudit negara.

3.1 Laporan kosongkan rumah


Seseorang pegawai yang akan berpindah dari rumah Kerajaan hendaklah
melaporkan hal itu kepada Jabatan Kerja Raya setempat dan juga
Pegawai berkenaan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mengosongkan
rumah tersebut.

3.2 Pegawai mesti menyerahkan kunci dll.


Pegawai juga dikehendaki menyerahkan semula kunci rumah kepada JKR
setempat apabila beliau telah berpindah bersama-sama dengan semua
alatan dan perabot yang sedia ada di dalam rumah tersebut.

4
KISSM BIL 4/2009
FARAH MONA BINTI MEOR AHMAD

3.3 Langkah yang perlu diambil selepas memiliki rumah sendiri


melalui pembiayaan kerajaan
Pegawai keraiaan yang memiliki rumah sendiri melalui pembiayaan
perumahan kerajaan dalam lingkungan 25 km dikehendaki
mengosongkan rumah kerajaan apabila memiliki melalui skim tersebut
siap dan selamat diduduki. Tempoh mengosongkan rumah biasa kerajaan
tersebut adalah 45 hari dari tarikh rumah siap dan selamat diduduki
mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil 13, Tahun 2007. Pegawai juga
boleh menuntut elaun perpindahan secara "lump sum" bagi kali pertama.

4.0 Penutup
Sebagai seorang penjawat awam, sewajarnya kita menghargai segala
kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk digunakan
semua kakitangan kerajaan. Apabila menggunakan harta kerajaan,
sewajarnya harta-harta ini dijaga seperti amanah yang telah diberikan oleh
majikan kita kerana harta ini turut dikongsi dengan kakitangan awam yang
lain dan bukanlah hak milik kekal kita. Ingatlah hak-hak penjawat lain yang
akan menghuni rumah kerajaan yang kita duduki sekarang dan jagalah
kemudahan yang diberi dengan sebaik mungkin agar dapat digunapakai oleh
individu lain di masa akan datang.

5
KISSM BIL 4/2009
FARAH MONA BINTI MEOR AHMAD

________________________________________________________________________
BAHAGIAN A
TUGASAN INDIVIDU
KOMPONEN II
(Nilai Murni dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam)
___________________________________________________________

Tugasan 2: Soalan 2A

Perkhidmatan secara profesionalisme bermakna setiap anggota organisasi


harus mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan kemahiran yang
mencukupi bagi menjalankan tugas dan tanggungiawab mereka.
Menyelesaikan masalah secara profesional akan menghasilkan perkhidmatan
yang lebih efisien dan efektif. Untuk itu, setiap anggota organisasi hendaklah
sentiasa berusaha untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran yang sedia
ada.

Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam (INTAN), 1991: 55

Bincangkan bagaimanakah penghayatan nilai-nilai di atas dapat meningkatkan


tahap profesionalisme keguruan selaras dengan teras kelima dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006-2010

6
KISSM BIL 4/2009
FARAH MONA BINTI MEOR AHMAD

Jawapan Soalan 2A

1.0 Pengenalan
Teras kelima dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010
adalah untuk mengangkat martabat profesyen keguruan. Ini selaras dengan
hasrat kerajaan untuk meningkatkan kembali kembali taraf profesionalisma
kerjaya ini di mata masyarakat. Sejak akhir-akhir ini terdapat banyak insiden-
insiden yang kurang menyenangkan yang melibatkan institusi pendidikan
tanahair baik dari segi sistemnya mahupun dari segi pelaksana dasar itu sendiri
iaitu guru dan juga seterusnya para pelajar semua. Guru yang merupakan nadi
utama dalam menggerakkan sistem pendidikan seharusnya memberi sepenuh
perhatian dan daya usaha mereka dalam memartabatkan profesyen ini agar
kembali dihormati dan diyakini oleh golongan masyarakat amnya. Banyak yang
perlu dijadikan amalan dalam budaya kerja guru hari ini agar kerjaya sebagai
seorang guru akan terus disanjung tinggi di mata masyarakat. Berdasarkan
PIPP, terdapat beberapa aspek yang boleh dijadikan panduan dan amalan bagi
para guru.

2.0 Amalan untuk meningkatkan profesionalisme keguruan

2.1 Mengamalkan budaya ilmu.


2.1.1 Pembelajaran sepanjang hayat
Budaya ilmu merupakan kunci kepada kecemerlangan sebuah
tamadun. Tanpa ilmu pengetahuan, walau sehebat mana ataupun
sekaya mana sesebuah negara itu, rakyatnya tidak akan dapat
menggunakan segala kelebihan yang mereka miliki untuk
memajukan diri sendiri dan juga negara. Maksud budaya ilmu
adalah seperti amalan suka membaca, bertukar-tukar idea untuk
meemantapkan pengajaran dan pempbelajaran dengan guru-guru
lain terutamanya guru-guru cemerlang dan juga amalan sentiasa
dahagakan ilmu-ilmu baru yang sememangnya banyak terdapat

7
KISSM BIL 4/2009
FARAH MONA BINTI MEOR AHMAD

samada di dalam buku mahupun mahupun dalam kursus-kursus


yang disediakan oleh pihak kementerian.

2.1.2 Mengikuti kursus sekurang-kurangnya tujuh hari


setahun
Sepanjang tahun dalam kalendar persekolahan, terdapat banyak
jenis kursus yang disediakan untuk para guru di seluruh pelusuk
negara. Kursus yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran
ini secara amnya adalah bagi memberi latihan kepada guru-guru
agar mereka sentiasa memiliki kemahiran terkini dalam dunia
pendidikan. Kemahiran dan maklumat yang disampaikan ketika
kursus ini pula mesti dibawa balik dan disampaikan pula secara ”in
house” kepada guru-guru lain agar ilmu yang diperoleh ketika
berkursus turut sama dikuasai oleh guru-guru di sekolah. Setiap
guru mesti memenuhkan sekurang-kurang 7 hari dalam setahun
dengan menghadiri kursus samada kursus panjang atau pendek.

2.1.3 Menghadiri seminar, forum dan bengkel


Aktiviti seperti ini biasanya bersifat pendek dan tidak mengambil
masa yang terlalu lama. Seperti juga kursus, seminar, forum dan
juga bengkel akan dapat memberi maklumat yang berguna kepada
para guru agar mereka sentiasa peka dengan perkembangan
terkini dunia pendidikan.

2.1.4 Mengamalkan budaya membaca


Membaca merupakan jambatan ilmu. Jika seorang guru itu ingin
melengkapkan diri dengan ilmu yang secukupnya, maka buku
seharusnya menjadi teman rapat dan sentiasa di bawa ke mana
sahaja. Pada masa kini, murid-murid seawal usia 6 tahun sudah
memiliki tahap berfikir yang setanding dengan kanak-kanak lain
yang lebih dewasa dari mereka. Kadang kala soalan yang diajukan

8
KISSM BIL 4/2009
FARAH MONA BINTI MEOR AHMAD

kepada guru-guru mereka juga adalah beraras tinggi dan di luar


imaginasi orang yang lebih dewasa. Bagi seorang guru yang
mempunya pengetahuan yang luas hasil dari amalan membaca
yang diamalkan, tidak menjadi satu masalah bagi mereka untuk
menerangkan segala bentuk soalan yang diajukan yang diajukan
oleh murid-muridnya.

2.1.5 Membuat penyelidikan


Perkhidmatan secara profesionalisme bermakna setiap anggota
organisasi harus mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan
kemahiran yang mencukupi bagi menjalankan tugas dan
tanggungiawab mereka. Penyelesaikan masalah secara
profesional akan menghasilkan perkhidmatan yang lebih efisien
dan efektif. Untuk itu,setiap anggota organisasi hendaklah sentiasa
berusahau ntuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran yang
sedia ada.

2.2 Kreatif dan inovatif


2.2.1 Sentiasa mencari kaedah-kaedah terbaru
Guru yang cemerlang dan inovatif biasanya mempunyai sikap yang
kreatif dalam memperbaharui ilmu-ilmu berkaitan pedagogi yang
dimilikinya. Kini terdapat banyak kaedah-kaedah mahupun
pendakatan yang pelbagai yang boleh digunakan agar murid-murid
lebih cepat memahami dan menguasai kemahiran yang diajar.
Sentiasa mempelbagaikan pendekatan dalam pengajaran dan
pembelajaran dapat mengelakkan murid-murid merasa bosan dan
sentiasa membuatkan murid-murid berminat dengan apa yang
diajar.

9
KISSM BIL 4/2009
FARAH MONA BINTI MEOR AHMAD

2.2.2 Sentiasa menggunakan teknologi terkini dalam


pengajaran
Teknologi terutamanya yang melibatkan ICT dalam penyediaan
bahan bantu mengajar amat popular di kalangan guru-guru di
sekolah dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran.
Metod yang digunakan ini didapati amat sesuai dalam menarik
minat murid-murid agar lebih fokus dengan apa yang diajar.
Penggunaan teknologi juga memudahkan lagi tugas guru dalam
pengajaran di mana sebagai contoh, dengan menggunakan
projektor LCD, guru dapat menjimatkan masa untuk menulis di
papan putih dan paparan yang boleh dihasilkan juga amat menarik.

2.2.3 Penggunaan bahan-bahan pengajaran yang pelbagai


Selain daripada pengunaan ICT dalam menyediakan bahan bantu
mengajar, bahan-bahan maujud lain juga yang sesuai boleh
digunakan dalam membantu pengajaran. Dengan menggunakan
pelbagai bahan ini, murid akan lebih terangsang minda mereka
untuk belajar dan pengalaman menimba ilmu akan menjadi lebih
menarik dan menyeronokkan.

2.3 Meningkatkan Integriti


2.3.1 Akan menjalankan tugas dengan jujur dan ikhlas
Guru merupakan satu tugas yang amat mulia samada dari segi
kemanusian mahupun di sisi agama. Jadi sebagai seorang guru
yang baik, seharusnya tugas yang diberi dijalankan dengan jujur
dan ikhlas agar ilmu yang diajarkan kepada murid-murid mendapat
keberkatan. Tanpa rasa keikhlasan hati adalah amat sukar bagi
seorang guru itu untuk membentuk peribadi murid-muridnya agar
menjadi insan yang baik dan berguna serta berjaya dalam semua
aspek kehidupan.

10
KISSM BIL 4/2009
FARAH MONA BINTI MEOR AHMAD

2.3.2 Tidak akan melakukan penyelewengan terhadap tugas


dan harta awam
Semua harta kerajaan seharusnya digunakan dan dijaga dengan
sebaik-baiknya kerana semua kemudahan yang diberi kepada
guru-guru itu bukan hak mutlak mereka sebaliknya akan diguna
semula oleh orang lain yang selayaknya. Jadi seorang penjawat
awam terutamanya guru jangan sekali-kali melakukan
penyelewengan terhadap segala amanah yang diberikan
kepadanya samada dalam tugas mahupun harta kerajaan yang
dipinjamkan untuk memudahkan tugas seorang guru itu.

2.3.3 Akan menjalankan sebarang tugas dengan penuh telus


Seorang guru juga perlu memiliki sikap yang sentiasa tulus dalm
melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pendidik dan telus
dalam semua perkara. Guru menjadi contoh dan teladan kepada
murid-murid, jadi peribadi yang telus akan memberi gambaran yang
baik kepada murid-murid akan kemuliaan tugas seorang guru itu.

2.3.4 Akan mengguna kuasa dengan adil dan saksama


Guru mempunyai autoriti dalam bilik darjah. Jadi seorang guru itu
perlu adil kepada semua pelajarnya tanpa membezakan latar
belakang dan juga fizikal murid-murid tersebut. Setiap murid
mempunyai hak untuk belajar, jadi tugas guru adalah memastikan
semua ilmu atau kemudahan itu sampai kepada setiap orang murid
tanpa pengecualian. Penerapan nilai juga perlu, iaitu nilai merentas
kurikulum agar sikap yang terpuji dapat diterapkan dalam diri setiap
pelajar secara tidak langsung.

2.3.5 Membenci sikap tamak dan haloba


Sikap tamak dan haloba tidak sepatutnya ada dalam diri seorang
guru. Jika sebaliknya, bagaimana seorang guru itu boleh menjadi

11
KISSM BIL 4/2009
FARAH MONA BINTI MEOR AHMAD

contoh dan teladan kepada murid-muridnya. Guru juga seharusnya


berasa bersyukur tentang nikmat yang diperolehi kerana juka
dibandingkan dengan negara-negara lain, kebajikan guru di negara
ini lebih diutamakan dan mendapat perhatian yang sewajarnya oleh
pihak kerajaan.

2.4 Meningkatkan akauntabiliti diri


2.4.1 Dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungiawab
Tanggungjawab yang dipikul oleh seorang guru itu amat besar.
Bukan sekadar mengajar, cabaran yang lebih berat adalah untuk
mendidik murid-murid agar menjadi insan yang berguna. Jadi
dengan mempunyai sikap baik dan rasa tanggungjawab yang tinggi
maka seorang guru itu pasti akan dapat melahirkan muri-murid
yang cemerlang dan berjasa kepada negara.

2.4.2 Akan memastikan pencapaian objektif dan matlamat


tugas-tugas dan organisasi
Selain di kelas, guru juga mempunyai tanggungjawab terhadap
organisasi sekolah dan juga bertanggungjawab memastikan
pencapaian objektif yang dikehendaki oleh pihak pentadbir sekolah.
Tugas-tugas selain mengajar yang diberikan juga perlu dilakukan
dengan penuh dedikasi dan rasa tanggungjawab yang tinggi.

2.4.3 Sentiasa mengikut peraturan yang ditetapkan, undang-


undang yang berkuatkuasa serta prosedur dan arahan
Semua penjawat awam tertakluk kepada undang-undang dan
peraturan yang telah ditetapkan sebagai seorang penjawat awam.
Guru juga mempunyai etika kerja yang perlu dijaga dan
diutamakan. Dengan sentiasa mengikut prosedur dan arahan yang
diberi, pasti seorang guru itu tidak akan menghadapi sebarang
masalah dalam meneruskan kerjayanya sebagai seorang pendidik.

12
KISSM BIL 4/2009
FARAH MONA BINTI MEOR AHMAD

2.4.4 Menjadi cekap dan mengutamakan sikap berhati-hati


dan cermat
Kemahiran dalam pengurusan sumber dan bahan dapat dipupuk
secara perlahan-lahan jika seorang guru itu seorang yang cekap
dan bertanggungjawab dengan tugasnya. Semua kemudahan yang
disediakan perlu digunakan dengan cermat dan berhati-hati.
Mereka perlu memastikan tidak ada pembaziran yang menjejaskan
penggunaan sumber-sumber awam.

3.0 Penutup
Tugas utama seorang guru itu adalah mendidik murid-murid supaya setiap modal
insan yang dilahirkan adalah yang terbaik dan memenuhi keperluan negara
untuk mengisi kekosongan jawatan dan juga sebagai pemimpin-pemimpin
negara. Untuk melaksanakan tugas ini, sikap guru yang profesional dan juga
berintegriti tinggi serta sentiasa ingin memajukan diri sendiri amat diperlukan.
Tanpa amalan kerja dan juga sikap yang berakauntabiliti, maka seorang guru itu
masih belum lagi memiliki ciri-ciri seorang penjawat awam yang profesional
dalam menjalankan tugasnya. Oleh yang demikian, sebagai kesimpulannya
sikap-sikap dan amalan baik seperti yang telah dibincangkan sebelum ini perlu
dijadikan garis panduan dalam menjalankan tugas agar guru yang cemerlang
dapat dilahirkan dan meningkatkan lagi profesionalisma keguruan di negara ini.

13

Anda mungkin juga menyukai