Anda di halaman 1dari 18

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan Latihan Industri

Latihan industri adalah merupakam suatu kompenen dalam kurikulum


pembelajaran Politeknik Kementerian Pelajaran Malaysia (KPTM). Pelajar
disyaratkan lulus dalam latihan industri sebelum diperakukan untuk anugerah sijil
atau diploma. Pelajar akan menjalankan latihan industri selama satu semester
bersamaan 6 bulan. Tempat latihan industri adalah bebas, pelajar boleh memilih
tempat latihan industri mengikut kehendak sendiri berdasarkan kursus yang diikuti
oleh pelejar di politeknik. Sekiranya pelajar gagal memperoleh tempat latihan
industri dalam waktu yang ditentukan pihak politeknik akan membantu mencari
tempat latihan industri yang bersesuai mengikut kursus yang diikuti oleh pelajar.

1
Sepertimana yang kita semua tahu, latihan industri merupakan titik permulaan
kepada seseorang yang digelar pelajar untuk merasai sendiri alam pekerjaan yang
sebenar yang nyata berbeza sama sekali semasa bergelar pelajar. Semasa menjalani
latihan industri pelajar akan merasakan satu suasana baru yang berbeza dengan
suasana di politeknik. Di sini bermulalah cabaran yang perlu ditempuhi oleh pelajar
dan berpeluang bergaul dengan pekerja-pekerja yang mahir dan berpengalaman
untuk bersama-sama menimba ilmu yang tidak akan diperolehi politeknik.

Dalam latihan industri, apa yang yang dititik beratkan adalah pelajar dapat
mempraktikkan segala ilmu dan kemahiran yang mereka perolehi di politeknik
semasa menjalani latihan industri.

2
1.1.2 Objektif latihan Industri

Di antara objektif latihan industri diadakan bagi semua siswa dan siswi
seluruh politeknik di Malaysia adalah:

 Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar.


 Menambahkan dan meluaskan pengetahuan teknikal dan
kemahiran pelajar.
 Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar
terhadap pelajaran di politeknik.
 Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori kepada praktikal
atau sebaliknya.
 Mengamalkan prosedur keselamatan yang baik di dalam
industri.
- Mengamalkan langkah dan prosedur keselamatan.
- Memastikan langkah dan prosedur keselamatan menepati
keperluan tempat kerja.
- Memastikan kawasan kerja sentiasa dalam keadaan
selamat.
- Bertanya kepada pihak yang betul bila menghadapi
masalah.
 Mengamalkan peraturan syarikat.
- Patuhi masa.
- Patuhi peraturan tempat kerja.
- Patuhi tatacara pengurusan minimum standard organisasi.
 Menanamkan sifat amanah dan bertanggungjawab.
 Membina keyakinan diri.
- Membuat keputusan yang positif.
- Berinteraksi dengan semua kakitangan syarikat.
- Menyesuaikan diri dengan semua keadaan.
- Menjalankan tugas dengan pengawasan yang minima.
- Mengemukakan idea yang kukuh.

3
 Meluaskan pergaulan dengan kumpulan masyarakat pekerja di
industri atau syarikat.
 Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik
sesama pekerja.
- Tatacara berkumpulan organisasi, Bantu rakan kerja,
memberi sokongan aktiviti semasa.
- Ciri-ciri kepimpinan organisasi yang diamalkan.
- Mengetuai tugas yang diberikan.
- Memberi idea bagi membantu penambahan organisasi.
 Menilai kebolehan diri pelajar di alam pekerjaan untuk
persediaan menghadapi alam pekerjaan selepas tamat pengajian.
 Memperkenalkan diri pelajar sendiri dari segi kebolehan,
kesanggupan dan sikap kepada bakal majikan.
 Mengamalkan disiplin diri yang baik.
- Imej dan rupa diri yang ditetapkan oleh organisasi.
- Nilai-nilai murni yang ditetapkan oleh organisasi.
- Bijak megurus masa.
- Menjaga imej organisasi tempat latihan dan Politeknik.
- Komited pada tugas.
 Melibatkan diri dalam perbincangan dan tugasan
berkumpulan.
- Isu dibincangkan dan dapat diselesaikan bersama.
- Idea dan cadangan dibuat secara bersesuaian.
- Merekod penyelesaian bagi tujuan laporan dan
pelaksanaan.
- Aktif dalam perbincangan.
 Melayani dan menghormati pelanggan (luar dan dalam
organisasi).
- Mengutamakan pelanggan.
- Pelanggan disambut dan dilayan dengan hormat.
- Kehendak dan keperluan pelanggan dikenalpasti.

4
- Hubungan yang baik diwujudkan mengikut tatacara
organisasi.
- Komunikasi jelas, ringkas dan tepat.
 Melaksanakan arahan kerja dengan penuh tanggungjawab.
- Mengikut arahan dan jadual yang ditetapkan.
- Sedia terima arahan dari semasa ke semasa.
- Cekap dalam melaksanakan arahan penyelia.
- Berdedikasi terhadap kerja.
 Mengamalkan komunikasi dengan berkesan.
- Bersopan semasa berkomunikasi secara lisan, tulisan dan
grafik mengikut kehendak organisasi.
- Maklumat yang diberi lengkap, boleh dipercayai dan tepat.
 Penguasaan pengetahuan, kemahiran dan teknologi di tempat
latihan.
- Kebolehan melaksanakan aktiviti di organisasi.
- Tahap penerimaan bimbingan dan latihan.
- Keupayaan memahami proses kerja.
- Keupayaan memahami system pengurusan organisasi.
- Kebolehan menggunakan peralatan dan teknologi.
- Peningkatan tahap kemahiran pelajar.
 Menyediakan satu laporan rasmi selepas tamat pengajian.
- Catatan laporan teknikal ditulis setiap hari mengikut
aktiviti yang dilaksanakn.
- Persembahan penulisan (lampiran gambarajah/pengiraan
yang berkaitan dengan dan penulisan yang terang/jelas).
- Kekemasan dan kebersihan buku Laporan Harian.
- Ketepatan masa menghantar Buku Laporan Harian untuk
pengesahan (setiap dua minggu) kepada Penyelia syarikat.

5
1.1.3 Objektif Laporan Latihan Industri

Pelajar Politeknik yang menjalani latihan industri telah diberikan sebuah buku
laporan harian sebelum memulakan latihan di firma-firma yang telah dipilih. Buku
tersebut bertujuan memudahkan pelajar membuat sebarang catatan mengenai aktiviti-
aktiviti yang telah dilakukan di firma sepanjang latihan. Buku laporan harian juga
mempunyai beberapa tujuan antaranya ialah:

1) Buku laporan harian dapat menunjukkan kerja serta aktiviti-aktiviti dengan


ringkas setiap hari untuk memudahkan pelajar membuat laporan rasmi.

2) Buku tersebut juga membantu pegawai organisasi menilai latihan pelajar dan
hendaklah diserahkan kepada penyelia setiap dua bulan untuk disemak.

3) Ringkasan aktiviti-aktiviti yang dicatat dapat membantu pensyarah menilai


aktiviti-aktiviti pelajar semasa membuat lawatan dan semasa pensyarah membuat
semakan buku laporan rasmi para pelatih latihan industri.

6
1.1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Kepentingan latihan industri ialah untuk mendedahkan pelajar kepada


alam pekerjaan yang sebenar apabila tamat pengajian kelak.Selain itu,
melalui latihan industri ini juga pelajar dapat menyesuaikan diri dan tidak
kekok jika berada dalam alam pekerjaan.Melalui latihan ini pelajar dapat
mempelajari sesuatu yang baru yang tidak terdapat ketika belajar di
politeknik.

Secara umumnya banyak perkara yang tidak diketahui jika tidak


menjalani latihan industri yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik.Tidak
semua yang kita pelajari semasa di poleknik digunakan sepenuhnya ketika
menjalani latihan industri.Kebanyakan yang kita pelajari adalah teori dan
melalui latihan industri kita dapat mengaitkan antara teori dan amali.

Melalui latihan industri,pelajar juga didedahkan dengan beberapa


aspek baru yang perlu dipelajari.Salah satunya ialah aspek pergaulan dan
komunikasi.Cara berkomunikasi juga diambil berat jika berada di alam
pekerjaan.Setiap pelajar akan bergaul dengan semua lapisan masyarakat yang
berlainan bangsa,pangkat dan usia.Dengan menjalani latihan industri pelajar
telah mempelajari sesuatu yang baru.

Kesimpulannya, latihan industri memberi manfaat dan kebaikan yang


amat berguna kepada pelajar.Dengan ini, tidak timbullah sebarang masalah

7
jika pelajar baru mengorak langkah ke alam pekerjaan yang sebenar yang
lebih mencabar setelah selesai menjalani pengajian di politeknik.

1.2 PENGENALAN FIRMA

1.2.1 Tractor Manufacturing & Assembly

Tractor manufacturing & assembly (TMA) merupakan kilang pembuatan dan


pemasangan di Johor, Malaysia. Kilang ini beralamat ‘Plot 6, Jalan Gangsa, 81700
Pasir Gudang’ yang terletak di sebelah tenggara Johor. Ianya dibina pada 17
Oktober 1975. Pada 19 Mac 2005, pihak Sime Darby Berhad telah membuat
persiapan bagi mengambil 100 peratus saham dalam TMA. Antara kemudahan yang
boleh disediakan oleh pihak Sime Darby Berhad adalah dari segi struktur bangunan
dan latihan kemahiran dalam bidang automatif kepada semua pekerja. Pada Feb
2006 pihak Sime Darby Berhad telah mengambil alih 100 peratus saham dalam
TMA.

Kilang TMA menjalankan operasi pembuatan dan pemasangan jentera berat


Antara jentera berat yang dihasilkan oleh TMA adalah lori pembawa kontena
berjenama ‘Terberg’ dan jentera pemampat serta jengkaut tanah berjenama
‘Catterpiller’. Jenama ‘Terberg’ merupakan produk yang berasal daripada negara
‘Holland’ manakala jenama ‘Catterpiller’ merupakan produk negara ‘Amareka
Syarikat’.

8
Gambarajah 1.2.1.1

Sultan Ismail international


airport

TMA

Port Tanjung
Pelepas Changi
airport
Gambarajah 1.2.1.2

9
Gambarajah 1.2.1.3

1.2.2 Peraturan firma

 Disiplin

1. Dilarang merokok kecuali:


- Masa : Makan tengahari, minum pagi/petang
- Tempat : Kantin
2. Pekerja mestilah mengikut arahan penyelia setiap masa
3. Jangan membantah, mengotorkan dan merosakkan harta kilang
4. Jangan bergaduh sama sekali

 Waktu kerja

Isnin hingga jumaat

10
7.55 pg – 8.00 pg : Sesi pagi
8.00 pg – 10.00pg : Waktu kerja
10.00pg – 10.10pg : Minum pagi
10.10pg – 12.45tgh : Waktu kerja
12.45tgh- 1.45ptg : Rehat
(12.30tgh- 2.30ptg) : Solat jumaat
1.45ptg - 3.30ptg : Waktu kerja
3.30ptg - 3.40ptg : Minum petang
3,40ptg - 5.30ptg : Waktu kerja

1.2.3 Hala tuju syarikat

 Slogan

“ Kualiti bermula daripada saya”

 Misi

Menjadi pembekal yang berkualiti dari segi produk dan servis kejuruteraan
kepada setiap pelanggan.

 Polisi alam sekitar, keselamatan dan kesihatan

Antara polisi syarikat ialah:

11
i. Mematuhi undang-undang yang berkaitan
ii. Mengadakan sistem pengurusan alam sekitar, keselamatan dan
kesihatan
iii. Penambahbaikan yang berterusan
iv. Menggalakkan penglibatan pekerja ke arah amalan cara kerja
selamat

 Carta palang keuntungan sebelum cukai

Gambarajah 1.2.3.1

1.2.4 Aktiviti organisasi

Kilang Tractor Manufacturing & Assembly (TMA) terbahagi kepada 7 jabatan:


i. ‘Machine shop’
ii. ‘Fabrication shop’
iii. ‘Blasting chamber’
iv. ‘Painting’
v. ‘Warehouse’
vi. ‘Material store’
vii. ‘Assembly shop’

12
Gambarajah 1.2.4.1

i. ‘Machine shop’

 Menempatkan beberapa jenis mesin, antaranya:


i. Mesin larik
ii. Mesin CNC
iii. Mesin pemotong
iv. ‘Bending machine’
 Menjalankan aktiviti memotong dan membentuk kepingan besi
 Menempatkan seramai sepuluh orang pekerja

13
Gambarajah 1.2.4.2

ii. ‘Fabrication shop’

 Menjalankan aktiviti penyambungan besi (welding)


 Menggunakan set kimpal arka, set kimpal gas, MIG dan TIG
 Menempatkan 20 orang pekerja

Gambarajah 1.2.4.3

iii. ‘Blasting chamber’

 Menjalankan aktiviti persediaan sebelum proses mengecat


 Menempatkan seramai lima orang pekerja

iv. ‘Painting’

14
 Menjalankan aktiviti mengecat rangka dan kompenan jentera
 Menempatkan seramai lima orang pekerja

Gambarajah 1.2.4.4

v. ‘Warehouse’

 Menempatkan barang-barang atau kompenan yang diperlukan bagi proses


pemasangan jentera
 Menjalankan proses penerimaan tempahan produk
 Menjalankan proses penghantaraan produk
 Menempatkan seramai empat orang pekerja

Gambarajah 1.2.4.5

15
vi ‘Material store’

 Menempatkan kepingan-kepingan besi


 Menempatkan seramai dua orang pekerja

vi. ‘Assembly shop’

 Menjalankan kerja-kerja pemasangan


 Menjalankan pemeriksaan kualiti
 Terdapat 10 seksyen, antaranya:
1. seksyen tanki
2. seksyen rangka jentera
3. Seksyen ‘air tank’
4. Seksyen pemasangan siap
5. Seksyen kompenan kecil
6. Seksyen kabin
7. Seksyen ‘axle’
8. Seksyen radiator
9. Seksyen ‘dashboard’
10. Seksyen pemeriksaan kualiti
 Menempatkan seramai 25 orang pekerja

16
 Menggunakan sistem susunan sistematik

Gambarajah 1.2.4.6

1.2.5 Carta organisasi

TRACTORS MANUFACTURING & ASSEMBLY Sdn BhD


Carta Organisasi 2008/2009

GENERAL MANAGER
Tan Weng Joo

P & C STENOGRAPHER
Khairillazmah binti Md Amin

ADMIN DEPT. SAFETY DEPT. SALES DEPT. OPERATION DEPT.

SR.EXE.-ACCOUNTS & ADMIN SENIOR EXECUTIVE-SAFETY MANAGER-SALES SNR MANAGER-


Shahul Hamid bin Abdul Han Azwan bin Esam (Vacant 1) OPERATION
Tay Kah Leng

17
CLERK-SALES- & ADNIN
CLERK-P&C Kartini binti Manaf
Mohd fadly bin Yawahil
Nurhidayah binti Hassan

18

Anda mungkin juga menyukai