Anda di halaman 1dari 4

Ghazwah Bani Quraizoh. berlaku pada tahun ke-5 hijrah sebaik sahaja selepas Ghazwah Ahzab.

Ini
kerana beberapa sebab. Antaranya, Rasulullah telah menyaksikan bagaimana isi hati Yahudi Bani
Quraizoh yang keji, belot serta berpihak kepada Quraisy dan sekutu-sekutunya. Pada saat-saat
genting pertempuran Ahzab, mereka mengisytiharkan pembatalan perjanjian dengan Baginda s.a.w..
Mereka juga berniat melakukan jenayah berat yang boleh melenyapkan semua orang Islam. Padahal
mereka tinggal bersama Rasul s.a.w. di Madinah. Niat dan rancangan jahat mereka gagal apabila
Ghazwah Ahzab telah tamat sebagaimana yang berlaku (tentera bersekutu Qurasiy meninggalkan
Madinah tanpa dapat mengalahkan orang Islam). Oleh ini, Rasulullah s.a.w. berpandangan untuk
mengambil tindakan tatatertib ke atas pengkhianat dan pembelot ini. Baginda juga memutuskan
untuk membersihkan Madinah selaku pusat jihad dan dakwah daripada mereka.Tujuannya agar tidak
berlaku lagi situasi-situasi yang membuka ruang kepada mereka untuk sekali lagi membantai dan
membinasakan orang Islam.Jelas sikap mereka sebagaimana kebiasaan sikap belot Yahudi yang keji.

Al-Bukhari meriwayatkan daripada Aishah r.ha., bahawa apabila Rasulullah s.a.w.


pulang pada hari Ghazwah Khandaq, Baginda telah meletakkan senjata dan mandi. Tatkala itu, Jibril
datang menemui Baginda dalam keadaan kepalanya dilitupi debu-debu, seraya berkata: "Kamu telah
meletakkan senjata? Demi Allah, aku belum meletakkannya." Baginda bertanya: "Di mana?" Jibril
berkata: "Di sana." Seraya menunjuk ke arah Bani Quraizoh.Aishah berkata: "Maka Rasulullah s.a.w.
keluar memerangi mereka."

Rasul s.a.w. mengarahkan seorang sahabat menyeru orang ramai supaya tiada seorang pun
daripadamereka bersembahyang Asar melainkan di perkampungan Bani Quraizoh.Kemudian Baginda
keluar bersama mereka. Panji-panji Baginda telah dibawa oleh Ali r.a.Orang Islam yang terkumpul
seramai 3,000 orang, sementara kuda pula sebanyak 36 ekor.Apabila Ali menghampiri kubu Bani
Quraizoh, dia telah mendengar ucapan yang buruk tentang Rasulullah s.a.w. dan isteri-isteri Baginda.
Beliau telah memberitahu perkara tersebut kepada Nabi s.a.w. dan meminta Baginda agar tidak
menghampiri Bani Quraizoh yang keji itu. Baginda s.a.w. menjawab, apabila mereka melihat Baginda,
mereka tidak akan memperkata sesuatu yang buruk. Ini kerana Baginda tahu sikap berpura-pura dan
mengampu mereka. Jika mereka melihat Baginda, mereka bersikap lembut dengannya sebagaimana
yang dijangka oleh Baginda s.a.w..Orang Islam telah mengepung mereka selama 25 malam.Setelah
mereka tersepit dengan keadaan itu, mereka tunduk kepada hukuman Rasul s.a.w.Mereka telah
dihakimi oleh Saad bin Muaz, penghulu kaum Aus.Bani Quraizoh merupakan sekutu kepada kaum
Aus. Saad telah menghukum pejuang-pejuang mereka dibunuh, zuriat mereka dijadikan tawanan dan
harta-harta mereka dibahagi-bahagikan. Rasul s.a.w.melaksanakan hukuman beliau itu. Dengan itu,
konspirasi, adu domba dan komplot Yahudi di Madinah dan sekitarnya ke atas Rasulullah s.a.w. dan
dakwahnya telah habis dihapuskan.

Dalam peperangan ini, turun ayat-ayat al-Quran al-Karim yang menjelaskan


pembelotan Yahudi, pelanggaran mereka terhadap perjanjian dan sikap mereka yang tidak menolong
orang Islam dalam Ghazwah Ahzab,

firman Allah yang bermaksud:

“Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata: "Wahai
penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini),oleh itu baliklah". Dan
sebahagian dari mereka pula meminta izin kepada Nabi (hendak balik) sambil berkata:
"Sesungguhnya rumah-rumah kami memerlu-kan perlindungan", pada hal ia tidak memerlukan
perlindungan. Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri (dari berjuang menegakkan Islam).

Dan kalaulah tempat-tempat kediaman mereka itu diserang oleh musuh dari segala penjurunya,
kemudian mereka diajak berpaling tadah menentang Islam, sudah tentu mereka akan
melakukannya,dan mereka tidak bertangguh lagi tentang itu melainkan sebentar sahaja.

Pada hal sesungguhnya mereka telahpun mengikat janji dengan Allah


sebelum itu, iaitu mereka tidak akan berpaling undur (dari medan perang
yang mereka hadiri). Dan (ingatlah)janji setia dengan Allah itu akan ditanya
kelak (tentang penyempurnaannya).

Katakanlah (wahai Muhammad):"Kalaulah kamu melarikan diri dari kematian atau dari pembunuhan
maka perbuatan melarikan diri itu tidak sekali-kali mendatangkan faedah kepada kamu; dan kalaulah
kamu pada hari ini terlepas sekalipun, maka kamu tidak
juga akan menikmati kesenangan hidup melainkan sedikit masa sahaja".

(Maksud Al-Ahzab: 13-16)

Firman Allah Lagi yang bermaksud:

Dan Dia menurunkan golongan Ahli Kitab (kaum Yahudi)yang membantu


tentera musuh itu, dari benteng-benteng mereka (menyerah diri), setelah
diisikan-Nya hati mereka dengan perasaan gerun.(Lalu mereka diadili dan
dijatuhkan (fiukuman); sebahagian di antara-nya kamu bunuh, dan sebahagian
lagi kamu tawan.

Dan Dia menjadikan kamu mewarisi tanah-tanah dan rumahrumah


serta harta benda mereka, danjuga tanah-tanah (di negeri-negeri lain)
yang belum kamu men-jejaknya. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu.

(Maksud Al-Ahzab: 26-27)

Sekian Wallahu’alam....

Ghazwah Hunain berlaku pada 10 Syawal tahun ke-8 hijrah, beberapa hari selepas
pembukaan Makkah.

Sebabnya; apabila Allah membuka Makkah untuk Rasul-Nya, pemimpin-pemimpin


Hawazin dan Thaqif menyangka setelah Rasulullah s.a.w. menyelesaikan masalah di
Makkah, Baginda akan menghalakan serangan kepada mereka pula. Lantaran itu, mereka berazam
untuk memulakan dahulu peperangan dengan Baginda. Mereka telah melantik Malik bin Auf sebagai
ketua. Pada hari tersebut dia baru berusia 30 tahun. Malik telah memerintahkan mereka membawa
segala harta, wanita-wanita, anak-anak dan binatang ternak bersama-sama ke medan perang. Dia
mengarahkan demikian agar ia lebih mendorong mereka untuk terus berjuang. Bilangan pejuang
mereka dalam pertempuran yang ditunggu-tunggu ini antara 20,000 hingga 30,000 orang.

Oleh yang demikian, Rasulullah s.a.w. mengisytiharkan keazaman Baginda untuk


keluar memerangi mereka. Semua orang yang berada di Makkah turut keluar berperang.Mereka
terdiri daripada para sahabat yang datang bersama Baginda dalam pembukaan Makkah dan orang-
orang yang baru memeluk Islam. Rasulullah s.a.w. berjalan sebingga sampai ke Wadi Hunain, tiba-
tiba Hawazin dan sekutu-sekutunya menyerang mereka dalam kesuraman subuh. Orang Islam telah
menyerang balas menyebabkan musuh susut dan tewas.

Kemudian orang Islam sibuk mengumpul harta rampasan perang. Oleh itu, orang musyrik kembali
menyerang orang Islam dengan anak-anak panah sehingga ikatan barisan tentera Islam bercerai
berai. Penduduk Makkah dan orang Islam yang baru memeluk Islam lari sedangkan Rasulullah s.a.w.
tetap kekal bertahan di atas baghal Baginda, seraya bersabda:

"Aku Nabi, tidak dusta. Aku keturunan Abdul Muttolib."

Tersebar berita angin di kalangan orang Islam bahawa Nabi s.a.w. telah terbunuh.
Kebanyakan mereka mencampak-kan senjata lantaran berputus asa. Namun ada sekumpulan
Muhajirin dan Ansor tetap berjuang di sekeliling Baginda. Al-Abbas (beliau seorang yang bersuara
lantang) menyeru orang Islam: "Rasulullah masih hidup." Lalu orang Islam yang lari berpatah balik
kepada Baginda. Bilangan mereka semakin ramai sehingga mereka mencapai kemenangan untuk kali
kedua. Tentera Islam mengejar tentera musyrik,membunuh dan menawan mereka. Harta rampasan
musuh amat banyak. Rasul s.a.w. terlebih dahulu membahagi-bahagikannya kepada golongan
muallaf yang baru memeluk Islam, tanpa memberi apa-apa kepada Ansor berdasarkan keimanan dan
kejujuran keislaman Ansor (yang tidak perlu lagi kepada balasan habuan keduniaan terhadap
pengorbanan mereka).

Al-Quran telah turun berkenaan pertempuran ini,yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan
perang dan di medan perang Hunain,iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu
yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan
(semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu;kemudian kamu berpaling
undur melarikan diri.

Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang
yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Dia menyeksa
orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah
balasan bagi orang-orang yang
kafir.

(Maksud At-Taubah: 25-26)


Peperangan ini adalah pertempuran penting yang terakhir berlaku antara Islam dan
orang musyrik. Tak lama selepas itu, seluruh bangsa Arab telah memecahkan berhala-berhala dan
memeluk agama Islam.

Sekian Wallahu’alam....

Anda mungkin juga menyukai