Anda di halaman 1dari 7

Kata-kata hikmah

Jadilah seorang yang kakinya menapak di tanah dan semangatnya tinggi menjulang ke
bintang.

Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya
adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air,
udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya.

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu
jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau
titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…
buat pedoman

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada
tidak memberi sama sekali

Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita
yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya.

Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah.
Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di
antara satu sama lain.

Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi bila beruntung,
untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat.

Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka
memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya

Lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman.

Bercintalah dnegan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah


dengan peperiksaan dan berbulan madulah dngan kejayaan

Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya dibaling dengan batu lalu dibalas
dnegan buah.

Setumpul tumpul belakang parang, kalau di asah pasti tajam oleh itu jangan di
sangka sebodoh bodoh manusia tetap akan bodoh tanpa diberi pelajaran.

Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap
dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat.

Hargailah diri, diri itu bukan ringgit nilainya.


Sekiranya kamu mempunyai masalah, carilah dahulu jalan penyelesaian. Sekiranya
tidak berjaya barulah kamu menyuarakan kepada orang yang berhak
menyelesaikannya.

Berfikirlah sebelum berkata kata, jangan berfikir sesudah berkata kata sebab sebelum
perkataan keluar kita punya, apabila sudah keluar orang punya. Dari kata kata kita
dapat mendapat banyak kawan kawan dan lawan

Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang
mulia disulami dengan bunga bunga keimanan dan dihiasi dengan cahaya ketaatan
kepada Tuhan

Apalah gunanya ilmu juka tidak di amalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak
berlandaskan sunnah dan Al Quran

Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini.
Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu kayu keimanan yang
kukuh

Kejayaan adalah suatu pejalan bukannya suatu destinasi

Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup

Jangan kenangi kesedihan lalu sebaliknya ingatlah kegembiraan mendatang.


Belajarlah bersungguh sungguh agar kegembiraan yang kita nantikan berhasil.

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan….. Iman itu
bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan
amalan…

kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi kita


boleh..bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan

nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanyasekadar


senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai
kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya
kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah
kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk
asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan
jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.
Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi
sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan
riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang
berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi
kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam
kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan
perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan
itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang
amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan


perjuangan.Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula
bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika
ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika
anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak
terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri
dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu
serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia
melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan
seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu
api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan
sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang
menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat
merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki
itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk
menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai
pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati
mulia membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana
membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya
jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,
menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan
waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat

muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala
ketenangan jiwa.
32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya
kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan
manisnya dalam hati...

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-
bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun
terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah
Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa);

Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas
kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan,itu adalah zalim. Tapi
jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan.
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti
unggulnya perasaan"

39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan
diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat
sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan
iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup
menerima penderitaan.

41) Hadiah Terbaik :


Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu
cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"
43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk
diri dan menyakiti orang lain."

44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal
supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu
satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang
lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"

47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari
nenek moyang"

48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber
teman.."

49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika e***** menjaganya maka ia akan menjagamu, dan
jika e***** membiarkannya maka ia tidak akan
mempedulikanmu"

50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain
menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan
terkejut dengan hasilnya."

53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat
apa yang ora ng lain ada."

54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita
berikan padanya."

55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan e***** akan menjadi terhebat. Tetapkan
akal pada hal tertinggi, Dan e***** akan mencapai yang tertinggi."

56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa
yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi
hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."
58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan
yang menjelma."

59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat
yang tidak pernah mengalah."

60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan
perkara yang betul."

61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang
terbaik."

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang
dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.