Anda di halaman 1dari 2

DITAWAN DAN DIRANTAI...

Salah satu kesan maksiat dan kedurhakaan seseorang terhadap Allah SWT adalah
dirinya sentiasa berada dalam keadaan dirantai oleh syaitan dan tahanan atau
banduan dalam penjara syahwah dan hawanya.

Dia adalah tahanan yang dipenjara dan dirantai. Tidak ada keadaan yang lebih
parah dan lebih menyedihkan dari ditahan oleh musuh yang paling jahat iaitu
syahwahnya dan dipenjara yang teruk dari penjara hawa. (Hawa adalah ‘master
mind’ ataupun ‘pemerintah’ dan syahwah adalah tenaga atau jentera pelaksana
kehendak hawa).

Bagaimanakah hati yang telah ditawan, dipenjara dan dirantai mampu berjalan
menuju Allah dan kembali ke ‘Kampung’ asal kita, iaitu SYURGA.

Bagaimanakah seorang itu dapat melangkah ke depan, walaupun satu langkah,


bila kakinya dirantai dan hatinya ditawan dan dirinya dikepung oleh berbagai
benda yang membinasakan. Benda-benda yang memudharat ini akan
merantainya sehingga dipenjara oleh hawa dan dirantai oleh syahwahnya. Lebih
parah lagi dirinya tidak merasa tersiksa malah menerima penahanan tersebut dan
‘menikmati’nya.

Ya Allah, Ya Rabbi! Selamatkan diriku, anak-anakku di mana sahaja dari menjadi


banduan di penjara hawa dan dirantai oleh syahwah.

Ya Allah,Ya Rabbi! putuskan rantai ini dan merdekakanlah kami kerana tidak ada
yang lebih membinasakan diri kami selepas syirik selain dari terpenjara dan
terantai oleh hawa dan syahwah.

Ibn Qayyim mengibaratkan hati kita seperti seekor burung. Apabila burung ini
terbang tinggi, dirinya jauh dari benda-benda yang memudharatkannya. Bila
burung ini turun ke bumi benda-benda mudharat itu akan ‘mencederakan’ dirinya.

Ada hadith yang menggambarkan syaitan umpama serigala terhadap manusia.


Sebagaimana biri-biri tidak mempunyai pelindung terutama sekali bila di kelilingi
oleh se kawan serigala, begitu juga kita akan ‘tercedera’ oleh serangan syaitan
(bersama syahwah kita) bila kita tidak berada dalam perlindungan Allah SWT.

Taqwa adalah perisai yang akan melindungi kita dari serangan syaitan. Allah
SWT menghulurkan bantuan-Nya kepada kita untuk memiliki dan mengukuhkan
ketaqwaan kita. Marilah kita lakukan sebaik mungkin akviti-aktiviti ubudiyyah
yang Allah SWT syari‘atkan untuk membina dan menguatkan taqwa kita. Selamat
mengintai Lailatul Qadr dengan bersungguh-sungguh beribadat mulai sekarang
Remoteness from Allaah has levels/degrees, some of which
are more severe than others. Heedlesness distances the
servant from Allaah and some acts of disobedience are
greater than some acts of heedlessness. Some innovations are
greater than some acts of disobedience and some things from
hypocrisy and Shirk are greater than all of what has
preceded.

Anda mungkin juga menyukai