Anda di halaman 1dari 22

Latihan Kompetensi Kaunseling Silang Budaya

LATIHAN KOMPETENSI KAUNSELING SILANG BUDAYA


Hardianaema Ribu, Zuria Mahmud & Salleh Amat
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
NoTelefon: 0129761632
e-mail:hardianaema13@hotmail.com

LATIHAN KOMPETENSI KAUNSELING SILANG BUDAYA

1
Latihan Kompetensi Kaunseling Silang Budaya

Hardianaema Ribu, Zuria Mahmud & Salleh Amat


Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Budaya merupakan aliran keempat dalam kaunseling dan amat ditekankan


dalam proses kaunseling khususnya di Malaysia yang mengamalkan konsep 1
Malaysia. Silang budaya dapat dilihat dari segi umur, gender, orientasi seksual,
latar belakang sosio-ekonomi, latar belakang geografi, pendidikan dan sistem
kepercayaan. Situasi yang pelbagai ini menjadikan aspek budaya amat
dititikberatkan dalam kaunseling kerana kehidupan di sekeliling tidak terlepas dari
cengkaman budaya. Walaupun konsep ini mudah difahami tetapi agar sukar
untuk diimplementasikan dalam proses kaunseling disebabkan oleh prejudis,
salah faham dan syak wasangka oleh kaunselor yang telah menyukarkan
hubungan teraputik. Artikel ini membincangkan tentang kompetensi kaunseling
silang budaya berdasarkan tiga elemen iaitu kesedaran, pengetahuan dan
kemahiran. Kajian lepas berkenaan kompetensi dalam kalangan kaunselor dan
penilaian tahap kecekapan kaunselor dalam aspek silang budaya juga
dibincangkan. Kesimpulannya boleh dikatakan bahawa kecekapan mengenai
budaya dapat menyemai sikap dan tingkah laku kaunselor bagi menyingkirkan
perlakuan yang tidak adil terhadap klien yang pelbagai, seterusnya memberi
manfaat dalam berinteraksi dan berkomunikasi tanpa adanya sekatan budaya.

PENGENALAN
2
Latihan Kompetensi Kaunseling Silang Budaya

Elemen budaya merupakan aliran yang keempat dalam kaunseling ” the fourth
force in counseling” selepas psikodinamik, psikologi manusia dan tingkah laku
(Pedersen 2002).Perbezaan pelbagai budaya ini menjadikan setiap manusia
adalah berbeza dan unik. Keadaan ini menyebabkan seorang kaunselor mesti
mempunyai kefahaman tentang pelbagai budaya dan tidak hanya mengetahui
tentang budayanya sahaja. Tambahan pula, menurut Ivey (2007) kaunselor yang
baik adalah seorang yang dapat memahami keperluan budaya dalam kehidupan
kliennya. Manakala Sue et al. (1996) menjelaskan bahawa peranan budaya
dalam kaunseling adalah untuk menyediakan kaunselor satu rangka teori dalam
memahami proses yang terlibat dalam kaunseling pelbagai budaya. Secara tidak
langsung dapat menghasilkan kaunselor yang profesional terhadap pelbagai
budaya

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk menerangkan kecekapan Kaunseling


Silang Budaya (KSB) sebagai kayu ukur dalam profesion membantu. Selain itu,
kertas kerja ini turut membincangkan kajian lepas berkenaan kompetensi silang
budaya dalam kalangan kaunselor. Penilaian tahap kecekapan kaunselor dalam
aspek silang budaya serta latihan kecekapan kaunseling silang budaya di Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia juga dibincangkan.

BUDAYA DAN KEPELBAGAIAN


3
Latihan Kompetensi Kaunseling Silang Budaya

Budaya merupakan cara atau gaya hidup sesebuah masyarakat/bangsa yang


melibatkan aktiviti harian manusia seterusnya membezakan antara bangsa-
bangsa. Menurut Andreas Eppink, budaya ialah perkara yang menyentuh aspek
nilai, norma, ilmu pengetahuan, struktur–struktur masyarakat dan agama. Seni
dan intelektual juga termasuk dalam elemen budaya. Edward B. Taylor pula
bertanggapan bahawa budaya sebagai satu konsep menyeluruh dan rumit yang
mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang–
undang, adat resam dan kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai
anggota masyarakat.Justeru itu, budaya meliputi keseluruhan aspek
kemanusiaan, sejarah, kesusasteraan, institusi politik, muzik, lukisan, falsafah
dan sebagainya (http://id.wikipedia.org/wiki/Portal:Budaya)

Multiculturalism pada awalnya telah muncul dan berkembang pesat di


dunia Barat khususnya di Kanada, Amerika Syarikat dan Australia.
Multiculturalism adalah kepelbagaian budaya dalam masyarakat. Menurut Hall
(2000) multiculturalism membawa maksud keterangan sifat dan keadaan atau
ciri-ciri sosial yang wujud apabila komuniti yang terdiri daripada pelbagai budaya
hidup bersama-sama dengan berkongsi pelbagai sumber, tetapi pada masa yang
sama cuba mengekalkan keunikan identiti masing-masing. Umumnya, pelbagai
budaya dapat dilihat dalam sesebuah komuniti atau masyarakat yang banyak
menyentuh isu-isu perkauman dan etnik. Namun berbeza dengan konsep
“kepelbagaian” dalam budaya yang lebih menekankan aspek gender, orientasi
seksual, umur, lokasi geografi, keupayaan psikologi, agama, status sosio-
ekonomi dan lain (Berry 1992). Justeru itu, isu yang pelbagai ini amat
ditikberatkan dalam proses kaunseling kerana kehidupan di sekeliling tidak boleh
terlepas dari cengkaman budaya. Keadaan ini menyebabkan kaunselor perlu
mengambil berat, menyesuaikan diri dan saling memahami tentang perbezaan
kerana setiap klien yang ditemui mempunyai keunikan budaya yang tersendiri.

4
Latihan Kompetensi Kaunseling Silang Budaya

Tambahan pula, multi/cross cultural merupakan satu nilai teras dalam profesion
kaunseling (ACA 2005).

KAUNSELING SILANG BUDAYA

Elemen silang budaya sangat dititikberatkan di Amerika Syarikat dan Malaysia


khususnya. Kaunseling silang budaya berlaku apabila seorang kaunselor
berhadapan dengan klien yang pelbagai budaya (Pendersen 2002, Sue et al.
1998). D.W. Sue et al. (1982); D.W. Sue, Arredondo, and McDavis (1992);
Arredondo et al. (1996); Pope-Davis and Coleman (1997). Hubungan yang wujud
antara ahli terapi dengan klien yang pelbagai komuniti tidak hanya mengetahui
tentang pelbagai budaya sahaja. Malahan kaunselor mestilah memberi sokongan
yang positif terhadap perbezaan budaya dengan menekankan langkah-langkah
win-win (Pedersen 2002).

Seorang kaunselor silang budaya mestilah melihat diri dan menghargai


perbezaan budaya yang berada disekelilingnya. Seperti di Malaysia, perbezaan
dan kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan dan tidak dapat dielakkan
dalam proses kaunseling silang budaya. Hal ini kerana masyarakat Malaysia
terdiri daripada berbilang etnik iaitu Melayu, Cina, dan India yang menjadi majoriti
terbesar serta kaum pribumi Sabah dan Sarawak, orang asli dan kaum-kaum lain
menjadi kaum minoriti yang mempunyai agama, budaya, adat resam dan
kepercayaan yang tersendiri. Ditambah lagi dengan kehadiran orang asing dari
negara Indonesia, Bangladesh, India, Thailand dan lain. Senario yang pelbagai
ini menunjukkan perlunya kaunseling pelbagai budaya di Malaysia.

Dalam menghadapi situasi yang pelbagai ini, kaunselor perlu mengetahui


dan mempunyai kecekapan silang budaya dalam melihat persoalan dari
perspektif latar budaya klien. Menurut Paredes dan Daniel (2007) kecekapan

5
Latihan Kompetensi Kaunseling Silang Budaya

silang budaya dapat dilakukan dengan kemahiran menolong seperti penggunaan


empati dan latihan tertentu. Selain itu, dalam menangani setiap permasalahan
klien, kaunselor cuba menjadikan dirinya sebahagian daripada latar belakang
klien yang pelbagai. Kesannya, pekerjaan dapat dilaksanakan dengan selesa
terhadap klien yang pelbagai.

Di samping itu, kaunselor juga perlu menyelami perasaan klien semasa


proses kaunseling silang budaya dan melihat sesuatu persoalan itu dari
perspektif latar budaya klien itu sendiri contohnya, pandangan latar budaya klien
yang mengamalkan perhubungan homoseksual, klien cacat pendengaran,
penglihatan, anggota dan lain-lain. Tambahan pula, golongan ini sehingga kini
belum mendapat penawaran khidmat kaunseling yang boleh dikatakan
profesional. Hal ini kerana kaunselor menghadapi perbezaan dari segi orientasi
cara berfikir, pandangan atau nilai kaunselor kepada klien, orientasi berfikir dan
sistem kepercayaan. Seterusnya menimbulkan isu silang budaya dalam proses
kaunseling yang menyebabkan klien tidak sudi serta memutuskan sesi
perjumpaan yang akan datang (Abdul Halim et al. 2000). Kesimpulannya,
kaunselor harus bijak menangani klien yang pelbagai terutama klien yang
mempunyai perbezaan budaya dengan kaunselor sendiri.

KOMPETENSI KAUNSELING SILANG BUDAYA

6
Latihan Kompetensi Kaunseling Silang Budaya

Kompetensi silang budaya adalah pendekatan yang telah diperkenalkan oleh


D.W. Sue dan rakan-rakannya pada tahun 1982, kemudian telah disemak semula
dalam tahun 1992, 1996, dan 2001. Versi kompetensi SB pada tahun 1992 telah
diambil secara rasmi oleh American Counseling Association dan diberi nama
Multicultural Counseling Competencies (Paredes dan Daniel 2007). Kompetensi
SB dibangun bersandarkan Model Multicultural Counseling (Dana 2005).
Seterusnya kompetensi SB telah diangkat sebagai core value dalam profesion
kaunseling (ACA 2005) kerana ia merupakan komponen penting yang
menunjukkan keprofessionalan dalam hubungan menolong. Di samping itu. ia
dapat menjelaskan kemampuan ahli terapi untuk berinteraksi dengan berkesan
dengan pelbagai budaya yang berbeza.

Wells (2000) menjelaskan kompetensi silang budaya merujuk kepada satu


proses aktif untuk memberi latihan sesuai yang berkaitan strategi-strategi dan
kemahiran berinteraksi dengan orang-orang yang berbeza dari segi budaya.
Beliau juga menyatakan bahawa kecekapan atau kefahaman mengenai pelbagai
budaya dapat dilihat melalui kesedaran kendiri, pengetahuan, kemahiran dan
rangka kerja bagi menjadikan ianya lebih beretika dengan nilai, tidak bias dan
dapat mengambil keputusan sesuai dari segi budaya. Ia juga adalah integrasi
dan transformasi pengetahuan tentang individu-individu dan komuniti kepada
standard tertentu, dasar-dasar, amalan-amalan dan sikap-sikap yang sesuai dari
segi kebudayaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan seterusnya dapat
memberikan hasil yang terbaik untuk kesejahteraan individu atau masyarakat
dari pelbagai budaya. Misalnya, ahli terapi tidak mengambil kira tahap
sosioekonomi, persekitaran hidup atau budaya klien dan ahli terapi yang cekap
dari segi budaya tidak takut untuk menanyakan soalan-soalan yang penting
kepada klien dari segi budaya

7
Latihan Kompetensi Kaunseling Silang Budaya

Menurut Ivey (2007), kompetensi SB dibangunkan untuk membantu dan


menjaga sensitiviti budaya dalam proses kaunseling. Pedersen (2002) pula
menyatakan bahawa kompetensi SB dilaksanakan kerana garis panduan etika
professional gagal menyeimbangkan aktiviti professional yang paling tinggi dalam
kaunseling. Isu kecekapan pelbagai budaya penting untuk ditingkatkan dalam
profession membantu. Reynolds (1999) menjelaskan kecekapan kebudayaan
dapat ditakrifkan sebagai kesedaran, pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan oleh kaunselor dengan berkesan dan beretika merentasi perbezaan
budaya.

Manakala Cresswel (1994) menghuraikan bahawa pengalaman, peristiwa


hidup dan pengalaman pendidikan dalam pembangunan kecepakan pelbagai
budaya boleh menjadikan seorang kaunselor itu cekap tentang hal ini. Bagi
Malott (2008) pula, kemahiran berkomunikasi terhadap pelbagai budaya
merupakan faktor yang dapat meningkatkan kompetensi kerana melaluinya dapat
meningkatkan kefahaman kaunselor tentang konteks pelbagai budaya dan
pemahaman tentang profesion kaunseling pelbagai budaya

Menurut Piawaian Amalan Kaunseling oleh Lembaga Kaunselor (2003)


dalam Seksyen A (PAK 1) berkenaan Perhubungan Kaunseling menjelaskan
bahawa tidak boleh mendiskriminasi klien yang pelbagai . Dijelaskan juga dalam
Seksyen C (PAK 18) dalam tanggungjawab professional yang mana
menekankan bahawa kaunselor perlu bersedia menerima klien seadanya tanpa
melihat kepada perbezaan bangsa, agama, pekerjaan, taraf pendidikan dan lain-
lain. Ini jelas menunjukkan bahawa dalam KSB kaunselor perlu menitikberatkan
sikap ini.

Menurut Cross et al. 1989, tujuan kompetensi pelbagai budaya adalah


untuk mengetahui set kelakuan kongruen, sikap-sikap dan dasar-dasar yang
terdapat dalam satu sistem, agensi atau di kalangan profesional dan
8
Latihan Kompetensi Kaunseling Silang Budaya

membolehkan sistem, agensi atau profesional-profesional tersebut bekerja


dengan berkesan dalam situasi-situasi silang budaya. Kecekapan pelbagai
budaya melibatkan pemahaman terhadap pengaruh sosial dan budaya melalui
kepercayaan dan tingkah laku pesakit. Di samping itu, dapat memilih intervensi
yang sesuai dengan pelbagai budaya ketika memberi rawatan (Patterson 2004)

Kesimpulannya, kecekapan pelbagai budaya adalah satu prasyarat yang


mustahak, berkesan dan beretika dalam mengkaunsel klien berlainan budaya.
Jika ahli terapi tidak mempunyai kecekapan tentang kebudayaan, kemungkinan
akan memberi implikasi yang buruk dan munasabah yang boleh menyebabkan
syak wasangka, salah faham dan akan menganggu dalam hubungan terapeutik.
Ini menyebabkan berlakunya kekecewaan, kekeliruan atau malu kerana bias
terhadap klien, keluarga dan lain. Ketidakcekapan dalam budaya boleh
mengakibatkan individu atau ahli terapi tidak mempunyai kualiti, klien tidak patuh,
ketidakupayaan mengenal perbezaan, ketakutan atau tidak dikenali, penafian,
dan ketidakupayaan untuk melihat secara mendalam tentang keperluan individu
dan keluarga mereka. Sebaliknya, apabila ahli terapi mempunyai kecekapan
kebudayaan, ia dapat membuat keputusan secara positif dan memberi kepuasan
terhadap profession ahli terapi itu (Wells 2000)

Komponen Kompetensi Kaunseling Silang Budaya

Menurut D.W.Sue et al.(1998), terdapat tiga tahap pembangunan kompetensi


yang perlu ada pada seorang kaunselor SB (Silang Budaya). Tahap tersebut
adalah berbentuk kesedaran, pengetahuan dan kemahiran. Pedersen (2002),
menyatakan ‘kesedaran’ menekankan hubungan antara budaya seorang
kaunselor dengan budaya lain di sekelilingnya. Di sini seorang pembimbing dan
penasihat perlu sentiasa bersedia menghadapi klien yang datang daripada
pelbagai budaya. Ini memerlukan mereka sentiasa mencapai keupayaan dari
segi sikap dan pemahaman budaya klien diselilingnya. Secara langsung, dengan
9
Latihan Kompetensi Kaunseling Silang Budaya

adanya sifat kesedaran, seorang kaunselor dapat menghormati budaya dan nilai
yang dimiliki kliennya serta dapat mengurangkan perasaan syak wasangka,
prejudis dan salah faham.

Bagi melihat tahap kesedaran seorang kaunselor tentang silang budaya,


ia boleh dilakukan dengan menjalankan inventori. Selain itu, seorang kaunselor
juga mestilah berfikiran terbuka dalam mengeratkan hubungan yang baik dengan
klien yang datang daripada pelbagai budaya. Di samping itu, kaunselor perlu
mendapat latihan yang spesifik dalam memberi kaunseling kepada klien yang
datang daripada pelbagai budaya yang berbeza (Nichols 2001).

Kompetensi kedua yang perlu ada pada diri kaunselor dalam menghadapi
kaunseling SB adalah pengetahuan pelbagai budaya. Pemahaman tentang
pengetahuan adalah penting terutama ketika berhubungan dengan klien SB.
Pengetahuan boleh diperolehi dengan cara mengumpul fakta-fakta dan
maklumat yang berkaitan dengan kliennya. Menurut Sue et al. (1998),
pengetahuan mestilah merangkumi world view budaya klien penindasan
terhadap klien, kesan sosial dan pengaruh budaya seorang individu.
Seorang kaunselor yang berpengetahuan juga mestilah mempunyai
kefahaman tentang silang budaya klien dengan meneroka latar belakang
budaya klien dan menerima budaya klien dengan cara yang positif
seterusnya dapat memberikan hasil yang bermakna kepadanya (Kitoaka
2005). Piawaian Amalan Kaunseling juga menyeru agar setiap kaunselor
meningkatkan pengetahuan diri yang merangkumi semua budaya dan kaum di
Malaysia.

Elemen terakhir yang ditekankan dalam mencapai kompetensi SB adalah


kemahiran. Kemahiran dalam KSB bergantung kepada strategi dan teknik
yang digunakan oleh kaunselor apabila berhadapan dengan klien yang
pelbagai. Kemahiran yang diaplikasikan hendaklah berdasarkan kepada
pengetahuan dan pengalaman terhadap sensitiviti budaya klien (Arredondo

10
Latihan Kompetensi Kaunseling Silang Budaya

et al. 2008). Kenyataan ini disokong oleh Asma dan Pedersen (2003) yang
menyatakan ketepatan dalam menginterpretasi mesej yang dihantar dalam
sesuatu budaya bergantung kepada apa yang telah dipelajari oleh penerima
berkaitan dengan budaya tersebut.

Kompetensi seorang kaunselor SB dalam kemahiran juga boleh dilihat


apabila mereka dapat memahami perbezaan budaya melalui tingkah laku lisan
dan bukan lisan klien dalam proses KSB. Kenyataan ini disokong oleh Sue et al.
(1998) yang menyatakan “qualities such as respect and acceptance of the
individual, unconditional positive regards , understanding the problem from the
individual perpectives allowing the client to explore his or her human values and
arriving at an individual solution more are more qualities that may transcend
culture “. Dengan ini, adanya kemahiran multicultural , kaunselor dapat
membuat penilaian situasi dengan tepat hingga menyebabkan perubahan
positif dalam budaya klien.

Penilaian Tahap Kecekapan Kaunseling Silang Budaya

Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) diperkenalkan untuk memupuk


pembangunan diri, meningkatkan budaya organisasi dan menyediakan pegawai
perkhidmatan awam dalam pelaksanaan pengurusan sumber manusia yang
berasaskan kompetensi. Ini menjadikan PTK sebagai salah satu unsur dalam
menentukan kemampuan pegawai perkhidmatan awam menjalankan tugas dan
11
Latihan Kompetensi Kaunseling Silang Budaya

tanggungjawabnya dengan sempurna (http:// www.kompetensi.jpa.gov.my/


ptkonline/fail/info /Booklet PTK.pdf). Menurut Ivey (2007) kompetensi dalam
KSB dapat diukur melalui: :

1. Latihan Individu

Latihan ini bertujuan memberi peluang kepada kaunselor untuk melihat


dan menilai diri sebagai individu yang dikelilingi oleh pelbagai budaya.
Latihan dilakukan dengan membenarkan seseorang kaunselor
mempelajari konsep yang terdapat dalam kaunseling. Ini membolehkan
seorang kaunselor memahami konsep dan teori yang dipelajari. Selain itu
latihan individu juga seorang kaunselor dapat mengenal pasti segala
kelemahan yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa.Contoh
perlaksanaan latihan individu seperti membuat pemerhatian dokumen
atau refleksi berkenaan dengan jurnal atau mengakses CD-ROM
berkenaan multicultural.Melalui cara ini, kaunselor boleh menjawab
persoalan; adakah anda mengenali diri tentang apakah pelbagai
budaya?

2. Latihan secara berkumpulan

Latihan berkumpulan pula berkaitan dengan latihan yang dilakukan


bersama-sama dengan beberapa ahli dalam kumpulan untuk menambah
kecekapan tentang pelbagai budaya. Kaedah yang disarankan oleh Ivey
dalam latihan berkumpulan ialah dua atau lebih ahli kumpulan bersama-
sama membuat latihan. Salah seorang daripada ahli kumpulan dilantik
sebagai pemerhati, yang bertujuan untuk memberi komen dan kritikan.
Kumpulan akan membuat perbincangan tentang kompetensi silang
budaya dengan membentuk kumpulan kecil. Isu yang dibincangkan
mengenai konsep multicultural competency yang mengutamakan
kesedaran dan membuat ringkasan pendek selepas itu. Melalui
perbincangan tersebut secara langsung menyentuh andaian tentang
12
Latihan Kompetensi Kaunseling Silang Budaya

pelbagai budaya, kesedaran diri, nilai, bias atau prejudis. Selain itu
perbincangan juga merangkumi apakah world view tentang pelbagai
budaya? Misalnya, sebahagian besar budaya Cina beranggapan bahawa
wujudnya sebuah dunia roh
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Kebudayaan_Cina). Manakala bagi budaya
Melayu (orang Islam) mempercayai kewujudan syurga dan neraka. Di
akhir sesi, setiap ahli kumpulan dikehendaki membuat ulasan tentang isu-
isu ini. Segala perbincangan dalam sesi latihan kumpulan akan dirakam
secara audio atau video untuk dinilai oleh kaunselor professional atau
supervisor untuk mengetahui sejauh mana tahap kefahaman dan
kemahiran seorang kaunselor

3. Penilaian kendiri

Untuk melihat diri sebagai penemubual/kaunselor yang efektif dalam SB


kaunselor hendaklah melalui latihan kendiri. Caranya dengan membuat
refleksi diri tentang budaya sendiri dan budaya orang lain untuk menguji
kefahaman dan kecekapan kaunselor. Melalui penilaian kendiri, kaunselor
dapat mengetahui sejauh manakah tahap kecekapan diri, pandangan
penilai atau orang lain terutama klien sendiri. Penilaian kendiri
memudahkan seseorang kaunselor untuk mencari kekuatan dan kelebihan
yang ada pada dirinya serta untuk kepentingan perkhidmatan yang akan
diberikan kepada klien.

Namun berbeza dengan Sodowsky (1996) yang menyatakan bahawa


pengukuran kompetensi dinilai melalui multicultural training (MCT ) dan
menggunakan Multicultural Counseling Inventory (MCI). Menurut beliau lagi
“ MCT has been a component of the professional mandates of the American
Counseling Association and the American Psychological Association and, as

13
Latihan Kompetensi Kaunseling Silang Budaya

such, has been included in universities and professional schools advanced


degree curriculum” . Penilaian yang dilakukan oleh Sodowsky turut disokong
dalam kajian Paredes dan Daniel (2007) mengenai Multi/Cross-cultural
Competence: Integrating Universal and Particular Perspectives yang
menggunakan soal selidik The Multicultural Counseling Competence and
Training Survey – Revised oleh Holcomb-McCoy & Day-Vines dalam
membuat penilaian kendiri kaunselor pelatih. Kesan dari penilaian berdasarkan
inventori, secara langsung dapat mengetahui sejauh mana penerimaan,
pengetahuan dan kesedaran kaunselor tentang hal ini.

Selain itu, penilaian yang dilakukan oleh Constantine (2001) mengenai


kompetensi silang budaya menggunakan 3 kaedah dalam membuat penilaian
silang budaya dalam kalangan kaunselor. Antaranya melalui metodologi, laporan
kendiri kaunselor, pemerhatian/penyeliaan dan penilaian portfolio. Menurut
Davis, Hardin dan Coleman (1997) pula, kompetensi KSB boleh diukur dengan
cara penilaian, penyeliaan serta. pendidikan dan latihan

Kesimpulannya, penilaian atau pengukuran dalam kompetensi KSB


dapat memperbaiki dan meningkatkan kecekapan, latihan dan amalan
kaunselor. Seterusnya kaunselor dapat bersedia dalam menangani klien
yang datang dari pelbagai budaya, etnik dan sosioekonomi masyarakat.

KAJIAN-KAJIAN DALAM KOMPETENSI KAUNSELING SILANG BUDAYA

Abdul Halim et al.(2000), dalam Latihan Kaunseling di Malaysia: Satu Ulasan dan
Cadangan menyatakan kaunseling yang diperolehi oleh kaunselor di luar negara
akan mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan yang mereka perolehi dan

14
Latihan Kompetensi Kaunseling Silang Budaya

menyesuaikannya mengikut konteks pelbagai budaya tempatan. Oleh itu,


seorang kaunselor perlu mengaplikasikan kemahiran, strategi dan teknik
kaunseling sesuai dengan populasi yang berbeza budaya.

Kajian oleh Malott (2008), telah menggunakan 10 orang responden,


kaunselor pendidikan pelbagai budaya yang menunjukkan dalam kalangan
mereka kebanyakan bekerja dalam international setting.Didapati tema
kompetensi kaunselor tersebut adalah berkaitan dengan pembelajaran,
kemahiran komunikasi dan pemahaman budaya.

Kajian oleh Vereen et al. (2008) pula, mengkaji persepsi kompetensi


kaunseling budaya dalam kalangan kaunselor pelatih. Dapatan kajian beliau
mendapati terdapat perbezaan skor yang diperolehi oleh kaunselor pelatih
terhadap penerimaan kompetensi pelbagai budaya berdasarkan kepada
penyeliaan klinikal berkaitan pelbagai budaya, bilangan pelajar dalam kelas
pelbagai budaya dan bilangan pelajar yang bukan berkulit putih. Dalam
penerimaan penyeliaan klinikal pelbagai budaya dan mengendalikan sesi
kaunseling dengan pelajar bukan berkulit putih menunjukkan signifikan dengan
memperolehi skor yang tinggi terhadap kompetensi pelbagai budaya. Daripada
hasil dapatan menegaskan isu kurikulum dan praktikal kesihatan mental
kaunselor pendidikan dan keperluan untuk penyelidikan menunjukkan peri
pentingnya dalam KSB

Kajian oleh Castillo et al. (2007), menyatakan bahawa latihan kompetensi


kaunseling silang budaya sangat penting dan berkait rapat dalam mengurangkan
prejudis kaum seterusnya meningkatkan kesedaran diri kaunselor

Kajian oleh Vaughn (2007) mengkaji tentang asas kaunselor sekolah yang
berkulit putih terhadap kecekapan dan pemahaman kaunseling pelbagai budaya.
Kajian dilakukan menggunakan 12 kaunselor pendidikan yang berkulit putih dan
berpengalaman selama setahun hingga 10 tahun di Timur, Missouri dan Amerika
15
Latihan Kompetensi Kaunseling Silang Budaya

Syarikat sebagai sampel kajian Hasil dapatan kajian mendapati, 12 kaunselor


mempercayai bahawa mereka cekap dalam hal pelbagai budaya. Temubual yang
digunakan menekankan 3 elemen dalam kompetensi kaunseling silang budaya
iaitu pengetahuan tentang diri, kesedaran tentang orang lain dan kemahiran
teraputik. Hasil kajian juga mendapati bahawa kemahiran kaunseling tradisional
memberi kesan dalam semua hubungan kaunseling. Dengan itu, beliau
mencadangkan agar lebih banyak penyelidikan dilakukan sebagai latihan yang
berkesan kepada kaunselor berkulit putih.

KURSUS PSIKOLOGI SILANG BUDAYA DI FAKULTI PENDIDIKAN,


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

Berikut merupakan latihan pelbagai budaya dalam program kaunseling yang


telah diberikan ke atas kaunselor pelatih di Fakulti Pendidikan, UKM :

1. Pengajaran dan pembelajaran dalam kuliah Psikologi Silang Budaya


untuk menggalakkan perkembangan kesedaran bagi perbezaan budaya

2. Mengadakan sesi kaunseling individu dan kelompok yang pelbagai


dengan memfokuskan perbincangan kepada isu pelbagai budaya dan isu
lain. Sesi kaunseling yang dijalankan dirakam untuk dinilai oleh kaunselor
professional. Melalui aktiviti ini, pelatih dapat mengenal pasti perbezaan
dan persamaan yang wujud antara individu dan kumpulan di samping
dapat mengetahui tentang agama, kepercayaan, tradisi dan lain-lain.

3. Membuat refleksi kendiri tentang bias, salah faham dan curiga oleh
pelatih berkaitan adat resam dan kaum di Malaysia. Refleksi ini dapat
memberi kefahaman dan keyakinan kaunselor dalam mempersepsikan
pelbagai budaya.

16
Latihan Kompetensi Kaunseling Silang Budaya

4. Membuat kajian tentang silang budaya, dialog, tayangan video serta


perbincangan dalam kumpulan.

5. Mengadakan lawatan ke penjara dan pusat pemulihan akhlak .

Didapati menerusi proses latihan silang budaya dalam program kaunseling,


kaunselor pelatih telah didedahkan kepada kursus silang budaya, mengenal pasti
nilai dan norma klien silang budaya. Seterusnya dapat mempraktikan silang
budaya dalam amalan kaunseling. Selain itu, pengetahuan dan pemahaman
berkaitan aspek budaya dapat ditingkatkan dalam memudahkan proses
memahami masalah klien. Ini kerana seorang kaunselor dapat mengelakkan
membuat penilaian sendiri sebaliknya perlu melihat kepada konteks budaya
yang dipegang dan diamalkan oleh klien (Castillo et al. 2007). Namun, adakah
seorang kaunselor dapat mengatasi masalah berkaitan isu-isu sumber manusia
yang pelbagai budaya. Contohnya hal yang membabitkan pekerja dari negara
asing seperti Indonesia, Bangladesh,India, Afrika, Thailand dan lain-lain?.
Persoalan timbul di sini adakah kaunselor boleh menerima perbezaan budaya
mereka dan bagaimanakah untuk memberi kaunseling yang berkesan terhadap
pekerja dari negara asing khasnya?.

CADANGAN LAIN DALAM KURSUS PSIKOLOGI SILANG BUDAYA

Bagi tujuan penambahbaikan, berikut dicadangkan latihan yang boleh diambil


untuk meningkatkan dan memantapkan lagi kompetensi kaunseling silang
budaya dalam kalangan kaunseling pelatih.

1. Mengadakan latihan pelbagai budaya seperti membuat lawatan ke


komuniti pelbagai budaya seperti lawatan ke rumah masyarakat yang

17
Latihan Kompetensi Kaunseling Silang Budaya

terdiri dari budaya Jawa, Banjar, Orang Asli, Bidayuh sebagai tugasan
luar .

2. Melaksanakan inventori pelbagai budaya sebagai self-report dalam


melihat tahap kesedaran, pengetahuan dan kemahiran yang ada dalam
diri kaunselor. Contohnya seperti Cross-Cultural Counseling Inventory
(LaFromboise, Coleman and Hernandez 1991) , Multicultural Awareness-
Knowledge Skill Survey (Dandrea, Daniels & Heck 1991), Multicultural
Counseling Inventory (Sodowsky, Taffe, Gutkin, Wise 1994) dan
Multicultural Counseling Competence and Training Survey-Revised
(Paredes dan Daniel. M. 2007)

3. Membaca jurnal-jurnal, mengikuti bengkel dan seminar yang


menitikberatkan silang budaya dalam kaunseling

4. Mendapatkan penyeliaan dan nasihat daripada rakan-rakan apabila


berhadapan dengan isu silang budaya dalam sesi kaunseling.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya kejayaan seorang kaunselor dalam melaksanakan tugas-


tugas kaunseling bergantung kepada jenis latihan yang diterimanya bagi
meningkatkan prestasi dan kualiti profesionnya. Kaunselor yang gagal melihat
dan menitikberatkan aspek budaya boleh dikatakan mengabaikan sebahagian
daripada identiti klien. Justeru, pengabaian dalam memahami aspek silang
budaya klien boleh memberi kesan yang negatif kepada perhubungan kaunseling

18
Latihan Kompetensi Kaunseling Silang Budaya

dan halangan dalam komunikasi. Bagi mengatasi masalah tersebut, terdapat


beberapa cadangan bagi meningkatkan kecekapan pelbagai budaya. Secara
tidak langsung, cadangan ini mencerminkan penilaian diri kaunselor dalam
memahami pelbagai budaya. Perkara yang utama dalam menghadapi isu silang
budaya, seorang kaunselor perlu jelas dengan budayanya sendiri serta cuba
mengelakkan daripada bersikap tidak adil terhadap kliennya. Selain itu, seorang
kaunselor perlu sentiasa mendapatkan nasihat daripada mereka yang
berpengalaman apabila hendak melaksanakan sesuatu intervensi. Sesuai
dengan seruan kerajaan yang mempromosikan konsep 1Malaysia kepada semua
kaum dan bangsa di Malaysia.

RUJUKAN

Abdul Halim, Md. Shuib dan Sapora Sipon. 2000. Latihan kaunseling di Malaysia:
Satu Ulasan dan Cadangan. Jurnal Perkama.

Allen E.Ivey & Mary Bradford Ivey. 2007. Sixth Edition Intentional Interviewing
and Counseling :Facilating Client Development in A Multicultural Society .
Brooks/Cole

Asma Abdullah & Pedersen, P.B. (2003). Understanding Multicultural Malaysia:


Delights, Puzzles and Irritations. Selangor.Pearson Malaysia

19
Latihan Kompetensi Kaunseling Silang Budaya

Center for School Mental Health Assistance. 2001. Cultural Competency


Resource Packet. Supported in full by Project # U93 MC 00174 from the
Office of Adolescent Health, Maternal, and Child Health Bureau (Title V,
Social Security Act), Health Resources and Services Administration,
Department of Health and Human Services. This project is co-funded by the
Center for Mental Health Services, Substance Abuse and Mental Health
Services Administration, Department of Health and Human Services.

C.H Patterson . January 2004. Do we need multicultural counseling


competency ?Journal of Mental Haelth Counseling.Volume 26. Number 1.
Page 67-73

D.W. Sue, P. Arredondo, & R. McDavis.1992. Multicultural counseling


competencies and standards: A call to the profession. Journal of Counseling
and Development, 70, 477-485

Denise K. Sommers. 2008. Dissertation:The Development of Multicultural


Counseling Competencies by Utilizing Service Learning. Graduate School of
the University of Missouri-Sr. Louis

Donald B. Pope-Davis, Hardin L. K. Coleman.1997. Multicultural counseling


competencies: assessment, education and training. Sage Publications

Derald Wing Sue; Allen E. Ivey; J. Manuel Casas; Robert T. Carter; Margaret
Jensen; Nadya A. Fouad; Teresa Lafromboise. 1998. Multicultural
Counseling Competencies: Individual and Organizational Development.
Paperbackshop-USA

Hall, S. (2000). Conclusion : The Multicultural Question. In B. Heese (ed.)


Un/settled Multiculturalism. Londeon: Zed Books.
Jairo N Fuertes; Maria Bartolomeo; C Matthew Nichols . Jan 2001. Future
research directions in the study of counselor multicultural competency.
Journal of Multicultural Counseling and Development;; 29, 1; ProQuest
Education Journals pg. 3

John W. Berry. 1992. Cross-cultural Psychology: Research and Applications.


Cambridge Publications

Lembaga Kaunselor. 2003. Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor. Kuala


Lumpur: Lembaga Kaunselor.

20
Latihan Kompetensi Kaunseling Silang Budaya

Linda G Castillo; Daniel F Brossart; Carla J Reyes; Collie W Conoley; Marion.


2007. The Influence of Multicultural Training on Perceived Multicultural
Counseling Competencies and Implicit Racial Prejudice Journal of
Multicultural Counseling and Development; Oct 2007; 35, 4; ProQuest
Education Journals.pg. 243

Linwood G. Vereen; Nicole R Hill; Donell T McNeal. 2008. Perceptions of


Multicultural Counseling Competency: Integration of the Curricular
(kurikulum) and practical Journal of Mental Health Counseling; Jul 2008;
30, 3; ProQuest Education Journals pg. 226

Krista M. Malott .2008. Achieving Cultural Competency: Assessment of US-


Based Counselor Educators Instructing Internationally Journal for the
Advancement of Counselling, Springer Netherlands

Kia Kitoaka. January 1, 2005. Multicultural counseling competencies: Lesson


from assessment. Journal of Multicultural Counseling and Development.

Mahadi Hassan. 2006. Kompetensi pensyarah di dalam Pengajaran dan


pembelajaran: Satu kajian di KUTKM. Pusat Perkhidmatan Akademik Kolej
Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia.

Paul Pedersen.2002. Fifth Edition Ethics, Competence and Professional Issues


in Cross-Cultural Counseling dalam Counseling Across Cultures. SAGE
Publications.

Pedersen, P. B. August 2002. The Making of a Culturally Competent Counselor.


Online Readings in Psychology and Culture (Unit 10, Chapter 2).
©International Association for Cross-Cultural Psychology

Park-Brown, S.P Wiliams C.B. 2003. Ethics in a multicultural context.Thousand


Oaks,C.A. Sage Publications.

Paredes dan Daniel. M. 2007. Multi/Cross-cultural Competence: Integrating


Universal
and Particular Perspectives.

Patricia Arredondo; Zoila G Tovar-Blank; Thomas A Parham 2008; Challenges


and Promises of Becoming a Culturally Competent Counselor in a
Sociopolitical Era of Change and Empowerment. Journal of Counseling and
Development : JCD; Summer 86, 3; ProQuest Education Journals pg. 261

21
Latihan Kompetensi Kaunseling Silang Budaya

Richard Henry Dana. 2005. Multicultural assessment: principles, applications,


and examples . Lawrence Erlbaum Associates. Inc.

Shirley A. Wells. 2002. On Cultural Competency and Ethical Practice. American


Occupational Therapy Association Ethics Commission's Advisory Opinion
on Cultural Competency and Ethical Practice.

Sapora Sipon 2000. Ulasan buku: kaunseling untuk kesejahteraan insan –satu
pengalaman di Malaysia oleh Abdul Halim Othman. Jurnal PERKAMA
Sodowsky, G.R.1996. The Multicultural Counseling Inventory: Validity and
applications in multicultural training. In G.R. Sodowsky & J.C. Impara (Eds.)
Multicultural assessment in counseling and clinical psychology (pp. 283-324).
Lincoln, NE: Buros Institute of Mental Measures.

Van V.A Vaughn. 2007. Dissertation: What is the basis for white school
counselors assumption of their multicultural counseling competency?.
Degree for Doctor Philosophy . Saint Louis University. USA.

www.fssk.ukm.my/siswazah/pppm_diplomapsikologikaunseling.pdf

5 April 2010. www.admin.upm.edu.my/acro_files/skim dan mdadnan/ bada/


kaunseling/ uitm/feb 2003)

4 April 2010. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Kebudayaan_Cina).


5 April 2010http://www.kompetensi.jpa.gov.my/ptkonline/fail/info/BookletPTK.pdf
http://id.wikipedia.org/wiki/Portal:Budaya

22