Anda di halaman 1dari 10

JKP 101 – Tugasan 1: KUMPULAN NEGARA

PUSAT PENDIDIKAN JARAK JAUH


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
SIDANG AKADEMIK 2010 - 2011

JKP 101: PENGANTAR SAINS POLITIK

TUGASAN 2

Anda dikehendaki menyiapkan SATU tugasan berbentuk esei dengan


menggunakan 4000 perkataan atas tajuk yang diagihkan khas untuk
anda.

Peraturan Untuk Menulis Esei

1. Markah bagi tugasan ini adalah 10 peratus.


2. Untuk memudahkan anda dalam urusan penyelidikan dan
penulisan esei sila pastikan anda menggunakan petua yang
tercatat di bawah ini:
a. Sediakan definisi
b. Beri tumpuan kepada isu pokok tajuk
c. Sediakan bukti-bukti yang kukuh dengan cara
menggunakan nota kaki dan bibliografi
d. Sediakan contoh-contoh, kes-kes, rajah-rajah yang sesuai,
dan sebagainya.
3. Tulis dengan cara yang mudah difahami.
4. Anda juga dinasihati untuk menggunakan beberapa petua yang
disediakan dalam rencana Teknik Menulis Kertas Kerja/Esei
yang di dapat diperolehi dari e-portal kursus.
5. Anda dilarang menggunakan comb-binding untuk tugasan
anda. Markah ‘0’ akan diberikan jika tidak mematuhi
peraturan ini
6. Tarikh akhir penyerahan esei ini adalah: 31 Disember 2010.
Namun demikian, anda boleh kemukakan tugasan anda lebih
awal.

Page 1 of 10
JKP 101 – Tugasan 1: KUMPULAN NEGARA

PUSAT PENDIDIKAN JARAK JAUH


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
SIDANG AKADEMIK 2010 - 2011

JKP 101: PENGANTAR SAINS POLITIK

TAJUK TUGASAN 2

NEGARA

1. Huraikan apa yang disyorkan oleh Karl Marx mengenai


negara yang adil dan saksama.

2. Huraikan apa yang disyorkan oleh pemikir-pemikir kontrak


sosial mengenai penubuhan negara.

3. Hak asasi, kepentingan dan kedaulatan rakyat dan


pengesahan daripada rakyat adalah antara konsep-konsep
baru yang timbul bersama negara moden. Apakah
pemahaman anda tentang konsep-konsep ini?
Bagaimanakah rekod sebenar prestasi negara-negara
moden masakini dalam soal-soal ini.

4. Huraikan peranan ideologi dalam sesuatu negara.

5. Huraikan beberapa teori yang kuat menyokong penguasaan


mutlak negara.

6. Huraikan konsep dan bentuk negara seperti yang


dibayangkan Karl Marx. Dapatkah bentuk negara yang
diinginkan oleh Karl Marx tercapai.

Page 2 of 10
JKP 101 – Tugasan 1: KUMPULAN NEGARA

7. “Perubahan sosial, ekonomi dan politik yang dialami


semuanya menyumbang ke arah pembangunan negara
moden.” Bincangkan pernyataan ini.

8. Huraikan proses pemilihan ketua eksekutif di negara yang


mengamalkan pemerintahan demokrasi berparlimen.

9. Bagaimana sifat institusi-institusi politik dapat digunakan


untuk menerangkan proses politik sesuatu negara.

10. Bandingan teori kedaulatan tradisional dengan teori


kedualatan pluralisme. Hubung kaitkan kedua-dua teori
tersebut dengan kuasa negara dan demokrasi moden.

11. Bincangkan ciri-ciri teori ketuhanan mengenai penubuhan


negara. Bincangkan mengapa teori ini kini disingkir.

12. Bincangkan ciri-ciri teori patriarkal/matriarkal mengenai


penubuhan negara. Bincangkan mengapa teori ini kini
dikritik dan diketepikan oleh ramai pengkaji politik.

13. Bincangkan ciri-ciri teori kontrak sosial atau perjanjian


masyarakat mengenai penubuhan negara. Bincangkan
kelebihan dan kelemahan teori berkenaan. Mengapa teori
ini dikritik dan ada pula pihak yang menyokongnya?

14. Bandingkan teori kontrak sosial dengan teori paksaan


mengenai penubuhan negara. Teori yang manakah
dianggap munasabah. Mengapa?

15. Mengapa kuasa dianggap penting dalam segala kegiatan


negara?

16. “Dua masalah pokok yang dihadapi oleh negara-negara


baru muncul iaitu mengekalkan pemerintahan yang mantap
dan menubuhkan sebuah negara yang bersatu padu.”
Bincangkan pernyataan ini.

17. Bincangkan mengapa angkatan tentera di beberapa buah


negara sentiasa campur tangan dalam hal pemerintahan
negara berkenaan.

Page 3 of 10
JKP 101 – Tugasan 1: KUMPULAN NEGARA

18. Huraikan faktor-faktor yang boleh semangat kesetiaan


kepada negara.

19. Bincangkan ciri-ciri yang membezakan negara daripada


pemerintahan.

20. Huraikan peristiwa-peristiwa ketegangan etnik di mana-


mana negara yang anda kenali. Bincangkan kesan nya
terhadap corak pemerintahan dan kestabilan politik negara
berkenaan.

21. Bincangkan mengapa krisis ketegangan politik yang


berpunca perjuangan kepentingan etnik wujud di dalam
sebuah negara dan bagaimana ia dapat diselesaikan.

22. Bincangkan peranan nasionalisme dalam menjamin


kekuatan sesebuah negara.

23. Huraikan mengapa kerap berlaku tunjuk perasaan di


sesebuah negara tertentu. Apakah kesan tindakan tersebut
kepada corak pemerintahan dan sosial negara berkenaan?
Nyatakan bagaimana tunjuk perasan dapat di bendung atau
dielakan.

24. Mengapa negara wujud? Bolehkah manusia hidup tanpa


negara?

25. Huraikan mengapa di beberapa negara tertentu angkatan


tentera berperanan politik manakala di negara-negara lain
angkatan tentera tidak sama sekali melibatkan diri dalam
kegiatan politik.

26. Bincangkan mengapa dan bagaimana di katakan negara


dan pemerintahan boleh diperalatkan oleh golongan
tertentu.

27. Huraikan perkara-perkara yang mempengaruhi rakyat


sesuatu negara bersatu padu.

Page 4 of 10
JKP 101 – Tugasan 1: KUMPULAN NEGARA

28. Bincangkan dengan memberi contoh-contoh yang


munasabah mengenai peranan ideologi dalam sebuah
negara yang anda kenali.

29. Kesahan sesebuah pemerintahan adalah tergantung kepada


ideologi yang diamalkan di sesebuah negara berkenaan.
Bincangkan pernyataan ini dengan memberi contoh-contoh
yang munasabah.

30. Bincangkan pengaruh parti politik dalam menentukan


kestabilan politik negara.

31. Huraikan konsep kedaulatan dan faktor yang menentukan


kesejahteraan sesebuah negara.

32. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘budaya demokrasi’?


Bagaimanakah kebudayaan demokrasi dapat diasuh dan
diamalkan di sebuah negara?

33. Huraikan perkara-perkara yang boleh mengakibatkan


rusuhan kaum di sebuah negara. Cadangkan cara-cara
yang dapat diamalkan untuk mengelakkan rusuhan
tersebut.

34. Huraikan mengapa dan bagaimana kezaliman berlaku di


sesuatu negara. Bagaimana ia dapat diatasi.

35. Huraikan bagaimana seorang pemerintah yang bersifat


kuasa mutlak dapat dipertanggungjawabkan.

36. Bincangkan bagaimana seorang pemerintah dapat


dipertanggungjawabkan di sesebuah negara yang
mengamalkan corak pemerintahan demokrasi berparlimen.
Bincangkan mengapa dan bagaimana parti-parti politik
perlu diawasi.

37. Hampir semua negara dunia ketiga telah mengetepikan


sistem demokrasi liberal selepas mencubanya buat
beberapa ketika. Mengapa?

Page 5 of 10
JKP 101 – Tugasan 1: KUMPULAN NEGARA

38. Bincangkan pernyataan berikut: “sosialisme menganjurkan


masyarakat yang berlandaskan hak milik bersama, dalam
bentuk milik negara”

39. Bincangkan mengapa di beberapa buah negara yang


mengamalkan corak pemerintahan demokrasi liberal tidak
stabil.

40. Bincangkan mengapa kebanyakan pemerintahan di negara


sedang membangun lebih cenderung memilih corak
pemerintahan yang bercorak autokrasi

41. Huraikan bagaimana kehendak-kehendak rakyat jelata dapat


dikemukakan kepada pemerintahan untuk penyelesaian.

42. Bincangkan peranan Raja Thai sebagai Ketua Negara.


Mengapa Raja Thai disanjung tinggi oleh Rakyat Thai?
43. Bincangkan apa yang dimaksudkan dengan pengawasan
dan perseimbangan. Bincangkan bagaimana pengawasan
dan perseimbangan dilakukan di mana-mana dua negara
terpilih.

44. Bincangkan perbezaan dan pertalian di antara konsep-


konsep: Negara, Negeri, Bangsa dan Pemerintahan. Cuba
pastikan perbezaan dan juga pertalian di antara konsep-
konsep ini.

45. Bincangkan kaedah-kaedah dan langkah-langkah yang


dapat dianjurkan untuk mencapai perpaduan bangsa dan
negara.

46. Bincangkan corak campur tangan negara asing dalam hal


sosial-politik dan ekonomi negara yang lain.

47. Mengapakah proses politik di negara Filipina dan Indonesia


kurang stabil?

48. Mengapa sesuatu negara memilih untuk berperang dengan


negara yang lain?

Page 6 of 10
JKP 101 – Tugasan 1: KUMPULAN NEGARA

49. “Penubuhan Negara Israel adalah hasrat kaum Yahudi.


Mereka pasti akan mempertahankan Negara Yahudi tidak
kira siapa yang mencabarnya.” Huraikan pernyataan ini.

50.
“Pada Mei lalu, ICJ memutuskan bahawa Singapura
mempunyai hak kedaulatan terhadap Batu Putih dan
Malaysia pula bagi Batuan Tengah, manakala Tubir Selatan
menjadi milik negara di perairan mana terumbu itu terletak.”
Bincangkan pernyataan ini dan implikasi peristiwa tersebut
ke atas kedaulatan Negara Malaysia.

51. Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah: ''Raja
menjadi sumber rujukan ketika berlakunya krisis di
kalangan rakyat. Raja memastikan bahawa berlakunya
secara adil mekanisme semak dan imbang antara cabang-
cabang perundangan, eksekutif dan kehakiman sekali gus
memperkukuhkan institusi demokrasi dalam Negara.”
Utusan Malaysia 22 Julai 2008

Bincangkan pernyataan ini.

52. Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, raja-raja
hendaklah menjauhkan diri daripada dijadikan instrumen
oleh mana-mana pihak dalam persaingan mendapatkan
kuasa politik.

Dalam hubungan ini tegas baginda, sistem raja


berperlembagaan perlu ditafsirkan sebagai perkongsian
kuasa antara raja dan rakyat. Utusan Malaysia 22 Julai 2008

Bincangkan pernyataan ini.

53. Bincangkan faktor-faktor yang mengakibatkan kemunculan


negara Israel pada tahun 1948. Mengapakah negara Israel
sentiasa ditentang oleh pemimpin negara Arab sekitar
Timur Tengah.

Page 7 of 10
JKP 101 – Tugasan 1: KUMPULAN NEGARA

54. Bincangkan faktor-faktor yang mengakibatkan pemerintah


berkuku besi mudah memerintah sesebuah negara.

55. Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, “Selaras
dengan semangat Raja Berperlembagaan yang biasa diamalkan,
peranan Raja adalah memerintah dan bukan mentadbir. Raja
hendaklah berada di atas segala urusan politik dan urusan
pentadbiran harian yang melibatkan banyak kerenah dan
pelbagai kontroversi.” Utusan Malaysia 22 Julai 2008

Bincangkan pernyataan ini.

56. Bincangkan mengapa sesuatu negara memilih cara


peperangan untuk menyelesaikan masalah dengan negara
yang lain.

57. Bincangkan dengan memberi contoh yang munasabah


mengapa pergerakan pemisah berlaku di negara-negara
tertentu.

58. Bincangkan mengapa Raja Gyanendra, Nepal dibantahi oleh


rakyat mulai 2006 .

59. Huraikan kerjasama (atau tidak) di antara pelbagai


kumpulan di negara Iraq pada masa kini. Bincangkan
pergolakan kumpulan berkenaan terhadap corak
pemerintahan di Iraq pada masa kini.

60. Bincangkan mengapa dikatakan orang perseorangan tidak


berkuasa dan kurang peranan mereka mendatangkan
perubahan dalam proses politik masa ini.

61. Adakah munasabah untuk dikatakan bahawa orang


perseorangan tidak lagi berperanan dalam proses politik
masa kini?

62. “Memang menjadi asas kepada demokrasi bahawa


golongan minoriti harus diberi kedudukan yang munasabah
dalam hal pemerintahan Negara.” Bincangkan pernyataan
ini dengan kemukakan hujah yang berpatutan.

Page 8 of 10
JKP 101 – Tugasan 1: KUMPULAN NEGARA

63. Apakah prinsip-prinsip atau pertimbangan-pertimbangan


yang digunakan dalam pembahagian kawasan pilihan raya
di Negara-negara demokrat.

64. Bincangkan siapa akan mengawal agar badan eksekutif


sesuatu Negara tidak menyalahgunakan kuasanya.

65. Tindakan memperkenalkan perlembagaan baru bagi Negara


Iraq lebih merupakan satu usaha mencari pendamaian di
negara berkenaan. Bincangkan pernyataan ini.

66. Apakah cabaran yang dihadapi oleh pihak pemerintah


negara Iraq?
Apakah tindakan-tindakan yang perlu diambil untuk
mendatangkan keadaan aman kepada negara berkenaan?

67. Tindakan memperkenalkan perlembagaan baru bagi Negara


Iraq lebih merupakan satu usaha mencari pendamaian di
negara berkenaan.. Bincangkan pernyataan ini.

68. Bincangkan fungsi parti politik? Adakah fungsi-fungsi yang


dinyatakan sama di Negara Barat (liberal demokrasi)
berbanding di Negara sedang membangun.

69. Bagaimana kenapa keadaan darurat (state of emergency)


dikuatkuasakan pada Januari 2007 di Bangladesh.
Bincangkan proses politik dan kesannya terhadap Negara
Bangaladesh seterusnya.

70. Senario Politik Di Bangaladesh – 2007


“The military-backed caretaker government [of Bangladesh]
has slapped a ban on all political activities, and the security
forces have been busy picking up political leaders in the
middle of the night and throwing them into jail.” (sumber:
BBC)
Bincangkan kelebihan dan kelemahan yang mungkin wujud
akibat tindakan-tindakan ini.

71. Bincangkan mengapa di beberapa Negara tertentu angkatan


tentera sentiasa diharapkan akan campur tangan untuk
menyelesaikan krisis politik yang dihadapi.

Page 9 of 10
JKP 101 – Tugasan 1: KUMPULAN NEGARA

72. Bincangkan mengapa Aung San Suu Kyi ditahan selama 12


tahun oleh pemerintah Negara Myanmar.

73. Bincangkan mengapa di katakan tindakan dan dasar


(bekas) Perdana Menteri Takshin Shinawatra telah
mengakibatkan penentangan yang kuat daripada puak
pelampau di Thai Selatan.

74. Jeneral Sondhi Boonyaratkalin, bekas ketua tentera


Thailand telah tegaskan “puak pemisah di Selatan Thai
ingin negara yang tersendiri untuk mereka – ini tidak
mungkin – kita tidak akan membenarkan perkara ini
belaku.” (NST 18.05.07) Bincangkan pernyataan tersebut
dengan berkaitan dengan kejadian-kejadian puak pelampau
di negara berkenaan.

75. Bincangkan faktor-faktor yang mengakibatkan kemunculan


puak pemisah di tiga negara yang anda kenali. Apakah kah
faktor yang menjayakan atau kurang menjayakan
pergerakan yang dimajukan.

KRN/PPPJJ/07.08.2010

Page 10 of 10

Anda mungkin juga menyukai