Anda di halaman 1dari 10

Majlis Ugama Islam Singapura

Khutbah Jumaat
26 November 2010 / 19 Zulhijjah 1431
Keteguhan Sifat As-Shabr Dalam Diri -
Kunci Kekuatan Mukmin

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,


Marilah kita terus mempertingkatkan ketakwaan kita kepada
Allah s.w.t., dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Sesungguhnya
kesabaran dan kecekalan dalam menempuhi segala ujian
dan cabaran, merupakan antara ciri-ciri penting yang perlu

1
ada pada setiap insan, dalam usaha meningkatkan diri kita
sebagai hamba-hamba-Nya yang bertakwa.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,


Pada beberapa minggu yang lalu, kita telahpun didedahkan
kepada beberapa nilai terpuji seperti sikap Al-Birr iaitu
melakukan perkara kebaikan dan juga As-Shidq yang
bermaksud kebenaran atau jujur. Maka pada kesempatan
ini, saya ingin mengajak anda sekalian untuk kita meneliti
satu lagi sifat dan sikap yang perlu ada dalam kehidupan
setiap Muslim, iaitu sifat As-Shabr atau kesabaran.

Secara umum, sifat sabar boleh dibahagikan kepada


beberapa kategori. Pertama, sabar dalam melakukan
kebaikan. Kedua, sabar dari melakukan keburukan atau
kejahatan dan ketiga, sabar dalam menghadapi musibah
atau kesukaran.

Saudaraku yang dikasihi sekalian,


Dalam melaksanakan segala perkara yang bersangkutan
dengan kebaikan, adalah amat penting bagi seorang Muslim
itu untuk mempunyai sikap sabar. Tanpanya, seseorang
hamba itu tidak akan mampu untuk menggalak dirinya bagi
melaksanakan segala perintah Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t.
dalam surah Al-Muddhathir ayat 7:
2
Ertinya: Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka
hendaklah kamu bersabar. ”

Sebagai contoh pada ketika ini, pasti terdapat di kalangan


kita yang sedang sibuk melakukan persiapan untuk anak-
anak mereka bagi sesi persekolahan pada tahun hadapan,
seperti pembelian buku-buku teks dan sebagainya. Ini
biasanya pula, melibatkan perbelanjaan yang bukan sedikit
jumlahnya, lebih-lebih lagi jika ianya membabitkan keluarga
yang besar.

Maka kesabaran para ibu bapa dalam melakukan


pengorbanan bagi kemaslahatan keluarga, haruslah didahului
dengan niat yang ikhlas dan mengharapkan keredhaan Allah.
Insha Allah, ketulusan itu akan dibalas dengan ganjaran
ketakwaan, dipermudahkan segala urusan kita serta
dibukakan segala pintu rezeki. Firman Allah s.w.t. dalam
surah At-Talaq ayat 3-4:

3
Ertinya: “Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan
melakukan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala
tegahan-Nya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan
keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta
memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.”

Selain sabar dalam melaksanakan perintah Allah s.w.t., kita


juga diperintahkan untuk bersabar dalam mengawal diri dari
melakukan perkara yang dibenci oleh Allah s.w.t.

Sebagai contoh dalam era media baru seperti Facebook,


Youtube dan sebagainya, kita sewajarnya perlu lebih berhati-
hati dan bertanggungjawab dalam melakukan sebarang
perkongsian yang berbentuk pendapat atau luahan. Ini
penting agar ianya tidak mengandungi sebarang kata-kata
kesat atau celaan yang boleh menjatuhkan maruah terhadap
orang lain. Begitu juga dengan menyiarkan dan berkongsi
foto-foto atau video intim peribadi bersama pasangan atau
tunangan.

Maka setiap kali kita tergerak untuk melakukan sesuatu


keburukan, maka ingatilah Allah s.w.t. dan pohonlah
perlindungan daripada-Nya. Jika kita belum mampu
melakukan demikian, pastikanlah kita berdamping dengan

4
orang yang mampu mengingatkan kita akan Allah s.w.t.
Semoga dengan demikian, akan terbentuklah sifat sabar di
dalam mengawal diri dari melakukan kesilapan.

Saudaraku yang dikasihi sekalian,


Salah satu bentuk kesabaran juga ialah, bersabar ketika
seseorang hamba menerima sesuatu ujian dan dugaan
daripada Allah s.w.t. Ketahuilah saudaraku, Allah s.w.t. telah
menjelaskan di dalam Al-Quran bahawa manusia akan
sentiasa diuji. Untuk itu, kita harus sentiasa bersedia untuk
menghadapinya. Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Baqarah
ayat 155:

Ertinya: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu


dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan, dan
kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.
dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang
sabar.”

Saudaraku sekalian, setiap ujian yang diterima manusia


datang dari pelbagai sudut. Baik dari segi soal kesihatan,

5
kewangan, pekerjaan, persekolahan mahupun ujian
kehilangan seseorang yang amat kita sayangi dan kasihi.

Malah Baginda s.a.w. seperti manusia yang lain, juga turut,


diuji oleh Allah s.w.t., malah kesakitan yang dialami oleh
Baginda sebagai contoh, melebihi dari penderitaan yang
dihadapi oleh hamba-hamba-Nya yang lain.

Pernah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim,


bahawasanya Nabi s.a.w. menghidapi demam panas, lalu
seorang sahabat bernama Ibn Mas’ud berkata: “Ya
Rasulullah, sesungguhnya Tuan dihinggapi penyakit panas
yang amat sangat.” Beliau kemudian bersabda: “Benar,
sesungguhnya aku terkena panas sebagaimana panas dua
orang dari kamu semua yang menjadi satu.”

Ibn Mas’ud berkata lagi: “Kalau demikian Tuan tentulah


mendapatkan (pahala) dua kali pahala.” Nabi bersabda:
“Benar, demikianlah memang keadaannya, tiada seorang
Muslim pun yang menghadapi oleh sesuatu kesakitan, baik
itu berupa duri ataupun sesuatu yang lebih dari itu,
melainkan Allah pasti menutupi kesalahan-kesalahannya
dengan sebab musibah yang menimpanya tadi dan

6
digugurkanlah dosa-dosanya sebagaimana sebuah pohon
menurunkan daunnya - dan ini jikalau disertai kesabaran.”

Perhatikan saudaraku, bagaimana insan agung yang paling


dikasihi dan dicintai Allah, tetap menerima cobaan yang
hebat dari-Nya. Malah Baginda pernah kehilangan insan-
insan yang dicintai oleh Baginda s.a.w., baik isterinya,
pamannya mahupun putera dan puteri Rasulullah s.a.w.

Anggaplah ujian yang diterima bukanlah satu kebencian dari-


Nya, tetapi peluang untuk kita mendapatkan ganjaran
daripada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-
Furqaan ayat 75:

Ertinya: “Mereka itu semuanya akan dibalas dengan


mendapat tempat yang tinggi di syurga disebabkan
kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima
penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya.”

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,


Terdapat sebahagian dari kita yang mungkin menganggap
bahawa ujian dari Allah s.w.t., hanyalah apabila seseorang itu
ditimpa musibah, ataupun menanggung kesusahan. Akan

7
tetapi, perhatikanlah firman Allah s.w.t. dalam surah Al-
Anbiyaa ayat 35:

Yang bermaksud: “Dan akan Kami menguji kamu di dalam


kesusahan, juga di dalam kebaikan, terdapat ujiannya, dan
sesungguhnya kepada Kamilah kamu semua akan
dikembalikan. ”

Jelas dari ayat ini, bahawa kadangkala ujian Allah s.w.t. tidak
semestinya merupakan satu kesusahan, kadangkala ianya
merupakan satu nikmat pemberian Allah s.w.t. kepada kita,
ataupun kesenangan hidup yang kita kecapi.

Dengan kesenangan kita sebenarnya diuji, apakah kita ingin


mensyukuri nikmat-nikmat tersebut? Adakah kita akan
bersedekah dan membantu saudara kita? Atau adakah
ibadah kita akan berkurangan lalu kita menjadi leka,
disebabkan kesenangan kehidupan di dunia?

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,


8
Jelas di sini, bahawa segala musibah yang diterima dari Allah
merupakan satu ujian dari-Nya, maka bagaimanakah caranya
bagi kita menghadapi segala ujian ini?

Pertama - Pada saat-saat awal dilanda musibah, ingatlah


Allah s.w.t. sebagaimana yang diajarkan oleh Allah s.w.t.
dalam surah Al-Baqarah ayat 156:

Ertinya: “Orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh


sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya Kami
adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami
kembali.”

Kedua - Pintalah pertolongan daripada Allah s.w.t. dan


perbanyakkanlah ibadah pada-Nya. Renungkanlah firman
Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 45:

Ertinya: “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan


jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat
itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”

9
Semoga dengan menghayati erti kesabaran dengan sebenar-
benarnya, kita akan mampu melaksanakan segala perintah
Allah s.w.t. dengan lebih tekun dan konsisten.

Semoga keikhlasan kita untuk menyemai sifat sabar ini akan


mempermudahkan kita di dalam meninggalkan larangan-
larangan Allah s.w.t., serta cekal dalam menerima segala
ujian dan dugaan Allah s.w.t., sekaligus menempatkan kita di
dalam keredhaan-Nya di dunia dan tatkala kita bertemu-Nya
kelak. Amin Ya Rabbal ‘Alamin

10