Anda di halaman 1dari 5

7.

0 Perbandingan Teori-teori PJJ 26

7.1 Perbandingan dari sudut definisi 26

Moore mencadangkan teori transactional distance yang sangat berstruktur system

mekanikal dan lebih berorientasikan pelajar serta hubungan interaktif dengan pengajar.

Teori ini menekankan konsep transactional dan distance dimana transactional

(transaksi) itu merujuk kepada kekerapan perhubungan manakala distance (jarak) pula

merujuk kepada keakraban dalam hubungan antara pelajar dan pengajar.

Peters memberikan definisi pendidikan jarak jauh sebagai suatu kaedah penyampaian

pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dirasionalisasikan dengan penggunaan prinsip

organisasi, pembahagian tugasan dan juga penggunaan media teknikal untuk

memproduksi bahan pembelajaran yang berkualiti yang boleh disampaikan kepada

ramai pelajar secara serentak tidak kira dimana mereka berada.

Manakala, teori Holmberg mengenai pendidikan jarak jauh berkisar mengenai guided

didactic conversation atau pengajaran perbualan dipandu yang merujuk kepada

perbualan simulasi ataupun perbualan sebenar.

Perbandingan antara ketiga-tiga definisi ini dilihat, Peters dan Moore lebih menekankan

kepada pemahaman manakala Holmberg lebih menekankan kepada penerangan dan

jangkaan.
7.2 Perbandingan dari sudut ciri-ciri unik 26 – 27

Perbandingan antara ketiga-tiga teori ini juga boleh dilihat pada sudut ciri unik yang

terdapat pada teori-teori tersebut.

Menurut Moore, beliau menekankan kepentingan kebebasan belajar sebagai komponen

penting dalam teori transactional distance yang diketengahkan beliau. Menurut beliau

lagi, jarak yang dibincangkan dalam teori ini tidak langsung merujuk kepada jarak

secara geografi akan tetapi ia merujuk kepada jarak hubungan dalam pembelajaran.

Sejauhmana seseorang pelajar itu berhubung rapat dengan pengajarnya

mempengaruhi pembelajaran pelajar jarak jauh. Hubungan ini tidak dipengaruhi oleh

geografi kerana tidak semestinya pelajar yang dekat dengan pengajar itu berhubung

rapat dengan pengajarnya malah sebaliknya pelajar yang berminat walaupun dilokasi

yang lebih jauh mungkin lebih rapat dengan pengajarnya disebabkan hubungan kontak

yang lebih kerap dan akrab.

Manakala Peters pula yang terdedah dengan sektor perindustrian pada era 60an

melihat pendidikan jarak jauh sebagai bentuk industry pembelajaran dan pengajaran.

Oleh yang demikian, beliau melihat pendidikan jarak jauh dalam perpektif industry yang
perlu melepasi proses-proses seperti rasionalisasi, organisasi, perancangan, kerja

persiapan, pembahagian kerja, mekanisma tertentu, barisan pemasangan dan

pengeluaran besar-besaran.

Holmberg pula melihat pendidikan jarak jauh dalam konsep guided didactic

conversation atau perbualan pengajaran dipandu dalam simulasi atau perbualan

sebenar. Menurut beliau, bahan pengajaran yang disediakan perlu disediakan seolah-

olah pelajar itu sebenar-benarnya berbual dengan pengajar.

7.4 Perbandingan dari sudut kebaikan 29 – 30

Teori yang dipelopori Moore dan Peter saling menyokong antara satu sama lain dalam

konteks sistem mekanikal berstruktur. Peter dan Moore percaya sesuatu kursus yang

direka perlu mempunyai sistem mekanikal berstruktur. Selain itu, dalam teori jarak

transaksi dan teori industri, kawasan liputan liputan boleh mencapai kawasan yang

lebih luas dengan dokongan dan sokongan teknologi terkini. Kemajuan teknologi masa

kini turut menyokong perkembangan positif pendidikan jarak jauh.

Tambahan lagi, aplikasi sistem mekanikal berstruktur lebih mudah dengan kemajuan

teknologi perkomputeran. Dalam ketiga-tiga teori yang dibincangkan, keutamaan

diletakkan keatas pemahaman pelajar menggunakan modul-modul kendiri yang dibina

oleh pusat pengajian.


Teori-teori yang dibincangkan juga turut menerapkan aspek autonomi dimana pelajar

menentukan bila dan bagaimana mereka belajar. Ini membolehkan mereka dapat

menguruskan masa dengan lebih cekap dan berkesan dan belajar mengikut masa

luang sendiri. Namun ia ditentukan oleh pengajar atau penyedia kursus sejauh mana

autonomi itu diberikan.

Pelajar yang mengambil kursus pendidikan jarak jauh kebiasaannya pelajar dewasa

yang tiada kesempatan untuk belajar secara sepenuh masa. Pelajar ini kebiasaannya

tinggal dipelbagai kawasan. Kewujudan pendidikan jarak jauh membuka peluang

kepada mereka untuk memperbaiki taraf hidup.

7.5 Perbandingan dari sudut kelemahan 31 – 32

Pendidikan jarak jauh telah berubah sejak ia mula diperkenalkan. Walaubagaimanapun,

jika sesuatu kursus yang diperkenalkan itu terlalu berstruktur ia akan menyebabkan

pelajar sukar untuk menyesuaikan diri dengan keperluan kursus.

Tujuan dan objektif pendidikan jarak jauh mungkin berbeza dengan kehendak mengikut

acuan industry. Oleh yang demikian, teori peter yang beracuankan latarbelakang

industry mungkin kurang sesuai diaplikasikan dengan sektor pendidikan.

Walaubagaimanapun, ia menyediakan platform yang baik untuk menawarkan kursus

kepada pelajar yang ramai seperti yang ditawarkan oleh Universiti Sains Malaysia.
Teori yang dipelopori oleh Holmberg menekankan kepada pemahaman mungkin

mengabaikan aspek lain. Malah sejauh mana pakej pembelajaran simulasi perbualan

dapat menggantikan perbualan sebenar antara pelajar dan pengajar. Pelajar lebih

mudah untuk mendapat pembelajaran apabila wujud proses komunikasi dua hala.

Dalam perbualan simulasi berstruktur tidak memungkinkan pelajar menjawab persoalan

yang timbul semasa belajar yang boleh berlaku dalam pembelajaran bersemuka.

BI PERKARA/ MOORE PETER HOLMBERG


TOKOH
L
1. Asas Merujuk kepada teori Merujuk kepada Merujuk kepada
jarak transaksi teori model konsep
(Transactional industri (Industrial perbualan
Distance Theory) Model of Distance pengajaran
Education) dipandu (Guided
Didactic
Conversation)
2. Ciri Unik Merujuk kepada dimana pendidikan dimana pelajar
autonomi pelajar jarak jauh dilihat dipandu dengan
sebagai komponen sebagai suatu modul simulasi
penting industry. seolah ia
perbualan
sebenar.
3. Persamaan Mempunyai Mempunyai Tiada
persamaan dengan persamaan persamaan
teori model industry dengan teori jarak dengan teori lain
berkaitan system transaksi
mekanikal berkaitan system
berstruktur. mekanikal
berstruktur.