Anda di halaman 1dari 4

.

Sepuluh sikap tercela yang lazim dilakukan manusia adalah:

1. Gelojoh ketika makan


—————————-
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga
meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang
berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap
--------------------------
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat
keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan
dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah
———————–
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan
marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh
mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki
—————-
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau
jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang
lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: `Dengki itu memakan segala kebaikan’
(riwayat Muslim).
5. Kedekut & bakhil
———————
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut
menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan
termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah
_________________

Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia
——————-
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi.
Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan
beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan
Muslim).

8. Ego atau sombong


———————–
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari
orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri


———————————-
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan
Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.
10. Gemarkan pujian atau riak
———————————–
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan
baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama
ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

* Sepuluh sikap yang dicela Allah ini,


jika diamalkan,
akan termasuk
dalam kategori melakukan dosa besar.

WALLAHU’ALAM BISSAWWAB ....

Anda mungkin juga menyukai