Anda di halaman 1dari 106

KEBERKESANAN STRUKTUR STILLING BASIN SEBAGAI STRUKTUR

PENEBAT BANJIR

ABDUL HASLIM BIN ABDUL SHUKOR LIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


PSZ 19:16 (pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦


JUDUL : KEBERKESANAN STRUKTUR STILLING BASIN SEBAGAI
STRUKTUR PENEBAT BANJIR

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya ABDUL HASLIM BIN ABDUL SHUKOR LIM

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan


Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.


2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( / )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau


kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan


oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )

/ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA )

Alamat Tetap : LOT 1441, EN. MUHAMMAD NASSIR BIN


KG. BARU BATU HAMPAR HANAPI
71300 REMBAU
NEGERI SEMBILAN

Tarikh : 28hb April 2008 Tarikh : 28hb April 2008

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan


** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini
perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus atau penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
ii

“Saya dengan ini mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.”

Tandatangan : …………………………………..
Nama Penyelia : EN. MUHAMMAD NASSIR BIN HANAPI
Tarikh : 28 APRIL 2008
iii

KEBERKESANAN STRUKTUR STILLING BASIN SEBAGAI STRUKTUR


PENEBAT BANJIR

ABDUL HASLIM BIN ABDUL SHUKOR LIM

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian


daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

Fakulti Kejuruteraan Awam


Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008
iv

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : …………………………………….
Nama : ABDUL HASLIM BIN ABDUL SHUKOR LIM
Tarikh : 28 April 2008
v

Ditujukan khas buat bonda, ayahanda dan keluarga tersayang.........


vi

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, akhirnya saya berjaya
menyiapkan Projek Sarjana Muda ini yang bertajuk “Keberkesanan Struktur Stilling
Basin Sebagai Struktur Penebat Banjir” dalam tempoh yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan kepada penyelia


saya, En. Muhammad Nassir Bin Hanapi kerana telah banyak memberi tunjuk ajar,
bimbingan dan nasihat kepada saya dalam melaksanakan kajian ini. Tunjuk ajar yang
diberikan amat bernilai dan tidak akan saya lupakan hingga ke akhir hayat.

Tidak ketinggalan juga diucapkan kepada kakitangan di Makmal Hidrol dan


Hidrologi yang tidak jemu-jemu memberikan idea, pandangan dan bantuan dalam
menjalankan kajian ini.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada kedua ibu-bapa saya, keluarga dan
rakan-rakan yang memberikan sokongan, kasih sayang, nasihat, semangat dan perhatian
yang serius kepada saya dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Segala pengorbanan yang telah diberikan akan sentiasa dikenang dan diingati
buat selama-lamanya. Semoga Allah sentiasa memberkati dan mengurniakan ganjaran
ke atas segala kebaikan yang diberikan.

Sekian, terima kasih.


vii

ABSTRAK

Struktur stilling basin telah diiktiraf sebagai struktur hidraulik yang sangat
berkesan dalam melesapkan tenaga aliran daripada alur limpah akan digunakan dalam
kajian ini bagi mengetahui keberkesanan struktur berkenaan sebagai struktur penebat
banjir dalam sistem saluran terbuka bagi saluran yang mempunyai keratan luas pada
bahagian hulu yang lebih besar daripada keratan luas saluran pada bahagian hilir. Tiga
model stilling basin jenis Simple Stilling Basin dengan nisbah lebar kepada struktur asal,
model dengan besen yang dipanjangkan dan model dengan besen yang didalamkan diuji
di dalam makmal bagi mendapatkan perbezaan aliran yang terhasil apabila melalui
struktur yang mempunyai dimensi yang berbeza tersebut dalam tujuan tebatan banjir.
Pelbagai keadaan aliran dihasilkan melalui perubahan kadar alir dan kecerunan saluran
turut dijalankan ke atas setiap model berkenaan. Analisis yang dilakukan terhadap data
yang diperolehi menunjukkan stilling basin berkesan dalam melesapkan tenaga,
mengurangkan halaju dan meningkatkan ukur dalam aliran tetapi hanya untuk nilai
kadar alir dan kecerunan yang rendah sahaja. Pemanjangan dan pendalaman besen
struktur berkenaan hanya akan mengurangkan keberkesanan struktur tersebut apabila
dibandingkan dengan struktur yang tidak diubahsuai. Keputusan menunjukkan bahawa
struktur stilling basin tidak sesuai digunakan sebagai struktur tebatan banjir apabila
digunakan bersendirian dalam saluran terbuka.
viii

ABSTRACT

Stilling basin has been considered as one of the effective structure in reducing
energy from the spillway will be used in this research to find it effectiveness as flood
mitigation structure in open water channel especially for channel that have smaller cross
section area of the downstream than the upstream. Three model of Simple Stilling Basin
with downscale of actual channel, lengthen basin and increase depth of basin were test in
the laboratory to find the different of flow in those dimension for the flood mitigation
purpose. Different cases of flow discharge and channel slope were considered in this
experiment for each of the model. Analysis of data have showed that stilling basin
structure is effective in reducing energy, flow velocity and increasing water depth but
for the low flow discharges and flume slope. The increased depth and length of the basin
make the basin less effective compare with the unmodified one. Stilling basin structure
does not suitable as the flood mitigation structure when it was using alone in the open
channel system.
ix

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
ISI KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SIMBOL xvi
ISTILAH xviii

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahaluan 1
1.2 Kenyataan Masalah 3
1.3 Objektif Kajian 5
1.4 Skop Kajian 6
1.5 Kepentingan Kajian 7
x

BAB II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 8
2.2 Komponen Stilling Basin 9
2.2.1 Besen 9
2.2.2 Tembok Sambut Sesekat 10
2.2.3 Blok Pelongsor 10
2.2.4 Ambang hujung 10
2.2.5 Dinding Sisi 11
2.2.6 Dinding Sayap 11
2.3 Jenis-jenis Stilling Basin 12
2.3.1 Stilling Basin Dengan Besen Mendatar 12
2.3.2 Stilling Basin Dengan Besen Cerun 17
2.4 Lompatan Hidraulik dalam Stilling Basin 19
2.4.1 Pengkelasan Lompatan Hidraulik 19
2.4.2 Panjang Lompatan 22
2.5 Rekabentuk Stilling Basin 23

BAB III KAJIAN MAKMAL

3.1 Pengenalan 30
3.2 Kajian Makmal 32
3.2.1 Langkah-langkah Awal 32
3.2.2 Ujikaji 1: Model Struktur Stilling Basin
dengan Nisbah Normal kepada Struktur
Asal 39
3.2.3 Ujikaji 2: Model Struktr Stilling Basin
dengan Besen yang Lebih Panjang 43
3.2.4 Ujikaji 3: Model Struktur Stilling Basin
dengan Besen yang Lebih Dalam 47
xi

BAB IV KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan 50

4.2 Keputusan Ujikaji Model Stilling Basin Pertama


Mengikut Nisbah Normal Struktur Asal 51
4.3 Keputusan Ujikaji Model Stilling Basin Kedua
Mengikut Nisbah Normal Struktur Asal dengan
Besen yang Lebih Panjang 58
4.4 Keputusan Ujikaji Model Stilling Basin Ketiga
Mengikut Nisbah Normal Struktur Asal dengan
Besen yang Lebih Dalam 65
4.5 Perbandingan Keputusan Kajian bagi Model
Pertama, Kedua dan Ketiga Model Stilling Basin 71
4.6 Perbincangan 73

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Kesimpulan 79
5.2 Cadangan 84

RUJUKAN 85

LAMPIRAN

Contoh Data Ujikaji 1 untuk Cerun 1/758 87


xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Pengkelasan lompatan hidraulik berdasarkan nombor


Froude pada permulaan lompatan 20

2.2 Pengkelasan lompatan hidraulik berdasarkan kepada


keadaan lompatan 21

3.1 Perbandingan antara kadar alir dengan kecerunan


yang berbeza dalam ujikaji pertama struktur stilling
basin 36

3.2 Parameter kajian untuk ujikaji model pertama 40

3.3 Parameter kajian untuk ujikaji model kedua. 44

3.4 Parameter kajian untuk ujikaji model ketiga 48

5.1 Kenaikan dan peratus kenaikan ukur dalam aliran 81

5.2 Penurunan dan peratus penurunan halaju aliran 81

5.3 Kehilangan dan peratus kehilangan tenaga aliran 82


xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Struktur stilling basin jenis Simple Stilling Basin 13

2.2 Struktur stilling basin jenis USBR Type II, III and IV 15

2.3 SAF Stilling Basin dengan perlindungan pada bahagian


hujung saluran 16

2.4 Rekabentuk struktur stilling basin oleh Sharma, 1973 16

2.5 Pengkelasan lompatan hidraulik menurut bentuk


geometri lompatan 20

2.6 Pengkelasan lompatan hidraulik berdasarkan kepada


nombor Froude pada permulan lompatan 21

2.7 Pengkelasan lompatan berdasarkan kepada (a) lompatan


bebas, (b) lompatan paksa dan (c) lompatan separuh
tenggelam 22

2.8 Parameter-parameter yang terdapat dalam rekabentuk


Simple Stilling Basin 23
xiv

2.9 Hubungan antara jenis stilling basin, nombor Froude


dan ukur dalam aliran 28

3.1 Carta alir kajian makmal 31

3.2 Saluran segiempat sama di dalam makmal 33

3.3 Alat pengukuran ukur dalam aliran 34

3.4 Injap pelarasan kadar aliran 35

3.5 Struktur kayu yang digunakan untuk menaikkan dasar


saluran dalam kajian ini 37

3.6 Alat pelarasan kecerunan saluran 38

3.7 Aliran yang terhasil dalam ujikaji yang pertama 41

3.8 Dimensi model stilling basin pertama bersama kedudukan


bacaan aliran yang diambil di dalam saluran 42

3.9 Dimensi model stilling basin kedua bersama kedudukan


bacaan aliran yang diambil di dalam saluran 46

3.10 Dimensi model stilling basin ketiga bersama kedudukan


bacaan aliran yang diambil di dalam saluran 49

4.1 Halaju aliran bagi ujikaji model pertama 54

4.2 Ukur dalam aliran bagi ujikaji model pertama 55


xv

4.3 Nombor Froude, Fr aliran bagi model ujikaji pertama 56

4.4 Turus tenaga aliran bagi model ujikaji pertama 57

4.5 Halaju aliran bagi model ujikaji kedua 61

4.6 Ukur dalam aliran bagi model ujikaji kedua 62

4.7 Nombor Froude, Fr aliran bagi model ujikaji kedua 63

4.8 Turus tenaga aliran bagi model ujikaji kedua 64

4.9 Halaju aliran bagi model ujikaji ketiga 67

4.10 Ukur dalam aliran bagi model ujikaji ketiga 68

4.11 Nombor Froude, Fr aliran bagi model ujikaji ketiga 69

4.12 Turus tenaga aliran bagi model ujikaji ketiga 70

4.13 Keadaan aliran pada bahagian hujung saluran selepas


perubahan semula dasar saluran kepada aras sebenar
dalam ujikaji untuk model ketiga 74

4.14 Keadaan aliran dalam saluran sebelum aliran melalui


struktur stilling basin 77
xvi

SENARAI SIMBOL

Fr = Nombor Froude
V = Jarak menegak
H = Jarak mendatar
y1 = Ukur dalam pada awal aliran/ sebelum lompatan hidraulik
berlaku/ pada awal aliran yang masuk ke dalam struktur stilling
basin
y2 = Ukur dalam selepas lompatan hidraulik berlaku
yakhir = Ukur dalam pada akhir aliran
L = Panjang struktur
LB = Panjang besen
v = Halaju aliran
y = Ukur dalam aliran
g = Pecutan graviti = 9.81 m/s2
hL = Kehilangan tenaga
v1 = Halaju air yang masuk ke dalam besen
v0 = Halaju air yang masuk ke dalam komponen pelebaran dan
pengecilan
y0 = Ukur dalam air yang masuk dalam komponen pelebaran dan
pengecilan
z1 = Ketinggian aras saluran dari datum pada permulaan komponen
pelebaran dan pengecilan
z0 = Ketinggian aras saluran dari datum pada permulaan besen
Q = Kadar alir
xvii

A = Luas keratan rentas aliran


WB = Lebar besen
W0 = Lebar saluran pada permulaan komponen pelebaran dan
pengecilan struktur stilling basin
LT = Panjang komponen pelebaran dan pengecilan
ST = Cerun komponen pelebaran dan pengecilan
Fr0 = Nombor Froude pada aliran yang masuk dalam komponen
pelebaran dan pengecilan
C = Nisbah antara ukur dalam aliran akhir dengan ukur dalam air
selepas lompatan
Fr1 = Nombor Froude aliran yang masuk dalam struktur stilling basin
z2 = Ketinggian aras saluran dari datum pada permulaan komponen
ambang hujung
z3 = Ketinggian aras saluran dari datum pada hujung komponen
ambang hujung/ hujung struktur stilling basin
LS = Panjang hujung basin sehingga hujung komponen ambang hujung
SS = Cerun komponen ambang hujung
S0 = Cerun saluran sebelum aliran masuk ke dalam komponen
pelebaran dan pengecilan
r = Jejari cerun
xviii

ISTILAH

Stilling Basin = Lembangan Penenang


Alur Limpah = Spillway
Asfalt = Asphalt
Empang Limpah = Weir
Besen = Basin
Ambang Hujung = End Sill
Genting Lampau = Supercritical
Subgenting = Subcritical
Pelongsor = Chute
Tembok Sambut Sesekat = Baffle Piers
Blok Pelongsor = Chute Blocks
Hakisan = Cavitation
Dinding Sisi = Sidewalls
Dinding Sayap = Wing Walls
Point Gauge = Tolok Penunjuk
Pintu Air Sluis = Sluice Gate
Pelebaran dan Pengecilan = Expansion and Depression
Air Balikan = Backwater
BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahaluan

Banjir merupakan suatu kejadian yang boleh berlaku secara semulajadi ataupun
disebabkan oleh aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh manusia. Kejadian banjir
merupakan salah satu kejadian hidrologi yang berlaku di Malaysia. Banjir boleh berlaku
disebabkan oleh hujan lebat yang turun sehingga menyebabkan air melimpahi tebing
sungai. Fenomena banjir meninggalkan kesan terhadap alam sekitar dan manusia. Oleh
yang demikian, pihak kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa langkah proaktif
bagi mengatasi, mengurangkan dan mencegah banjir daripada berlaku. Antara tindakan
yang diambil oleh kerajaan ialah dengan membina struktur-struktur hidraulik yang dapat
mengurangkan kadar alir puncak banjir dan halaju aliran seperti kolam tadahan, alur
limpah dan stilling basin.

Rekabentuk struktur bagi mengawal aliran dalam sistem saluran terbuka menjadi
keutamaan bagi jurutera-jurutera hidrologi di Malaysia. Namun, pilihan yang ada bagi
merekabentuk struktur ini di kawasan bandar adalah sedikit dan terhad disebabkan oleh
2

beberapa perkara seperti kos dan keluasan tanah. Kawasan-kawasan tersebut telah
dipenuhi dengan pembangunan dan rata-rata permukaan pada kawasan tersebut dilitupi
oleh asfalt dan konkrit yang mempercepatkan masa yang diperlukan oleh satu partikel
air untuk mengalir dari kawasan tadahan ke titik keluar ataupun bahagian yang terendah
dalam kawasan tadahan tersebut.

Struktur hidrologi yang diketahui mempunyai keberkesanan yang tinggi dalam


mengawal banjir ialah struktur kolam tadahan yang dapat mengawal dan menstabilkan
kadar alir di dalam sistem saluran terbuka dengan menyimpan air larian permukaan
sesuatu kawasan. Namun begitu, struktur kolam tadahan memerlukan ruang atau
keluasan tanah yang luas bagi meningkatkan lagi keberkesanan srtuktur tersebut dalam
mengawal banjir. Semakin tinggi kadar alir puncak banjir bagi sesuatu saluran terbuka,
semakin besar ruang atau keluasan tanah yang diperlukan oleh kolam tadahan untuk
mengurangkan risiko banjir daripada berlaku. Bagi mengatasi masalah ini, kolam
tadahan sering digunakan bersama dengan struktur hidrologi yang lain seperti alur
limpah dan empang limpah.

Masalah mula timbul apabila kerajaan atau pemaju tidak dapat menyediakan
keluasan tanah yang cukup atau dana yang sempurna bagi menaiktaraf sungai untuk
menampung kadar alir baru ini. Masalah ini menjadi lebih serius apabila hanya sistem
saluran di kawasan pembangunan pada kawasan hulu ini sahaja yang dinaiktaraf bagi
mengelakkan banjir pada kawasan tersebut sehingga menyebabkan luas keratan rentas
saluran pada bahagian hulu lebih besar daripada luas keratan rentas saluran pada
bahagian hilir sungai berkenaan. Turut memburukkan lagi keadaan ini adalah apabila
terdapat segelintir penduduk yang membuang sampah ke dalam sistem saluran sehingga
menyekat kelancaran aliran dan oleh mendapan partikel-partikel tanah disebabkan oleh
aktiviti-aktiviti pembinaan pada bahagian hulu sungai sehingga menyekat aliran air
melalui mendapan yang terhasil.
3

Sebagai satu pendekatan baru, salah satu struktur hidrologi iaitu struktur stilling
basin akan digunakan di dalam saluran terbuka bagi membantu mengurangkan banjir
dalam sistem berkenaan walaupun fungsi utama struktur tersebut adalah sebagai pelesap
tenaga dan mengawal hakisan.

Stilling basin boleh digunakan pada kawasan hulu sistem saluran terbuka bagi
merendahkan halaju aliran dalam sistem tersebut melalui kehilangan tenaga yang
berlaku apabila aliran melalui struktur stilling basin berkenaan sekaligus dapat
melambatkan tempoh masa untuk aliran sampai ke kawasan hilir dan membantu untuk
mengelakkan banjir daripada berlaku pada hilir sungai tersebut. Struktur ini juga dapat
membantu meningkatkan kualiti aliran dengan meningkatkan nilai oksigen terlarut
melalui lompatan hidraulik yang terhasil di dalam struktur berkenaan sekaligus dapat
membantu hidupan akuatik untuk terus hidup dalam sungai berkenaan terutama sekali
dalam sungai yang tercemar.

Keberkesanan stilling basin dalam menjalankan fungsi ini akan ditentukan


melalui peratusan pengurangan halaju dan penambahan ukur dalam aliran melalui
perbezaan nilai parameter tersebut pada kedudukan saluran yang berbeza yang telah
ditentukan.

1.2 Kenyataan Masalah

Hujan merupakan sumber utama kepada manusia sebagai sumber air dalam
kehidupan manusia. Apabila kuantiti hujan yang turun melebihi daripada kuantiti
maksimum yang dapat ditampung oleh sistem saliran terbuka pada kawasan berkenaan,
4

ia akan mengakibatkan banjir berlaku pada kawasan tersebut. Banjir yang berlaku akan
memberikan kesan buruk kepada pelbagai pihak terutamanya kepada penduduk di
kawasan tersebut.

Peningkatan taraf sungai yang berfasa-fasa oleh kerajaan telah memberi ruang
kepada peningkatan risiko banjir di kawasan hilir sungai terutamanya apabila
peningkatan sistem saliran berkenaan hanya dijalankan pada kawasan yang menghadapi
masalah banjir atau di kawasan bandar yang berada pada bahagian hulu sesuatu sungai.
Disebabkan perkara ini, akan terdapat sistem saliran dimana luas keratan rentas pada
bahagian hilir lebih kecil daripada luas keratan rentas pada hulu sungai. Masalah ini
bertambah buruk lagi dengan kegiatan-kegiatan manusia seperti pembuangan sampah-
sarap ke dalam sungai, mendakan tanah akibat aktiviti-aktiviti pembinaan dan
pembangunan serta pelbagai aktiviti-aktiviti lain yang boleh menyekat kelancaran aliran
dalam sungai berkenaan.

Sistem saliran terbuka akan diperlebar, diluruskan dan didalamkan serta pelbagai
struktur hidraulik dan hidrologi seperti kolam tadahan direkabentuk dan dibina bagi
mengatasi masalah ini. Namun, untuk kolam tadahan tersebut berfungsi dengan baik, ia
memerlukan kawasan atau ruang yang luas. Bagi sistem saluran terbuka yang
mempunyai kawasan rezab yang terhad, kolam tadahan tidak boleh dijadikan alternatif
dalam mencegah banjir daripada berlaku. Oleh yang demikian, struktur hidrologi lain
perlu dijadikan alternatif dalam menangani masalah ini. Dengan ini, kajian ini akan
dijalankan bagi menganalisis keberkesanan stilling basin sebagai struktur tebatan banjir.

Kaedah analisis yang akan digunakan adalah dengan menggunakan model fizikal
stilling basin yang mempunyai dimensi basin yang berlainan terhadap aliran dengan
kadar alir dan kecerunan saluran yang berbeza-beza. Data yang diperolehi akan
5

dianalisis dan sebarang bentuk perubahan parameter kajian akan dinyatakan dalam
bentuk peratusan terhadap keputusan yang diperolehi.

1.3 Objektif Kajian

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis sebarang


perubahan yang berlaku keatas parameter-parameter kajian iaitu halaju, ukur dalam,
nombor Froude, Fr dan tenaga aliran sebelum dan selepas melalui model stilling basin
yang disediakan.

Data-data yang akan diambil bagi membuat perbandingan untuk setiap kes aliran
yang berbeza ialah ukur dalam aliran pada kedudukan saluran yang telah ditetapkan bagi
setiap model stilling basin yang digunakan. Objektif lain kajian ini adalah:-

i. Bagi menganalisa keadaan aliran dalam keempat-empat parameter aliran


selepas aliran melalui model struktur stilling basin yang disediakan.

ii. Bagi mengetahui kesan perubahan dimensi besen struktur stilling basin yang
digunakan terhadap aliran yang melalui model tersebut.

iii. Bagi mengetahui kesan peningkatan kadar alir dan kecerunan saluran
terhadap halaju, ukur dalam, nombor Froude dan tenaga aliran apabila aliran
ini melalui model stilling basin pertama, kedua dan ketiga.
6

iv. Bagi mendapatkan keberkesanan struktur stilling basin sebagai struktur


penebat banjir dalam sistem saluran terbuka melalui paratusan perbezaan
halaju dan ukur dalam aliran sebelum dan selepas aliran melalui struktur
berkenaan pada kedudukan yang telah ditentukan dalam saluran berkenaan.

1.4 Skop Kajian

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji keberkesanan struktur


stilling basin dalam sistem saliran terbuka melalui simulasi model fizikal di dalam
makmal. Hanya saluran yang berbentuk segi empat sahaja yang akan dipertimbangkan
dalam kajian ini. Bagi struktur stilling basin pula, hanya stilling basin yang mempunyai
besen mendatar (kecerunan besen yang kurang daripada 1V:6H) dengan ambang hujung
yang berbentuk segiempat sahaja yang akan dipertimbangkan dalam ujikaji ini. Ukur
dalam aliran pada kedudukan saluran yang telah ditentukan terlebih dahulu sebelum
ujikaji fizikal dijalankan di dalam makmal akan diambil bacaannya bagi setiap kes aliran
yang berbeza-beza.

Keberkesanan model akan ditentukan melalui perbandingkan peratusan


pengurangan halaju dan peratusan peningkatan ukur dalam aliran yang didapati daripada
ujikaji yang akan dijalankan. Analisis akan dilakukan dengan menggunakan perisian
Microsoft Excel dan Advanced Grapher bagi menunjukkan data kajian dengan lebih
berkesan. Hasil kajian diharap dapat diaplikasikan dalam perancangan dan rekabentuk
struktur tebatan banjir di Malaysia.
7

1.5 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini adalah seperti berikut :-

i. Bagi mengetahui kelebihan dan kekurangan struktur stilling basin apabila


digunakan dalam mengatasi masalah banjir di Malaysia.

ii. Bagi mengkaji kebolehan pembangunan struktur stilling basin dalam


menjalankan fungsi lain selain daripada sebagai struktur pelesap tenaga.

iii. Bagi mengetahui kesan perubahan aliran terhadap perubahan dimensi


besen, peningkatan kadar alir dan peningkatan kecerunan saluran unutk
sistem saluran terbuka ini.

iv. Bagi memberi cadangan atau penyelesaian terhadap masalah banjir yang
kerap berlaku di negara kita.

v. Bagi membuka ruang atau peluang terhadap kajian mengenai struktur


stilling basin di masa hadapan.
BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Terdapat pelbagai struktur hidraulik dan hidrologi yang boleh digunakan untuk
mengatasi, mengurangkan dan mencegah banjir daripada berlaku di Malaysia. Antara
struktur yang biasa digunakan bagi tujuan ini ialah kolam tadahan dan alur limpah.
Keberkesanan struktur-struktur ini ditentukan dalam mengatasi masalah banjir
bergantung kepada jenis struktur yang digunakan, kapasiti rekabentuk dan pelbagai
faktor lain yang diambil kira semasa rekabentuk. Sebagai salah satu alternatif kepada
struktur-struktur penebat banjir yang sedia ada, struktur stilling basin akan dikaji
kebolehannya dalam menjalankan fungsi yang telah disebutkan diatas. Keberkesanan
struktur stilling basin akan ditentukan melalui peratusan penurunan halaju dan
peningkatan ukur dalam aliran di dalam saluran tersebut setelah aliran melalui struktur
berkenaan.
9

Struktur stilling basin biasanya digunakan sebagai struktur pelesap tenaga yang
menukarkan aliran genting lampau daripada struktur alur limpah dan pelongsor kepada
aliran subgenting yang bersesuaian dengan aliran pada bahagian hilir sistem saluran
terbuka atau sungai di Malaysia.

2.2 Komponen Stilling Basin

Berikut adalah beberapa komponen stilling basin yang sering digunakan


bergantung kepada jenis stilling basin yang mahu dibina.

2.2.1 Besen

Terdapat dua jenis besen yang biasa digunakan dalam membina struktur stilling
basin, iaitu besen mendatar dan besen cerun. Besen dikira mendatar jika kecerunan
besen tersebut sama atau kurang daripada 1V:6H dan sebaliknya. Kedua-dua jenis besen
ini akan dibincangkan dalam sub topik yang seterusnya.
10

2.2.2 Tembok Sambut Sesekat

Tembok sambut sesekat seringkali digunakan untuk membantu dalam menjana


lompatan hidraulik dalam struktur stilling basin. Penggunaan tembok sambut sesekat
boleh membantu mengurangkan panjang lompatan, mengurangkan kedalaman yang
diperlukan oleh besen dan menstabilkan lompatan yang terhasil. Saiz, kedudukan,
bilangan dan bentuk tembok sambut sesekat yang direkabentuk bergantung kepada ciri-
ciri lompatan hidraulik seperti panjang lompatan, tinggi lompatan dan lain-lain lagi serta
jenis stilling basin yang akan digunakan.

2.2.3 Blok Pelongsor

Blok pelongsor merupakan komponen stilling basin yang berbentuk segitiga


yang terletak pada permulaan struktur iaitu pada saluran masuk aliran ke dalam struktur
stilling basin. Blok pelongsor seringkali digunakan bagi meningkatkan keberkesanan
stilling basin sebagai struktur pelesap tenaga dan mengurangkan hakisan daripada
berlaku pada besen struktur berkenaan.

2.2.4 Ambang Hujung

Ambang hujung seringkali digunakan sebagai dinding terakhir pada bahagian


hujung stilling basin untuk meningkatkan aras aliran kepada aras yang bersesuaian
11

dengan aras aliran pada bahagian hilir sungai. Bentuk ambang hujung tidak
mempengaruhi keberkesanannya dalam menjauhkan aliran yang berhalaju tinggi dari
dasar sungai untuk mengurangkan hakisan. Ambang hujung yang terlalu tinggi akan
membawa kepada kerokan yang dalam manakala ambang hujung yang terlalu rendah
akan membawa kepada kerokan yang dalam dan jauh. Ambang hujung yang berbentuk
segitiga dengan kecerunan 1V:1H sangat berkesan dalam membuang sampah dan
mendapan yang terhasil di dalam struktur stilling basin berkenaan.

2.2.5 Dinding Sisi

Dinding sisi adalah dinding yang menegak pada kedua-dua belah sisi struktur
stilling basin yang membantu menangani masalah keadaan aliran eddy pada stilling
basin berkenaan. Dinding sisi hendaklah dibina pada ketinggian sekurang-kurangnya
pada aras ketinggian maksimum aliran yang keluar daripada struktur berkenaan.

2.2.6 Dinding Sayap

Dinding sayap merupakan dinding tegak bebas yang memantulkan kembali


gelombang aliran yang terhasil dalam stilling basin. Dinding ini terletak pada kedudukan
90º daripada dinding sisi bagi mengoptimumkan keberkesanannya.
12

2.3 Jenis-jenis Stilling Basin

Stilling basin dapat dibahagikan kepada dua jenis mengikut keadaan besen sama
ada besen tersebut mendatar atau cerun.

2.3.1 Stilling Basin Dengan Besen Mendatar

Besen dikira sebagai besen mendatar apabila cerun besen tersebut kurang atau
sama dengan 1V:6H. Kebanyakan stilling basin dengan besen mendatar yang digunakan
pada hari ini adalah dibangunkan oleh United States, Bureau of Reclamation (USBR)
melalui hasil kajian model hidrologi yang dijalankan. Jenis-jenis besen yang terdapat
dalam kategori besen mendatar dapat dibahagikan mengikut:-

i. Halaju air yang masuk ke dalam struktur stilling basin


a. Pada halaju yang kurang atau sama dengan 15 m/s, penambahan
struktur seperti tembok sambut sesekat boleh digunakan.
b. Pada halaju yang melebihi 15 m/s, dimana penambahan struktur tidak
dicadangkan bagi mengelakkan hakisan daripada berlaku.

ii. Nombor Froude yang masuk ke dalam struktur stilling basin


a. Nombor Froude yang rendah, 2.5 – 4.5
b. Nombor Foude yang tinggi, melebihi 5
13

Dalam merekabentuk stilling basin dengan besen mendatar, adalah dicadangkan


agar kedalaman atau dasar besen tersebut berada di bawah ketinggian aliran akhir
setelah melalui sesuatu struktur stilling basin. Dalam memenuhi syarat ini, kadangkala
besen tersebut akan berada di bawah kedalaman purata dasar sungai dan memerlukan
pengorekan dan kerja-kerja pendalaman yang lebih terhadap dasar saluran pada
bahagian berkenaan. Dalam kajian untuk meningkatkan kedalaman lantai besen yang
telah dijalankan oleh Peterka (1978), ia telah menunjukkan terdapat penurunan kadar
keberkesanan aliran akhir bagi aliran tersebut. Peterka telah merumuskan bahawa tiada
jalan ringkas untuk meningkatkan keberkesanan kedalaman sesuatu aliran akhir.

Simple Stilling Basin adalah salah satu jenis stilling basin dimana rekabentuknya
adalah berasaskan kepada lompatan hidraulik berkesan mudah dengan hubungan yang
lebih efektif antara satu sama lain. Penggunaan jenis-jenis stilling basin selain daripada
jenis Simple Stilling Basin boleh membawa kepada penjimatan dari segi kos pembinaan.

Rajah 2.1 Struktur stilling basin jenis Simple Stilling Basin


14

USBR Basin Type II adalah salah satu jenis stilling basin yang sering digunakan
untuk aliran yang mempunyai nilai nombor Froude, Fr melebihi 5, ketinggian air
sehingga 60 m dan kadar alir masuk sehingga 46 m3/s tanpa memerlukan pembentukan
model kajian untuk struktur tersebut. Bagi kadar alir dan ketinggian air yang lebih besar,
pembentukan model kajian adalah dicadangkan untuk struktur tersebut. Kelainan stiling
basin ini apabila dibandingkan dengan Simple Stilling Basin ialah melalui penambahan
salah satu komponen stilling basin iaitu blok pelongsor pada permulaan basin dan
perubahan pada ambang hujung yang digabungkan bersama komponen blok pelongsor.

Bagi jenis struktur stilling basin ketiga iaitu USBR Basin Type III pula boleh
digunakan dengan selamat untuk halaju air masuk sehingga 18 m/s dan kadar alir masuk
sehingga 19 m3/s tanpa memerlukan pembentukan model kajian terhadap saluran
berkenaan. Penambahan tembok sambut sesekat pada pertengahan lantai besen
membolehkan pengurangan panjang apron dilakukan sehingga 1.5 daripada ukur dalam
aliran akhir dan menghalang kehilangan lompatan hidraulik daripada berlaku sehingga
aliran akhir mencapai kedalaman 0.85 ukur dalam aliran selepas melalui struktur
berkenaan. Bagi halaju aliran yang lebih tinggi, pembentukan model kajian diperlukan
bagi menentukan kedudukan blok pelongsor yang sesuai agar pengurangan panjang
apron dapat dikekalkan sebaik mungkin dan bagi mengelakkan hakisan daripada
berlaku.

USBR Basin Type IV digunakan dalam keadaan nombor Froude yang rendah
(2.5-4.5) dimana keberkesanan lompatan hidraulik dalam melesapkan tenaga adalah
kurang dan halaju air masuk yang daripada jet berayun membentuk gelombang pada
bahagian hilir yang sukar untuk distabilkan. Bagi keadaan aliran jenis ini, blok
pelongsor yang besar digunakan bersama besen yang mempunyai panjang yang sama
dengan panjang semulajadi lompatan hidraulik yang berlaku terhadap aliran tersebut,
dalam lingkungan nilai 6 ukur dalam aliran akhir dan ambang hujung yang berbentuk
15

segitiga. Adalah dicadangkan agar aras untuk besen berada pada 1.1 ukur dalam aliran
akhir dibawah aliran akhir yang terhasil.

Rajah 2.2 Struktur stilling basin jenis USBR Type II, III and IV.

Salah satu jenis stilling basin yang turut digunakan ialah Saint Anthony Falls
(SAF) stilling basin yang dibangunkan oleh Blaisdell (1948) bagi nombor Froude antara
2 hingga 17 bagi saluran yang lebih kecil dan untuk kerja perubahan yang melibatkan
kadar alir dan ketinggian aliran yang lebih rendah. Struktur jenis ini menyerupai USBR
Basin Type III tetapi mempunyai panjang besen yang lebih pendek ( LB = 2 y2 ). Oleh
kerana besen ini mempunyai panjang yang lebih pendek, pelesapan tenaga akan turut
16

berlaku pada bahagian ambang hujung, dan ini memerlukan dasar saluran pada bahagian
hujung struktur berkenaan dilindungi bagi mengelakkan hakisan daripada berlaku.

Rajah 2.3 SAF Stilling Basin dengan perlindungan pada bahagian hujung saluran.

Sharma (1973) turut mencadangkan satu rekabentuk stilling basin bagi aliran
yang mempunyai nombor Froude yang rendah (2.5 – 4.5). Struktur stilling basin yang
dicadangkan tersebut mengandungi satu barisan tembok sambut sesekat di bahagian
besen dan ambang hujung yang diubahsuai bentuknya serta panjang besen dari 5 hingga
6 ukur dalam aliran akhir. Rekabentuk yang dicadangkan ini adalah berdasarkan kepada
kajian-kajian yang dijalankan terhadap struktur ketinggian air rendah seperti empang
limpah, empangan rendah dan susutan terusan.

Rajah 2.4 Rekabentuk struktur stilling basin oleh Sharma, 1973.


17

Terdapat pelbagai lagi jenis stilling basin yang diubahsuai daripada model-model
yang sedia ada untuk disesuaikan dengan keadaan dan keperluan aliran dalam sesuatu
saluran. Pengubahsuaian rekabentuk yang dilakukan ini dibantu oleh kajian terhadap
model kajian fizikal yang menyerupai model sebenar di tapak.

2.3.2 Stilling Basin Dengan Besen Cerun

Besen dikategorikan sebagai besen cerun apabila nisbah ketinggian terhadap


panjang besen melebihi 1V:6H. Besen cerun sesuai untuk keadaan dimana aras
kadalaman aliran akhir lebih besar daripada aras kedalaman air yang berlaku akibat
lompatan hidraulik yang terjadi. Bagaimanapun, keputusan untuk memilih stilling basin
dengan besen cerun bergantung kepada keadaan di tapak sama ada stilling basin tersebut
dapat dibina dengan kerja-kerja pengorekan yang minimum bagi keadaan kadar alir yang
maksimum. Ini kerana pengorekan yang berlebihan akan meningkatkan kos pembinaan
dan menjadikan besen cerun kurang efektif jika dibandingkan dengan besen mendatar.
Lompatan hidraulik bagi besen cerun hendaklah bermula pada bahagian hulu saluran
pada sepanjang struktur tersebut.

Prosedur untuk merekabentuk stilling basin dengan besen cerun belum pernah
diselaraskan seperti rekabentuk stilling besen mendatar. Oleh yang demikian, penilaian
manusia memainkan peranan yang besar dalam menentukan rekabentuk besen cerun
yang sesuai. Panduan untuk merekabentuk stilling besen cerun dapat dirumuskan secara
amnya seperti dibawah (Khatsuria, 2006):-
18

i. Cerun itu sendiri tidak memberikan kesan yang besar dalam mempengaruhi
keberkesanan besen dan ia adalah berdasarkan kepada keadaan di tapak
stilling basin tersebut.

ii. Panjang teoritikal lompatan hidraulik yang berlaku pada kadar alir
maksimum boleh didapati menerusi carta rekabentuk yang bersesuaian atau
daripada hubungan yang dihasilkan melalui model kajian. Kedudukan
lompatan ditentukan oleh jurutera yang merekabentuk. Analisis yang telah
dijalankan menunjukan panjang besen berada dalam 39-83 peratus daripada
panjang lompatan hidraulik yang berlaku. Panjang apron boleh dipanjangkan
dan dipendekkan bergantung kepada kualiti batuan dasar sungai dan lain-lain
keadaaan pembinaan.

iii. Tinggi lompatan hidraulik dan ciri-ciri lain diperiksa untuk kadar alir
sederhana dan rendah. Permulaan lompatan hidraulik tidak semestinya
berlaku pada permulaan besen bagi kedua-dua jenis kadar alir ini jika ukur
dalam aliran akhir dan panjang besen memuaskan dalam melesapkan tenaga.
Jika ukur dalam aliran akhir tidak memuaskan untuk melesapkan tenaga, ini
memerlukan peningkatan kecerunan besen tersebut atau menukarkan besen
kepada besen mendatar.

iv. Dalam kes besen gabungan antara besen mendatar dan besen cerun, nisbah
panjang antara besen mendatar dengan besen cerun serta panjang keseluruhan
besen terletak ditangan jurutera yang merekabentuk dengan mengambil kira
keadaan di tapak pembinaan. Secara umumnya, panjang besen mandatar
adalah lebih kecil daripada panjang besen cerun.
19

2.4 Lompatan Hidraulik dalam Stilling Basin

Sub topik ini akan membincangkan mengenai lompatan hidraulik yang berlaku
dalam struktur stilling basin.

2.4.1 Pengkelasan Lompatan Hidraulik

Lompatan hidraulik boleh dikelaskan berdasarkan kepada bentuk geometri


lompatan, nombor Froude pada permulaan lompatan ataupun berdasarkan lompatan
bebas, lompatan paksa ataupun lompatan separuh tenggelam.

Apabila dikelaskan berdasarkan kepada bentuk geometri lompatan, lompatan


hidraulik boleh dibahagikan kepada Lompatan klasik, Jenis-A, Jenis-B, Jenis-C serta
Jenis-D. Lompatan klasik ialah dimana perubahan aliran daripada genting lampau
kepada subgenting dalam saluran prisma yang mendatar. Lompatan Jenis-A pula ialah
lompatan yang terhasil pada pertemuan saluran yang cerun dengan saluran yang
mendatar seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.5. Jika lompatan itu berlaku pada
saluran yang cerun dan berakhir pada saluran yang mendatar, lompatan itu dipanggil
Jenis-B. Lompatan Jenis-C pula berlaku apabila lompatan hidraulik bermula pada
saluran yang cerun dan berakhir pada titik pertemuan saluran cerun dengan saluran yang
mendatar. Bagi lompatan Jenis-D pula, keseluruhan lompatan berlaku dalam saluran
yang cerun menurut Khatsuria (2006)
20

Rajah 2.5 Pengkelasan lompatan hidraulik menurut bentuk geometri lompatan.

Jadual 2.1 Pengkelasan lompatan hidraulik berdasarkan nombor Froude pada


permulaan lompatan
Nombor Froude, Fr pada permulaan Kehilangan tenaga
lompatan
< 1.7 kehilangan tenaga yang sangat rendah
1.7 sehingga 2.5 kehilangan tenaga yang rendah
2.5 sehingga 4.5 kehilangan tenaga antara 25 sehingga 50%
4.5 sehingga 9.0 kehilangan tenaga antara 50 sehingga 70%
> 9.0 kehilangan tenaga melebihi 70%
21

Rajah 2.6 Pengkelasan lompatan hidraulik berdasarkan kepada nombor Froude pada
permulaan lompatan.

Jadual 2.2 Pengkelasan lompatan hidraulik berdasarkan kepada keadaan lompatan


Jenis lompatan Keadaan lompatan
Lompatan bebas berlaku apabila ukur dalam pada hujung lompatan
hidraulik bersamaan dengan ukur dalam aliran akhir
Lompatan paksa lompatan berlaku dengan penggunaan blok pelongsor,
tembok sambut sesekat atau ambang hujung yang
tinggi apabila komponen tersebut ditambah pada
struktur stilling basin
Lompatan separuh tenggelam berlaku apabila ukur dalam pada hujung lompatan
hidraulik lebih besar daripada ukur dalam aliran akhir
22

Rajah 2.7 Pengkelasan lompatan berdasarkan kepada (a) lompatan bebas, (b)
lompatan paksa dan (c) lompatan separuh tenggelam.

2.4.2 Panjang Lompatan

Panjang lompatan hidraulik yang berlaku adalah sukar untuk di ukur atau
ditentukan ketepatannya. Sebanyak lebih kurang 40 buah persamaan dicadangkan dalam
menentukan nilai panjang daripada permulaan lompatan yang mengalami ukur dalam
maksimum sahaja. Oleh yang demikian, panjang lompatan akan diabaikan dalam ujikaji
ini.
23

2.5 Rekabentuk Stilling Basin

Hanya rekabentuk stilling basin jenis Simple Stilling Basin yang akan diambil
kira dalam kajian ini. Nombor Froude aliran yang tinggi akan menghasilkan lompatan
hidraulik yang lebih efektif dan panjang struktur yang lebih pendek. Pelebaran dan
pengecilan saluran digunakan untuk meningkatkan nilai nombor Froude yang memasuki
struktur stilling basin dengan menukarkan tenaga dari kedalaman air yang tinggi kepada
tenaga kinetik melalui pelebaran aliran, kejatuhan aliran atau kedua-duanya sekali.
Penggunaan komponen ini turut mengurangkan kedalaman air yang memasuki struktur
stilling basin bagi memulakan lompatan hidraulik.

Rajah 2.8 Parameter-parameter yang terdapat dalam rekabentuk Simple Stilling


Basin.
24

Nombor Froude aliran pada mana-mana bahagian aliran boleh diperolehi


daripada persamaan:-

v
Fr = (2.1)
gy

dimana, Fr adalah nombor Froude, v adalah halaju aliran, y adalah ukur dalam aliran dan
g adalah pecutan graviti dengan nilai 9.81 m/s2.

Apabila persamaan tenaga pada permulaan komponen pelebaran dan pengecilan


diambil kira, halaju dan ukur dalam aliran masuk ke dalam struktur stilling basin boleh
diperolehi dengan menggantikan v1 dengan Q / (y1WB ) ke dalam persamaan tenaga
tersebut :-

v02 v12
+ y0 + z0 = + y1 + z1 + hL (2.2)
2g 2g

Q = vA (2.3)

A = yWB (2.4)

[ ]
1
Q = y1WB 2 g ( z 0 − z1 + y 0 − y1 − hL ) + v02 2 (2.5)
25

dimana, hL adalah kehilangan tenaga, v1 adalah halaju air yang masuk ke dalam besen,
v0 adalah halaju air yang masuk ke dalam komponen pelebaran dan pengecilan, y1 adalah
ukur dalam pada permulaan aliran yang masuk dalam struktur stilling basin, y0 adalah
ukur dalam air yang masuk dalam komponen pelebaran dan pengecilan, z1 adalah
ketinggian aras saluran dari datum pada permulaan komponan pelebaran dan pengecilan,
z0 adalah ketinggian aras saluran dari datum pada permulaan besen, Q adalah kadar alir
aliran, A adalah luas keratan rentas aliran dan WB adalah lebar besen.

Dalam persamaan di atas, terdapat tiga parameter yang tidak di ketahui nilainya
iaitu ukur dalam pada awal aliran, lebar besen dan ketinggian aras saluran dari datum
pada permulaan komponen pelebaran dan pengecilan. Nilai ukur dalam pada awal aliran
boleh didapati dengan menggunakan kaedah cuba jaya jika nilai lebar besen dan
ketinggian aras saluran dari datum pada permulaan komponen pelebaran dan pengecilan
diandaikan. Nilai lebar besen yang diandaikan mestilah tidak lebih daripada lebar yang
diperlukan untuk aliran menyebar secara bebas.

2 LT S T2 + 1
W B ≤ W0 + (2.6)
3Fr0

dimana, W0 adalah lebar saluran pada permulaan komponen pelebaran dan pengecilan
struktur stilling basin, LT adalah panjang komponen pelebaran dan pengecilan, ST adalah
cerun komponen pelebaran dan pengecilan dan Fr0 adalah nombor Froude pada aliran
yang masuk dalam komponen pelebaran dan pengecilan

Memandangkan aliran yang masuk dari jenis aliran genting lampau, nilai
percubaan ukur dalam pada awal aliran boleh dimulakan dari nilai yang hampir kepada
kosong dan ke atas sehingga mendapat nilai kadar alir rekabentuk yang diperlukan.
26

Seterusnya, nilai ukur dalam pada awal aliran yang diperolehi ini akan digunakan untuk
mendapatkan nilai ukur dalam selepas lompatan hidraulik berlaku dengan menggunakan
persamaan lompatan hidraulik:-

y2 =
Cy1
2
( 1 + 8Fr − 1)
1
2
(2.7)

dimana, y2 adalah ukur dalam selepas lompatan hidraulik, C adalah nisbah antara ukur
dalam aliran akhir dengan ukur dalam air selepas lompatan dan Fr1 adalah nombor
Froude aliran yang masuk dalam struktur stilling basin

Bagi lompatan hidraulik yang berlaku dalam Simple Stilling Basin, nilai nisbah
antara ukur dalam aliran akhir dengan ukur dalam air selepas lompatan adalah 1.0. Nilai
nisbah antara ukur dalam aliran akhir dengan ukur dalam air selepas lompatan berbeza-
beza mengikut jenis stilling basin yang digunakan serta pengubahsuaian terhadap
komponen-komponen stilling basin tersebut. Bagi memastikan lompatan berlaku, nilai
ukur dalam air selepas lompatan hidraulik ditambahkan dengan ketinggian aras saluran
dari datum pada permulaan komponen ambang hujung mestilah sama atau lebih kurang
daripada nilai ukur dalam pada akhir aliran ditambahkan dengan dengan ketinggian aras
saluran dari datum pada hujung komponen ambang hujung . Jika nilai ukur dalam air
selepas lompatan hidraulik ditambahkan dengan ketinggian aras saluran dari datum pada
hujung komponen ambang hujung lebih besar daripada nilai ukur dalam pada akhir
aliran ditambahkan dengan ketinggian aras saluran dari datum pada hujung komponen
ambang hujung, aras besen tersebut hendaklah direndahkan lagi dan proses cuba jaya
bagi mendapatkan nilai ukur dalam air yang masuk dalam struktur stilling basin
hendaklah diulang sehingga mendapatkan nilai ukur dalam pada akhir aliran yang
sesuai.
27

Dalam mematuhi syarat yang disebutkan di atas, nilai ketinggian aras saluran
dari datum pada hujung komponen ambang hujung dan panjang besen hendaklah
ditentukan. Panjang komponen pelebaran dan pengecilan dapat ditentukan dengan
menggunakan persamaan dibawah:-

z 0 − z1
LT = (2.8)
ST

Panjang besen bergantung kepada jenis stilling basin yang digunakan dalam
rekabentuk, ukur dalam aliran dan nombor Froude aliran yang masuk dalam stilling
basin. Hubungan ini diperoleh berdasarkan kepada kajian-kajian yang telah dijalankan
menggunakan model-model kajian terhadap jenis stilling basin tersebut. Hubungan ini
dapat ditunjukkkan seperti dalam Rajah 2.9.
28

Rajah 2.9 Hubungan antara jenis stilling basin, nombor Froude dan ukur dalam
aliran

Panjang dari hujung besen sehingga hujung komponen ambang hujung boleh
dikira melalui persamaan :-

LT (S T − S 0 ) − LB S 0
LS = (2.9)
S S + S0

dimana, LS adalah panjang hujung besen sehingga hujung komponen ambang hujung, SS
adalah cerun komponen ambang hujung dan S0 adalah cerun saluran sebelum aliran
masuk ke dalam komponen pelebaran dan pengecilan.
29

Ketinggian hujung struktur stilling basin dengan datum dapat dicari dengan
menggunakan persamaan:-

z 3 = L S S S + z1 (2.10)

dimana, z3 adalah ketinggian hujung struktur stilling basin dari datum.

Jika nisbah cerun komponen pelebaran dan pengecilan struktur stilling basin
tersebut lebih besar atau sama dengan 0.5V:1H, cerun bulat akan digunakan pada
permulaan komponen tersebut. Jejari cerun yang diperlukan bagi membuat cerun
tersebut boleh diperolehi daripada persamaan berikut:-

y
r= 1.5
(2.11)
e Fr − 1
2

dimana, r adalah jejari cerun.


BAB III

KAJIAN MAKMAL

3.1 Pengenalan

Bagi memenuhi kehendak kajian dalam menentukan peratus keberkesanan


struktur stilling basin sebagai struktur penebat banjir, ujikaji makmal dijalankan
terhadap model fizikal struktur stilling basin yang disediakan. Ujikaji ini dijalankan
didalam saluran segiempat sama yang merupakan saluran terbuka di dalam Makmal
Hidraulik dan Hidrologi, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Beberapa model
stilling basin yang mempunyai dimensi yang berlainan diuji dalam keadaan aliran dan
saluran yang sama bagi mendapatkan perbandingan dan perbezan diantara model-model
ujikaji tersebut. Maklumat-maklumat seperti ukur dalam aliran, halaju aliran, masa yang
diperlukan untuk memenuhi kolam tadahan dan lain-lain diambil di dalam setiap ujikaji
yang dijalankan pada kedudukan yang telah ditentukan di dalam saluran segiempat sama
tersebut.
31

Kajian literatur

Ujikaji terhadap dimensi model


stilling basin yang berbeza

Pengumpulan data

Perbandingan keputusan
ujikaji

Analisis keputusan
ujikaji

Penulisan laporan

Penyiapan laporan akhir dan


pembentangan hasil kajian

Rajah 3.1 Carta alir kajian makmal


32

3.2 Kajian Makmal

Tiga jenis ujikaji struktur stilling basin yang mempunyai dimensi yang berbeza
dijalankan di dalam makmal. Ujikaji ini dilakukan keatas model stilling basin yang
dikecilkan saiznya mengikut nisbah antara lebar saluran sungai yang sebenar dengan
lebar saluran yang terdapat di dalam makmal bagi ujikaji yang pertama sebelum
diubahsuai panjang besen model tersebut untuk ujikaji yang kedua. Bagi ujikaji fizikal
struktur stilling basin yang terakhir, kedalaman besen model tersebut di pertingkatkan
daripada model yang asal sebelum diujikaji dalam keadaan ujikaji yang sama dengan
ujikaji yang sebelumnya. Sebelum sebarang ujikaji dapat dijalankan, langkah-langkah
awal perlu diambil terlebih dahulu dalam menyediakan saluran dan model tersebut di
dalam makmal.

3.2.1 Langkah-langkah Awal

Sebuah saluran segiempat sama, 15 meter panjang, 0.457 meter lebar dan 0.4
meter tinggi yang terdapat di dalam Makmal Hidraulik dan Hidrologi dipilih dalam
menjalankan kajian ini (Rajah 3.2).
33

Rajah 3.2 Saluran segiempat sama di dalam makmal

Koordinat dalam paksi-x adalah merujuk kepada arah memanjang yang selari
dengan saluran segiempat sama yang digunakan manakala paksi-y adalah paksi menegak
saluran berkenaan dan paksi-z pula adalah paksi di antara dinding saluran iaitu yang
berserenjang dengan paksi-x. Dasar saluran terdiri daripada bahan yang diperbuat
daripada besi dan kayu memandangkan keperluan kajian ini untuk meningkat dasar
saluran bagi mendapatkan model struktur stilling basin. Bahagian dinding saluran
diperbuat daripada bahan kaca. Kertas graf dilekatkan pada bahagian luar dinding
saluran pada kedudukan yang telah ditetapkan dalam setiap ujikaji manakala point gauge
diletakkan pada kedudukan saluran yang mengalami perubahan dasar saluran iaitu pada
permulaan dan hujung besen dalam struktur stilling basin. Penggunaan point gauge
adalah penting pada kedudukan ini kerana alat pengukuran ini mempunyai kadar
ketepatan sehingga 0.1 mm berbanding dengan kertas graf.
34

Setiap ujikaji dijalankan pada tiga kecerunan yang berlainan dan dengan tiga
kadar alir yang berbeza. Kecerunan dan kadar alir bagi setiap ujikaji dikawal melalui
bilangan pusingan alat laras dan injap dalam sistem saluran tersebut. Perubahan
kecerunan dan kadar alir adalah berada dalam julat yang ditetapkan sepanjang ujikaji
dijalankan.

Rajah 3.3 Alat pengukuran ukur dalam aliran

Air yang digunakan dalam ujikaji fizikal ini dibekalkan oleh tangki yang berada
pada ketinggian yang melebihi ketinggian bumbung makmal yang disalurkan secara
graviti. Air dalam tangki ini dipam daripada kolam tadahan yang terdapat di dalam
makmal. Ujikaji hanya dijalankan apabila air yang dipam daripada kolam tadahan
tersebut memenuhi tangki berkenaan. Turus ketinggian air dalam tangki dapat
dikekalkan kerana air tersebut dibekalkan secara berterusan oleh pam berkenaan.
Penggunan air yang dibekalkan secara graviti ini tidak menjadi masalah kerana tempoh
masa setiap ujikaji yang dijalankan adalah singkat dan kadar alir air yang dipam masuk
dapat menyimbangi kadar alir air yang digunakan dalam ujikaji fizikal ini. Kadar alir
dalam setiap ujikaji ditentukan melalui bilangan pusingan injap yang terdapat pada
35

permulaan saluran tersebut dan bilang pusingan injap ini adalah sama untuk setiap
ujikaji.

Rajah 3.4 Injap pelarasan kadar aliran

Kadar alir bagi setiap ujikaji ditentukan melalui kaedah pengumpulan isipadu air
yang dibahagikan dengan masa yang diambil oleh air untuk mencapai isipadu tersebut.
Sebuah kolam tadahan yang berukuran 7.8 meter panjang, 0.79 meter lebar dan
0.44 meter dalam disediakan pada bahagian hujung saluran ujikaji. Masa yang
diperlukan oleh air untuk memenuhi kolam tersebut diambil sebaik sahaja air mula
masuk ke dalam kolam tadahan tersebut selepas melalui model ujikaji sehingga aliran air
di dalam saluran menjadi stabil dengan menggunakan jam randik. Kadar alir dapat
diketahui apabila isipadu yang diukur dibahagikan dengan masa yang diambil. Kadar
alir dalam ujikaji fizikal pertama dengan kecerunan yang berbeza dibandingkan
walaupun bilangan pusingan injap saluran telah ditetapkan supaya kadar alir tersebut
berada dalam julat yang telah ditetapkan.
36

Jadual 3.1 Perbandingan antara kadar alir dengan kecerunan yang berbeza dalam
ujikaji pertama struktur stilling basin
Bilangan Kecerunan
pusingan Kecerunan 1 Kecerunan 2 Kecerunan 3
2.0 0.0064 m3/s 0.0036 m3/s 0.0048 m3/s
2.25 0.0105 m3/s 0.0094 m3/s 0.0096 m3/s
2.5 0.0146 m3/s 0.0119 m3/s 0.0125 m3/s

Kadar alir berada dalam julat yang dibenarkan dan kaedah penetapan bilangan
pusingan injap saluran akan terus digunakan sebagai kaedah untuk mengawal kadar alir
bagi ujikaji-ujikaji yang seterusnya.

Sebelum ujikaji yang struktur stilling basin yang pertama dijalankan, saluran
segiempat sama tersebut telah dilaraskan kepada keadaan mendatar dengan
menggunakan alat pelarasan yang terdapat pada saluran tersebut. Walaupun telah
berulang-ulang kali dilaraskan, saluran tersebut tetap memberikan ralat sebanyak
2.0 mm. Disebabkan nilai ralat ini terlalu kecil dan kecerunan dikawal oleh bilang
pusingan alat pelarasan saluran, kajian tetap diteruskan dengan mengabaikan ralat
kecerunan ini.

Dasar saluran menggunakan dua jenis bahan yang berlainan iaitu kayu dan besi
manakala dinding saluran pula diperbuat daripada bahan kaca, ini memberikan nilai
kekasaran yang berbeza untuk faktor kekasaran Manning di dalam saluran tersebut.
Selain itu, penggunaan tanah liat pada sambungan model dan saluran juga
mempengaruhi faktor kekasaran Manning saluran tersebut. Kepelbagaian nilai kekasaran
ini diabaikan dengan menganggap bahawa faktor kekasaran Manning adalah sama pada
sepanjang bahagian saluran. Faktor kekasaran Manning disebabkan oleh penggunaan
37

bahan kayu pada dasar saluran dikurangkan dengan mengecat lapisan kayu berkenaan
menggunakan cat minyak sebanyak 2 lapisan.

Rajah 3.5 Struktur kayu yang digunakan untuk menaikkan dasar saluran dalam
kajian ini

Dalam kajian oleh Ng Boon Chong (2005), kedudukan yang paling sesuai untuk
meletakkan sebarang struktur untuk menjalankan ujikaji dalam saluran ini terletak pada
kedudukan 6.0 m sehingga 9.0 m pada paksi-x. Oleh yang demikian, setiap struktur
ujikaji yang akan dijalankan didalam kajian ini akan terletak dalam kedudukan tersebut.
Kajian hanya mengambil kira purata kecerunan saluran dengan mengabaikan sebarang
perubahan saluran yang disebabkan oleh keadaan fizikal asal saluran segiempat tersebut.
38

Rajah 3.6 Alat pelarasan kecerunan saluran

Bagi kajian fizikal yang akan dijalankan seterusnya, besi penghadang pada
bahagian atas saluran tersebut dianggap berserenjang dengan dasar saluran agar
kedalaman yang diambil oleh point gauge adalah normal dengan permukaan model
stilling basin.
39

3.2.2 Ujikaji 1: Model Struktur Stilling Basin dengan Nisbah Normal kepada
Struktur Asal.

Ujikaji ini dijalankan di dalam saluran segiempat sama tersebut dengan


menggunakan model stilling basin yang telah dikecilkan saiznya mengikut nisbah lebar
saluran antara lebar saluran sebenar dengan lebar saluran yang digunakan di dalam
makmal. Dasar saluran dari kedudukan 0.07 m sehingga 6.07 m pada paksi-x dinaikkan
sebanyak 0.0628 m menggunakan struktur kayu yang dibina untuk membentuk bahagian
permulaan struktur stilling basin di dalam saluran tersebut. Ujikaji ini menggunakan
dasar saluran yang asal dari kedudukan 6.07 m sehingga 6.532 m pada paksi-x untuk
membentuk besen bagi model stilling basin tersebut. Dari kedudukan 6.532 m sehingga
12.532 m pada paksi-x, dasar saluran dinaikkan sebanyak 0.012 m dengan menggunakan
papan lapis untuk melengkapkan bahagian terakhir model tersebut. Bahagian dasar
saluran yang selebihnya dibiarkan begitu sahaja dengan anggapan bahawa aliran normal
akan terhasil dari kedudukan 6.532 m hingga 12.532 m pada paksi-x selepas aliran
melalui model berkenaan.

Model stilling basin yang digunakan dalam ujikaji ini mempunyai komponen
yang sama dengan model stilling basin mudah dalam Bab 2 kecuali pada bahagian
pengembangan dan pengecutan saluran. Pengubahsuaian dilakukan terhadap model
stilling basin mudah ini agar model tersebut menyerupai model stilling basin sebenar
yang digunakan di dalam Projek Tebatan Banjir Sungai Setul Fasa 1. Hujung basin pada
kedua-dua bahagian adalah bersudut 90 darjah dengan dasar saluran sama bagi
membentuk ambang hujung yang berbentuk segiempat.

Dalam ujikaji pertama ini, sebanyak tiga kecerunan yang berlainan dan tiga jenis
kadar alir yang berlainan bagi setiap kecerunan ditentukan melalui bilangan pusingan
injap yang mengawal parameter tersebut. Kecerunan ditentukan dengan 3.5 pusingan,
40

5 pusingan dan 7 pusingan alat pelarasan kecerunan dari keadaan saluran yang mandatar
dan kadar alir ditentukan dengan 2.0 pusingan, 2.25 pusingan dan 2.5 pusingan injap
yang mengawal kemasukan air ke dalam saluran berkenaan. Parameter aliran untuk
kajian ini dapat disimpulkan seperti dalam Jadual 3.2.

Jadual 3.2 Parameter kajian untuk ujikaji model pertama.


Parameter Bilangan Kecerunan Pusingan Kadar alir Lebar Ketinggian Ketinggian
kajian pusingan saluran injap (m3/s) besen dasar pada dasar pada
alat struktur permulaan penghujung
pelarasan stilling besen (m) besen (m)
kecerunan basin (m)
Keadaan 1 3.5 1/1365 2.00 0.0064 0.462 0.0628 0.012
Keadaan 2 3.5 1/1365 2.25 0.0105 0.462 0.0628 0.012
Keadaan 3 3.5 1/1365 2.50 0.0146 0.462 0.0628 0.012
Keadaan 4 5.0 1/1050 2.00 0.0036 0.462 0.0628 0.012
Keadaan 5 5.0 1/1050 2.25 0.0094 0.462 0.0628 0.012
Keadaan 6 5.0 1/1050 2.50 0.0119 0.462 0.0628 0.012
Keadaan 7 7.0 1/758.3 2.00 0.0048 0.462 0.0628 0.012
Keadaan 8 7.0 1/758.3 2.25 0.0096 0.462 0.0628 0.012
Keadaan 9 7.0 1/758.3 2.50 0.0125 0.462 0.0628 0.012

Disebabkan hanya terdapat sebuah alat point gauge yang masih dalam keadaan
yang baik, alat tersebut terpaksa dilaraskan dengan menetapkannya kepada nilai 0.0 mm
apabila alat tersebut menyentuh dasar saluran bagi setiap pengukuran kedalaman aliran
pada kedudukan saluran yang berbeza. Setiap pengambilan ukur dalam aliran dalam
saluran tersebut dilakukan oleh individu yang sama sepanjang ujikaji bagi
mengurangkan ralat paralaks yang mungkin terhasil. Kaedah ini dapat memastikan
langkah dan teknik pengukuran yang betul dapat dipraktikan dalam ujikaji ini.
41

Bacaan ukur dalam aliran diambil pada setiap kedudukan yang telah ditentukan
dalam saluran berkenaan bagi setiap ujikaji yang dijalankan. Terdapat 10 kedudukan
yang telah ditentukan dalam ujikaji yang pertama ini dan ditandakan dengan x1 sehingga
x10 pada dinding luar saluran berkenaan. Kedudukan ini ditentukan melalui
pertimbangan kejuruteraan dengan beberapa anggapan terhadap aliran yang terhasil
dalam saluran tersebut.

Rajah 3.7 Aliran yang terhasil dalam ujikaji yang pertama


42

Rajah 3.8 Dimensi model stilling basin dalam ujikaji pertama bersama kedudukan bacaan aliran yang diambil di dalam saluran
43

3.2.3 Ujikaji 2: Model Struktur Stilling Basin dengan Besen yang Lebih Panjang.

Dalam saluran yang sama, ujikaji model struktur stilling basin yang kedua
dijalankan. Panjang besen dalam model stilling basin ini ditambahkan berbanding model
yang pertama tadi. Seperti di dalam ujikaji yang pertama, dasar saluran dari kedudukan
0.07 m sehingga 6.07 m pada paksi-x dinaikkan sebanyak 0.0628 m menggunakan
struktur kayu yang dibina untuk membentuk bahagian permulaan struktur stilling basin
di dalam saluran tersebut. Dasar saluran yang asal dari kedudukan 6.07 m sehingga
6.994 m pada paksi-x digunakan untuk membentuk besen bagi model stilling basin
tersebut. Panjang basin ini adalah 2 kali ganda daripada panjang basin asal dalam model
yang pertama. Manakala dari kedudukan 6.994 m sehingga 12.994 m pada paksi-x, dasar
saluran dinaikkan sebanyak 0.012 m dengan menggunakan papan lapis yang sama dalam
ujikaji yang pertama untuk melengkapkan bahagian terakhir model stilling basin
tersebut. Bahagian dasar saluran yang selebihnya dibiarkan begitu sahaja dengan
anggapan bahawa aliran normal akan terhasil dari kedudukan 6.994 m hingga 12.994 m
pada paksi-x selepas aliran melalui model berkenaan.

Pengubahsuaian dilakukan terhadap model stilling basin yang kedua ini bagi
membolehkan data dan keputusan yang diperolehi dalam ujikaji pertama dapat
dibandingkan dengan data dan keputusan yang diperolehi dalam ujikaji ini. Panjang
basin ditambah sehingga 0.924 m dari panjang asal 0.462 m dengan anggapan bahawa
panjang tersebut mencukupi bagi aliran air berubah kepada aliran normal setelah air
disalurkan memasuki basin struktur dalam saluran tersebut. Hujung basin pada kedua-
dua bahagian dikekalkan seperti dalam ujikaji yang pertama.

Seperti dalam ujikaji yang pertama, ujikaji yang kedua juga dijalankan terhadap
tiga nilai kecerunan yang berbeza dengan tiga jenis kadar alir yang berlainan bagi setiap
kecerunan yang ditentukan melalui bilangan pusingan injap yang mengawal parameter
44

tersebut. Kecerunan ditentukan dengan 3.5 pusingan, 5 pusingan dan 7 pusingan alat
pelarasan kecerunan dari keadaan saluran yang mandatar dan kadar alir ditentukan
dengan 2.0 pusingan, 2.25 pusingan dan 2.5 pusingan injap yang mengawal kemasukan
air ke dalam saluran berkenaan. Parameter aliran unutk kajian ini dapat disimpulkan
seperti dalam Jadual 3.3.

Jadual 3.3 Parameter kajian untuk ujikaji model kedua.


Parameter Bilangan Kecerunan Pusingan Kadar Lebar besen Ketinggian Ketinggian
kajian pusingan saluran injap alir struktur dasar pada dasar pada
3
alat (m /s) stilling basin permulaan penghujung
pelarasan (m) besen (m) besen (m)
kecerunan
Keadaan 1 3.5 1/1949.3 2.00 0.0049 0.924 0.0628 0.012
Keadaan 2 3.5 1/1949.3 2.25 0.0082 0.924 0.0628 0.012
Keadaan 3 3.5 1/1949.3 2.50 0.0123 0.924 0.0628 0.012
Keadaan 4 5.0 1/1436.8 2.00 0.0048 0.924 0.0628 0.012
Keadaan 5 5.0 1/1436.8 2.25 0.0085 0.924 0.0628 0.012
Keadaan 6 5.0 1/1436.8 2.50 0.0123 0.924 0.0628 0.012
Keadaan 7 7.0 1/941.6 2.00 0.0054 0.924 0.0628 0.012
Keadaan 8 7.0 1/941.6 2.25 0.0093 0.924 0.0628 0.012
Keadaan 9 7.0 1/941.6 2.50 0.0134 0.924 0.0628 0.012

Langkah pengunaan point gauge dan pengambilan bacaan oleh individu yang
sama dikekalkan seperti mana yang dilakukan dalam ujikaji pertama.

Dalam ujikaji yang kedua ini, terdapat dua belas kedudukan yang telah
ditetapkan di dalam saluran berkenaan. Lima daripada dua belas kedudukan ini
dikekalkan seperti mana dalam ujikaji pertama bagi membolehkan sebarang perbezaan
45

yang berlaku dapat ditunjukkan dengan lebih berkesan. Setiap kedudukan ini ditandakan
dengan x1 sehingga x12 pada dinding luar saluran berkenaan. Kedudukan ini ditentukan
melalui pertimbangan kejuruteraan dengan beberapa anggapan terhadap aliran yang
terhasil dalam saluran tersebut.
46

Rajah 3.9 Dimensi model stilling basin kedua bersama kedudukan bacaan aliran yang diambil di dalam saluran
47

3.2.4 Ujikaji 3: Model Struktur Stilling Basin dengan Besen yang Lebih Dalam

Ujikaji yang model struktut stilling basin yang ketiga turut dijalankan pada
kedudukan yang sama seperti dalam ujikaji yang pertama di dalam saluran segiempat
berkenaan. Dasar saluran dari kedudukan dari 0.07 m sehingga 6.07 m pada paksi-x
dinaikkan sebanyak 0.1256 m berbanding 0.0628 m pada ujikaji yang sebelumnya
dengan menggunakan struktur kayu yang telah disediakan pada peringkat awal. Panjang
besen untuk ujikaji ini dikekalkan sama seperti dalam ujikaji yang pertama iaitu
sepanjang 0.462 m bagi membolehkan perbandingan hasil ujikaji dapat dilakukan
dengan lebih berkesan. Dari kedudukan 6.532 m sehingga 12.532 m pada paksi-x, dasar
saluran telah dinaikkan sebanyak 0.0628 m. Anggapan dibuat dalam ujikaji ini bahawa
panjang dasar dari kedudukan 6.532 m sehingga 12.532 m pada paksi-x ini mencukupi
bagi aliran kembali kepada aliran normal selepas melalui model berkenaan.

Kedalaman model ujikaji yang terakhir ini ditambah berbanding kedua-dua


ujikaji yang sebelumnya bagi membolehkan sebarang perubahan dan perbezaan antara
model-model tersebut dianalisis dalam menentukan dimensi struktur stilling basin yang
lebih berkesan sebagai struktur penebat banjir. Keadaan kedua-dua hujung besen
struktur berkenaan dikekalkan sama seperti dalam ujikaji yang pertama dan ujikaji yang
kedua.

Seperti dalam ujikaji yang sebelumnya, ujikaji yang ketiga juga dijalankan
terhadap tiga nilai kecerunan yang berbeza dengan tiga jenis kadar alir yang berlainan
bagi setiap kecerunan yang ditentukan melalui bilangan pusingan injap yang mengawal
parameter tersebut. Kecerunan ditentukan dengan 3.5 pusingan, 5 pusingan dan 7
pusingan alat pelarasan kecerunan dari keadaan saluran yang mandatar dan kadar alir
ditentukan dengan 2.0 pusingan, 2.25 pusingan dan 2.5 pusingan injap yang mengawal
48

kemasukan air ke dalam saluran berkenaan. Parameter aliran unutk kajian ini dapat
disimpulkan seperti dalam Jadual 3.4.

Jadual 3.4 Parameter kajian untuk ujikaji model ketiga.


Parameter Bilangan Kecerunan Pusingan Kadar Lebar Ketinggian Ketinggian
kajian pusingan saluran injap alir besen dasar pada dasar pada
alat (m3/s) struktur permulaan penghujung
pelarasan stilling besen (m) besen (m)
kecerunan basin (m)
Keadaan 1 3.5 1/1949.3 2.00 0.0065 0.924 0.0628 0.012
Keadaan 2 3.5 1/1949.3 2.25 0.0101 0.924 0.0628 0.012
Keadaan 3 3.5 1/1949.3 2.50 0.0137 0.924 0.0628 0.012
Keadaan 4 5.0 1/1187.6 2.00 0.0049 0.924 0.0628 0.012
Keadaan 5 5.0 1/1187.6 2.25 0.0095 0.924 0.0628 0.012
Keadaan 6 5.0 1/1187.6 2.50 0.0128 0.924 0.0628 0.012
Keadaan 7 7.0 1/941.6 2.00 0.0053 0.924 0.0628 0.012
Keadaan 8 7.0 1/941.6 2.25 0.0088 0.924 0.0628 0.012
Keadaan 9 7.0 1/941.6 2.50 0.0133 0.924 0.0628 0.012

Kaedah pengambilan data yang sama dikekalkan dalam mengambil sebarang


bacaan pada setiap kedudukan pada saluran berkenaan seperti dalam ujikaji sebelumnya.

Sebanyak sepuluh kedudukan dalam saluran segiempat sama ini ditetapkan bagi
diambil bacaan dalam setiap keadaan untuk ujikaji yang terakhir ini. Setiap kedudukan
dalam ujikaji yang terakhir ini mempunyai jarak dari asalan pada paksi-x yang sama
seperti dalam ujikaji pertama. Kesamaan kedudukan bacaan ini membolehkan sebarang
perubahan dan perbezaan dapat dikesan dengan lebih berkesan dan efektif.
49

Rajah 3.10 Dimensi model stilling basin ketiga bersama kedudukan bacaan aliran yang diambil di dalam saluran
BAB IV

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan

Data-data yang telah diambil semasa ujikaji makmal seperti yang telah
diterangkan didalam bab tiga akan dianalisis dalam bab ini. Data yang diperolehi
berada dalam bentuk data mentah yang mewakili parameter-parameter seperti ukur
dalam saluran, bilangan pusingan cerun, masa yang diambil uutk mengisi kolam
tadahan, ukur dalam kolam tadahan dan bilangan pusingan injap saluran. Data-data
ini akan dianalisis dengan menggunakan perisian ‘Microsoft Excel’ dan ‘Advanced
Grapher’ untuk diproses kepada bentuk yang lebih mudah untuk dianalisis secara
grafik seperti graf.

Setelah data dianalisis, perbandingan akan dibuat ke atas semua jenis model
stilling basin yang diuji. Perbandingan yang dijalankan antara model-model ini ialah
antara:-
51

i. Model ujikaji pertama dengan dimensi mengikut nisbah sebenar


dengan aliran dalam kecerunan saluran dan kadar alir aliran yang
berbeza.

ii. Model ujikaji kedua dengan panjang besen yang ditambah bagi
kecerunan saluran dan kadar alir aliran yang berbeza.

iii. Model ujikaji ketiga dengan kedalaman besen yang ditambah bagi
kecerunan saluran dan kadar alir aliran yang berbeza.

iv. Perbandingan antara model-model ujikaji melalui parameter-


parameter seperti halaju, ukur dalam, Nombor Froude dan turus
tenaga aliran.

4.2 Keputusan Ujikaji Model Stilling Basin Pertama Mengikut Nisbah


Normal Struktur Asal

Keberkesanan struktur stilling basin sebagai struktur tebatan banjir akan


ditunjukkan melalui empat parameter utama dalam setiap analisis terhadap ujikaji
yang dijalankan. Keempat-empat parameter ini ialah halaju aliran, ukur dalam aliran,
Nombor Froude, Fr aliran dan turus tenaga aliran. Setiap maklumat bagi parameter
tersebut ditunjukkan dalam Rajah 4.1, Rajah 4.2, Rajah 4.3 dan Rajah 4.4 dari jarak
0.2 m hingga 10.5 m pada paksi x dari kedudukan asalan saluran.

Daripada graf yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1, halaju aliran dalam saluran
sebelum memasuki struktur stilling basin meningkat dengan penambahan kecerunan
saluran dan kadar alir dalam ujikaji ini. Aliran pada kecerunan 1/1364 dan kadar alir
0.0146 m3/s memberikan nilai halaju aliran tertinggi pada hampir keseluruhan
saluran kecuali pada kedudukan 6.07 m pada paksi x, permulaan basin struktur dalam
52

saluran berkenaan yang memberikan nilai 1.0462 m/s oleh aliran dengan kecerunan
1/758 dan kadar alir 0.0096 m3/s. Halaju aliran pada jarak 6.07 m dari asalan pada
paksi-x dalam semua aliran memberikan nilai halaju maksimum kepada aliran
tersebut, manakala pada kedudukan 6.32 m dari asalan pada paksi-x, setiap aliran
memperoleh nilai halaju minimum. Aliran pada cerun 1/1050 dan kadar alir 0.0036
m3/s memberikan peratusan kehilangan halaju yang paling besar iaitu sebanyak 24.00
peratus melalui perbezaan nilai halaju yang dibuat pada kedudukan 4.0 m dan 8.0 m
pada paksi-x. Analisis mendapati secara keseluruhannya, aliran dalam saluran
dengan kecerunan dan kadar alir yang rendah memberikan peratus kehilangan halaju
yang lebih banyak berbanding saluran dengan kecerunan dan kadar alir yang tinggi
hampir dalam setiap kes kajian.

Rajah 4.2 menunjukkan perubahan ukur dalam setiap aliran yang melalui
model ujikaji struktur stilling basin pertama, turut dimasukkan kedalam graf tersebut
ialah ketinggian dasar saluran bagi ujikaji pertama ini. Kesemua sembilan kes aliran
memberikan ukur dalam terendah pada kedudukan 6.07 m pada paksi-x dari asalan
dan ukur dalam tertinggi pada kedudukan 6.32 m pada paksi-x dari asalan. Perbezaan
ukur dalam yang dialami bagi setiap aliran diperolehi melalui perbandingan ukur
dalam pada kedudukan 4.0 m dan 8.0 m pada paksi-x dalam saluran tersebut. Nilai
perbezaan tertinggi diperoleh daripada aliran dalam cerun 1/758 dan kadar alir
0.0125 m3/s sebanyak 0.012 m. Lapan daripada sembilan aliran yang dianalisis
menunjukkan nilai pengurangan kedalaman bagi aliran adalah berkadar terus dengan
kenaikan cerun dan nilai halaju. Walaubagaimanapun, peratus kehilangan ukur dalam
adalah lebih besar bagi kadar alir yang lebih rendah bagi setiap peningkatan
kecerunan saluran.

Nombor Froude, Fr dalam setiap aliran memberikan nilai maksimum ketika


aliran memasuki basin struktur ujkaji berkenaan pada kedudukan 6.07 m pada
paksi-x dan nilai minimum pada kedudukan 6.32 m pada paksi-x dalam saluran
tersebut. Nilai tertinggi nombor Froude, Fr yang dicatatkan dalam ujikaji pertama ini
adalah 2.356 oleh kadar alir 0.0096 m3/s dan kecerunan saluran 1/758. Kesemua
aliran ujikaji menunjukkan aliran yang masuk kedalam struktur stilling basin
53

merupakan jenis aliran genting lampau dan jenis aliran yang keluar dari struktur
berkenaan adalah dari jenis aliran subgenting. Perubahan nombor Froude, Fr di
sepanjang aliran adalah disebabkan oleh perubahan halaju aliran sebelum, semasa
dan selepas melalui model ujikaji. Perubahan nombor Froude di sepanjang saluran
ditunjukkan dalam Rajah 4.3 bagi setiap jenis aliran. Perubahan yang dialami oleh
nombor Froude, Fr hampir serupa dengan perubahan halaju aliran disebabkan oleh
hubungan secara langsung nombor Froude, Fr dengan halaju aliran melalui
Persamaan 2.1.

Perubahan turus tenaga dalam aliran ditunjukkan dalam Rajah 4.4 bagi setiap
aliran yang diujikaji. Turus tenaga bagi ujikaji ini diperolehi daripada Persamaan 2.2.
Kehilangan tenaga dapat dilihat pada sepanjang aliran untuk setiap ujikaji. Terdapat
kenaikan turus tenaga pada kedudukan 6.07 m dan 6.57 m pada paksi-x dalam
hampir kesemua kes aliran ujikaji ini. Ini adalah disebabkan oleh kaedah, alat dan
lokasi yang digunakan dalam mengambil bacaan ukur dalam aliran untuk kedudukan
tersebut. Pada kedudukan ini, point gauge dengan ketepatan 0.0001 m digunakan
untuk mengambil bacaan di tengah saluran berkenaan manakala bagi kedudukan-
kedudukan yang lain, hanya kertas graf yang digunakan untuk mengambil bacaan
pada bahagian tepi saluran dengan ketepatan sehingga 0.001 m. Penjelasan yang
lebih lanjut akan diterangkan pada penghujung bab ini. Aliran dengan kecerunan
1/1364 dan kadar alir 0.0065 m3/s memberikan peratus kehilangan tenaga yang
tertinggi iaitu sebanyak 50.72 peratus, diambil daripada perbezaan turus tenaga pada
kedudukan 0.2 m dan 10.5 m pada paksi-x dalam saluran berkenaan. Data yang telah
dianalisis menunjukkan peratus kehilangan tenaga menurun dengan peningkatan
kadar alir dan kecerunan saluran tersebut.
54

Rajah 4.1 Halaju aliran bagi ujikaji model pertama


55

Rajah 4.2 Ukur dalam aliran bagi ujikaji model pertama


56

Rajah 4.3 Nombor Froude, Fr aliran bagi model ujikaji pertama


57

Rajah 4.4 Turus tenaga aliran bagi model ujikaji pertama


58

4.3 Keputusan Ujikaji Model Stilling Basin Kedua Mengikut Nisbah Normal
Struktur Asal dengan Besen yang Lebih Panjang

Parameter yang diuji bagi menguji keberkesanan struktur stilling basin model
kedua ini sama seperti dengan parameter yang telah dinyatakan dalam analisis model
stilling basin pertama sebelum ini. Setiap parameter ini ditunjukkan dalam Rajah 4.5,
Rajah 4.6, Rajah 4.7 dan Rajah 4.8 dari jarak 0.2 m hingga 10.5 m dari asalan pada
paksi-x disepanjang saluran ujikaji dengan pertambahan kepada dua belas titik
bacaan berbanding sepuluh titik bacaan sebelum ini.

Rajah 4.5 menunjukkan halaju aliran untuk setiap kes aliran yang melalui
model kedua yang telah diubahsuai dengan dipanjangkan lagi besen struktur
berkenaan. Setiap aliran dalam ujikaji kedua ini mengalami halaju maksimum ketika
aliran tersebut memasuki besen berkenaan pada kedudukan 6.07 m pada paksi-x dari
asalan. Nilai minimum bagi setiap aliran pula dapat dilihat pada kedudukan 6.886 m
pada paksi-x dari asalan. Nilai halaju tertinggi dalam ujikaji ini diberikan oleh aliran
dengan kecerunan 1/942 dan kadar alir 0.0134 m3/s pada 6.07 m pada paksi-x dengan
nilai halaju sebanyak 0.9365 m/s. Aliran pada kadar alir dan kecerunan saluran yang
sama ini turut memberikan bacaan nilai halaju yang paling besar disepanjang saluran
berbanding dengan kes aliran yang lain.

Peratusan kehilangan halaju aliran tertinggi yang dicatatkan dalam ujikaji ini
adalah sebanyak 24.01 peratus oleh aliran dengan kecerunan saluran 1/1437 dan
kadar alir 0.0048 m3/s. Peratus kehilangan halaju ini didapati melalui perbandingan
nilai halaju aliran sebelum memasuki struktur stilling basin, pada kedudukan 4 meter
dan selepas melalui struktur stilling basin, pada kedudukan 8 meter pada paksi-x
dalam saluran berkenaan. Secara keseluruhan nilai halaju yang diberikan oleh setiap
aliran menunjukkan peratus kehilangan halaju meningkat dengan pengurangan kadar
alir yang melalui struktur berkenaan dan nilai kecerunan saluran yang lebih besar
memberikan peratus kehilangan halaju yang lebih rendah daripada saluran dengan
nilai kecerunan yang lebih rendah.
59

Dalam Rajah 4.6, sebarang perubahan ukur dalam aliran disepanjang saluran
ujikaji dapat dilihat bagi setiap aliran yang melalui model ujikaji kedua ini bersama
ketinggian dasar saluran bagi setiap kecerunan yang diujikaji. Nilai ukur dalam
minimum aliran diperolehi daripada kedudukan 6.07 m manakala kedudukan 6.52 m
pada paksi-x memberikan nilai ukur dalam maksimum bagi setiap kes aliran. Nilai
ukur dalam tertinggi dicatatkan oleh aliran dengan kecerunan saluran 1/1437 dan
kadar alir 0.0123 m3/s dengan nilai kedalaman 0.106 m dari dasar saluran kajian.
Perbandingan ukur dalam setiap aliran kajian dilakukan pada nilai ukur dalam pada
kedudukan 4.0 m dan 8.0 m pada paksi-x dalam saluran bagi mendapatkan perbezaan
ukur dalam tertinggi untuk setiap aliran. Perbezaan ukur dalam tertinggi diberikan
oleh tiga jenis aliran iaitu kecerunan saluran 1/1949 dengan kadar alir 0.0082 m3/s
dan 0.0123 m3/s dan kecerunan 1/942 dengan kadar alir 0.0134 m3/s dengan nilai
perbezaan sebanyak 0.013 m. Secara amnya, didapati bahawa peratus kehilangan
ukur dalam aliran meningkat dengan penurunan nilai kadar alir yang melalui struktur
tersebut dan dengan setiap penurunan nilai kecerunan saluran.

Nilai maksimum nombor Froude, Fr untuk setiap aliran dalam ujikaji kedua
ini dapat ditunjukkan pada kedudukan 6.07 m pada paksi-x saluran seperti dalam
Rajah 4.7. Nilai minimum pula dapat ditunjukkan pada kedudukan 6.886 m pada
paksi-x dalam saluran berkenaan. Nilai tertinggi yang diperoleh daripada ujikaji ini
adalah sebanyak 1.9383 oleh aliran dengan kecerunan saluran 1/942 dan kadar alir
0.0093 m3/s. Sama seperti analisis yang dilakukan dalam ujikaji pertama, setiap
aliran yang memasuki struktur stilling basin adalah terdiri daripada jenis aliran
genting lampau dan bagi aliran yang keluar daripada struktur tersebut adalah
daripada jenis aliran subgenting.

Turus tenaga setiap aliran dalam ujikaji ini ditunjukkan dalam Rajah 4.8 pada
sepanjang saluran. Didapati terdapat sedikit peningkatan turus tenaga pada
kedudukan 6.07 m dan 6.52 m pada paksi-x dalam saluran tersebut. Kedua-dua
peningkatan ini adalah disebabkan oleh dua sebab utama yang akan diterangkan pada
bahagian perbincangan dalam sub topik perbincangan di akhir bab ini. Aliran dengan
kecerunan saluran 1/942 dan kadar alir 0.0054 m3/s memberikan nilai peratus
60

kehilangan turus tenaga terbesar dalam ujikaji bagi model ini. Peratus kehilangan
tenaga aliran diperoleh daripada perbezaan turus tenaga aliran pada jarak 0.02 m dan
10.5 m dari asalan pada paksi-x dalam saluran berkenaan. Analisis yang dilakukan
menunjukkan bahawa dengan setiap peningkatan kadar alir dan pengurangan nilai
kecerunan saluran akan mengurangkan peratus kehilangan tenaga yang dialami oleh
aliran berkenaan.
61

Rajah 4.5 Halaju aliran bagi model ujikaji kedua


62

Rajah 4.6 Ukur dalam aliran bagi model ujikaji kedua


63

Rajah 4.7 Nombor Froude, Fr aliran bagi model ujikaji kedua


64

Rajah 4.8 Turus tenaga aliran bagi model ujikaji kedua


65

4.4 Keputusan Ujikaji Model Stilling Basin Ketiga Mengikut Nisbah Normal
Struktur Asal dengan Besen yang Lebih Dalam

Ujikaji ketiga yang dijalankan turut menggunakan parameter yang sama


seperti dalam ujikaji sebelumnya tetapi mengekalkan jumlah titik bacaan dalam
ujikaji pertama iaitu sebanyak sepuluh titik bacaan. Data yang diperoleh dalam
ujikaji ini ditunjukkkan dalam Rajah 4.9, Rajah 4.10, Rajah 4.11 dan Rajah 4.12 di
sepanjang saluran ujikaji.

Halaju aliran untuk ujikaji ini ditunjukkan dalam Rajah 4.9 bagi setiap jenis
aliran yang melalui model struktur stilling basin tersebut. Kesemua aliran dalam
ujikaji ini memberikan nilai halaju yang maksimum pada jarak 6.07 m dari asalan
dan nilai yang minimum pada jarak 6.32 m dari asalan pada paksi-x dalam saluran
berkenaan. Nilai halaju yang tertinggi dicatatkan oleh aliran dengan kecerunan
saluran 1/1949 dan kadar alir 0.0065 m3/s dengan nilai halaju 1.203 m/s. Aliran ini
turut memberikan nilai halaju tertinggi di sepanjang saluran.

Peratusan kehilangan halaju aliran tertinggi yang dicatatkan dalam ujikaji ini
adalah sebanyak 39.65 peratus oleh aliran dengan kecerunan saluran 1/1949 dan
kadar alir 0.0101 m3/s. Peratus kehilangan halaju ini didapati melalui perbandingan
nilai halaju aliran sebelum memasuki struktur stilling basin, pada kedudukan 4.0 m
dan selepas melalui struktur stilling basin, pada kedudukan 8 m pada paksi-x dalam
saluran berkenaan. Secara keseluruhan, nilai halaju yang diberikan oleh setiap aliran
menunjukkan peratus kehilangan halaju yang menurun dengan peningkatan kadar alir
dan nilai kecerunan saluran berbanding aliran dalam kadar alir dan kecerunan saluran
yang lebih rendah.

Rajah 4.10 pula menunjukkan perubahan ukur dalam yang dialami oleh setiap
kes aliran yang melalui model stilling basin ketiga ini yang telah ditambahkan
kedalaman bagi basin struktur berkenaan bersama ketinggian dasar saluran untuk
66

ujikaji ketiga ini. Nilai ukur dalam yang terendah ditunjukkan pada kedudukan
6.07 m pada paksi-x dalam saluran ujikaji dan nilai ukur dalam tertinggi ditunjukkan
pada kedudukan 6.32 m pada paksi-x bagi semua jenis kes aliran. Ukur dalam
tertinggi dicatatkan oleh aliran dengan kecerunan 1/1949 dan kadar alir 0.1037 m3/s
dengan nilai 0.142 m dari dasar saluran. Perbandingan ukur dalam untuk ujikaji
ketiga ini menggunakan kedudukan yang sama dengan ujikaji pertama iaitu pada
kedudukan 4 m dan 8 m pada paksi-x. Nilai perbezaan tertinggi untuk ujikaji ini
adalah sebanyak 0.012 m yng diberikan oleh aliran dengan kecerunan saluran 1/1949
dan kadar alir 0.0137 m3/s dan aliran dengan kecerunan saluran 1/942 dan kadar alir
0.0133 m3/s. Keseluruhannya didapati bahawa peratus perbezaan ukur dalam
menurun dengan meningkatnya kadar alir dan kecerunan saluran ujikaji tersebut.

Kedudukan 6.07 m dalam Rajah 4.11 menunjukkan nombor Froude, Fr yang


paling maksimum disepanjang saluran dan bagi nilai minimum pula ditunjukkan oleh
kedudukan 6.32 m dalam paksi-x saluran berkenaan. 3.535 merupakan nilai nombor
Froude tertinggi yang dicatatkan dari aliran dengan kecerunan saluran 1/1949 dan
kadar alir 0.0065 m3/s. Aliran dari jenis genting lampau didapati memasuki besen
struktur berkenaan dan keluar menjadi aliran jenis subgenting daripada model ujikaji
ini.

Perubahan turus tenaga ditunjukkan dalam Rajah 4.12 bagi setiap kes aliran.
Peningkatan turus tenaga yang sama dikesan pada kedudukan 6.07 m dan 6.57 m
pada paksi-x dalam hampir kesemua aliran bagi ujikaji ini. Perbezaan turus tenaga
dari kedudukan 0.02 m dan 10.50 m pada paksi-x digunakan bagi mencari peratus
kehilangan tenaga unutk sesuatu aliran. Peratus kehilangan tenaga terbesar diberikan
oleh aliran dengan kecerunan 1/942 dan kadar alir 0.0053 m3/s dengan nilai
kehilangan sebanyak 44.65 peratus. Peratus kehilangan tenaga dalam ujikaji ini
didapati meningkat dengan setiap penurunan kadar alir dan kecerunan saluran untuk
model stilling basin ketiga ini.
67

Rajah 4.9 Halaju aliran bagi model ujikaji ketiga


68

Rajah 4.10 Ukur dalam aliran bagi model ujikaji ketiga


69

Rajah 4.11 Nombor Froude, Fr aliran bagi model ujikaji ketiga


70

Rajah 4.12 Turus tenaga aliran bagi model ujikaji ketiga


71

4.5 Perbandingan Keputusan Kajian bagi Model Pertama, Kedua dan


Ketiga Struktur Stilling Basin

Perbandingan yang dilakukan di sini lebih kepada perbezaan secara umum


ataupun purata dalam setiap parameter ujikaji model berkenaan. Dari data halaju
aliran bagi setiap ujikaji model berkenaan menunjukkan bahawa model stilling basin
pertama memberikan peratus kehilangan halaju yang paling tinggi diikuti dengan
model stilling basin kedua dan seterusnya model stilling basin ketiga secara amnya.
Kenaikkan kadar alir dan kecerunan saluran telah mengurangkan lagi keberkesanan
stilling basin dalam mengurangkan halaju aliran dalam ketiga-tiga model yang
diujikaji dalam kajian ini.

Perubahan ukur dalam bagi ketiga-tiga model ini menunjukkan bahawa


model kedua stilling basin memberikan peratus perubahan ukur dalam yang paling
tinggi diantara ketiga-tiga model kajian dan diikuti dengan model pertama dan
seterusnya peratusan perubahan ukur dalam dari model stilling basin ketiga. Perkara
yang sama ditunjukkan dalam ketiga-tiga jenis kajian bahawa peningkatan kadar alir
yang melalui model berkenaan dan sebarang peningkatan kecerunan saluran
membawa kepada pengurangan keberkesan model stilling basin dalam meningkatkan
ukur dalam aliran selepas melalui struktur berkenaan.

Bentuk perubahan nombor Froude, Fr dalam ketiga-tiga jenis model ujikaji


tidak menunjukkan perubahan yang begitu ketara dengan setiap aliran yang
memasuki model-model berkenaan adalah dari jenis aliran genting lampau yang
mempunyai nilai nombor Froude yang melebihi atau sama dengan 1 dan aliran yang
keluar daripada struktur ini adalah terdiri daripada aliran jenis subgenting yang
memberikan nilai kurang daripada 1 dalam setiap kes aliran.

Model stilling basin pertama memberikan peratus kehilangan tenaga yang


lebih besar jika dibandingkan pada perubahan turus tenaga yang berlaku pada
72

sepanjang saluran ujikaji berkenaan manakala model stilling basin ketiga


memberikan peratus kehilangan tenaga yang paling sedikit dari ketiga-tiga model
ujikaji. Sama seperti yang telah dinyatakan terhadap perubahan halaju dan ukur
dalam setiap model ini, keberkesanan model dalam menghilangkan tenaga akan
menurun dengan peningkatan kadar alir dan kenaikan kecerunan saluran berkenaan
bagi kesemua model ujikaji ini.
73

4.6 Perbincangan

Daripada keputusan dan analisis data yang telah dijalankan, didapati halaju aliran
dari permulaan saluran sehingga pada titik ketika aliran memasuki besen meningkat
sehingga mencapai nilai halaju maksimum dalam setiap kes aliran yang dijalankan.
Halaju ini kemudiannya didapati menurun dengan drastik selepas aliran tersebut
memasuki basin berkenaan berikutan kehilangan tenaga akibat lompatan hidraulik yang
berlaku dalam aliran tersebut. Lompatan hidraulik yang berlaku dalam besen berkenaan
didapati menjadi semakin ketara dalam aliran yang mempunyai kadar alir yang tinggi
bagi kesemua model.

Walaubagaimanapun, lompatan hidraulik yang berlaku dalam model ketiga


adalah lebih ketara berbanding model-model lain berikutan model ini mengalami
perubahan aras dasar saluran yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan model-model
yang lain.
74

Rajah 4.13 Keadaan aliran pada bahagian hujung saluran selepas perubahan semula
dasar saluran kepada aras sebenar dalam ujikaji untuk model ketiga.

Halaju aliran yang keluar dari besen berkenaan kemudiannya didapati meningkat
apabila aliran tersebut menghampiri hujung saluran berikutan aras dasar saluran kembali
kepada aras dasar sebenar iaitu tiada apa-apa model dan keadaan hujung saluran yang
melepaskan terus aliran ke dalam kolam tadahan yang berada pada luar saluran dengan
secepat yang mungkin. Ini adalah disebabkan oleh aras saluran selepas 12.986 m bagi
model kedua dan 12.57 m bagi model pertama dan ketiga pada paksi-x dari asalan tidak
dinaikkan dalam ujikaji ini dengan anggapan bahawa aliran yang keluar daripada
struktur stilling basin ini akan kembali menjadi aliran normal selepas 6 m sebaik sahaja
keluar daripada besen berkenaan. Namun, didapati perubahan halaju dalam ujikaji ketiga
selepas aliran melalui struktur tersebut amat ketara berikutan perubahan aras dasar
saluran pada hujung saluran lebih besar berbanding model pertama dan kedua.
Peningkatan halaju yang berlaku pada hujung saluran didapati sedikit sebanyak
mempangaruhi bacaan pada 10.5 m pada paksi-x bagi kesemua model dalam ujikaji ini
terutamanya dalam aliran yang mempunyai kadar alir yang tinggi.
75

Kadar alir yang rendah memberikan ukur dalam yang rendah berbanding dengan
aliran dengan kadar alir yang tinggi. Berdasarkan kepada aliran yang terhasil di dalam
saluran berkenaan, didapati bahawa ukur dalam aliran pada bahagian dinding adalah
lebih besar daripada bahagian tengah saluran pada kedudukan yang sama dalam paksi-x.
Ini adalah disebabkan oleh faktor kekasaran Manning pada bahagian dinding saluran
adalah lebih tinggi jika dibandingkan pada bahagian tengah aliran berikutan jenis bahan
yang digunakan dalam ujikaji ini. Pada bahagian dinding saluran, nilai kekasaran
manning adalah dipengaruhi oleh tanah liat yang digunakan bagi menghalang air
daripada memasuki bahagian bawah struktur kayu berkenaan dan oleh dinding kaca
yang masih terdapat sisa-sisa silikon yang digunakan dalam kajian-kajian yang
sebelumnya yang tidak dibersihkan dengan sempurna serta permukaan model kayu yang
digunakan. Manakala aliran pada bahagian tengah saluran hanya dipengaruhi oleh
permukaan struktur kayu yang digunakan bagi menaikkan aras dasar saluran. Dasar
saluran yang asal didapati telah berkarat dengan agak teruk yang sedikit sebanyak
mepengaruhi aliran pada bahagian dalam besen berkenaan disebabkan ia mempunyai
faktor kekasaran Manning yang lebih tinggi berbanding bahan lain yang digunakan.

Peningkatan ukur dalam aliran dapat dilihat selepas aliran tersebut melalui model
stilling basin yang telah disediakan, namun, ukur dalam ini didapati kembali menurun
apabila aliran menghampiri bahagian hujung saluran terutamanya selepas 5 hingga 6 m
daripada besen tersebut. Keadaan ini sedikit sebanyak mempengaruhi bacaan pada
bahagian hujung saluran dan adalah disebabkan oleh perubahan dasar saluran yang
kembali kepada bahagian asal saluran dan pelepasan air dari saluran berkenaan secara
terus ke dalam kolam tadahan pada hujung saluran tersebut. Perubahan ukur dalam ini
boleh dikatakan berubah secara lansung dengan perubahan halaju aliran kerana halaju
yang tinggi akan memberikan nilai ukur dalam yang rendah dan begitulah sebaliknya
bagi halaju yang rendah.
76

Nombor Froude, Fr dalam setiap kes aliran yang dijalankan didapati telah
berkurangan selepas melalui struktur stilling basin berkenaan berbanding dengan
nombor Froude aliran sebelum memasuki struktur tersebut. Aliran didapati berada dalam
aliran genting lampau semasa memasuki basin tersebut berikutan nilai Froude pada titik
tersebut melebihi 1. Nilai nombor Froude maksimum yang dicatatkan adalah 3.54 dan
nilai-nilai maksimum yang diberikan dalam kes-kes ujikaji dapat digunakan dalam
menentukan jenis lompatan hidraulik yang terhasil dengan mengelaskan nombor Froude
tersebut ke dalam tiga kumpulan utama nombor Froude sebelum lompatan iaitu Fr < 1.7,
1.7 < Fr < 2.5 dan 2.5 < Fr < 4.5. Nombor Froude dengan nilai yang tinggi memberikan
peratusan pelesapan tenaga yang tinggi berbanding nombor Froude yang rendah
menurut pengkelasan lompatan hidraulik yang digunakan.

Aliran yang keluar daripada basin berkenaan adalah aliran subgenting berikutan
nilai nombor Froude pada hujung basin adalah dibawah nilai 1. Perubahan aliran yang
berlaku dalam besen ini adalah disebabkan lompatan hidraulik yang dialami oleh aliran
semasa memasuki besen dan kesan air balikan yang terjadi semasa aliran keluar daripada
besen berkenaan. Perubahan ini juga menunjukkan struktur stilling basin berupaya
merubah aliran daripada aliran genting lampau kepada aliran subgenting bagi sesuatu
keadaan aliran dan dapat menghilangkan tenaga berdasarkan kepada perubahan nombor
Froude.

Terdapat peningkatan turus tenaga yang dicatatkan pada dua kedudukan utama
dalam kes aliran ujikaji yang dijalankan pada kedudukan 6.07 m dari asalan bagi model
pertama, kedua dan ketiga serta pada kedudukan 6.52 m dari asalan bagi model kedua
dan 6.57 m dari asalan bagi model pertama dan ketiga dalam paksi-x. Terdapat beberapa
perkara yang boleh menyebabkan perkara ini berlaku. Perkara pertama adalah
disebabkan oleh kaedah yang digunakan dalam mengambil bacaan ukur dalam pada
sepanjang saluran berkenaan. Bacaan ukur dalam diambil dengan menggunakan point
gauge memberikan ketepatan sehingga 0.0001 m pada bahagian saluran yang mengalami
77

perubahan ketinggian dasar manakala pada kedudukan yang lain hanya diambil dengan
menggunakan kertas graf yang mempunyai ketepatan sehingga 0.001 m sahaja. Bacaan
dengan menggunakan point gauge diambil pada tengah aliran berbanding dengan
kedudukan lain yang hanya diambil pada bahagian tepi aliran sahaja.

Rajah 4.14 Keadaan aliran dalam saluran sebelum aliran melalui struktur stilling
basin.

Aliran pada bahagian tepi saluran didapati memberikan nilai halaju yang lebih
perlahan berbanding dengan aliran pada bahagian tengah saluran disebabkan oleh
perbezaan faktor kekasaran Manning aliran yang dialami oleh aliran pada bahagian tepi
berbanding aliran pada bahagian tengah saluran. Nilai halaju aliran yang lebih tinggi
didapati memberikan nilai ukur dalam yang lebih cetek berbanding dengan halaju aliran
yang lebih rendah walaupun pada kedudukan yang sama dalam saluran berkenaan. Nilai
halaju dan ukur dalam yang berbeza akan memberikan nilai turus tenaga yang berbeza
berikutan persamaan turus tenaga menggunakan nilai halaju dan ukur dalam seperti yang
78

ditunjukkan dalam Persamaan 2.2. Perubahan halaju akan memberikan perbezaan yang
ketara kepada turus tenaga dalam saluran berkenaan berbanding perubahan yang
disebabkan oleh nilai ukur dalam aliran dalam persamaan berkenaan. Lagipun, point
gauge yang digunakan dalam ujikaji ini tidak berada dalam keadaan yang sempurna dan
alat pengukuran ini hanya dialas dengan dua keping kayu pada saluran berkenaan dan
terpaksa dipindahkan bagi mengambil bacaan pada dua kedudukan yang berbeza dalam
satu aliran yang sama.

Sebab yang kedua adalah kerana keadaan struktur kayu yang digunakan dalam
mengubah aras dasar saluran berkenaan didapati telah melentur dan melengkung akibat
daripada penyerapan air oleh model kayu tersebut setelah air dilalukan. Ini
menyebabkan bacaan ukur dalam pada kawasan yang melengkung lebih tinggi berikutan
ukur dalam diambil daripada dasar saluran sehingga permukaan air. Struktur kayu yang
meleding ini juga didapati memberikan impak yang sangat ketara pada beberapa
bahagian struktur sehingga menampakkan kesan perubahan ukur dalam yang begitu
ketara pada aliran berkenaan. Kenaikan turus tenaga ini juga boleh terjadi disebabkan
oleh aliran berubah ansur yang berlaku dalam aliran ujikaji berkenaan. Besen model
stilling basin boleh dikatakan bertindak sebagai struktur tadahan yang kecil dalam
menahan aliran seperti struktur empangan yang memberikan perubahan nilai turus
tenaga yang tinggi kepada aliran berkenaan pada ketika aliran tersebut ditahan di dalam
besen tersebut.
BAB V

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Kesimpulan

Hasil daripada ujikaji dan analisis yang telah dijalankan terhadap data-data
yang diperoleh dalam kajian ini terhadap ketiga-tiga model stilling basin dengan
dimensi besen, kadar alir dan kecerunan saluran yang berbeza telah dapat memenuhi
objektif-objektif kajian seperti yang telah dinyatakan dalam bab pertama.

Bagi mencapai objektif pertama kajian iaitu bagi mengkaji aliran selepas
aliran melalui ketiga-tiga struktur berkenaan, empat parameter utama aliran telah
dianalisis dan dikaji iaitu halaju aliran, ukur dalam aliran, nombor Froude aliran dan
turus tenaga aliran bagi mengetahui perubahan yang dialami oleh aliran sebelum,
semasa dan selepas melalui struktur berkenaan. Perubahan yang dialami oleh
keempat-empat parameter ini di sepanjang saluran ditunjukkan dalam bentuk graf
dalam Rajah 4.1, Rajah 4.2, Rajah 4.3, Rajah 4.4, Rajah 4.5, Rajah 4.6, Rajah 4.7,
Rajah 4.8, Rajah 4.9, Rajah 4.10, Rajah 4.11 dan Rajah 4.12 dalam bab keempat
kajian ini. Daripada apa yang didapati, aliran akan mengalami perubahan dalam
keempat-empat parameter ini bagi setiap kes aliran yang dijalankan. Perubahan kadar
alir dan kecerunan saluran memberikan perubahan yang berbeza untuk parameter-
80

parameter tersebut. Nilai halaju, tenaga dan nombor Froude mencatatkan penurunan
selepas aliran melalui struktur tersebut manakala nilai ukur dalam mencatatkan kenaikan
dalam ujikaji ini. Perbezaan yang diberikan oleh aliran apabila melalui model stilling
basin dengan dimensi besen yang berlainan telah memenuhi objektif kedua kajian ini
iaitu untuk mengkaji aliran yang terhasil disebabkan oleh perbezaan dimensi stilling
basin yang digunakan.

Objektif ketiga kajian iaitu untuk mengkaji kesan perubahan kadar alir dan
kecerunan saluran telah dapat dipenuhi melalui perubahan yang dicatatkan oleh aliran
yang terhasil dalam ujikaji ini. Melalui bacaan aliran pada kesepuluh titik bacaan yang
mempunyai jarak dari asalan yang sama dalam model ujikaji pertama dan ketiga serta
penambahan dua titik bacaan dalam ujikaji yang kedua membolehkan perbandingan
keadaan aliran dilakukan dengan lebih baik dan tepat.

Bagi memenuhi objektif keempat kajian ini dalam menentukan keberkesanan


struktur stilling basin sebagai struktur penebat banjir, perbandingan keadaan aliran
dilakukan melalui keempat-empat parameter yang diukur pada sebelum dan selepas
sesuatu aliran dalam ujikaji ini. Perubahan halaju dan ukur dalam aliran bagi setiap kes
aliran dilakukan pada kedudukan yang sama dalam saluran iaitu pada kedudukan 4 m
dan 8 m dari asalan pada paksi-x manakala untuk perubahan tenaga pula diambil
menerusi kedudukan bacaan pertama dan terakhir dalam setiap kes aliran iaitu pada
kedudukan 0.2 m dan 10.5 m dari asalan pada paksi-x untuk saluran berkenaan.
Perbandingan nombor Froude aliran pula hanya dilakukan pada kedua-dua kedudukan
saluran yang mengalami perubahan aras dasar saluran iaitu pada permulaan dan
penghujung basin struktur stilling basin untuk ketiga-tiga model.
81

Jadual 5.1 Kenaikan dan peratus kenaikan ukur dalam aliran


Cerun Kadar Model 1 Model 2 Model 3
alir Kenaikan Peratus Kenaikan Peratus Kenaikan Peratus
ukur kenaikan ukur kenaikan ukur kenaikan
dalam (%) dalam (%) dalam (%)
(m) (m) (m)
1 1 0.004 10.00 0.011 28.95 0.008 24.24
2 0.010 18.18 0.013 25.00 0.010 20.83
3 -0.003 -4.00 0.013 20.00 0.012 21.43
2 1 0.010 26.32 0.012 31.58 0.008 25.00
2 0.011 21.15 0.011 20.37 0.010 20.83
3 0.011 16.93 0.012 17.65 0.007 11.67
3 1 0.009 23.08 0.010 23.81 0.006 18.18
2 0.009 17.31 0.011 20.00 0.007 14.89
3 0.012 19.35 0.013 19.40 0.012 21.82

Jadual 5.2 Penurunan dan peratus penurunan halaju aliran


Cerun Kadar Model 1 Model 2 Model 3
alir Penurunan Peratus Penurunan Peratus Penurunan Peratus
halaju penurunan halaju penurunan halaju penurunan
(m/s) (%) (m/s) (%) (m/s) (%)
1 1 0.0321 9.10 0.0631 22.45 0.0839 19.51
2 0.0642 15.38 0.0691 19.99 0.2504 39.65
3 -0.0177 -4.17 0.0692 16.68 0.0945 17.66
2 1 0.0492 24.04 0.0664 24.01 0.0674 19.99
2 0.0690 17.46 0.0583 16.93 0.0845 19.55
3 0.0611 15.11 0.0595 15.00 0.0489 10.44
3 1 0.0554 20.43 0.0537 19.23 0.0537 15.38
2 0.0597 17.76 0.0616 16.65 0.0531 12.96
3 0.0715 16.23 0.0711 16.25 0.0950 17.92
82

Jadual 5.3 Kehilangan dan peratus kehilangan tenaga aliran


Cerun Kadar Model 1 Model 2 Model 3
alir Kehilangan Peratus Kehilangan Peratus Kehilangan Peratus
tenaga (m) kehilangan tenaga (m) kehilangan tenaga (m) kehilangan
(%) (%) (%)
1 1 0.06107 50.72 0.04838 43.00 0.07753 42.29
2 0.05910 41.95 0.05523 41.13 0.07775 38.69
3 0.06550 42.74 0.05288 35.91 0.08221 37.85
2 1 0.05324 45.64 0.05267 44.56 0.08195 44.54
2 0.05745 41.26 0.05882 42.13 0.08225 40.19
3 0.05583 37.14 0.05713 36.96 0.08726 39.39
3 1 0.05925 47.74 0.05567 44.64 0.08404 44.65
2 0.06516 44.63 0.06008 41.55 0.08466 41.23
3 0.05592 37.32 0.05715 36.80 0.08839 39.57

Kenaikan ukur dalam, pengurangan halaju dan kehilangan tenaga aliran bersama
peratusan masing-masing dapat ditunjukkan dalam Jadual 5.1, Jadual 5.2 dan Jadual 5.3
bagi nilai parameter tersebut pada kedudukan yang telah dinyatakan. Nombor Froude, Fr
hanya dinyatakan dalam bentuk sama ada aliran mengalami aliran genting lampau
dengan nilai Fr melebihi nilai 1 atau pun mengalami aliran subgenting dengan nilai Fr
kurang daripada 1 bagi semua kes aliran. Disebabkan kesemua kes aliran memberikan
nilai Fr melebihi 1 apabila aliran memasuki besen dan Fr kurang daripada 1 apabila
keluar daripada besen, dapatlah dirumuskan disini bahawa semua aliran yang masuk ke
dalam struktur stilling basin adalah aliran genting lampau dan aliran yang keluar
daripada struktur berkenaan adalah aliran subgenting.

Dengan mengambil kira peratus pengurangan halaju dan peratus kenaikan ukur
dalam aliran yang diperolehi sebagai parameter utama, keberkesanan struktur stilling
basin sebagai struktur penebat banjir dapat ditentukan. Secara keseluruhannya didapati
83

bahawa peratus pengurangan halaju dan peratus peningkatan ukur dalam aliran
berkurang dengan peningkatan kadar alir dan kecerunan saluran ujikaji. Dengan ini,
dapatlah dirumuskan bahawa keberkesanan struktur stilling basin turut berkurang
dengan peningkatan kadar alir dan kecerunan saluran sebagai struktur penebat banjir.
Kadar alir yang tinggi akan meningkatkan kebarangkalian untuk banjir berlaku, namun,
kadar alir yang tinggi juga akan merendahkan keberkesanan struktur stilling basin
sebagai struktur penebat banjir, ini bermakna struktur stilling basin tidak sesuai
digunakan sebagai struktur penebat banjir di dalam sistem saluran terbuka.

Perubahan dimensi besen dalam model kedua dan ketiga didapati mengurangkan
keberkesanan stilling basin dalam mengurangkan halaju dan meningkatkan kadar alir
apabila dibandingkan dengan peratusan yang diperolehi oleh model stilling basin
pertama. Ini bermakna sebarang perubahan dimensi besen yang dilakukan hanya akan
mengurangkan keberkesanan struktur tersebut dalam keadaan aliran dan sistem saluran
yang sama.

Keberkesanan stilling basin dalam melesapkan tenaga ditunjukkan didalam


Jadual 5.3 bagi kesemua model stilling basin untuk kesemua keadaan aliran. Model
stilling basin yang asal didapati memberikan peratusan yang paling besar dalam
pelesapan tenaga apabila dibandingkan dengan model-model lain yang telah diubahsuai.
Peningkatan kadar alir dan kecerunan saluran pula hanya mengurangkan peratus
kehilangan tenaga bagi kesemua model berkenaan. Pelesapan tenaga sehingga 50 peratus
menunjukkan bahawa struktur ini sangat berkesan dalam melesapkan tenaga aliran
dalam sesuatu sistem aliran terbuka.
84

5.2 Cadangan

Beberapa cadangan dapat diajukan untuk dikongsi bersama agar dapat membantu
pengkaji seterusnya yang ingin meneruskan kajian ini pada masa hadapan. Cadangan
kajian yang dapat diberikan adalah seperti berikut:-

i. Struktur stilling basin digabungkan atau digunakan bersama dengan


struktur hidraulik yang lain seperti pintu air sluis dalam satu saluran yang
sama bagi mengkaji kesan kedua-dua struktur tersebut terhadap aliran dan
keberkesanan gabungan ini dalam mengatasi banjir atau mengawal aliran
air dalam sistem saluran terbuka.

ii. Struktur stilling basin boleh digunakan secara bersiri dalam satu sistem
saluran yang sama. Kajian terhadap aliran yang melalui struktur bersiri
boleh dijalankan dan boleh juga dikaji kesan terhadap jarak yang berbeza
bagi struktur-struktur ini tehadap parameter-parameter aliran serta
keberkesanan struktur tersebut jika digunakan secara bersiri.

iii. Kajian terhadap stilling basin juga boleh dijalankan terhadap besen cerun
dan mengkaji aliran yang terhasil dalam kecerunan tersebut bagi
dibandingkan dengan stilling basin dengan besen mendatar dalam
keadaan aliran dan saluran yang sama.

iv. Pengkaji yang seterusnya boleh mereka bentuk komponen hidraulik


seperti tembok sambut sesekat atau blok pelongsor untuk ditambah ke
dalam struktur stilling basin yang sedia ada bagi mengkaji kesan
komponen tersebut tehadap aliran yang terhasil dan keberkesanan
komponen tersebut dalam meningkatkan keberkesanan stilling basin
dalam melesapkan tenaga aliran.
85

RUJUKAN

1. Thompson P. L. and Kilgore R. T. (2000). Hydraulic Design of Energy


Dissipators for Culverts and Channels, U.S. Department of Transportation,
Federal Highway Administration. Chapter 8

2. Khatsuria R. M. (2005). Hydraulics of Spillways and Energy Dissipators, Marcel


Dekker Inc., New York, NY. Chapter 20 pg 387-440 and Chapter 28

3. U.S. Army Corps of Engineers (1990). “Hydraulic Design of Spillways.”


Engineering and Design Manual, EM 1110-2-1603, Chapter 7

4. Istilah Kejuruteraan ( 2006). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

5. Manual Mesra Alam Malaysia, MaSMA (2001). Chapter 29. pg 1-7

6. Subramanya K. (2006). Engineering Hydrology, Tata McGraw Hill, New Delhi.


pg 119-123, 233-310.

7. Novak P., Moffat A. I. B., Nalluri C., and Narayanan R. (2003). Hydraulic
Structures, Spon Press, New York, NY. pg 227 – 246.
86

8. Noor Baharim Hashim, Huddleston D. H., Zulkiflee Ibrahim, Ng Boon Chong.


(2005). “Performance of High Velocity Channels in Flood-Prone Areas,” PhD
thesis, Dept. of Civil Engineering, University Teknologi Malaysia at Skudai,
Johor. Research vote no. 71840.
87

LAMPIRAN

Contoh Data Ujikaji 1 untuk Cerun 1/758


Jarak Ukur
Bilangan dari dalam
Pusingan Kedudukan asalan aliran
Injap bacaan (m) (mm)
2.00 x1 0.20 40
2.00 x2 2.00 43
2.00 x3 4.00 39
2.00 x4 5.97 20
2.00 x5 6.07 17.5
2.00 x6 6.32 65
2.00 x7 6.57 50
2.00 x8 6.67 49
2.00 x9 8.00 48
2.00 x10 10.50 46
2.25 x1 0.20 59
2.25 x2 2.00 58
2.25 x3 4.00 52
2.25 x4 5.97 31
2.25 x5 6.07 20.1
2.25 x6 6.32 78
2.25 x7 6.57 66.5
2.25 x8 6.67 63
2.25 x9 8.00 61
2.25 x10 10.50 58
2.50 x1 0.20 58
2.50 x2 2.00 67
2.50 x3 4.00 62
2.50 x4 5.97 40
2.50 x5 6.07 34.9
2.50 x6 6.32 86
2.50 x7 6.57 80.1
2.50 x8 6.67 77
2.50 x9 8.00 74
2.50 x10 10.50 70

Anda mungkin juga menyukai