Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENDAHULUAN

Allah S.W.T telah menjadikan manusia dengan sebaik- baik kejadian. Kejadian manusia
dibekalkan dengan lima pancaindera utama yang cukup dengan peranannya yang tersendiri.
Kejadian manusia juga dibekalkan dengan keindahan dan kemuliaan sehinggakan pada ketika
terciptanya Nabi Adam a.s sebagai manusia pertama di muka bumi ini, Allah S.W.T telah
memerintahkan para Malaikat, Jin dan Syaitan untuk tunduk sujud kepada Nabi Adam a.s atas
sebab kemuliaan kejadian makhluk bergelar manusia ini.

Walaubagaimanapun, mutakhir ini, segelintir manusia seakan- akan tidak lagi merasa cukup
dengan kesempurnaan yang telah Allah ciptakan. Hal ini dapat kita lihat dengan tindakan
segelintir manusia yang sanggup membelanjakan sejumlah wang untuk tujuan kecantikan tanpa
menyedari tindakan tersebut termasuk dalam kategori mengubah kejadian Allah. ‘Botox’
merupakan satu contoh kaedah untuk tujuan kecantikan yang banyak diamalkan oleh segelimtir
masyarakat khasnya masyarakat Islam abad ini.

Botox adalah singkatan kepada Botulinum Toxin. Botox adalah satu bahan protein yang
dihasilkan oleh sejenis bakteria yang bernama Clostridium Botolinum. Botox merupakan sejenis
racun urat saraf (neurotoxin) yang boleh melumpuhkan otot. Racun ini merupakan racun urat
saraf yang terbisa di dunia.1 Para penyelidik telah mendapati , di samping kegunaan dalam
bidang perubatan, kegunaan botox juga meluas dalam bidang kosmetik.

Pada bulan Julai 2006, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan kegunaan Botox
untuk tujuan kosmetik atas sebab botox mengandungi bahan yang meragukan dan bersifat najis.
Kaedah ini juga termasuk dalam kategori mengubah kejadian Allah dan merupakan satu
penipuan. Oleh sebab itu, isu penggunaan Botox ataupun permasalahan penggunaan Botox ini
mengundang persoalan dalam fiqh semasa di kalangan umat Islam.
1
Zamri Mohamad. Bahaya Botox. 2005. Hlm: 4.
2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BOTOX DALAM BIDANG KOSMETIK

Penggunaan Botox untuk tujuan kecantikan telah dikaji secara mendalam oleh pasangan
doktor Carruthers yang masing- masing merupakan pakar kulit dan mata di Vancouver, Kanada.
Mereka bekerja secara berpasukan dalam mengkaji kesan botox ini dan mendapati banyak kesan
positif hasil daripada penggunaan toksin ini. Walau bagaimanapun, kesannya terhad kepada
sesetengah pesakit sahaja2

Menurut American Academy of Ophthalmology, FDA (Food and Drug Administration) telah
meluluskan penggunaan toksin ini dalam bidang kecantikan pada April 2002 yang mana kajian
ini telah dilakukan ke atas mereka yang berumur 65 tahun ke atas. 3 Hasil daripada kajian yang
telah dijalankan, penggunaan toksin ini telah menunjukkan kesan yang positif terhadap
kecantikan di mana kaedah ini menjadikan kulit menjadi tegang dan menjadikan kulit responden
kelihatan lebih muda. Justeru itu, kaedah ini dijadikan proses untuk membendung penuaan
berbanding rawatan tradisi.

Pada 15 April 2005 pula, US FDA telah mengumukan pengesahan untuk penggunaan toksin
botulinum A untuk rawatan mengurangkan kedutan di dahi. Toksin ini diperakui dalam merawat
masalah otot spastik dan kesakitan otot sangat menggalakkan. Di samping itu, penggunaannya
juga dipercayai boleh marawat masalah sakit kepala, masalah kelenjar prostat,asma,kegemukan
dan beberapa masalah perubatan lain. 4

2
http://en. Wikipedia.org/wiki/Botulinum_toxin
3
www.medem.com/eyemd
4
http://en. Wikipedia.org./wiki/Botulinum_toxin
3.0 PENGGUNAAN BOTOX PADA MASA KINI

Teknologi moden mampu mengubah corak hidup manusia. Penggunaan teknologi ini bukan
sahaja berlaku di kalangan masyarakat Bandar bahkan di luar Bandar. Kesan perkembangan
teknologi sejajar dengan arus kemajuan dan kemodenan kini, member impak yangbesar kepada
kehidupan masyarakat. Ini dapat dilihat daripada kepelbagaian penemuan baru dalam pelbagai
bidang bidang malah bidang perubatan juga tidak terkecuali mengalami perubahan dan
peningkatan dalam rawatan yang disediakan seperti pembedahan plastic dan suntikan botox
dalam bidang kosmetik.

Melihat kepada sejarah perkembangan Botox, pada peringkat awal botox digunakan
dalam bidang perubatan. Namun kajian demi kajian yang dilakukan oleh pakar perubatan,
penggunaan Botox kian meluas yang mana ia digunakan bagi tujuan kecantikan seperti
menghilangkan kedutan wajah. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh A Munchau dan K P
Bhatia, antara penggunaan Botox pada masa kini ialah seperti :

a) Movement disorders (Ketidakaturan Penggunaan Otot)

Terdapat pelbagai kategori ketidakaturan penggunaan otot. Akan tetapi, beberapa masalah
Movement disorders yang dapat dirawat menggunakan botox seperti:

i) Idiopathic Focal Dystonis

Masalah “tortolic” iaitu otot di bahagian leher mengalami maslah kependekan menyebabkan
keregangan dan tidak boleh pusing ke hadapan dengan kata yang lebih mudah ,melihat pada
satu sisi sahaja (kepala teleng)
ii) Tardive Dystonia

Seseorang yang tidak boleh mengawal postur bandannya disebabkan oleh kekejangan otot
badan yang menyeluruh seterusnya menyebabkan pergerakan badan mereka seperti robot. Ini
mengakibatkan seseorang pesakit mempunyai pergerakan yang sangat terhad dan terbatas.

iii) Hemifacial Spasm (kekejangan pada otot muka sahaja)

Bagi pesakit yang mengalami masalah ini, sebelum suntikan Botox dilakukan, mereka akan
disiasat menggunakan MRI otak (sejenis X-ray yang khusus untuk mengesan struktur otak).
Ini adalah untuk menolak kemungkinan pesakit mengalami kanser atau ketumbuhan di otak
yang boleh menyebabkan hemifacial spasm. Hasil kajian mendapati hamper kesemua pesakit
ini yang disuntik botox mangalami perubahan yang positif dan kesannya bertahan lebih lama
berbanding pesakit yang mengalami dystonia otot yang mana setiap kali suntikan boleh
bertahan selama 5 bulan sahaja.

b) Blepharospasm (penutupan mata yang tidak terkawal)

Botox merupakan rawatan pilihan bagi pesakit blepharospasm. Suntikan akan diberi ke atas
otot- otot di sekeliling bola mata (orbicularis oculi). Walau bagaimanapun, terdapat kesan
sampingan yang mungkin timbul seperti ptosis(penurunan kelopak mata yang menyebabkan
mata seseorang tertutup separuh atau sepenuhnya). Ia juga boleh menyebabkan seseorang
pesakit itu mengalami double vision (imej menjadi dua)

c) Oromandibular dystonia (dystonia otot di bahagian mulut)

Bagi pesakit yang mengalami dystonia otot di bahagian mulut yang mana boleh
menyebabkan sendi di bahagian rahang pesakit menjadi keras dan pesakit mengalami
kesusahan dan kesukaran untuk membuka mulut. Suntikan di bahagian otot yang terlibat
boleh mengurangkan symptom ini sebanyak 70% dan boleh mengelakkan kompilasi
kerosakan kekal di bahagian sendi rahang ini.

d) Cramp (kekejangan otot di bahagian kanan)

Lazimnya penyakit ini dihidapi di kalangan mereka yang banyak menggunakan otot di
bahagian tangan seperti penulis dan pemain alat muzik. Oleh yang demikian, suntikan botox
juga boleh digunakan untuk mengurangkan kekejangan otot yang berlaku. Malahan, suntikan
Botox juga boleh mengurangkan kesakitan akibat penggunaan otot- otot yang berlebihan.

e) Hyperhidrosis (penghasilan peluh yang berlebihan)

Pesakit hyperhydrosis ini mempunyai kelenjar peluh yang terlampau aktif. Dengan ini
mereka akan mengalami peluh yang berlebihan pada setiap masa dan kesan ini menjadi lebih
ketara apabila mereka mengalami perubahan emosi seperti tekanan emosi, stress dan
sebagainya. Keadaan ini akan mendatangkan masalah kepada pesakit baik dari segi
perhubungan sosial mahupun kerjaya mereka. Dalam pada itu, badan mereka menjadi berbau
serta bahagian muka yang sentiasa berpeluh lencun. Ini boleh mengakibatkan gangguan
dalam kegiatan kerjaya mereka seperti dokumen kerja menjadi rosak akibat peluh yang
berlegihan.

Selain itu pesakit atau penghidap hyperhydrosis terpaksa menghadkan aktiviti


yang ingin dilakukan terutamanya aktiviti yang memerlukan konsentrasi seperti menjawab
soalan peperiksaan, pakar bedah yang menjalani pembedahan dan mekanik ataupun jurutera
yang memerlukan mereka memegang peralatan besi akan menjadi licin dan tidak berupaya
mengawal dan memegang peralatan kerja dengan kejap. Ini menyebabkan pesakit akan
hilang keyakinan diri sekaligus mengganggu prestasi kerja mereka.
Kajian oleh Madga Amin Bushara telah mendapati bahawa Botox boleh mengurangkan
masalah peluh berlabihan ini. Pesakit memerlukan suntikan Botox sebanyak dua hingga
empat kali dalam suatu tempoh yang tertentu untuk mendapat kesan yang benar – benar
efektif. Botox akan disuntik di kelenjar- kelenjar perpeluhan yang terlampau aktif ini dan
saraf yang membekali kelenjar tersebut terhalang dari merembeskan peluh yang berlebihan.
Selain penggunaan Botox, hyperhydrosis ini juga boleh dirawat dengan cara pembedahan di
mana seseorang pesakit itu akan dibedah dan saraf yang membekali kelenjar perpeluhan
tersebut akan dibuang. Jadi penggunaan Botox boleh mengelakkan risiko pembedfhan ke atas
pesakit dan mengurnagkan kos kemasukan ke hospital kerana suntikan ini boleh dilakukan di
klinik pesakit luar dan ianya mudah dilakukan berbanding dengan cara pembedahan.

f) Celebral Palsy (CP)

Menurut Pakar Neurologi Kanak- kanak, Subang Jaya Medical Centre (SJMC), Dr. Sofia Ali
dalam Zaharah Manap, CP atau juga dikenali sebagai kelumpuhan otak adalah penyakit yang
berkaitan dengan neurologi. Lazimnya penyakit ini boleh terjadi kepada 3 hingga 5 daripada
1000 kanak- kanak. Masalah neurologi yang dialami oleh kanak- kanak CP ini menyebabkan
sebahagian postur anak berkembang dalam keadaan tidak normal. Kepincangan ini berlaku
disebabkan oleh kegagalan otak berkembang dengan normal.

Oleh yang demikian, jika penyakit dapat dikesan dengan lebih awal ia dapat memberi
peluang kepada pesakit CP mendapatkan rawatan yang betul supaya di masa akan datang
kecacatannya tidak begitu serius. Menurut Dr. Sofia Ali, kajian yang dijalankan mendapati
bahawa kanak- kanak CP yang mendapat rawatan awal daripada botox selama 3 tahun
membantu kanak- kanak CP melalui tumbesaran dengan lancar. Ini kerana suntikan yang
diberikan lebih berkesan kepada kanak-kanak yang berusia antara 18 bulan hingga 3 tahun
berbanding kanak- kanak yang kian meningkat usia 10 ke 12 tahun.
Suntikan botox membolehlan otot melakukan pergerakan ringan dan boleh bertahan
antara 3 hingga 6 bulan dengan pengawasan rapi daripada doktor. Perkembangan rawatan ini
akan dinilai melalui tiga peringkat iaitu kurangya ketegangan otot di bahagian yang
bermasalah, bertambahnya kadar pergerakan dan sejauh mana matlamat rawatan tercapai.

Selain itu, kesan suntikan Botox dapat dirasai selepas dua atau tiga hari sesi suntikan
dijalankan. Otot kanak- kanak itu akan direhatkan buat satu atau dua minggu. Pada ketika itu,
ketegangan otot mereka berkurang dan ni membolehkan pesakit untuk bergerak, duduk,
berdiri serta menggerakkan tangan yang bermasalah dengan mudah. Suntikan Botox akan
menjadikan kelas fisioterapi pesakit CP dapat dijalankan dengan lancar dan mudah. Ini
kerana mereka tidak berasa tertekan dan sakit bila melakukan pelbagai aktiviti fizikal.

g) Kecantikan atau Kosmetik

Menurut Dr. Mohd Nasir Zahari, Botox bersifat non- surgical (bukan pembedahan). Dalam
konteks kecantikan, kejadian 15 tahun lepas mendapati Botox sangat berkesan merawat otot-
otot yang berkedut disebabkan keaktifan yang melampau seterusnya mengakibatkan kedutan
di bahagian dahi dan tepi mata. Bahkan ia juga boleh menegangkan kulit di bahagian dagu
dan leher.

Botox akan disuntik terus ke otot yang berkaitan seperti dahi dan dagu. Botox bertindak
menahan pemindahan dorongan saraf nerve impuls terhadap otot yang disuntik. Ia akan
bertindak mengurangkan aktiviti otot yang menyebabkan garis- garis halus.
Walaubagaimanapun, Botox juga boleh menyerang saraf otot- otot pernafasan dan jantung
yang menyebabkan fungsinya terhenti dalam tempoh beberapa minit jika diambil dalam dos
yang berlebihan.
Umumnya, semakin lanjut usia seseorang itu semakin bertambah kedutan di muka
terutama sekeliling mata, mulut dan dahi. Kedutan semakin ketara apatah lagi sekiranya
seseorang itu tidak mengamalkan diet yang betul, meokok, terdedah kepada cahaya matahari
selain pencemaran alam sekitar yang turut member kesan buruk kepada kulit.

Kedutan biasanya akan dihidapi oleh golongan tua atau yang sudah berunur akibat
daripada usia kulit dan kematian sel- sel kulit tersebut, ini merupakan perkara yang normal.
Namun sekiranya perkara ini dihidapi oleh golongan remaja, maka keadaan ini bukanlah satu
tabi’e, sebaliknya ia merupakan penyakit yang lahir akibat daripada sesuatu perkara.
Kebiasaannya, proses penegangan kulit dilakukan dengan cara menjalani pembedahan plastik
pada kulit di bahagian kepala atau telingan yang mengambil masa tempoh tujuh hari dan
apabila proses ini selesai, kulit akan kembali tegang dan muda. Akan tetapi, natijah yang
diperolehi ini tidaklah berterusan kerana kebiasaannya lima tahun kemudiannya kedutan akan
kembali terhasil.

Hukum melakukan perbuatan seperti ini adalah bergantung kepada umur seseorang
wanita yang melakukannya, jika wanita yang melakukannya adalah di kalangan wanita yang
sudah berumur dan bertujuan ingin menghilangkan kedutan kulit yang dihadapinya akibat
umur yang sudah tua, maka ia tidak diharuskan kerana adanya unsur- unsur penipuan dan
mengubah kejadian Allah. Sebaliknya, jika masalah kedutan ini dihidapi oleh golongan
wanita muda, berpunca daripada penyakit yang dihidapinya, maka harus baginya merawat
penyakit tersebut akibat kesan yang terhasil daripada penyakit tersebut, seperti kedutan kulit
yang berlaku dan sebagainya dengan syarat operasi tersebut tidak membawa kepada
kemudaratan yang lebih besar.

Mutakhir ini, suntikan Botox menjadi pilihan di kalangan golongan lelaki dan wanita.
Botox menjadi pilihan sebagai rawatan kosmetik bagi melicinkan kedut muka pada masa
yang sangat singkat tanpa rasa sakit serta tanpa perlu menjalani pembedahan. Hukum
melakukan suntikan sebegini adalah haram kerana sebab- sebab berikut5:

I) Ia mengubah kejadian Allah S.W.T. Hal ini berpandukan kepada peraturan-


peraturan am yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan proses kecantikan
sebagaiman yang dijelaskan dalam nas- nas al- Quran dan hadis serta dalam
maslahat – maslahat yang lain.

II) Mengandungi bahan meragukan dan bersifat najis. Kajian mendapati botox antara
lain yang mengandungi bahan daripada babi, selain wujudnya bahan tiruan yang
boleh mendatangkan mudarat

III) Suntikan botox juga member kesansampingan yang memudaratkan dari aspek
fizikal serta dalaman. Antaranya ialah seperti kelopak mata jatuh sehingga
beberapa minggi,pendarahan atau lebam pada bahagian yang disuntik, jangkitan
kuman dan terasa seperti menghidapi selesema6.

4.0 BOTOX DARI PERSPEKTIF ISLAM

Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada
muzakarah kali ke-74 bermula pada 25 hingga 27 Julai tahun 2006 memutuskan bahawa suntikan
Botox haram digunakan kerana ia didapati mengandungi bahan meragukan dan bersifat najis.

5
Berita Harian, kesihatan, Hilangkan kedutan muka tanpa pembedahan, Dr. Somasundaram Sathappan, Pakar
Perunding Pembedahan Plastik Surgeri Hospital Kebangsaan Malaysia (HUKM), sunt. Nor Afzan Mohamad Yusof,
Khamis, 12 Disember 2002, hlm. 27

6
http://www/botox-cosmetic-surgery.com
4.1 Sebab- sebab utama Botox Haram Pada Pandangan Syariah

1) Mengandungi unsur najis dan kotoran

Kajian mendapati Botox antara lain mengandungi bahan daripada babi, selain wujud bahan
tiruan yang boleh mendatangkan mudarat. Dalam Islam, ada dalil yang menyebut “ Tidak boleh
mendatangkan mudarat dan tidak boleh pula membalas mudarat”

2) Pengubahan ciptaan Allah bagi tujuan menambah kecantikan

Islam melarang keras pengubahan ciptaan asal tubuh seseorang dengan alasan untuk lebih
cantik sekain daripada penggunaan alat kosmetik. Bagaimanapun, jika dilakukan dengan tujuan
perubatan akibat kemalangan dan kecacatan, ia adalah harus. Ia dibenarkan bagi memperbaiki
organ utbuh yang rosak akibat trauma kemalangan selain mengembalikan kecacatan kepada
normal. Dalil yang mengharamkan pembedahan plastic untuk tujuan selainkesihatan adalah
berdasarkan ayat 117 hingga 119 surah al- Nisa’ iaitu firman Allah yang bermaksud:

“ apa yang mereka sembah selain daripada Allah itu tidak lain hanya berhala dan mereka
tidak menyembah melainkan syaitan yang derhaka, yang dilaknat Allah dan yang
mengatakan : “ Demi sesunguhnya aku akan mengambildaripada kalangan hamba-Mu,
bahagian tertentu (untuk menjadi pengikutku). Dan demi sesungguhnya aku akan
menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan
memperdayakan mereka dengan angan- angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan
menyuruh mereka (mencacatkan binatang ternak) lalu mereka membelah telinga binatang
itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah”

Ulama tafsir memiliki tiga pendapat mengenai takrifan “mengubah fitrah kejadian dan apa juga
yang sudah ditetapkan Allah” iaitu mengubah bentuk utbuh dan organ haiwan serta manusia;
mengubah tugas atau fungsi sesuatu seperti menjadikan batu atau matahari sebagai Tuhan dan
mengubah syariat Islam iaitu menghalalkan apa yang diharamkan Allah serta sebaliknya.
3) Unsur penipuan

Syariat turut mengharamkan perubahan yang memiliki unsur penipuan, sama ada menerusi
pembedahan plastic atau penggunaan produk kosmetik Botox yang boleh menukarkan wajah tua
kepada muda. Ia berdasarkan hadis Rasulullah S.A. W yang bermaksud “ tukarlah ia (warna
rambut, janggut dan misai) dan jauhilah daripada warna hitam” Riwayat Imam Muslim.

Hadis ini nyata melarang penipuan dalam menunjukkan usia sebenar. Perbuatan
mewarnakan rambut dengan warna hitam menutp uban yang menunujukkan usia lanjut
seseorang. Justeru itu, tidak kira lelaki atau perempuan, psama sekali dilarang dalam Islam
bersandarkan kepada Hadis Nabi tadi. Hal ini dikiaskan kepada Botox yang digunakan mereka
untuk kelihatan lebih muda.

4.2 Nas- nas Yang Mengharamkan Mengubah Kejadian Allah

1) Nas daripada al-Quran

Firman Allah dalam Surah al- Nisa ayat 117-119 yang bermaksud:

“ apa yang mereka sembah selain daripada Allah itu tidak lain hanya berhala dan mereka
tidak menyembah melainkan syaitan yang derhaka, yang dilaknat Allah dan yang
mengatakan : “ Demi sesunguhnya aku akan mengambil daripada kalangan hamba-Mu,
bahagian tertentu (untuk menjadi pengikutku). Dan demi sesungguhnya aku akan
menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan
memperdayakan mereka dengan angan- angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan
menyuruh mereka (mencacatkan binatang ternak) lalu mereka membelah telinga binatang
itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.Dan ingatlah sesiapa yang
mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain daripada Allah S.W.T maka
sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata”
Ayat di atas dengan terang menyatakan bahawa perbuatan memburukkan fitrah kejadian dan
mengubah apa sahaja yang telah difitrahkan terhadapnya adalah haram. Ahli – ahli Tafsir
mempunyai tiga pendapat dalam mentafsirkan maksud mengubah kejadian Allah S.W.T seperti
yang tersebut dalam ayat di atas,iaitu:

I) Mengubah bentuk anggota (organ) seperti mengasi haiwan ternakan,mencungkil


matanya atau memotong telinganya atau mengembirinya. Hal ini bersesuaian
dengan sebab turunnya ayat di atas. Jika semua perkara tersebut tidak harus
dilakukan kepada haiwan maka sudah tentu hal yang sama juga tidak harus
dilakukan ke atas manusia.
II) Mengubah tugas atau fungsi sesuatu seperti mengubah fungsi matahari, bulan dan
bintang dan makhluk Allah yang lain dengan menjadikannya Tuhan yang
disembah.
III) Mengubah agama Allah dengan mengubah syariat dan hokum ketetapanAllah
iaitumenghalalkan yang haram dan sebaliknya sebagaiman yang dilakukan oleh
golongan jahiliyyah yang mengharamkan al- bahirah iaitu unta betina yang telah
beranak lima kali dan pada kali ke lima itu unta tersebut melahirkan unta jantan.
Maka unta tersebut dibelah telinganya dan dilepaskan bebas tidak boleh diganggu.
Perbuatan ini merupakan amalan orang- arab jahiliyyah.

2) Hadis- hadis Nabi S.A.W

Anda mungkin juga menyukai