Anda di halaman 1dari 9

HAK-HAK BUKAN ISLAM DALAM NEGARA ISLAM

1.0 Pendahuluan

Masalah orang bukan Islam yang tinggal dalam Negara Islam adalah merupakan persoalan
yang sentiasa diperbincangkan terutama sekali apabila konsep Negara Islam menjadi tajuk
perbincangan pada masa kini. Sebagai sebuah Negara berbilang bangsa, sudah tentulah
persoalan ini sentiasa berlegar di fikiran terutama dalam kalangan orang-orang bukan Islam
itu sendiri. Persoalan sebegini memang perlu diberi perhatian yang serius oleh setiap
pemimpin Negara terutamanya dalam agenda-agenda pembangunan sesebuah Negara.

Di dalam sebuah negara yang dihuni oleh pelbagai bangsa yang berlainan agama, adat resam
dan budaya, usaha untuk melaksana pembangunan bukanlah satu tugas yang mudah.
Bagaimanapun bagi seseorang pemimpin yang amanah, walau sesukar mana pun, dia perlu
melaksanakan tanggungjawab tadi dengan sepenuh hati. Jadi satu pendekatan khas perlu
dikenalpasti. Pada masa yang sama pendekatan tadi perlulah bersifat berkecuali dan tidak
dilihat sebagai menyebelahi mana-mana kumpulan kaum yang terdapat di negara terbabit.

Apa yang jelas, usaha pembangunan akan menjadi mudah jika sesebuah masyarakat itu diikat
dengan unsur kesatuan dan perpaduan. Kesatuan ini akan bertambah kukuh jika mereka
bergabung di atas dasar saling percaya mempercayai dengan kumpulan masyarakat yang lain.
Melalui kesatuan yang ditunjukkan oleh rakyat, semangat untuk bekerjasama akan terhasil
dan seterusnya ia membantu untuk mempercepatkan usaha pihak pentadbir menyalurkan
kebaikan dan kemakmuran kepada setiap ahli masyarakat.

Di dalam sejarah awal tamadun Islam, unsur kesatuan adalah asas kekuatan kepada sebuah
negara yang didiami oleh masyarakat majmuk. Bukti yang paling jelas bahawa unsur
kesatuan ini dititikberatkan oleh pemerintah kerajaan Islam pada masa silam dapat
diperhatikan melalui fasal-fasal yang terdapat di dalam Sahifah al-Madinah atau Piagam
Madinah.

Page | 1
HAK-HAK BUKAN ISLAM DALAM NEGARA ISLAM

2.0 Ringkasan Piagam Madinah

Madinah pada peringkat awal ketibaan Nabi Muhammad s.a.w adalah sebuah penempatan
yang dihuni oleh masyarakat beragama Islam dan bukan beragama Islam (terutamanya suku-
suku Yahudi). Jadi sebagai langkah awal untuk mentadbir sebuah negara yang mempunyai
kepelbagaian kaum, Nabi s.a.w telah mewujudkan satu perlembagaan yang dikenali sebagai
Sahifah al-Madinah atau Piagam Madinah.

Sahifah al-Madinah yang dideraf oleh Rasulullah s.a.w selaku pengasas dan ketua kerajaan
Islami Madinah pada waktu itu mengandungi 47 fasal. Apa yang menarik sekali ialah baginda
s.a.w meletakkan unsur kesatuan dan keperluan merujuk kepada satu perlembagaan yang
sama yakni Sahifah al-Madinah itu sendiri oleh semua penduduk sebagai 2 fasal awal
kandungan piagam tersebut. 

Berikut adalah Fasal 1 dan Fasal 2 yang dimaksudkan :

Fasal 1 : Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang: Inilah kitab (Piagam
Bertulis) dari Nabi Muhammad, pesuruh Allah bagi orang-orang yang beriman dan orang-
orang yang memeluk agama Islam dari Quraish dengan penduduk Yathrib dan orang-orang
yang bersama mereka lalu masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama-sama
mereka.

Fasal 2 : Bahawa  mereka adalah satu umat (bangsa) berbeza dari manusia-manusia lain.

Apa yang terkandung di dalam 2 fasal awal piagam ini dapat diterjemahkan sebagai satu
penekanan oleh nabi s.a.w terhadap unsur kesatuan dan kesepaduan bagi memastikan
masyarakat majmuk tadi dapat menikmati satu kehidupan yang harmoni dan bermutu di
dalam sesebuah negara.

Selain itu bagi mengelak sebarang prasangka yang boleh menghakis keutuhan perpaduan
kaum, Sahifah al-Madinah turut menyenaraikan jaminan perlindungan keselamatan yang
sama rata kepada setiap penduduk Madinah termasuklah kaum Yahudi selama mana mereka
mematuhi isi kandungan piagam. Ini dapat dilihat di dalam Fasal ke-15 dan Fasal ke-16.
Manakala di dalam Fasal 47 pula, mana-mana pihak yang berlaku zalim atau melakukan
kesalahan tidak diberi sebarang keistimewaan atau perlindungan di bawah piagam ini. 

Page | 2
HAK-HAK BUKAN ISLAM DALAM NEGARA ISLAM

Apa yang lebih menarik, walaupun penduduk Madinah ini merupakan satu ummah atau satu
bangsa, namun di dalam Fasal ke-25 mereka diberi kebebasan untuk mengamalkan anutan
masing-masing. Ini merupakan satu bentuk penghormatan yang diberikan oleh agama Islam
kepada penganut agama lain untuk bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing tanpa
sebarang gangguan atau sekatan daripada pihak pemerintah Muslim.

Bagaimanapun, sebagai imbalan kepada jaminan pelbagai hak yang diberikan oleh
pemerintah, para penduduk dikehendaki bertanggungjawab untuk sama-sama berganding
bahu menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran bidang-bidang kewangan,
ekonomi dan kemasyarakatan di dalam negara. Penyataan ini disebut di dalam Fasal ke-37
seperti berikut :

Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah menbiayai negara seperti mana orang-orang


mukmin juga hendaklah membiayai negara; dan hendaklah mereka sama-sama tolong-
menolong menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menganggotai Piagam
ini; dan hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, sama-sama membuat kebajikan
terhadap perbuatan dosa.

Ini menggambarkan bahawa satu bangsa yang bersatu bukan sahaja berkongsi negara malah
mereka juga perlu berkongsi usaha untuk memajukan negara tadi dalam pelbagai bidang
kehidupan.

3.0 Hak-hak orang bukan Islam di dalam Negara Islam

Masyarakat Islam adalah masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran-ajaran agamanya,
mematuhi perintah-perintah Allah dengan sebaik-baiknya, dan wajib (mesti) berlaku adil
kepada semua masyarakat atau rakyat yang bernaung di bawahnya. Berteraskan kepada
perintah Allah dalam surah Al-Mumtahinah ayat 8:

           
          

Maksudnya :

Page | 3
HAK-HAK BUKAN ISLAM DALAM NEGARA ISLAM

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang
yang tidak memerangi kamu kerana agama kamu dan tidak menghalau kamu dari tanah air
kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang melakukan keadilan”.

Masyarakat non-muslim yang berada dalam pemerintahan Islam dahulu dikenali dengan
istilah ahluz zimmah yang maksudnya adalah orang yang diberi jaminan oleh Islam; jaminan
keselamatan dan keamanan kepada mereka sepanjang berada di bawah pemerintahan Islam.

Ahluz zimmah ini bolehlah disamakan dengan istilah kerakyatan atau ‫( الجنسية‬al-jinsiyyah). Di
dalam pemerintahan kita hari ini, mereka (ahluz zimmah) ini ada hak dan kewajipan sebagai
rakyat dalam pemerintahan Islam yang dikanunkan atau disyariatkan oleh Islam dalam Al-
Quran dan As-Sunnah.

Rasul Allah S.A.W bersabda dalam konteks ini yang bermaksud :

 ‫هللا‬ ‫من آذى ذميًا فقد آذاني ومن آذاني فقد آذى‬ 
Maksudnya;          
“Barangsiapa menyakiti Zimmi, maka dia telah menyakitiku, barangsiapa menyakitiku, maka
sesungguhnya dia telah menyakiti Allah

Hak-hak ahli Zimmi adalah sama seperti dengan hak-hak yang dinikmati oleh orang Islam
kecuali dalam perkara-perkara tertentu. Antara hak-hak tersebut ialah :-

3.1.  Hak mendapat perlindungan dari pencerobohan

Setiap manusia memerlukan kepada pelindungan agar denganya ia merasa aman dan
selamat. Non- muslim dalam masyarakat Islam khususnya pemerintahan Islam
menawarkan pelindungan kepada mereka dalam semua bentuk pencerobohan.  Hak
mereka untuk mendapat pelindungan ini tidak terbatas kepada pencerobohan di dalam
negeri sahaja, malah pencerobohan luar negara pun diberi pelindungan kepada
mereka. Dengan jaminan pelindungan ini, mereka adalah dilabel sebagai rakyat yang
berhak mendapat sepenuh pelindungan dari pemerintah Islam.

3.2. Hak mendapat keadilan

Page | 4
HAK-HAK BUKAN ISLAM DALAM NEGARA ISLAM

Di dalam pemerintahan Islam, keadilan adalah salah satu ciri yang dijaga dan
dilaksanakan dengan telus dan sempurna. Pemerintah mesti berlaku adil kepada
semua rakyatnya. Muslim atau tidak, semuanya sama. Allah berfirman di dalam surah
Al-Maidah ayat 8:

        


         
           
Yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang
menegakkan kebenaran kerana Allah menjadi saksi dengan adil dan jangan sekali-
kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak
melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil kepada sesiapa jua kerana sikap
adil itu lebih hampir kepada taqwa dan bertakqwalah kepada Allah. Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”

3.3.    Hak perlindungan terhadap darah dan jasad

Ahluz zimmah atau masyarakat non-muslim di dalam pemerintahan masyarakat Islam


terpelihara nyawa, darah dan tubuh badan mereka dari angkara-angkara yang tidak
diingini. Islam memberi hak kepada mereka dan pemerintahan Islam melindungi hak
tersebut dengan sebaik-baiknya. Rasul Allah SAW bersabda:

ْ‫يح َها َوإِنَّ ا ْل َجنَّ ِة َرائِ َحةَ يَ ِر ْح لَ ْم ُم َعا َهدًا قَتَ َل َمن‬
َ ‫ُوج ُد ِر‬ ِ ‫عَا ًما أَ ْربَ ِعينَ َم‬
َ ‫سي َر ِة ِمنْ ت‬

Maksudnya; 
  “Barangsiapa yang membunuh kafir yang ada perjanjian, maka dia tidak akan
dapat membau bauan syurga, padahal bau syurga itu didapati walaupun jarak
perjalanan itu mengambil masa 40 tahun sekalipun”  (Riwayat Al-Bukhari)

Kerana itu fuqaha’ (ahli fiqah) Islam seluruhnya bersetuju menyatakan bahawa
membunuh seorang zimmi itu adalah salah satu daripada beberapa dosa besar,
berdasarkan janji seksa yang disebut dalam hadis tadi.

3.4.  Hak perlindungan harta benda

Page | 5
HAK-HAK BUKAN ISLAM DALAM NEGARA ISLAM

Harta benda non-muslim di dalam masyarakat Islam terjamin dan terpelihara.


Perlindungan kepada non-muslim meliputi pelindungan terhadap harta benda (non-
muslim) dengan pelindungan terhadap nyawanya dan tubuh badannya. Ini telah
disepakati oleh ulama’ Islam dari dahulu hingga sekarang.

3.5.    Perlindungan terhadap kehormatan diri

Kehormatan diri adalah perkara utama yang diberi pelindungan oleh syariat Islam
kepada zimmi dan masyarakat Islam amat mematuhinya. Kerana itu tidak dibenarkan
sesiapa membunuh,mencela mana-mana zimmi atau membuat tuduhan palsu yang
mengaibkan mereka atau mencacinya.

3.6.    Hak ketika kurang upaya

Islam memberi jaminan kepada non-muslim yang tinggal di bawah naungan Islam,
suatu kehidupan yang sesuai dengan keadaan mereka. Mereka bebas memiliki harta
kekayaan dan boleh bekerja yang sesuai dengan kebolehan mereka tanpa diganggu-
gugat.

Apabila tiba saat ahluz zimmah ini kurang upaya dan tidak mampu menyara diri
mereka dan keluarga mereka, maka Islam memberi bantuan yang sesuai dengan
keadaan mereka. Penduduk Al-Hirah di Iraq telah membuat perjanjian dengan Khalid
Bin Al-Walid, Khalid berkata kepada mereka:

“Aku telah berjanji untuk mereka bahawa sesiapa sahaja orang dewasa yang lemah
yang tidak dapat bekerja maka aku tidak akan mengambil jizyah daripada mereka dan
mereka akan ditanggung oleh baitulmal”

Hal sebegini telah berlaku lebih awal lagi pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
dengan disaksikan oleh para sahabat. Pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab pula,
beliau pernah suatu ketika terserempak dengan seorang Yahudi tua meminta sedekah.
Umar kemudian membawanya ke Baitulmal untuk mendapatkan bantuan.

Page | 6
HAK-HAK BUKAN ISLAM DALAM NEGARA ISLAM

3.7.    Hak kebebasan beragama

Kebebasan beragama orang-orang zimmi  dijamin oleh Islam. Mereka tidak akan
dipaksa memeluk sebarang agama. Ini jelas daripada ayat Allah dalam surah Al-
Baqarah ayat 256:

          

“Tidak ada paksaan untuk menganut Islam, sesungguhnya telah jelas jalan yang
benar daripada yang salah.”

Dan Firman Allah lagi dalam surah Yunus ,99:

      

“Maka apakah kamu hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang yang
beriman”

Demikian juga dengan tempat-tempat ibadat. Umat Islam memberi pelindungan


kepada tempat-tempat itu dengan sebaik mungkin. Meskipun demikian, non-muslim
mestilah pula menjaga perasaan orang-orang Islam dan kesucian agama Islam.
Janganlah hendaknya dilakukan sesuatu yang boleh menjejas hubungan antara agama
dan masyarakat. Mesti ada tolak ansur dan timbang rasa yang boleh menjana
keharmonian masyarakat majmuk.

3.8. Hak kebebasan mencari kekayaan

Islam memberi hak kepada bukan Islam sama seperti orang Islam pada umumnya
untuk berusaha mencari kekayaan yang dibenarkan oleh undang-undang negara.
Namun demikian non-muslim tidak seharusnya menjual barangan yang diharamkan
ke atas umat Islam seperti babi, arak dan sebagainya kepada orang Islam.

Page | 7
HAK-HAK BUKAN ISLAM DALAM NEGARA ISLAM

Ahli zimmah sebenarnya dapat menikmati kebebasan menjalankan perniagaan


pertukangan dan segala macam pekerjaan yang dibenarkan oleh undang-undang
negara. Inilah yang telah dilakukan dalam mana-mana masyarakat Islam di seluruh
dunia. Malah kadang-kadang non-muslim lebih menguasai bidang-bidang perniagaan
ini berbanding dengan orang Islam sendiri.

3.9.  Hak menjawat jawatan kerajaan

Pada umumnya apa yang boleh dipegang sesuatu jawatan kerajaan oleh orang Islam,
non-muslim juga boleh menjawatnya, kecuali dalam jawatan yang bersangkut dengan
keagaaman yang memerlukan kepada kepakaran khusus di dalam Islam seperti
jawatan ketua negara, ketua kerajaan , ketua tentera, ketua hakim dan sebagainya.
Jawatan-jawatan itu amat memerlukan kepada bukan sahaja kefahaman dan kealiman,
akan tetapi memerlukan kepada aqidah (iman) yang dengannya mereka membuat
keputusan yang tidak boleh bercanggah tentang aqidah dan syariat.

Adapun jawatan lain boleh dipertimbangkan bergantung kepada kesesuaian dan


organisasi.  Namun demikian ada pengecualian iaitu golongan yang didapati
menyimpan hasad dengki terhadap orang Islam dan ada kecenderungan untuk
melakukan sesuatu yang tidak baik kepada negara dan umatnya. Mereka tidak boleh
diambil untuk memegang jawatan. Ini ditekankan oleh Allah dalam ayat-Nya dalam
surah Ali Imran : 118

        


        
           
  

“ wahai orang yang beriman, jangan kamu ambil jadi teman kepercayaan orang
yang diluar golonganmu kerana mereka tidak henti-henti menimbulkan
kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata
kebencian daripada mulut mereka dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka
adalah lebih celaka. Sesungguhnya telah kami terangkan kepadamu ayat-ayat kami,
jika kamu memahaminya”

4. PENUTUP 

Page | 8
HAK-HAK BUKAN ISLAM DALAM NEGARA ISLAM

Jika hendak diceritakan tentang tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh pihak
kerajaan terhadap non muslim amat banyak. Walaubagaimanapun, daripada apa yang
telah dijelaskan di atas, sedikit sebanyak menggambarkan kepada kita bahawa,
pemerintahan Islam bukanlah seperti yang digambarkan oleh sebilangan manusia
sebagai pemerintahan yang akan menindas golongan non muslim. 

Apa yang jelas, pemerintahan Islam merupakan pemerintahan yang paling adil.
Keadilan yang dijanjikan oleh Islam tidak sekadar berlegar dikalangan umat Islam
sahaja, bahkan menjangkau kepada mereka yang tidak beragama Islam. 

Mudah-mudahan dengan penjelasan ini menjadikan kita memahami bahawa Islam


bukanlah agama yang disalah ertikan sebagai agama yang menindas, bahkan Islam
adalah agama yang memberi rahmat kepada seluruh manusia dan alam ini. 

Wallahu ’Alam 

Page | 9

Anda mungkin juga menyukai