3450Share
Izzat mengerutkan dahi memandang teman sebilliknya menumbuk tendang batang pohon, melepaskan amarahnya.
Pagi tadi bukan main gembira Aliuddin melangkah keluar dari bilik. Tapi Aliuddin yang berada di hadapannya kini...
"Diamlah kau. Aku nak sembahyang ke, tak nak ke, kau peduli apa? Kubur masing-masing."
"Memang la kubur masing-masing. Kalau kubur kita sekali, bolehlah aku backup kau. Kau tak sembahyang, aku boleh tolong
cover."
Aliuddin menarik selimut lalu memekap mukanya dengan bantal. Izzat hanya menggeleng-gelengkan kepala.
Suasana menyepi seketika. Hakim menepuk-nepuk bahu Izzat, mengisyaratkannya supaya ke tepi.
Dia dekat ke tepi Aliuddin lalu menjerit, "Bangun Subuh!" Aliuddin yang tersentak bangun terduduk dengan matanya
terbeliak bulat.
"Nasib baik kaki aku sakit. Kalau tak, kau sarapan kaki aku pagi ni."
Ketuk ketampi tiga ratus kali dan dirotan di kaki. Denda yang menyebabkan kakinya sakit yang amat.
Denda atas perbuatan memancitkan tiga tayar kereta guru yang menyagat rambutnya.
Ini bukanlah kali pertama dia didenda dan mungkin bukan yang terakhir.
Dia cuba bangun dari katil tapi kakinya terasa perit untuk berdiri. Malah hendak duduk kembali pun dia tak mampu.
"Aku nampak macam tak ada apa-apa ke?" Aliuddin bersuara garang.
Hakim cuba untuk membantu memapah tapi ditangkis keras oleh Aliuddin.
Dia menguatkan diri untuk melangkah padahal dalam hati menjerit menahan sakit.
Memang Aliuddin tidaklah sebaik nama yang diberi, namun cara pengurusan sekolah mengatasi pelajar bermasalah hanya
Pernahkah guru yang memberi denda itu merasai betapa sakitnya kaki setelah ketuk ketampi beratus kali?
Di sebalik hukuman-hukuman pihak sekolah, kenapa agaknya pendekatan yang diambil lebih kepada menghukum pesalah
Sebaik sahaja loceng berbunyi, Aliuddin meluru ke asrama, mengejar tombol pintu biliknya.
Tidak sabar rasanya ingin pulang ke kampung. Di dalam perut bas, dia mencapai buku komiknya, sekadar membaca
Ada sesuatu yang jatuh dari celah-celah muka surat komik itu. Sepucuk surat.
(I) Isyak, (S) Subuh, (L) Luhur (Zuhur), (A) Asar, (M) Maghrib
Kalau kita tinggalkan salah satu daripadanya, kita sudah bukan Islam lagi.
Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Allah s.w.t. berkata keada Nabi Muhammad s.a.w., "Aku ambilmu sebagai kekasih.
Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu.
Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu.
Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy.
Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar.
Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu.
Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang."
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. dibawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya
menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang
itu.
Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang
lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Izzat, Sahabatmu
Dia melabuhkan pandangannya ke luar tingkap. Pokok-pokok ketapang di pesisir lebuh raya berbalam. Melambai-lambai
Dia menatap semula surat itu. Dibacanya berulang-ulang kali. Bicara ayat-ayat mengelus jiwanya yang layu.
"Kau ni ada masalah apa? Kalaulah pokok tu ada tangan, terkulai layu kau dibuatnya."
"Aku jalan-jalan tadi, terdetik dalam hati nak sembahyang kat masjid.
Elok je aku nak langkah masuk pagar masjid, Si Shukri tu perli-perli aku. Dia kata dia nak tengok selama mana muka ahli
Sampai aku habis solat pun dia tak henti-henti lagi mengumpat aku. Geram betul la!" Satu tumbukan padu dilepaskan.
Daun-daun kering mula berguguran. Menari-nari lalu jatuh menapak lantai bumi.
"Muka aku ni ada cop neraka ke? Aku jadi jahat pun salah, jadi baik pun salah."
"Meh sini aku check." Izzat membelek-belek muka Aliuddin. "Ish..." Aliuddin menepis tangan Izzat, merenung tajam
"Biarlah... Bila dia mengumpat kau, kau dapat pahala. Kau sepatutnya gembira dapat pahala free."
"Bila kita mengumpat orang, orang yang diumpat dapat pahala, kita dapat dosa."
"Aku dapat pahala?" Aliuddin senyum tersipu-sipu sambil tangannya memeluk batang pokok.
Berhimpit jerami di balik meranti,Saying cemara akar terendam,Kasih bersemi ikhlas di hati,Menyejuk bara menghilir
dendam.~Sufaezah ~