Novel ini mengisahkan kehidupan seorang perajurit, iaitu Kanang anak Langkau.
Kanang yang berbangsa Iban dan beragama Pagan dilahirkan pada 2 Mac 1945 di
Karangan Manok Nanga Meluan di Sarawak. Dia merupakan anak kelima daripada
enam orang adik-beradik. Ketika kecil, ibu bapanya berpisah dan dia telah dihalau
dari rumah kerana terlalu nakal. Kemudian,dia dipelihara oleh datuk dan neneknya.
Kanang bersekolah hingga Darjah Tiga di “Local Authority”. Selepas itu, dia
melakukan pelbagai kerja seperti menjadi tukangm masak, penoreh getah, dan
mengangkut penumpang dengan menggunakan perahu berenjin. Seterusnya pada
21 April 1960, dia telah berjaya dalam temu duga dan diterima menjadi tentera
sebagai Iban Tracker.
Kanang berkahwin dengan Helen Latai anak Intie dan dikurniai enam orang
anak. Kanang meneruskan khidmatnya dengan Rejimen Ranger dan seterusnya
dilantik sebagai eskut. Pada 1 Januari 1966, dia dinaikkan pangkat sebagai Lans
Koperal. Pada bulan Mac 1973, dia berpindah ke kem Terentak Melaka, dia
berkhidmat dalam Batalian Kelapan Rejimen Ranger. Di sana, dia dinaikkan
pangkat sebagai Ketua Seksyen.
Ketika menyertai Gerakan Pukat, di Hutan Tanah Hitam Perak, dia telah
mendapat cedera parah ketika bertempur dengan pengganas komunis. Akibat
daripada kecederaan tersebut, dia tidak sedarkan diri dan terlandar di wad selama
setahun. Banyak orang yang menyangka bahawa Kanang tidak akan hidup lama
tetapi umurnya masih panjang. Pada tahun 1980, Kanang telah dianugerahi pingat
Panglima Gagah Berani (PGB) sebagai mengenang jasa dan keberaniannya
menentang pengganas komunis. Pada tahun 1981 pula, Kanang dikurniai bintang
keberanian Seri Pahlawan Gagah Perkusa (SP).
Kanang meneruskan khidmat sebagai jurulatih di Sekolah Tempur Pegawai
Muda. Pada 1 Mei 1981, dia telah dinaikkan pangkat sebagai Staf Sarjan dan
seterusnya menjadi Kuatermaster Sarjan. Pada 1 Oktober 1980, dia dinaikkan
pangkat sebagai Pegawai Waran II dan sebagai Pegawai Waran I pada 17 Ogos
1985. Kanang bersara pada 30 Mei 1986. selepas bersara, dia dianugerahi ‘Bintara
Bintang Sarawak’ oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasa-jasanya.
Tema
Tema novel Kanang ialah keberanian dan semangat kontal dalam perjuangan
untuk mempertahankan kedaulatan Negara dan semangat cinta akan Negara di
kalangan anggota tentera. Ini jelas diperlihatakan melalui watak Kanang dan rakan-
rakannya yang berjuang mempertahankan tanah air daripada ancaman pengganas
komunis. Mereka sanggup mengorbankan nyawa demi menyelamatkan maruah dan
kedaulatan Negara. Kanang dan anggota tentera lain begitu berani dan bersemangat
apabila berdepan dengan musuh, misalnya semasa Gerakan Pukat, Kanang
berjuang habis-habisan menentang penggacas komunis. Kanang telah mendapat
cedera parah ketika bertempur dengan pengganas komunis. Namun begitu, dia
meminta rakan-rakan dalam pasukannya meneruskan perjuangan menentang
pengganas komunis.
Persoalan
Persoalan yang terdapat dalam novel Kanang ialah semangat setia kawan dan
sepasukan yang kuat. Sikap saling membantu antara sesame anggota tentera jelas
dilihat. Kanang dan anggota tentera yang lain memberi bantuan kepada anggota
tentera yang cedera dalam pertempuran dengan pengganas komunis dalam operasi
Gerakan Setia 8179. Persoalan lain yang terdapat dalam novel ini ialah keberanian
melawan musuh terutamanya pengganas komunis. Anggota tentera sentiasa
bersemangat untuk melawan musuh dan mengetepikan keselamatan diri sendiri.
Contohnya Kanang dan rakan-rakannya begitu berani dan bersemangat apabila
berdepan dengan musuh walaupun terpaksa berkorban nyawa. Selain itu, persoalan
lain novel ini ialah menyelesaikan masalah dengan bijaksana. Kanang menukarkan
pakaian seragamnya dan menyamar sebagai orang awam dengan bertutur dalam
bahasa Iban untuk mengelak daripada ditawan oleh tentera Siliwangi. Penghargaan
kepada jasa dan pengorbanan juga merupakan persoalan novel ini. Kanang
menerima pelbagai anugerah kerana jasa dan pengorbanannya mempertahankan
negara. Antaranya pingat yang dianugerahi kepada Kanang oleh kerajaan ialah
Pingat Panglima Gagah Berani (1980), Seri Pahlawan Gagah Perkusa (1981) dan
Pisau Angkatan Tentera (1982).
Plot
Permualan
Kanang menghadapi kesusahan hidup kerana ayah dan ibunya berpisah
semasa dia kecil. Kanang dipelihara oleh datuk dan neneknya selepas
dihalau oleh ibunya kerana terlalu nakal.
Perkembangan
Sewaktu remaja, Kanang melakukan pelbagai kerja seperti penoreh getah,
tukang masak dan mengangkut penumpang dengan perahu. Kemudian, dia
diterima menjadi anggota tentera sebagai Iban Tracker. Dia berkahwin
dengan Helen Latia anak Intie.
Perumitan
Kanang berjuang menentang tentera Indonesia semasa zaman konfrontasi.
Dia turut menyertai beberapa pertempuran dengan pengganas komunis di
dalam hutan dan berjaya membunuh beberapa orang pengganas komunis.
Klimaks
Dalam satu pertempuran dengan pengganas komunis, Kanang mendapat
cedera parah dan tidak sedarkan diri. Dia terlantar di hospital selama
setahun.
Peleraian
Selepas sembuh, Kanang meneruskan perkhidmatannya dalam tentera
sehinggalah bersara pada 30 Mei 1986 dengan pangkat Pegawai Wanran I.
Kanang sekeluarga hidup dalam keadaan yang sederhana. Selepas bersara
Kanang hidup sebagai petani dan isterinya berniaga secara kecil-kecilan
untuk menampung perbelanjaan keluarga. Walaupun kehidupan Kanang
agak perit selepas bersara, namun dia bersyukur kerana semua pihak
menghargai setiap pengorbanan dan jasa yang telah dicurahkan kepada
negara.
Watak dan Perwatakan
Kanang Anak Langkau
Kanang lahir pada 2 Mac 1945 di karangan Manok Nanga Meluan. Dia ialah
seorang yang berbangsa Iban dan beragama Pagan. Dia ialah seorang yang
nakal semasa kecil sehinggakan dihalau oleh ibunya dan tinggal bersama
datuknya. Dia telah belajar di Sekolah Local Authority hingga darjah tiga.
Dia telah menjadi tentera secara kebetulan. Semasa dia menghantar dua
puluh orang pemuda yang hendak menghadiri temu duga bagi menyertai
Iban Tracker di sebuah sekolah berhampiran kampungnya. Kanang dipelawa
oleh seorang anggota tentera British lalu menyertai perbarisan dan menjalani
temu duga. Akhirnya, Kanang diterima sebagai Iban Tracker. Selepas itu,
Kanang telah berkahwin dengan Helen Latai anak Intie dan dikurniai enam
orang anak. Kanang ialah seorang yang amat mempercayai mimpi dan
menganggapnya sebagai amanat atau maklumat yang boleh dipercayai betul
dan berguna. Kanang juga ialah seorang yang berani, dia selalu menjadi
peninjan pertama sewaktu melakukan gerakan. Dalam pertempuran, dia
bertindak berani dan menembak musuh tanpa mempedulikan nyawanya. Dia
seorang yang patuh kepada arahan, majlisnya kerana ditugaskan dalam
operasi mencari anggota 1st Loyal New Zealand Army yang hilang. Dia juga
seorang yang berdedikasi, berani dan cinta akan negara. Dia telah berjuang
menentang tentera Indonesia dan turut menyertai beberapa pertempuran
dengan pengganas komunis di dalam hutan.
Latar
Latar Tempat
1. Pasar Taiping, Perak
Isteri Kanang, Helan telan sesat di pasar Taiping ketika dia mula-mula
belajar di
pasar akibat malu bertanya kerana dia tidak tahu berbangsa Melayu.
Latar Masa
1. Bulan Mac 1962, pada waktu tengah hari dalam cuaca yang panas
Kanang menghantar dua puluh orang pemuda untuk menghadiri temu duga
Iban
Trackers.
3. 4 Jun 1979
Kanang sebagan plantun sarjan telah menyenaraikan barang-barang
penggarus dan
meneruskan penggeladahan di kiri dan kanan sungai Piah.
Latar Masyarakat
Iban
Kanang - Rumah Panjang karangan manok ; Helen - Rumah Panjang
Skra Hilir
(Kaum Iban).
Pekerjaan masyarakat
Masyarakat Iban yang menjalankan pertanian seperti menanam padi,
menjala
ikan dan memburu binatang.
Pelbagai agama
Masyarakat Iban yang beragama Pagan.
Gaya Bahasa
1. Simile : saya mula merasakan musuh bermain serak-sorak dengan kani.
2. metafora : barah menembusi baju lorengnya akibat luka di tangannya.
3. Kepitisi : Kalau darahlah yang diperlukan, maka darahlah yang kedapatan.
Nilai murni
1. Bertanggungjawab
- tanggungjawab sebagai pejuang tanah air amatlah besar dan harus
disanjung tinggi
2. Keberanian
- para pejuang tanah air, terutama watak Kanang mempunyai sifat
keberanian yang luar biasa dan sanggup mengadaikan nyawa demi orang
lain dan negara.
3. Yakin pada diri sendiri
- seseorang itu perlu yakin akan apa yang dilakukan dan tidak bertindak
membuta tuli. Begitu juga dengan watak Kanang yang sentiasa yakin akan
apa yang dilakukannya, terutama ketika bertugas di dalam hutan.
4. Cinta akan negara
- negara merupakan tempat kita dilahirkan, tempat perlindungan, dan tempat
kita mencari identiti diri. Oleh itu, kita harus berbangga terhadap negara
sendiri.
5. Mengambil berat
- jangan mengambil mudah dan bersikap sambil lewa terhadap sesuatu
perkara yang berlaku.
6. Tabah
- ketabahan merupakan perkara penting yang perlu ada dalam diri seseorang,
lebih-lebih lagi ketika menghadapi tugas yang amat berat.
7. Berusaha dengan bersungguh-sungguh
- jika kita memperoleh sesuatu yang dihajati, kita perlulah berusaha agar apa
yang kita lakukan mendapat pengiktirafan daripada seseorang.
8. Bersyukur
- setiap manusia perlu bersyukur dan berpuas hati atas sesuatu perkara yang
diperoleh.
9. Faham-memahami
- sekiranya mempunyai suami yang sentiasa bertugas demi negara, si isteri
hendaklah memahami tugas suami itu.
10.Berdisiplin
- setiap manusia mempunyai disiplin diri untuk melatih kita agar mempunyai
jiwa yang teguh, berperaturan, dan dapat menjalani kehidupan yang lebih
sempurna.
Pengajaran
1. Kita hendaklah sentiasa mencintai tanah air dan berasa bangga tinggal di
tanah air yang aman damai ini.
2. Kita harus menyanjungi pengorbanan yang telah dilakukan oleh para
perajurit negara dengan berderma kepada tabung pahlawan.
3. Kita tidak harus mudah berputus asa dalam apa jua yang kita lakukan kerana
lambat-laun apa yang kita hajati itu akan tercapai akhirnya.
4. Janganlah kita mementingkan diri sendiri, kelak dibenci orang.
5. Sebagai rakyat yang tinggal di negara yang merdeka ini, kita harus
bertanggungjawab menjaga keamanan, imej, dan nama baik negara.
6. Kita hendaklah sabar menghadapi dugaan hidup yang datangnya daripada
Tuhan.
7. Kita tidak seharusnya berasa takut dalam perjuangan untuk mencapai
kejayaan.
8. Kita seharusnya mempunyai semangat nasionalisme yang kuat, berani dan
sanggup berkorban demi negara serta mempunyai semangat perjuangan yang
tinggi.
9. Sebagai anggota tentera, kita hendaklah meningkatkan kemahiran dan
profesionalisme agar dapat melahirkan satu masyarakat tentera yang
bersemangat waja, kuat, dan cekap.
10.Pihak kerajaan, swasta, mahupun orang perseorangan perlulah membantu
mana-mana pahlawan yang masih hidup dalam kemiskinan agar mereka
turut merasai bahawa pengorbanan mereka dihargai dan mereka dapat hidup
senang seperti orang lain juga.
First at all, I want to thank Allah for the time He gave to me that makes me able to
finish this assignment in the period of time given. I also want to thank to my family that
Besides that, I also want to thank to my teacher, madam Deepamalar for the guide
that he gives to me to do this assignment. Last but not least, I want to thank you all my
synopsis
Dr Jekyll and Mr. Hyde is a tragic story. It is about a brilliant scientist named Dr Henry Jekyll. Dr Jekyll is very
interested in the idea that there is good and evil in every man. He begins experimenting to find a drug that will separate the
good and evil sides within each man. His life as Dr Henry Jekyll, a respected and rich doctor , and also as the mysterious
and cruel Mr. Edward Hyde , who is later wanted for the murder or Sir Danvers Carew . Finally, he is unable to control his
SOCIAL SETTING
CONTENT
First at all, I want to thank Allah for the time He gave to me that makes
for the guide that he gives to me to do this assignment. Last but not
least, I want to thank you all my friends who had help me to finish this
assignment..
SYNOPSIS
Dr Jekyll and Mr. Hyde is a tragic story. It is about a brilliant scientist named Dr Henry Jekyll. Dr Jekyll is
very interested in the idea that there is good and evil in every man. He begins experimenting to find a drug that
will separate the good and evil sides within each man. His life as Dr Henry Jekyll, a respected and rich doctor ,
and also as the mysterious and cruel Mr. Edward Hyde , who is later wanted for the murder or Sir Danvers
Carew . Finally, he is unable to control his double life and this leads to his tragic story.
SETTING
SOCIAL SETTING
doctors.
PHYSICAL SETTING
Mr. Hyde’ s house in Soho – dirty little secret filled with small
PLOT
EXPOSITION
at 2. 00 am on a street in London.
RISING ACTION