Anda di halaman 1dari 17

DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS

"Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan


pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya.PK menyediakan
peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang baku
atau biasa."(Culcutta,R.A.,Tompkins J.R.Fundamentals of Special Education,1999)

PENGENALAN 

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara,semua kanak-kanak berhak untuk


mendapatkan pendidikan yang sempurna mengikut keupayaan masing-masing (En.
Abd Rahim BiN Talib,2007). Oleh itu, Pendidikan Khas adalah pengajaran yang
direkabentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan bagi kanak-kanak yang
berkeperluan khas.

Pendidikan Khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang berkeperluan khas,ia
juga perlu diketahui oleh semua lapisan masyarakat terutama sekali guru di sekolah
(Jamila K.A Mohamad,2005). Tanpa pengetahuan tentang pendidikan khas
menyukarkan guru untuk mengenalpasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh
seseorang murid itu. Tanpa pengetahuan juag menyebabkan pelbagai lontaran stigma
diberikan kepada kanak-kanak ini. Ia menyebabkan murid-murid ini dilabelkan sebagai
malas, bodoh,degil dan tidak mahu mendengar arahan walhal terdapat keadaan
dalaman yang tidak dapat dicapai sebagaimana yang dikehendaki oleh guru.

Individuals with Disabilities Education Act(IDEA),1990 mengklasifikasikan kanak-kanak


berkeperluan khas kepada 13 kategori, manakala Abdullah Yusof,2006
mengklasifikasikan kepada 8 kategori sahaja dengan merangkumkan beberapa kategori
seperti di bawah;

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS;

 KURANG UPAYA PENDENGARAN

 KURANG UPAYA PENGLIHATAN


 KURANG UPAYA PERTUTURAN & BAHASA

 KURANG UPAYA MENTAL(KERENCATAN AKAL)

 KURANG UPAYA FIZIKAL & KESIHATAN

 KURANG UPAYA PEMBELAJARAN

 GANGGUAN EMOSI & TINGKAH LAKU

 PINTAR CERDAS

Jabatan Pendidikan Khas (2003) mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas


seperti di bawah;

 BERMASALAH PENDENGARAN

 BERMASALAH PENGLIHATAN

 BERMASALAH PEMBELAJARAN

 Lembam (Slow Learner)

 Sindrom Down

 Hiperaktif

 Disleksia

 Palsi Selebral

 Autisma

Menurut modul Pengenalan Pendidikan Khas KPLI-SR-LPBS,kanak-kanak


berkeperluan khas ini terdiri daripada 8kategori iaitu masalah penglihatan, masalah
pendengaran, masalah emosi dan tingkah laku, masalah fizikal dan kesihatan, masalah
mental, masalah komunikasi, masalah pembelajaran dan kanak-kanak cerdas pintar.

Bagi kanak-kanak bermasalah penglihatan dan masalah pendengaran, mereka


ditempatkan di sekolah-sekolah pendidikan khas masalah penglihatan dan
pendengaran. Manakala kanak-kanak yang lain diletakkan di bawah kanak-kanak
Masalah Pembelajaran.

Definisi murid bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai


masalah kognitif(kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh
mendapat pendidikan formal (En. Abdul Rahman Bin Talib,2007). Mereka ini
ditempatkan di dalam Program Khas Masalah Pembelajaran yang diintegrasikan
dengan sekolah-sekolah biasa.

 MASALAH PENGLIHATAN

Masalah penglihatan adalah ketidakupayaan untuk melihat. Menurut Heward


(1996),seseorang yang mempunyai ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang
daripada mata yang sihat dengan pembetulan(kaca mata) atau mempunyai medan
penglihatan yang sempit kurang daripada 20 darjah.

Menurut Hallahan &Kauffman (2002), kehilangan daya penglihatan terhadap cahaya


(kemampuan menyatakan kewujudan pencahayaan dari kawasan gelap)mahupun
unjuran cahaya(kebolehan untuk mengenalpasti punca arah cahaya.

Menurut National Society For Prevention of Blindness(1990),ketepatan penglihatan


20/200 atau kurang daripada mata yang terbaik setelah dilakukan pembetulan atau
mempunyai ruang penglihatan melebihi 20/200 tetapi tidak melebihi 20/70 pada mata
yang terbaik setelah dijalankan pembetulan.

Masalah penglihatan terbahagi kepada dua iaitu rabun dan buta. Rabun atau kurang
Nampak ialah mereka yang masih boleh membaca dan melihat dengan pandangan
yang kabur (penglihatan <3/60) iaitu mereka yang langsung tidak dapat melihat dan
memerlukan bantuan kod Braille untuk membaca.

Punca terjadinya kecacatan ini adalah faktor komplikasi semasa hamil dan selepas
lahir,rubella,sifilis,kecederaan dan penyakit. Menurut Hewett Fan Forness(1974),49%
kecacatan disebabkan oleh kesalahan pada mata iaitu hiperopia,myopia,astigmatisme,
47% disebabkan jangkitan selepas lahir,33% akibat peracunan,7%-8% akibat penyakit
dan 2% disebabkan kemalangan.

Menurut Menon(1981),diantara sebab-sebab menjadi buta adalah katarak iaitu 66%


cacar variola,kurang zat pemakanan,kemalangan dan glaucoma masing-masing
sebanyak 25%,15% disebabkan jangkitan dan 5% disebabkan trokoma. Tidak dinafikan
juga,masalah ini berlaku adalah faktor baka.

Tanda-tanda fizikal yang ada pada mereka yang mempunyai masalah penglihatan
adalah bebola mata yang selalu berputar, matanya sensitive terhadap cahaya,bahagian
tepi mata kelhatan merah,kelopak mata bengkak,mata selalu berair,juling dan terdapat
bintik-bintik ditengah mata. Mereka juga sering mengadu tidak dapat melihat dengan
jelas, sakit kepala apabila membuat sesuatu kerja,pandangan kabur dan kadangkala
objek yang dilihat menjadi dua imej.

Tingkah lakunya pula,mereka selalu memusingkan kepala pada sebelah arah iaitu
semasa melihat objek,selalu mengerut atau mengecilkan mata,kerap berkedip,selalu
terlanggar objek,keliru dengan huruf,menonton televisyen dan membaca buku pada
jarak yang sangat dekat dan memegang kepala dengan cara luar biasa.

Disebabkan kekurangan yang mereka ada,timbul perasaan kurang keyakinan diri dan
sering menyisihkan diri tetapi ianya boleh diatasi dengan memberi layanan yang baik
kepada mereka(bukan bermaksud layanan yang istimewa sehingga mereka rasa
berbeza dengan orang normal).

 
 

 MASALAH PENDENGARAN

Masalah pendengaran adalah melibatkan ketidakupayaan untuk mendengar.Menurut


Cruickshakn dan Johnson (1975), kebolehan kanak-kanak menggunakan deria
dengarnya dan juga bila kecacatan itu dialami.Terdapat dua kategori iaitu pekak dan
separuh pekak.Pekak adalah kanak-kanak yang mempunyai deri dengar yang tidak
berfungsi. Manakala separuh pekak adalah kanak-kanak yang masih boleh
menggunakan deria dengar tetapi dengan menggunakan alat bantuan mendengar.

Menurut Chua Tee Tee (1992), kanak-kanak pekak boleh dikatakan lebih tepat sebagai
seorang yang rosak pendengaran dalam kebanyakan keadaan,contoh ia mempunyai
pendengaran yang separa,adalah luar biasa kerana memang ia tidak dapat bertindak
ke aras bunyi-bunyi sekeliling.

Asmah Haji Omar (1984), mentakrifkan pekak sebagai seorang yang dilahirkan dengan
kecacatan pada deria pendengaran yang tidak dapat mengenal bunyi bahasa,tidak
dapat mendengar perbualan orang lain dan tidak dapat mengalami serta menghayati
pemikiran dan budaya melalui bahasa.

Menurut Bee H.(1995),mentakrifkan kanak-kanak pendengaran adalah mereka yang


menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas.Masalah
pendengaran berpunca daripada faktor sebelum lahir,semasa lahir dan selepas lahir.

 Sebelum lahir

ü Baka disebabkan genetic


ü Bukan baka

§ Jangkitan semasa hamil seperti rubella,


meningitis,campak,caar,kencing manis dan sebagainya

§ Pengambilan dadah semasa hamil

§ Mengandung terlalu kerap

§ Oksemia pada peringkat akhir kehamilan

 Semasa Lahir

ü Kepala bayi terlalu lama berada di pintu rahim menyebabkan tekanan


yang kuat di bahagian telinga

ü Kelahiran tidak cukup bulan

ü Kecederaan pada bahagian telinga semasa lahir

ü Penyakit ‘homolisis’ yang disebabkan oleh Rhesus (Rh)

 Selepas kelahiran

ü Penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus

ü Kemalangan yang mencederakan bahagian telinga

ü Terdedah kepada bunyi kuat

 
Tanda-tanda yang menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran
adalah kurang member perhatian di dalam kelas,kelihatan selalu
berkhayal,percakapannya tidak jelas,terkejut apabila dihampiri daripada belakang,tidak
memahami arahan yang diberikan dan pencapaian yang lemah terutamanya berkaitan
dengan bahasa.

Bagi perkembangan fizikal,motor halus dan motor kasar kanak-kanak ini sama seperti
kanak-kanak normal. Perkembangan kognitifnya adalah agak lambat disebabkan oleh
kelambatan perkembangan bahasa. Bagi perkembangan sosial pula, ia bergantung
kepada pengalaman mereka, cara layanan yang diterima dana melalui kebolehan
perkembangan mereka sendiri.

 MASALAH EMOSI-HIPERAKTIF

Hiperaktif adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah
laku yang terlampau aktif dan mengganggu tetapi mempunyai tumpuan yang singkat. Ia
dikenali sebagai Attention –Hyperactivity Disorder (ADHD). Kanak-kanak ini tidak boleh
diminta untuk menjalankan aktiviti yang pasif sehingga 20 minit.

Menurut Marityn Friend (2005), Persatuan Psikologi Amerika(APA) mendefinisikan


ADHD sebagai kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya yang dapat dikesan
pada umur tujuh tahun dan dikategorikan kepada 3 iaitu;
· ADHD Kurang Tumpuan

ü Mereka mungkin kerap mengelamun di dalam kelas,kerap pelupa


dan kerja tidak teratur

· ADHD Hiperaktif-impulsif

ü Hiperaktif menunjukkan jumlah pergerakan yang sangat tinggi

ü Impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir

· ADHD Gabungan

ü Menunjukkan kedua-dua ciri diatas iaitu kurang tumpuan,hiperaktif dan


impulsive

Ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak ADHD adalah berbeza dan pada kebiasaannya ADHD
hiperaktif-impulsif mempunyai masalah tingkah laku yang lebih jelas daripada ADHD
impulsive. Kanak-kanak ini lebih agresif contohnya mereka kerap memulakan sesuatu
pergaduhan,kerap membuat kesalahan akibat kecuaian,gagal menyiapkan kerja
sekolah, tidak mahu mendengar apabila bercakap dengannya, sukar mengatur
tugasan,tidak suka dan enggan melakukan tugasan.

Ciri-ciri sosial kanak-kanak ini lebih tertumpu kepada penghargaan kendiri di mana
penghargaan kendiri positif atau negative bergantung kepada keadaan persekitaran
yang mereka terima dan mereka mudah menyesuaikan diri mengikut tuntutan sosial.

 
 

 MASALAH FIZIKAL DAN KESIHATAN - PALSI SELEBRAL

‘CELEBRAL’ bermaksud OTAK. Manakala ‘PALSY’ membawa erti KURANG atau


TIDAK BERUPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTAK’. Definisi palsi selebral adalah
kecacatan anggota disebabkan oleh kecacatan hubungan saraf di antara bahagian otak
dengan bahagian badan semasa dilahirkan atau pada awal usia. Kanak-kanak palsi
selebral sebahagian besarnya mengalami kerosakan pada kawasan motor dalam otak
yang mengakibatkan kurang upayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak
badan. Kecacatan otak dan saraf ini lazimnya berlaku sebelum,semasa dan di peringkat
awal bayi iaitu ketika bahagian otak kanak-kanak pesat berkembang.

Terdapat 4 kategori palsi selebral iaitu Palsi Selebral spastik, palsi selebral athetiod,
palsi selebral ataxia dan palsi serebral gabungan. Ciri-ciri fizikal pada kanak-kanak palsi
selebral spastic ialah masalah ketegangan pada otot-otot tertentu seperti tangan dan
kaki. Ketegangan otot ini akan menyebabkan pergerakan otot tersebut menjadi terhad
atau tidak berkodinasi. Contohnya jika ketegangan otot berlaku pada kaki, pergerakan
permulaan berjalan seakan tersekat-sekat dan diikuti dengan satu lonjakan tenaga
menyebabkan pergerakannya kurang terkawal.

Bagi palsio selebral athetiod pula, mereka mempunyai anggota yang lebih meliuk dan
tidak terkawal. Manakala bagi palsi serebral ataxia pula, imbangan badan mereka
adalah tidak baik di samping pergerakan badan yang tidak berkodinasi.

Palsi serebral gabungan pula adalah mereka yang mengalami lebih daripada satu jenis
palsi selebral pada satu-satu masa. Masalah yang dihadpi olehnya adalah otot-ototnya
kejang, tidak berkodinasi dan juga meliuk.

Masalah sosial yang dihadapi oleh golongan ini adalah dalam menyesuaikan diri di
dalam masyarakat. Disebabkan mereka tidak dapat bertutur dengan baik,mereka
berasa rendah diri dan ini akan menjejaskan hubungan mereka dengan persekitaran.
Sebab lain yang menyebabkan kanak-kanak ini rendah diri adalah sikap ibu bapa yang
terlalu member perhatian dan perlindungan yang melampau menyebabkan kanak-
kanak ini langsung tidak diberi peluang untuk mempelajari kemahiran asas bagi
penjagaan diri sendiri.

 MASALAH MENTAL

A. TERENCAT AKAL

Masalah terencat akal menjadi satu isu yang perlu ditangani kerana murid yang
mengalami masalah ini lambat menerima pengajaran di sekolah. Punca seseorang
anak itu terencat akal boleh dikaitkan dengan faktor biologi(baka) dan persekitaran.
Faktor baka banyak mempengaruhi prestasi intelek seseorang kanak-kanak berbanding
dengan faktor persekitaran.

Kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang sama seperti kanak-kanak normal iaitu
daripada segi pertumbuhan bahagian-bahagian badan walaubagaimanapun terdapat
kekurangan dalam menggunakan motor halus. Kanak-kanak ini lambat menguasai
kemahiran motor halus.Oleh itu, ibu bapa atau guru perlulah memantau perkembangan
motor halus mereka.

Kanak-kanak ini sering mempamerkan kepayahan untuk member tumpuan atau focus
kepada proses P&P didalam kelas,sukar menyiapkan tugasan dan mudah membuat
kesalahan disebabkan kecuaian.Mereka juga sering menunjukkan tingkahlaku
yangsering mengganggu rakan.

Di dalam hubungan sosial dengan rakan-rakan,mereka kurang diterima oleh rakan


kerana tidak pandai menyesuaikan diri,kurang matang dan mempunyai masalah dalam
menguasai kiu-kiu sosial yang halus sehingga mereka kerap menyalah tafsir aksi-aksi
murid lain. Tingkah laku yang lain adalah menarik rambut,menggigit kuku,tabiat suka
mencederakan diri dan meminta ganjaran apabila diminta untuk melakukan sesuatu
contohnya jika enggan melakukan aktiviti P&P,guru akan memberikan sesuatu yang
disukai murid untuk memujuknya mengikuti aktiviti.

B. SINDROM DOWN

Sindrom Down bermaksud kecelaruan genetic yang menyebabkan kecacatan akal pada
kanak-kanak. Istilah Sindrom Down diambil daripada perkataan ‘sindrom’ yang
bermaksud koleksi tanda atau ciri-ciri dan ‘down’ iaitu nama seorang doktor yang
berjaya mengumpulkan kesemua tanda dan punca.

Punca yang sangat jelas terjadinya sindrom down adalah kelebihan 1 kromosom iaitu
pada pasangan yang ke-21(dikenali sebagai Trisomi 21). Sindrom Down terbahagi
kepada tiga iaitu;

· Trisomi 21 Standard terjadi apabila kromosom 21 telah wujud di dalam


sperma atau dalam pembahagian pertama

· Trisomi 21 Mozek terjadi apabila seseorang itu mempunyai sel-sel trisomi


· Trisomi 21 Transiokasi terjadi apabila kromosom berlebihan berpindah
lokasi(bercantum atau melekat dengan kromosom yang lain)

Ciri-ciri fizikal kanak-kanak ini adalah mata condong ke bawah atau ke atas,belahan
kelopak mata pendek dan terdapat lapisan kulit di dalam mata,bentuk muka
leper,kepala lebih kecil daripada kebiasaan dan bahagian belakang kepala
rata,telinganya kecil dan bekedudukan rendah,mulut kelihatan kecil dan bibir
nipis,bentuk leher lebih pendek,kaki dan tangan pendek,tapak kaki lebar dan jari kaki
pendek,mempunyai masalah jantung dan lain-lain lagi.

Daripada segi emosi, kanak-kanak ini dilabelkan sebagai terencat akal sama ada
ringan,sederhana,teruk dan sangat teruk. Kanak-kanak Sindrom Down Ringan masih
boleh dididik. Menangis merupakan isyarat utama kanak-kanak ini dan mempunyai
masalah pendengaran.

Kanak-kanak Sindron Down merupakan kanak-kanak yang manja dan memerlukan


perhatian seperti suka dipeluk. Kadangkala mereka mempunyai masalah yang lain iaitu
hiperaktif dan masalah tumpuan singkat.

 AUTISMA

Autism adalah keadaan di mana kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya


sendiri.istilah autisme adalah berasal daripada perkataan autos yang bermaksud diri
sendiri dan isme yang bermaksud aliran.

Punca menyebabkan autism adalah tidak diketahui tetapi kajian yang dijalankan
tertumpu kepada masalah genetic, masalah semasa dan selepas kelahiran, fungsi otak
dan lain-lain lagi.

A. Baka

ü Adik beradik autism lebih berisiko mengalami autisma berbanding orang lain

ü Kecelaruan genetic
A. Sebelum dan selepas kelahiran

ü Jangkitan rubella semasa dalam kandungan

ü Encephalitis

ü Kurang oksigen semasa lahir

ü Keracunan makanan

A. Fungsi Otak

ü Ketidakfungsian serebelum,sisitem limbic dan kemungkinan temporal lobe dan


cortex terjadi kepada individu autism

Perkembangan fizikal kanak-kanak autism sama seperti kanak-kanak normal dan


kelihatan seperti mempunyai masalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang
diperkatakan orang lain. Daripada segi emosi pula ianya sukar diramal kerana ia sering
berubah-ubah.

Ø Sering ketawa,menangis dan marah tanpa sebab

Ø Mengamuk tanpa terkawal jika tidak menuruti kemahuan atau melarang daripada
melakukan sesuatu yang mereka ingini

Ø Merosakkan apa sahaja yang ada di sekitarnya jika emosi terganggu

 Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosi terganggu

Ø Ada kalanya mencederakan diri sendiri

 MASALAH PEMBELAJARAN
 

A. LEMBAM (SLOW LEARNER)

Kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan pendidikan


kelas pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini dikenalpasti pada peringkat awal setelah
mendapati tidak dapat menguasai kemahiran3M dalam pendidikan.
Walubagaimanapun,adalah sukar untuk menyediakan garis pemisah yang jelas di
peringkat awal perkembangan kanak-kanak antara kanak-kanak normal dengan kanak-
kanak lembam kerana pemasalahan mereka tidak begitu ketara. Hanya selepas mereka
memasuki alam persekolahan pemasalahan mereka dapat dikesan.

Menurut Messe(2001),keupayaan intelektual kanak-kanak ini berada tahap sederhana


iaitu pada tahap 85 atau lebih di dalam skor ujian saringan kecerdasan. Mereka juga
mempunyai masalah dalam memberi perhatian,mengumpul atau memproses maklumat
yang diterima di dalam ingatan mereka. Di samping itu, kanak-kanak lembam mudah
hilang tumpuan, mudah membuat kesalahan akibat kecuaian,sukar untuk menyiapkan
tugasan dan kepayahan membuat tugasan yang berturutan. Di dalam mata pelajaran
matematik,mereka menunjukkan kesukaran dalam mengingati symbol-simbol yang
digunakan dan mengingati turutan proses dalam penyelesaian matematik.

Disebabkan masalah kurang tumpuan, sukar memproses maklumat, sukar menyiapkan


tugasan dan lain-lain lagi menyebabkan mereka mempunyai masalah sosial-
emosi.Tingkah laku kanak-kanak lembam sering mengganggu rakan-rakan.

 
B. DESLEKSIA

Perkataan desleksia berasal daripada dua perkataan Greek iaitu ‘dys’ yang bermaksud
kesukaran dan ‘lexia’ yang bermaksud perkataan. Maka ini memberi maksud
‘kesukaran dengan perkataan bertulis’. Disleksia didefinasikan ketidakupayaan
memperoleh pengetahuan daripada proses pembelajaran akibat kesukaran mentafsir
kod ayat.

Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah dalam bacaan,menulis dan


mengeja(Sanders dan Myers.1996). Kategori disleksia terbahagi kepada tiga iaitu
disleksia visual melibatkan deria penglihatan,disleksia melibatkan pendengaran dan
disleksia visual auditori yang melibatkan penglihatan dan pendengaran.

Perkembangan fizikal,mereka tidak berminat dalam pelajaran dan selalu dilabelkan


sebagai pemalas dan bodoh. Pakaian yang dipakai sentiasa bersih tetapi tidak kemas
dan butang baju sentiasa salah butang. Mereka juga mempunyai daya
pengamatan.pendengaran dan penglihatan yang lemah. Kekeliruan juga timbul di mana
mereka sukar untuk membezakan kiri dan kanan.

Semasa membaca pula, mereka sering berpua-pura membaca dan menunjukkan teks
semasa membaca. Kekeliruan dalam perkataan juga timbul seperti di bawah;

ü Keliru kedudukan perkataan

ü Pembalikan perkataan

ü Keliru b.inggeris dengan b.melayu

ü Penambahan huruf

ü Kependekan perkataan

ü Pembalikan huruf dalam perkataan


 

 PINTAR CERDAS

Kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yang mempunyai kemampuan yang


tinggi di dalam akademik. Mereka sering dianggap sebagai murid yang nakal kerana
tidak memberi perhatian di dalam kelas sedangkan mereka sebenarnya memahami dan
telah menguasai pengajaran guru.

Menurut Ross(1993),definisi kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak


dikenalpasti semasa pra sekolah,sekolah rendah atau menengah menunjukkan bakat
atau potensi yang cemerlang dalam pencapaian akademik berbanding kanak-kanak
yang sebaya dengan mereka,sama pengalaman dan persekitaran. Mereka juga
menunjukkan prestasi yang tinggi dari segi intelek,seni dan mempunyai kepimpinan
yang luar biasa

Perkembangan kanak-kanak cerdas pintar ini menunjukkan cirri-ciri luar biasa pada
umur yang sangat muda berbanding kanak-kanak biasa. Perkembangan kognitif
mereka tinggi dan dapat dikesan semenjak berumur satu tahun dan menunjukkan
perkembangan dalam domain yang luas. Mereka memperoleh maklumat dengan
menyimpan maklumat dengan cepat dan dengan cekap mengingati semula maklumat.
Kanak-kanak ini boleh merancang,memantau dan menilai menggunakan pemikiran
advance pada umur yang muda berbanding kanak-kanak lain.

Dari segi emosi,mereka sangat matang berbanding kanak-kanak lain, mudah kecewa
dan menghina rasa takut pada usia yang muda serta terlalu sensitif.
 

Anda mungkin juga menyukai