Anda di halaman 1dari 2

Subject: FW: RG09... Doktor Saksikan Kehebatan Surah Yaa Siin.

Seorang bekas pelajar UITM Perlis yang kini sedang bertugas di KUIS telah menyampaikan
satu kisah luarbiasa dan menarik mengenai keajaiban Al Quran khususnya Surah Yaa Sin,
kepada kakitangan Ingress, dalam satu program ceramah agama bulanan  syarikat tersebut.

Kisah ini telah benar-benar memberikan  kesan yang mendalam kepada jiwanya
mengenai mukjizat AlQuran khususnya disaksikan sendiri oleh seorang yang bukan
Islam.

(Gambar hiasan).
Pada suatu hari sekitar tahun 2004, salah seorang kawan beliau telah terlibat dalam
kemalangan jalanraya yang dikategorikan sebagai amat serius. Salah satu tulang
kerangkanya yang patah hampir mencucuk jantung dan yang satu lagi telah
menembusi paru-parunya dan menyebabkan pendarahan.

Tempurung kepalanya kemek dan pecah. Bunyi tarikan nafasnya hampir sama
seperti seekor lembu yang telah disembelih dan sedang putus nyawanya. Oleh
kerana keadaan beliau sangat teruk maka beliau telah dimasukkan ke Wad ICU.
Dalam keadaan seperti itu maka tidak ramailah kawan yang boleh ziarah dengan
serentak secara beramai-ramai.

Usaha untuk membantu diteruskan. Doktor terus memberikan rawatan rapi seperti
bantuan pernafasan dan sebagainya. Bacaan electrocardiogram (ECG) agak rendah
sekitar 45 - 50 sahaja. Pada zahirnya, mangsa ini agak sukar untuk hidup.
Walaupun ia akan pulih, mungkin percakapannya tidak lagi seperti keadaan
sebelum kemalangan. Setelah semua usaha dibuat, maka sebagai orang Islam
kepada Allahlah diserahkan segala-galanya. Ikhtiar berdoa dilakukan. Bacaan Surah
Yaa Siin dimulakan secara beramai-ramai diluar bilik ICU.

Sedang mereka membaca Yaa Siin, dan belumpun selesai, tiba-tiba doktor Karam
Singh yang bertugas pada hari itu, dengan tergesa-gesa meminta kumpulan yang
membaca Yaa Siin ini masuk ke bilik, walaupun melebihi 2 orang.

Dalam hati mereka, tertanya-tanya apakah maksudnya tindakan doktor tersebut. Di


atas katil mangsa masih terbaring seperti biasa dan tiada pula tanda yang
menunjukkan ia menemui ajalnya. Dalam fikiran yang penuh tandatanya, bacaan
diteruskan.

Setelah selesai membaca surah Yaa Siin dan masih lagi berada di sisi katil mangsa,
bekas pelajar ini cuba mengajukan soalannya kepada doktor, "Kenapa doktor suruh
kami masuk dan teruskan membaca Al Quran?"

"Semasa awak membaca awak punya holy book diluar tadi, dan ketika pintu terbuka
untuk bagi orang masuk, saya lihat bacaan ECGnya naik sampai lebihkurang 70. Ini
bukan satu kali, tetapi berlaku setiap kali pintu terbuka, apabila tutup dia turun
semula. Masa pintu itu buka, suara awak dengar sampai kedalam, dan ada reaksi
positif pada pesakit." Tegas doktor berkenaan.

Subhanallah, rupanya suara bacaan surah Yaa Sin tadi memberi kesan secara
langsung kepada pesakit tersebut. Inilah kebesaran Allah Subhanahu wa Taala.
Allah berkuasa melakukan apa sahaja yang Ia kehendaki. Mudah-mudahan doktor
yang merawat peasakit tersebut mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah swt
untuk menganuti agama Islam.

‫ور َو ُه ًدى َو َرحْ َم ٌة‬ ُّ ‫َيا أَ ُّي َها ال َّناسُ َق ْد َجاء ْت ُكم م َّْوعِ َظ ٌة مِّن رَّ ِّب ُك ْم َوشِ َفاء لِّ َما فِي ال‬
ِ ‫ص ُد‬
َ ‫لِّ ْلم ُْؤ ِمن‬
‫ِين‬
"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan
penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta
rahmat bagi orang-orang yang beriman." - Surah Yunus ayat 57.
 

Shalehudin Hashim

Switch to: Text-Only, Daily Digest • Unsubscribe • Terms of Use


.

__,_._,___

Anda mungkin juga menyukai