1. Komunikasi secara lisan melibatkan proses pemindahan maklumat atau idea secara lisan
daripada seorang individu kepada seseorang atau sekumpulan pendengar.
2. Komunikasi secara bukan lisan ialah penyampaian mesej melalui gerak isyarat seperti isyarat
tangan, gerak kepala, ungkapan muka dan sebagainya.
1. Membina Hubungan
a) Di dalam proses komunikasi, memberi perhatian merujuk kepada komunikasi bukan lisan,
walaupun ia juga diperlukan dalam komunikasi lisan.
b) Komunikasi bukan lisan dibahagikan kepada beberapa komponen,
iaitu gaya badan(posture), gerak isyarat, air muka, kontak mata, dan juga nada suara.
3. Kemahiran Mendengar
a) Bertutur dengan penggunaan variasi nada, suara yang lantang, tatabahasa yang
betul, perkataan yang tepat serta mudah difahami, penghentian sejenak yang
berpatutan dan bebas daripada sisipan perkataan seperti “umm”, “ahh”, “er”, “ok,
dan sebagainya
b) Menggunakan perkataan-perkataan yang dapat difahami oleh pendengar dan tidak
menggunakan perkataan-perkataan yang mempunyai mesej berbentuk arahan,
amaran, tuduhan, ugutan, kritikan, ejekan dan lain-lain yang boleh menyinggung
perasaan pendengar.
c) Menulis dengan saiz tulisan yang mudah dibaca, ejaan yang tepat dan mudah
difahami, tatabahasa yang betul, barisan ayat yang teratur, serta jarak di antara
barisan ayat yang berpatutan.
Cara-cara Mengatasi Masalah Komunikasi Guru
1. Bersifat penyayang dan sering tunjuk air muka yang manis demi merapatkan hubungan dua
pihak
2. Bertutur dengan suara lantang, jelas dan kadar cepat-lambat percakapan yang sesuai supaya
pendengar dapat mendengar dengan tepat.
3. Gunakan perkataan-perkataan yang sesuai supaya pendengar dapat memahaminya tanpa keliru
4. Elak mengkritik atau mengejek orang yang melakukan kesilapan, dan gunakan teknik
membimbing untuk membetulkan kesilapannya.
5. Bentukkan suasana bilik komunikasi dan emosi-sosial yang kondusif.
6. Gunakan gaya kepimpinan demokratik, misalnya melayan idea dan cadangan anggota bawahan
dengan hati terbuka.
7. Elakkan amalan kepimpinan autokratik, misalnya memberi arahan yang kurang senang dipatuhi.
8. Komunikasi hendaklah diadakan secara muka dengan muka (face to face)
1. Memikir tentang keadaan fizikal untuk komunikasi, iaitu bilik, jenis bentuk kerusi, suasana tempat
duduk, dan iklim yang kondusif.
2. kesedaran terhadap halangan-halangan komunikasi
3. Kesedaran tahap kemampuan diri sendiri; mengakui keperluan untuk mengikuti kursus latihan
komunikasi interpersonal, dan mendapat sokongan, serta berupaya membuat rujukan dalam dan
luar organisasi.
4. Kesedaran mengetepikan prejudis dalam diri, pandangan berat sebelah serta stereotaip.