Anda di halaman 1dari 20

i;ic.

:l~:

,,~ .. a-

I

\

SALA WAT FADHILAT

l'

-»:

M. GHAZALl ABDUL SAMAD.

PUSTAKA MELA YU BARU K.L.

,

I ,I

r--_\'~.=.:._:_~.~~ .. --.~ .. ----.'----"---".

Penerbitan Pustaka Melayu Barn 1015, Selangor Mansion J alan Masjid India

Kuala Lumpur

BISMILLA HIRRAHMAN NIRRAHIM

;), ._j

• -

Hak Penyusun Terpelihara

Cetakan K edua 1981

Dicetak oleh:

LOYAL PRESS SDN. BHD. 16, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur.

l'

i

i

Alhamdu Lillahi Rabbi! 'Alaminn. Waafdhalus SaIati

Wa Atammuttaslim. 'Ala' M'uhammadin Wa'ala

Alihi Wa Sahabatihi Ajma'in.

Sesungguhnya buku yang kecil ini saya persembahkan kepada seluruh kaurn muslimin dan muslimat agar kiranya menjadi panduan yang baik dan be rmunafaat dalam menempuh hidup yang berbagai cubaan dan ancanian dari segi kelahiran dan kebatinan di atas dunia ini.

Saya riamakan buku ini clengan nama "SAI.AWAT FADHILAT", kerana di dalarnnya saya kumpulkan beberapa

-~~ ,--------------_ .. _-----,._- ----'''--_.'''---

Salawat yang telah masyhur fadhilat dan kelebihannya, fadhilat Salawat-salawat ini memang telah diakui oleh orang yang 'Arifin dan Salihin, bukan saja setakat mengakuinya malahan telah mencu banya dan mendapati bahawa tidaklah syak dan sangsi lagi, Salawat-salawat ini terlalu banyak kelebihannya dan fadhilatnya.

Saya mengakui bahawa, kumpulan Salawat-salawat di dalam buku kecil ini belumlah lengkap, kerana seperti yang diketahui, setengah daripadaRiwayatmenyebutkan bahawa ada sebanyak 4,000 Salawat dan setengah Riwayat pula menyebutkan Salawat ada sebanyak 12,000 Salawat.

Kesemuanya Salawat-salawat yang tersebut di atas ini adalah telah terpilih oleh kalangan Ahli Jama'ah dan didapati munasabah, juga telah diperinci kegunaan dan munafa'atnya, dan didapati pula mengandungi Rahsia-rahsia - setengah-setengahnya adalah terlalu masyhur setelah dicu ba dan disesuaikan dengan kemahuan dan hajat seseorang untuk tujuan melapangkan kesusahan dan mencapai maksud apa yang dicita-citakan.

Oleh itu saya berjanji - selagi ada hayat dikandung badan, buku kecil yang serba kekurangan ini akan saya tambah dari semasa ke semasa dan disesuaikan dengan kehendak masa di dalam cetakan ulangannya yang akan datang.

Wabillahit Taufik Walhidayah.

SALAWAT DAN FADHILATNYA

.. t · \

.. .. . . ..

{_)oJ ~ !,49U~W~

Seperti yang telah disebutkan mula-mula tadi, bahawasanya Salawat atas Nabi Muhammad S.A. W. itu terlalu besar kelebihannya, terlalu banyak rahsia-rahsianya. Setengahsetengah daripada kelebihannya ialah untuk melapangkan segala kesusahan, membukakan rahsia-rahsia yang ghaib, mengubati penyakit-penyakit , menunaikan segala hajathajat, mencapai kedudukan yang tinggi dan mulia, menolak segala macam bala', menjauhkan segal a seteru, dan banyak lagi kelebihannya yang agak sukar hendak disebutkan.

Oleh keran a rahsia-rahsia Salawat ini terlalu banyak, maka sesuatunya adalah bergantung kepada diri seseorang yang mengamalkannya dan sejauh mana pencapaian dan d arjat yang diterimanya daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Tel all berkata Al-Imam Ahmad Wal Hakim Wal Baihaqi, daripada Sayyidina Omar AI-Khattab Radhiyallah hu 'Anhu, berkata ia: Ya Rasulullah maka apalah kiranya aku jadikan suku bahagian daripada doaku hanya untuk memberi Salawat kepadamu. Maka bersabda Rasulullah, sekiranya ditambah lagi adalah lebih baik. Kiranya aku tambah lagi, kiranya dijadikan dua suku bahagian doaku untuk bersalawat kepadamu, maka bersabda Rasulullah. sekiranya ditambah lagi adalah lebih afdhal. Kiranya aku tambah lagi agar seluruh doaku hanya bersalawat kepadamu, maka bersabda Rasulullah, oleh yang demikian Allah

3

2

telah menyempurnakan seluruh perkara dan penghidupan kamu, balk di dunia dan di Akhirat - Demikian tersebut di dalam "Bahrul Anwar".

Telah berkata Ibnul Mulqan, daripada Nabi S.A. W. katanya:: Barangsiapa yang mernberi Salawat kepadaku, sesungguhnya Malaikat memberi Salawat kepadanya. Barangsiapa yang telah diberi Salawat oleh Malaikat, Allah memberi Salawat kepadanya. Sekiranya Tuhan telah memberikan Salawat kepadanya, rnaka tidak ada apa lagi yang tidak diterimanya daripada tujuh petala langit dan bumi dan lautan. Segala pepohonan, turnbuh-tumbuhan , burung-burung, binatang-binatang bu as dan jinak, melainkan semuanya memberikan Salawat kepadanya - demikian di dalam "Al-Khakaik ':

Telah berkata .Ibnu Mandah daripada Jabir Radhiallah ~nhu-telall bersabda Rasulullah SA. W. - Barangsiapa yang memberi Salawat kepadaku tiap-tiap hari 100 kali. Dan pad a setengah Riwayat pula, barangsiapa yang memberi Salawat kepadaku pada siang hari 100 kali, Tuhan akan rnenunaikan padanya sebanyak seratus hajat - tujuh puluh daripadanya di Akhirat dan tiga puluh pula di dunia.

Telah diriwayatkan daripada Rasulullah SA. W. sabdaNya: Barangsiapa yang membanyakkan Salawat atasku, sesungguhnya Allah mernberi ia kekayaan dan tidak akan ada kepapaan sesudahnya.

Telah diriwayatkan daripada Rasulullah SA. W. sabdaNya : Barangsiapa yang bersalawat atasku sebanyak 500 kali tiap-tiap hari, rnereka tidak akan menemui kepapaan selagi hayatnya.

4

~ I

Telah diriwayatkan daripada Rasulullah SA. W. sabdaNya: Perbap,Yjl~fjlIllah bersalawat atasku, kerana bersalawat atasku ituboleh melepaskan seseorang itu daripada ikatan penderitaan dan melapangkan ia kepada jalan kesenangan dan kebahagiaan - demikian di dalam "An-Nuzhah "

Telah diriwayatkan daripada Rasulullah SA. W. sabdaNya: Barangsiapa yang payah atau sukar untuk mencapai cita-citanya iaitu hajatnya - perbanyakkanlah bersalawat kepadaku. Setengah riwayat pula: Perbanyakkanlah bersalawat kepadaku , kerana bersalawat atasku itu boleh menyingkap segala macam kebimbangan, kerusuhan dan dukacita, membukakan segal a macam kesusahan dan penderita-: an, mernbanyakkan rezeki dan untuk menunaikan segala apa hajat dan cita-cita.

Telah berkata Al-Imam As-Sayuti : Bahawasanya semua Hadis-hadis ini adalah Sahih. Barangsiapa yang mernperbanyakkan bersalawat atas Nabi Muhammad S.A. W., mendapat barakah dan kemudahan rezeki yang lebih, ditunaikan Allah segala hajat-hajatnya, dihilangkan Allah segala macam kebimbangan, kerusuhan, dukacita, kesusahan dan penderitaan .

Sernuanya ' kelebihan Salawat yang tersebut ini sudah diperlihatkan dan disaksikan serta telah dicuba fadhilatnya antara ahli-ahli salaf dan khalaf. Bahawasanya bertawasul dengan Salawat atas Nabi Muhammad SA. W. pada segala macam perkara, semuanya berlaku antara manusia, lin dan Malaikat.

Telah disebut oleh Al-Imam Ad-Dainuri : Barangsiapa membanyakkan Salawat atas Nabi Muhammad SA. W. pada waktu siang ataupun malam, maka dengan barakahnya

5

boleh. mencapai ketinggian dan kedudukan yang mulia di sisi Allah Subhanahu Wata'ala-demikian tersebut di dalarn "Hayatul Qulub " dan "Durratul Wa'izinn "

Oleh keterangan-keterangan yang di at as ini bolehlah dijadikan panduan dan 'Iktibar - betapa besamya kelebihan dan Fadhilat Salawat atas Nabi Muhammad S.A. W.

6

SEDIKIT PANDUAN

6_1_,J ',9 ~J If,'

Mengambil Salawat untuk dijadikan amalan atau wirid hari-hari - iaitu siang ataupun malam, setiap lepas sembahyang lima waktu, hanya pada waktu-waktu Maghrib atau Subuh sahaja, banyak mendatangkan fadhilat dan kemuIiaannya.

Mungkin ada setengah orang yang berkata atau menganggap bahawa beramal dengan Salawat adalah suatu amalan yang biasa sahaja, hanya setakat untuk mendapatkan Syafa'at dan membesarkan Junjungan Nabi Besar kita Muhammad S.A. W. sahaja. Mereka ini tidak mengetahui bahawa dengan beramal atau mengambil Salawat dijadikan Wirid dan Amalan hari-hari. Bukan sahaja setakat itu kebesarannya yang kita terima daripada Allah dan RasulNya, malahan setengah-setengah daripada orang yang 'Ariffin dan Salihin meridapat darjat dan Mertabat yang tinggi ialah daripada amalan Salawat Nabi.

Bagaimana cara ataupun Kaifiatnya untuk mendapatkan fadhilat dan kebesarannya, di sini saya beri sedikit panduan untuk diikuti, semoga dengan panduan yang demikian ini sama-sam a kit a mencapai tujuan dan matalamat yang d ici ta-ci takan :

1. Jadikanlah Salawat-salawat yang ingin kita amalkan sebagai amalan atau wirid hari-hari, J angan pu tus-pu tus.

7

_. _ .-._'~-'-- _._, ._. __ ._. _ ._---- _ -'-----

.,.- .. -~--,_'-,~' -",., --.--,_,_ .. _,---" -~--.-----.-. ~-.-------.-~-------.

r::

7 Tentukanlah bilangan atau banyaknya Salawat-

salawat yang diamalkan itu pada waktu-waktu yang telah di tentukan seperti lepas Sembahyang Lima Waktu. Atau hanya ditentukan setakat waktu Subuh dan Maghrib sahaja.

3. Dahulukanlah setiap Salawat yang hendak kita mulai atau wiridkan dengan menghadiahkan Fatihah sekali kepada Roh Junjungan kita Nabi Muhammad S.A. W. 4. Hadiahkan Fatihah sekali kepada Ron Sultanul Auiiya' S)'eikh Abdul Kadir At-Jaitani. - Al-Fatihah.

5. Hadiallkan Fatihah sekali kepada kedua lbu-bapa kit a yang telah meninggal du nia. Oleh kerana kita tidak akan dapat menciurn Syafa'at Nabi Muhammad SA. W. dan keredhaan Allah kirany a kita mempunyai dosa kepada kedua [hu-Bapa kita yang perlu diampuni.

6. Kepada Anvah-Anvah Syeikh-~~\'eikh dan kepada Anvah Ahlil Qubur daripada k aum Mukminin dan Mukminat, Musliniin dan Muslimat At-Fatihah.

7. Beristighfariah terlebih dahulu rnernchon kcampunan Tuhan seberapa yang ikhlus seku rang-kurangnya 10 kali, sebelum memulai am alan Salawat itu.

8. Sekiranya hendakkan amalan Salawat itu lebih berkesan, amalkanlah bilangan-bilangan yang lebih --seperti sebanyak 40 kali sekali amal, 100 kali, 113 kali, 313 kali, 1,000 kali 1,113 k ali , atau 4,444 kali.

9. Kalau sekiranya ada mempunyai hajat-hajat yang

tertentu, sebelum berarual Semballyanglah Sunnat du a Rakaat dahulu , sebaik-baiknya Dua Rakaat Hajat. Kemudian baharulah dimulai arnalan itu.

10. Pilihlah waktu amalan yang terbaik sebaik-baik-

nya di waktu tengah malam hingga ke Subuh ,

8

1 L Soal yang penting sekali, kuatkanlah hati dan bulatkan niat seseorang itu dengan satu-satu tujuan dan hajat. Janganlah sekali-kali beramal dengan perasaan tidak tenteram dan ngelamun dan sambillewa.

12. Berdoalah kepada Tuhan apa-apa hajat yang telah

ditentukan terlebih dahulu dengan perasaan insaf, berserah dan khusyuk. J angan mudah merasa jemu dan pu tus asa. Ulangilah sehingga sekurang-kurangnya tiga malam ber-

turu t-turu t.

Sernoga dengan serba sedikit panduan yang disebutkan

ini, orang yang ingin beramal dengan Salawat-salawat akan mencapai kejayaan yang dicita-citakan dan keredhaan Allah Subhanchu Wata'ala. Amin.

9

._- . __ ._---

BISMILLA HIRRAHMAN NIRRAHIM "Salawatul Munjiyat"

",; .0 ~ I

~~f\~\~~ ~dj

r:. ''',; V,.. ,; ,.. ... ·

Barangsiapa yang be ramal dan selalu membaca "Salawatul Munjiyat" ini, mengikut cara dan kaifiyatkaifiyat yang tertentu, ia akan mendapati beberapa faedah dan kebesarannya yang tertentu dengan syarat bahawa orang yang beramal itu mengerjakannya dengan hati yang tulus ikhlas dan khusyuk.

Bahawa Salawatul Munjiyat ini telah diakui oleh Ahlil Khawas dan mereka mendapati padanya mengandungi berbagai-bagai rahsia-rahsia yang 'ajaib teru tama sekali untuk meJapangkan segala macam kesempitan dan penderitaan dan untuk menghasilkan segala apa yang dicita-citakan dengan baik dan sempuma.

Salah satu daripada rahsia-rahsianya yang banyak itu ialah untuk mencapai satu-satu hajat yang besar, samada hajat dunia atau akhirat, nescaya ditunaikan Allah akan hajatnya dengan segera, lebih pantas daripada kilat yang menyambar.

Amalkanlah Salawat ini dengan ikhlas mengikut aturan dan adab tertib yang baik sekurang-kurangnya sebelas kali tiap-tiap hari, Kalau hendakkan faedahnya yang lebih segera lagi amalkanlah 40 kali tiap-tiap hari atau kalau hendakkan lebih segera lagi amalkanlah ia 100 kali tiap-tiap harl. Sekiranya hendakkan hajatnya ditunaikan Allah lebih se-

II

..

10

gera lagi amalkanlah ia sebanyak 313 kali pada tiap-tiap hari. Sekiranya hendakkan datang hajatnya dengan segera, lebih pantas daripada kilat yang menyambar - bangunlah di waktu jauh malam dan bacalah Salawat ini sebanyak 1,000 kali atau lebih - mengiringi Sembahyang Sunnat tengah malam. Segal a apapun hajatnya dunia at au akhirat, nescaya ditunaikan Allah hajatnya dengan segera. PERINGATAN

Barang diingat, sesiapa yang telah mengamalkan Sala-" wat ini dan mendapati rahsia-rahsianya dan kelebihannya tidaklah perlu diberitahu atau diserahkan Salawat ini kepada orang yang jahil di dalam hal ini.

12

BISMILLA HIRRAHMAN NIRRAHIM "Salawatul Fatih"

Barangsiapa yang beramal dan kekal rnernbaca Salawat Al-Fatih ini, Tuhan akan mengurniakan be rbagai-bagai kelebihan. Tetapi beramal dengan penuh keh adiran diri dan hati yang khusyuk semata-mata kerana beribadat dan menz-

'"

abdi diri kepada Tuhan dan memohon syafa'at d aripada

Rasulullah S.A. W.

13

Fadhilat-fadhilatnya terlalu banyak yang hanya dapat dirasakan dan diketahui oleh seseorang yang telah mengamalkannya:

1. Tuhan akan. mernbukakan jalan untuk mendapatkan satu-satu hajat yang dicita-citakan dengan mudah dan segera.

2. Tuhan akan mendatangkan sebab-sebab bagi seseorang itu mendapat naik pangkat dalam satu-satu jawatan dan pangkat diri atau kedudukan dan dipandang hormat di kalangan masyarakat umum.

3. Menjadi pelaris di dalam pemiagaan dan maju di dalam satu-satu perusahaan.

4. Mendapat petunjuk dan pengalaman serta terbuka 'alam fikiran untuk menjalani satu-satu hal yang sulit di fikirkan juga tepat selalu sebagaimana te1ahan.

5. Mendapat perto1ongan daripada Tuhan sesuatu yang tidak disangka-sangka atau dijangka-jangka datangnya.

Amalkanlah dengan ikh1as sekurang-kurangnya 3 kali tiap-tiap lepas sembahyang atau tujuh kali, tiga belas kali, empat puluh satu kali, seratus tiga belas kali. Sekiranya ingin mendapatkan kesan yang lebih baik amalkanlah ia sebanyak tiga ratus tiga belas kali, seterusnya seribu kali berturut-turut tiap-tiap malam. Insyaallah Tuhan tidak akan menghampakan pennohonan hambaNya.

14

BISMILLA HIRRAHMAN NIRRAHIM

Bahawasanya Salawat ini disebut juga "Salawat Badawi". Dan Salawat ini amat besar fadhilatnya. Telah berkata ~e.banyakan daripada orang yang 'Arifin , bahawa Salawat iru telah termasyhur mujarabnya untuk menunaikan segala permohonan dan hajat. Membukakan perkaraperkara y~g mendu~acitakan seseorang itu, juga menolak segala bala yang memmpa dan menjauhkan seteru.

15

Barangsiapa yang beramal dan mengekali membaea Salawat ini sebanyak 100 kali tiap-tiap hari atau 40 kali tiap-tiap hari ia akan melihat beberapa anwar dan rahsiarahsia yang 'ajaib, terutamanya sekali untuk meneapai tujuan hajat seseorang itu.

16

BISMILLA HIRRAHMAN NIRRAHIM

Bahawasanya Salawat yang pendek ini tidaklah kurang kelebihannya dan besar fadhilatnya. Ia boleh diamalkan ketika benar-benar di dalarn kesusahan atau di dalam dukaeita. Haruslah diamalkan Salawat ini dengan khusyuk dan khudhuk sambil memohon hajat dan memohon Syafa'at Nabi Besar Muhammad S.A. W. di sisi Allah Subhanahu Wata'ala.

Telah berkata Al-Syeikh ibni Saifuddin Al-Jabburi - Barangsiapa membaea dan beramal dengan Salawat ini sebanyak 1,000 kali pada malam luma'at dan diteruskan mengamalkannya pada tiap-tiap malam sebanyak seribu kali juga sehingga hari luma'at yang akan datang-ia akan meneapai segal a apa yang dihajatkannya dan apa yang dimintanya - ini ialah salah satu daripada rahsia yang pa-

17

BISMILLA HIRRAHMAN NIRRAHIM

ling besar dan 'ajaib untuk mencapai tujuan hajat seseorang itu.

Telah berkata AI-Syeikh 'Isa Al-Barawi -Barangsiapa

yang membaca dan berarnal dengan Salawat ini pada malam Jurna'at sebanyak 1,000 kali, hajatnya akan ditunaikan Allah dengan segera, berhasil segala apa yang dimintanya dan mencapai kehendak hatinya, samada perkara dunia atau

akhirat.

Salawat ini amatlah mu jarab , dan sayugialah seseorang

itu mencubanya sehingga ia merasa tenteram dan aman di dalam hati - demikian tersebu t di dalam "Sirrul Asrar':

18

Bahawasanya Salawat yang pendek ini juga tidak kuOrang kelebihannya dan besar fadhilatnya. Salawat ini ialah satu-satunya salawat untuk mencapai rahsia-rahsia Alam, untuk menghampirkan diri kepada Tuhan dan Rasulullah.

Apabila seseorang itu mengekali mernbaca Salawat ini sebanyak 100 kali pada tiap-tiap malam, ia akan mencapai mertabat Ilmu dan rahsia-rahsia yang 'ajaib yang tidak terfikir olehnya dan manusia seluruhnya.

19

BISMILLA HIRRAHMAN NIRRAHIM "Salawat At-Tafrijiyyah"

20

Barangsiapa yang beramal dan mengekali membaca "Salawat A t-Tafrijiyyah " ini tiap-tiap lepas sembahyang dan dijadikan wirid hari-hari, nescaya tiada berkeputusan rezekinya dan mencapai mertabat yang tinggi di mata orang ramai.

Bahawa "Salawat At-Tafrijiyy ah " ini disebut juga "Salawat An-Nariyyah " - oleh kerana rnereka yang ingin menghasilkan sesuatu pekerjaan yang besar-besar atau hendak menolakkan bala' yang datang dan menimpa, maka hendaklah membaca akan salawat ini 4,444 kali dan minta Tawasul dengan Nabi Besar Muhammad S.A.w. yang mempunyai kernegahan yang besar dan berdoalah, nescaya akan berhasil maksudnya. Insyaallah.

Telah berkata Al-Imam Ad-Dainuri - barangsiapa mengekali membaca dan mengamalkan Salawat Nariyyah ini tiap-tiap lepas sembahyang dan dijadikan wirid yang tetap sebanyak 11 kali bahawa rezekinya tidak akan putus dan ia akan mencapai mertabat yang tinggi dan kebesaran.

Barangsiapa mengekali membaca akan dia tiap-tiap lepas Sembahyang Subuh tiap-tiap hari sebanyak 41 kali, segala maksudnya akan tercapai. Barangsiapa mengekali juga membacanya tiap-tiap hari sebanyak 100 kali segala maksudnya akan tercapai di luar dugaan dan kehendaknya .. Juga barangsiapa mengekali membacanya sebanyak 313 kali, Tuli.an akan membukakan berbagai-bagai rahsia dan ia akan melihat segala sesuatu yang dikehendakinya. Dan juga barangsiapa mengekali membacanya tiap-tiap had sebanyak 1,000 kali ia akan menernui dan mendapat barang yang tidak pemah diangan-angankannya dan memberi gambaran segal a apa yang tidak pemah dilihat oleh rnatanya, segala

21

apa yang tidak pernah didengar oleh telinganya dan segala apa yang tiada terlintas di dalam hatinya.

Telah berkata Al-Imam Al-Qurtubi - barangsiapa yang melazimkan membaca dan mewiridkan Salawat Nariyyah ini sebanyak 41 kali tiap-tiap hari atau 100 kali atau lebih, maka dibukakan oleh Allah Ta'ala kerunsingannya dankebimbangannya, disingkapkan oleh Allah segal a kepayahan dan penderitaannya, dirnudahkan oleh Allah segala perkara yang payah dan menyusahkannya, diberi oleh Tuhan cahaya atau Nur yang menjadi rahsia baginya.

Kehidupannya selamat dan baik, serta diluaskan rezekinya, dibukakan oleh Tuhan beberapa jalan kebajikan dan kemuliaan yang lebih dan bertambah. Juga dijauhkan Tuhan daripada kelaparan dan kepapaan, serta menerima ia rasa kasih sayang setiap orang, segala doanya dimustajabkan Tuhan.

Barang diingat, segala permintaan dan kebesaran fadhilat ini tidak akan berhasil pada seseorang itu melainkan ia tidak putus-putus mengamalkan dan mewiridkan Sala'wat Nariyyah ini. Demikian seperti yang tersebut di dalam "Sirrul Asrar "

Telah berkata juga Al-Imam Al-Qurtuhi - Barangsiapa yang berhajatkan atau berkehendakkan sesuatu perkara yang penting dan besar, atau untuk menolak sesuatu bencana dan bala' yang datang - maka dibacalah Salawat Nariyyah ini dan bertawasul ia dengan Salawat ini kepada Nabi yang mulia, sebanyak 4,444 kali, Tuhan tidak akan memungkiri kehendak atau hajatnya seperti apa yang telah

diniatkannya. .

'1.' .. ~,

::.

22

-

Bahawasanya Salawat ini disebut juga "Salawat

Asysyifa' " Salawat ini tidak kurang juga besar kelebihan dan fadhilatnya; terutama sekali untuk menghindarkan segala macam penyakit, seperti anginAlunar dan Taun - Satu-sa.!unya. penyakit yang paling merbahaya sekiranya menghinggapi manusia.

Barangsiapa yang ingin beramal dengan Salawat ini amalkanlah ia sekurang-kurangnya 3 kali tiap-tiap lep~ sembahyang, untuk menjadi penawar lahir dan batin di dalam penghidupan seseorang itu.

23

r

~

j

I

~

l

I

I

\ !

!

\

'.j

,I 'I 1

BISMILLA HIRRAHMAN NIRRAHIM

- ~ ,Q/ ~ 0

~Y~\~~"J

[ ! 1

;

il j U :"1

'I : !

ii

'I

1

II

1.1 (i

:! , i

Salawat ini ialah salah sebuah daripada Salawat yang besar juga kelebihannya dan boleh diarnalkan untuk satusatu tujuan yang baik. Barangsiapa yang ada mempunyai hajat kepada Allah Subhanahu wata'ala atau ia berada di dalarn kesusahan, kesempitan atau di dalarn keadaan dukacita, atau ia sedang ditimpa bala' - bolehlah digunakan Salawat ini untuk tujuan yang tersebut.

Apabila ingin mengamalkan Salawat ini dengan maksud tujuan yang tersebu t di atas - maka hendaklah seseorang

24

itu bangun ketika jauh malarn mengambil Wudhu' dan bersembahyang Sunnat Hajat dua Rakaat , sesudah sahaja memberi salam janganlah beralih daripada tempat duduk sembahyang dengan keadaan ia mengadap Qiblat, seterusnya bacalah Salawat ini sebanyak seribu kali. Tetapkanlah tujuan niat yang sebenarnya dan jangan beralih daripada tujuan itu.

Amalkanlah selama tiga malam berturut-turut sekurangkurangnya, dan kalau belum juga berhasillagi, lanjutkanlah amalan itu sehingga seminggu berturut-turut. Insy aallah Tuhan tidak akan mernungkiri apa-apa hajat orang yang beramal itu, dan melepaskan ia daripada bala' yang turun padanya dan dukacita yang diterimanya.

25

Bahawasanya "Salawat Badawi' ini amatlah besar fadhilatnya dan banyak khasiatnya. Salawat ini begitu rnasyhur di kalangan orang yang 'Arifin . Kelebihannya selain daripada mclahirkan eahaya dan membukakan rahsia pada hati setiap orang yang telah mengekali rnengarnalkannya, juga memudahkan datangnya rczeki yang lahir dan yang batin. Maksud seben amya rezeki lahir itu ialah rezeki badan yang sentiasa kita keeap dan nikrnati han-han, dan rezeki batin itu ialah 'lmu dan Makrifat.

27

Ini ialah kelebihan yang pertarna diterima dan dirasakan .daripada beramal dengan Salawat ini. Kelebihan yang kedua ialah Salawatini dapat menolak perasaan nafsu yang jahat dan syaitan yang selalu mempengaruhi manusia, juga menjauhkan seseorang itu daripada seteru dan musuh.

Telah berkata orang yang 'Arifin , bahawasanya mernbaca Salawat ini sebanyak 3 kali sarna seperti membaca Salawat "Dalailul Khairat " sekali khatarn.

Barangsiapa yang mengekali membaca Salawat ini sebanyak 3 kali tiap-tiap lepas Sembahyang Maghrib dan 'Isyak tiap-tiap had, nescaya ia akan mernperolehi Asrar yang banyak dan cahaya yang murni serta pintu rezekinya tidak akan tertutup setiap masa.

28

;,;;,';.;:.~

BISMILLA HIRRAHMAN NIRRAHIM

~~\~\~~

\~'/v ~ r ~

. I

j:lJ. ~~ "~/~~lf\

~ ~

~~ '" ," .•. , .... S .... W";4r;~;}~lk ......... " ~ ~~ ~ ~~ . ,

/"";' "''''' ' /'1"

\ ~:,'(,.. \ ..... , \ / \ ",-'f\

_)'-*f4.J:i 'I a.,) "\ l.. ~ . 4 ! +J .:ll..). I',,,_:N

• ~ ",. ,=-...; / ..

.,. ""

- ~ ~ ~

C / "" A.J \ ~ .. """ \ .. ; . ~

~,~ "" ~,",'"~ ~.0

.JJ ..... /," "",,~

~ _9 t.:.J-->~

"" ....

Bahawasanya Salawat ini disebut juga "Salawat

Asysy ifa' " - iaitu untuk dijadikan penawar kepada orang yang mengarnalkannya, terutarna sekali menjadi ubat kepada hati, kesihatan badan dan kesejahteraan mata untuk

melihat. .

Biarpun begitu tiap-tiap Salawat yang kit a baca atau dijadikan amalan yang tetap selepas Sembahyang seberapa banyak yang Ikhlas=kelebihannya dan tadhilatny a adalah lebih besar dan mujarab daripada apa yang diketahui oleh man usia. Barang diingat bahawa berarnal tiap-tiap Salawat haruslah dengan hati yang penuh yakin serta khusyuk dan Khudhuk. Maka barulah seseorang itu mendapat kelebihannya dan rahsia-rahsiany a yang banyak itu.

29

:;-.

Barangsiapa yang mengekali mernbaca Salawat ini tiaptiap lepas Sembahyang Maghrib sebanyak 10 kali, lnsyaallah mendapat ia akan Husnul Kh atirnah.

Bahawasanya Salawat ini adalah amat besar kelebihannya. Seperti juga dengan Salawat-salawat yang lain yang boleh melepaskan seseorang itu daripada segal a kesulitan dan kesusahan, menjauhkan seseorang itu daripada penyakit, sarnada lahir atau batin.

Barangsiapa yang mengekali membaca dan mengamalkan Salawat ini pada setiap lepas sernbahyang lima waktu, tern tamanya waktu Maghrib ataupun Subuh, maka ia adalah sebagai suatu jaminan seseorang itu di sisi Allah Subhanahu wata'aia.

30

31

._ ... ---_."--_.- __ ._-----_. _.-. - ----~---- ._-------- --

I-~-~-~-

I

bahyang lima waktu. Sekiranya ada pula mempunyai tujuoan-Iujuan dan maksud-maksud yang tertentu bacalah ia lebih daripada yang tersebut di atas ini, sebaik-baiknya biarlah di waktu tengah malam selepas Sembahyang Sunn at biasa alaupun Sombahyang Sunnat Hajat.

Bahawasanya Salawal ini ad alah scpcr ti Salawatsalawat yang lain amatlah be sar fadhilatnya sckiranya di am alk an . Teru tam a sekali u n tuk menuntu t kclebihan dan hajat. Me1l1bukakan pintu rezeki d alam penghidupan

sehari-hari.

Barangsiapa yang ingin bcrumal uengan Salawat ini ,

haruslah membacanya sebanyak 10 kali liap-tiap Ie pas SCI11-

32

33

Barangsiapa yang mengamalkan Salawat ini ia akan mencapai kedudukan yang tinggi dan dipandang mulia di sisi makhluk Tuhan, dimudahkan mencapai segala yang di tuntut, dilepaskan ia daripada kesusahan dan dukacita. Di bukakan pintu rezeki dan kebajikan.

Bahawasanya Salawat ini amatlah besar fadhilatnya.

Barangsiapa yang mengekali membacanya sebanyak 3 kali sekurang-kurangnya, tiap-tiap .lepas sembahyang, Tuhan akan mengumiakan padanya beberapa kelebihan terutamanya sekali soal hajat dan rezeki. Oleh itu sayugialah diambil perhatian.

34

BlSMILLA HIRRAHMAN NIRRAHIM

~\\~\\~,_._~

C··",.v-",. P",. ~

:<"

35

Bahawasanya Salawat ini juga adalah sangat besar fadhilatnya dan kebesarannya. Oleh itu adalah molek bagi seseorang itu memilih Salawat ini dijadikan amalan seharihad.

36

Barangsiapa yang berhajat beramal dengan Salawat ini, amalkanlah ia seberapa yang ikhlas pada tiap-tiap lepas Sembahyang Fardhu, sekurang-kurangnya pada tiap-tiap lepas Sembahyang Maghrib dan Subuh. Kerana Salawat ini mendahului tujuh puluh ribu Salawat.

Sese orang yang telah mengamalkan Salawat ini mengikut aturan dan adabnya yang tertentu, maka ia akan mendapati bahawa Salawat ini akan melahirkan padanya, lautan cahaya, gedung rahsia dan ia akan mendapat kedudukan yang tinggi dan rnulia di kalangan ·masyarakat. Sekiranya ia di dalam musafir ia tidak akan kehilangan darjat yang tinggi dan kemuliaan. Ia tidak akan kehilangan rezeki untuk disuap. Pendekata ia akan menerima keredhaan Tuhan lahir dan batin.

I

37