Anda di halaman 1dari 18

DIA ILHAM CINTAKU

Angin petang itu berlalu sepi membelai rambut vida yang panjangnya menjangkau ke aras
pinggang. Dedaun pokok gugur jatuh ke atas riba anak gadis kampung Cempedak itu. Dia
bangun dari keletihannya ke sekolah dan gadis yang menjangkau umurnya 17 tahun itu
menyusun langkah masuk ke rumah setelah berehat sebentar di pangkin halaman rumahnya.
Terdengar keluhan suara ibu menahan sakitnya di dalam bilik, sekilas pandangan aku
tertumpu kepadanya. Jam dinding menunjukkan pukul 3.30 petang, namun ayah masih belum
pulang.Aku mengatur langkah ke dapur untuk menyediakan makanan buat ayah. Selesai
memasak aku naik ke ruang bilik untuk menunaikan solat asar. Kedengaran deruman bunyi
motor ayah yang baru pulang dari menjual ikan dipasar.
Aku berlari anak mendapatkan ayah di muka pintu dapur, lantas aku mengambil plastik
ditangan ayah lalu ku bawa ke dapur. Kelihatan ayah sangat letih pada pandanganku. Lalu
aku bersuara memecah kesunyian.
‘ macam mana hasil perniagaan hari ni ayah?’ soalku sambil mengisi nasi ke pinggan ayah
‘ macam tu lah vida, orang sekarang kurang datang ke pasar lama tu, sejak pasar baru di
lorong cempaka tu dibuka’ balas ayah
‘takpelah ayah, bukan semua suka ke pasar baru tu lagipun jauh.. alah.. baru buka
memanglah ramai yang nak ke sana ‘ kataku menenangkan ayah
‘emm harap2 begitulah…emak kamu dah makan?’ Tanya ayah
‘belum lagi.. katanya takde selera tadi…’jawapku
Aku duduk sekali menemani ayah makan… setelah selesai makan aku berlalu ke ruang atas
setelah selesai mengemas dapur. Ku selak helaian demi helaian kertas soalan matematik itu
beberapa kali, melihat kembali segala soalan yang telah kuselesaikan disekolah tadi..sedang
asyik aku meneliti kertas soalan itu, tiba-tiba…
‘vida!...’ kedengaran suara ayah memanggilku
‘ya ayah!’ jawapku pantas, lalu pergi mendapatkan ayah
‘ni..ada ikan kembung sikit, kau pergi hantar kat rumah pak cik ali kamu..’ pesan ayah sambil
menghulurkan plastik berisi ikan ke tanganku
‘baiklah ayah…’ aku mencapai sehelai tudung yang tersangkut dibendul pintu lalu melangkah
pergi ke rumah pak cik ali. Pak cik ali merupakan sahabat ayahku semasa ayah masih kecil
lagi, dan persahabatan yang lama itu ternyata kekal sehingga ke hari ini. Setibanya aku
dirumah pak cik ali….
‘assalammualaikum!’ aku memberi salam
‘waalaikummussalam…. Oh vida rupanya’ jawap isteri pak ali di muka pintu dengan senyuman
terukir dibibirnya, lantas aku bersalaman.
‘mak cik, vida datang ni sebab nak bagi ikan kembung ni. Ayah bagi..’ kataku tersenyum
‘ikan kembung wah ni kalau masak lemak ni sedap ni vida… terima kasih lah vida, buat susah-
susah jer..’ kata mak cik yatie lalu mengambil bungkusan plastik di tanganku.
Tiba-tiba sedang kami berbual di tangga, aku ternampak kelibat seorang lelaki yang pantas
lalu menaiki tangga didalam rumah mak cik yatie sambil menjeling ke arahku.
‘sape pulak tu?’ soalku didalam hati
‘ setahu aku anak pak cik ali dengan mak cik yatie ni dua orang je.. semuanya dah besar dan
dah khawin pun, tapi tadi yang jeling kat aku tu sape?’ soalku didalam hati lagi
Melihat akan kebinggungan ku.. mak cik yatie bersuara….
‘yang lalu tadi tu ilham vida…’ kata mak cik yatie
‘ilham????’ panggilku kaku….
‘ye ilham namanya… cucu mak cik yatie.. emaknya hantar ke kampung sebab mak dia nak ke
luar negara ada urusan kerja katanya. Tu yang ilham duduk dengan makcik yatie sekarang’
terang cik yatie
‘oh.. vida tak berapa kenal sangat lah cik yatie dengan si ilham tu…’ balasku
‘memang vida tak kenal lagipun dia jarang balik kampung ni… membesar pun kat kuala
Lumpur… tapi dia sebaya dengan vida tu..’ kata cik yatie
‘ohw ye? ..’ soalku sedikit terkejut
‘a’ah… mungkin dalam minggu ni juga dia mendaftar ke sekolah kamu.’ Kata cik yatie lagi
‘ohw macam tu… emm takpelah cik yatie, vida nak balik dulu.. lama pulak vida kat sini,’kataku
lalu menyalam cik yatie
‘yelah.. baik2 jalan tu ye…’ kata cik yatie tersenyum sambil melambai ke arahku.
Sebenarnya rumahku dan rumah pak cik ali bersebelahan sahaja, di perjalanan pulang aku
memikirkan akan budak lelaki dirumah cik yatie yang kelihatan sombong memandang
kearahku tadi. Fikiranku akan budak lelaki itu hilang setelah aku bertemu fasha kawan
sekelasku di depan jalan rumahku.
‘dari mana kau ni vida?’ tanya fasha
‘dari rumah pak cik ali... kau pulak dari mana?’ soalku kembali
‘dari kedai. Ni ha beli gula dengan tepung’ kata fasha sambil menunjukkan plastik yang berisi
gula dan tepung ditangannya
Setelah berbual sebentar. Aku mengatur langkah masuk ke rumah. Setibanya aku dirumah ku
lihat ayah sedang baring di kerusi rehatnya diruang tamu. Lena benar ayah.

Angin petang itu bertiup perlahan menyerap sepi petang itu, kedengaran bunyi kicauwan
burung sekali sekala.. sungguh tenang suasana kampung...
Aku masuk ke dalam bilik ibu.... ku lihat ibu semakin sihat sedikit, senyuman terukir
dibibirnya apabila menyedari akan kehadiranku disitu..
‘ibu dah sihat ker?’ soalku lalu duduk disisi katil
‘ibu rasa sihat dah sikit...tak payah lah vida nak risaukan ibu..’ kata ibu tersenyum
memandangku
Ibu bangun dari katil, aku menyusuri ibu dari belakang.. hatiku terasa gembira apabila melihat
akan kesihatan ibu yang semakin baik.. hatiku melonjak gembira.. sudah lama ibu terbaring di
katil ,hari ini ibu bangun dan menghadiahkan kepadaku sebuah senyuman yang amat ku
rindui itu.. puas rasanya...

Keesokkan harinya aku bersiap untuk ke sekolah seperti biasa, aku bertemu fasha di
pertengahan jalan lalu bersama-sama ke sekolah. Setibanya aku di kelas pagi itu, kelihatan
taufiq, azam dan farid sedang sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan cikgu semalam.
Mereka memang selalu membuat kerja di waktu2 akhir. Mereka tersenyum apabila menyedari
akan kehadiran aku dan fasha disitu.
‘hah!! Aweks cun dah datanglah..’ kata farid memandang kearah aku dan fasha
‘baguslah tuu... tepat pada masanya... tambah senang lah kerja kita’ sampuk azam
Taufiq yang dari tadi duduk memerhati bangun lalu datang ke arahku....
‘hai awek cun.. boleh pinjam hasil tugasan yang cikgu bagi semalam?’ pinta taufiq sambil
menghulurkan tangannya kepadaku..
‘tak boleh..’ jawapku pantas
‘aik? Nape garang semacam jer ni ? kata taufiq sambil mencuit daguku
Lantas aku menepis tangannya apabila aku merasakan kurang selesa dengan tindakannya itu.
Taufiq tergelak melihat akan tindak balasku....dan gelak tawanya diikuti oleh azam dan farid.
Nakal betul diaorang ni. Geram aku!!
Suasana riuh itu bertukar menjadi sepi dengan kehadiran guru 5 anggerik ke dalam kelas..
Walaupun farid, taufiq dan azam memang terkenal dengan sikap kenakalan yang mereka
sering buat-buat, namun mereka bukanlah pelajar yang lemah dalam pelajaran, aku sendiri
binggung memikirkan.. keputusan mereka dalam peperiksaan kadang2 membanggakan..
entahlah...
Sedang aku menjawab soalan yang diberikan cikgu, tiba-tiba datang seorang pelajar baru
lelaki bersama cikgu ahmad, guru HEM sekolahku. Pelajar perempuan kelasku bagaikan
dipukau dengan kehadiran pelajar baru itu apabila melihatnya. Aku yang tidak peduli akan
kehadiran pelajar baru itu terus menyambung kerjaku..
Tiba-tiba........... Setelah budak baru itu duduk dikerusinya....Aku didatangi oleh fasha...lalu
menyapaku
‘eh vida... cuba kau tengok budak baru tu... dia berkawan dengan geng si taufiq tu lah...’ kata
fasha separuh kecewa
‘kenapa plak? Apa masalahnya?’ soalku sambil meneruskan kerjaku
‘kenapa.. kau tanya? Kalau budak baru tu kawan dengan geng si taufiq tu.. maknanya
tambahlah lagi soranglah geng si taufiq tu... besok2 jadi macam si azam ngan si farid tu...
habis!...’ keluh fasha sambil memandang budak baru itu.
Aku mengalih pandangan ku kearah situasi yang fasha katakan... sekilas kemudian
tumpuanku beralih kembali ke kerja2ku....
‘emm nampaknya macam serasi jer diaorang tu.. biarlah fasha.. asalkan diaorang bahagia..’
kataku bersahaja
‘emm bahagia apanyer? Ehh vida cuba kau tengok budak baru tu, handsome betullah.. dah lah
putih..’kata fasha tersenyum2
Aku mengalih pandanganku kembali kearah mereka.... tiba2 budak baru kelasku itu
menghadiahkan senyuman ke arah kami , lantas aku berpaling ke arah lain, hanya fasha yang
membalas senyumannya.. aku yang melihat kejadian itu ,lalu berkata...
‘hai fasha tak kan nak masuk jarum kot..’ usikku tersenyum
‘hai vida... kau jeles ker..?’
‘err please lah aku tak minatlah benda macam ni...’
‘kau jangan jual mahal sangat vida... dah lah yang bagi senyuman tu handsomenya bukan
main lagi...esok tak laku baru kau tau’ balas fasha
Suasana kami diakhiri dengan gelak tawa... geli hatiku mendengar kata2 ϑ sahabatku itu..
ada2 saje....

Dalam perjalanan pulang dari sekolah, kedengaran bunyi deruman motor yang amat asing
bagi pendengaranku mahupun fasha..kami saling berpandangan... lantas kami menoleh ke
belakang untuk mendapatkan kepastian,
Rupannya kepastian yang kami inginkan itu memang tidak pernah kami fikirkan....rupanya
deruman bunyi motor itu milik..... DIA
Rupanya budak baru dikelasku tadi yang menunggang motor 125 z di belakangku tadi.. lalu
dia memintas perjalan aku dan fasha sambil menoleh kearah kami berdua..
Aku dan fasha berpisah di simpang kampung cempedak, fasha ke jalan rumahnya di kampung
dusun.. kampung kami hanya bersebelahan walaupun terpisah dek jalan. Aku berlalu pulang,
setelah memasuki perkarangan rumah, aku terlihat motor 125 z yang memintas perjalanan
aku dan fasha berada di hadapan rumah pak Ali...
‘sape pulak?’ bisik hati kecilku....
Tiba-tiba....
‘ilham?..’ hanya nama itu sahaja yang terlintas difikiranku ketika itu...
‘aduh...macam mana aku boleh lupe mati tentang si ilham tu...’ keluhku perlahan lalu
menepuk dahiku....
Fikiranku tiba-tiba mati disitu, apabila terhidu bau masakan yang sangat enak, yang
membuatkan secara tiba-tiba perutku berasa lapar..aku mengatur langkah memasuki
rumah..kelihatan ibu sedang memasak didapur... ibu kelihatan sihat pada pandanganku....
segala penatku berjalan kaki hilang apabila melihat akan keadaan ibu.. lalu aku memberi
salam
‘assalammualaikum ibu’ aku melangkah terus ke arah ibu lalu menyalamnya
‘waalaikummussalam... dah balik pun anak ibu ni... lambatnya hari ni sampai rumah.. ke
mana tadi?’ soal ibu kepadaku
‘tak ke mana pun... vida kan jalan kaki... biasalah jaem sikit tadi..’ kataku cuba melawak
‘ye lah tu jaem.... dah pergi mandi pastu turun makan.’ Arah ibu kepadaku
‘ok ibu... lagipun vida pun dah lapar ni, dah lama tau tak rasa masakan ibu.. vida gie mandi
dulu ye..’ kataku lalu naik ke ruang atas rumah
Setelah selesai makan bersama ayah dan ibu, aku menlong ibu mengemas di dapur dan
setelah selesai aku ke ruang depan untuk membuat kerja rumah yang telah diberi oleh cikgu
disekolah tadi. Sedang asyik aku mencari kamus dibawah timbunan buku-bukuku.....tiba-tiba
kedengaran
enjin sebuah kereta berhenti di halaman rumahku, lantas aku menjengguk di tirai tingkap..
Kelihatan sebuah kereta satria GTI di perkarangan hadapan rumahku.. aku berlari menuruni
anak tangga....hatiku gembira tak terkira apabila melihat lelaki yang baru keluar dari
keretanya, lantas aku terus memeluk lelaki itu dengan tangisan yang tak dapat ku kawal lagi..
pelukkan ku semakin erat apabila mendengar suara lelaki itu bersuara ditelingaku memanggil
namaku...
‘vida sayang.....’ rindunya aku dengan panggilan itu...
Abang hisyam merupakan satu2nya sedara kandung yang aku punyai... setelah setahun
lamanya abang tidak pulang ke kampung..aku benar2 merinduinya... kerana dialah tempat
aku bermanja selain dari ibu dan ayah.. aku memimpin tangan abang lalu mengajaknya naik
ke rumah.. apabila berada di ruang tamu, ayah dan ibu sedikit terkejut dengan kehadiran
abang disisiku... tiba-tiba ibu menjadi sebak... abang bersalaman dengan ayah...ayah
menghadiahkan abang senyuman... abang tersenyum kembali lalu mendapatkan ibu yang
sedang mengelap air matanya.. abang menyalam ibu dan terus memeluk ibu... abang
menangis ketika berada didalam dakapan ibu... aku tahu..ibu dan abang saling merindui...
aku juga begitu.. aku ϑ terasa begitu bahagia... bagai dunia ini aku yang punya....
Keesokkan harinya, aku bangun untuk ke sekolah, aku lihat abang sedang nyenyak tidur,
kelihatan abang seperti keletihan... kata abang mahu tinggal lama di kampung... berita itu
kusambut baik.. kerana aku pasti tidak akan sunyi..
Aku bersarapan terlebih dahulu sebelum ke sekolah, dalam perjalanan ke sekolah aku tidak
bertembung dengan fasha... mungkin dia tak ke sekolah hari ni fikirku...setibanya aku dikelas,
sangkaanku tentang fasha memang benar, dia tidak kelihatan di kelas. Namun semua
pandangan didalam kelas tertumpu kepadaku... serba tak kena aku jadinya, lalu aku berlalu
ke tempat dudukku.. kelihatan diatas mejaku terdapat sekeping kad berwarna merah, lalu ku
ambil kad itu lalu membukanya,
Alangkah terkejutnya aku akan kata-kata yang terkandung dalam kad itu, benci dan geram
mula timbul dibenak hatiku...
“ berpelukan di depan rumah,
Tak tahu malu ker?
Kot ye pun nak berkasih....
Janganlah menunjuk..”

Ahh...hantu mana pulak punya kerja ni... keluh hatiku


Tiba-tiba aku terdengar... Tiba-tiba aku terdengar satu suara yang amat asing bagi gegendang
telingaku, suara itu sedang cuba memerliku...
‘dah lah tak usahlah nak tatap lama-lama kad tu... naik meluat aku dibuatnya.. hey!! Kawan-
kawan naik jijik aku tengok pasangan kekasih berpelukan, depan mata aku pulak tu..’ kata
ilham kepada semua didalam kelas lalu tergelak...
Berdesing telingaku mendengar kata-katanya, aku tahu kata-kata itu ditujukan buatku... apa
sebenarnya yang terjadi? Aku betul-betul tak mengerti... sape yang berpelukan dengan
kekasih yang dimaksudkan oleh ilham?
Aku mengambil keputusan berdiam diri... kerana aku tahu aku tak bersalah....aku binggung...
Di waktu rehat aku bertembung dengan insan yang membuatkan aku pening kepala.... ilham
‘ hai vida, pakwe tak datang ajak lunch ker?’ kata ilham seperti memerliku
‘hei ilham awak ni kenapa hah? Tak pasal-pasal cakap pasal pakwe saya plak kenapa? Dan
bila masa plak saya ni ade pakwe?’ kataku sedikit marah
‘ yang awak marah ni kenapa?..apa betul tekaan saya kan?’ sindir ilham
‘tekaan apa yang betul? Saya nak tahu awak ker yang bagi kad merah tu kat saya?’ soalku
Tanpa kusedari semua pandangan tertumpu kearah kami disekitar kantin...
Ilham tidak menjawab soalanku lalu tersenyum dan berlalu pergi meninggalkanku...
Aduhhh geramnya aku dengan ilham ni... dengus hatiku..
Selesai waktu BM aku disape lina rakan sekelasku...dia bertanya akan gosip yang sedang
hangat diperkatakan tentang aku, hati aku tiba2 tersentuh apabila lina bertanya akan hal itu
kepadaku...
‘lina..aku nak tanya kau sesuatu, kau kenal aku dah lama kan?’soalku
‘dari kau darjah satu lagi kita dah kawan vida...nape ni?’soal lina menunjukkan muka
simpatinya
‘sebab tu lah aku harap sangat kau dapat terangkan kat aku apa yang sedang berlaku ni? Aku
sendiri tak faham...tentang gosip yang melanda aku..apa semuanya ni
lina?’soalku...kebinggunggan
‘vida sebenarnya begini.... semuanya berpunca apabila kejadian kau berpeluk dengan
seseorang kat depan rumah kau....’
Belum sempat lina menghabiskan katanya aku menyampuk...
‘ya allah lina..mana ade ,semua tu fitnah semata-mata... aku tak buat benda tu semua lina..
percayalah’ kataku menyakinkan lina...
‘aku pun tak tahu vida...macam mana boleh tersebar cepat cerita kau ni tapi kalau tak ,mana
budak tu dapat cerita ni?’soal lina
‘budak mana?’ soalku kembali
‘ budak yang mana lagi, budak yang bawa cerita ni lah...’
‘sape...’
‘si ilham lah...’
Budak baru tu ker lina?’soalku terkejut
‘ilham mana lagi..dia lah...si kacak tu’ balas lina tersenyum
Hantu kau ilham..... dengus hatiku

Dalam perjalanan pulang fikiranku buntu memikirkan tentang hal yang melanda diriku... tiba-
tiba hatiku berasa lucu setelah memikirkan orang yang disangkakan pakwe aku oleh ilham
adalah abang hisyam.. tak aku sangka kejadian itu dilihat oleh ilham dan menimbulkan salah
sangka.... walau bagaimanapun, nama aku harus dibersihkan dari fitnah ini...tapi kenapa
ilham buat macam ni kat aku? Sedangkan aku tak pernah mencampuri urusannya.. mungkin
benar kata fasha, jika dah masuk geng taufiq segala perangai kenakalan mereka akan
merebak kalau tidak banyak sedikit... sedang aku memikirkan hal itu, aku mendengar bunyi
deruman motor yang sudah kukenali walaupun masih baru.... tiba-tiba motor itu berhenti
ditepiku..aku tidak mengendahkannya.. lalu meneruskan langkahku.. namun tiba-tiba tangan
ku pantas di capai.... langkahku terhenti...
Aku berpaling memandang ilham apabila tanganku digengam erat olehnya...

‘vida....tunggu kejap.. aku ada hal nak cakap dengan kau...kejap jer... aku tak ambil lama
masa kau.. please...’ kata ilham kepada ku
‘lepaskan lah tangan aku...’ pintaku
Ilham mengajakku pergi ke tepi sungai di seberang jalan... katanya mahu bercakap di tempat
redup.. takut hitam agaknya si ilham ni... fikirku...maklumlah orangnya putih... mengalahkan
aku... ϑ
Sedang aku mula mahu mengatur langkah untuk pergi ke sungai...
‘vida... naik lah motor aku tak kan kau nak jalan gie sungai tu tengah panas2 ni?’ soal ilham
kepadaku..
‘emmmm... aku...’
‘alah naiklah cepat...aku panas ni...’kata ilham mengerah aku
Aku menaiki motor ilham..janggal rasanya...
Sreeeeeeeetttttttt...... bunyi tayar motor ilham mengukir corak di pasir sungai...tanpa ku
sedari aku telah memeluk tubuh ilham.... lalu aku turun dari motornya dan membuang
pandangan ke arah sungai.. lalu aku memecah kesunyian petang itu diantara aku dan ilham....
‘ada apa kau nak jumpa aku ni?’ soalku
‘kau masih marah kat aku ker vida?’ soal ilham
‘marah? Marah tentang apa?’
‘kau jangan buat aku serba salah lagi vida.. aku tahu kau marahkan aku pasal cerita yang aku
sebarkan tu kan?’
‘aku sebenarnya memang marah dan kecewa sangat dengan sikap kau ilham...’ balasku
‘vida... kalau aku tahu perkara yang sebenar aku pasti semua ni tak akan berlaku... rupanya
lelaki tu abang kau ye?’ kata ilham
‘ye abang aku...kenapa kau tak tanya kat aku dulu... tiba-tiba jer kau wat cerita kau kat
sekolah, yang malu aku tau..’ kataku
‘aku minta maaf sangat2 kat kau, aku tahu aku dah malukan kau, tapi aku janji aku akan
bersihkan nama kau....’ jamin ilham kepadaku
‘bersihkan nama aku? Dengan cara apa?’ soalku
‘aku akan mengaku silap depan diaorang dan ceritakan hal sebenar yang aku Cuma salah
faham tentang kejadian tu...’
‘kau tak malu nak buat macam tu? Berani ker?’ dugaku kepada ilham
‘nak malu apa? Aku buat kau malu takpe plak...’ balas ilham
Baik pulak si ilham ni... bisik hati kecilku.... ilham kelihatan sangat kacak ketika duduk di atas
motornya menghadap ke arahku, patutlah budak perempuan kelasku jadi angau dengan dia...
‘macam ni lah ilham... kalau kau nak aku maafkan kau, aku nak kau bersihkan nama aku yang
dah tercalar ni... lepas tu aku akan maafkan kau... dan kau mesti janji jangan buat kerja
haram kau ni lagi...’ kataku memberi amaran
‘ok.. aku janji...’
‘emm kalau macam tu takpelah..au anggap semuanya dah selesai k.. emm aku balik
dululah ...’
‘ehhh vida.. aku ada sesuatu lagi nak cakap ni...’
‘apa dia?’ soalku
‘friend?’ kata ilham kepadaku sambil menghulurkan tangannya...
‘emmm......’
‘tak sudi ker? Please.... forgive me and be my friend...’ pinta ilham..
‘ okey....’ kataku lalu menyambut salam ilham....
‘thanks....’ balas ilham tersenyum lalu meleraikan salam kami
‘aku balik dulu k...’
‘kau tak nak tumpang motor aku ker?’ pelawa ilham
‘takpelah.. nanti apa kata ayah dan ibu aku nanti... ok ilham bye...’ kataku melambai kearah
ilham dan berlalu pergi....
Dua minggu berlalu, aku berkawan baik dengan ilham setelah dia membersihkan namaku.
kami menjadi semakin rapat..rupa-rupanya ilham seorang sahabat yang baik...walaupun
stailnya pakaiannya yang dikatakan hip hop itu kelihatan sedikit janggal pada pandanganku,
namun semakin hari aku semakin serasi dengannya... ilham selalu membuatku tersenyum dan
gembira.. bertuah rasanya mendapat rakan sepertinya yang saling tak tumpah macam fasha.
Cuma yang bezanya dia lelaki dan fasha perempuan..
Disuatu petang... suasana senja yang nyaman menyinari langit petang itu, sedang aku
bersendirian di sawah padi peninggalan arwah nenek.. tanpa ku sedari abang hisyam sudah
berada dibelakangku lalu meyergahku...
‘opocot..’ kataku terkejut
‘hahhhh tau terkejut... termenung nampak.. ingat kat pakwe ye?’ usik abang hisyam lalu
melabuhkan punggungnya disebelahku
‘hiss mana ade ingat kat pakwe, vida tak mainlah jiwang2 ni’ balasku
Kami duduk menikmati keindahan senja itu bersama...diiringi dengan gelak tawaku yang tidak
tahan diusik oleh abang... sedang aku menikmati senja itu, tiba-tiba abang bersuara
memecah keheningan....
‘ vida.... abang harap sangat vida akan berjaya dalam pelajaran dik..’kata abang
‘abang.. vida dah cuba yang terbaik untuk belajar... lagipun adik nak berjaya dalam hidup
adik...’balasku
‘Baguslah kalau adik fikir macam tu.. adik kena ingat kita berdua jer dik... yang ayah dan ibu
ada... mereka tak mahu tengok benda lain selain dari kejayaan adik dan abang.. adik jangan
sesekali hancurkan harapan mereka ye..’ kata abang lalu tunduk memandang tanah...
‘adik faham... bang.’
‘adik kena guna peluang yang ada, macam abang dulu ada peluang untuk sambung study tapi
abang tak dapat pergi...’
‘kenapa? Ibu dan ayah tak mampu ker?’ soalku
‘bukan dik... adik tak faham lagi..nanti dah lepas SPM abang bagitahu adik k...’ kata abang
mengusap rambutku
‘alah bagitahu lah sekarang.kenapa lepas SPM plak?’ pintaku..
‘nantilah... lepas SPM abang bagitahu... abang janji..dah lah jom balik, dah nak maghrib dah
ni, tak elok merayau ..’kata abang lalu menarik tanganku.. aku menyusuli langkah abang.....

Keesokkan harinya aku pantas bangun apabila melihat jam dinding bilikku... aku sudah
kelewatan untuk ke sekolah...aku memang biasa tidak menyusahkan ibu dan ayahku untuk
bangun sendiri. Namun pagi itu aku benar2 tidak sangka aku terlewat. Aku tidak bersarapan
pagi itu . Aku terasa ingin sekali mengejutkan abang hisyam supaya menghantarku ke
sekolah, namun abang hisyam kelihatan keletihan tidur di katilnya kerana membantu ayah di
pasar semalam. Aku nekad sahaja untuk berjalan kaki, mudah2an sempat dengan langkah
yang pantas, fikirku... aku mengatur langkah yang pantas
Tiba-tiba di belakangku.....
Tin!! Tin !! tin !! bunyi hon motor dibelakangku....
‘alah lalu jer lah bukannya tak muat’ rungutku lalu berjalan ke tepi jalan sedikit tanpa
menoleh ke arah belakang
‘eh vida.. kau pun lambat juga ke?’ sape ilham memintas perjalananku setelah aku tidak
mempedulikan bunyi hon motornya tadi.. aku berhenti dari terus melangkah
‘ lah kau rupanya ilham... aku ingat apek jual tempe tadi..’ balasku bergurau
‘amboi... sesedap rasa jer kau samakan aku dengan apek tempe tu ye..mana samanya..aku ni
macho tau..’ kata ilham lalu tergelak
‘errr perah santan pulak kau ni...’
‘ehh vida jomlah naik motor aku, lagipun kita dah lambat ni.. ada lima minit jer lagi ni loceng
nak bunyi...’pelawa ilham
‘ aku naik motor dengan kau pergi sekolah?’ soalku sedikit terpingga..
‘ye lah...’
‘aku......’
‘tak payah nak malu-malulah dengan aku, kalau kau nak malu-malu pun esok-esok jer lah
vida, dah lah cepat naik... kang lagi lewat kita.’ Arah ilham kepadaku
Aku tidak mempunyai pilihan selain menumpang ilham ke sekolah... setibanya aku dikelas...
aku disape fasha
‘eh vida, aku ingat kau tak datang tadi.. nape hari ni kau lewat?” soal fasha
‘terlajak plak aku tido,’ jawapku sambil tersenyum
‘ohw... ilham plak?’ soal fasha lagi
‘ilham? Kenapa dengan dianya?’soalku terkejut
‘yelah.... saing nampak datang..’perli fasha
‘kebetulan jer lah...kau jangan fikir bukan-bukan fasha, takde maknanya lah..’ balasku, malas
rasanya mahu menjelaskan hal sebenar,lagipun untuk apa.
Perbualan diantara aku dan fasha berakhir disitu apabila cikgu memasuki kelas.
Setelah guru kelas selesai mengajar, aku duduk dimejaku mengulangkaji pelajaran,
sementara menunggu guru seterusnya masuk,tiba-tiba fasha datang menghampiriku... lalu
menghulurkan sepucuk surat kepadaku
‘surat? Untuk siapa?’ soalku kepada fasha sambil memandangnya
‘ vida aku nak minta tolong kau bagikan surat ni kat ilham boleh’ pinta fasha kepadaku
‘surat? Untuk apa?’ soalku terkejut
‘alah kau ni.. faham2 jer lah vida’ kata fasha malu
‘Eh fasha apa kau sukakan si ilham tu ke?’ dugaku
Fasha yang mula merah mukanya tunduk mengangguk...
Tindakan fasha itu membuatkan bagai jantungku diragut... tapi kenapa aku harus merasakan
begini?
‘sampai hati tak bagitahu kat aku pun yang kau syok kat dia ye’ kataku berpura-pura merajuk
‘alah aku bukan sengaja, aku seganlah...maafkan lah aku ye vida..’balas fasha
‘ oklah... nanti aku bagi kat dia ye...’ balasku tersenyum
‘tolong k vida, terima kasih..’ kata fasha lalu berlalu pergi meninggalkanku sendirian di meja.
Aku termenung memikirkan kata-kata fasha sebentar tadi, lalu aku mengalih pandanganku
kepada ilham, tanpa aku sedari pandangku itu disedari oleh ilham dan mata kami
bertentangan.. aku kalah pada pandangan matanya...
Ilham bangun dari kerusinya lalu menuju ke arahku...lalu duduk disebelah kerusiku
‘kenapa dengan kau ni vida? Kau pandang aku macam aku ni pakwe kau je..pandangan kau tu
buat aku cair je tau’ kata ilham tersenyum memandangku
‘apalah kau ni ilham..merepek jer... takde maknanya lah, pandang biasa jer..’kataku
‘eleh ye lah tu, naik tergoda aku dibuatnya tau’ usik ilham lagi
Aku dan ilham tergelak bersama.... ada2 jer si ilham ni.. bisik hati kecilku
‘oh ya.... ilham nanti lepas waktu sekolah aku nak jumpa dengan kau tau..emm dekat sungai
hari tu ye...’ kataku
‘kenapa nak jumpa aku? Kau nak tumpang aku balik ye?’ usik ilham lagi
‘hiss ke situ pulak kau ni..’ marahku lalu mencubit lengan ilham
‘aduh.... sakitlah vida...’ kata ilham menggosok-gosok lengannya, meminta simpatiku
‘ilham..sakit ker... tengok.... sorilah aku tak sengaja tadi...’ kataku mencapai tangan ilham..
‘sayang juga kau dekat aku ye vida...’ kata ilham tersenyum apabila melihat reaksiku
‘ohh kau mainkan aku ye... dah lah.jangan nak mengada-ngada k, ingat ! balik nanti aku nak
jumpa tau ada hal penting..’ kataku lalu bangun dari kerusi
‘okeylah sayang, aku pun ada hal penting nak cakap dengan kau juga vida...’ balas ilham
‘yelah tu.. banyak lah kau punya sayang.’ Kataku tersenyum memandang ilham lalu berlalu
pergi
Loceng sekolah berbunyi, aku bergegas pulang, di persimpangan jalan ke kampung cempaka
aku berpecah hala dengan fasha...
‘jangan lupa tau vida’ itulah ayat yang diucapkan fasha sebelum aku meneruskan langkahku
untuk pulang...sedang aku meniti jalan aku terlihat ilham sedang menungguku dibawah
sebatang pokok durian berhampiran sungai sambil mengelap peluh yang mula membasahi
mukanya.. aku berjalan menuju kearahnya... dan pandanganya tertumpu kearahku
‘vida apsal kau lambat sangat ni... jenuh aku menunggunya tau...’ keluh ilham
‘sorilah ilham aku ni jalan kaki lainlah kau tu naik motor...’kataku menghampiri ilham yang
duduk diatas motornya
‘tu lah kau aku suruh tumpang motor aku kau jual mahal....’ usik ilham tersenyum
‘ye lah tu... aku jumpa kau ni .... sebab ni....’kataku lalu menghulurkan sepucuk surat kepada
ilham...
‘surat?’ soal ilham sedikt terkejut
‘ lah vida kau ni kot ye pun kau nak bercakap dengan aku tak payah lah nak bersurat2 macam
ni... kenapa? Kau dah tak reti nak bersuara ker?’ soal ilham lagi...
‘ surat tu bukan aku yang punya lah ilham tapi fasha yang suruh aku bagi pada kau....’
jawabku tenang
‘ fasha? Untuk apa dia bagi surat ni kat aku?’ soal ilham terkejut
‘untuk apa kau tanya? Si fasha tu selama ni ada taruh perasaan pada kau sebenarnya ilham...’
terangku... hati tiba-tiba menjadi begitu sedih sekali bila aku cuba untuk menerangkan hal
sebenar... entah mengapa hatiku menjadi sayu
‘dia suka dekat aku?’ soal ilham terkejut hingga terngaga mulutnya
Aku hanya mampu mengangguk kerana hatiku terluka untuk berkata..
‘tapi vida, aku tak suka kat fasha macam aku suka kat kau...’ jelas ilham serius lalu
menghampiri aku
‘apa yang kau cakapkan ni ilham, ok aku faham yang kau sukakan aku sebagai teman rapat
kau tapi fasha sukakan kau lebih dari itu...’ jelasku lagi
‘kenapalah kau tak faham vida...’ keluh ilham memandangku
‘apa yang aku tak faham?’ soalku lagi...
‘aku suka kan kau lebih dari itu vida, aku cintakan kau... dan tentang fasha aku tak mahu
ambil tahu...aku takde perasaan kat dia lebih dari seorang kawan..’jelas ilham memandang
tepat ke dalam mataku
Jawapan ilham itu membuatkan aku terkedu seketika, aku ingin sekali mengakui yang aku
juga menyayangginya namun dengan tiba-tiba wajah keriangan fasha terbayang dimataku..
aku tidak mahu meranapkan harapan kawanku..lantas menyedarkan diri dari teus mengaku...
‘kau ni memang pandai berguraulah ilham...’ kataku menceria suasana yang kelihatan sedikit
tegang
‘bergurau kau kata? Vida, dalam soal ni aku tak main2, aku betul2 cintakan kau...
percayalah... tak kan kau tak pernah merasainya selama kita berkawan? Kalau aku tahu kau
nak jumpa aku semata-mata hanya kerana surat yang tak bermakna ni aku tak akan datang
vida...’’ terang ilham
‘ilham kau jangan bertindak terburu-buru.. sebenarnya aku tak pernah anggap kau lebih dari
seorang kawan selama kita berkawan...’ kataku.... aku berjaya membohong diri aku dan juga
ilham...maafkan aku ilham
‘aku tak percaya vida.. kau tipu aku... aku tahu selama ini kau juga sukakan aku kan?’ kata
ilham mendesakku
‘tidak ilham...tidak.....’ jawabku sebak lalu berlalu pergi meninggalkan ilham sendirian
‘vida nanti dulu..... vida!!!’ jerit ilham kepadaku namun langkah ku tidak mampu untuk ku
hentikan....di sepanjang perjalanan aku menangis sepuas-puasnya, setibanya aku dirumah,
aku berlagak seperti biasa apabila bertembung dengan abangku dipintu rumah, namun
tingkahlaku ku itu dapat dibaca oleh abangku....
Di suatu petang ketika aku berada di pangkin halaman rumah, abang datang
menghampiriku....
‘termenung nampak..’sape abang
‘takdelah....’ jawapku tersenyum tawar
‘adik abang ni kenapa? dari balik sekolah lagi abang tengok lain macam jer..’ soal abang
‘lain macam? Takdelah biasa jer...’
‘iye ker? Tak nak cerita dengan abang ker? Abang tahu dari riak muka adik lagi dik
ceritalah....’ Kata abang memandangku
Aku tahu aku tidak dapat membohonggi abangku, lantas aku bersuara memecah kesunyian
petang itu dengan menceritakan akan segala yang terjadi.....
‘adik jangan lupakan pelajaran sudahlah, tentang perasaan ilham tu abang rasa adik tolak ke
tepi dulu k...’ nasihat abang setelah aku selesai bercerita
Keesokkan harinya, aku ke sekolah seperti biasa, sampainya aku di kelas, fasha tersenyum
gembira menghampiriku....
‘macam mana semalam vida? Apa kata ilham?’ soal fasha beriya
Aduhhhh macam mana aku nak jawap ni????? Keluh hati kecilku...
‘ fasha sebenarnya.......’ kataku sedikit gagap
‘sebenarnya apa?.. apa respon dia dapat letter aku?’ soal fasha beriya
‘dia.........’ belum sempat aku menghabiskan kata-kataku ilham datang menghampiri kami....
‘fasha nanti lepas waktu balik aku nak jumpa kau sekejap..’ kata ilham kepada fasha
tersenyum dan berpaling padaku lantas menghadiahkan kepadaku satu jelingan tajam... ya
allah aku redha.... fasha masih tersenyum malu walaupun ilham sudah jauh pergi
meninggalkan kami
‘fasha dia dah kasi lampu hijau kat kau lah...’usikku...
‘vida kau tahu? Betapa gembiranya aku hari ni...’kata fasha tersenyum lebar
Mata fasha kelihatan begitu bersinar... bahagianye temanku ini... aku tumpang gembira
buatnya.

Loceng balik kedengaran, ku lihat fasha keluar pergi meninggalkanku, alangkah bahagianya
dia, bisik hati kecilku... aku menuruni anak tangga dikelasku perlahan-lahan..tiba-tiba
pandangan ku terhenti apabila melihat akan satu situasi... kelihatan ilham dan fasha
dibelakang blok fizik...tapi yang membinggungkan aku fasha kelihatan menangis teresak-esak
dan ilham seperti merayu.. apa yang terjadi? Aku berlalu pulang dengan seribu persoalan dan
dalam perjalanan pulang ilham memintasku dengan membonceng fasha dibelakangnya. Fasha
tidak memandang ke arahku... terasa hiba mula menyelubunggi hatiku, kenapa? Sampainya
aku dirumah, ku lihat abang berada disisi ibu yang kelihatan sakit, fikiranku akan ilham
hilang ,setelah aku melihat keadaan ibu.......
‘abang kenapa dengan ibu?’ soalku lalu menghampiri ibu
‘ibu jatuh bilik air tadi, vida jangan risau abang dah bawa ibu ke klinik tadi, doktor kata takde
apa2 Cuma kaki ibu terseliuh sikit....’ terang abang
Alhamdullilah....ucapku syukur kepada tuhan didalam hatiku
Malam itu aku menjaga ibu, kerisauan aku akan ibu semakin menebal apabila ibu mulai
muntah darah.. hatiku kurang tenteram melihat akan keadaan ibu...
Keesokkan harinya aku ke sekolah, aku tidak bertemu fasha di jalanan, mungkin tumpang
ilham agaknya, fikirku....
Setelah sampai dikelas , kelihatan fasha belum datang lantas aku duduk di kerusiku.... tiba-
tiba fasha datang dengan wajah yang ceria.. pelik sungguh aku dengan kelakuannya, hatiku
meronta-ronta untuk menanyakan akan peristiwa yang berlaku di blok fizik semalam namun
ku batalkan niatku sahaja apabila melihat fasha ceria pagi ini malas rasanya aku mahu
menggangu moodnya....
‘ hai vida! Aku gembira sangat .. kau tahu ilham dah terima aku dalam hidupnya..’ cerita fasha
kepadaku
Hancur kecewa hatiku mendengar cerita fasha... dasar lelaki ilham,kau memang pandai
berkata-kata... tapi mungkin juga dia terluka dengan sikapku.. fikirku kembali
‘oh ya... tahniah, kan aku dah cakap mesti dapat punya....’kata ku tersenyum, melarikan rasa
kecewaku..rupanya aku bertepuk sebelah tangan dengan ilham..
Berita tentang mereka menjadi pasangan tersebar dengan begitu cepat, walaupun hatiku
terluka namun aku sedar akan diriku... aku membiarkan sahaja, aku laluinyer dengan tenang
kerana spm hampir menjelang, tumpuanku lebih kepada peperiksaan... sudah hampir sebulan
lebih fasha dan ilham menjadi sepasang kekasih, dan sebulan itu jugalah hubungan
persahabatan antara aku dan ilham kian menjadi renggang... hatiku menjadi begitu sunyi, dan
abang hisyamlah tempat aku berkongsi segalanya.....suatu petang ketika aku mengulangkaji
pelajaran dihalaman rumah bersama dengan fasha....fasha bertanyakan sesuatu yang janggal
bagiku...
‘vida kalau aku tanya kau sesuatu jangan marah ye....’ kata fasha
‘tanyalah.... aku nak marah macam mana kau belum tanya lagi..’kataku tersenyum
‘vida.. engkau tak pernah ade hati ker kat ilham?’soal fasha
Aku terkedu... kenapa soalan ni yang ditanya padaku..? aduhh
soalan apa yang kau tanya ni fasha, ilham tu kan pakwe kau’ balasku bersikap tenang
‘aku tanya jer... yelah vida, katakan lah aku tak suka pada ilham dan ilham melamar kau jadi
kekasih dia...kau terima tak ’soal fasha lagi
‘hiss kau ni fasha... takkan lah si ilham tu suka kat aku, kau jangan lah nak merepek...’
balasku
‘mana lah tahu...’ balas fasha tersenyum
‘dah lah tu, jom lah masuk rumah aku, kita minum petang...’ kataku lalu bangun dari duduk.
Petang selepas fasha pulang dari mengulangkaji pelajaran dirumahku.... aku duduk diruang
tamu bersama dengan abang...
‘dah ready ker dik... nak exam ni?’ soal abang
‘nak kata dah tu memang dah ready tapi harap2 dapat lakukan yang terbaik untuk spm adik
ni nanti...’jawabku tersenyum
‘usaha tu penting.... jangan asyik ingat orang yang dah lama berthata dihati tu... sudahlah’
kata abang tersenyum
‘takdelah, abang ni ada2 jer tau... dia dah jadi milik orang lain lah bang. Tak kan lah adik nak
menaruh harapan lagi... adik ni sapelah...’kataku
‘adik abang ni lawa apa... cun melecun tau,tak pun macam ni, lepas habis exam abang
kenalkan dengan kawan2 abang nak tak? Handsome2 tau macam si ilham tu juga ...’usik
abang kepadaku
‘errr tak nak lah.... adik tak mahu....’ cebir ku
‘memilih ye? Atau setia pada yang satu ni ‘ perli abang lagi
‘abang ni tak habis2 nak usik adik ye....’ kataku masam
‘jangan ngajuk dik... abang gurau jer...’ pujuk abang..
Aku tersenyum kembali.... seminggu lagi aku akan menghadapi spm aku betul2 sibuk
mengulangkaji sehingga lewat malam, abang bising kerana takut mengganggu tidurku.. pada
malam terakhir aku menggulangkaji pelajaran, aku berdiri disisi tingkap untuk melihat
keindahan malam, aku tidak meyangka aku dapat melihat satu wajah disebalik kegelapan
itu.... aku melihat ilham sedang sibuk mengulangkaji pelajaran di biliknya.. melalui tingkap
biliknya yang terbuka luas aku tatapi wajah yang amat aku rindui itu.... gurauwan ilham yang
membuatkan aku sering kali tersenyum terlintas di fikiranku.... aku merinduinya
Pagi keesokkan harinya, selesai solat ku panjatkan doa kepada tuhan, agar aku berada
didalam keadaan tenang menjawab soalan peperiksaan nanti, selesai itu, aku memohon restu
ayah dan ibu... pagi itu abang hisyam menghantarku ke sekolah..tibanya aku dipersimpangan
kampung cempedak, ku lihat ilham membawa fasha menaiki motornya.... abang memintas
mereka... aku menoleh kepada ilham dan fasha yang berada diatas motor, ilham tersenyum
memandangku namun fasha tidak menoleh langsung kepadaku... tak perasan agaknya... dan
tanpa ku sedari abang melihat akan kejadian itu... aku hanya mampu tunduk malu... segan
rasanya..setibanya disekolah abang mengucapkan kata2 semangat kepadaku.... dan dalam
tempoh 3 minggu aku menghadapi peperiksaan abang lah yang menghantarku ke sekolah dan
tidak putus2 memberikan kata2 semangat kepadaku sehinggalah pada hari terakhir
peperiksaan..
Kertas terakhir peperiksaan baru selesai berlalu...aku masih disekolah ,berehat sebentar..
tiba2 aku terfikir akan cuti yang bakal ku lalui selepas ini.. dan kini aku masih tiada rancangan
untuk mengisi cutiku..... apabila mengingati akan perihal ilham... sudah pasti dia sudah
mempunyai rancangan dengan fasha....tiba-tiba fasha datang menghampiriku dengan
senyuman....
‘hai vida.. aku nakbagitahu kau sesuatu ni tentang cuti kita lepas ni... kitaorang semua satu
kelas ada rancangan nak pergi khemah kat hutan lintong... kau jangan risau aku dah
tempahkan tempat untuk kau dah...’ kata fasha dengan senyuman..
‘ohw ye ker? Aku pun tak tahu nak buat apa cuti ni, baguslah kalau macam tu..’ senyumku...
Tiba2 ilham duduk disebelah fasha... dan aku tersenyum tawar kepada ilham lalu
menundukkan wajahku...
‘hai vida....’ sape ilham tersenyum
‘hai..’ jawapku bersahaja.... tangan ilham yang terletak dibelakang fasha membuatkan aku
tidak sanggup untuk Λ memandang mereka... aku akui aku cemburu.. ya tuhan...
‘ macam mana sayang..... vida nak join sekali tak khemah tu?’ soal ilham kepada fasha
‘nape tanya sayang... tanyalah kat tuan punya badan’ balas fasha tersenyum kepadaku
‘emmm ohw ya.... macam mana vida? Dapat join tak?’ soal ilham
‘aku takde masalah... insyaallah aku join...’ balasku
‘macam takde mood jer kau ni vida...nape?’soal fasha
‘entahlah fasha.. tiba2 jer kepala aku ni sakit berdenyut2 plak tu....’kataku sambil memicit-
micit kepalaku
‘sakit sangat ke vida....?’ soal ilham tiba2
‘emmm..’ balasku
‘takpelah vida kau tunggu kejap ye....awak tunggu sini sekejap ye tengok kan vida sekejap
saya nak ambilkan ubat penadol kat bilik rawatan sekejap...’kata fasha kepada ilham lalu
bangun meninggalkan kami berdua di kerusi
‘vida awak okey ker?’soal ilham kepadaku
‘emmm kepala saya sakit sangat ni.....’jawapku.... tiba2 ilham beralih tempat lalu duduk
disebelahku...
‘awak berpeluh.. awak tak sihat ker?’ soal ilham cemas
‘saya tak tahu..mungkin saya nak demam agaknya..’balasku
Fasha tiba dengan membawa ubat.... lalu menghulurkan kepadaku....
‘kau duduk dulu k.....’arah fasha kepadaku setelah aku selesai makan ubat.
‘awak balik naik apa vida?’ soal ilham kepadaku
‘saya balik jalan kaki... saya tak bagi abang hisyam ambil saya hari ni....’ balasku
‘ kalau macam tu biar saya hantar awak balik.....’ kata ilham
Pantas pandanganku tertumpu kepada fasha bila ilham menyuarakan hasratnya itu.....
Namun riak wajah fasha.... memeranjatkan ku....
Fasha tersenyum kepadaku... tapi senyumannya tawar... lalu dia tunduk memandang lantai....
aku mula diselubungi rasa bersalah...
‘takpelah ilham... jap lagi ok lah kepala aku ni...’kataku
‘jangan macam tu vida... kau kan tak sihat....’ balas ilham
‘betul kata ilham tu vida... biarlah dia hantarkan kau balik....’sampuk fasha..
‘aku dah ok dah ni... takpelah... aku pening sikit jer....’ puraku
‘betul ni?’ soal fasha lagi
‘ye... aku ok dah....’ balasku tersenyum
‘kalau kau tak larat jangan paksa vida...’ sampuk ilham
‘takde lah aku ok dah ,kau orang jangan risau k..’ balasku tersenyum
Akhirnya aku mengambil keputusan untuk pulang sendirian... ilham memandangku dengan
pandangan yang aku sendiri sukar untuk mentafsirnya...
Aku berjalan pulang... alhamdullilah sakit kepalaku tidak lah begitu teruk sehingga memaksa
aku untuk berhenti berjalan.... setibanya aku dirumah, di pintu dapur aku terdengar akan
perbualan diantara abang dengan ibu dan ayah...tanpa disedari mereka aku mendengari
perbualan mereka.... sementara aku duduk membuka kasut sekolah....
‘betul ke esok kamu dah nak balik? Ada urusan penting ker kat kuala lumpur tu?’ soal mak
‘memang saya ingat nak balik esok, takdelah mak... bukan ade urusan penting pun..saya balik
kampung ni pun cuti tanpa gaji...bukan apa saya nak bagi sokongan kat vida... dia kan nak
ambil spm tahun ni...’ balas abang
Tidak aku sangka sama sekali... abang pulang ke kampung semata2 kerana aku... ya allah
beruntungnya aku dapat abang macam abang hisyam ni.. malam itu aku masuk ke dalam bilik
abang... ku lihat abang tersenyum melihat akan kehadiranku disitu.... sambil memasukkan
bajunya ke dalam beg...
‘besok abang nak balik dah ke?’ soalku pura2 tidak tahu
‘emm nape? Vida nak ikut ker?’soal abang tersenyum
‘tak nak lah.. vida suka duk dekat dengan mak dan ayah...’ balasku
‘ baguslah.. senang hati abang dengar...’
‘ bila abang nak balik sini lagi?’ soalku
‘result spm vida keluar nanti abang balik lah...’
‘abang... abang ingat lagi tak janji abang kat vida masa kat sawah nenek dulu?’ soalku
‘mestilah abang ingat... kenapa vida dah tak sabar nak tahu ker?’ soal abang tersenyum
memandangku...
‘mestilah vida nak tahu... tak sabar dah ni tau..’
‘tunggulah result spm vida keluar dulu ye....’balas abang
‘alah abang ni... janji nak bagitahu...’ balasku kecewa
‘alah vida...rahsia tu bukan rahsia yang best untuk di dengar pun... abang janji nanti abang
bagitahu ye... dah jangan moyok lagi..’ balas abang
‘ye lah....’balasku tersenyum
Keesokkan harinya... abang bertolak pulang.. aku mula rasa kesunyian... esok aku pula akan
meninggalkan ibu dan ayah untuk menyertai perkhemahan di hutan lintong bersama kawan-
kawanku yang lain...selama seminggu pulak tu.. kesihatan ibu pulak pada pandanganku
kurang memuaskan...ini lagi menambahkan kerisauwanku terhadap ibu....
‘ibu vida rasa tak payah vida pergilah khemah tu... ibu tak sihat, hati vida tak sedaplah..nak
tinggalkan ibu..’ kataku kepada ibu pada malam itu...
‘vida janganlah risaukan ibu.. ayah kan ada... bukan ibu sorang jer kat rumah.. vida pergilah
ye...’ senyum ibu...
‘tapi ibu....’
‘sayang... ibu izinkan vida pergi.. tentang ibu jangan lah vida risaukan ibu tahu jaga diri..
yang penting vida jaga diri masa berkhemah nanti... tu yang penting bagi ibu...’ kata ibu
memelukku...

Keesokkan harinya... aku bertolak pergi.. ayah dan ibu menghantarku di perkarangan
sekolah... berat rasa hatiku untuk meninggalkan ibu dan ayah... aku memeluk kemas ibu
dalam pelukanku ,sebelum aku menaiki bas... didalam bas aku duduk bersebelahan dengan
fasha...fasha kelihatan sungguh gembira....
Bersebelahan kerusiku... kelihatan ilham dan taufiq.... fasha berbual dengan ilham...dan aku
membuang pandanganku keluar tingkap... perjalanan yang mengambil masa hampir 2jam
setengah itu membuatkan aku berasa sunyi... fasha ternyata lebih senang bercakap dengan
ilham.. dan aku? Sendirian.... seperti taufiq...
Sekilas aku terpandang akan taufiq... dan aku mengukir senyuman buatnya.... dan
senyumanku dibalas mesra oleh taufiq....
‘hai... dengan taufiq pulak dah kau ni...’ kata fasha kepadaku separuh berbisik apabila melihat
akan kejadian itu...
‘takde maknanye lah fasha... senyum pun salah ke?’ soalku
‘tak salah.. aku usik kau jer..’ kata fasha tersenyum
Ilham tersenyum melihat akan kerenah aku dan fasha.....
Setelah hampir sejan perjalanan... fasha tiba-tiba bangun dari kerusinya disebelahku... dan
bertukar tempat dengan ilham.... tindakan fasha itu membuatkan aku terkedu... namun fasha
tersenyum seluas2nya apabila melihat aku bagaikan terpana seketika... fasha duduk
bersebelahan taufiq... taufiq juga tersenyum memandangku.. apa yang terjadi ni? Binggung
aku?
‘vida.....’ panggil ilham...
Aku yang memandang keluar tingkap hanya mampu berdiam sahaja.. aku tidak tahu apakah
yang harus ku katakan ketika ini..
‘vida.... tak sudi pandang muka ilham lagi ker?’ kata ilham lalu memegang tanganku..
Aku terkejut....aku minta dilepaskan tanganku dari gengamannya.... fasha kelihatan tidak
mempedulikan situasi aku....
‘kenapa? tak selesa ker ilham pegang tangan vida?’ soal ilham kepadaku
‘ilham jangan macam ni, nanti fasha nampak....’ balasku
‘fasha? Sape fasha?’ soal ilham tersenyum
‘ilham awak jangan memain tau...’ balasku kerisauan
‘vida... awak rindukan saya tak?’ soal ilham
‘ilham... awak ni kenapa? Jangan buat saya macam ni...please’ balasku
‘saya rindukan awak....’ kata ilham memandangku
‘ilham stop.... cukup k..awak buat saya makin tak faham....’balasku sedikit marah...
‘vida... ilham minta maaf...ilham dengan fasha sebenarnya takde apa2 hubungan yang seperti
vida dan lain fikirkan..’ kata ilham
‘apa maksud ilham?’
‘ilham dengan fasha bukan couple.. kami berlakon jer...’ kata ilham tersenyum
‘berlakon....?’ soalku terkejut
‘ye berlakon.... saya hanya sukakan awak... saje nak buat awak jeles tengok hubungan saya
dengan fasha...’ senyum ilham
‘ tapi untuk apa?’
‘saya tahu awak sukakan saya.... tapi awak tak mengaku... awak sanggup korbankan cinta
awak demi seorang kawan kan?’
‘ awak jangan merepek lah.. saya bukan sebaik itu... saya tak sukakan awak...’ balasku
bersahaja
‘jangan nak tipu saya vida.. abang hisyam dah bagitahu saya awal2 lagi..’ balas ilham
‘abang hisyam?... awak..’
‘ye abang hisyam yang bagitahu segalanya kat saya.... dan sejak hari tu lah saya tekad untuk
jalankan rancangan saya ni dengan fasha... nasib taufiq izinkan...’ senyum ilham sambil
memandang taufiq
‘taufiq... kenapa dengan izin taufiq...?’ soalku hairan
‘ untuk pengetahuan vida... taufiq dan fasha tu couple yang sebenarnya...’
‘what?..’ aku terkejut betul dengan berita ini, pandai betul kau sorokakannya dari aku fasha...
patut lah kau cemburu bila taufiq senyum dengan aku tadi.. aku mulai tersenyum
‘ awak faham dah?’
‘ kenapa abang hisyam bagitahu kat awak apa yang saya luahkan dekat dia... saya tak sangka
abang hisyam macam ni..’ keluhku sedikit kesal
‘awak jangan salahkan abang hisyam... sebenarnya saya yang datang pada dia dulu dan
bagitahu hal yang sebenar... jadi abang hisyam pun tak keberatan lah untuk bagitahu hal
yang sebenarnya kat saya tentang awak.... saya tahu abang hisyam buat macam ni sebab dia
sayangkan vida... abang hisyam tu penyayang vida. Untung vida dapat dia sebagai abang
vida...’ jelas ilham panjang lebar
‘ pandai awak korek rahsia saya ye..’ kataku lalu mencubit ilham
‘tengoklah sape... kalau dah sayang... lautan luas sanggup ku redah...’ gelak ilham
‘amboi pandainya bercakap...’ senyumku
‘saya rindu nak tengok awak senyum ...’ kata ilham tersenyum
Aku tunduk malu...
‘ilham kenapa awak buat semua ni?’ soalku
‘sebab saya sayangkan awak vida... saya cintakan awak setulus hati saya...’ kata ilham... dan
ilham menyanyikan lagu radja iaitu ‘tulus’ kepadaku
TULUSKAH HATIMU MENCINTAI AKU,
WALAU AKU PERNAH MENYAKITI HATIMU,
MAAFKAN AKU...
‘ dah lah tu... saya maafkan awak... jangan nyanyi lagi... nanti hujan..’ kataku tersenyum.
‘saya sayangkan awak..’ kata ilham
‘saya sayangkan awak juga....’ balasku...tersenyum
‘ilham vida tanya sikit boleh?’
‘ apa dia sayang?’ balas ilham
‘ kenapa ari tu... vida nampak fasha menangis belakang blok fizik dekat ilham...’ soalku
‘ sebenarnya... waktu itu...fasha...........
sebenarnya... waktu itu...fasha.......luahkan perasaan sebenar dia pada ilham, tapi ilham tak
dapat terima cinta dia,then ilham bagitahu hal sebenar pada fasha tentang perasaan ilham
pada vida...’ jelas ilham
‘sebab tu ke fasha menangis?’ soalku
‘bukan... ilham bagitahu hal yang sebenarnya pada fasha apa yang abang hisyam bagitahu
pada ilham....dan fasha tak menyangka vida sanggup korbankan cinta vida demi dia... tu yang
fasha sedih sangat...’
‘ohw.. tapi sepatutnya ilham jangan bagitahu fasha tentang hal tu.... ‘ keluhku
‘vida.... fasha berhak tahu, lagipun dia kan kawan vida...’
‘kalau vida takde perasaan kat ilham, ilham terima fasha tak?’dugaku
‘kalau vida takde perasaan kat ilham, ilham tak kan terima fasha juga...’senyum ilham
‘kenapa?’ soalku lagi
‘sebab ilham tetap ade perasaan kat vida...’ senyum ilham
‘ilham ni.... vida tanya betul2 dia main2 plak...’ keluhku
‘ilham serius lah ni sayang...’ balas ilham
Aku dan ilham duduk bersebelahan sehinggalah kami sampai ke destinasi yang ingin dituju....
Aku dan ilham kini menjadi pasangan yang selama ini ku impikan.... ilham seorang yang
penyayang....aku amat bahagia disampingnya.... ku lihat fasha lebih bahagia dari aku
disamping taufiq.... bukan main lagi mereka...
Pada malam pertama kami disana.. aku menyapa fasha yang sedang duduk menjamu selera...
‘amboi.... berseleranya lah orang tu makan...’sapeku kepada fasha lalu duduk bersebelahan
kerusinya....
‘ biasalah.... hati gembira....’ balas fasha tersenyum
‘pandainya kau berpakat dengan ilham nak kenakan aku ye?’ kata ku lalu mencuit pinggang
fasha
‘sape yang nak kenakan sape?’ senyum fasha lagi
Tiba2 taufiq datang.... dan duduk disebelah fasha
‘hai vida.... abang ilham mana?’ usik taufiq
‘entah....’ jawabku spontan
‘hai... janganlah kata entah... sian kat abang ilham awak tau... dia ada kat air terjun tu, masih
belum makan lagi tu.. pergilah bagi makanan kat dia...’ senyum taufiq..
‘a’ah vida... pergilah.. nanti lapar pulak suami kau tu...’ sampuk fasha sambil tersenyum
‘kauorang berdua ni ada2 jer kalau nak mengusik aku..’ kataku lalu bangun meninggalkan
mereka...
Fasha dan taufiq tergelak kecil memerhatikan aku.... nakal betul mereka ni..
Aku mengatur langkah pergi ke arah air terjun.. ku lihat ilham sedang duduk diatas batu
Sambil pandanganya tertumpu kepada air terjun...
‘ilham....’ panggilku... lalu duduk disebelahnya
‘eh... vida...macam mana tau ilham kat sini ni...’soal ilham lalu memegang tanganku..
‘ taufiq bagitahu.... ni vida ada bawakan makanan... ilham tak makan lagi kan?’ soalku
‘wah... sayangnya vida kat ilham ye....’ bisik ilham ditelingaku
‘ilham ni nakal lah...’ kataku
‘nakal dengan vida jer...’ senyum ilham lagi...
‘ilham makan ye....’ pelawaku
‘ilham nak vida suapkan...’ kata ilham
‘suapkan... nape?’
‘saje nak manja2.... bukan selalu..’ kata ilham
‘okey.... vida suapkan ye...’
‘ni yang sayang lebih ni....tiba2 jer perut ilham ni rasa lapar yang amat sangat....’ gelak
ilham...
‘ada2 jer lah ilham ni.... ilham duk kat air terjun sorang2 ni kenapa?’ soalku sambil
menyuapkan daging ayam kepada ilham
‘saje nak cari ketenagan.....’
‘ketenangan?......’ soalku
‘ilham suka tengok air ... tenang jer...’ balas ilham
‘iye?..... tapi vida sejuk lah duduk kat air terjun ni ilham....’ kataku
‘ vida sejuk ke?’ soal ilham cemas
‘eh kenapa ilham ni...jangan lah risau... vida sejuk sikit jer...’ kataku
‘vida...ilham akan sentiasa ada bila vida perlukan.. ilham akan sejukkan vida bila vida panas,
dan ilham akan hangatkan vida dalam pelukan ilham bila vida kesejukkan, ilham juga akan
lindung vida jika vida dalam ketakutan...’ kata ilham kepadaku...
Ya allah bahagianya aku....
‘ilham terima kasih untuk semua ni.. vida sayangkan ilham’ bisikku di telinganya...
keesokkan malamnya,kami berkumpul beramai-ramai di tepi sungai berdekatan dengan
khemah kami, taufiq mendendangkan sebuah lagu buat kami semua....
aku terlupa akan tajuk lagu yang dimainkan taufiq, tapi ku pasti lagu itu dinyanyikan oleh
kumpulan kamikaze....
setelah melihat keasyikan malam itu, bersama unggun api... rakan2 kelas yang asyik
mendengar lagu yang dinyanyikan taufiq turut menyanyi sekali... dan aku juga tersenyum
apabila taufiq kelihatan amat menghayati lagu itu.. tanpa ku duga bibirku juga mengikut lirik
lagu itu....

“walau.... berkali ku tangisi... tak mungkin kau kan kembali


ku tak berdaya mengharungi sendiri,
tanpamu... hidupku tak bererti....
hari berlalu kau kian jauh....
di alam abadi dipusaramu...
hanya doa yang ku iringkan,
dalam hiba aku tangiskan....
hilang tiada penganti,
permata yang berharga dalam hidupku... ohhh”
lirik lagu ini...membuatkan aku teringat seketika akan ibu... bagaimanalah keadaan ibu
sekarang.....
sedang asyik kami bergelak ketawa melihat telatah farid dan azam pada malam itu... tiba2
kami di kejutkan dengan satu jeritan.....
‘ahhhhhhhhhhhhhhh.....’
Kami semua terhenti bersuara dan berpandangan antara satu sama lain...
Jeritan yang menjadi tanda tanya kepada kami rupanya milik fasha...
Kenapa dengan fasha... aku berlari mendapatkan fasha....
‘fasha kenapa ni?’ soalku... ku lihat taufiq yang turut ada disitu juga hairan apabila melihat
fasha meronta2....

‘ahhhhhggggghhhhh....’ jerit fasha lalu menolakku


Aku bangun dipapah ilham.... aku sedar bahawa fasha rupanya terkena histeria....
Ya allah fasha.... aku cuba untuk mendekati fasha namun di halang ilham kerana khuatir
dirasuk sekali... pelajar lelaki cuba untuk memegang fasha, namun kekuatan fasha yang luar
biasa itu membuatkan seorang demi seorang rebah di tangan fasha... namun ku lihat taufiq
tidak putus2 mententeramkan fasha.. setelah fasha tidak dapat di tenteramkan.... beberapa
orang pelajar pergi mendapatkan bantuan di masjid yang berdekatan....
Aku sedih apabila melihat fasha yang tidak sedarkan diri ,setelah disedarkan oleh ahli masjid
yang datang memberikan bantuan.....
Fasha kelihatan keletihan setelah sedar...
‘vida aku nak air...’ pinta fasha setelah sedar
Setelah minum air, fasha berehat didalam khemah... aku menemani dia... taufiq yang berada
diluar..
Taufiq kelihatan risau akan keadaan fasha... namun aku memberitahu bahawa fasha sudah
berunsur pulih dan sedang berehat....
Kami dinasihati oleh pak cik2 di masjid supaya berhati2 ketika berada dikawasan air terjun
ini... kerana khuatir perkara sebegini akan berulang lagi...
Setelah berbincang sesama kami.... kami bulat suara untuk pulang keesokkan harinya....

Keesokkan harinya kami bertolak pulang... keadaan fasha semakn pulih... taufiq sentiasa
disamping fasha.... setibanya aku dirumah, ku lihat tingkap dan pintu rumah tertutup dan
suasana kelihatan sunyi.... kemana ayah dan ibu? Soal hati kecilku... mungkin mereka keluar
agaknya... lagipun mereka tidak tahu akan kepulangan ku hari ini.... aku duduk berehat
sebentar di pangkin halaman rumah sementara menunggu ayah dan ibu pulang.....
Tiba-tiba......
Ku lihat ilham menaiki motor keluar dari rumah.... dan dilihat oleh pak cik ali dimuka pintu....
ilham kemudiannya berhenti didepanku.... aku binggung melihat keadaanya yang cemas...
mahu kemana dia? Baru sampai dah nak keluar? Fikirku....
‘vida! Cepat naik motor ilham...’ arah ilham kepadaku dengan cemas setelah berada
dihadapanku
‘tapi nak kemana?’ soalku terpinga-pinga
‘ke hospital.... ibu vida masuk hospital tadi sebelum kita sampai...’ terang ilham
‘ya allah ibu...’ aku terus menuju ke hospital dengan ilham..... apa yang terjadi kepada ibu
sebenarnya... adakah sakit ibu kembali menyerang? Fikirku ketika dalam perjalanan ke
hospital...air mataku terus bergugur di bahu ilham bila memikirkan keadaan ibu....
Selepas 15 minit perjalanan, aku tiba dihospital.... aku dan ilham mengatur langkah mencari
sesiapa yang kukenali... dan aku melihat abang keseorangan dihadapan bilik pembedahan...
menakup mukanya... abang?? Abang ada disini?
‘abang...’ sapeku
‘eh vida... bila balik dik? Abang ingat adik balik lusa..’ balas abang.. kulihat air mata abang
mula bertakung di kelopak matanya...
‘adik balik awal sikit.... ayah mana bang?’ soalku bila tidak melihat kelibat ayah disitu...
‘ayah masa abang hantar ibu kesini, ayah ada dipasar... mungkin dalam perjalanan ke situ
agaknya...’ balas abang
‘macam mana dengan mak? Mak sakit lagi ke?’ soalku
‘emmm, mak tak sihat, sakitnya makin teruk...’ balas abang
‘bila abang sampai?’ soal ilham menyampuk
‘abang balik semalam lagi ilham, ayah abang telifon kata mak sakit... tu yang abang balik..’
balas abang
Tiba-tiba doktor keluar dari bilik pembedahan... kami menghampiri doktor..
‘doktor, macam mana dengan keadaan mak saya doktor...’ soal abang
‘ keadaannya sangat kritikal, kami minta maaf.. ibu anda tak dapat kami selamatkan..’ jelas
doktor
‘ya allah...’kata abang lalu menekup muka
‘ibu.... ya allah ibu, kenapa jadi macam ni? Jangan tinggal vida bu.... vida sayangkan ibu...’
kataku dalam tangisan..
‘sabar vida...sabar...’ kata ilham menenagkanku
‘abang ibu dah takde.... vida tak boleh terima semua ni.... nape ibu tinggalkan kita bang...’
soalku menangis
‘sabar dik... semua ni takdir yang terpaksa kita telan walau sepahit mana pun...abang juga
tak duga semua ini akan berlaku...’ kata abang memeluku....

Ibu......................... vida tak mahu kehilanggan ibu.... jerit hati kecilku....


Seminggu telah berlalu... dan seminggu juga ibu telah pergi meninggalkanku... namun aku
masih belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan seperti ini... ibu segala-galanya
buatku.... abang melabuhkan punggung disebelahku ketika aku sedang menikmati angin
petang dihadapan rumahku di pangkin...

‘ dik... menungkan apa lagi tu dik?..’ soal abang setelah duduk


‘takde apa-apa bang... Cuma pandangan kosong...’ jawabku lalu mengalihkan pandangan
kearah abang....
‘dik... maafkan abang ye...’ pinta abang tiba-tiba
‘maafkan abang ? tapi untuk apa?’ soalku
‘adik masih ingat lagi tak tentang janji abang pada adik sebelum adik dapat keputusan SPM
nanti?’ soal abang...
‘janji ketika kita berdua disawah nenek dulu...’ soalku untuk mengingatinya semula
‘emm... adik masih ingat lagi...?’ soal abang
‘mestilah ingat... kenapa? Abang nak bagitahu adik dah ke? Tapi keputusan SPM belum keluar
lagi...’ kataku
‘ abang rasa tak perlulah abang nak tunggu keputusan adik keluar...’
‘ kenapa abang...?’ soalku lagi
‘ dah tiba masanya untuk abang bagitahu kat adik...’ kata abang tunduk
‘apa dia bang...’
‘ sebenarnya tentang penyakit ibu tu... abang dah tahu dan juga ayah.... tapi ibu minta untuk
dirahsiakan dari pengetahuan adik....’ kata abang
‘tapi kenapa?’ aku mula menjadi sebak
‘adik masih sekolah dan ade peperiksaan penting... ibu tak mahu adik risau....’ balas abang
‘sampai hati abang buat adik macam ni...’ kataku menangis
‘adik kena faham... abang lakukan semua ni sebab abang sayangkan adik begitu juga dengan
ibu....’ terang abang....
‘adik sedih bang sebab adik tak dapat bantu apa-apa untuk selamatkan ibu...’ kataku...
‘adik jangan salahkan diri adik.. sedangkan abang yang dah dewasa ni pun tak dapat nak
membantu ibu.. abang ambil keputusan untuk tak sambung belajar sebab abang nak cari duit
untuk membantu kos rawatan ibu... namun belum sempat duit yang abang kumpul cukup..
ibu telah dahulu pergi...’ luah abang... air mata yang abang cuba tahan akhirnya jatuh juga
menyembah bumi..
‘abang maafkan adik... adik tak tahu...’ kataku lalu memeluk abang.....
‘dah lah adik... abang harap adik terima lah takdir ni dik.. walaupun abang tahu adik belum
bersedia.... sabarlah k...’ kata abang
‘adik tak kuat untuk hadapi semua ni abang....’ kataku lemah...
‘ abang ada untuk temankan adik disini...’ kata abang mengeratkan pelukan
‘abang sayangkan adik..’ tambah abang lagi
‘adik juga...’ balasku

Namun semua itu telah berlalu... sudah tujuh tahun ibu pergi meninggalkan aku... namun aku
sentiasa mendoakan agar ibu sentiasa tenang disana... alhamdullilah aku mendapat
keputusan yang cemerlang dalam keputusan SPM.. begitu juga dengan sahabat-sahabatku
yang lain.... kini aku berkerja disebuah syarikat bersama dengan suami ku ILHAM, aku akui
ilham sentiasa ada disampingku walaupun dalam apa jua keadaan.. abang hisyam kini telah
menetap di kampung bersama-sama dengan ayah... abang hisyam juga telah berkhawin...
dan aku mempunyai seorang anak buah yang sangat comel.. zikri...
Fasha dan taufiq juga seperti aku... telah berkhawin... sedang aku termenung di coridor
rumahku mengimbas kenangan lalu... tiba-tiba aku terasa ada tangan yang melingkari
tubuhku dari belakang....
‘sayang menungkan apa tu...’ soal ilham suamiku
‘tak menungkan apa pun bang.... Cuma teringatkan ibu....’ balasku
‘sayang rindukan ibu?’ soal ilham
‘sentiasa merinduinya...’ balasku.... aku menyandarkan tubuhku di tubuh ilham
Ilham membisikkan sesuatu di telingaku...
‘ i love you so much....’ ungkap ilham di telingaku....
Aku mendongak memandangnya dengan senyuman....
‘abang..... cinta vida hanya telah tertulis untukmu...’ kataku mengucup pipi ilham..
Ilham menghadiahkan satu kucupan didahiku... bahagianya......
‘abang.... sayang ada hadiah yang amat berharga untuk kita...’ kataku
‘hadiah apa tu sayang?...’ soal ilham berminat
‘ sayang nak bagi abang.....’ kataku tersenyum....
‘ bagi apa sayang? Cakaplah... sayang wat abang berdebar2 lah...’ pinta ilham
‘ ade orang baru yang nak panggil abang dengan panggilan ‘PAPA’ ....’ kataku tersenyum...
‘siapa ?’....
‘alah abang ni.....’ kataku memukul lembut ilham
‘ohw my god.... sayang betul ke ni?’ soal ilham setelah dapat menangkap maksud kata2ku
tadi...
‘betul lah abang...’ balasku tersenyum
‘alhamdullilah..... abang dah nak jadi papa dan sayang jadi mama... sayang tahu hadiah
sayang ni mengatasi segala kegembiraan abang selama ini sayang...’ balas ilham
memelukku.....

Semoga dengan kehadiran anak ini, muhammad ilham zakuan ϑ bin muhammad ilham
zulhisyam akan membahagiakan kami....
Sekian sahaja....
Tamat.....

Anda mungkin juga menyukai