Anda di halaman 1dari 2

Sifat istimewa ingatan manusia

Sifat istimewa ingatan manusia.

Ramai di antara kita yang sering tertanya-tanya bagaimanakah untuk meningkatkan


memori seseorang. Ada di antaranya terus mencuba untuk mecari pelbagai cara untuk
mencari pelbagai cara meningkatkan keupayaan ingatan. Sebenarnya, ramai di antara kita
yang tidak memahami atau mungkin tidak didedahkan tentnag sifat semulajadi ingatan.
Oleh itu kita mungkin akan lebih terpengaruh kepada pelbagai syor yang belum tentu ada
keberkesannya walaupun, ada sokongan kajian saintifik. Malah ada yang mugkin akan
tertipu terus dan membawa padah yang tidak sepatutnya.

Penulis tertarik kepada ahli fizik terkenal iaitu Albert Einstein yang mengatakan bahawa
manusia menggunakan kurang daripada empat peratus keupayaan otak untuk mengingat.
Mungkin ada kebenarannya. Namun, sayugia diingat bahawa otak manusia yang dipenuhi
oleh neuron atau sel otak tidak hanya bertugas untuk mengingat sahaja. Seterusnya, apa
yang lebih mengagumkan ialah jumlah sel otak manusia adalah lebih banyak daripada
keseluruhan bintang di galaksi.

Sebenarnya, seperti komputer (kebetulan komputer yang mengambil prinsip yang sama
daripada minda manusia), memahami perisian computer adalah sama pentingnya dengan
memahami sel otak untuk mengingat. Ingatan manusia terbahagi kepada tiga bahagian
iaitu ingatan pancaindera, ingatan jangka pendek dan ingtan jangan panjang.

Ingatan pancaindera hanya bertahan kurang daripada sesaat sahaja sesuai dengan ledakan
maklumat dari seluruh pancaindera. Ingatan jangka pendek bertahan antara 10 hingga 20
saat sahaja. Fungsi ingatan ini selalunya hanyalah untuk merakam maklumat dan
memerlukan kita melatih diri untuk mengingat sesuatu maklumat. Seterusnya ialah
ingatan jangka panjang akan menyimpan maklumat ini ke dalam otak dan kemudiannya
akan dikeluarkan apabila kita perlu mengingat.

Oleh itu otak manusia memang telah dicipta untuk mengingat tetapi ia telah melalui
proses yang tertib. Apa yang menjadi masalah selalunya kepada pelajar mereka akan
melonggokkan segala maklumat pada akhir semester atau sesi persekolahan untuk
peperiksaan akhir. Mereka akan menggunakan ingatan pancaindera dan ingatan jangka
pendek dengan tahap melebihi maksimum.

Keadaan ini akan merosakkan sistem otak yang menjalankan tugasnya secara tertib dan
mengikut jeda masa yang sesuai. Jika seseorang cuba mengingat sesuatu mata pelajaran
yang terlalu banyak tanpa mengikut aturan maka akan terjadi serangan panik dan
akhirnya akan menyebabkan seseorang itu pengsan.

Harus diingat bahawa jika kita menggunakan daya ingatan kita dengan betul, otak
manusia itu dengan sendirinya akan meningkatkan keupayaanya. Sebagai contoh, jika
pelajar itu di dalam kelas atau sedang membaca, dia sedang menggunakan ingatan
pancaindera dengan banyak. Dia akan cuba faham dan mencatat apa yang difahamkan
dan bukannya menghafal semuanya.

Setelah itu dia akan berlatih untuk mengingat dengan menggunakan ingatan jangka
pendek. Ini akan memberi lebih banyak masa kepada otak untuk membina sel otak di
bahagian ‘hippocampus’. Di bahagian inilah teletaknya ingatan jangka panjang.
‘Hippocampus’ ini didapati lebih besar kepada orang yang selalu membaca dan berfikir.

Sumber : Utusan Malaysia

Oleh : Khairol Anuar Masuan, Jabatan Psikologi, Universiti Islam Antarabangsa


Malaysia (UIAM).

Anda mungkin juga menyukai