Anda di halaman 1dari 8

CRITICAL REVIEW

PENSYARAH: DR. YAAKUB DAUD


KUMPULAN: KUCHING, SARAWAK

TAJUK:
KAJIAN GEJALA MEROKOK DAN SALAHGUNA NAJIS DADAH DALAM
KALANGAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI

NAMA: Siti Sarah binti Zainuddin (805233)


Zakiah Md Lassim. (2009). Kajian gejala merokok dan salahguna najis dadah dalam

kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di negeri Selangor. Jurnal Pendidikan

PKPSM Malaysia, 7, 33-46.

Pelbagai masalah disiplin dan salahlaku berlaku di kalangan pelajar di sekolah.

Isu pelajar merokok sudah lama menjadi isu perbincangan di Malaysia. Namun kini isu

ini dikaitkan dengan peningkatan salahguna najis dadah di kalangan remaja

terutamanya pelajar sekolah. Masalah ini semakin rumit bukan sahaja di Malaysia malah

di seluruh dunia dengan peningkatan perokok khasnya kanak-kanak dan remaja yang

berusia 12 hingga 18 tahun di mana kira-kira 20% atau 1.2 juta perokok terdiri daripada

golongan ini. Malah, menurut kajian yang dilakukan oleh Global Youth Tobacco

Survey(GYTS) pada 2003 menunjukkan bilangan perokok remaja semakin meningkat

berbanding 8% pada tahun 1999. Faktor yang menyebabkan pelajar merokok antaranya

ialah anggapan bahawa merokok membuatkan penampilan mereka lebih menarik dan

ramai kawan (Manimaran K, 2005), pengaruh kawan, perasaan ingin tahu, untuk

kesoronokan, tekanan jiwa (Sufian Russin, 2004) dan rokok mudah diperolehi. Punca

utama perokok sukar untuk berhenti merokok adalah kerana sifat ketagihan terhadap

nikotin iaitu sejenis dadah yang terdapat di dalam kandungan asap rokok.

Bagi membuktikan sebahagian besar penagih dadah asalnya adalah perokok,

pengkaji telah menyertakan Statistik Data Penagih Dadah yang telah dikeluarkan oleh

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi tahun 2005 yang menunjukkan seramai

2562 orang penagih terdiri daripada penduduk negeri Selangor dan jumlah penagih

Melayu di seluruh negara ialah seramai 22,344 daripada 32,808 jumlah penagih iaitu

sebanyak 68%. Data ini bukan statistik terkini penagih dadah kerana ia dikeluarkan bagi

tahun 2005. Beliau turut menyatakan bahawa 99% penagih dadah bermula daripada

penghisap rokok namun tidak tiada data sokongan bagi kenyataan ini.
Di atas permasalahan ini, pengkaji ingin mengetahui sejauh mana persepsi

pelajar terhadap gejala merokok dan salahguna najis dadah sekaligus mencadangkan

cara-cara mengelakkan masalah disiplin di dalam dan di luar sekolah. Maka, pengkaji

menetapkan objektif kajiannya dengan ingin mengetahui tahap keyakinan pelajar

mengelak daripada terjebak ke dalam unsur-unsur negatif iaitu gejala ponteng kelas,

gejala ponteng sekolah, merokok, penyalahgunaan najis dadah dan gejala hidu gam.

Kajian ini tidak disempitkan skopnya kepada gejala merokok dan salahguna najis dadah

kerana pengkaji turut mengumpul data bagi masalah disiplin yang lain. Pengkaji juga

ingin mengetahui persepsi pelajar tentang peranan ibu bapa mengingatkan mereka

tentang tidak terlibat dengan unsur-unsur negatif; tahap disiplin pelajar-pelajar di

sekolah dan luar sekolah; bimbingan guru di sekolah; kecintaan mereka kepada

sekolah, aktiviti kokurikulum di sekolah; tahap kepuasan dalam pencapaian pelajaran;

tahap disiplin pelajar di sekolah dan langkah-langkah kawalan disiplin di sekolah.

Objektif kajian yang dinyatakan terlalu umum sehingga tujuan utama pengkaji kelihatan

tidak jelas dan sukar untuk melihat apa yang ingin dicapai oleh pengkaji.

Rekabentuk kajian ini adalah kuantitatif dan deskriptif. Pembaca sasaran kajian

ini ialah pihak sekolah dan guru-guru. Daripada kajian ini, pembolehubah tidak

bersandar ialah gejala merokok manakala pembolehubah bersandar ialah

penyalahgunaan najis dadah. Namun, pembolehubah-pembolehubah ini tidak

dinyatakan dengan jelas dan tidak menunjukkan hubungkait antara mereka. Malah,

daripada metadologi kajian tidak menunjukkan perkaitan secara langsung antara 2

pembolehubah ini. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gejala bermaksud tanda-tanda

(akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Rokok pula menurut Children Health

Care merupakan suatu silinder yang mengandungi tembakau dan dibalut dengan

sekeping kertas yang nipis untuk tujuan merokok. Manakala menurut National Cancer

Institute, tembakau pula ialah sejenis tumbuhan di mana daunnya mengandungi nikotin
pada paras yang tinggi yang menyebabkan ketagihan serta kanser. Maka merokok

merujuk kepada aktiviti menyedut asap yang keluar daripada pembakaran tembakau

dalam bentuk rokok. Dewan Bahasa dan Pustaka memberi maksud najis sebagai sama

erti dengan kumbahan, kotoran dan buangan. Dadah pula ialah apa-apa juga bahan

kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara

disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang

atau organisma dari segi fizikal atau mental menurut Polis Diraja Malaysia Kontinjen

Sabah. Penyalahgunaan najis dadah bermaksud pengambilan dadah secara tidak betul

yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada tubuh badan. Pengkaji seharusnya

memberi definisi terperinci bagi setiap istilah untuk memudahkan pembaca memahami

dengan lebih mendalam tentang kajian ini.

Pengkaji tidak menyatakan soalan kajian dan hipotesis kajian menyebabkan

pembaca sukar melihat hubungkait antara masalah-masalah yang dinyatakan serta

fokus utama kajian ini. Soalan kajian adalah unsur penting dalam sesebuah kajian

kerana ia mengfokuskan sesuatu kajian. Manakala hipotesis kajian yang baik pula

menetapkan sasaran yang hendak dicapai oleh pengkaji dan hubungkait antara

pembolehubah-pembolehubah yang boleh diuji(Shuttleworth, 2009). Metadologi kajian

ialah soal selidik dan instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah satu set

soal selidik. Set soal selidik ini telah dibentuk oleh pengkaji bersama YB Dato’ Dr Hj. Mat

Yasir bin Hj Ikhsan, Presiden Kesatuan Pelajar-pelajar Melayu Selangor (KPPMS).

Pengkaji menyatakan salah satu tujuan kajian ini ialah ingin melihat penglibatan pelajar

dalam masalah merokok, menghidu gam dan penyalahgunaan dadah di dalam dan di

luar sekolah namun daripada analisis data tidak terdapat dapatan untuk tujuan ini. Soal

selidik ini telah dijalankan di sekolah-sekolah menengah cawangan KPPMS di seluruh

negeri Selangor. Sampel kajian terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan satu hingga

tingkatan lima di sekolah-sekolah tersebut. Sebanyak 644 orang pelajar daripada 10


buah sekolah telah menjawab dan memulangkan soal selidik tersebut. Pengkaji tidak

menerangkan secara terperinci latar belakang responden yang dipilih dan sebab

sekolah-sekolah menengah cawangan KPPMS dipilih untuk kajian ini. Pada pendapat

saya, kajian ini lebih sesuai menggunakan rekabentuk kuantitatif bagi mencapai objektif

kajian. Rekabentuk ini sesuai digunakan kerana melibatkan jumlah responden yang

ramai dan banyak lokasi. Ini memudahkan cara pengumpulan data.

Set soal selidik ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian 1(latar belakang

responden)dan bahagian 2 (keyakinan pelajar dan persepsi pelajar). Soal selidik ini

menggunakan soalan-soalan berbentuk dichotomous, nominal dan ordinal. Soalan

dichotomus ialah soalan yang mempunyai 2 jawapan sahaja seperti jantina; perempuan

atau lelaki dan setuju atau tidak setuju. Soalan nominal pula ialah soalan yang

jawapannya tidak ada kaitan. Di dalam kajian ini, soalan nominal digunakan untuk

menyoal tahap tingkatan responden. Manakala soalan berbentuk ordinal ialah soalan

yang memerlukan responden memilih penanda aras untuk maklum balas. Contohnya

responden perlu memilih petanda aras antara lemah, sederhana dan tinggi bagi

keyakinan pelajar mengelak daripada terjebak dalam unsur-unsur negatif.

Memandangkan pengkaji mengfokuskan kajian kepada masalah rokok dan

penyalahgunaan dadah, pengkaji seharusnya mendapatkan peratusan bagi pelajar-

pelajar yang merokok dan terlibat dengan dadah. Set soal selidik yang digunakan tidak

diuji terlebih dahulu kesahan dan kebolehpercayaannya. Pengkaji tidak menerangkan

skala yang digunakan untuk mengukur pembolehubah. Beliau juga tidak menggunakan

pekali kebolehpercayaan alpha cronbach bagi menguji konsistensi antara item-item.

Pada pendapat saya, soal selidik ini lebih sesuai menggunakan skala Likert kerana ia

lebih tepat untuk mengetahui sejauh mana persepsi pelajar terhadap persoalan yang

diberi dan memudahkan responden untuk menjawab persoalan-persoalan

tersebut(William, 2006).
Keputusan daripada soal selidik ini telah dianalisis menggunakan perisian Data

Analysis for Excel. Perisian ini digunakan untuk mendapatkan taburan mengikut jantina

dan tingkatan dan jadual peratusan digunakan untuk melihat taburan variable-variabel.

Namun, pengkaji tidak memasukkan item kaum di dalam soal selidik memandangkan

negeri Selangor terdiri daripada pelbagai kaum. Analisis data yang dinyatakan dalam

bentuk jadual tidak mengikuti American Psychological Association, APA di mana jadual

yang dibina mengandungi garisan menegak. Menurut format APA, jadual digunakan

untuk data berbentuk nombor dan statistik yang kompleks serta terdiri daripada garisan-

garisan melintang sahaja. Analisis kajian yang diperolehi oleh pengkaji menunjukkan

lebih daripada 85% pelajar yakin bahawa mereka boleh mengelak daripada terjebak

dalam gejala merokok dan penyalahgunaan najis dadah. Dapatan kajian yang lain ialah

lebih 85% pelajar yakin mereka boleh mengelak daripada terjebak dengan salah laku

ponteng kelas dan ponteng sekolah dan 95.9% pelajar mengakui ibu bapa atau penjaga

mereka mengambil berat tentang diri mereka dengan kerap mengingatkan mereka agar

tidak terjebak dengan unsur-unsur negatif. Pengkaji telah mencapai objektif kajian yang

telah dinyatakannya.

Kekuatan artikel bagi kajian ini ialah penggunaan bahasa yang mudah bagi

membolehkan pembaca memahami latar belakang dan objektif kajian ini. Pengkaji turut

menyertakan tinjauan literatur bagi mengukuhkan data yang dinyatakan oleh beliau.

Kelemahan kajian ini ialah terdapat kenyataan yang mengandungi data tidak disokong

oleh tinjauan literatur. Pengkaji tidak menerangkan kesan merokok secara spesifik

terhadap pelajar-pelajar di sekolah. Statistik pelajar yang terlibat juga tidak disertakan

memandangkan responden untuk kajian ini adalah pelajar sekolah. Pengkaji tidak

menerangkan beberapa istilah seperti sekolah KPPMS. Jadual 3, 1.1 tidak dinyatakan

sebab oleh pengkaji mengapa peratusan keseluruhannya tidak cukup 100%. Terdapat

kesilapan pada rujukan yang diberikan oleh pengkaji di mana ia tidak menepati format
APA. Pengkaji telah menggariskan alamat url dimana alamat ini tidak sepatutnya digaris.

Kesimpulannya kajian ini lemah daripada segi tajuk dan objektif kajiannya. Tajuk

kajian ini tidak selari dengan objektif kajian. Kajian ini berpotensi untuk

diperkembangkan lagi dengan memperbaiki metadologi dan instrumen yang digunakan

bagi mencari hubungkait antara 2 pembolehubah.

Bibliografi:

1. Sufian Russin, Mariani Md Nor. (2004). Dasar warga sihat: isu psikologi faktor

remaja sekolah merokok. Jurnal Pendidikan, 24, 141-160.

2. Darvies M..(2004). Critical review writing. retrieved June 20, 2010, from

http://tlu.ecom.unimelb.edu.au/pdfs/criticalreviewwriting.pdf

3. University of Medicine and Dentistry of New Jersey. (2007). Presenting Data in

APA style tables. Retrieved June 20, 2010, from

www.umdnj.edu/idsweb/shared/apa_tables.doc.

4. Kamus Dewan. (Edisi Empat). (2008). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan

Pustaka

5. Dictionary of Cancer Term.(2009). National Cancer Institute. Retrieved June 19,

2010, from http://www.cancer.gov.

6. Encyclopedia of Children’s Health. (2004). Smoking. Retrieved June 18, 2010,

from http://www.healthofchildren.com

7. Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah. (2010). Pengenalan dadah dan bahaya

penyalahgunaannya. Retrieved June 20, 2010, from

http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/nasihat_faq/faq_polis/faq_pegenalan_dada

h.htm
8. William, M.K.(2006). Likert Scaling. Retrieved June 19, 2010, from

http://www.socialresearchmethods.net/kb/scallik.php

9. Shuttleworth, M.(2009). How to write a hypothesis. Retrieved Jun 20, 2010, from

Experiment Resources: http://www.experiment-resources.com/how-to-write-a-

hypothesis.html

Anda mungkin juga menyukai