Anda di halaman 1dari 18

BERSATU UNTUK

JANTUNG SIHAT
IBU BAPA PATUT JADI CONTOH
TAHUKAH anda, seseorang itu mempunyai lebih tiga kali
peluang untuk mengekalkan penurunan berat badan dan
berhenti merokok sekiranya dia menyertai kumpulan
berbanding mencubanya secara sendirian?

Kerana itulah, Hari Jantung Sedunia yang jatuh pada Ahad


terakhir setiap September menggalakkan orang ramai untuk
Bersatu Demi Jantung Sihat.

Menyedari pengaruh ibu bapa dalam memupuk tabiat positif


di dalam keluarga, tema yang dipilih itu juga selaras dengan
115 juta kanak-kanak obes yang terdapat di serata dunia,
termasuk Malaysia.

BERSATU UNTUK JANTUNG SIHAT


UNIT PENDIDIKAN PESAKIT,
HOSHAS 3
Kanak-kanak yang mengalami masalah pertambahan berat
badan adalah tiga ke lima kali lebih cenderung mendapat
serangan jantung atau strok sebelum mencecah usia 65 tahun,
serta berisiko tinggi menghidap diabetes.

Sementara itu, anak muda yang obes mempunyai peluang


sebanyak 80 peratus untuk mengekalkan kegemukan mereka
yang berlebihan itu apabila meningkat dewasa.

BERSATU UNTUK JANTUNG SIHAT


UNIT PENDIDIKAN PESAKIT,
HOSHAS 4
Aktiviti Fizikal
Dalam tempoh lebih sedekad ini, jumlah kanak-kanak yang
mengalami masalah keobesan meningkat dua hingga lima kali
ganda di negara-negara maju dan hampir empat kali ganda di
negara-negara membangun.

Satu penyelidikan menunjukkan, kanak- kanak yang menonton


televisyen lebih dua jam sehari mempunyai kemungkinan 50
peratus menambah timbunan lemak dan berat badan.

BERSATU UNTUK JANTUNG SIHAT


UNIT PENDIDIKAN PESAKIT,
HOSHAS 5
Aktiviti Fizikal
Sekurang-kurangnya 60 peratus penduduk dunia semasa
gagal mencapai saranan minimum untuk melakukan aktiviti
fizikal sederhana selama 30 minit sehari (60 minit bagi
kanak-kanak).

Kerap bersenam membantu memperlahankan penyempitan


pembuluh darah ke jantung dan otak, sekali gus
menggalakkan tubuh untuk menggunakan lemak tersimpan
yang berlebihan, membantu mengurangkan tekanan darah
tinggi, meningkatkan tahap kolesterol baik serta
mengekalkan glukos pada paras yang normal.

BERSATU UNTUK JANTUNG SIHAT


UNIT PENDIDIKAN PESAKIT,
HOSHAS 6
Aktiviti Fizikal
Aktiviti kanak-kanak boleh ditingkatkan dengan ketara melalui
bantuan dan penglibatan ibu bapa.

BERSATU UNTUK JANTUNG SIHAT


UNIT PENDIDIKAN PESAKIT,
HOSHAS 7
Kajian membuktikan bahawa ibu bapa boleh memainkan
peranan penting dalam membantu anak-anak mereka mengawal
berat badan, dalam masa yang sama mengamalkan lain-lain
tabiat yang sihat bagi mengurangkan risiko penyakit jantung
dan strok di kemudian hari.

BERSATU UNTUK JANTUNG SIHAT


UNIT PENDIDIKAN PESAKIT,
HOSHAS 8
Penyakit jantung dan strok merupakan pembunuh nombor satu
di dunia, meragut hingga 17.5 juta nyawa setahun yang mana
80 peratus daripadanya datang dari negara-negara yang
berpendapatan rendah dan pertengahan.

Berita baiknya, sebahagian besar daripada kedua-dua penyakit


itu boleh dielakkan jika faktor risiko utamanya dapat
dikurangkan.

Faktor risiko yang dimaksudkan termasuklah tekanan darah


tinggi, kadar kolesterol dan gula darah yang tinggi, penggunaan
tembakau, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang
tidak memadai, berat badan berlebihan dan obesiti dan fizikal
yang tidak aktif.

BERSATU UNTUK JANTUNG SIHAT


UNIT PENDIDIKAN PESAKIT,
HOSHAS 9
Kanak-kanak semuda usia 10 tahun mencerminkan tabiat
kesihatan keluarga mereka. Satu penyelidikan mendapati,
amalan pemakanan dan senaman terbentuk pada peringkat
umur ini dan kekal seumur hidup mereka.

Tabiat kanak-kanak dipelajari melalui pemerhatian ke atas


orang lain.
Oleh itu, langkah
pencegahan utama
penyakit jantung dan
strok perlu dimulakan
dari awal dengan ibu
bapa dan kumpulan
komuniti.

BERSATU UNTUK JANTUNG SIHAT


UNIT PENDIDIKAN PESAKIT,
HOSHAS 10
Kanak-kanak perlu selalu diingatkan tentang apa yang mereka
makan, minum dan pergerakan yang banyak (aktiviti fizikal)
menentukan sejauh mana kesihatan jantung mereka pada masa
depan.

BERSATU UNTUK JANTUNG SIHAT


UNIT PENDIDIKAN PESAKIT,
HOSHAS 11
Mereka juga, perlu diajar mewujudkan diet seimbang dengan
membanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran,
bijirin penuh, daging tanpa lemak, ikan dan kekacang berserta
produk rendah lemak dan rendah garam.

Mereka
perlukan
contoh yang
baik

BERSATU UNTUK JANTUNG SIHAT


UNIT PENDIDIKAN PESAKIT,
HOSHAS 12
Ibu bapa mempunyai peluang yang besar untuk menunjukkan
contoh yang baik bukan sahaja untuk manfaat jantung mereka
sendiri tetapi juga anak-anak.

BERSATU UNTUK JANTUNG SIHAT


UNIT PENDIDIKAN PESAKIT,
HOSHAS 13
Kanak-kanak juga boleh memainkan peranan mereka sendiri sebagai
ejen perubahan dengan membawa balik maklumat kesihatan yang
diperoleh di sekolah.

Misalnya, menyampaikan mesej kepada bapa mereka bahawa


merokok membahayakan kesihatan. Bila anak-anak kecil yang cakap
begitu, kesan psikologinya lebih terasa.

Papa

BERSATU UNTUK JANTUNG SIHAT


UNIT PENDIDIKAN PESAKIT,
HOSHAS 14
Penggunaan Tembakau
Tembakau menjadi faktor risiko utama penyakit
kardiovaskular (berkaitan jantung). Berhenti merokok
menurunkan tahap pembekuan darah dan mengurangkan
peluang pembuluh darah tersumbat secara tiba-tiba.

BERSATU UNTUK JANTUNG SIHAT


UNIT PENDIDIKAN PESAKIT,
HOSHAS 15
Penggunaan Tembakau
Kajian mendapati, kanak-kanak/remaja lebih mudah mengelak rokok
sekiranya ibu bapa mereka tidak merokok dan menghabiskan lebih
banyak masa bersama-sama keluarga.

BERSATU UNTUK JANTUNG SIHAT


UNIT PENDIDIKAN PESAKIT,
HOSHAS 16
Kesimpulannya, mengekalkan berat ideal, makan secara sihat
dan berhenti merokok berupaya mengurangkan faktor risiko
berkaitan penyakit jantung tetapi ada kalanya seseorang
memerlukan bantuan dalam mencapai matlamat tersebut.

Jadi, ayuh semua! Baik tua atau muda, sokonglah di


antara satu sama lain untuk mengamalkan tabiat jantung
yang sihat tidak kira sama ada di dalam keluarga, tempat
kerja atau komuniti setempat.

Kepada ibu bapa, adakah anda ingin memupuk tabiat yang


negatif kepada anak-anak anda sehingga memungkinkan
mereka diserang penyakit kronik seperti jantung dan strok?

BERSATU UNTUK JANTUNG SIHAT


UNIT PENDIDIKAN PESAKIT,
HOSHAS 17
BERSATU UNTUK JANTUNG SIHAT
UNIT PENDIDIKAN PESAKIT,
HOSHAS 18

Anda mungkin juga menyukai