Anda di halaman 1dari 4

Persediaan untuk minggu hadapan untuk

matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Bidang


A: Mengambar. Kolaj adalah salah satu teknik
yang digunakan untuk menggambar. Di antara
contoh2 kolaj...

Kolaj yang paling mudah. Sesuai untuk murid2 tahun satu. Guru boleh meminta murid
untuk melukis gambar yang mudah ataupun guru boleh menyediakan kertas yang siap
dilukis gambar. Murid hanya perlu mengoyak kertas warna dan menampal.

Kolaj Daun. Kolaj ini mengguna daun-daun kering. Daun-daun dipotong dan ditampal
ke atas kertas  lukisan yang telah dilukis gambar.
Kolaj Suratkhabar/ majalah. Kolaj ini menggunakan surat khabar atau majalah dalam
pembuatannya. Suratkhabar/ majalah dipotong atau diguntil (di buat seperti bola).

Kolaj Kain. Menggunakan perca-perca kain dalam pembuatannya. Kain dipotong dan
ditampal mengikut kreativiti masing2.
Kolaj Kertas Warna. Menggunakan kertas warna. Kolaj dapat diberi sentuhan yang
lebih menarik jika murid-murid dapat menghasilkan gambar2 yang menarik.

Kolaj Tisu. Kolaj ini dihasilkan daripda tisu yang telah diampur warna. Tisu dicarik
halus2 dan ditampal keatas gambar yang dibentuk. Tisu perlu ditampal bertindih
untuk menghasilkan gambar yang menarik.
Masih lagi kolaj tisu. Contoh ini sesuai dihasilkan oleh murid2 tahap satu.

Kolaj jenis susah. Dihasilkan daripada majalah lalu membentuk imej yang tersendiri
tanpa melukis gambar.

tips
 Kolaj akan lebih menarik sekiranya murid2 menghasilkan dengan mengunting/
mengoyak bahan2 kepada saiz yang lebih kecil. Teknik kolaj memerlukan kesabaran
dalam mendapatkan hasil yang lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai