CARTA ORGANISASI
PENGERUSI
TN HJ SAHIFUL BAHARI BIN ABD RAHMAN
(PENGETUA)
TIMBALAN PENGERUSI
(PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)
KETUA PANITIA
SETIAUSAHA
PN ROSMAWANI BT RAZALI
TENAGA PENGAJAR
EN. ALIAS ISMAIL
PN MANIRAH BT HASSAN
AKTIVITI PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL 2004
1. Mesyuarat Panitia Pendidikan Seni Visual
- Agenda
a. Pencapaian target Peperiksaan 2004
-strategi
b. Jadual Waktu dan masa pengajaran dan pembelajaran
c. Sukatan Mata Pelajaran dan Huraian
d. Penyediaan Buku Rancangan Mengajar
e. Pencerapan
f. Peperiksaan dan Ujian
g. Lain-lain-Cadangan buku rujukan
-Aktiviti Panitia PSV 2004
2. Program Peningkatan Pengajaran dan Pembelajaran PSV
-Untuk guru-guru yang mengajar PSV
Topik
a. Asas-asas Senireka
b. Kraf tangan - Batik
- Anyaman
- Ceramik
- Ukiran
3. Minggu PSV
a. Pertandingan Melukis
b. Pameran
c. Kuiz
d. Pertandingan Melukis Mural
e. Pertandingan Lanskap / Taman
4. Bank Soalan
5. Lawatan Sambil Belajar
6. Pendedahan Pelajar Kepada Seni
-multimedia
-pekerjaan
-hasil-hasil seni
KE ARAH PENGURUSAN PANITIA PSV YANG CEMERLANG
A. PENGURUSAN PANITIA PSV
1. Pengenalan
Dalam struktur organisasi sebuah sekolah menengah, Guru Penolong Kanan 1 bertanggungjawab
kepada Pengetua dalam hal Pengurusan kurikulum.Walau bagaimanapun, Pengetua adalah
bertanggungjawab kepada Kementerian Pendidikan tentang pelaksanaan kurikulum di sekolahnya
untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, adalah wajar bagi Pengetua
menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum di sekolahnya dengan PK 1 sebagai Naib Pengerusi.
2. Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS) adalah badan yang menentukan dasar-dasar sekolah yang
berkaitan dengan kurikulum. Fungsi JKS ialah untuk merancang dan menyelaras segala hal
berkenaan dengan pelaksanaan kurikulum di sekolah. Ahli-ahli JKS adalah terdiri daripada Ketua
Bidang dan Guru-guru Kanan @ Ketua Panitia Mata Pelajaran .
3. Panitia Pendidikan Seni Visual
3.1 Anggota Panitia Pendidikan Seni Visual merupakan semua guru yang mengajar PSV di sekolah.
Ketua Panitia ialah seorang guru kanan yang dilantik oleh Pengetua.Manakala AJK dilantik oleh
panitia sendiri.
3.2 Pengurusan mata pelajaran PSV yang baik dapat memperlihatkan,
a. Perancangan yang teliti
b. Pengelolaan yang sistematik
c. Ciri-ciri kepimpinan yang dinamik
d. Pengawasan yang berkesan
3.3 Melalui badan ini, guru-guru PSV berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah
dalam bidang pengajaran, motivasi dan sikap serta tabiat belajar yang dimiliki oleh pelajar
disamping dapat memupuk kerjasama, berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk
mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
3.4 Keputusan yang diambil oleh panitia perlu dibawa oleh ketua panitia kepada Pengetua untuk
mendapat penyelesaian atau makluman.
4. Tugas-tugas Panitia PSV
4.1 Sukatan Pelajaran
Menentukan sukatan yang digunakan ialah sukatan semasa, memahami sukatan dan huraian
sukatan.
4.2 Rancangan Pelajaran.
Menyediakan dan menyelaraskan rancangan bagi semua kelas mengikut tingkatan .
4.3 Rancangan Harian
Menentukan adanya rancangan berasaskan Sukatan Pelajaran semasa.
4.4 Alat dan Bahan
Merancang pembelian yang perlu untuk P & P disemua tingkatan.
4.5 Buku-buku rujukan
Mencadangkan pembelian buku-buku rujukan untuk PSS dan Bilik PSV.
4.6 Alat Bantu Mengajar
Mengumpul berbagai jenis BBM untuk kegunaan guru PSV dalam P & P.
4.7 Ujian dan Peperiksaan
Menyelaras kertas-kertas soalan untuk semua tingkatan.
4.8 Keputusan Ujian dan Peperiksaan
Menganalisis dan mengkaji keputusan tersebut untuk mengesan kelemahan dan cara
mengatasi.
4.9 Kertas Soalan
Mengadakan bank soalan.Mengumpul soalan sekolah lain untuk kajian.
4.10 Sudut PSV
Mengadakan sudut PSV dibilik darjah , perpustakaan dan tempat-tempat tertentu.
4.11 Mesyuarat
Mengadakan mesyuarat formal dan tidak formal.
4.12 Hal-hal lain
Kerjasama dengan panitia lain seperti lawatan dan minggu panitia.
5 . Tugas-tugas Ketua Panitia
5.1 Mesyuarat Panitia
-mempengerusi semua mesyuarat PSV
-mengadakan mesyuarat secara berkala atau perjumpaan tidak formal.
-menyelenggarakan fail-fail,minit mesyuarat, laporan,surat menyurat dan dokumen yang
berkaitan dengan kemaskini.
5.2 Penyeliaan Panitia
5.3 Sukatan Pelajaran
-mendapat dan membekalkan Sukatan PSV untuk panduan semua ahli.
5.4 Buku stok
5.5 Bilik Seni dan peralatan
5.6 Perkembangan staf
-menyediakan dan mengadakan perkembangan staf bagi guru-guru PSV
5.7 Perbelanjaan Tahunan
5.8 Rancangan Pengajaran
-menyelaras dan menyemak rancangan pengajaran semester.
5.9 Analisis Peperiksaan
5.10 Kemajuan Diri
-mempertingkatkan kualiti kerja amali untuk menguasai kemahiran PSV
5.11 Pencerapan
-membantu pihak Pengetua dalam pencerapan guru PSV
5.12 Koleksi BBM
-mengadakan koleksi BBM secara kolektif.
5.13 Pemilihan Guru
-mencadangkan kepada pihak Pengetua pemilihan guru PSV
5.14 Guru Sumber
5.15 Tugas-tugas lain yang berkaitan
-menerima dan menjalankan tugas lain dengan penuh kerelaan.
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Pendidikan Seni Visual menbuka banyak ruang untuk diteroka . Namun penerokaan ini bergantung kepada kefahaman kita
mengenai ruang dan peluang yang ditawarkan . Sejauh mana kefahaman dan keterbukaan fikiran kita terhadap sesuatu
perkara . Kadang kala kita ada ruang tapi tak ada peluang . Biasa juga kita ada peluang tapi tak ada ruang. Bagi guru
Pendidikan Seni kita ada kedua-duanya.,iaitu ruang dan peluang.
Perancangan dan pengenalan sistem P & P seni yang berdasarkan berbagai cara, gaya dan pendekatan khususnya masa kini,
bertujuan untuk meningkat dan mengembangkan potensi serta kemahiran pelajar.Kemahiran belajar yang menuntut pemikiran
kritis dan kreatif ditekankan dalam Pendidikan Seni.
Dalam PSV pelajar bukan sahaja berkeupayaan membuat sesuatu hasil,ia seiring dengan penajaman dan pengasahan minda
atau pemikiran mereka. Pelajar harus memahami kenapa sesuatu hal benda(subject matter) itu dipilih untuk tugasan mereka.
Kenapa media dan teknik tertentu digunakan dan apakah hasil yang mungkin didapati.Hasil yang siap pula mampu
dipertahankan rasionalnya. Sesi kritikan atau apresiasi seni diadakan untuk mengasah penguasaan kemahiran pelajar.
KANDUNGAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
A PENGHASILAN SENI VISUAL
1. ASAS SENI REKA
1.1 UNSUR SENI
-Garisan
-Rupa
-Bentuk
-Ruang
-Jalinan
-Warna
1.2 PRINSIP REKAAN
-Harmoni
-Penegasan
-Kontra
-Irama dan Pergerakan
-Kepelbagaian
-Kesatuan
2. SENI HALUS
2.1 Lukisan
2.2 Catan
2.3 Arca
2.4 Cetakan
3. KOMUNIKASI VISUAL
3.1 Reka bentuk grafik
3.2 Multimedia
4. REKA BENTUK
4.1 Reka bentuk industri
4.2 Reka bentuk persekitaran
-Hiasan Dalaman
-Lanskap
5. KRAF TRADISIONAL DAN DIMENSI BARU
5.1 Tembikar
5.2 Batik
5.3 Ukiran kayu
5.4 Anyaman
5.5 Tenunan
5.6 Tekat
B SEJARAH DAN ASPRESIASI SENI VISUAL
1. PERKEMBANGAN SENI DI MALAYSIA
1.1 Seni Halus
-Seni dalam budaya lain
-Artis dan tokoh seni visual Tanah Air
1.2 Kraf Tradisional dan Pribumi
-Tokoh Kraf Tanah Air
-Seni Pribumi
2. PERALATAN
2.1 Senjata
2.2 Domestik
3. ALAT PERMAINAN
3.1 Gasing
3.2 Wau
3.3 Alat Muzik Tradisional
4. SENI BINA
4.1 Kediaman
4.2 Masjid
4.3 Makam
4.4 Taman
5. KENDERAAN
5.1 Darat
5.2 Laut atau sungai
6. PAKAIAN
7. PERHIASAN DIRI
7.1 Hiasan kepala
7.2 Hiasan leher
7.3 Hiasan tangan
7.4 Hiasan kaki
7.5 Hiasan pinggang