Guru Sains - En. Jani Boakan Chiew @ Azizan Boakan Abdullah
Terdapat berbagai-bagai jenis bahan kimia berbahaya yang sering digunakan dalam
makmal sains sekolah pada masa ini. Antaranya, ada yang mudah terbakar,
mengkakis, beracun mudah meletup dan kesan-kesan lain yang mempunyai gabungan
bahaya tersebut di atas.Pelajar-pelajar hendaklah membasuh tangan selepas
menjalankan eksperimen yang melibatkan bahan kimia.
Jika pipet digunakan untuk mengukur isipadu larutan bahan kimia, pengisi pipet
hendaklah digunakan untuk menyedut keluar larutan. Jangan sedut dengan mulut.
Logam Natrium dan Kalium hendaklah disimpan terendam sepenuhnya dalam
minyak (Kerosin atau minyak tanah) dan terletak jauh daripada larutan berair.
Fosforus kuning mestilah disimpan terendam sepenuhnya dalam air dan jangan
dibiarkan menjadi kering. Penyimpanan ketiga-tiga bahan ini hendaklah diperiksa
selalu untuk menentukan bahawa ia terendam sepenuhnya dalam cecair. (Penggunaan
fosforus kuning tidak digalakkan di sekolah).
Bahan pengoksida yang kuat (misalnya klorat, perklorat, nitrat, mengganat, peroksida,
asid nitrik) mestilah disimpan berjauhan daripada bahan-bahan yang mudah
teroksida.
Cecair mudah terbakar yang banyak seperti yang terdapat dalam botol “Winchester”
hendaklah disimpan pada aras terbawah dalam almari . Almari ini harus mempunyai
tubir untuk mencegah cecair mengalir keluar daripada botol yang pecah. Cecair ini
haruslah disimpan dalam bekas dan hendaklah terhindar daripada bara api dan
sumber elektrik kerana wap daripadanya boleh menyebabkan letupan.
Cecair tersebut mesti dipanaskan dengan menggunakan kukus air. Jauhkan cecair
mudah terbakar daripada sebarang sumber nyalaan.
Jadual 2 menunjukkan beberapa cecair yang mudah terbakar, serta takat kilat masing-
masing.
Dietil eter - 45
Dimetil eter - 41
Karbon disulfida - 30
Aseton - 18
Sprit petroleum - 17
metanol 10
Etanol 10
Contoh bahan-bahan kimia bersifat mengkakis adalah asid-asid pekat seperti asid
nitrik, asid hidroklorik, asid sulfurik, asid etanoik, asid metanoik, ammonia pekat,
hidrogen peroksida pekat, metanol, fenol, cecair bromin, kalium manganat (VII) dan
argentum nitrat.
Selalunya , jika amali melibatkan bahan kimia mengkakis dengan bahan organik,
kuantiti yang kecil sahaja digunakan.
Eksperimen dengan gas beracun mesti dilakukan dalam kebuk wasap.Gunakan pipet
untuk menyedut keluar cacair yang beracun.
Seseorang yang menggunakan bahan kimia beracun mesti memakai cermin mata
keselamatan dan sarung tangan keselamatan getah. Selepas eksperimen, tangan
hendaklah dibasuh.
Jika mata untuk kulit ternena bahan kimia beracun, cuci segera dengan air yang
banyak. Sebagai langkah susulan rawatan Pegawai perubatan hendaklah didapati.
(ii) BENZENA jika dihidu sedikit-sedikit selama tempoh masa yang agak lama, boleh
menjadi racun. Ia juga boleh menyerap ke dalam kulit. Jika boleh ia mestilah
digantikan dengan bahan yang kurang beraacun misalnya toluena atau xilena.
(iii) WAP BROMIN adalah merbahaya kepada mata, hidung dan paru-paru. Ia juga
membahaya bila bersentuhan dengan kulit.
(iv) KARBON DISULFIDA boleh menyerap ke dalam kulit dan wapnya sangat
beracun. Ia sangat mudah terbakar dan mempunyai takat suhu nyalaan yang rendah.
(viii) MERKURI mesti dipanaskan hanya di dalam kebuk wasap tetapi lebih baik lagi
jika tidak dipanaaskan langsung. Wapnya ADALAH SANGAT merbahaya.
(i) Semua botol reagen bahan kimia mestilah dilebel dengan jelas dan lebel itu
hendaklah diperiksa dari semasa ke semasa.
(ii) Bahan kimia tidak sepatutnya disimpan dalam makmal tetapi mestilah disimpan
dalam stor bahan kimia yang mempunyai peredaran udara yang baik. Rak menyimpan
bahan ini mestilah bertubir untuk mengelakkan botol daripada jatuh.
(iii) Cecair meruap dan lain-lain cecair yang berbahaya hendaklah disimpan dalam
tempat khas yang kalis api.
(iv) Bahan kimia yang beracun hendaklah disimpan dalam almari yang berkunci di
dalam stor. Penggunaannya mestilah direkodkan.
(iv) Di dalam makmal tidak digalakkan ,menympan cecair yang lebih daripada
500cm3. Bahan kimia lama yang tidak boleh digunakan lagi merupakan sumber yang
akan mendatangkan bahaya (misalnya letupan). Ia mestilah dirawat mengikut cara
yang betul.
(i) Bahan pepejal kering : Bahan ini disapu, dikumpul dan dimasuki dalam bekas
sisa buangan yang sesuai.
(ii) Larutan (Asid) : Tumpahan larutan asid hendaklah dengan air
berlebihan.
Peringatan : Apabila air disiram ke atas tumpahan asid sulfik pekat, dengan tujuan
untuk membersihkannya, haba terhasil dan asid akan terpercik. Siram dengan air
yang banyak untuk mencairkan asid dan ini akan mengurangkan hasilan haba serta
percikan asid itu.
i) larutan Alkali : Tumpahan larutan alkali hendaklah disiram dengan air berlebihan
terus ke dalam longkang.
i) Bahan berminyak
Tumpahan minyak hendaklah dilap dengan kain dan terus dibuang. Mop kawasan
tumpahan dengan sabun dan air dan lap hingga kering.
ii) Pelarut mudah Meruap : Tumpahan pelarut mudah meruap akan meruap dengan
cepat. Tumpahan ini mungkin menyebabkan kebakaran, letupan, atau sesak nafas.
Kaedah pembersihan adalah seperti berikut:
(a) Jika tumpahan itu sedikit, lapkan dengan kain dan buangkan kain tersebut
Dan
b) Tumpahan yang banyak dimop sehingga kering (Lakukan seperti kaedah di atas (i).
iii) Merkuri:
Tumpahahn merkuri merupakan punca biasa wap merkuri dalam udara makmal . Jika
merkuri tertumpah pastikan tingkap, pintu dibuka supaya terdapat peredaran udara
yang cukup. Jika tumpahan yang berlaku adalah sedikit, litup merkuri dengan serbuk
sulfur. Penguntip merkuri boleh digunakan untuk mengutip merkuri yang banyak.
tumpahan.
1.1.6 Pelupusan
Satu senarai bahan kimia yang beracun dan kaedah rawatan atau pelupusan
yang sepadan baginya hendalahdiadakan dalam makmal. Pelupusan bahan-bahan
kimia toksik hendakalh terlebih dahuludirujuk kepada jabatan kimia,Kementerian
Sains, Teknologi dan Alam Sekitar unatuk mendapatkan khimat nasihat.
KESELAMATAN BAHAN RADIOAKTIF
Guru yang hendak mengunakan sumber atau bahan radioaktif di dalam
makmal sains sekolah hendaklah guru yang berpengetahuan dan berpegalaman
dalam pengendalian bahan radioaktif.
Jubah makmal dan cermin mata keselamatan hendaklah dipakai semasa
menjalankan eksperimen yang melibatkan bahan radioaktif. Kerja yang
menggunakan cecair radioaktif hendaklah dijalankan di atas dulang atau talam.
Selepas menjalankan eksperimen, tangan hendaklah dibasuh dengan sabun dengan
bersih sebelum meninggalkan makmal.
1.3.3 Penyimpanan
Semua sumber dan bekas radioaktif hendaklah dilabelkan dengan terang
berserta dengan sumber berbahaya. Ia hendaklah disimpan didalam stor yang
tersebut dan terkunci bila tidak digunakan.
Pakaian yang tercemar hendaklah dihantar kepada orang yang pakar dalam
bidang teknik pelupusan ( seperti Pegawai Keselamatan Radioaktif Hospital ) untuk
tindakan selanjutnya.
1.3.5 Pelupusan
( b) Kaedah:
3. Kalium Permangganat (VII) Campurkan 20gm Natrium Sulfit dalam
100ml H2SO4 2M
(2M)
a) Antiseptic
i) Burnol
c) Jenis balutan
iii) kapas
a) Amaran
Jika sesorang yang ditimpa kemalangan itu disyaki patah tulang atau
cedera dalam badan, panggil ambulan atau doktor dengan serta merta.
JANGAN alihkan pesakit dari tempatnya.segala kemalangan yang berlaku
dalam makmal yang disyaki serius hendaklah mendapat rawatan
perubatan daripada doktor.
b) Melepuh
Jika tidak teruk letakkan bahgian anggota yang terjejas itu di bawah air
yang mengalir selama beberapa minit, kemudian biarkan terdedah kepada
udara.
Jika teruk sebahagian besar anggota yang melepuh atau kulit melupas
lekatkan selurat badan yang terjejes itu dengan pedap kain kasa yang
kering dan bersih.Jangan sapu apa-apa minyak, ubat serbuk. Balut
disekeliling pedap ini dengan kain pembalut dan tentukan bahawa
pembalut tidak terlalu ketat.
c) Kebakaran
Api yang lebih besar biasanya boleh disimbah dengan pasir kering . Pasir
yang telah disimbahi hendaklah dibuang kerana ia mungkin menggandungi
bahan meruapyang mudah terbakar.Selaian daripada itu api boleh
dipadam dengan menggunakan pemadam api karbon dioksida atau busa.
Iii) Kelas api dan alat pemadam api yang sesuai digunakan adalah seperti
di bawah:
CONTOH
ALAT PEMADAM API YANG SESUAI
A Api pepejal
kayu, kertas, kain, getah dan lain-lain
Air, Air karbon dioksida, serbuk kering (dry powder)
C
D
Air Logam
- Kalium, natrium, kalsium, megnesium, Aluminium, zink dan lain-lain
Dry Powder, pasir kering, simen kering, powder graphite, powder talc, abu
soda.
Matikan suis arus elektrik dengan serta-merta . jika ini tidak boleh berlaku,
jangan sekali-kali menyentuh badan orang yang terenjat elektrik. Dengan
berdiri di atas kayu kering, getah atau kertas tebal atau apa-apa bahan
bukan pengalir, cuba pisahkannya daripada litar arus dengan
menggunakan sebatang kayu yang kering. Jika pernafasannya terhenti,
jalankan pernafasan luar biasa. Bawa pesakit berjumpa doktor dengan
serta- merta.
Sesiapa yang tersedut gas beracun hendaklah dibawa keluar dari makmal
ke udara yang bersih. Jika tersedut gas bromin atau klorin, ubat penghidu
ammonia boleh digunakan. Jika masih tidak pulih, hendaklah dibawa
berjumpa doktor.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DALAM MAKMAL SAINS SEKOLAH
Perkara-perkara am
A). Petunjuk
peti pertolongan cemas hendaklah lengkap dan diletakkan di tempat yang sesuai
dalam tiap-tiap bilik makmal.
C) Peraturan
F. Lantai
Semua wayar elektrik hendaklah ditebat dengan baik dan jangan
dibiarkan sebarang wayar elektrik berjuntai.
Jangan sentuh alat-alat elektrik atau punca kuasa elektrik dengan tangan
yang basah.
H. Kaca
I. Kemalangan
Antara jenis peralatan memadam api yang boleh di gunakan adalah seperti
berikut:
i. Gebar api ( fire blanket ) yang terkandung dalam bungkusan yang sesuai
gebar api ini hendaklah dipasang pada diding bilik makmal dan digunakan bila
pakaian terkena api.
ii. Setimba pasir yang bersih serta kering dengan penyeduknya.
ii. Pemadam api jenis karbon dioksida dab jenis busa. Biasanya pemadam
api jenis ABC digunakan kerana ia dapat memadamkan banyak jenis api.
1.3 LETUPAN
a. Kebanyakan letupan dalam makmal adalah oleh gas hidrogen. Bila
menjalan percubaan yang mungkin merbahaya ( misalnya pembakaran gas
hidrogen ), adang keselamatan hendaklah digunakan.
b. Letupan juga boleh berlaku akibat kebocoran gas daripada selinder
gas. Gas mampat di dalam selinder tidak boleh di simpan di dalam bilik
persediaan, makmal atau atau berhampiran dengan cecair mudah terbakar.
Silinder ini hendaklah disimpan di tempat yang agak sejuk serta mempunyai
peredaran udara yang baik dan hendaklah diapitkan dalam keadaan tegak. Troli
boleh digunakan untuk mengangkut selinder ini.
Selinder gas , kepala paip dan paip gas serta paip tiup penunu bunsen
hendakalh diperiksa selalu, jika perlu tiap-tiap pagi supaya tidak ada yang bocor.
Sebarang kebocoran tidak boleh sama sekali diuji dengan api ia hendaklah diuji
dengan air sabun.
Kunci paip gas induk hendaklah ditutup bila tidak digunakan. Ia mestilah
berada dalam keadaan yang mudah sampai kepadanya apabila berlaku kebakaran.
Lekapan kepala selinder gas oksigen jangan sekali-kali disapu gris untuk
mengelakkan daripada kemungkinan berlaku letupan.
sentiasa uji gas yang mengalir keluar itu sebelum menyalakannya. Ambil
contohnya ke dalam tabung uji dan nyalakanya di tempat yang jauh daripada
radas. Ujian ini mesti diulang hingga gas ini menyala dengan api yang sempurna.
Gunakan sedikit sahaja. Kalium yang tersimpan lama boleh melatup walaupun
segala langkah pengawasana baginya dijalankan. Kalium yang tersimpan lama dan
bertukar menjadi kuning hendaklah dimusnahkan dengan sermat dengan
menukarnya menjadi garam.
e). Asid
jangan sekali-kali mencampur asid pekat dengan klorat. Bila hendak mencairkan
asid pekat, tuang asid ke dalam air serta mengacaukan larutan JANGAN
SEKALI-KALI dituang air ke dalam asid pekat.
salur kaca, kelalang dan sebagainya hendaklah mempunyai dinding yang tebal dan
berada dalam keadaan yang baik.
I). Tunjukcara
Dalam tunjukcara yang melibatkan penggunaan radas voltan tinggi tekanan tinggi,
bahan radio aktif, tindakbalas kencang dan sebagainya , tentukan yang pelajar
berada di tempat yang cukup jauh. Jika keadaan memerlukan supaya mereka
berada dekat, maka adang yang mencukupi hendaklah diadakan dan pelajar-
pelajar hendaklah diberitakan tentang bahayanya.
1.5 BAHAN KIMIA
Terdapat banyak jenis bahan kimia yang merbahaya yang sering digunakan dalam
makmal sains sekolah pada masa ini. Antaranya ada yang mudah terbakar,
mengkakis, beracun, mudah meletup dan kesan-kesan lain yang mempunyai
gabungan bahaya tersebut di atas.
Jika pipet digunakan untuk mengukur isipadu larutan bahan kimia, pengisi pipet
hendaklah digunakan untuk untuk menyedut keluar larutan. Jangan sedut dengan
mulut.
Mesti berhati-hati serta cermat bila menggunakan bahan-bahan kimia yang
berlabel RACUN.
1. Pengurusan Makmal
2. Fizikal makmal
G. Album
J. ABM/BBM
6. Keselamatan makmal
7. Ciri istimewa
B. Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi dalam makmal tidak
boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru.
C. Peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi hanya boleh
digunakan atas arahan dan panduan guru.
D. Semua peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi yang telah
digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya.
K. Kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api penunu bunsen.
L. Kayu mancis dan benda-benda lain yang masih berbara mesti
dipadamkan sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
M. Kayu mancis, kertas turas ataupun sebarang sampah dalam bentuk
pepejal tidak boleh dibuang ke dalam ataupun ke bawah sink, tetapi mesti
dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
N. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik
makmal.
O. Beg pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.
A. Label pada botol mestilah dibaca dengan teliti untuk mempastikan
bahawa bahan kimia yang akan digunakan itu betul.
D. Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup semula dengan
segera setelah diambil bahannya.
E. Bahan kimia biasanya adalah beracun dan mengkakis. Jangan cuba
merasa sebarang bahan kimia sungguhpun ia dalam larutan cair.
AMARAN