Anda di halaman 1dari 36

TAMADUN ISLAM

PENGENALAN

• Islam mula diperkenalkan kepada manusia pertama


iaitu Adam a.s. Ia merupakan pemberitahuan dan
peraturan yang diwahyukan oleh Allah S.W.T.
Kemudian wahyu itu diperkuatkan dengan perlantikan
rasul-rasul yang bermula dengan Nabi Adam a.s dan
berakhir dengan Nabi Muhammad s.a.w. Risalah Islam
yang diturunkan kepada rasul-rasul adalah sesuai
dengan zaman, jumlah manusia dan kebudayaan umat
ketika itu. Islam diturunkan kepada manusia untuk
membimbing mereka ke jalan yang benar supaya
mereka mencapai kesejahteraan hidup, dunia dan
akhirat
• Penganut Islam wajib beriman kepada
Allah Yang Maha Esa selaku pencipta
alam semesta dan mematuhi segala
suruhan dan menjauhi laranganNya.
Tanpa petunjuk dari Allah S.W.T, manusia
akan sesat kerana akal fikiran dan
pengalaman manusia amat terbatas
• Manusia tidak mempunyai kemampuan untuk
memahami masalah ketuhanan, kehidupan
selepas mati, perkara-perkara ghaib seperti
malaikat, syurga dan neraka, pembalasan amal
dan sebagainya, kerana itulah Allah S.W.T
mengutus dan mengangkat ratusan ribu nabi
dan rasul yang bermula dengan Nabi Adam a.s
dan diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w.
Secara umumnya tugas rasul-rasul dan nabi-
nabi dalam menyampaikan ajaran keimanan
adalah sama walaupun ada perbezaan dari segi
syariat dan hukum di antara mereka selaras
dengan keadaan dan zaman masing-masing.
• Dalam perjalanan sejarah tamadun manusia yang
panjang, ramai manusia yang terus-menerus menentang
serta membantah pengajaran-pengajaran Allah S.W.T
yang dibawa oleh utusan Allah S.W.T, lalu dengan kasih
sayang dan belas kasihan Allah S.W.T, Dia telah
menurunkan kitab-kitab agar manusia dapat membaca,
memahami dan melaksanakan segala arahanNya.
Tujuannya untuk menegakkan kepercayaan Tauhid
(kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa),
menghindarkan mereka dari syirik kepada Allah S.W.T,
terpengaruh dengan hawa nafsu yang liar dan mengajar
mereka supaya mematuhi segala ajaran Allah S.W.T
dan menjauhkan diri dari laranganNya.
PANDANGAN HIDUP ISLAM

• Islam adalah Ad-Din yang diturunkan oleh


Allah S.W.T melalui perantaraan al=Rasul
s.a.w. Ia merujuk kepada satu cara hidup
yang lengkap merangkumi semua aspek
hidup manusia. Islam merangkumi aspek
akidah, syariah dan akhlak. Kesemuanya
telah dihuraikan malah dipraktikkan oleh
Rasulullah s.a.w semasa hayat baginda
dan diikuti oleh para sahabat serta umat
Islam seluruhnya
PENGERTIAN ISLAM
• Dari segi bahasa kalimah Islam mengandungi tiga perkara
utama iaitu:
• Tulin, suci dari sebarang kecacatan zahir dan batin
Damai, aman atau sejahtera
Taat dan menyerah

• Pengertian Islam dari segi syarak ialah mentauhidkan Allah


S.W.T, patuh dan tunduk kepadaNya serta beriman dengan
ajaran yang dibawa oleh para rasul yang diutuskan oleh
Allah S.W.T sejak dari Nabi Adam a.s hinggalah kepada Nabi
Muhammad s.a.w. sebagai nabi dan rasul yang terakhir
• Justeru itu sesiapa yang mengikuti agama selain dari
apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w sesudah
kedatangannya tidak akan diterima oleh Allah S.W.T.
Islam yang dibawa oleh Muhammad s.a.w telah
disempurnakan ajarannya oleh Allah S.W.T dan dia telah
meredhaiNya untuk diikuti. Firman Allah S.W.T dalam
Surah Ali Imran ayat 85 yang bermaksud :

• ”Sesiapa yang mencari din (agama) selain daripada din


(agama) Islam maka dia termasuk dalam golongan
mereka yang rugi di akhirat nanti"

• Allah S.W.T juga berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat 5 yang


bermaksud :
• ”Hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu
iaitu Islam dan Aku kurniakan nikmat kepada kamu dan
Aku reda Islam itu agama kamu”.
KANDUNGAN ISLAM
• 1) AKIDAH
• Akidah merupakan dasar terpenting dalam Islam. Baik atau buruk natijah
hidup seseorang di sisi Allah S.W.T adalah bergantung kepada akidah yang
dianuti oleh mereka. Akidah dalam Islam merupakan kepercayaan atau
keimanan kepada hakikat dan nilai-nilai mutlak, tetap dan kukuh dalam jiwa
setiap Muslim.

• Berdasarkan maklumat wahyu, Muslim dapat mengenali Allah S.W.T secara


tepat. Allah S.W.T mempunyai kuasa mutlak dalam kehidupan makhluk.
Dialah yang mencipta manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan. Dialah
juga yang mencipta langit dan bumi serta segala isi kandungannya dan
seluruh makhluk di langit dan di bumi memerlukan rahmat dan
pertolonganNya untuk terus hidup.

• Berasaskan akidah tauhid ini manusia dapat membebaskan dirinya dari


tunduk dan patuh kepada sesuatu yang bersifat makhluk, sama ada dalam
bentuk berjirim ( benda) atau roh yang telah menguasai diri manusia
sepanjang sejarah. Dengan keyakinan ini manusia meletakkan tempat
pergantungan, perlindungan dan pengabdian hanya kepada Allah S.W.T
semata-mata.
• Asas-asas akidah Islam ialah:
(ii) Beriman kepada Allah
(iii) Beriman kepada Malaikat
(iv) Beriman kepada Kitab-Kitab
(v) Beriman kepada Rasul-rasul
(vi) Beriman kepada Hari Akhirat
(vii)Beriman kepada Qadha’ dan Qadar

•Akidah Islam membebaskan manusia daripada


kecelaruan hidup, yang tidak mempunyai matlamat
kehidupan yang jelas. Akidah Islam membimbing
manusia kepada matlamat kehidupan yang benar iaitu
keredhaan Allah S.W.T
• Akidah Islam akan melahirkan tamadun yang mantap. Akidah Islam yang telah meresap ke dalam
jiwa dan lubuk hati seseorang akan menimbulkan kesan-kesan positif di antaranya dapat kita
gariskan
seperti berikut:

• Akidah Islam melahirkan seorang yang yakin kepada Allah S.W.T Yang Maha Esa. Keyakinan itulah
yang menggerakkan seluruh tingkah- lakunya, percakapannya dan gerak-gerinya untuk mencari
keredhaan
Allah S.W.T.

• Akidah Islam melahirkan insan yang mempunyai akhlak cemerlang dan terpuji dan tersisih dari
sifat-sifat buruk.

• Akidah akan melahirkan seseorang yang optimis dan yakin kepada diri sendiri untuk bekerja bagi
mencapai kejayaan di dunia dan tidak lupa mencari keredhaan Allah S.W.T supaya mendapat
kebahagiaan diakhirat.

Akidah Islam melahirkan insan dan masyarakat yang teguh pendiriannya, mempunyai prinsip dan
tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran yang mengancam nilai dan akhlak manusia
terutama dengan pelbagai pengaruh hasil kemajuan teknologi maklumat di zaman ini. Ia mampu
membeza dan memilih nilai-nilai yang positif dan menolak nilai-nilai yang negatif yang boleh
merosakkan keperibadian insan dan masyarakat.

• Akidah Islam yang teguh mampu membawa manusia dan masyarakat maju ke hadapan dalam segala bidang. Sejarah
membuktikan masyarakat Arab telah berubah daripada satu masyarakat yang tidak
dikenali kepada sebuah masyarakat yang digeruni. Akidah Islam telah mengangkat darjat mereka. Mereka menguasai
hampir separuh dari bumi ini. Mereka menguasai pentadbiran dan maju dalam pelbagai disiplin ilmu pengetahuan
• Akidah Islam membentuk manusia berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan dan mencegah dari
kemungkaran. Ini akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman tenteram. Tiada jenayah atau
pencerobohan ke atas sesiapa disebabkan mereka yakin kepada hari pembalasan.

• Akidah Islam akan melahirkan manusia yang tidak mudah putus asa atau hilang harapan. Iman di
dalam hati akan memberi ketenangan yang luar biasa.

• Akidah Islam akhirnya melahirkan manusia yang sanggup berjihad ke jalan Allah S.W.T walaupun harta
dan nyawa menjadi taruhan. Bilal bin Rabah sanggup mati kerana mempertahankan akidahnya begitu
juga dengan keluarga Ammar bin Yasir. Demikianlah para sahabat yang lain, sanggup mengorbankan
harta dan nyawa untuk mempertahan dan menyebarkan Islam ke seluruh dunia. Ini adalah kesan dari
akidah Islam yang meresap di dalam jiwa dan lubuk hati mereka.

• Akidah Islam yang ada dalam hati umat Islam kini mungkin tidak begitu mantap menyebabkan
mereka tidak dapat mencapai kegemilangan sebagaimana umat Islam di zaman Nabi Muhammad
s.a.w dan para sahabat. Umat Islam pada hari ini begitu rapuh akidahnya. Lantaran itu mereka mudah
terpengaruh dengan berbagai-bagai unsur negatif. Kemunduran umat Islam kini kerana mereka
semakin jauh dari menghayati akidah Islam yang sebenar.

• Akidah Islam melahirkan insan soleh. Insan yang melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T
dan meninggalkan segala jenayah dan kemungkaran
SYARIAH
• syariah ialah segala perintah Allah S.W.T dalam bentuk hukum atau
peraturan yang bersifat menyeluruh dan sangat luas bidang kuasanya. la
merangkumi seluruh titah perintah dan ketentuan Allah S.W.T yang
diwahyukan samada yang ditegaskan di dalam al-
Quran ataupun yang berasaskan kepada al-Sunnah. Di dalamnya
terdapat aspek-aspeki'tiqadiyy ah ataubatiniyy ah (hal-hal yang
berkaitan dengan akidah dan keimanan),'amaliyy ah (hal--hal yang
berkaitan dengan ibadat, muamalat, munakahat dan jenayah iaitu
hal-hal yang menyentuh mengenai perbuatan atau perlakuan
lahiriah manusia dalam konteks hubungan atau interaksi mereka
dengan Allah S.W.T, sesama manusia, dan alam lain) dan juga
aspekak hlaqiyy ah (yang membahaskan mengenai budi pekerti atau moral
manusia sebagai individu dalam bermasyarakat dan
bernegara).
• Secara umumnya, keseluruhan isi kandungan syariah Islam dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu
dari segi skop, perlaksanaan dan penguatkuasaan.
• Dari segi skopnya, syariah Islam menaungi perkara-perkara berikut:
i. Hubungan antara manusia dengan Allah S.W.T dan alam ghaib yang lain.
ii. Hubungan antara manusia sesama manusia.
iii. Hubungan antara manusia dengan makhluk-makhluk lain di muka bumi ini sama ada haiwan, benda-
benda atau tumbuh-tumbuhan.

• Dalam aspek perlaksanaan kepada perintah dan larangan Allah S.W.T pula, syariah Islam terbahagi
kepada tiga iaitu :
i. Kewajipan yang menjadi tanggungjawab individu serta harus dilaksanakan di
peringkat individu. Contohnya ialah perintah-perintah yang khusus ditujukan
kepada individu terutama sekali dalam konteks hubungan langsung seseorang
hamba dengan Penciptanya iaitu ibadah-ibadah khusus seperti solat, puasa dan
lain-lain.

ii. Perintah perlaksanaan yang dianjurkan supaya dilakukan secara kolektif atau
berjamaah. Seluruh perintah dalam al-Quran yang ditujukan secara kolektif
dikategorikan sebagai tanggungjawab bersama setiap umat Islam. Contohnya
ialah seperti perintah melakukan dakwah, jihad, menegakkan amar makruf dan
nahi mungkar serta tuntutan-tuntutan fardhu kifayah yang lain.

iii. Perintah yang tidak mampu atau tidak boleh dilaksana di peringkat individu
mahupun kolektif tetapi ia menjadi tugas serta kewajipan pemerintah. Perintah
ini adalah berkaitan dengan perlaksanaan hukuman bagi kesalahan jenayah
seperti hudud, qisas dan takzir.
AKHLAK
• Akhlak dalam Islam bukan suatu teori, kerana
konsepnya tidak sama dengan konsep etika
yang dibawa oleh Barat. Akhlak dalam Islam
ialah sikap rohaniah yang memuliakan tingkah
laku (perbuatan) manusia terhadap Allah S.W.T,
terhadap diri sendiri dan makhluk lain, sesuai
dengan suruhan dan larangan serta petunjuk al-
Qur’an dan Hadis. Nilai yang baik disebut akhlak
mahmudah dan nilai yang keji disebut akhlak
mazmumah
• Manusia dicipta dengan penuh keindahan (sebaik-baik kejadian).
Keindahan tersebut meliputi lahiriah (fizikal) dan batiniah (spiritual –
dalaman) diri manusia. Keindahan ciptaan fizikal diistilahkan sebagai al-
khalq seperti raut muka, warna kulit, tinggi rendah tubuhnya dan
sebagainya. Sementara keindahan dalaman diri manusia terangkum dalam
istilahal-

• khuluq yang menggambarkan keindahan jiwa, meliputi kehendak, inspirasi


dan sebagainya. Oleh itu apabila seseorang dikatakan baik huluq dan
khalqnya, ia bermaksud orang tersebut baik sifat lahiriah dan batiniah nya.

• Dari sudut istilah, Imam al-Ghazali mendefinisikan akhlak sebagai sifat yang
tertanam dalam jiwa seseorang dan darinya terbentuk perbuatan dengan
mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Apabila
keadaan jiwa tersebut terbit perbuatan yang baik dan terpuji menurut akal
dan syariah, ia dinamakan akhlak yang baik. Sekiranya yang keluar itu
perbuatan yang buruk, ia
dinamakan akhlak yang buruk
CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM
• Islam adalah al-din yang diturunkan oleh Allah
S.W.T yang bersifat Maha Sempurna, sunyi dari
sebarang bentuk kekurangan dan kelemahan.
Justeru peraturan yang diturunkanNya
mempunyai ciri- ciri keistimewaannya yang
tersendiri yang membezakannya dengan
peraturan dan agama ciptaan manusia. Antara
ciri-ciri keistimewaannya ialah :
Rabbani.
• Islam adalah agama yang diturunkan oleh
Allah S.W.T. Syari’at yang ada didalamnya
adalah wahyu, bukan ciptaan manusia bahkan
bukan juga rekaan Nabi (Yunus:15). Ini
bermakna Islam adalah agama untuk seluruh
ummat manusia di mana juga mereka berada
dan hingga ke akhir zaman (al-Anbiya’:107).
Sesuai dengan fitrah dan akal manusia.
• Segala hukum yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T tidak
bertentangan dengan akal manusia, bahkan akal tersebut jika
betul-betul digunakan ia akan menemukan keagungan dan
keesaan Allah S.W.T.
Adapun yang nampak bertentangan ialah kerana akal manusia
(kerana keterbatasannya) tidak dapat memahami dan
mentafsirkan apa yang dikehendaki dan dimaksudkan oleh
Allah S.W.T. Segala apa yang disyari’atkan itu pada hakikatnya
sesuai dan menepati fitrah manusia, kerana Allah S.W.T
sajalah yang amat mengetahui hakikat dan kejadian manusia
(al-Rum:30,al-Baqarah:164)
Tidak Membebankan
• Allah tidak mensyari’atkan sesuatu perintah yang diluar
kemampuan manusia, disamping itu juga Allah S.W.T telah
memberikan keringanan (rukhsah) pada keadaan-keadaan
tertentu. Di dalam Islam tidak ada sesuatu yang sulit
difahami kerana kerumitannya. Asas tauhid Islam jelas
kerana segalanya telah diterangkan oleh al-Qur’an, tidak
ditokok-tambahkan oleh golongan tertentu, sebagaimana
yang terjadi pada sebahagian agama. Seseorang itu
mempunyai akses langsung kepada Allah S.W.T tanpa
perlu adanya perantara, semua orang sama taraf disisi
Allah S.W.T.
Menyeluruh
• Ini bermakna bahwa Islam memberikan teori
yang lengkap dan mendalam tentang alam
semesta bagaimana ia diciptakan, ciri-cirinya
dan bagaimana ia berjalan mengikuti
ketetapan Allah S.W.T. Begitu juga tentang
penciptaan manusia dan kehidupan.
Sederhana dan seimbang.
• Posisi Islam tidak terlalu menumpukan pada
ruhaniyyah sehingga melupakan material,
Islam merangkumi dunia dan akhirat tidak
menumpukan pada akhirat sehingga
melupakan dunia dan Islam juga tidak
menghinakan dunia, akan tetapi
menempatkannya pada tempat yang betul
Positif
• Islam adalah agama yang positif. Islam memberikan
kesan yang positif dalam kehidupan manusia,
hubungannya dengan sesama manusia dan hubungannya
dengan Allah S.W.T akan semakin erat. Ini dapat
dibuktikan dengan kehidupan seorang muslim yang lebih
tenang dan bahagia dibanding dengan orang tidak
beragama atau yang beragama lain. Seorang muslim tahu
akan kebahagiaan sebenar yang jauh dari materialistik, ia
selalu merasa adanya perlindungan dan rahmat Allah
S.W.T
Sesuai untuk sepanjang zaman
• Setiap hukum dalam Islam mengambil kira
keadaan manusia dan memberikan keringanan
bila berhalangan. Oleh kerana itu tidak boleh
dikatakan tidak sesuai dengan perkembangan
zaman, kerana fiqih Islam sebenarnya dapat
menjawab segala masalah/perkembangan
baru dalam kehidupan manusia, selama
pintu ijtihad masih terbuka kepada mujtahid.
Tetap dan Anjal
• Syari’at yang Allah tetapkan tidak akan berubah, ini
berbeza dengan undang-undang manusia yang
selalu berubah dan dipinda.
Tidak ada yang kurang lengkap atau yang salah
dalam Syariat Allah, adapun yang berkembang
dalam fiqih Islam itu adalah Ijtihad,
masing-masing ulama berijtihad sesuai dengan
keadaan dan perkembangan semasa, dengan syarat
tidak bercanggah dengan nas yang telah ada dalam
Qur’an dan Sunnah.
PRINSIP DAN MATLAMAT
TAMADUN ISLAM
• Tamadun Islam dibina berdasarkan kepada prinsip-prinsipnya yang luhur yang merangkumi matlamat
yang jelas. Ia menekankan kepada
pembangunan hidup manusia di dunia dan kesejahteraan hidup di akhirat. Pada umumya prinsip dan
matlamat Tamadun Islam merangkumi

• Pengabdian diri kepada Allah S.W.T di dalam seluruh kegiatan hidup

• Berorganisasi atas asas akidah yang menjamin dari sifat menyeleweng dan kezaliman

• Keagungan dan keluhuran nilai kemanusiaan berbanding dengan nilai kebendaan

• Berfungsinya nilai-nilai kemanusiaan yang menyebabkan berkembangnya sifat kemanusiaan


”manusiawi” bukan sifat ”kebinatangan”

• Kesucian dan keharmonian hidup keluarga

• Melaksanakan tugas khilafah di bumi Allah dengan mengikut panduan Allah S.W.T dan sentiasa
memegang janji dan amanah Allah

• Matlamat Tamadun Islam juga ialah untuk memartabatkan Islam sebagai AI-Din iaitu satu cara hidup
yang yang lengkap selaras dengan fitrah manusia. Manusialah pemacu dan penggerak kepada
tamadun
Tamadun Islam pelihara 3 hubungan
• Hubungan Manusia Dengan Allah
Hubungan manusia dengan Pencipta iaitu Allah S.W.T ialah
beribadat mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Allah
S,W.T dan Rasulnya Nabi Muhammad s.a.w. Ia melibatkan
hubungan antara hamba dengan Penciptanya.

Hubungan tersebut merupakan hubungan paling tinggi dan


mulia dalam kehidupan manusia, mengatasi hubungan yang
wujud antara manusia sesama manusia atau makhluk lain.
• Hubungan Manusia Sesama Manusia

• Manusia dijadikan oleh Allah S.W.T dari asal keturunan yang satu iaitu Adam
a.s.

• Oleh yang demikian hubungan manusia dengan manusia yang lain adalah
sebagai sebuah keluarga yang berasal dari jiwa yang satu. Justeru dalam
perhubungan mereka seharian perlulah mengikut aturan yang telah
ditentukan oleh Allah S.W.T dalam menjamin agar tidak timbul kezaliman,
perseteruan malah hubungan yang wujud dalam setiap lapangan kehidupan
samada yang bersifat peribadi mahupun kemasyarakatan berasaskan tolong
menolong dan hormat menghormati.

• Ini adalah kerana masyarakat muslim adalah masyarakat yang terbentuk


berdasarkan konsep kesatuanummah. Ini menjadikan masyarakat Islam
sebuah masyarakat yang berbentuk sejagat, tidak bersifat perkauman, tidak
bersifat kebangsaan serta tidak terbatas dalam lingkungan sempadan
geografi dan politik
• Bagi masyarakat muslim, hanya satu ukuran yang mendapat
tempat di sisi Allah Yang Maha Mencipta iaitu ketakwaan
kepadaNya, di samping berbuat baik kepada sesama manusia.
Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13 bermaksud :

• ” Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah


menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami telah
menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku
(puak) supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra
anatara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di
sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu
(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya
Allah Maha mengetahui lagi maha mendalam
pengetahuanNya”
Hubungan Manusia Dengan Alam
• Allah S.W.T telah mencipta alam semesta ini untuk dinikmati oleh makhluk
ciptaanNya Manusia sebagai khalifah Allah S.W.T di muka bumi ini telah
dipertanggungjawabkan untuk memelihara alam ini. Allah S.W.T telah
memberikan panduanNya kepada manusia berhubung dengan hubungan yang
sepatutnya dengan alam. Firman Allah S.W.T dalam Surah al-A’raf ayat 56
yang bermaksud :

• ”Janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah Allah menyediakan segala


yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan
perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima). Sesungguhnya rahmat Allah itu
dekat kepada orang-orang yang berbuat kebajikan.”

• Menurut Islam, manusia dan alam adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T namun manusia diberikan
taraf lebih tinggi berbanding dengan makhluk lain lantaran kelebihan akal dan tanggungjawab
sebagai khalifah.

• Manusia perlu memelihara dan memulihara alam sekitar mengikut peraturan- peraturan Allah
S.W.T ataus unnatull ah
MANIFESTASI DAN SIFAT-
SIFAT TAMADUN ISLAM

• Manifestasi Tamadun Islam adalah untuk


melindungi dan memelihara lima perkara
yang dianggap darurat dalam tamadun
manusia iaitu :
Memelihara Agama
• Sikap Islam; memberikan kebebasan beragama dan tidak memaksa org lain
untuk menerima Islam. Firman Allah:
• “Tidak ada paksaan dalam (memasuki) ugama (Islam),
• kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran dari kesesatan. Oleh itu, sesiapa
yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka
sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh
yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui.: (al-Baqarah: 256)
• Namun apabila telah Islam, ia tidak boleh keluar (murtad) dari agama Islam.
Itu satu pengkhianatan dan jenayah yg besar: Firman Allah:
• “dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya
(ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang
demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat,
dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).
(al-Baqarah:217)
• Islam juga memberikan kebebasan berfikir, memberi
pendapat & lain2 dan tertakluk kpd keizinan Allah dan
ia boleh ditarik balik andainya ia menggugat hak dan
kepentingan manusia lain.

• Islam juga melalui akidahnya membebaskan manusia


dari pengabdian dan penyembahan kpd sesuatu yg
berbentuk manusia, benda, hawa nafsu, syaitan, iblis,
jin, ruh dan sebagainya.
Memelihara Nyawa
• Hak menghidup dan mematikan adalah hak Allah. Hanya Allah yg sebenar-
benarnya berkuasa menentukan hidup dan mati seseorang. Tiada sesiapa
berhak mencabar hak tersebut.
• Islam mengharamkan pembunuhan orang lain kecuali melalui jalan yang
hak; contoh; mempertahankan diri & hukum bunuh. Firman Allah swt:“
• “Sesiapa yang membunuh orang tanpa kesalahan atau berbuat kerosakan di
bumi, maka seolah-olah ia membunuh manusia seluruhnya” (Surah al-
Maaidah: 32)
• Juga haram bunuh diri sendiri. Firman Allah:“
• “Jangan kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah itu amat pengasih
kepada kamu. Sesiapa yang melakukan demikian itu secara ceroboh dan
zalim, maka kami (Allah) akan membakarnya dengan api neraka, yang
demikian itu amat mudah bagi Allah” (Surah al-Nisa’ : 29 &30)
• Cara-cara Islam dalam menjaga hak-hak hidup:
Kawalan kesihatan & melawan penyakit
Pengharaman perkara yg memudharatkan (dadah,arak
dll)
• Pengharusan setiap perkara yang bermatlamatkan
kehidupan spt. makan, minum, pakaian & sebagainya.
Firman Allah swt:
• “Makan dan minumlah kamu, tetapi jangan melampaui
batas” (Surah al-Al-Araaf: 31).
• Mengharuskan makan dan minum sesuatu yang asalnya
haram dalam keadaan dharurat
Memelihara Akal Fikiran