Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pengenalan

Umumnya pembandaran ialah suatu perubahan penduduk dari desa menjadi Bandar.
Perubahan boleh berlaku melalui beberapa cara. Pertama, perpindahan penduduk dari
desa ke Bandar, kedua melalui perluasan Bandar yang merebak ke kawasan luar Bandar
di sekitarnya, ketiga melalui perancangan pembangunan in situ di kawasan desa yang
menyebabkan guna tanah dan penduduk desa terbandar. Kawasan terbandar biasanya
mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan mempunyai tahap penyedian
kemudahan pasarana dan sosial yang lebih baik. Guna tanah bukan utamanya bukan lagi
pertanian tetapi bangunan atau kediaman, tempat menjalankan aktiviti perniagaan,
perdagangan, perindustrian dan perkhidmatan. Proses pembangunan secara perpindahan,
rebakan Bandar dan perancangan perbangunan in situ lazimnya menyebabkan penduduk
mengalami perubahan sosioekonomi terutamanya dari segi perkerjaan, pendidikan, sikap,
tahap kesihatan dan budaya kehidupan.

Dalam dunia sebenar, fenomena pembandaran agak sukar untuk diukur. Ini kerana daya
penglihatan dan keupayaan manusia mencerap penunjuk pembandaran amat terbatas.
Disebabkan kekurangan maklumat atau petunjuk yang lengkap maka para penulis dan
pengkaji cenderung untuk memberikan pandangan yang berbeza tentang maksud
pembandaran. Pendekatan pertama adalah pendefinisian yang berasaskan pertunjuk
demografi, dan pendekatan kedua mentakrif pembandaran sebagai suatu proses
perubahan dalam konteks politik-ekonomi, sesebuah Negara.

Bandar ialah petempatan yang mempunyai ciri moden dan maju dengan jumlah penduduk
tertentu dan telah diwatakan oleh pemerintah. Ciri moden yang dimaksukan ialah guna
tanah bukan pertanian tetapi perumahan, perdagangan, perindustrian dan perkhidmatan.
Manakala kemudahan asasnya baik dan keadaan persekitarannya bersih serta tersusun.
Jumlah penduduk Bandar berbeza menurut tempat dan waktu.( Katiman Rostam(2002). )

1
2.0 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Proses Pembandaran Yang Di Malaysia
Sejak Tahun 1970.

2.1 Migrasi

Pada tahun 1970-an data destinasi migran mula di kumpulkan daripada jumlah 2 juta
migran, 21 peratus berpindah dari luar Bandar ke Bandar. Bakinya 79 peratus berpindah
dari sesebuah Bandar ke andar yang lain. Negeri selangor mencatatkan perpindahan dari
Bandar ke Bandar sebanyak 39 peratus, pulau pinang 32 peratus dan perak sebanyak 23
peratus. Ini bermakana lebih ramai yang berpindah ke Bandar daripada luar Bandar.

Pertumbauhan urbanisasi yang tinggi telah berlaku antara tahun 1970 dengan 1980-an.
Urbanisasi di terengganu bertambah sebanyak 15.9 peratus, kelantan sebanyak 12.9
peratus, negeri sembilan sebanyak 11.0 peratus, pahang dan johor meningkat sebanyak 8-
9 peratus. Sebenarnya kadar ubanisasi Malaysia hanya meningkat sebanyak 7.3 peratus
sahaja. Keadaan ini menunjukan kadar urbanisasi di Malaysia timur bergitu perlahan dan
kedua-dua buah negeri ini harus mengadakan program pembangunan yang lebih dinamik
untuk menarik lebih ramai penduduk luar Bandar ke Bandar di masa hadapan. ( Usman
haji Yaakod (1989).)

Masalah migrasi banyak di hadapi oleh kebanyakan Negara membangun. Tetapi pada
hari ini, pembangunan yang pesat di kawasan Bandar menjadi satu bidang penarik migran
dari kawasan luar bandar ke bandar. Kawasan luar bandar dan pendalaman yang terbiar
tidak dapat menampung penduduk yang ramai keran kurang peluang perkerjaan dan juga
kurang kemudahan asas seperti kesihatan, perubatan, persekolahan dan perkhidmatan
sosial yang lain. Mengikut Bock Rothen Bag terdapat tiga sebab utama berlakunya
migrasi dalaman di negara membangun , pertumbuhan penduduk, perindustrian,
urbanisasi. Migrasi daripada luar negeri atau dalam negeri mempunyai banyak kebaikan
kepada negara. Contohnya pada masa dahulu ramai migran datang ke sekitar lembah
Klang untuk mencari perkerjaan di sektor perlombongan. Pada masa kini Lembah Klang
sudah menjadi bandar Raya akibat daripada kedatangan migran tersebut

2
Pada masa kini perbandaran terjadi akibat daripada pelbagai perkhidmatan yang
disediakan kepada penduduk bandar. Keadaan ini menarik minat migran untuk berhijerah
ke bandar. Antara kemudahan yang di sediakan seperti pendidikan, perkhidmatan dan
lain-lain. Kemajuan perindustrian dan urbanisasi saling berkaitan antara satu dengan yang
lain menjadikan faktor yang menarik penduduk di kawasan bandar.

2.2 Perindustrian

Istilah perindustrian telah diberi penghuraian yang berbeza-beza oleh beberapa ahli
ekonomi dan ahli-ahli disiplin yang lain. Menurut Muray Brayce (1960), pengertian
perindustrian boleh dihuraikan dalam dua bentuk. Dalam pengertian yang sempit
perindustrian membawa erti pembangunan di sektor industri, manakala dalam pengertian
yang luas pula perindustrian ditakrifkan sebagai pembangunan infrastruktur seperti stesen
tenaga dan kemudahan-kemudahan pengangkutan. Ini kerana, ketiadaan kemudahan-
kemudahan tersebut membuatkan perindustrian moden tidak akan dapat diwujudkan.

Pembangunan negara berkait rapat dengan pembangunan ekonomi. Ramai ahli ekonomi
menganggap perindustrian sebagai suatu pemangkin untuk menggerakkan pembangunan
ekonomi secara keseluruhan. Projek-projek pembangunan ini yang biasanya bercorak
intensif modal menjadi pendorong kepada pembangunan sesuatu kawasan. Kawasan
sekitar sesebuah projek perindustrian akan mendapat faedah melalui proses yang dikenali
sebagai 'kesan limpahan'. Ini bermakna, pembangunan melalui peluang pekerjaan,
peningkatan kemudahan dan infrastruktur bukan sahaja akan mempengaruhi
pembangunan kawasan setempat malahan pembangunan di kawasan sekitarnya. Dengan
terdapatnya kawasan perindustrian maka sesebuah Bandar akan terbentuk.

Perindustrian di Malaysia, sektor perindustrian telah dianggap mempunyai tenaga


dinamik yang boleh menggerakkan pembangunan. Di Malaysia, peranan perindustrian
dalam pembangunan negara jelas membawa banyak faedah dari segi peningkatan
keluaran dan eksport negara serta pekerjaan.

3
Di bawah Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970), Perbadanan Kemajuan Industri
Persekutuan (FIDA) ditubuhkan bertujuan untuk memperkuatkan pembaikan galakan
industri serta memainkan peranan dalam membangunkan industri negara. Fungsi
perbadanan ini jelas apabila terdapatnya peningkatan dalam nilai di tambah sektor
pembuatan pada tahun 1971 iaitu sebanyak 13.1 peratus berbanding dengan 8.5 peratus
pada tahun 1960. Terdapat juga sumbangan lain yang terhasil daripada program
perindustrian di Malaysia seperti kepelbagaian keluaran, peningkatan peluang pekerjaan
dan sebagainya.

Sumbangan keluaran sektor ini telah menyebabkan KDNK Malaysia meningkat setiap
tahun. Misalnya KDNK tahunan bagi tahun 1980 ialah sebanyak RM 5,374,000
meningkat kepada RM 15,509,000 pada tahun 1990 iaitu peningkatan sebanyak 188.60
peratus dalam tempoh 10 tahun. Pencapaian ini disebabkan oleh eksport Malaysia yang
bertambah serta permintaan dalam negara yang semakin meningkat. Antara industri
utama yang banyak memberikan sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi ialah industri
minyak, lemak, tekstil, jentera dan elektronik.

Pekerjaan Kebanyakan industri yang dibangunkan akan memberikan kesan yang besar
terhadap gunatenaga kerana ia membuka lebih banyak peluang pekerjaan yang baru.
Kemajuan perindustrian di Malaysia dalam tempoh sepuluh tahun iaitu dari tahun 1980
sehingga 1990, telah mewujudkan lebih daripada 9,411,000 peluang pekerjaan. Industri
pakaian, elektrik dan elektronik, serta barangan makanan kesemuanya telah memberikan
sumbangan yang besar terhadap jumlah pekerjaan baru yang di wujudkan dalam sektor
perindustrian.

Menurut Goss (1962), sesebuah negara tidak dianggap maju atau membangun selagi ia
tidak melalui proses perindustrian. Kini, sektor perindustrian boleh disifatkan sebagai
faktor penggerak utama pembangunan ekonomi selain daripada sektor pertanian.

Pembangunan perindustrian yang berlaku di Malaysia telah bermula sejak selepas


merdeka lagi. Pada mulanya, penekanan kerajaan terhadap sektor ini adalah sebagai salah

4
satu usaha untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi di Malaysia. Namun, selepas
perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), kepentingan sektor ini jelas dalam
menyumbangkan pendapatan kepada Malaysia di samping sektor pertanian. Untuk itu,
kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengembangkan lagi sektor ini
termasuklah pemberian galakan serta penubuhan badan-badan khusus yang berfungsi
untuk melancarkan program pembangunan perindustrian di Malaysia.

Terdapat banyak kajian mengenai potensi perkembangan perindustrian di kawasan luar


bandar di Malaysia, namun kajian mengenai kesan perindustrian terhadap pembangunan
ruang dan kawasan adalah amat terhad. Walau bagaimanapun, kajian mengenai kesan
industri luar bandar di luar negara menunjukkan penubuhan industri di sesebuah negara
mendapat sambutan dengan meninggalkan kesan yang berbeza-beza dari sebuah negara
dengan negara yang lain. Menerusi pekerja-pekerja kumpulan aktiviti yang baru muncul,
perkembangan industri boleh menyebabkan pertambahan permintaan dalam
perkhidmatan dan barangan. Kenaikan pendapatan secara langsung menyebabkan
perubahan kepada wilayah tersebut. Dengan adanya bidang perindustrian di sesuatu
kawasan maka suatu kawasan Bandar akan tertubuh.

2.3 Politik / Refomasi Tanah dan Kerajaan

Proses penyatuan tanah yang berpecah seperti yang di lakukan di sesetengah Negara
menggalakan perkembangan petempatan berkelompak. Di Malaysia pembukaan tanah
pertanian oleh agensi kerajaan seperti LKTP dan kerajaan Negeri, mewujudkan
petempatan berpusat yang lebih terancang sebagai contoh pada masa kini Bayang Lepas
menjadi kawasan yang maju akibat daripada dasar kerajaan yang memberikan perlepasan
cukai dan tarap printis kepada pemaju di sekitar Bayang Lepas. Keadaan ini
menggalakkan lagi para pelabur untuk masuk melabur di kawasan sekitar itu. Semakin
rami kedatangan para pelabur yang ingin melabur di kawasan itu maka kawasan itu akan
menjadi Bandar pada masa akan datang.

5
Selain itu Pusat Bandar Jengka juga merupakan salah satu pengaruh daripada dasar
kerajaan untuk membangunkan kawasan itu. Kerajaan membina kawasan petempatan di
tengah-tengah kawasan pertanian dan memberikan pelbagai kemudahan. Sector pertanian
menjadi penggerak kepada penubuhan pusat Bandar Jengka. Pembinaan jalan raya,
terusan , kemudahan kesihatan, bekalan elektrik dan air boleh menyebabkan penduduk
tertarik untuk mendiami kawasan berdekatan dengannya kerana ingin menikmati
kemudahan yang disediakan. Akibatnya majulah kawasan petempatan berpusat di sekitar
puast perkhidmatan dan penggankutan berjajar di sepanjang jalan penggankutan , terusan
dan sebagainya menjadi Bandar.

2.4 Ekonomi

Faktor ini lebih penting berbanding daripada faktor yang lain. Sistem dan saiz kawasan
pertanian , jenis tenakan atau tenakan yang berbeza boleh menghasilkan pola petempatan
berkelompok atau berpusat. Pertanian pindah menggalakkan kewujudan petempatan
berkelompok atau berpusat. Pertanian ladang atau perlombongan, perkhidmatan dan
perdagangan di Bandar juga menggalakkan pemusatan petempatan kawasan pertanian
campur, rumah kediaman yang di bina berhampiran dengan pusat perkhidmatan
menghasilkan pertumbuhan pembandaran. Kegiatan pertanian yang lain seperti
kediaman, pembalakan dan pelancongan menghasilkan corak petempatan yang berbeza.
Kampung Nelayan di Malaysia lebih mirip untuk membentuk pola berjajar di pinggir
pantai. Petempatan berpusat juga wujud di kawasan perlancongan. Pusat pelancongan
juga lazimnya membentuk pekan kecil.

6
2.5 sejarah / Perlindungan dan Keselamatan

Pada masa dahulu, akibat daripada acaman komunis di semenanjung Malaysia, maka
kerajaan mengambil keputusan untuk mengelompokkan penduduk di satu kawasan.
Kawasan pengelompokkan penduduk ini diri nama sebagai kampung Baru. Pembinaan
kampung Baru ini dapat menggelakan daripada ancaman komunis dan memberikan
perlindungan dan keselamatan kepada penduduk. Oleh itu wujudlah kawasan
penggelompokan berpusat. Kesan daripada pembinaan Kampung Baru itu berlakulah
pelbagai aktiviti dan kemudahan yang disediakan. Perkembangan di sekitar kawasan
kampung Baru ini berterusan dan lama kelamaan membentuk pola pembandaran

2.6 Keadaan Fizikal Tapak

Tapak yang sempit menggalakkan petempatan berpusat seperti yang terdapat di kawasan
perlombongan, oasis dan puncak tanah tinggi. Di kawasan pertanian luas, petempatan
cenderung untuk berselerak. Manakala di terbing sungai yang tinggi dan pinggir laut
petempatan biasanya bercorak sejajar.

2.6 penduduk

Perpindahan penduduk ke semenanjung malaysia boleh di kaitkan dengan proses


pembangunan. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan penduduk cenderung
berpindah ke bandar. Motif perkerjaan. Dasar kerajaan yang banyak menumpukan
pembangunan di kawasan bandar menyebabkan sebahagian besar peluang perkerjaan
terdapat di kawasan seperti itu. Penubuhan pusat perindustrian seperti Sungai Way
berhampiran Kuala Lumpur, Pertaling Jaya, Shah Alam, Senawang, Tampoi, Perai dan
lain-lain menyediakan peluang perkerjaan yang banyak kepada penduduk. Kuala Lumpur
dan bandar ibu negeri lain adalah pusat pertadbiran , pengangkuatan, perdagangan,
perniagaan, kebudayaan dan pendidikan. Fungsi ini juga menyediakan banyak

7
menyediakan perkerjaan kepada penduduk. Peluang perkerjaan menjadi tarikan utama
untuk berpindah ke bandar.

Perpindahan penduduk ke negeri-negeri yang lain juga di kaitkan dengan pembangunan


dan penerokaan kawasan pertanian. Johor menerima kemasukan 118000 orang yang
sebahagian besarny menuju ke arah Johor Tenggara( KEJORA ). Bergitu juga
perpindahan ke Terengganu, kebanyakan menuju ke arah pembangunan Terengganu
Tengah (KETENGAH) selain ke kawasan pantai yang sedang maju dengan perusahaan
petroleumnya. Oleh kerana terdapat pengaliran penduduk dari luar kawasan negeri
tersebut, kini perbukaan tanah sudah tidak dilakukan. Perpindahan berubah corak dengan
tumpuan ke kawasan perindustrian seperti Selangor dan Johor.

Manakala bagi kawasan yang di datangi oleh penghijerah kesannya lebih nyata.
Umumnya perpindahan dapat mengimbangi taburan penduduk antara kawasan di dalam
negara serta memajukan kawasan yang sebelumnya mundur. Perpindahan antara kawasan
dapat mencorakan taburan penduduk di negara berkenaan. Selain itu perpindahan juga
boleh dijadikan strategi penting bagi membantu mengimbangi proses pembangunan
negara jika di rancang dengan baik. Perpindahan juga merupakan strategi yang berguna
bagi mengawal proses pembandaran. Dengan mengubah haluan perpindahan misalnya,
selain menuju ke kawasan kawasan pembangunan wilayah, racangan racangan boleh di
buat supaya penduduk tertarik untuk berpindah ke bandar sederhana untuk mengurangkan
penumpuan penduduk di bandar besar. Oleh itu jelas di sini terdapat hubungan yang rapat
di antara perpindahan penduduk dengan pembangunan.

8
RUJUKAN

Sham Sani, Abdul Samad Hadi.(1986). Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia: Isu
dan Pengurusannya.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Razali Agus, Tasbir Noor Sidin.(2000). Pembandaran dan Perancangan


Persekitaran. Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distribution.

Katiman Rostam.(2002). Prinsip Asas Persekitaran Manusia. Kuala Lumpur. Universiti


Kebangsaan Malaya.

Usman haji Yaakod(1989). Prinsip Kajian Kependudukan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka.