Anda di halaman 1dari 18

KOMUNIKASI KHALAYAK

1. PIDATO/SYARAHAN

Pidato atau syarahan adalah aktiviti pengucapan umum yang penting dalam kehidupan. Melalui aktiviti ini,
seseorang akan dilatih untuk berfikir secara logik, menaaku;, menganalisis dan berhujah dengan baik. Selain itu,
aktiviti berpidato dapat melatih seseorang untuk melahirkan pendapat dengan menggunakan bahasa yang lebih tepat
dan menyampaikannya dengan gaya yang menarik dan meyakinkan.

DEFINISI PIDATO/SYARAHAN

Pidato adalah pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak ramai untuk menghuraikan dan
menjelaskan sesuatu tajuk. Berpidato atau syarahan merupakan aktiviti bekomunikasi secara sehala, iaitu pemidato
akan menjelaskan perkara-perkara tentangsesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan untuk mempengaruhi para
pendengar supaya bersetuju dengan apa yang dipidatokan. Pidato/syarahan juga bertujuan menerangkan sesuatu
maklumat bagi meyakinkan sekumpulan pendengar.

TUJUAN PIDATO/SYARAHAN
Lazimnya pidato/syarahan dilakukan untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut :
1. memberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek-aspek penting
tentang tajuk tersebut
2. memberitahu audien tentang sesuatu perkara baru seperti peristiwa atau hal-ehwal
semas yang menarik hati
3. memberi keyakinan kepada pendengar tentang pendiriannya terhadap sesuatu
perkara; dan
4. mempengaruhi audien supaya memberi pehatian yang serius terhadap isu yang
penting
BINAAN SESUATU TEKS PIDATO/UCAPAN

KOMUNIKASI KHALAYAK
1. PIDATO/SYARAHAN

Pidato atau syarahan adalah aktiviti pengucapan umum yang penting dalam kehidupan. Melalui aktiviti ini,
seseorang akan dilatih untuk berfikir secara logik, menaaku;, menganalisis dan berhujah dengan baik. Selain itu,
aktiviti berpidato dapat melatih seseorang untuk melahirkan pendapat dengan menggunakan bahasa yang lebih tepat
dan menyampaikannya dengan gaya yang menarik dan meyakinkan.

DEFINISI PIDATO/SYARAHAN

Pidato adalah pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak ramai untuk menghuraikan dan
menjelaskan sesuatu tajuk. Berpidato atau syarahan merupakan aktiviti bekomunikasi secara sehala, iaitu pemidato
akan menjelaskan perkara-perkara tentangsesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan untuk mempengaruhi para
pendengar supaya bersetuju dengan apa yang dipidatokan. Pidato/syarahan juga bertujuan menerangkan sesuatu
maklumat bagi meyakinkan sekumpulan pendengar.

TUJUAN PIDATO/SYARAHAN
Lazimnya pidato/syarahan dilakukan untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut :
1. memberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek-aspek penting
tentang tajuk tersebut
2. memberitahu audien tentang sesuatu perkara baru seperti peristiwa atau hal-ehwal
semas yang menarik hati
3. memberi keyakinan kepada pendengar tentang pendiriannya terhadap sesuatu
perkara; dan
4. mempengaruhi audien supaya memberi pehatian yang serius terhadap isu yang
penting
BINAAN SESUATU TEKS PIDATO/UCAPAN
Dalam pembinaan atau perancangan teks sesuatu pidato/syarahan, terdapat bahagian-
bahagaian yang perlu diambil perhatian itu,
1. Pembuka kata

Bahagian ini menyatakan penghargaan kepada para hadirin dan pihak-pihak tertentu yang mengundang pemidato
untuk menyampaikan pidato/syarahan yang berkenaan.

2. Menarik minat dan membina keyakinan pendengar

Bahagian ini merupakan permulaan atau pendahuluan kepada isi pidato/syarahan. Biasanya, takrif atau penjelasan
tajuk pidato/ syarahan perlu diberikan dalam bahagian ini.

3. Isi atau amanat


Isi pidato/syarahan merupakan bahagian terpenting dan perlu diberikan penekanan
yang sewajarnya.
4. Penutup isi/amanat
Penutup isi ialah kesimpulan yang dibuat berdasarkan isi yang terdapat dalam
pidato/syarahan tadi.
5. Penutup pidato/syarahan

Bahagian ini merupakan bahagian terakhir. Dalam bahagian ini, pemidato perlu merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada pihak penganjur, melafazkan ribuan ampun dan maaf serta menyampaikan harapan agar
pidato/syarahan tadi akan memanfaatkan para hadirin.

Dari segi penyampaian, pemidato yang cekap harus menguasai kemahiran-kemahiran memulakan pidato/syarahan,
melahirkan pendapat, penyampaian yang menarik dan menutup pidato/syarahan.

KEMAHIRAN MEMULAKAN PIDATO/SYARAHAN


Kemahiran memulakan pidato/syarahan terdiri daripada peringkat persediaan dan
peringkat permulaan ucapan.
Peringkat Persediaan

Peringkat persediaan amat penting dan boleh menentukan kejayaan atau keberkesanan sesuatu pidato/syarahan. Di
peringkat ini, pemidato perlu melakukan persediaan seperti yang berikut:

1. Mengetahui tujuan berpidato, iaitu sama ada hendak memberi penerangan,

menyampaikan maklumat, memberi inspirasi atau memujuk/mempengaruhi para pendengar

2. Menganalisis audien dan majlis dari aspek-aspek seperti yang berikut:


(a) Apakah jenis dan tujuan majlis?
(b) Siapakah bakal pendengar atau audien majlis?
(c) Berapa ramaikah audien?(saiz audien)
(d) Apakah minat mereka?
(e) Apakah tahap ilmu pengetahuan, kelulusan atau kelayakan mereka?
(f) Bagaimanakah sikap audien terhadap pidato nanti?
(g) Jantina audien.
(h) Umur audien
3. Mengumpul maklumat yang sesuai mengikut tujuan majlis dan jenis audien.

4. Menyusun maklumat dan mengelaskannya kepada tiga kategori iaitu:


(a) fakta yang wajib disampaikan untuk mencapapai tujuan pidato
(b) fakta yang harus dimasukkan untuk memantapkan pidato
(c) fakta yang boleh dimasukkan jiak perlu dan masa mengizikan
5. Menganggarkan jangka masa yang diperlukan untuk menyampaikan pidato yang
berkenaan.
6. Meneliti tempat berpidato, iaitu sama ada di dewan atau di luar dewan dan
mengenalpasti ada kemudahan yang lain.
Peringkat Permulaan Ucapan
Peringkat pemulaan ucapan amat penting untuk menarik minat audien dan pemidato
harus memiliki kemahiran-kemahiran seperti berikut:
1. Menyampaikan salam mengikut kesesuaian majlis;
2. Menyampaikan kata alu-aluan kepada pengerusi majlis,dif-dif kehormat, jem[utan
khas, pihat penganjur dan para hadirin mengikut susunan protokol;
3. Menarik minat dan membina keyakinan audien melalui:
(a) pernyataan fakta yang merangsangkan
(b) kenyataan yang provokatif
(c) soalan yang membangkitkan minat dan perasaan ingin tahu dikalangan
audien. Contohnya, “Tahukah anda bahawa…”.
(d) Petikan atau data yang memeranjatkan audien.

4. Menyatakan tajuk pidato/syarahan dan memperkenalkan tajuk keseluruhan dengan mengetengahkan beberapa idea
utama yang akan dihuraikan nanti agar audien bersedia untuk mengikuti pidato/syarahan.

Dalam pertandingan pidato/syarahan, pemidato biasanya dikehendaki memberi definisi


tajuk pidato/syarahan dengan jelas dan mantap dalam peringkat permulaan ucapan.
PENYAMPAIAN YANG MENARIK

Isi dan susunan pidato/syarahan yang berkualiti harus disampaikan dengan gaya yang menarik. Aspek-aspek penting
dalam penyampaian pidato/syarahan yang berkesan termasuklah kelancaran,nada dan intonasi,kecekapan berbahasa
dan gaya.

3. Mengumpul maklumat yang sesuai mengikut tujuan majlis dan jenis audien.

4. Menyusun maklumat dan mengelaskannya kepada tiga kategori iaitu:


(a) fakta yang wajib disampaikan untuk mencapapai tujuan pidato
(b) fakta yang harus dimasukkan untuk memantapkan pidato
(c) fakta yang boleh dimasukkan jiak perlu dan masa mengizikan

5. Menganggarkan jangka masa yang diperlukan untuk menyampaikan pidato yang


berkenaan.
6. Meneliti tempat berpidato, iaitu sama ada di dewan atau di luar dewan dan
mengenalpasti ada kemudahan yang lain.
Peringkat Permulaan Ucapan
Peringkat pemulaan ucapan amat penting untuk menarik minat audien dan pemidato
harus memiliki kemahiran-kemahiran seperti berikut:
1. Menyampaikan salam mengikut kesesuaian majlis;
2. Menyampaikan kata alu-aluan kepada pengerusi majlis,dif-dif kehormat, jem[utan
khas, pihat penganjur dan para hadirin mengikut susunan protokol;
3. Menarik minat dan membina keyakinan audien melalui:
(a) pernyataan fakta yang merangsangkan
(b) kenyataan yang provokatif
(c) soalan yang membangkitkan minat dan perasaan ingin tahu dikalangan
audien. Contohnya, “Tahukah anda bahawa…”.
(d) Petikan atau data yang memeranjatkan audien.

4. Menyatakan tajuk pidato/syarahan dan memperkenalkan tajuk keseluruhan dengan mengetengahkan beberapa idea
utama yang akan dihuraikan nanti agar audien bersedia untuk mengikuti pidato/syarahan.

Dalam pertandingan pidato/syarahan, pemidato biasanya dikehendaki memberi definisi


tajuk pidato/syarahan dengan jelas dan mantap dalam peringkat permulaan ucapan.
PENYAMPAIAN YANG MENARIK
Isi dan susunan pidato/syarahan yang berkualiti harus disampaikan dengan gaya yang menarik. Aspek-aspek penting
dalam penyampaian pidato/syarahan yang berkesan termasuklah kelancaran,nada dan intonasi,kecekapan berbahasa
dan gaya.

Kelancaran
1. Memulakan pidato/syarahan dengan keyakinan tinggi terhadap diri dan

pengetahuan yang sedia ada


2. Pandang tepat ke arah audien semasa menyampaikan pidato.
3. Pengaliran idea secara berterusan tanpa terlalu kerap merujuk kepada nota.

4. ‘Pause”- berhenti seketika pada akhir pemyampaian sesuatu fakta atau di mana
perlu untuk audien memahami atau mengikuti hujah.
5. kawalan masa, iaitu memulakan pidato/syarahan pada waktu yang ditetapkan dan
menamatkannya tepat pada waktunya.
6. Elakkan daripada melakukan gangguan wacana seperti ‘eh’,’em’, atau ‘ya’
7. Menyampaikan pidato/syarahan mengikut tempo yang sederhana, elakkan
penyampaian yang terlalu laju atau perlahan.
Nada dan Intonasi
Semasa berpidato, pastikan suara sedap didengar dan menarik. Nada dan intonasi

haruslah dipelbagaikan dan dikawal untuk tujuan yang tertentu. Misalnya,


1. nada tinggi dan bersemangat apabila hendak menarik perhatian
2. nada perlahan sedikit apabila hendak merayu dan meminta simpati.
3. nada sederhana tetapi mesra apabila memujuk
4. nada propaganda apabila hendak mempengaruhi
5. nada tinggi dan suara lantang apabila membakar emosi

Kecekapan Berbahasa

Pidato/syarahan yang berkesan disampaikan dengan menggunakan bahasa yang tepat dan indah. Pemidato perlu
menguasai bahasa dengan baik. Ciri-ciri penggunaan bahasa yang baik adalah seperti berikut :

1. Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang gramatis.


2. Aras bahasa bersesuaian dengan audien.
3. Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan ke dalam pidato unuk menarik minat
audien. Keindahan bahasa yang dimaksudkan ialah pantun,bahasa kiasan,

peribahasa dan perumpamaan.


4. Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menarik simpati.
5. Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien.
6. Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradap.

Gaya Penyampaian
1. Gerak tangan, mata dan gerak badan hendaklah selaras untuk menekankan fakta.
2. Jangan kaku dan beraksi berlebihan

3. Mimik muka hendaklah mengikut penekanan suara, iaitu senyum apabila


gembira, sedih apabila gundah dan marah apabila emosi tinggi
4. Pandang tepat ke arah audien untuk mewujudkan eye-contact yang sesuai
5. Menyelitkan unsur humor dalam penyampaian dan jangan menunjukkan wajah
yang terlalu serius.
6. Pakaian hendaklah kemas dan bersesuaian dengan majlis.
Pemidato perlu menonjolkan dirinya dahulu sebelum menonjolkan idea-ideanya. Oleh itu, pemidato perlu
memperlihatkan perwatakan, sikap dan pandangan yang positif serta penuh dengan keyakinan diri sendiri sebelum
berjaya mendapatkan keyakinan audien.
Kemahiran Menutup Ucapan

1. Sebelum mengakhiri pidato/syarahan, pemidato hendaklah membuat rumusan keseluruhan dan menegaskan
pendiriannya terhadap tajuk yang disampaikan untuk meyakinkan para pendengar;
2. Menggunakan nada suara yang lantang serta meyakinkan;
3. Menggunakan unsur-unsur keindahan bahasa yang menyerikan majlis seperti
kata-kata hikmat dan pantun apabila mengakhiri pidato/syarahan
4. Mengakhiri pidato/syarahan dengan meninggalkan suatu pesoalan rangsangan
kepada para pendengar untuk renungan dan penilaian bersama;
5. Mengatakan harapan agar apa yang telah disampaikan boleh memanfaatkan para
pendengar;
6. Mengamalkan adab atau tatacara majlis dengan mengucapkan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dan
7. Memohon maaf daripada para hadirin sekiranya tersilap kata semasa berpidato.

CONTOH PIDATO

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, Yang Arif panel hakim, guru-guru dan
hadirin yang dihormati sekalian. Assalamualaikum dan selamat pagi saya ucapkan. Bersyukur saya ke hadrat ilahi
kerana dapat kita bertemu pada pagi yang berbahagia ini. Dalam majlis ini,saya akan menyampaikan syarahan yang
bertajuk, “ Sungai Sumber Rezeki dalam Kehidupan Kita”

Sebelum saya meneruskan pidato saya, izinkan saya menjelaskan tajuk pidato yang akan saya sampaikan.
Menurut Kamus Dewan, sungai didefinisikan sebagai tali air. Sumber pula bermaksud punca dan kehidupan
bermaksud perihal hidup. Berdasarkan tafsiran tersebut, tajuk pidato ini dapat disimpulkan bahawa sungai
memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita

Hadirin yang dihormati,

Sungai ialah sumber air kepada semua kehidupan.Air sungai digunakan untuk minum,mandi,dan
membersihkan pakaian. Oleh itu, sungai sangat penting dalam kehidupan kita. Pada zaman dahulu, banyak tamadun
awal wujud di tepi sungai.Sungaai menjadi laluan utama pada waktu itu. Sungai juga menjadi punca air untuk
mengairi tanaman yang banyak memerlukan air seperti padi.

Hadirin yang saya hormati,

Selain sumber air, sungai juga membekalkan sumber rezeki. Sungai yang bersih menjadi habitat pelbagai
jenis hidupan air seperti ikan, udang, dan hidupan air yang lain. Sumber rezeki seperti ini menjadi mata pencarian
kepada nelayan.Sungai juga dapat diempang atau dijadikan saliran ke kolam ternakan ikan air tawar. Kegiatan
seperti ini akan menambahkan keluaran ikan dan sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan. Keluaran ikan air tawar
akan meningkat dan ini akan meningkatkan bekalan ikan dan produknya.

Hadirin sekalian,Sungai juga berpotensi untuk dimajukan menjadi kawasan rehat dan
rekreasi.Bayangkan betapa indahnya kawasan di sekitar sungai itu, jika dibina lorong pejalan kaki di sepanjang
kedua-dua belah liku sungai dan dihiasi dengan pokok bunga. Deretan pokok kayu pula sebagai teduhan kepada
pengunjungnya. Kawasan sungai boleh dijadikan tempat beriadah yang nyaman. Kawasan sungai yang telah
dimajukan dan perindah dapat juga dijadikan tarikan pelancong. Apatah lagi jika disediakan bot untuk menyusuri
sungai atau untuk memancing.
Usaha memajukan kawasan sungai ini juga dapat menyediakan peluang pekerjaan seperti pengusaha bot, peniaga
geri, dan kerja-kerja yang bersangkutan dengan pelancongan. Contohnya, sebuah kawasan sungai telah dibangunkan
di Pasir Salak, Perak. Kawasan tinggalan sejarah yang satu masa dulu merupakan sebuah kawasan sunyi dan tersisih
daripada keriuhan manusia telah dimajukan dan dikunjungi oleh ribuan pelancong dari dalam dan luar negara. Pasir
Salak sebuah pekan di tepi sungai kini dilengkapkan dengan rumah Kutai yang mempamerkan warisan orang
Melayu Perak dan terowong sejarah yang menempatkan pelbagai iluterasi sejarah untuk ditonton oleh
pengunjungnya.

Hadirin yang saya muliakan,

Memang tidak dapat dinafikan lagi betapa sungai itu penting dalam kehidupan kita. Sesungguhnya, sumber rezeki
dalam kehidupan kita. Sungai yang bersih dan tidak tercemar menjadi nadi kesejahteraan manusia. Oleh itu, marilah
kita bersama-sama menjaga kebersihan sungai agar tidak tercemar. Kita seharusnya membuang sikap buruk seperti
amalan membuang sampah ke dalam sungai supaya sungai kita sentiasa terjaga kebersihannya.

Akhir sekali, saya memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekasaran bahasa dan kata-kata yang menyinggung
perasaan para hadirin sekalian sepanjang syarahan saya tadi.

Sekian, terima kasih.

2. PERBAHASAN

Perbahasan adalah aktiviti perdebatan di antara dua pihak yang bertentangan pendapat tentang sesuatu isu. Ia
merupakan pengucapan yang berbentuk kumpulan iaitu setiap kumpulan terdiri daripada sekuang-kurangnya tiga
orang pembahas yang bekerjasama untuk menjelaskan pendirian dengan menyampaikan hujah dan bukti sama ada
menyokong atau membangkang sesuatu tajuk yang dikemukakan. Pada masa yang sama, pembahas-pembahas
memainkan peranan untuk mendapatkan sokongan dan meyakinkan para penonton serta pihak penghakiman dengan
menolak dan membidas hujah-hujah pihak lawan.

Setiap pembahas, baik pencadang mahupun pembangkang diberi masa yang ditetapkan untuk mengemukakan hujah-
hujah. Kecekapan berbahas bukan saja dinilai dari segi pembentangan hujah-hujah yang bernas dan bidasan-bidasan
yang tajam tetapi penyampaian yang menarik dari segi nada.intonasi,gaya dan penggunaan bahasa juga
dititikberatkan.

TATACARA BERBAHAS

Setiap sesi perbahasan dikendalikan oleh pengerusi perbahasan. Pengerusi perbahasan haruslah berkeyakinan, tegas
serta berkeupayaan untuk mengawal majlis supaya perbahasan dapat dijalankan dengan licin. Pengerusi perbahasan
akan dibantu oleh seorang penjaga masa. Setiap pembahas akan diberi peluang untuk mengemukakan pendapat atau
hujah dalam masa yang ditetapkan mengikut giliran.

Pencadang pertama akan memulakan sesi perbahasan dengan mendefinisikan tajuk perbahasan, menyatakan
pendirian dan menyampaikan hujah penyokong. Masa yang diperuntukkan adalah tujuh minit. Ini diikuti oleh
pembangkang pertama. Yang juga diberi masa tujuh minit untuk tujuan yang sama. Selepas itu, pencadang kedua
akan diberi masa enam minit untuk berhujah dan membidas isi hujah pembangkang pertama. Kemudian
pembangkang kedua pula akan menyampaikan hujah dan membidas pencadang pertama.
Pencadangdan pembangkang ketiga juga diberi masa enam minit untuk menjalankan tugas yang sama. Akan tetapi,
pencadang ketiga akan membidas hujah pencadang kedua manakala pembangkang ketiga akan mengemukakan
bidasan terhadap isi hujah pencadang kedua. Selepas itu, penggulungan hujah akan dilakukan oleh ketua pasukan
masing-masing. Masa yang diperuntukkan adalah tujuh minit.Pembangkang pertama akan memulakan
penggulungan dengan membidas hujah pencadang ketiga. Dalam penggulungan hujah seluruh pasukan, kesimpulan
juga harus diberi penegasan.

Akhirnya, pencadang pertama, selaku ketua pasukan akan membidas hujah pembangkang ketiga sebelum
menggulung hujah-hujah seluruh pasukannya. Masa yang diperuntukan juga selama tujuh minit. Kesimpulan dan
pendirian pencadang juga boleh ditegaskan semasa penggulungan hujah.

Jadual berikut merumuskan tatacara berbahas :

Pencadang

Masa 7 minit

Definisi, Pendirian dan Hujah

Pembangkang

Masa 7 minit

Definisi, Pendirian dan Hujah

Pencadang

Masa 6 minit

Hujah dan Bidas Isi Hujah Pembangkang 1

Pembangkang

Masa 6 minit

Hujah dan Bidas Isi Hujah Pencadang 1

Pencadang

Masa 6 minit

Hujah dan Bidas Isi Hujah Pembangkang 2

Pembangkang
3

Masa 6 minit

Hujah dan Bidas Isi Hujah Pencadang 2

Penggulungan

Masa 7 minit

(Pembangkang 1)

Bidas Hujah Pencadang 3

Rumah Isi – Pembangkang 1,2 ,3

Penggulungan

Masa 7 minit

(Pencadang 1)

Bidas Hujah Pembangkang 3

Rumah Isi – Pencadang 1,2 ,3

SYARAT-SYARAT PERBAHASAN

1. Tiap-tiap pasukan biasanya terdiri daripada tiga orang peserta utama- seorang

ketua dan dua orang pembantunya- dan seorang peserta simpanan.

2. Peserta pertama diberikan masa selama tujuh minit.

3. Peserta kedua dan ketiga diberikan masa enam minit.


4. Penggulung diberikan masa selama tujuh minit.
5. Penggulung adalah peserta pertama dalam setiap pasukan

6. Satu minit sebelum masa tamat, loceng amaran akan dibunyikan sekali. Apabila masa sudah tamat. Loceng akan
dibunyikan dua kali. Markah tidak akan diberikan kepada sebarang hujah yang akan disampaikan oleh pembahas
setelah loceng penamat dibunyikan.

7. Pembahas tidak dibenarkan membaca terus daripada nota atau markah ditolak
sekiranya peserta melakukannya.

8. Pembahas tidak dibenarkan mengkritik peribadi lawan, orang-orang tertentu, agama, dan kebudayaan, sesuatu kaum
tertentu dan mengemukakan isu sensitif. Markah akan ditolak jika pembahas melanggar peraturan ini.

9. Pengerusi berhak menegur sesiapa yang melanggar peraturan-peraturan di atas. Sekiranya pembahas tidak
menghiraukan tegurannya, pengerusi berhak memberhentikan perbahasan pembahas itu.

10. Jika berlaku gangguan ke atas pembahas-pembahas semasa berbahas seperti pitam,pengerusi boleh menangguhkan
perbahasan selama lima minit. Selepas tempoh tersebut dan pembahas berkenaan masih tidak dapat meneruskan
perbahasan, peserta simpanan akan dibenarkan menggantikan tempat pembahas berkenaan. Markah peserta
simpanan akan diambil kira.

KEMAHIRAN MENYUSUN IDEA

Dalam perbahasan, idea yang diperolehi perlu disusun dengan teratur supaya buah fikiran pembahas lebih mudah
difahami, menarik dan meyakinkan audien. Seperti dengan bentuk-bentuk wacana yang lain, perbahasan juga
mempunyai bahagian pendahuluan, isi dan penutup. Secara umum, pengucapan seluruh pasukan perbahasan akan
memperlihatkan satu penyusunan idea yang berpola “menyatakan kes dan membuktikannya”

Pola penyusunan isi “menyatakan kes dan membuktikannya” merupakan satu kaedah perkembangan idea
secara terus iaitu pembahas memberitahu audien apa yang akan disampaikan, menyampaikan isi dan hujahnya, dan
akhirnya memberitahu audien apa yang telah disampaikannya. Pembahas boleh bermula dengan pendahuluan,
menyatakan tesis utama dan isi-isi penting, memgembangkan isi-isi dan membuat rumusan di bahagian akhir.

Pola penyusunan “menyatakan kes dan membuktikannya” terdiri daripada bahagia-bahagian seperti
berikut:

1. Pendahuluan

2. Pernyataan seluruh tema dan isi-isi penting 3. Huraian dan penjelasan setiap isi atau hujah 4.
Kesimpulan dan rumusan isi

Dalam bahagian penutup, pembahas perlu merumuskan hujah rakan-rakan sepasukannya dan membuat
penegasan terakhir terhadap tajuk perbahasan. Bahagian penutup merupakan penamat hujah-hujah.

Contoh pola penyusunan idea “menyatakan kes dan membuktikannya” dalam


perbahasan.
TAJUK PERBAHASAN : SISTEM PERSEKOLAHAN SATU SESI PATUT
DILAKSANAKAN
PASUKAN : PENCADANG (Menyokong tajuk perbahasan)
Pencadang 1
1. Pendahuluan
(a) Menyatakan tajuk dan memberikan definisi tajuk perbahasan;
(b) Menegaskan pendirian sebagai pencadang dan menyokong bahawa sistem
persekolahan satu sesi wajar dilaksanakan;
(c) Menyatakan tema dan isi-isi penting yang akan dikemukakan oleh
pembahas dan rakan-rakan sepasukan.
2. Isi
Memberikan hujah-hujah yang menyokong tajuk serta bukti-bukti dan data
sokongan bahawa sistem persekolahan satu sesi:
(a) Membolehkan pelajar mempunyai “contact hours” yang lebih panjang
dengan guru dan rakan sekolah mereka
(b) Membolehkan satu bentuk jadual waktu yang fleksible digunakan di
peringkat sekolah;
(c) Membolehkan tumpuan yang lebih kepada mata pelajaran Bahasa
Inggeris, Sains dan Matematik
Pencadang 2
Menyambung hujah pencadang 1 dan menegaskan pendirian untuk menyokong
tajuk perbahasan. Hujah-hujah yang dicadangkan ialah sistem persekolahan satu sesi

boleh :
(a) mengukuhkan suasana sekolah penyayang
(b) membolehkan pelajar membuat latihan amali dan tugasan di sekolah
(c) memperuntukkan lebih banyak masa untuk aktiviti kreatif yang boleh disertai oleh
pelajar
Contoh pola penyusunan idea “menyatakan kes dan membuktikannya” dalam
perbahasan.
TAJUK PERBAHASAN : SISTEM PERSEKOLAHAN SATU SESI PATUT
DILAKSANAKAN
PASUKAN : PENCADANG (Menyokong tajuk perbahasan)
Pencadang 1
1. Pendahuluan
(a) Menyatakan tajuk dan memberikan definisi tajuk perbahasan;
(b) Menegaskan pendirian sebagai pencadang dan menyokong bahawa sistem
persekolahan satu sesi wajar dilaksanakan;
(c) Menyatakan tema dan isi-isi penting yang akan dikemukakan oleh
pembahas dan rakan-rakan sepasukan.
2. Isi
Memberikan hujah-hujah yang menyokong tajuk serta bukti-bukti dan data
sokongan bahawa sistem persekolahan satu sesi:
(a) Membolehkan pelajar mempunyai “contact hours” yang lebih panjang
dengan guru dan rakan sekolah mereka
(b) Membolehkan satu bentuk jadual waktu yang fleksible digunakan di
peringkat sekolah;
(c) Membolehkan tumpuan yang lebih kepada mata pelajaran Bahasa
Inggeris, Sains dan Matematik
Pencadang 2
Menyambung hujah pencadang 1 dan menegaskan pendirian untuk menyokong
tajuk perbahasan. Hujah-hujah yang dicadangkan ialah sistem persekolahan satu sesi

boleh :
(a) mengukuhkan suasana sekolah penyayang
(b) membolehkan pelajar membuat latihan amali dan tugasan di sekolah
(c) memperuntukkan lebih banyak masa untuk aktiviti kreatif yang boleh disertai oleh

pelajar
Pencadang 3
Menyambung hujah pencadang 2 dan membuat penegasan pendirian bahawa
sistem persekolahan satu sesi :
(a) menguntungkan penggunaan masa,misalnya pelajar tidak perlu berulang-alik ke

sekolah untuk menyertai aktiviti kokurikulum


(b) menentukan keselamatan pelajar lebih terkawal
(c) memudahkan penyiaran rancangan radio dan televisyen pendidikan

3. Penutup
Penggulung : (Pencadang 1)
(a) merumuskan isi/hujah pencadang 1,2 dan 3
(b) membuat penegasan terakhir tentang tajuk perbahasan, iaitu sistem persekolahan
satu sesi wajar dilaksanakan

Hujah yang berkesan haruslah menarik minat dan meyakinkan audien, mengandungi idea yang bernas dan
logik,alasan yang dan bukti yang kukuh dan contoh yang meyakinkan. Bukti merupakan unsur utama yang
memperkukuhkan sesuatu hujahan. Dua jenis bukti yang lazim dikemukakan ialah bukti yang jitu dan bukti yang
sempit. Bukti bagi menyokong sesuatu hujah boleh berdasarkan fakta, pengalaman dan pendapat yang autoritatif.
Unsur logik dan ketetapan dalam hujahan memainkan peranan penting untuk meyakinkan audien.

Pembahas haruslah menyampaikan hujah secara rasional, tegas dan yakin. Untuk membidas hujah pihak lawan
dengan berkesan, pembahas hendaklah mencari idea yang tepat secara spontan, menyusun isi bidasan secara teratur
dan menyampaikannya dengan menggunakan bahasa yang tepat, jelas dan mudah difahami.
Bidasan yang baik hendaklah jitu, bernas, logik dan disokong dengan bukti yang jitu dan contoh yang
munasabah. Idea - idea yang dirumuskan dalam perbahasan hendaklah memenuhi ciri-ciri seperti yang berikut :

(a) ringkas dan berkebolehan memantapkan hujah-hujah yang telah


disampaikan
(b) mempuyai unsur-unsur kesepaduan koheren dan dan berpautan.
Pembahas yang baik dapat menunjukkan kemahirannya dalam aspek-aspek keilmuan,
kecekapan berbahasa dan gaya penyampaian.
CONTOH DAN TEKS PERBAHASAN

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, barisan pembangkang, serta hadirin
sekalian, Assalamualaikum dan selamat pagi saya ucapkan. Tajuk perbahasan pada pagi ini ialah “ Sains Angkasa
Patut Dipelajari di Peringkat Sekolah ”.

Sebelum mengemukakan hujah,saya sebagai pencadang pertama ingin menjelaskan maksud “Sains Angkasa”.
“Sains Angkasa” ialah ilmu yang berkaitan dengan angkasa seperti planet, matahari, galaksi, dan peralatan yang ada
di angkasa. Sains Angkasa meliputi Astronomi, iaitu ilmu pengetahuan tentang kedudukan,

pergerakan, dan perkiraan yang berkaitan dengan bintang. Mengapakah kita perlu mempelajari ilmu ini
di peringkat sekolah? Persoalan inilah yang akan saya huraikan sebentar lagi.

Hadirin sekalian,

Zaman ini merupakan zaman teknologi maklumat. Sesiapa yang menguasai maklumat dengan cepat dan
tepat akan meraih keuntungan. Contohnya, seseorang yang mengetahui kemungkinan peningkatan
saham sesebua syarikat akan membeli saham tersebut bagi memperoleh keuntungan.

Saya menyokong tajuk ini dengan beberapa hujah yang akan saya huraikan. Hujah saya yang pertama
ialah ilmu teknologi maklumat yang berkaitan dengan satelit. Kita tidak boleh menjadi pembeli,
sebaliknya kita mestilah berusaha mencipta peralatan satelit. Oleh itu, minat dan asas ilmu dalam
bidang ini perlu ditetapkan kepada pelajar sejak di bangku sekolah lagi.apabila minat pelajar terhadap
Sains Angkasa telah dipupuk, maka sudah pastimereka tertarik untuk mendalami bidang ini sehingga
melahirkan pakar yang disegani.

Para hadirin sekalian,

Hujah saya yang kedua, era globalisasi menuntut kepakaran dalam bidang teknologi maklumat. Dalam
meniti dunia tanpa sempadan, kita perlu menghasilkan ciptaan baru bagi menyaingi atau mengatasi
negeri lain. Ciptaan-ciptaan ini pula banyak dipengaruhi oleh pengetahuan seseorang dalam bidang sains
angkasa. Pelajar-pelajar yang diberi pengetahuan tentang sains angkasa akan cenderung mencipta
peralatan sains angkasa pada peringkat awal lagi. Mereka mungkin mula mencipta model satelit yang
akhirnya mencipta satelit yang sebenar setelah menguasai ilmu ini.

Hujah saya yang terakhir berpaksikan kata kunci, kepakarang dalam bidang Sains Angkasa menjulang
imej negara. Sesebuah negara yang mahu menjadi maju perlulah memiliki cendekiawan dalam pelbagai
bidang. Negara kita tidak terkecuali dalam hal ini. Justeru, ilmu tentang Sains Angkasa mesti disuburkan
dalam diri pelajar bagi melahirkan lebih banyak tenaga pakar. Dengan demikian, negara kita bukan
sahaja bertambah maju, malah dihormati oleh negara lain.
Tuan-taun dan puan-puan sekalian,

Berdasarkan hujah-hujah yang telah saya kemukakan, jelaslah bahawa Sains Angkasa perlu diajarkan di
peringkat sekolah lagi. Sebagai pencadang, saya tetap berpegang teguh pada tajuk ini. Akhir kata, saya
serta rakan pencadang yang lain tetap berpendapat bahawa Sains Angkasa perlu dipelajari sejak bangku
sekolah.

Sekian, terima kasih.

Saya menyokong tajuk ini dengan beberapa hujah yang akan saya huraikan. Hujah saya yang pertama ialah
ilmu teknologi maklumat yang berkaitan dengan satelit. Kita tidak boleh menjadi pembeli, sebaliknya kita mestilah
berusaha mencipta peralatan satelit. Oleh itu, minat dan asas ilmu dalam bidang ini perlu ditetapkan kepada pelajar
sejak di bangku sekolah lagi.apabila minat pelajar terhadap Sains Angkasa telah dipupuk, maka sudah pastimereka
tertarik untuk mendalami bidang ini sehingga melahirkan pakar yang disegani.

Para hadirin sekalian,

Hujah saya yang kedua, era globalisasi menuntut kepakaran dalam bidang teknologi maklumat. Dalam meniti
dunia tanpa sempadan, kita perlu menghasilkan ciptaan baru bagi menyaingi atau mengatasi negeri lain. Ciptaan-
ciptaan ini pula banyak dipengaruhi oleh pengetahuan seseorang dalam bidang sains angkasa. Pelajar-pelajar yang
diberi pengetahuan tentang sains angkasa akan cenderung mencipta peralatan sains angkasa pada peringkat awal
lagi. Mereka mungkin mula mencipta model satelit yang akhirnya mencipta satelit yang sebenar setelah menguasai
ilmu ini.

Hujah saya yang terakhir berpaksikan kata kunci, kepakarang dalam bidang Sains Angkasa menjulang imej
negara. Sesebuah negara yang mahu menjadi maju perlulah memiliki cendekiawan dalam pelbagai bidang. Negara
kita tidak terkecuali dalam hal ini. Justeru, ilmu tentang Sains Angkasa mesti disuburkan dalam diri pelajar bagi
melahirkan lebih banyak tenaga pakar. Dengan demikian, negara kita bukan sahaja bertambah maju, malah
dihormati oleh negara lain.

Tuan-taun dan puan-puan sekalian,

Berdasarkan hujah-hujah yang telah saya kemukakan, jelaslah bahawa Sains Angkasa perlu diajarkan di
peringkat sekolah lagi. Sebagai pencadang, saya tetap berpegang teguh pada tajuk ini. Akhir kata, saya serta rakan
pencadang yang lain tetap berpendapat bahawa Sains Angkasa perlu dipelajari sejak bangku sekolah.

Sekian, terima kasih.


3.
CERAMAH

Ceramah adalah ucapan yang disampaikan oleh seseorang jemputan yang dianggap berpengalaman dan
berkepakaran dalam bidang tertentu dalam majlis yang formal. Bahagian pertama ceramah akan diisi oelh ucapan
penceramah yang membentangkan pendapat atau pengalamannya dalam bidang tertentu. Bahagian akhir ceramah
pula akan dibuka untuk para penonton atau audien untuk megemukakan soalan-soalan atau pandangan mereka dan
penceramah cuba menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

Persediaan Ceramah
Ceramah yang berkesan perlu disediakan secara rapi oleh penceramah yang berkenaan. Di peringkat
persediaan, penceramah mesti mengenal pasti beberapa perkara penting seperti yang berikut:
(a) Siapakah audiennya?

(b) Apakah yang diharapkan dan ingin didengar oleh audien?

(c) Dimanakah ceramah itu akan diadakan?

(d) Bilakah ceramah itu akan diadakan?

Setelah mengenalpasti perkara-perkara tersebut, seseorang penceramah boleh merancang isi


kandungan dan penyampaian ceramahnya. Di peringkat ini, penceramah perlu melakukan perkara-
perkara penting seperti berikut:

(a) mengetahui tajuk ceramah dengan teliti

(b) membuat persediaan rapi

(c) menyemak setiap ilustrasi

(d) meninjau atau melawat tempat ceramah(jika boleh)

(e) memakai pakaian yang sesuai

Dalam membuat persediaan rapi, penceramah haruslah mengambil masa yang secukupnya untuk
membuat persediaan. Persediaan yang lengkap boleh mengurangkan perasaan gementar yang mungkin
boleh di rasai oleh audien. Penceramah boleh bermula dengan menulis nota tentang tajuk yang
berkenaan,membuat rujukan seperti buku, rencana dan kertas kerja terkini tentang tajuk ceramah
berkenaan. Mencari maklumat terkini amat penting pada tahap ini kerana kemungkinan audien akan
bertanya kepada penceramah tentang pendapatnya yang mutakhir yang berkaitan dengan tajuk
ceramah tersebut.

Apabila sudah megumpul maklumat, penceramah hendaklah menulis teks ceramah dan mencatat
seberapa banyak topik dan subtopik sebagai panduan dalam proses penulisan teks ceramah.
Penceramah hendaklah melafazkan teks ceramah di depan cermin sebagai latihan. Latihan ini amat
penting bagi membolehkan pencersmah melihat air muka dan aksi-aksi yang kurang sesuai dan
seterusnya membetulkannya secara sedar.

Kemahiran Melahirkan Pendapat

Semasa berceramah, penceramah akan melahirkan pendapat mereka sama ada melalui pembentangan
kertas kerja atau memberi tindak balas terhadap soalan-soalan yang dikemukakan. Oleh itu,
penceramah perlu menguasai kehairan untuk melahirkan pendapat yang meliputi aspek-aspek yang
berikut :
1. cara melahirkan pendapat
2. cara mempengaruhi audien
3. nada dan intonasi

Ceramah yang berkesan perlu disediakan secara rapi oleh penceramah yang berkenaan. Di peringkat
persediaan, penceramah mesti mengenal pasti beberapa perkara penting seperti yang berikut:

(a) Siapakah audiennya?

(b) Apakah yang diharapkan dan ingin didengar oleh audien?


(c) Dimanakah ceramah itu akan diadakan?
(d) Bilakah ceramah itu akan diadakan?

Setelah mengenalpasti perkara-perkara tersebut, seseorang penceramah boleh merancang isi kandungan dan
penyampaian ceramahnya. Di peringkat ini, penceramah perlu melakukan perkara-perkara penting seperti berikut:

(a) mengetahui tajuk ceramah dengan teliti

(b) membuat persediaan rapi


(c) menyemak setiap ilustrasi
(d) meninjau atau melawat tempat ceramah(jika boleh)
(e) memakai pakaian yang sesuai

Dalam membuat persediaan rapi, penceramah haruslah mengambil masa yang secukupnya untuk membuat
persediaan. Persediaan yang lengkap boleh mengurangkan perasaan gementar yang mungkin boleh di rasai oleh
audien. Penceramah boleh bermula dengan menulis nota tentang tajuk yang berkenaan,membuat rujukan seperti
buku, rencana dan kertas kerja terkini tentang tajuk ceramah berkenaan. Mencari maklumat terkini amat penting
pada tahap ini kerana kemungkinan audien akan bertanya kepada penceramah tentang pendapatnya yang mutakhir
yang berkaitan dengan tajuk ceramah tersebut.

Apabila sudah megumpul maklumat, penceramah hendaklah menulis teks ceramah dan mencatat seberapa
banyak topik dan subtopik sebagai panduan dalam proses penulisan teks ceramah. Penceramah hendaklah
melafazkan teks ceramah di depan cermin sebagai latihan. Latihan ini amat penting bagi membolehkan pencersmah
melihat air muka dan aksi-aksi yang kurang sesuai dan seterusnya membetulkannya secara sedar.

Kemahiran Melahirkan Pendapat

Semasa berceramah, penceramah akan melahirkan pendapat mereka sama ada melalui pembentangan kertas kerja
atau memberi tindak balas terhadap soalan-soalan yang dikemukakan. Oleh itu, penceramah perlu menguasai
kehairan untuk melahirkan pendapat yang meliputi aspek-aspek yang berikut :

1. cara melahirkan pendapat


2. cara mempengaruhi audien
3. nada dan intonasi

Cara Melahirkan Pendapat


Dalam melahirkan pendapat, penceramah hendaklah mahir bertindak seperti yang
berikut:
(a) menentukan aspek yang akan dibentangkan supaya perbincangan tidak
menyeleweng daripada tajuk dan tujuan ceramah
(b) menjawab soalan dan memberi pendapat terhadap kemusykilan daripada penonton
dengan meyakinkan
(c) menggunakan bahasa yang bersesuaian dengan audien dan aras pendapat (d) mengelakkan
menggunakan bahasa yang bombastik dan sukar difahami (e) menggunakan bahasa yang jelas, tepat dan
tidak meleret-leret.

(f) Menunjukkan keyakinan diri.

Cara Mempengaruhi Audien

Dalam melahirkan pendapat, penceramah perlu juga menguasai kemahiran

mempengaruhi audien seperti yang berikut :

(a) mengkaji dan mengetahui peringkat pemikiran, taraf sosioekonomi, jantina dan

profesion audien

(b) menyelitkan ayat-ayat soalan untuk mewujudkan rangsangan dikalangan audien

(c) menggunakan bahasa yang sesuai dengan audien termasuk teknik retorik

(d) menyelitkan unsur humor

(e) memastikan suara anda didengar oleh semua audien

(f) menjagka had/batas tumpuan audien

Nada dan Intonasi

Semasa menyampaikan pendapat, ciri-ciri nada dan intonasi yang wajar diberi perhatian

adalah seperti berikut :

(a) meninggikan nada apabila hendak menarik minat dan perhatian

(b) menggunakan nada suara perlahan dan renadah apabila hendak merayu

(c) jangan berhujah dengan terlalu laju atau terlalu perlahan

(d) pause- berhenti seketika apabila perlu, iaitu apabila hendak mendapatkan semula buah fikiran atau
memberi masa untuk penonton mengikut dan memahami hujah anda.

(e) Menggunakan bahasa baku

(f) Menggunakan bahasa yang jelas, indah dan tersusun

KEMAHIRAN MENUTUP CERAMAH

Dalam menutup ceramah, penceramah sekali lagi wajar menunjukkan kewibawaannya

melalui kemahiran-kemahiran berikut:


(a) membuka majlis kepada penonton untuk mengemukakan soalan atau pandangan. Dalam hal ini,
pengerusi perlu mewujudkan susana yang kondusif dan menggalakkan penonton untuk melibatkan diri

(b) merumuskan keseluruhan idea yang telah diceramahkan. Dalam hal ini, Dalam hal ini, pengerusi
perlu mewujudkan susana yang kondusif dan menggalakkan penonton untuk melibatkan diri

(b) merumuskan keseluruhan idea yang telah diceramahkan. Dalam hal ini, penceramah perlu membuat
kesimpulan dengan menghubungkan idea-idea yang telah dihujahkan dalam ceramah untuk
menimbulkan satu kepuasan di kalangan audien

(c) menyampaikan kata-kata penutup dengan mengucapkan terima kasih kepada

pihak penganjur serta semua yang terlibat

(d) memohon maaf dari para penonton atau audien sekiranya terdapat sebarang

kesilapan semasa menyampaikan ceramah.

KOMUNIKASI BERTULIS

1. UCAPAN

Ucapan ataupun ceramah yang sudah disiapkan sesungguhnya sudah sembilan puluh peratus diucapkan
– Dale Carnege-. Justeru itu dapat difahami penulisan teks ucapan sangat penting sebelum
menyampaikannya.

Ciri –ciri ucapan adalah

1. mempunyai pendahuluan iaitu kata-kata aluan .

2. isi kandungan ucapan yang dikembangkan dengan baik

3. sisipan kata iaitu ketika di tengah-tengah ucapan seperti tuan-tuan, hadirin

sekalian dan sebagainya

4. mempunyai penutup iaitu kata-kata bagi mengakhiri sesuatu ucapan

Ucapan yang diberi perhatian oleh masyarakat dan media adalah ucapan yang mempunyai idea, buah
fikiran, pandangan, hujah dan syor yang bernas. Ucapan yang hebat daripada segi bahasa dan retorik
tetapi kosong daripada segi idea tidak memberi sebarang makna kerana yang utama adalah isi dan
bukan pengolahan. Fakta, isis dan maklumat yang terkini, benar, tepat, betul dan menyeluruh lebih
bermakna kepada khalayak daripada pengucapan yang hebat daripada segi kata-kata.

Dalam penulisan teks ucapan, terdapat beberapa gaya yang perlu di ketahui iaitu gaya

rendah, gaya pertengahan dan gaya tinggi.


Gaya rendah adalah gaya mudah dan atau pun gaya biasa dan sangat sesuai bagi ucapan yang
memerlukan pembuktian ataupun arahan. Gaya rendah sesuai bagi mereka yang kurang pendidikan,
kanak-kanak dan pelajar sekolah menengah.

Gaya sederhana bersifat lebih santai dan berada di antara gaya rendah dan tinggiGaya tinggi bersifat
gaya terbina dan sesuai bagi mengungkapkan isu dan persoalan

keilmuan seperti politik, kewangan, sosial, pendidikan dan sebagainya.

Dalam penyampaian ucapan, permulaan ucapan menjadi sangat yang kritikal sama

ada kita berjaya menarik minat perhatian khalayak ataupun tidak. Tujuan utama

pendahuluan ucapan adalah

1. Menarik minat khalayak

2. Menjalin hubungan yang baik dan menghubungkan pengucap dengan khalayak

3. Memberi sebab mengapa khalayak perlu mengikuto ucapan itu

4. Menjelaskan idea, fokus ataupun batasan ucapan itu

5. Menwujudkan tanggapan awal pada pengucap

6. Mewujudkan kredibiliti pengucap

7. Mempersembahkan tajuk

Bagaimanapun, dalam konteks ucapan di negara kita, lazimnya ucapan dimulakan dengan
menyampaikan salam dan ucapan selamat. Bagi penganut islam, salam diikuti dengan dengan puji-
pujian kepada Allah. Ada yang memulakannya dengan ucapan penghormatan disusuli dengan ucapan
salam.

Pada bahagian penutup, penyanpai ucapan perlu mengucapkan ‘selamat jalan’, membuat kesimpulan
ataupun rumusan pada tajuk yang sudah disampaikan. Dengan itu, penutup boleh dianggap sebagai
peluang menjarakkan pengucap dengan khalayak. Pengucap perlu memberikan tanda yang ucapan akan
tamat dengan menggunakan rangkai kata dan perkataan secara hormat dan tidak terlalu banyak
ataupun bertindan seperti ‘sebelum mengundurkan diri’, ‘sebagai kesimpulan’, ‘sebagai rumusan’, ’akhir
sekali’, ‘sebelum saya akhiri ucapan ini’ dan sebagainya.

REKA LETAK TEKS

Teks ucapan biasanya dicetak dengan menggunakan tulisan yang mudah dibaca denga saiz besar,
selalunya 16 ataupun 18 poin supaya mudah di baca dan sedap dilihat. Teks juga ditaip dalam jarak
langkau dua baris supaya mudah di baca. Teks perlu dicetak ataupun dipersembahkan dalam bentuk
bingkai gambar dengan margin yang mencukupi di atas, di bawah dan di tepi kertas supaya mudah di
baca.

Penggunaan bullet sangat praktikal kerana ia memudahkan pembacaan untuk menyenaraikan fakta dan
isi. Teks yang mempunyai bullet sangat menarik perhatian, mudah di baca dan mempermudahkan
kesimpulan.

Selain bullet, nombor 1,2,3,4 ataupun huruf a,b,c,d dan sebagainya juga boleh digunakan apabila
menyenaraikansesuatu perkara ataupun langkah. Menomborkan muka surat juga sangat penting dan
huruf tebal (bold) adalah bagi menegaskan isi

Anda mungkin juga menyukai