Anda di halaman 1dari 2

2) TIME-OUT

Time-out bermaksud mengeluarkan murid daripada sesuatu aktiviti atau tempat


bagi satu tempoh masa yang khusus dan terhad. Menurut Ee Ah Meng,1997 time-out
merupakan teknik di mana guru akan meletakkan murid yang menimbulkan masalah
displin secara berasingan atau di sudut khas.

Kaedah out-time ada 2 jenis iaitu Exclusionary time-out dan Nonexclusionary


time-out. Exclusionary time-out bermaksud mengalihkan seseorang individu daripada
situasi dimana peneguhan berlaku bagi jangka masa yang pendek. Kerapkali sebuah
bilik time-out digunakan untuk tujuan ini. Bilik ini tidak diisi dengan sebarang peneguh
yang boleh mengukuhkan tingkahlaku yang tidak diingini dan boleh dipastikan
keselamatan untuik murid. Tempoh masa penahanan atau time-out tidak sepatutnya
terlalu lama. Ia sudah memadai sekiranya berlaku dalam masa 5minit sahaja.

Nonexclusionary time-out pula bermaksud memasukkan kedalam situasi


tertentu suatu rangsangan yang kurang meneguhkan sesuatu tingkahlaku. Contohnya
murid-murid didalam kelas diminta memakai riben untuk aktiviti kelas. Apabila
seseorang murid menganggu kelas maka murid tersebut diminta menanggalkan riben
tersebut dan tidak dibenarkan melibatkan diri dalam aktiviti kelas dan tidak diendahkan
oleh guru serta rakan sekelas.

Majalah Pa & Ma(Ogos,2003) menyenaraikan panduan time-out yang positif


yang boleh diaplikasikan kepada murid sekolah mengikut situasi yang tertentu:

1. Gunakan bilik air/tempat yang sunyi sebagai tempat time-out. Bilik tidur pun sesuai
juga digunakan.

2. Gunakan perakam masa dan loceng .Perakam masa akan alihkan perhatian anak
daripada anda kepada bunyi yang menenangkan. Ia membantu ibu bapa terlupa akan
time-out tersebut sedang berjalan.
3. Benarkan anak jadikan time-out sebagai pengalaman berfikir. Beritahu dia kesalahan
mereka dan apa yang boleh mereka fikir apabila time-out selesai.Jarak masa adalah
bergantung kepada setiap kanak-kanak. Untuk kanak-kanak yang hiperaktif,masa
kurang 5 minit sudah bersesuaian.manakala untuk kanak-kanak normal,mungkin ambil
masa yang lebih panjanTime-out melibatkan tindakan mengalihkan seseorang individu
daripada satu situasi yang meneguhkan kepada satu situasi yang kurang meneguhkan
berikutan dengan tingkah laku tertentu yang ditunjukkan.

Menurut Haris (dlm. Walker, Shea dan Bauer, 2004) terdapat 5 jenis time-out
iaitu pemulauan, pengenepian, pemerhatian kontigrn, pemindahan keadaan
rangsangan yang bersifat pengukuhan dan ketidakendahaan atau penghapusan.

Anda mungkin juga menyukai