Anda di halaman 1dari 2

PERUBATAN

Dalam perubatan melayu, sirih yang terbukti secara saintifik mengandungi minyak

sari(kadinen,kavikol,sineol,eugenol,karvakol) ini digunakan untuk mengubat penyakit-

penyakit seperti keputihan, nafas berbau ,badan berbau, batuk, radang selaput lendir

mata, trauchoma, jantung berdebar-debar, kemurungan, demam selepas bersalin, air susu

terlampau banyak dan sariawan. Disertakan disini beberapa langkah untuk menggunakan

daun sirih sebagai penawar. Untuk penyakit keputihan beberapa helai daun sirih yang

telah dibersihkan di rebus dalam air hingga mendidih dan airnya dibiarkan suam. Air ini

digunakan untuk mencuci vagina terutamanya setiap kali selepas kencing. Untuk Nafas

bebau pula ada dua cara, satu cara dengan mengunyah daun sirih yang telah dibersihkan

hingga lumat dan biarkan berada dalam mulut seketika sebelum diluahkan. Satu cara lagi

ialah dengan merebus beberapa helai daun sirih hingga mendidih, setelah itu disejukkan

dan ditapis, gunakan untuk berkumur dua kali sehari,pagi dan malam. Untuk gusi

bengkak pula 5-6 helai daun sirih direbus dengan 3 gelas air hingga mendidih, setelah itu

masukkan sedikit garam.Biarkan hingga suam dan gunakan untuk berkumur dua hingga

tiga kali sehari.Untuk menghilangkan bau badan, 2 hingga 3 helai daun sirih direbus

dengan 1/2 gelas air hingga mendidih, angkat daunnya dan masukkan gula batu sebelum

diminum.Jika tidak mahu minum airnya kaedah lain ialah dengan mengambil sehelai

daun sirih dan di calit sedikit kapur sirih. Ramas daunnya dan sapukan pada ketiak.

Daun Sirih di gunakan sejak zaman nenak moyang kita lagi. Ia mempunyai banyak nilai
perubatan khasnya bagi kaum wanita. Namun dengan teknologi hari ini tidak kira lelaki,
kanak-kanak, warga emas mahupun bayi boleh menggunakan Sirih.

Anda mungkin juga menyukai