Anda di halaman 1dari 17

Konsep Pendidikan

•International Dictionary of Education mendifinisikan


pendidikan sebagai satu proses yang membentuk abiliti dan
sikap manusia. Ia juga merupakan satu proses sosial di mana
berlaku pertumbuhan individu yang dijalankan melalui
institusi seperti sekolah dan kolej.
 Sejarah pendidikan Eropah telah dikesan sejak Zaman Yunani.
 Di Sprata, pendidikan bertujuan untuk melahirkan individu yang boleh bertindak
dan pembentukan warganegara tentera yang sempurna.
 Penekanan diberikan kepada latihan fizikal sebagai persediaan untuk melahirkan
individu yang setia kepada negara, sebagai tentera dan pahlawan yang hebat.
 Pendidikan di Athens bertujuan untuk melahirkan warganegara yang sempurna
dari segi perkembangan tubuh dan minda secara harmoni.
 Pendidikan pada zaman Rom bersifat utilitarian, iaitu mementingkan nilai-nilai
yang dapat menanamkan semangat kebangsaan untuk kepentingan
negara.Penekanan diberikan kepada kesusasteraan , seni ucapan dan latihan
fizikal.
 Pada zaman pertengahan, institusi gereja menentang idea pendidikan fizikal.
Sebaliknya pendidikan pada zaman ini bertujuan menyediakan individu kepada
kehidupan selepas mati.
 Pada Zaman Feudalisme pendidikan bertujuan untuk melahirkan pahlawan.
Dengan demikian pendidikan fizikal dan ketenteraan ditekankan.
 Pada zaman kemuncak pertengahan universiti mendapat kedudukan dan prestej
utama . Kaedah perdebatan dan logik Aristotle digunakan untuk merangsang
minat dan pembelajaran secara berkesan.
 Pendidikan Zaman Awal Moden selepas Renaisans dan Reformasi menekankan
kepentingan individu mengembangkan bakat mereka.
 Bagi memenuhi kehendak baru masyarakat intelek Eropah ini, usaha terjemahan
telah dibuat terhadap bahan-bahan ilmiah dari negara-negara Islam. Mereka tidak
menterjemah bahan-bahan ilmiah itu daripada bahasa Yunani. Charles Singer,
dalam bukunya, "Sejarah Ringkas Gagasan-gagasan Sains Sehingga 1900" (A Short
History of Scientific Ideas to 1900) menyenaraikan tujuh alasan mengapa tindakan
terjemahan lebih banyak buku berbahasa Arab. (h 175-176):
 Sebelum lebih kurang tahun 1200, ilmu-ilmu Islam lebih teratur, lebih asli, lebih
penting berbanding ilmu-ilmu Rom Timur.
 Bahasa Yunani Rom Timur jauh sekali daripada bahasa klasik. Bahasa yang
digunakan oleh Aristotle sukar difahami oleh rahib-rahib yang menjaga
manuskrip-manuskripnya. Tetapi bahasa Arab klasik pula mudah difahami oleh
setiap orang berpendidikan tinggi yang bertutur dan menulis bahasa Arab.
 Keseluruhan kecenderungan ilmu Rom Timur mengarah kepada teologi falsafah
dan ilmu sains.
 Saluran-saluran perniagaan dengan Barat sama ada secara langsung dengan Islam
ataupun melalui wilayah-wilayah asing terkepung di dalam Empayar Rom Timur.
 Dalam zaman pertengahan, bahasa dipelajari secara bertutur dan bukunya
daripada tatabahasa Yunani.
 Antara penterjemah Barat perintis daripada
bahasa Arab ke bahasa Latin ialah Adelard dari
Bath (kk. 1090 – kk. 1150) yang telah pergi ke
Sepanyol dan kepulauan Sicily. Khidmat beliau
yang terkemuka ialah bidang matematik.
Beliau menterjemah karya al-Khawarizmi,
"Aritmetik", dan diperkenalkan kepada Barat.
Beliau juga menterjemah karya Euclid
daripada bahasa Arab. Seterusnya beliau
menulis suatu dialog terkenal, "Soalan-soalan
Alam Semula Jadi" (Natural Questions) yang
merupakan sejenis ikhtisar permulaan tentang
ilmu sains Arab.
 Satu bidang sains di Sepanyol yang lebih progresif
ialah astronomi. Sebuah kutub khanah dan akademi
telah ditubuhkan di Cordoba dalam tahun 970 M dan
badan-badan yang serupa muncul di Toledo dan
beberapa tempat lain. Ketua ahli-ahli astronomi
Sepanyol dikenali oleh orang Latin sebagai Arzachel.
Di Toledo beliau telah menyusun apa yang disebut
"jadual Toledo" yang telah mencapai suatu tahap
kejituan yang tinggi. Alpetragus adalah seorang
daripada ahli astronomi yang terakhir. Beliau menulis
buku teks astronomi untuk mengganti teori-teori
Ptolemy dengan suatu sistem planet yang benar-benar
sepusat dan berjaya menyediakan cadangan-cadangan
kepada Copernicus (1993, 168-69).
 Penterjemah terkemuka menurut Charles Singer ialah
Gerard dari Cremona (1114-87). Beliau menghabiskan banyak masa di
Toledo dan menimba ilmu-ilmu Arab dari guru-guru Kristian tempatan.
Beliau telah berjaya menterjemah buku berbahasa Arab ke Latin tidak
kurang daripada 92 buah karya Arab yang lengkap. Banyak daripadanya
amat panjang, misalnya Almagest karya Ptolemy dan Daftar Karya Ibnu
Sina. Daftar karya ini ialah Daftar Karya fi al-Tibb, iaitu kitab perubatan
(1993, 178).
 Mereka juga menterjemah buku-buku falsafah. Di antara penterjemah-
penterjemah cemerlang Eropah waktu itu ialah Gundissalines (1130-1150
). Beliau telah menterjemah beberapa bab dari kitab al-Syifa' oleh Ibnu
Sina, buku Ihsa al-ulum oleh al-Farabi, Risalat al-aqli Wa al-Ma’qul oleh
al-Kindi, Maqasid al-Falsafah oleh al-Ghazali, juga beberapa buah buku
tentang astronomi. Herman dari German, seorang uskup bekerja
menterjemah buku di Toledo. Pada tahun 1240, beliau telah menterjemah
ulasan Ibnu Rusyd terhadap buku Ethica Nicomachaea, karangan Aristotle.
Pada tahun 1250, beliau menyalin dari bahasa Arab buku Rheforica oleh
Aristotle dengan memakai alasan-alasan al-Farabi, Ibnu Sina dan Ibnu
Rusyd. Pada tahun 1256, beliau menyalin buku ulasan dari Ibnu Rusyd
terhadap buku, Phoetics, karangan Aristotle.
 Proses penterjemahan pelbagai ilmu dari Timur khasnya Sepanyol
ini dibantu juga oleh pelajar Yahudi. Bahasa Arab adalah bahasa
pertuturan waktu itu. Nama-nama Yahudi yang terkenal pada
zaman tersebut ialah seperti Solomon ibn Gabirol (1021-58) dari
Sarafossa, Moses ben Maimon (1135-1204) dari Cordoba.
 Terjemahan buku-buku Ibnu Rusyd yang mereka lakukan menjadi
bahan-bahan akademik yang sangat berpengaruh. Terjemahan-
terjemahan tersebut telah memberi makna besar terhadap tamadun
Eropah seperti yang disebut oleh Philip Khitti di atas.
 Bahan-bahan tersebut dipelajari oleh para sarjana dan pelajar-
pelajar tempatan. Ketika Frederick II memerintah Itali, beliau telah
mendirikan Universiti Naples dan di sini ilmu pengetahuan dari
dunia Islam itu telah dipelajari. Universiti Paris dibina pada tahun
1236, kemudian Universiti Bologna dan Oxford di London.
Universti-universiti ini menjadi pintu masuk ilmu-ilmu dari dunia
Islam secara rasmi kepada masyarakat Eropah pada abad
pertengahan.
 Kemunculan Universiti Paris sebagai pusat pembelajaran adalah
antara sebab penting ke arah perkembangan bidang falsafah
dalam abad ke-13. Usaha-usaha mempelajari falsafah Aristotle
serta sejarah besar ulasan-ulasan teks yang dibuat oleh orang-
orang Islam dari Baghdad dan Sepanyol dalam bidang-bidang
epistemologi, metafizik dan etika berasaskan pemikiran al-
Farabi,Ibnu Gabirol, Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd telah berlaku.
 Kerja-kerja terjemahan diperhebatkan. Cendekiawan Paris sibuk
mempelajari buku-buku yang berjudul Deintellectu et intelligibili
kerap merujuk kepada Ibnu Rusyd sekerap rujukannya terhadap
Aristotle. St Thomas Aquinas merujuk kepada Ibnu Sina dalam
karyanya Permasalahan yang dipertikaikan mengenai kebenaran
(Guaestiones disputaEae de veritate). Buku perubatan Ibnu Sina iaitu
Qanun Fi al-Tib dipelajari di Eropah hingga abad ke-17.
 Buku al-Syifa’ oleh Ibnu Sina yang telah juga diterjemah ke bahasa Latin telah diterbitkan di
bawah tajuk Sufficientia Physicorum di mana ahli fikir Barat Roger Bacon sering membuat
rujukan. Mengenai Rusyd pula, Michael Scot telah membuat terjemahan ke bahasa Latin,
komentar-komentar beliau tentang buku falsafah Greek seperti De Caelo et Mundo, De Enima,
De Generatione et Conruptione, Physica, Metaphysica, Metarologica, Parva Maturalia dan De
Substancia Orbis.
 Robert dari Chester (1110-1160), pernah tinggal di Sepanyol, merupakan antara orang yang
mula-mula menterjemah al-Quran. Sementara buku-buku sains pula, beliau menterjemah teks
alkimia yang mula-mula sekali terbit dalam bahasa Latin. Penterjemahan beliau bagi karya al-
Khawarizmi Algebra telah berjaya diperkenalkan kepada orang Latin. Sewaktu di England,
beliau menghasilkan jadual-jadual astronomi bagi garis bujur London berdasarkan karya al-
Battani dan garis lintang pula berdasarkan karya al-Khawarizmi.
 Raymond Lull (633-716/1236-1316) telah mempelajari bahasa Arab di Majorea dan falsafah
Islam di Bugia di Tunisia. Beliau telah menterjemah Asma’al-Husna oleh Muhyi al-Din ibn
Arabi. la juga ada membuat saduran dan penyesuaian beberapa passage dari Futuhat al-
Makkiyah hingga ia sendiri boleh menulis hal-hal berkenaan dengan sufis, akidah dan
falsafah. Tetapi ia juga yang memberi inisiatif kepada pihak Kristian supaya melancar
serangan moral menentang Islam.
 Pengaruh al-Ghazali juga didapati sangat kuat. Dalam konteks ini, al-Ghazali dianggap ahli
teologi dan falsafah. Miguel Asin Palacios telah mempelajari bukan sahaja buku Tahafut al-
Falasifah oleh al-Ghazali malah lain-lain buku beliau seperti Maqasid. Buku Maqasid telah
diterjemah ke Latin diberi tajuk Logika et philosophia Algazelis Arabic oleh Gundisalvas dan
diterbitkan di Venice pada 912/1506. Buku lain seperti al-Nafs al-Insani juga diterjemahkan
dan diberi judul De Anima Humana (M M Sharif, A History of Muslim Philosophy, 1966, h
1360).
 Karya-karya penting yang telah dihasilkan
oleh orang Islam tentang muzik telah
diterjemahkan , pada abad ke-12, didapati
karya-karya penting yang dihasilkan oleh
orang Islam tentang muzik telah diterjemahkan
ke bahasa Latin. Terjemahan ini dilakukan di
Toledo. Ahli muzik Eropah, Franco of Cobogne
(1190M) telah mengikut jejak al-Kindi dalam
bidang seni muzik. Setelah itu muncul pula
John of Garland dengan karyanya berjudul
Ochetus yang mengkaji tentang nada suara
yang diambil daripada kaedah nada suara
muzik Arab.
 Seni bina Baraoque merupakan susulan rekabentuk dari senibina
Renaissance yang mana perkembangannya tertumpu di sekitar
Itali dan rekabentuk ditiru dari jurubina-jurubina di seluruh
Eropah. Seni bina Baroque adlah seni bina yang mempunyai
perkembangan yang meluas iaitu dihasilkan di seluruh Benua
Eropah seperti Perancis, Jerman,England, Austria, Sepanyol dan
benua Amerika.
 Senibina gemilang gereja pada Zaman Romaneque dan Gothic,
rekabentuk gereja pada zaman ini banyak diterapkan dengan
nilai-nilai keagungan senibina Yunani dan Romawi.
 Eleman-eleman rekabentuk Yunani seperti cornice, dovic, lonic
dan corinthin,tiang, capital dan entablature menjadi imej utama
gereja pada masa itu.
 Senibina istana berlandaskan aspek-aspek geometri dan eleman-
elemanYunani dan Romawi.
 Menerapkan unsur-unsur Yunani dan Romawi dalam rekabentuk
bangunan-bangunan dan pemerintahan dan perdagangan di
tanah jajahan mereka sebagai imej tamadun mereka.
 Gerakan pemikiran yang bermula di Itali pada
abad ke-15 Masihi telah melahirkan pemikiran
baru. (Humanisme)
 Humanisme membawa maksud pengkajian
tentang manusia, idea-idea agung & kesenian
klasik.
 Mementingkan kehidupan di bumi nyata
berbanding akhirat. Telah mendorong
masyarakat Eropah mengadakan pelbagai
pembaharuan dalam bidang politik, ekonomi
& sosial.
 Pada umumnya, ilmu merujuk ilmu
pengetahuan yang diperolehi melalui jalan
keterangan @ ilmiah,iaitu melalui sistem &
kaedah tertentu seperti kajian @ pun
penyelidikan.
 Dalam tamadun barat, ilmu sains moden yang
muncul 1600 M menganggap segala fenomena
alam dapat diterangkan melalui akal rasional
manusia & menolak wahyu sebagai sumber
ilmu.
 Rousseou ahli falsafah yang terkenal menerusi risalah
politik berjudul “social contract.”
 Menurut Rousseou, kerajaan menjalankan kuasa
berdasarkan perjanjian yang dibuat oleh manusia
sesama manusia secara sukarela.
 Beliau menegaskan negara berada dalam keadaan
kejam tanpa undang-undang & moraliti.
 Beliau menyanjung tinggi hukum alam manusia
bahawa segala yang berlaku di dunia adalah tanpa
paksaan.
 Dalam buku Emile, beliau mengemukakan pendapat
bahawa kanak-kanak harus dibiarkan mengikut
kecenderungan mereka dalam pendidikan.
1. Penjelajahan & penerokaan kuasa-kuasa Barat
secara besar-besaran bermula pada abad ke-15
& ke-16M.
2. Faktor-faktor yang mengaalakkan penjelajahan
& penerokaan kuasa-kuasa Barat pada abad
ke-15 & 16M termasuk :
a. Perkembangan sistem kapitalisme &
merkantilisme yang menggalakkan dasar
pengumpulan kekayaan melalui pelaburan ke
kawasan baharu. Raja-raja negeri bangsa
memberi galakan & menaja pelayaran ke
seberang laut untuk tujuan tersebut.
b. Memecahkan monopoli perdagangan rempah
ratus, ubat-ubatan & kapas oleh saudagar Itali
& Islam.
- Penguasaan Turki ke atas constantinople &
wilayah lain di Timur Dekat menyebabkan
kata-kata Itali seperti Venice, Genoa & Pisa
kehilangan banyak pangkalan perdagangan.
c. Menyebarkan agama kristian di luar Eropah.
d. Melahirkan semangat ingin tahu untuk
meneroka kawasan baru.
e. Perlumbaan antara negara, bangsa seperti
Portugal, Sepanya, England & Perancis untuk
meneroka kawasan baharu di benua Asia,
Afrika & Amerika banyak mendapatkan bahan
mentah.
f. Kemajuan dalam pengetahuan teknikal tentang
geografi dan pelayaran – kemajuan ini
termasuk penghasilan peta lengkap tentang
benua Eropa & Laut Mediterranean.
Penciptaan kompas magnetik & astolab serta
kemampuana membina kapal yang kukuh
untuk belayar di lautan laut.

Anda mungkin juga menyukai